Wednesday, November 23, 2011

Hangatnya cinta-Bab 12

Bab 12

Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi. Iskandar menambahkan kelajuan kereta yang sedang di pandunya. Terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan di pejabat tadi sehingga dia tidak sedar waktu berjalan dengan cepat.Sedar-sedar sahaja hari sudah menginjak ke pagi.

 Iskandar segera mematikan suis keretanya sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah. Suasana di luar dan di dalam rumah begitu gelap gelita. Tiada satu pun lampu di luar rumah yang terpasang. Selalunya waktu malam keadaan di luar rumahnya akan terang benderang dengan kerdipan lampu neon yang terpasang.

Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam rumah. Teraba-raba dia mencari suis lampu. Tidak lama kemudian cahaya di dalam rumah kembali terang benderang. Tanpa membuang masa dia segera menuju ke tingkat atas. Badannya terasa sengal-sengal. Dia mahu segera membersihkan diri.

Pintu bilik dikuak perlahan. Senyap dan sunyi sahaja. Suis lampu segera di tekan. Matanya terarah pada katil yang kosong. Hatinya berdebar. Ke mana Nur Nilam?soal hatinya sekali lagi. Tanpa membuang masa dia segera menuju ke bilik tetamu yang berada di sebelah biliknya. Suis lampu yang berada berhampiran pintu bilik itu segera di tekan. Tombol pintu di pulas perlahan.

Seperti tadi, kali ini matanya terarah ke katil. Lega!Nur Nilam sedang tidur di atas katil itu. Nyenyak benar rasanya. Risau juga jika Nur Nilam keluar daripada rumah ini. Kalau itu yang berlaku teruklah dia. Macam mana dia nak jawab pada ibu mertuanya nanti. Dah sah-sah memang salah dia. Aduhai hati...kenapa jadi begini?

Perlahan-lahan langkah kakinya di hayunkan ke arah katil itu. Wajah Nur Nilam yang bersih itu di pandangnya. Mata Nur Nilam bengkak. Dia tahu pasti terlalu banyak air mata yang mengalir semalam. Ya Allah..

 Hatinya di rundum sayu dengan tiba-tiba. Hilang sudah bayang wajah Kamalia saat ini. Hilang sudah rasa kesal dan sesal yang bermukim di jiwanya kala ini. Hanya yang ada hanyalah rasa rindu yang menggila untuk berbicara dengan Nur Nilam. Biarpun hari ini dia cuba untuk tidak mahu bertentang empat mata dengan Nur Nilam tetapi malam ini dia sendiri yang datang mencarinya. Menatap wajah ini hatinya tenang.

Beribu kali ucapan maaf pun belum tentu dapat menyembuhkan hati Nur Nilam dengan sikapnya yang sering tidak menentu ini. Berulang kali berjanji tetapi saat emosi menguasai diri dia lupa akan janji-janjinya. Terlalu pentingkan diri sendirikah dia?Apakah dia lupa yang cinta itu bukan hanya perasaan tetapi juga sebuah komitmen.Ya Allah..Bantulah hambamu ini.

Dia duduk di birai katil. Perlahan-lahan tanganya mengusap rambut kerinting Nur Nilam. Ada getaran yang di rasakan. Ada kesalan yang ingin di ungkapkan. Bibirnya mengucup dahi Nur Nilam. Panas!Dia segera meletakkan telapak tangannya di dahi Nur Nilam sekali lagi. Memang panas. Tangannya menjalar pula ke leher Nur Nilam. Panas lagi.

“Sayang..sayang...”Iskandar  memanggil Nur Niam perlahan. Jari jemari Nur Nilam di capainya. Ya Allah betapa sejuknya jari jemari ini. Iskandar makin gelabah.

“Nilam..bangun sayang..”Iskandar masih tidak putus asa. Berharap agar Nur Nilam segera membuka matanya. Perlahan-lahan kelopak mata itu bergerak-gerak.

            “Sayang..awak demam.Bangun sayang..abang bawa awak ke hospital sekarang,”Iskandar bersuara lagi. Dia benar-benar risau saat ini.

Nur Nilam terkebil-kebil memandangnya. Mulutnya terkunci rapat. Dia kemudian membuang pandang ke arah lain. Tidak ingin lagi dia memandang wajah itu. Wajah yang penuh dusta dalam berjanji dan mengungkap kata-kata.

Sakit!hanya ungkapan itu yang sesuai untuk menggambarkan rasa hatinya saat ini. Dia tahu saat ini dia tidak memerlukan simpati dari Iskandar. Memang dia benar-benar rasa lemah saat ini. Biarlah segala penderitaan dia tanggung sendiri kerana dia tidak mahu lagi terjerat dengan lelaki ini.

