Wednesday, November 18, 2015

Patri - Bab 2




Bab 2


           “FAQIH, I rasa ada satu cadangan macam mana nak satukan dia orang berdua. Walaupun cadangan ni nampak macam bodoh, tak masuk akal, memalukan dan berisiko. Kita try dulu.” Ujar Rania sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik yang luas itu. Bau haruman bunga ros terasa masih melekat di dalam bilik. Tenang dan nyaman.
Faqih jungkit bahu. “Beria-ia benar you nak satukan abang Raf tu dengan Nur Layla.”
“Mestilah…kalau mama tak cakap semalam pun I dah fikir nak kenen-kenenkan abang Raf dengan Nur Layla.”
“Kenapa?”
“Sebab Nur Layla tu baik kan. You tengok dia banyak tolong kita berdua. Kita kawan dah lama. I tak berkenan dengan Zyra tu. Dia dah la teruk, dapat abang Raf pulak yang lebih kurang sama teruknya. Ermm… cuba you bayangkan macam mana diorang nak mengemudi arah masa depan dia orang nanti.”
“Jadi, you rasa Nur Layla tu pilihan yang tepat ke?” Soal Faqih lagi. Masih tak dapat membaca apa rancangan yang hendak dibuat oleh si isteri kesayangan.
Rania angguk. “I kesiankan Nur Layla tinggal sorang-sorang kat rumah sewa tu. Adik beradik tak ada. Ibu jauh duduk di Kuala Lumpur sana. Bukan ke elok kalau satukan je dia dengan abang Raf. I tak risau sangat pasal Layla.” Baginya Nur Layla bagaikan darah daging sendiri. Apa salahnya dijodohkan dengan abang tu. Manalah tahu penyakit abangnya tu akan berubah. Pelan-pelan kayuhlah.
“Kita kena fikirkan jugak hati dan perasaan Layla. Dia pun nak yang terbaik. Kalau dia tak cari yang terbaik I rasa dah lama dia terima lelaki-lelaki yang cuba nak adjust dia.”
Wajah Rania bertukar mendung. Rania kalau boleh apa situasi pun nak dia sokong.
“Okey jangan buat muka muram tu. Apa rancangan yang you nak buat ni?” soal Faqih terus.
Rania menarik tubuh Faqih agar dekat dengannya. Dia berbisik di telinga Faqih. Berkerut muka Faqih memandang Rania.
“Sayang…jangan macam tu.” Faqih tak setuju.
“Itu je cara yang kita ada. Kalau bukan you yang nak sokong I siapa lagi.” Wajah mendung yang tersua di hadapan mata buat dia mengeluh perlahan.Kalau dia guna cara kasar untuk paksa Rafael dan Nur Layla mesti tak lulus. Dia tahu Nur Layla tu degilnya sama aje dengan si abangnya , Rafael.
“Hmm…yalah-yalah. I setujulah.” balasnya semula setelah agak lama merenung wajah si isteri. Terus tubuhnya dipeluk erat oleh Rania. Alahai, isteri punya pasal terpaksa ikut saja.
“Tapi kalau jadi apa-apa you kena ingat. Jangan lepas tangan. You kena bertanggungjawab dengan apa yang you buat ni sayang. I sokong you sebab I nak tengok you happy. I sayangkan you. You pun sayangkan Layla. I tahu you risau pasal Layla. Tapi bila I setuju macam ni I risau kalau jadi apa-apa antara you dengan Layla ke depan nanti. So, jangan silap langkah.”
“I tak sabar nak jadikan Layla sebagai kakak ipar.” Keterujaan di wajah Rania jelas kelihatan. Faqih pula rasa tak sedap hati. Dia tak nak persahabatan antara mereka berkecai nanti kalau apa-apa terjadi.


