Wednesday, October 7, 2015

Patri - Prolog

PROLOG


MATA Nur Layla terpaku kepada dua tubuh yang sedang bermesra di ruang tamu rumah. Yang perempuan seperti sedang membuat pementasan Mak Yong. Tubuh meliuk lentok dengan ekspresi muka mintak penampar. Gerak halus jari jemari yang meniti dilengan si jantan yang kononnya gagah perkasa. Orang lain sibuk duduk dekat luar rumah layan tetamu tetapi dua makhluk ni siap boleh bergelak ketawa. Nur Layla melepaskan keluhan perlahan. Siapa dia hendak menghalang apatah lagi melarang kelakuan dua makhluk ciptaan Tuhan itu. Dia bukan siapa-siapa tapi matanya rasa dua makhluk tu macam dah over sangat.Sakit mata dia tengok.
Nur Layla terus bergerak ke ruangan dapur. Tekaknya haus. Malas nak keluar ke hadapan lagi. Suasana riuh di luar rumah banglo dua tingkat ini sudah mula terasa sejak awal pagi lagi. Empat biji khemah yang dipasang mula dikunjungi tetamu-tetamu yang datang. Nur Layla memandang jug yang berisi sirap bandung di atas meja. Air segera dituang ke dalam gelas. Tatkala gelas dibawa ke bibir telinganya menangkap bunyi gelak ketawa halus serta rengekan manja dibelakangnya. Dia berpaling.
“Ouh!” Nur layla pandang gelas yang jatuh di atas lantai.
“Eeee!” siap dengan hentakan kaki.
Sorry, tak sengaja.”Layla mendengus perlahan. Menyampah betul dia dengan minah sombong ni.
“Sejak bila pulak dari rumah you ni ada orang gaji buta. You tengok apa yang dah dia buat dekat baju I. Eeee!” kaki dihentak-hentak ke atas lantai. Ekspresi muka dengan tubuh meliuk lentok pada awal tadi yang terbentang di depan matanya terus hilang. Eee! Eee! Rasa nak lempang saja Layla dekat minah ni.
“Kalau awak nak saya boleh beritahu Rania. Awak pakai baju dia dulu.” Layla cuba berlagak tenang konon nak selesai masalah. Sebolehnya Layla tak nak rosakkan majlis perkahwinanRania. Rania tengah seronok bersanding di depan tu.
“Hey pompuan! Kau ingat aku hadap sangat nak pakai baju orang lain?”
Bukan baju orang lain pun. Baju bakal adik ipar sendiri jugak. Ikutkan hati nak cakap macam tu tapi bila pandang Rafael yang tengah pandang dia tajam niat itu dibatalkan.
“Sudahlah Raf. Lebih baik I balik je. Tak kuasa nak melayan orang gaji buta dalam rumah ni.”
Layla mengerutkan muka. Bercinta tak pandang kiri kanan dia jugak yang dipersalahkan. Pelik betul manusia ni.
“Kau ni pehal?” Rafael menyoal tidak puas hati dengan cara Layla memandang Zyra.
“Hal kecik je tak payahlah nak kecoh sangat.”
“Kau jangan nak kurang ajar dekat sini!” menyinga raut wajah Zyra. Rafael menolak Zyra ke tepi.
“Pedulikan perempuan ni sayang.” Pujuk Rafael.
“I tak peduli dia dah tumpahkan air dekat baju I. You ingat I nak diam macam tu je?”
Mata Layla pandang pada tangan Rafael yang diletakkan di atas bahu Zyra. Belum apa-apa dah boleh pegang macam itu gayanya.
“You sabar yer sayang. Biar I yang uruskan.” ‘
“I nak balik!” laung Zyra berserta jelingan kepada Layla.
“Hah! Pergilah balik.” Pantas Layla menjawab. Siapa yang tuan rumah sekarang ni. Aduh…Rafael merenungnya tajam seperti singa. Bila-bila masa sahaja dia boleh kena terkam. Selama Nur Layla berulang alik datang ke banglo mewah ini belum pernah lagi mereka berdua bertegur sapa. Setiap kali berselisih jalan di dalam mahupun di luar rumah dia akan melarikan pandangan ke arah lain. Itulah yang berlaku selama dua tahun dia tinggal di bumi Pulau Pinang ini.