            “Sayang..awak sakit?Kenapa tak bagitahu abang awal-awal?Kenapa diam macam ni?Abang tahu abang salah..tapi janganlah diam macam ni,”Iskandar meraih jari jemari Nur Nilam namun dengan kasar Nur Nilam menolaknya. Marah sangatkah Nilam padanya?

            “Sayang,please jangan buat macam ni!Awak tu sakit..’

            “Saya tak kisah Is, biar saya sakit ke mati ke?Awak tak perlu risau tentang saya lagi,”

Tutur kata Nur Nilam tersekat-sekat. Kepalanya di rasakan sangat berat.

            “Nilam..please listen to me!Awak tu sakit, macam mana saya tak risaukan awak. Saya ni suami awak?”balas Iskandar pula. Sekarang bukan masanya untuk bertekak siapa salah atau tak.

“Tolonglah..saya merayu sangat pada awak. Tinggalkan saya sendiri. Awak tak perlu risaukan saya..Please..”Nur Nilam sebak. Matanya kembali di pejamkan rapat-rapat. Masih terbayang di ruangan matanya saat dia di halau dari bilik oleh Iskandar semalam. Begitu kejam Iskandar menghancurkan harapan hatinya. Sedikitpun tiada rasa simpati mahupun belas kasihan. Jadi untuk apa lagi simpati jika hatinya sudah hancur berkecai

            “Sayang..tolonglah!jangan degil macam ni..!”Iskandar bersuara keras. Kedegilan Nur Nilam hanya akan mengundang padah. Hanya akan membuatkan keadaan menjadi semakin parah.

            Nur Nilam hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah beritahu yang dia tidak mahu. Biarkan dia sendiri. Dia tidak perlukan simpati dari lelaki penipu ini.

            “Nilam,saya dah merayu pada awak. Tapi awak degil. Dah sakit tu masih nak ikutkan keras hati tu. Saya tahulah saya salah. Salah sangat-sangat sebab buat awak macam tu. Tapi, sekarang bukan masanya!”

            Serentak itu juga Iskandar menarik selimut yang menutupi tubuh Nur Nilam lalu mencempung tubuh itu tanpa menghiraukan jeritan-jeritan yang memecah kesunyiam malam.

“Degil!”ungkap Iskandar sebaik sahaja tubuh Nur Nilam selamat berada di dalam perut kereta.

Wajah Nur Nilam masih di basahi air mata. Dia tidak akan tertipu lagi dengan helah lelaki ini untuk sekian kali. Tidak!

“Sudahlah tu menangis. Mata tu dah jadi macam bola golf. Hidung tu dah jadi macam hidung bardut dah. Abang tahulah salah abang tu besar sangat. Tapi sekarang bukan masanya untuk Nilam nak tunjukkan kedegilan Nilam tu!”tutur Iskandar lagi sambil menekan pedal minyak.Kereta Honda civic itu terus di pandu laju untuk menuju ke destinasi yang di tuju.

 Nur Nilam menyekat air mata yang masih bersisa. Mulutnya sudah terkunci rapat untuk menuturkan kata-kata. Iskandar selalu sahaja buatnya begini. Selalu sahaja memaksanya. Selalu sahaja mahu dia ikut kehendaknya. Dia benar-benar benci untuk memandang wajah lelaki yang berada di sebelahnya ini. Dia tahu dia berdosa. Sebagai seorang isteri sepatutnya semua itu tiada. Tapi?bagaimana dengan sakit hatinya ini?Siapa yang bias mengerti dan cuba untuk fahami.

Setelah diaserahkan segala-galanya apa yang dia terima. Hanya sakit yang menghujani jiwanya.Cinta benar-benar mengajarnya erti derita.

***

“Macam mana doktor?Apa sakit isteri saya?”soal Iskandar sebaik sahaja Nur Nilam selesai menjalani pemeriksaan. Doktor yang mendengar pertanyaan dari Iskandar hanya tersnyum sebelum menjawab pertanyaan dari Iskandar itu.

“Saya sudah periksa isteri Encik dan laporan yang saya terima mengatakan isteri Encik hanyalah mengalami deman panas. Tetapi, masih di dalam tahap kawalan dan dia tidak perlu di tahan di was. Kami akan beri ubat untuk mencegah demam yang di alami. Kalau boleh saya mintak Encik luangkan masa sedikit untuk memantau tahap kesihatan isteri Encik. ”

Iskandar menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar kata-kata doktor tersebut. Bimbang sungguh dia awal tadi. Lihat sajalah muka pucat lesu Nur Nilam. Nur Nilam benar-benar kelihatan sangat lemah. Kesian Nur Nilam.

“Terima kasih doctor,”ucap Iskandar.