NUR LAYLA memakai dress kuning cair dengan rambutnya yang panjang melepasi paras bahu disanggul kemas. Wajahnya hanya dioles nipis dengan bedak compact powder. Pesanan ringkas yang diterima daripada Rania sebentar tadi membuatkan dia agak kelam kabut bersiap. Yalah, tak cakap awal-awal nak pergi bulan madu malam ni jugak. Nak sangat jumpa dia. Sudahnya dia pulak yang kelam kabut. Menarik sahaja pakaian yang ada di almari. Make-up pun tidak. Kawan punya pasal.
Di bumi Pulau Pinang ni, tak ada kawan yang rapat selain dari Rania dan Faqih. Belajar di USM sama-sama. Sampaikan dia mengambil keputusan untuk menetap dan berkerja di sini sahaja. Jadi anak Pulau Mutiara walaupun tak berapa nak jati. Dia malas nak balik Kuala Lumpur lagi. Nak duduk satu rumah dengan adik tiri yang dia tak pernah kenal. Baik dia pilih tinggal di sini.
Kereta terus bergerak membelah jalan-jalan di Pulau Pinang yang tetap sesak tidak kira waktu. Sesekali ingatannya terkenang kata-kata auntieAwanis yang mahukan dia berkahwin dengan Rafael. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Tak sangka yang mereka boleh terfikir sampai macam tu. Dia tak ada rasa apa-apa pun untuk Mat Preng tu. Rasa menyampah adalah. Menyampah sangat-sangat. Semakin menyampah dengan apa yang terjadi semalam di Padang Kota Lama.
Sebaik sahaja sampai di hadapan banglo Mewah Bayu Ferringhi, dia terus mematikan enjin kereta Proton pesona hitam miliknya. Di perkarangan luar rumah hanya ada sebuah kereta kepunyaan papa Rania, Encik Zaid. Yamaha RXZ itu juga ada. Lagipun waktu sekarang jam baru menunjukkan pukul sembilan malam. Rafael tak akan keluar seawal ini. Dia pasti itu.
Kawasan rumah begitu sunyi namun terang benderang kerana dihiasi dengan cahaya lampu. Melalui pintu pagar yang dibuka dia segera memberi salam. Berulang kali salam diberi namun masih tiada tanda-tanda yang pintu akan dibuka. Akhirnya dia menghampiri pintu. Tombol dipegang dan cuba ditolak. Tak berkunci. Tak dengar ke dia orang ni. Mana pergi bibik ni? Tak ada jugak ke? Terjenguk-jenguk dia dari luar. Sudahnya dia ambil keputusan masuk ke dalam rumah terus.
“Rania, Faqih...korang kat mana ni? aku dah sampai ni haa…tak siap lagi ke berkemas ni?” Nur Layla sedikit terjerit. Melilau matanya mencari kelibat mereka. Rumah ni dah lah besar. Mana pergi auntie dengan uncle pun tak ada. Terus dia rasa tak sedap hati.
Auntie, uncle,” dia panggil kuat. Terjenguk-jenguk dia ke ruang dapur. “Chomby…” panggilnya lembut.
Apehal kau masuk rumah orang tak bagi salam ni?” suara itu kedengaran serak namun kuat. Nur Layla menoleh. Dia langut pandang tubuh yang berdiri di tangga. Seluar boxer bunga-bunga warna pink. Allahu…terasa nak gelak guling-guling. Dia pekup mulut. Sumpah tak tahan nak gelak.
Nur Layla terus berlari anak menuju ke muka pintu. Di ingin keluar. Tak manis masuk dalam rumah orang macam ni. Tapi dia dah TERmasuk pun.
“Datang rumah orang lain kali bagi salamlah woi! Bukan main aci redah je.”
Sorry ya Mat Preng Sebab saya cari adik awak tadi. Tak ada pulak.” Mulut nak menjawab sebab tak puas hati cara Rafael cakap pada dia. Dia tak aci redah. Dia bagi salam. Kalau dah sampai berkali-kali tak jawab sebab tu dia cuba pulas tombol pintu yang memang tak berkunci tu. Perkataan aci redah tu sesuai untuk Rafael sorang saja sebab dah makan pasembor dia sampai habis.
“Apa kau cakap?Mat Preng?” Semalam dan hari ni dua perkataan tu dia dengar dari mulut Minah Cekang.
“Saya cakap, sorry. Pekak ke?” ulang Nur Layla tanpa pandang Rafael. Dia buat muka bosan.
“Aku tahulah kau dah terbiasa dalam rumah ni, tapi kau tu tetamu buatlah cara tetamu. Masuk rumah orang dah macam pencuri pulak. Kau tak reti nak bagi salam. Orang kafir ke kau ni? Tak ada adab?”
Amboi…Nur Layla cebik mulut. Kalau tak sebab Rania yang call dia tergesa-gesa mintak datang ke sini tadi dia pun tak ingin datang. Kurang asam. Berani Rafael cakap macam tu padanya. Dasar mulut tak ada insurans.
