Monday, January 9, 2012

DSRC - Bab 21, 22 & 23


Siang semakin usang.. Tatkala senja mula berlabuh…..

 FAUZIE  masih setia menemani Arisya di wad itu.  Sudah hampir dua jam dia berada di dalam wad ini.  Jam sudah berganjak ke angka 8.00 malam.  Sengaja dia menukarkan Arisya ke wad VIP ini agar Arisya lebih selesa dan juga mudah untuknya melawat Arisya tanpa mengira waktu.

 Lagipun dia mampu untuk menanggung segala kos perubatan ini.  Jadi tidak ada langsung masalah.  Tambahan pula Arisya juga adalah pekerjanya.  Dia juga mahu bertanggungjawab terhadap segala yang terjadi.  Semuanya berpunca dari dia juga.  Masalah dengan Nazirah,  Arisya yang menjadi mangsa.

  Kesian Arisya...entah bagaimana lagi cara untuk dia menyatakan kepada Nazirah bahawa dia tidak pernah jatuh cinta atau ada hati langsung dengan Nazirah.  Sakit hati tak pernah berkesudahan terhadap kelakuan Nazirah yang sudah semakin melampau-lampau.  Perempuan seperti Nazirah itu, mana layak hendak di jadikan isteri.  Setakat suka-suka time boring bolehlah.

            Seraut wajah comel yang pucat dan lesu itu direnung.  Cantik..Bisik hatinya pula.  Mujur kecederaannya tidak teruk. Hanya kaki kanannya sahaja yang patah dan kepala Arisya mengalami sedikit luka. Masih terngiang-ngiang kata-kata dari doktor yang merawat Arisya sebentar tadi yang menyatakan bahawa Arisya sudah sedar tetapi terpaksa di berikan ubat bius sekali lagi kerana itu adalah yang terbaik untuknya dari menahan sakit yang berpanjangan. Kerana itu ketika dia datang Arisya masih tidak sedarkan diri. 

Dia yang pada awalnya hanya duduk di sofa bangun menuju ke katil Arisya dan duduk di kerusi yang terdapat berhampiran katil tersebut.  Bukan mudah untuk memandang wajah Arisya sepuas-puasnya.Walaupun dia tahu Arisya tidak menyukainya. Malah,selepas kes ini terjadi mungkin kebencian Arisya terhadapnya semakin meluap-lupa.

  Jari jemari Arisya dicapai lalu digenggam erat.  Kemudian perlahan-lahan dia mengucup lembut jemari itu perlahan-lahan.  Penuh makna dan pengertian.  Dia tidak tahu kenapa dia buat begini. Dia merasakan satu perasan halus sedang bermain-main di jiwanya. Mungkin benar kata Syamirr bahawa dia sudah jatuh cinta. Tapi kenapa Arisya?sedangkan hati gadis ini sudah di milikiDia tidak percayakan cinta tapik kehadiran Arisya bagaikan merubah segalanya. 

Sejak accident di tempat parking dahulu sehingga  pertemuan kali kedua apabila Arisya hadir temuduga di syarikatnya, hatinya berdebar-debar setiap kali memandang gadis ini.  Namun keegoaan mengatasi segala-galanya.  Dia buta untuk menilai gadis ini dengan sebaik mungkin.  Malah segala kejahatan yang dilakukan bersama Nazirah juga bagaikan ditunjuk-tunjuk.   Walaupun dia sedar Arisya sudah berpunya.  Dia tidak peduli kerana cinta segalanya berkemungkinan.



            KHYRILL  segera mengambil teksi terus dari lapangan terbang KLIA menuju ke hospital Pakar Puteri.  Dia mahu segera bertemu dengan Arisya.  Tidak sekalipun dia berasa keletihan walaupun mengharungi penerbangan berjam-jam lamanya.  Seraut wajah yang di rindui bagaikan di depan mata.  Sebaik sahaja di khabarkan Emilia bahawa Arisya di masukkan ke hospital kerana kemalangan kelmarin terus dia memohon cuti selama seminggu.  Dia mahu di samping Arisya. Gadisnya... Lagipun semenjak kepemergiaannya ke luar negara belum sekalipun dia pulang.  Bukannya dia tidak mampu untuk pulang, tapi kesibukkan mengatasi segalanya.

Walaupun masih ada rasa kecewa yang bermukim di hatinya sejak peristiwa yang terjadi akhir-akhir ini yang membuatkan hubungan mereka menjadi dingin.  Dia tahu dia juga bersalah kerana terlalu sibuk mengejar impiannya lantas membiarkan Arisya menanti-nanti khabar darinya.  Dia sebenarnya masih berjauh hati kerana Arisya keluar dengan lelaki yang merangkap bosnya tanpa pengetahuannya.  Sudahlah tu, siap menjawab panggilan telefon darinya dan mengaku dia teman baru Arisya pula.  Macam dah lebih... Tapi kini semuanya lenyap begitu sahaja.

 Kesian Arisya..Hatinya tiba-tiba di rundung pilu.  Perasaan sebak mula menusuk di dada.  Waktu yang berlalu terasa lambat benar.  Dia mengerling sekilas ke arah pemandu teksi itu.  Dalam keadaan tidak tenteram begini, yang cepat pun jadi lambat. 