“Kurang ajar. Tak sedar diri. Bodoh…!” Zyra terus memaki hamun dia. Aku tak ada telinga. Aku tak dengar apa kau cakap. Ikutkan hati nak saja Layla cakap begitu. Siapa yang bodoh ntah.
“Sayang, please tunggu sampai habis majlis.”
“No!” tak kuasa I.”
Please sayang…”
“Baju I dah basah. Dah kotor. You tak nampak ni? I tak pedulik. I nak balik.”
“Sayang…”
“Uwekkk…” Kali ini panadangan mata kedua-duanya terarah kepada dia. Mana tahan bersayang-sayang depan dia. Ekspresi wajah Layla berkerut seperti sedang menghidu taik kambing. Loya teramat dengan kegedikkan budak dua orang ni.
Nur Layla bongkokkan badan. Nak kutip gelas yang jatuh. Malas dia nak jadi saksi cinta agung ni. Tiba-tiba terasa berangin mukanya. Gelas dah terpelanting ke hujung anak tangga. Layla mendongak pantas.  
“Kau tengok apa kau dah buat? Kau ni memang sengaja nak menyusahkan aku. Memang cari pasal betul kau ni!”
Layla pandang Zyra dah lari keluar. Alah…feel macam cerita Hindustan. Matanya kembali beralih ke arah mamat serabai yang tengah tunggu masa nak tibai dia. Hekeleh…menyampahnya dia.
Sorrylah… tak sengajakan.” Malas nak gaduh sebenarnya.
“Aku bukan main susah nak bawak dia datang sini. Kau ni kan…” Rafael mati akal nak buat apa dengan Layla ni. Tak pernah ada orang seberani ni menjawab dengan dia.
“Kan dah cakap tak sengaja.” Nasiblah gelas yang disepaknya. Kalau Rafael sepak dia mahu pengsan dekat situ jugak.Takut giginya bersepai.
“Mata kau letak kat mana hah?” Rafael cekak pinggang tak puas hati.
“Dah mata mestilah letak kat mata. Tak kan letak kat hati pulak.” Nur Layla jawab perlahan. Dalam banyak-banyak organ hati jugak yang dia pilih.
Tulang rahang Rafael kelihatan berdetap-detap tanda menahan marah yang tidak terhingga.
“Saya dah cakap sorry. Ya, saya salah. Yang awak tu nak tinggikan suara sampai macam tu dah kenapa. Saya boleh ganti baliklah baju dia tu. Cakap dekat dia nanti saya bayar. Baju pasar malam pun nak kecoh.” Lagi Layla menambah bara.
“Ya Allah dia ni…” Rafael mengetap bibirnya kuat. Sumpah rasa macam nak penampar minah ni.
“Baju tu bukan mahal pun. Dekat up town bersepah ada jual. Saya boleh ganti. Tapi awak tu cakap perlahan-lahan sikit. Kalau pecah gegendang telinga saya ni siapa yang nak ganti? Mati hidup balik pun tak akan ada ganti. Tak ada jual dekat kedai spare part. Online pun tak…”
“Hoi!!!” Layla tutup mulut.
“Hish!Dasar minah cekang!” Jerkah Rafael geram. Penumbuk dikepal. Layla benar-benar menduga kesabaran dia. Kalau lelaki dah lama penumbuk dia hinggap. Biar Layla rasa nak hormat dia sebagai anak tuan rumah. Bukan melawan dan menambah sakit hati dia.
“Siap kau pompuan!” Rafael berlalu ke depan.
 Nur Layla bangun dan menurut langkah kaki Rafael. Layla sudah dapat mengagak apa tindakan Rafael. Helmet disarung ke atas kepala. Bunyi exzos Yamaha RXZ menenggelamkan lagu-lagu yang sedang diputarkan di majlis Rania. Layla tepuk dahi.