“Itu yang saya pun pelik jugak ni. Rania call mintak saya datang tapi tak nampak pulak batang hidung dia. Awak tahu tak dia ke mana?”
“Eh! Eh! kau tanya aku pulak?Manalah aku tahu.” Ada ke dia pernah ambil tahu hal Rania. Tak pernah.
“Mana pulak dia pergi ni?” soal Layla lagi. Tak faham bahasa agaknya minah ni bila dia dah jawab yang dia tak tahu. Dia terjaga dari tidur tadi bila terdengar sayup-sayup suara dari bawah. Bila keluar bilik nampak muka Nur Layla. Asyik-asyik minah cekang ni.
“Okeylah, kalau macam tu saya keluar dulu.”
“Masuk tak undang nak keluar pun tak ada siapa yang larang. Blahlah
“Hmm…”Kena halau.
“Kau pandai buka pintu jangan lupa pulak tutup. Tapi kan pencuri mana reti tutup pintu.”
“Rafael, otak awak letak dekat mana hah? Kan saya dah cakap datang sini cari Rania. Jangan nak cakap sesedap rasa awak aje.” Rafael ni memang nak cari gaduh. Dia hentikan langkah kakinya.
“Pedulik apa aku.”  Rafael angkat jari menghalau dia pergi.
Nur Layla mengajuk. Tapi depan pintu. Tak berani pun nak buat depan Rafael. Nantikan tak pasal-pasal kena dengan Mat Preng ni. Bukan boleh kira mat-mat rempit macam dia ni. Dah banyak kes mat rempit rogol orang. Oh! No… memang tak semua macam tu. Ramai lagi yang baik hati di luar sana. Tapi otak dia nak jugak fikir yang negatif. Dia segera pulas tombol pintu.
“Assalamualaikum, kami dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Boleh kami masuk ke dalam rumah untuk buat pemeriksaan.” Lelaki itu menunjukkan kad kuasanya.
“Dah kenapa pulak?”Nur Layla soal blur. Jangan cakap dalam rumah ni hanya tinggal dia dengan Rafael saja. Kebetulan apa macam ni. Jantungnya bergetar laju.
Rafael pandang Layla dengan empat orang lelaki itu bersilih ganti. Empat orang lelaki yang berkopiah putih segera masuk ke dalam rumah. Membuat pemeriksaan tanpa keizinan dari dia sebagai tuan rumah. Yalah dah tunjuk kad kuasa memang diorang ni ada kuasa nak buat pemeriksaan. Okey silakan. Tak salah nak takut apa. Tapi muka minah cekang tu macam dah tak ada darah. Kasihan…
“Anda berdua di syaki berkhalwat dalam rumah ni. Sila ikut kami ke balai polis untuk buat laporan sebelum ke JAIPP untuk siasatan.” tutur pegawai operasi yang berbaju kemeja warna ungu itu.
“Tapi encik saya datang sini sebab…”
“Kita bincang di sana cik.” Pegawai itu terus memotong percakapannya.
“Sekejap,” Rafael pandang sorang-sorang muka pegawai JAIPP tu. “Encik cakap apa tadi? Kami berdua ditangkap khalwat?”sambil jari telunjuknya terarah kepada Nur Layla dan dia.
“Kami dapati hanya tinggal kamu berdua dalam rumah ni.” Lelaki itu pandang tubuhnya yang tidak berbaju. “Dah tu apa masalah? Nak kena kahwin dengan minah cekang ni?” Dia menyoal keras. Tak puas hati dengan cara mereka berempat pandang dia.
“Encik, kalau encik nak tahan kami sekalipun tolong cakap baik-baik sikitlah dengan perempuan tu. Bagi dia habis cakap dulu. Dia nak explain yang kami memang tak bersalah.” Rafael mendengus geram. Melihat wajah suram Nur Layla yang akan menitiskan air mata pada bila-bila masa sahaja membuatkan hatinya ditebak rasa geram kepada Pegawai Penguatkuasa JAIPP itu. Kalau dia tahu siapa punya angkara ni siaplah.
“Kalau macam tu tolong ikut kami balai untuk buat laopran terlebih dahulu.”
Tangisan Nur Layla akhirnya memenuhi ruang rumah banglo besar itu saat mereka diminta ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk siasatan kerana disyaki berdua-duaan tanpa muhrim. Gila ke apa. Ini kebetulan atau sememangnya dia diperangkap oleh Rania. Tak mungkin Rania tergamak buat dia macam ni. Apa salahnya? Tapi Rania yang beria-ia suruh dia datang sini. Kenapa Rania dan Faqih tak ada dekat banglo mewah ni. Untuk seumur hidup dia belum pernah dengar lagi kes macam ni jadi dekat kawasan macam ni. Dia dapat rasa ini memang perangkap.
Rafael pandang Nur Layla.Memang sah-sah lah dia kena tangkap khalwat dengan Nur Layla. Dia hanya berseluar boxer warna pink dengan muka pula serabut sebab baru bangun tidur. Macam baru lepas….Hesh!Macam mana pegawai JAIPP tu tak syak yang bukan-bukan. Kawasan perumahan elite macam ni pun boleh kena tangkap khalwat. Memang tak logik. Ataupun Nur Layla yang punya rancangan sebab nak kahwin dengan dia.