            Sebaik sahaja pemandu teksi itu memberhentikan kenderaan dia terus keluar sambil menghulurkan duit tambang kepada pemandu teksi tersebut.  Entah apa yang di fikirkan pemandu teksi itu yang melihat gelagatnya yang tergopoh-gapah itu.  Dia tidak peduli yang penting dia mahu berjumpa dengan seraut wajah yang di rindui itu. 

Dia masuk ke dalam ruang legar hospital tersebut dan menuju ke kaunter pertanyaan.   Sengaja dia tidak bertanya kepada rakan-rakannya yang lain mahupun adiknya Kuzaimi.  Dia  mahu membuat kejutan sempena kepulangannya ini.  Dia sempat membeli bunga mawar putih yang terdapat di ruang legar hospital tersebut.  Mawar putih untukmu Arisya...

            Belum pun sempat pintu bilik di buka, mawar putih yang berada di tangannya jatuh berguguran di lantai hospital itu.  Dunianya bagaikan gelap seketika.  Namun matanya masih mampu menatap segala yang berlaku itu dengan jelas di balik cermin wad berkenaan.  Pedih hati bagaikan tersiat-siat dengan situasi yang tidak terduga itu.  Sangkanya kepulangannya untuk membuat kejutan kepada Arisya.  Tapi kini, kejutan itu pula yang di terimanya. 

Perasaannya kini remuk redam bercampur marah yang tidak tertahan.  Mawar putih yang jatuh itu di pandang sepi. Inikah dusta yang akan mengheretnya ke lembah penuh sengsara kelak. Hatinya benar-benar telah terguris. Terlalu payah  untuknya menelan segala gundah. Sungguh!! Hatinya sangat sakit dengan apa yang di lihatnya. Jadi ramalannya benar-benar belaka. Arisya memang curang di kejauhan ini.

Fauzie yang berada di dalam wad masih tidak menyedari kehadiran Khyrill di balik pintu itu.  Dia masih seperti tadi memegang tangan Arisya bagaikan tidak mahu lepas.  Apakah dia tidak tahu perbuatannya itu makin mendinginkan api yang sedang membara.  Khyrill berlalu dari situ bersama seribu rindu dan luka yang kini bercampur menjadi satu.

Hanya mampu ku melihat kecurangan warna bunga idamanku.........


KENAPA boleh jadi sampai begini sekali Fauzie.? soal Datuk Tengku Amri sebaik sahaja dia bertemu dengan Fauzie di dalam bilik wad itu.

  Fauzie hanya menggeleng lemah.  Datin Fadila yang turut serta hanya mendiamkan diri.  Dia menghampiri Arisya, mengusap lembut rambut Arisya. Bagaikan seorang ibu yang menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada seorang anak.  Inilah kali pertama dia bertemu Arisya semenjak Arisya bekerja di syarikat milik anaknya ini.  Manakala Datuk Tengku Amri pernah bertemu dengan Arisya sewaktu  dia datang ke pejabat dahulu. 

Walaupun segala urusan telah diserahkan kepada Fauzie,namun bila ada kelapangan selalu juga dia hadir menjenguk syarikat ini.  Sekadar untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat itu setelah segalanya di serahkan kepada anaknya Fauzie. Dia sangat terpegun dengan budi bahasa yang ditunjukkan oleh Arisya apabila setiap kali mereka bertemu.  Kerana itu apabila di khabarkan oleh Fauzie tentang kemalangan yang berlaku terhadap Arisya dia segera datang membawa bersama Datin Fadila untuk melihat Arisya buat pertama kali.

            “Bagaimana keadaannya Fauzie.? Soal Datin Fadila ingin tahu.
            “Arisya okey, Mama.  Cuma doktor terpaksa beri dia ubat bius kerana tidak mahu dia mengalami sakit yang berterusan.
            Family dia dah tahu ke?” Soal Datin Fadila lagi.
            “Sudah mama, maybe family Arisya dalam perjalanan ke sini.”
   “Assalamualaikum....
  “Waalaikummussalam..Serentak dengan itu mereka semua berpaling melihat siapakah gerangan yang datang. Pandangan Datuk Tengku Amri jatuh kepada wajah itu, lama direnungnya.  Akhirnya sepatah kata yang keluar dari bibirnya mengejutkan banyak pihak.

“Ariff..!!

“Amri..?? Ya Allah, engkau rupanya.  Mereka berjabat tangan lantas memeluk di antara satu sama lain.  Semua mata memandang mereka dengan penuh kehairanan.  Datin Fadila bangun menyalami tangan Puan Aisyah.  Memeluk erat bagaikan ada jalinan persahabatan yang telah terjalin. 

Emilia juga turut serta menyalami tangan Datin Fadila walaupun dia agak bingung dengan situasi yang tak terduga ini. Fauzie yang berada berhampiran Datuk Tengku Amri di jeling sejenak.  Memang dia marah pada lelaki itu kerana terlalu banyak kejadian kejadian yang berlaku berpunca dari lelaki itu.  Mungkin juga lelaki dan wanita yang berada bersamanya sebentar tadi adalah ibu dan ayahnya.

“Arisya anak kau Ariff..? Macam mana aku tak tahu.  Ya Allah, kecilnya dunia.” Tutur Datuk Tengku Amri.  Encik Ariff hanya tersenyum sambil berkata “aku ingat hang dah lupa aku...”