“Raf!!!!!!!” Jerit Chomby kuat. Chomby bawak penyapu nak kejar Rafael. Semua tetamu bergelak ketawa sakan dengan aksi itu. Minyak motorsikal itu terus dipulas sebelum Rafael memecut laju Yamaha Rxz membelah jalan di kawasan perumahan elit ini.
Majlis perkahwinan Rania sudah mula bertukar rentak. Nur Layla mengeluh perlahan. Jatuh kasihan bila pandang wajah uncle Zaid dengan auntie Awanis. Dia lah punca. Dialah punya angkara. Chomby termengah-mengah bawa penyapu ke dalam semula.
“Chomby hebat.” Layla menghulurkan sehelai tisu kepada Chomby. Peluh menitik di dahinya.
“Melampau betul budak tu.” Chomby membalas laju.
Layla tergelak kuat. Seronok dapat mengusik Chomby. Pembantu rumah Rafael yang sangat rapat dengan dia. Bila Chomby kejar Rafael dengan penyapu tadi teringat dia pada lagu Aci Aci Buka Pintu nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan Saloma. Gaya Chomby sebijik macam tu.
Bahu Layla dicuit kasar. “Apa yang jadi dekat dalam tadi? Aku nampak si Zyra tu bukan main laju lagi jalan menonong aje keluar tadi.”
“Aku tak sengaja terlanggar awek abang kau tuh. Basahlah baju tu dengan air sirap bandung. Mengamuklah abang kau tu.”
Rania terus gelak kuat mendengar cerita dia. Nur Layla mendengus perlahan.Tindak balas seperti yang dia jangka. Rania dengan Rafael adik beradik yang tak pernah sebulu.
“Eloknya kau mandikan aje dia dengan sirap bandung tu. Baru padan muka.”
“Rania…” Layla buat muka sebek. Rania tetap ketawa kuat dekat dia. Macam tak kisah tetamu pandang dia.
“Kau tu baru sekali kena dengan abang Raf. Aku ni dah berkali-kali. Ignore je Layla. Jangan dilayan dua mangkuk hayun tu. Buat drama je lebih.” Macam mana dia nak back up abang sendiri. Dah la garang, suka buli dia nombor satu, suka paw duit dia, dan yang paling dia geram suka merempit. Sakit hati dapat abang macam tu. Mujur dia dah tak ada adik beradik lain dah. Terpaksa terima hakikat jugak bila dapat abang yang macam tu.
“Dia tu api. Kalau gaduh dengan dia tetap tak akan menang.”
“Dah tu aku kesiankan mama dengan papa kau tu. Malu diorang Rania. Tetamu datang telan asap motor abang kau tadi tu berkepul-kepul. Macam kau tak nampak…”
“Ah! Lantaklah dekat abang aku tu.”
“Hmm…”
“Dia buat hal lagi mama.”  Sambil gelak sambil Rania mengadu kepada Puan Awanis.
“Anak lelaki sorang aje. Nak dapat bukan main payah. Dah dapat perangai hmm... penat betul.” Tiga tahun menunggu untuk dapat zuriat. Dari kecil sampai ke besar dugaan sungguh untuk dia membesarkan Rafael. Dua minggu lepas baru dia jamin dekat lokap. Kena angkut naik trak dekat Highway BKE pukul tiga pagi. Ingat balik Penang berubah tapi sama saja. Dia ikut pulak budak-budak motor.
“Apa nak jadi dengan dia ni.” Puan Awanis ketap bibir geram. Wajah yang awal tadi ceria dengan baju blink blink yang tersarung ditubuhnya sudah mula beriak hampa.
 “Itulah mama manjakan sangat abang tu. Eloknya masa dia kena tahan dalam lokap tempoh hari biar je. Tak payah jamin. Nak jadi samseng jalanan sangat.”
“Salah Layla auntie…tak sengaja tumpahkan air dekat baju perempuan tu.” Rasanya tadi dia tak ada salah apa pun. Rafael yang langgar dia.
“Ermm…Layla,”
“Ya auntie?”
Auntie nak pinangkan Rafael untuk Layla lah? Layla nak tak auntie kahwinkan korang berdua?”Lembutnya suara auntie Awanis. Soalan dengan nada selembut sutera itu tentu mahukan jawapan ‘ya’ dari dia. Ini bukan kali pertama auntie Awanis tanya dia soalan tu.