Dia kemudiannya memimpin Nur Nilam untuk keluar dari bilik pemeriksaan tersebut. Walaupun pada awalnya Nur Nilam berkeras untuk berjalan sendiri tanpa di pimpin oleh Iskandar tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah. Jelingan tajam dari Iskandar sahaja sudah cukup buat di cuak dan cemas. Bukan boleh baca sangat apa yang bermain di minda Iskandar itu. Takut-takut nanti Iskandar mencempungnya. Malu sahaja yang dapat.

Sebaik sahaja selesai mengambil ubat di kaunter mereka terus segera pulang ke rumah. Cuaca malam ini sangat sejuk. Nur Nilam hampir menggigil kesejukkan. Walaupun badannya sangat panas kala ini. Masuk ke dalam kereta Iskandar tambah menggigil badannya. Penghawa dingin yang terpasang membuatkan nafasnya terasa sesak. Iskandar segera memperlahankan penghawa dingin tersebut sebelum mengambil baju sejuknya yang sedia tergantung di belakang lalu menyerahkannya kepada Nur Nilam. Tapi Nur Nilam buat tak tahu je. Degil sungguh!

Akhirnya Iskandar menutupi tubuh badan Nur Nilam dengan baju sejuk itu sendiri.

“Dah sakit pun nak jual mahal lagi. Degil.!”ungkap Iskandar perlahan.

Nur Nilam hanya membatu. Sejak dari tadi lagi suaranya seakan terkunci untuk mengeluarkan kata-kata. Pandangan matanya di pejamkan rapat-rapat. Kepalanya yang berdenyut membuatkan dia semakin tidak berdaya untuk membuka matanya lagi. Apatah lagi perutnya belum di isi dengan sebutir nasi pun sejak siang tadi lagi. Semuanya gara-gara Iskandar.

Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan rumah dengan pintu kereta sudah sedia terbuka untuknya keluar. Itupun sebab Iskandar yang kejutkannya. Perlahan-lahan dia turun dari kereta. Iskandar cuba untuk membantunya tapi di tepis. Sudahlah!Dia benci dengan orang yang berpura-pura baik tetapi dalam hati sebaliknya. Wajah Iskandar pun langsung tidak ingin di pandangnya. Terlalu sakit dan kecewa apa yang hatinya rasa.

“Sayang, nak ke mana?Tidur bilik kitalah,”tutur Iskandar pula apabila melihat Nur Nilam sedang menuju ke bilik tetamu itu.Namun, kata-kata Iskandar itu langsung tidak di endahkannya. Nur Nilam terus berjalan dan masuk ke dalam bilik tetamu itu. Rasanya sudah jelas bahawa hubungan ini tidak akan ke mana-mana. Apa yang berlaku hari tu biarlah satu kesilapan untuk panduan di masa hadapan. Hari ini, saat ini, semuanya telah berkecai.

“Okeylah, kalau sayang nak tidur sini jugak abang tak kan halang. Tapi, abang pun akan tidur di sini jugak. Sayang tidurlah dulu. Sekarang pun dah hampir pukul 4 pagi. Abang nak mandi kejap. Nanti abang datang balik. Tak payah nak kunci-kunci pintu.Sebab abang dah ada kunci spare!”

Sebaik sahaja selesai menuturkan kata-katanya dia segera keluar. Nur Nilam resah bercampur geram dengan sikap Iskandar. Kenapa kau buat aku begini Is?Aku tak perlukan kau! Aku benci kau!Kerana kau buat hidup aku gelap gelita!Aku benci!!hatinya menjerit marah. Dia tidak tahan lagi menangung sengsara ini seorang diri.

“Ibu...”laju sahaja nama panggilan ibu terpacul di bibinya. Dia rindukan ibu. Baru tiga hari ibunya tiada di sampingnya sudah banyak perkara yang sepatutnya tidak berlaku terjadi. Kalaulah ibu tahu tentu dia sedih. Ah! Dia benar-benar rasa bersalah.Nur Nilam merasakan matanya panas,lalu ada genangan air mata yang tersimpan dan ingin mengalir untuk kesekian kali.

Semakin lama tangisnya semakin jelas kedengaran. Bergetar-getar badannya menahan tangis itu agar tidak terus mengalir. Kenapa mesti dia yang tanggung semua ini? Tidak layakkah dia untuk bahagia di alam rumahtangga?Hatinya berbisik lagi.

            “Nilam..”namanya di panggil perlahan. Dia tahu Iskandar sedang berusaha untuk memujuknya kembali. Tapi, tidak semudah itu untuk dia menerima. Dia sudah serik. Kepalanya semakin berdenyut kuat.