“Kau kan kawan aku, kawan yang banyak membantu aku.  Mana mungkin aku akan lupa pada kau, Ariff.” Sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Pak Ariff.

“Fadila, ini Ariff, kawan abang yang abang pernah ceritakan dahulu.  Datin Fadila hanya mengangguk. Dia tahu mengenai Encik Ariff kerana suaminya pernah memberitahu padanya dahulu. Encik Ariff banyak menolong mereka dahulu. Dia tidak sempat untuk mengenali mereka sekeluarga kerana Encik Ariff telah terlebih dahulu berpindah tempat tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih kepada mereka sekeluarga.

Datuk Tengku Amri bagaikan tidak percaya bahawa dia dapat bertemu semula dengan Encik Ariff setelah hampir 20 tahun mereka terpisah. Encik Ariff adalah teman sepermainannya sejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama sehinggalah Encik Ariff di terima masuk sebagai anggota tentera.

Waktu itu dia masih terumbang ambing. Masih tidak tahu arah tujuan dan masa depannya. Selepas pemergian arwah datuk Fauzie hidupnya makin melarat. Sehinggalah saat Encik Ariff pulang dan memberinya bantuan untuk memulakan perniagaan ini. Tapi belum sempat jasa Encik Ariff di balas mereka terlebih dahulu berpindah.

“Ariff, ini anak aku..Tengku Fauzie.”Tuturnya pula.

“Sudah besar panjang rupanya anak hang ya, tutur Encik Ariff sambil menyambut huluran tangan dari Fauzie itu.  Mereka tersenyum sebelum Encik Ariff menghampiri katil Arisya. Berdiri di sebelah isterinya.  Lama wajah anak gadisnya itu di renung.  Mujur tidak ada kecederaan yang teruk berlaku.  Syukur padaMU YA ALLAH...

“Tadi  doktor beritahu Arisya sudah sedar tetapi doktor terpaksa beri ubat bius sekali lagi kerana tak mahu Arisya merasa sakit yang berterusan.  Mungkin sebentar lagi dia akan sedar.” Tutur Fauzie pula. 

Semua mata tertumpu padanya.  Hanya Emilia yang tidak memandangnya.  Dia tahu kejadian sebenar yang berlaku.  Semua ini gara-gara pertengkaran di antara Fauzie dan betina seksi itu.  Dan Arisya yang menjadi mangsa. Huh...jantan tak guna! Mahu saja dia bilang begitu.  Namun dia tidak mahu ayah dan ibu Arisya risau bila mengetahui kejadian yang sebenar.  Ya, biarlah rahsia...

Datin Fadila tidak berkelip memandang Arisya.!“Aku tak sangka yang Arisya ini anak engkau ya Ariff. Cantik orangnya. Bolehlah kita berbesan ya..”Hah! kata-kata Datuk Tengku Amri membuatkan semua yang ada ketawa. Hanya Emilia yang kurang senang dengan situasi begitu. Kelat senyuman yang terukir di bibirnya. Dia pasti  kalau Arisya sedar pun tak mungkin Arisya akan menyukai situasi ini. Hanya akan menambahkan sakit yang sedia ada.  Untuk menjadi isteri kepada mamat tiang itu..Ah!jangan lah Arisya.! Mati engkau nanti.! Hati Emilia berkata lagi.

“Biarlah Arisya berehat dahulu, mak cik dan  pak cik berehatlah di rumah kami dahulu.” Tutur Fauzie pula.

 “Betul tu, Ariff, Aisyah tidurlah di rumah kami semalam dua.  Esok kita datang lagi melawat Arisya. Waktu lawatan pun dah hampir tamat ni.” Bicara Datin Fadila pula.

“Aku tidur di rumah Arisya aja lah..” Balas Encik Ariff pula.

“Jangan macam tu, aku sudah lama tak berborak-borak dengan engkau.  Alang-alang kita sudah bertemu di sini, jemputlah tidur rumah aku semalam dua.” Luah Datuk Tengku Amri sambil di iyakan Datin Fadila. Puan Aisyah hanya diam sambil memandang wajah Arisya.  Berat hatinya untuk berlalu.  Jika boleh dia mahu menemani Arisya.  Dia tidak mahu meninggalkan anaknya di sini tanpa berteman.

 “Mak Cik, jangan risau. Mak cik pulanglah berehat dahulu.  Saya boleh jaga Arisya.  Nanti bila dia sudah sedar saya beritahu mak cik dan pak cik okey.”Tutur Emilia sambil memegang tangan Puan Aisyah.  Dia seperti memahami naluri Puan Aisyah yang mahu menemani Arisya di sini.  Tetapi mereka juga perlukan rehat setelah melalui perjalanan yang jauh.  Jadi biar saja dia yang menjaga Arisya untuk waktu ini. Akhirnya mereka akur jua dengan keputusan Emilia itu.