“Kau rancang semua ni?” soalnya separuh berbisik kepada Nur Layla sewaktu mereka hendak keluar dari rumah.
“Saya tak bodoh nak buat kerja bodoh.” Jawab Layla tegas.
“Manalah tahu kau dah berpakat dengan mama dan papa. Perempuan zaman sekarang nak percaya seratus peratus memang tak lah. Nak pulak yang ada duit banyak. Suami orang pun sanggup rampas. Muka dan macam tok wan ada cucu dua puluh pun sangggup.”
“Apa masalah awak nak cakap semua ni Raf? Awak tak kenal saya jadi jangan pulak awak nak tuduh saya perempuan jenis tu. Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Orang jahil macam awak je yang cakap tak fikir!” Nur Layla kesat air mata. Sakit hatinya. Dia dah tak peduli tatkala dua tiga orang pegawai agama itu memandang mereka pelik. Itu pun yang mereka lalukan sejak mula datang tadi.
Duit ada bayar aje denda. Tak ingin dia nak kahwin free macam ni. Yang dia pelik, mana pergi Chomby?mama, papa, Rania dan Faqih. Ini macam ada udang di sebalik batu. Dia bukan nak tuduh Nur Layla. Cuma kebarangkalian untuk betul tu ada.
Tiba-tiba kereta Toyota Vios bewarna putih berhenti betul-betul di hadapan mereka. Nur Layla memandang Rania yang keluar dari perut kereta.
“Kenapa ni? Apa yang jadi ni?” soal Rania beriak risau. Layla sendiri tak tahu nak cakap apa lagi. Dia yang sepatutnya persoalkan ke mana Rania pergi. Rania sendiri yang meminta dia datang sini dalam keadaan yang tergesa-gesa. Tapi Rania tiada. Aneh! Chomby pun boleh ikut mereka sekali. Kalau betul ini kerja Rania. Memang Rania tergamak sangat.Habis yang tadi tu beria-ia cakap nak pergi bulan madu malam ni jugak. Dah tu kenapa masih sempat keluar siap angkut Chomby sekali.
Kemudian sebiji kereta lagi tiba. Auntie Awanis dan uncle Zaid keluar dari kereta. Wajah kedua-duanya penuh dengan tanda tanya.
“Apa dah jadi ni?” soal Encik Zaid laju dengan suara garau.
“Kalau uncle dan auntie nak tahu lebih lanjut. Tanya Rania dan Faqih. Terima kasih banyak-banyak Rania. Aku tak hadap dengan cara ni untuk kahwin dengan abang kau.”
“Layla!apa kau cakap ni?” soal Rania terkejut mendengar kata-kata Nur Layla.
“Apa ni Rania?” soal Encik Zaid sekali lagi mintak jawapan dari si anak pula.
“Siap kau Rania aku kerjakan nanti!” jerkah Rafael sebelum berlalu mengikut langkah kaki Nur Layla menuju ke van JAIPP.
Nur Layla dah syak semua ini bukan lagi kebetulan. Tapi satu rancangan yang telah diaturkan. Yang paling dia terkilan kawan baik sendiri yang sanggup buat macam ni. Dia ada alasan kenapa dia syak Rania. Sebab Rania beria-ia sangat nak satukan dia dengan si Rafael. Macam tak logik, Rania call suruh dia pergi tapi Rania tiada. Sampai hati Rania buat dirinya macam ni. Dia bukan boneka untuk dibuat begini. Untuk dipatri satu ikatan yang dia tak pernah menginginkan. Sungguh dia tak ingin.
Rafael diam disisi Nur Layla. Sepanjang perjalanan dadanya rasa macam nak pecah. Macam nak hempuk-hempuk muka si adik. Dia pun setuju dengan apa yang Nur Layla cakap. Memang ini satu rancangan Rania nak satukan mereka. Kau silaplah wahai adikku. Benda ni kecil aje bagi aku. Kahwin tu bukan hukuman rasmi daripada pihak berkuasa kepada pesalah. Sebaliknya kahwin tu hanya pilihan pesalah sendiri. Dia dengan Nur Layla memang tak bersalah. So, jangan harap dengan mudah dia akan kahwin. Dia tak adalah bebal sangat sampai tak boleh fikir.
“Kita mengaku, bayar denda habis cerita.” Rafael sedikit berbisik kepadanya saat mereka tiba di Pejabat Jaipp. Nur Layla mengeluh berat. Mudah sangat cara mereka fikir. Habis malu pun boleh bayar guna duit jugak ke?




4 comments :

  1. Kalau betul plan rania tak ada kawan macam ni pun tak apa! Akal pendek

    ReplyDelete
  2. dah alang2 sekolah kn jer rafael tu nur layla...biar hilang ego...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layla pulak yg kena sekolah dengan Raf :)

      Delete