            Iskandar naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Nur Nilam. Pantas saat itu juga Nur Nilam menutup matanya rapat-rapat dengan air mata yang masih bersisa. Dia benci untuk memandang wajah itu. Harapannya agar dia segera melelapkan mata agar di dapat melupakan semua derita yang di tanggungnya.

            “Awak akan jadi lebih teruk kalau awak terus-terusan menangis begini. Abang memang bersalah sangat. Abang sedar abang tak sepatutnya buat sayang macam tu. Tapi, percayalah saat itu abang keliru sangat. Janganlah menangis lagi sayang,”pujuk Iskandar lagi. Hakikatnya bukan mudah untuk memujuk hati Nur Nilam. Dia tahu Nur Nilam benar-benar kecewa dengannya.

            “Saya nak awak ceraikan saya secepat yang mungkin,”kata-kata yang keluar itu umpama lahar yang membakar seluruh tubuhnya. Perlahan namun cukup untuk membuatkan jantungnya hampir luruh. Terlalu besar sangatkah kesalahannya sehingga Nur Nilam sanggup untuk mengambil keputusan sebegini. Bukankah mereka sudah berjanji tidak akan berpisah lagi. Tidak ada lagi istilah kahwin terpaksa. Bukankah mereka sama-sama mahu memberi peluang untuk cinta yang baru di bina ini.

            Jika semua yang terjadi adalah di sebabkan dirinya dia rela menerima apa sahaja hukuman asalkan mereka tidak berpisah. Asalkan Nur Nilam tidak lagi dingin begini. Tidak layakkah dia untuk di beri peluang kedua?Kenapa?

Ya Allah..Aku benar-benar membuat hatinya terluka. Bukan niatku untuk berbicara sebegitu cuma aku tak mampu untuk mengawal perasaan marah, benci, simpati dan cintaku ini. Aku tak mahu kehilangannya Ya Allah..Bantulah aku..

Air mata bergenang di kelopak matanya. Rasanya sudah lama dia tidak menangis kerana seorang wanita. Semalam dia begitu ego dan kejam. Dia tidak sedar akan akibat daripada perbuatannya itu. Kerana Kamalia perasaannya jadi haru biru sedangkan nama itu sepatutnya tidak perlu wujud lagi. Tapi semalam dia sudah tersilap langkah. Seolah-olah dia hanya mengambil kesempatan ke atas Nur Nilam. Kata-kata dan caranya semalam sudah cukup untuk menghancurkan hati Nur Nilam. Nyatalah dia terlalu bodoh dalam menilai erti cinta yang sebenarnya.

“Abang tak akan lepaskan Nilam. Abang bodoh!maafkan abang, sayang. Semalam abang terlalu keliru dengan perasaan abang. Tapi abang yakin cinta abang sememangnya sudah wujud untuk sayang. Abang tak akan sia-siakan sayang. Please sayang, jangan cakap lagi macam tu. Abang tak sanggup nak mendengarnya. Sumpah abang tak sanggup!”

Sebaik sahaja selesai berkata-kata Iskandar menoleh ke wajah Nur Nilam. Sunyi dan sepi. Hanya yang kedengaran hanyalah hembusan nafas Nur Nilam. Ternyata Nur Nilam sudah hanyut entah ke mana. Wajah itu di pandang sepuas-puasnya. Air mata di pipinya di kesat. Kemudian dia meletakkan telapak tanganya di pipi Nur Nilam. Semakin panas di rasakan.

 Dia bingkas bangun dan mengambil sehelai tuala kecil lalu di basahkan dengan air suam. Tuala itu kemudian di bawa dan di letakkan di atas dahi Nur Nilam dengan penuh kasih sayang. Biarpun Nur Nilam minta perpisahan tapi dia tetap tidak akan melepaskan! Tidak akan sekali.

Aku benar-benar ikhlas untuk bertahan. Aku akan terus bersabar dalam mempertahankan cinta ini. Biarpun aku bersalah. Aku tak akan mengalah. Jangan berubah sayang..Bisik hatinya lagi. Satu kucupan hangat hinggap di dahi Nur Nilam kemudiannya. Semoga esok dan hari-hari yang akan datang kau akan kembali senyum padaku...

5 comments:

  1. best citer nie..harap mereka bersama semula-Say Hello(Aina Eyna).

    ReplyDelete
  2. mmg best cite ni...teruskan berkarya....tggu n3

    ReplyDelete
  3. cm bnci tul la kat iskandar ni.dia ingt senang2 jer buat bini gitu.panas tahap gaban sda ni!

    ReplyDelete
  4. harap2 dorg cerai, xpun bini dier lari......
    hmmm is ni xleh pcaye la, bru bacer email dri ex dier dh jdi x tentu arah, apatah lgi bila jumpa nanti.....

    ReplyDelete
  5. panas baran tapi romantik suda...hehe

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...