***

“Sayang..Rill nak Risya jaga diri baik-baik selepas  Rill pergi nanti..” Luah Khyrill perlahan namun masih mampu di dengari oleh Arisya.  Dia hanya tersenyum memandang Khyrill.  Dengan baju t’shirt bewarna putih dan seluar jeans biru beserta topi putih yang di sarungkan di kepala menyerlahkan lagi penampilan Khyrill.   Biarpun nampak ringkas tapi kekacakkan itu jelas.  Dia bertuah kerana lelaki ini memilihnya menjadi kekasih hati.  Walaupun puas pada awalnya dia menolak sebuah kehadiran cinta, cinta yang tak di undang namun akhirnya dia akur, cintanya juga tertumpah untuk lelaki ini. 

“Kenapa Rill cakap macam tu.?” Soal Arisya kembali setelah lama berdiam hanyut dalam khayalannya sebentar tadi.

“Rill ingatkan Arisya dah jadi bisu balik...”

“Rill...serius okey, jawab la soalan Risya tu..” Balas Arisya kembali. Kalau tak menyakat orang tak boleh duduk agaknya Khyrill ni. 

“Sebab saya sayang awak...”

“Hish...Rill ni, lain yang di soal, lain yang Rill jawab..!” Arisya mengeluh perlahan. Mengalihkan pandangannya jauh ke sudut lain.  Melihat beberapa orang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya duduk di bawah pohon pokok yang rendang di taman itu.  Mungkin sedang bergosip...fikir hati kecilnya pula.

“Rill sayang Risya...Rill tak mahu ada di antara kita yang terus terluka dengan percintaan ini..” Serentak dengan itu Arisya berpaling semula ke arah Khyrill. Memandang wajah itu, tiada senyuman langsung yang terukir di bibir lelaki itu. Mengapa...? Kenapa..? Aneh sungguh kata-kata itu pada pertemuan hari ini.

“Apa maksud Rill, Risya tak faham..” Balas Arisya perlahan.  Moodnya juga berubah sekelip mata. Entahlah kenapa perasaan ini juga aneh sekali sejak akhir-akhir ini.

“Risya...panggil Khyrill lagi sambil tangannya meraih jari jemari itu. Mencium lembut.  Arisya sedikit tersentak dengan kelakuan Khyrill itu.  Namun di biarkan sahaja kerana di mindanya kini beribu-ribu soalan yang menjelama.  Mengapa begini aneh sekali sikap Khyrill hari ini.?

“Maafkan Rill, Risya.  Rill terpaksa pergi kerana Rill tak mahu terus menderita dengan cinta ini. Mungkin ada di antara yang kita berlaku tidak jujur dengan cinta ini. Maafkan Rill, Risya..”

Whatt....! Rill..!!Apa maksud Rill ni..?! Jangan buat Arisya macam ni Rill. Derita apa yang Rill maksudkan?Cakap Rill...kenapa..!?” Siapa yang tidak jujur di antara mereka?Siapa?Arisya benar-benar terkejut dengan pengakuan yang dia dengar dari mulut Khyrill sebentar tadi. Apakah ada salahnya yang dia tidak tahu sehingga lelaki itu berkata sedemikian rupa.

“Maafkan Rill, Risya. Rill terpaksa putuskan percintaan ini. Apalah ertinya kita berkasih andai ada di antara kita yang tidak  jujur dalam perhubungan ini.!” Serentak dengan itu juga Khyrill bingkas bangun dan berlalu dari situ. Arisya cuba mencapai tangan Khyrill, namun ditarik kasar. Ya Allah mengapa begini...

“Rill....!!Rill....!nanti dulu Rill...tunggu Risya Rill.. Riiillll....Rilll...Rillllll...!!!!!” Tiba-tiba dia merasakan bahunya di goncang lembut. Namanya di panggil perlahan.  Dia merasakan kakinya terlalu sakit untuk bergerak. Dia tidak berada di taman Tasik itu, tetapi di satu tempat yang asing.  Dengan wayar yang berselirat di tangannya. Dia menoleh mencari Khyrill, tiada.!  Hanya yang kelihatan Emilia yang memegang bahunya lembut.

“Syukurlah hang dah sedar...Hang mimpi Sya...” Bicara Emilia perlahan.

“Mana Khyrill, Emi..mana dia..? bukankah dia ada di sini tadi..? mana dia pergi, Emi, aku rindukan dia.!Aku rindukan dia.! Mana dia..? mana..? Rill..Rill..!” Panggil Arisya lagi sambil menoleh ke kiri dan kanannya.  Tiada langsung bayang yang kelihatan.  Arisya hampa, dia menangis perlahan.  Sakit..dia terlalu sakit saat ini.

“Sabar lah, Risya. Aku sudah beritahu pada dia. Mungkin bila dia ada kesempatan nanti dia akan pulang jenguk hang.  Hang rest ya, Risyya.  Jangan fikirkan sangat.”

“Aku mimpi lagi Emi..mimpi dia tinggalkan aku.! Aku takut Emi. Takut...” Emilia segera mencapai tangan sahabatnya itu, menggenggam erat jari jemari Arisya.  Memberi kekuatan yang selayaknya. Kesian Arisya, mengapa semua ini harus berlaku pada sahabatnya. Dia tidak sanggup untuk melihat wajah sedih Arisya.

“Jangan begini, Risya.  Kuatkan semangat. Tidak ada apa yang akan berlaku. Itu semua mimpi, Risya..” Emilia bersuara lagi.

