Tuesday, December 19, 2017

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus...

Alhamdulillah...2017

Penghujung yang indah.

Terimalah PATERI...




Akan datang EBM 2017

PERKENALAN di antara Nur Layla dengan Rafael bukanlah bermula dalam keadaan yang baik. Masing-masing mempunyai tanggapan yang negatif antara satu sama lain.
“Aku tahulah kau dah terbiasa dalam rumah ni, tapi kalau dah tetamu tu buatlah cara tetamu. Masuk rumah orang dah macam pencuri pulak. Kau tak reti nak bagi salam ke? Tak ada adab?” ~ Rafael 
“Rafael, otak awak letak dekat mana, hah? Kan saya dah cakap saya datang sini cari Rania. Jangan nak cakap sesedap rasa awak aje.” ~ Layla

Peristiwa dianiaya sahabat sendiri membuatkan Layla membawa diri jauh dari semua yang berkaitan dengan lelaki itu. Lalu dia lari membawa diri ke Sri Beringin. Namun sejauh mana pun kakinya melangkah, takdir tetap membawa dia kepada lelaki bermulut longkang, baran atau lebih dikenali sebagai Mat Preng kerana hobinya yang suka merempit. Siapa sangka pertemuan kali kedua itu membuatkan Rafael mula menyimpan perasaan pada Layla sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya dahulu. Namun hati seorang Layla bukan mudah untuk dicairkan. Berlakulah persaingan sengit di antara Rafael dan Arman dalam mendapatkan perhatian si gadis. 
“Tak sangka aku jumpa kau lagi kat sini. Macam berjodoh pula aku dengan kau, kan?” ~ Rafael
“Mat Preng tu sejenis hantu raya yang berkeliaran di waktu malam. Kalau nak keluar waktu hari siang, tengok mood dia jugak. Kalau terdengar bunyi bising malam-malam tu, haa… dialah tu.” ~ Layla 
“Tak takut ke kalau hantu raya tu berkeliaran masuk dalam hati Cik Layla?” ~ Rafael
Sehinggalah satu permintaan dari seorang tua ketika aktiviti Melakar Impian Masa Depan, merubah segala perjalanan hidup mereka. Apakah permintaan itu? Dapatkah Rafael meraih cinta Layla yang mahal untuk dibeli? Siapakah Arman di antara Rafael dengan Layla? Bagaimana pula dengan perasaan Layla yang sudah mula berdendang lagu P.Ramlee ~ Malam Bulan Dipagar Bintang? Tetapi dengan lelaki yang mana satu...
******

Pre order dengan Penerbitan Kaseh sehingga 20 Disember 2017. Sampai esok ja nak habaq kat hang. Lepas tu Expo Buku Malaysia. Jumpa aii kat PWTC tau... :)

Kalau nak order dengan ai...okeylah...apa-apa rojer dekat FB. Kliks kat ataih tu ada link FB. Hihi..

KEJAR SAMPAI DAPAT.


Tuesday, December 8, 2015