Dia tak nak jadi perempuan malang dapat Lelaki seperti Rafael. Selama hari ni pun bila dia datang ke rumah Rania mana pernah mereka bertegur sapa. Dia pandang Nur Layla pun dengan satu jelingan aje.
Auntie Awanis serius ni nak pinangkan Layla untuk Raf.” Nada ayat tu memang serius tapi kenapa mereka bertiga boleh hentam gelak sakan. Tang mana yang seriusnya. Pandai pulak orang tua ni bergurau.
“Tak payahlah auntie. Takut pulak kena kejar dengan awek dia tadi. Jangan cari penyakit auntie. Layla nak dok lama tang Penang ni.”
“Kalau nak dok lagi lama kahwin la dengan anak auntie tu.”
Layla ketawa. Dalam hidup Nur Layla diahanya dahagakan kasih sayang dari ayah dan ibu. Tapi ayah terlebih dahulu dijemput ilahi dan ibu memilih untuk berkahwin lagi. Ibu perlukan teman. Susah dia nak terima. Pengganti ayah walaupun uncle Ikhwan tu nampak baik. Tapi dia sudah nekad yang tempat ayah tak akan ada orang boleh ganti. Sebab itu dia ambil keputusan untuk menetap di Pulau Pinang. Ada kawan macam Rania, ada uncle Zaid yang selalu bagi semangat. Ada auntie Awanis yang suka bercerita segala macam topik. Ada Chomby yang kelakar dan gila-gila. Mereka melayannya dengan baik. Tapi baik ni ada udang disebalik batukah? Nak jodohkan dia dengan Rafael. Habis tu kalau mereka layan dia dengan baik maknanya dia terhutang budi? Memang taklah.
“Kalau mama serius Rania lagi setuju dan suka sangat-sangat. You suka tak Faqih?” Rania dah tergedik-gedik dalam persalinan baju pengantin bewarna pink itu. Faqih mestilah setuju. Kena marah tadi pun Layla masih terasa. Ini kan pulak nak jodohkan dia dengan Mat Preng tu. Kalau Rania boleh memilih lelaki sebaik Faqih kenapa dia perlu terima lelaki seteruk Rafael.
“Faqih pun setuju jugak dengan apa yang mama cakap. Baik kau accept je Layla.”
Kali ini anak mata Nur Layla jatuh ke wajah Faqih yang tersengeh. Apalah…tak inginlah dia dengan Mat Preng. Dia tinggal asap motorsikal berkepul-kepul adalah nanti.
“Setuju ya Layla?”
Auntie saya kena balik dulu. Lama sangat dah ni.” Layla pura-pura tengok jarum jam ditangan. Mengelak seperti kebiasaan. Tak sanggup dia nak tunggu lama bila akal fikiran terbayangkan bagaimana dia dengan Rafael. Rafael bawak dia naik motorsikal laju-laju. Layan corner, satu tangan pegang baju Rafael dan satu lagi pegang helmet yang nak tercabut. Cilok sana sini akhirnya tart jugak dicium. Allahu…ngeri. Dia tak setuju. Dia tak nak.
“Layla!” Chomby hulur beg tangannya. Chomby ni macam tau dia nak cepat-cepat balik.
“Layla balik dulu. Assalammualaikum.” Langkah kaki laju diatur laju menju ke arah pagar.
Tak ada apa yang perlu dia kagum dengan lelaki seperti Rafael. Lelaki seperti Mat Preng tu bukan taste dia pun. Dia ada hak untuk memilih lelaki yang jauh lebih baik dari Rafael.Tak kan manusia ni boleh jatuh cinta dengan ayat maki hamun. Ayat jiwang pun belum tentu lagi boleh jatuh cinta inikan pulak ayat maki hamun. Memang tak akan terbeli jiwa. Jadi hentikanlah kerja sia-sia nak jodohkan dia dengan Mat Preng.
Buang masa!









No comments :

Post a Comment