“Aku nak cakap dengan dia, Emi..please...tolong aku..mana telefon aku, Emi.  Aku nak call dia, mana...?” Arisya cuba bergerak, namun setiap kali itulah dia akan merasa kesakitan yang amat sangat. Berdenyut-denyut kakinya.  Sungguh dia terlalu sakit saat ini.

“Risya, jangan banyak bergerak. Jangan terlalu menyiksa diri sendiri.” Tutur Emilia lagi sambil membuka laci di sebelahnya dan mencapai beg sandang Arisya.  Dia membuka perlahan beg tersebut lantas menghulurkan Arisya telefon bimbit itu. Arisya pantas mengambil telefon itu, walaupun dengan wayar yang berselirat di tangannya.  Dia tidak peduli. Entah mengapa mimpinya sebentar tadi terlalu ngeri buatnya.  Sudah berapa kali dia bermimpikan perkara yang sama.

Nombor Khyrill segera didail, lama dia menunggu jawapan.  Namun hampa, dia mencuba lagi..lagi..dan lagi.  Emilia hanya membiarkan sahaja.  Tak guna menghalang.  Dia tahu kedegilan Arisya. Akhirnya Arisya menaip mesej yang berbunyi...Rill, please tolong jawab panggilan Risya...lama dia menanti namun semuanya hampa.

Akhirnya dia  tertidur juga dengan telefon bimbitnya yang masih di tangan.  Emilia hanya menggelengkan kepala melihat sahabatnya itu. Lantas membuat satu kesimpulan, kerana cinta, sakit tak di rasa.

Bab 22
Cintamu anugerah terindah ku jumpa..
Kau ajarkan aku bahagia..
erti kehidupan yang memberi seribu makna..
Tanpamu ku sepi..
Hidupku tak terisi..
Resah jiwa kala sendiri..

Khyrill Zafrie

            KERTAS  putih itu kembali dilipatkannya. Sungguh bermakna sekali catatan yang terkandung di dalamnya. Terlalu  sukar untuk di ungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang mampu berbicara. Hanya hati yang mampu menilai betapa agungnya sebuah cinta.  Namun kini catatan itu sepi sendiri, pemiliknya tidak lagi seperti yang di kenali.
Hujan di luar masih kedengaran, dan sesekali guruh berdentum menandakan hujan semakin lebat. Hujan ini juga menangisi sekeping hati yang terluka.  Arisya segera mencapai tongkatnya untuk bangun meletakkan kembali kertas itu di tempat asalnya.  Di dalam kotak inilah tersimpan beribu madah indah, puisi, dan kenangan cinta antara mereka berdua.  Lama kotak itu direnung.  Lantas sebak mula terasa,  menusuk di hati kecilnya.  Terciptalah titis-titis air mata duka, jatuh satu persatu membasahi pipinya.


Arisya..

Maafkan diri ini membuatmu ternanti. Maafkan Rill. Cukuplah sampai di sini saja kisah kita.  Rill tidak mampu lagi untuk menyempurnakannya. Rill bukan lagi yang terbaik. Rill bukan lagi insan yang layak untuk berdampingan dengan gadis yang bernama Nur Iris Ariya. Mungkin ada yang terbaik yang setia membahagiakanmu di sana.  Cukuplah kita sama-sama menderita di kejauhan ini. Mungkin juga cinta antara kita masih belum terpahat kukuh di hati sehingga ada di antara kita sanggup menduakannya!! Dan diri ini masih belum puas untuk menikmati kehidupan dan impian yang masih banyak belum terlaksana di sini.
            Arisya, Andai jodoh itu tetap milik kita, tersurat untuk kita. Pasti suatu masa cintakan bersatu jua. Namun yang pasti Rill tidak berharap impian itu akan menjadi realiti. Cukuplah segala yang menyakitkan ini terjadi. Cukuplah sampai disini.!!Lupakan lah segalanya. Usah kau tangisi lagi…
                                                                                                            KHYRILL ZAFRIE...

Tidak.! Aku tak mampu untuk menerima semua yang berlaku ini.Ya Allah! Kenapa aku yang harus menempuhnya semua ini? Adakah ini ujian dan dugaan yang engkau datangkan padaku. Kalau benar begitu, KAU bantulah aku untuk menghadapinya. Aku tak berdaya untuk menghadapinya tanpa pertolonganmu YA ALLAH.
Puas sudah Arisya menghubungi Khyrill, namun hampa.  Tidak ada satu pun panggilannya di jawab malah hanya yang kedengaran peti simpanan suara yang berbunyi. Sejak dari dia mendapat utusan dari Khyrill itu tidak pernah sekalipun dia berputus asa menghubungi Khyrill.  Berpuluh-puluh mesej dihantar hanya untuk mengetahui tentang segala yang terjadi, namun tiada satu pun reaksi daripada Khyrill. Arisya makin buntu.  Tidak tahu apa lagi yang harus di lakukannya.
Apa salah yang dirinya tidak tahu. Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Luka akibat kemalangan masih belum pulih, masih terasa kesakitannya, dan hari ini bertambah lagi lukanya.  Lukanya yang tiada ubat. Biar dirawat bersama waktu belum tentu akan sembuh. Belum tentu akan pulih. Rill, tegarnya kau….
Arisya sendiri bingung dengan ungkapan-ungkapan yang Khyrill utuskan itu.  Terlalu banyak persoalan yang Arisya sendiri tidak punya jawapan.  Siapa yang curang di kejauhan ini? Apakah Khyrill menyalahkannya kerana hal yang terjadi itu.  Sedangkan itu semua bukan salahnya. Hanya salah faham akibat sikap Fauzie yang suka hati menjawab panggilannya dari Khyrill itu.  Bukankah semuanya sudah pulih, dan dia juga sudah menerangkan segala-galanya kepada Khyrill. Jadi mengapa Khyrill berkata begitu? Atau adakah Khyrill yang sebenarnya curang di kejauhan ini. 
Ahhh....!!  Cuma satu jawapan yang Arisya pasti.  Khyrill akan terus tinggal di sana.  Entah beberapa lama lagi.  Semuanya kerana cita-cita dan impiannya itu.  Sanggup Khyrill memperjudikan cinta ini demi impiannya yang terlalu tinggi itu. 
Khyrill….kenapa  perpisahan mengundang kita, tatkala diri ini amat memerlukanmu. Ku mengharapkan segunung impian, namun mengapa kau dengan mudahnya memusnahkan kasih sayang kita..cinta kita.  Baru semalam kita menyulam cinta dengan baja-baja yang tiada tandingannya. Akhirnya perpisahan mengundang kita. Apakah kau lupa segala janji-janji yang meniti di bibirmu? mengapa mudah kau buang segalanya setelah hidup kau tinggi di atas sana. Setelah kau punya segalanya? kau lupa segalanya..kau lupa….!!
Aku tak berdaya sendirian tanpamu di sini.  Menanggung siksa, menanggung sengsara.  Hari ini mimpi-mimpiku telah kau jadikan realiti.  Aku dambakan pelamin indah untuk kita berdua, tapi mengapa dalam sekelip mata kau hancurkannya. Mudahnya kau berubah. 
Apakah kau bahagia membiarkan aku sendirian di sini terkilan rasa? kenapa Rill? Kenapa?Jika ada lagi kesilapan yang dia tidak sedari, bukankah itu sesuatu yang tidak pernah di sengajakan. Bukankah lebih baik kesilapan itu diperbaiki bukan dengan cara  menghukum sebegini. Setiap yang terjadi pasti ada jawapan di sebaliknya.
Mengapa Khyrill begitu mudahnya kau melepaskan ikatan yang dahulunya kau sendiri terlalu mengharapkannya. Di mana kata-kata  janjimu yang kau lafazkan lewat musim berlalu?ke mana pula hilangnya sayang yang pernah kau ucapkan? Inikah sayang jika engkau  sendiri yang meminta perpisahan ini terjadi. Inikah janji jika engkau sendiri yang memungkirinya.
Air mata terus menjadi teman yang paling setia kala ini. Hatinya hancur.!Ya,terlalu hancur mengenangkan segalanya. Tiada lagi kata yang mampu menggambarkan hatinya yang hancur luluh ini.  Tiada lagi angan-angan sepasang merpati yang akan terbang beriringan bersama menuju ke pelaminan indah.  Tiada lagi…
Di mana kata janji yang kau ucapkan di bibir manismu.?Di mana Rill..
SUDAH  tiga minggu mereka di sini.  Menemani Arisya. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih mengenangkan nasib anaknya.  Apa salah yang di lakukan anaknya. Mengapa sampai begini sekali beban yang terpaksa ditanggung oleh Arisya. Mereka sendiri agak sukar untuk menerima takdir yang telah di tentukan ini. Namun mereka pasrah. Andai takdir telah tersurat tiada jodoh antara Arisya dan Khyrill mereka menerimanya. Ya, mereka redha.  Cuma hati ibu-bapa mana tidak tercuit rasa kecewa bila perkhabaran yang diterima, saat Arisya masih terlantar menderita akibat kemalangan.  Bertambah penderitaan tak terfikir dek akal fikiran.
Fauzie pula berkeras mahu menghantar Arisya dan ibu bapanya pulang ke kampung. Semua silapnya, tidak menyedari apa yang sedang di rencanakan oleh Nazirah sehingga dia lupa pada niat jahat yang ingin dilakukan oleh Nazirah.
Ya, dia tak akan membiarkan Nazirah terlepas begitu sahaja. Nazirah telah menyakiti gadis yang semakin hari sudah bertapak di jiwanya.  Tidak akan sekali! bisik hati Fauzie.  Hatinya sebak mengenangkan perkara yang terjadi kepada Arisya.  Gara-gara betina itu, nyawa Arisya hampir melayang.  Perempuan itu perlu diajar, dan Khyrill, engkau juga tidak layak untuk berdampingan dengan gadis sebaik Arisya.
“Fauzie, terima kasih hantar pakcik dengan makcik ni.  Singgah la dulu semalam dua.  Jauh nak balik Kuala Lumpur tu.”ucap Encik Ariff sebaik saja kereta yang dipandu Fauzie sampai di halaman rumah mereka.
“Eh..jangan cakap macam tu pakcik. Saya tak kisah. Tapi saya kesiankan Arisya. Dia nampak sedih sangat.”tutur Fauzie pula.
“Tak apa lah benda dah jadi.Arisya pun dah selamat. Hang rehatlah dulu.”
“Terima kasih, pak cik.” Tutur Fauzie yang segera mengangkat barang-barang yang berada di dalam kereta menuju ke atas.  Dia hanya memandang Arisya dengan pandangan simpati. Sehingga ke saat ini mereka tidak bertegur sapa. Dia tahu, Arisya tidak menyukainya.  Bahkan semenjak kejadian yang berlaku Arisya seboleh-bolehnya tidak ingin langsung berbicara dengannya. 
Mujur persahabatan ayahnya dan ayah Arisya menyelamatkan keadaan.  Jika tidak peluangnya untuk terus mendekati Arisya musnah tak kesampaian. Arisya sejak dari pulang tadi hanya mendiamkan diri. Sepatah yang di tanya, sepatah yang dijawab.
            Semenjak peristiwa yang menggores luka dalam hatinya, Arisya berubah menjadi seorang yang pendiam. Emosinya belum stabil. Sebenarnya hati Arisya berat untuk pulang ke kampung kerana di sinilah segalanya bermula. Baik di kampung atau di Kuala Lumpur, kenangan yang di lalui sepanjang hampir tiga tahun menyulam kasih bersama Khyrill terlalu banyak.
Walaupun dalam masa setahun mereka terpisah jauh, namun dirinya sama sekali tidak menyangka perpisahan itu akan mengasingkan mereka buat selamanya, kenyataan  di dalam mimpinya kini menjadi nyata apabila Khyrill memutuskan ikatan kasih yang dibina itu. Di mana kau saat ini, Rill? bahagiakah dirimu saat meninggalkan aku....? Untuk sekian kali dia menangis lagi....kerana lelaki itu, kerana cintanya yang kini musnah berderai.
“Arisya....”
 Belum sempat dia menapak masuk ke dalam rumah panggil satu suara yang sangat di kenali. Dia segera mengelap air matanya sebelum menoleh memandang empunya suara.
“Er..Mak....Cik..!” Tergagap Arisya menyebut panggilan itu.  Puan Kamariah terus meluru memeluk Arisya. Mereka sama-sama menangis. Ya, duka seorang ibu yang kehilangan seorang anak dan juga duka seorang wanita yang kehilangan kekasih. Sungguh pilu situasi yang tak terduga itu.
“Maafkan mak cik nak...Tutur Puan Kamariah sambil mengelap air mata di pipi Arisya. Arisya hanya diam, tidak tahu untuk berkata apa lagi. Bukan salah Puan Kamariah semua ini terjadi. Sudah takdir yang menentukan segalanya.  Dia harus pasrah melalui kehidupan seterusnya.
“Arisya harus kuat, bangun semula seperti biasa.  Jangan lemah begini nak... Jangan berputus asa untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia.  Sekalipun bukan dengan Khyrill, mak cik akan tetap mendoakan kebahagiaan Arisya.  Mak cik benar-benar tak sangka yang dia akan buat begini pada kita.” Tutur Puan Kamariah dalam sebak yang cuba ditahan.
 Memang dia orang yang paling terluka di atas segala yang berlaku.  Tidak menyangka dengan keputusan yang Khyrill lakukan.  Mengapa anaknya berubah sedemikian rupa.  Apakah kerana cita-citanya yang terlalu melangit itu. Khyrill terus menyepikan diri. Dia tahu Khyrill masih berjauh hati dengannya. Bukan niatnya untuk  tidak mengaku Khyrill anaknya. Bukan itu niatnya. Tapi Khyrill benar-benar membuat hati tuanya sakit.
 Mata Arisya redup memandang Puan Kamariah.  Dia seboleh-bolenya tidak mahu menitiskan air mata duka di hadapan wanita ini. Namun dia gagal, air matanya terus berlinangan. Mengalir tanpa henti. Mereka kembali berpelukkan.  Arisya menangis sepuas-puas hatinya di dada seorang wanita yang turut terluka itu.  Mereka sama-sama menangis. Hanya kerana seorang lelaki mereka terluka bersama.
“Terima kasih mak cik...bukan salah mak cik semua ini terjadi.  Sudah nasib Risya sebegini.” Bicara Arisya kedengaran sebak. Tak mampu ku tahan air mata yang gugur...
Khuzaimie  yang turut berada di situ hanya memandang mereka.  Dia sendiri pada mulanya bagaikan tidak percaya bahawa abangnya sanggup memutuskan ikatan yang sudah bertahun terjalin itu.  Dia tidak tahu mengapa kerana abangnya tidak mahu menceritakan segala-galanya. Cuma yang pasti kini abangnya akan terus bermain di luar negara.
 Pada awalnya dia tidak mahu untuk menceritakan kepada ibu dan ayahnya.  Namun sampai bila, sedangkan Arisya dan abangnya sudah tidak punya apa-apa ikatan lagi. Itulah kenyataan yang harus di beritahunya. Hingga ke saat ini mereka masih belum berpeluang untuk berbicara dengan abangnya itu. Abangnya seolah-olah mahu menyendiri.  Kesian ibunya. Pasti lukanya bertambah luka.
Mengapa abang Rill sanggup melakukan sedemikian rupa. Melarikan diri dari keluarga, memutuskan percintaan dengan kak Risya.  Apakah hidup di luar negara menyebabkan abangnya lupa pada segala-galanya.? Lupa pada pengorbanan ibu dan ayahnya. 
Tidak..!abangnya tidak begitu.  Hatinya pula menjerit.  Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku.  Dia yakin walaupun dia tidak tahu duduk perkara yang sebenarnya. Pasti ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya.

Bab 23
“SAYA tak sangka dia sanggup buat macam ni. Dia memang benar-benar sudah lupa daratan. Saya tak boleh nak maafkan lagi apa yang telah dia buat pada Arisya.”Tutur Puan Kamariah sambil memicit-micit kepalanya yang di rasakan semakin sakit itu.
“Saya tak ada anak yang derhaka macam dia abang.”sambungnya lagi
“Kamariah, jangan cakap begitu.”Balas Encik Zahrul pula.
“Saya tak mahu ambil peduli lagi. Semenjak dia pergi , jiwa saya, hati saya,sakit saya..dia langsung tak ada rasa simpati. Dia tak akan bahagia. Hidup dengan cita-cita dia itu. Saya tak restu!Saya ulang lagi sekali abang, saya tak ada anak seperti dia. Tidak!.”Tangis Puan Kamariah semakin kuat. Encik Zahrul menghampiri isterinya itu. Cuba menenangkan perasaan isterinya. Dia bimbang dengan tahap kesihatan isterinya yang semakin teruk sejak akhir-akhir ini. Hospital bagaikan sudah menjadi rumah kedua buat isterinya semenjak Khyrill melangkah pergi.
“Kamariah,awak tak boleh terus-terusan menghukum dia. Dia ada cita-cita dia sendiri.”
“Tapi cita-cita dia tu hanya membuatkan kita semua menderita dan tersiksa. Abang sendiri lihat apa yang saya takut-takutkan sudah berlaku. Kalau saya yang ibunya pun dia sanggup tinggalkan apatah lagi orang sebaik Arisya. Tergamak dia buat begitu.  Kalau dia sayang dan kenang jasa saya sebagai seorang ibu, dia tak akan buat begini. Dia agaknya suka saya mati.”bicara Puan Kamariah lagi. Encik Zahrul hanya menggelangkan kepala.Isterinya memang keras kepala.
“Ajal maut itu di tangan Tuhan. Kita tak berhak nak menilai sebegitu. Kita sebagai ibu bapa harus harus terus menyokongnya. Bukan terus-terusan menghentamnya sebegini. Entah bagaimana keadaan dia sekarang?Kita pun tidak tahu. Entahkan dia sendiri merana di sana. Jangan terlalu cepat menghukum Kamariah.”
Encik Zahrul sendiri sebenarnya semakin tertekan dengan setiap tindakan-tindakan yang Khyrill lakukan. Adakah salahnya kerana membiarkan anaknya itu terus hanyut dalam kerjaya impiannya itu.
Dia serba salah kerana dia sendiri tidak tahu atas sebab apa Khyrill memutuskan ikatan yang sudah lama terbina itu. Padahal anaknya itu amat mengasihi Arisya. Jauh di lubuk hatinya dia yakin pasti ada sesuatu yang menyebabkan Khyrill bertindak sedemikian. Khyrill bukanlah seoarng yang kejam. Dia tahu anaknya itu bagaimana. Sehingga ke saat ini dia belum berkesempatan untuk berbicara dengan anaknya itu. Khyrill menyepi tanpa sebarang kata.
Kata-kata suaminya itu meresap jauh dilubuk hatinya. Jauh di sudut hati dia amat merindui anaknya itu. Selama Khyrill melangkah pergi,selama itu jugalah telinganya ini tidak mendengar suara Khyrill. Setiap kali Khyrill menghubungi mereka, dia lebih suka mengelak dari bercakap dengan Khyrill.
 Dia tahu pasti Khyrill berkecil hati dengan sikapnya. Pasti Khyrill menyangka dia benar-benar telah membenci Khyrill. Bukan niatnya untuk tidak mengaku Khyrill anaknya. Dia cuma tidak mahu Khyrill pergi. Dia merasa amat marah dengan setiap tindakan-tindakan Khyrill. Semuanya di luar jangkaan.Hatinya benar-benar terguris.
                                                                                                                                                                                                                                                                            
HAFIZZAH segera keluar dari bilik kuliah itu sebaik sahaja kelas tamat.  Tergesa-gesa dia menuruni tangga.  Di fikirannya hanya terbayangkan Khyrill.  Sejak menerima mesej Khyrill semalam hatinya berasa debaran yang sangat hebat.  Lelaki itu mahu menemuinya di dataran strasbourgh. 
Mimpi apa lelaki itu ingin berjumpa dengannya, dia sendiri tidak tahu dan dia langsung tidak kisah.  Yang penting impiannya untuk terus rapat bersama Khyrill makin terlaksana.  Khyrill sendiri yang menghantar mesej untuk berjumpa dengannya, bukannya dia.  Pelik juga, selalu bukan main lagi susah  untuk diajak keluar.  Mesej pun layan tak layan je. Memang dia gembira teramat sangat, sampai dia tidak kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya. Ah, dia tidak peduli itu semua lagi.
“Fizzah, wait!” Terdengar suara orang memanggilnya.  Dia segera menoleh mencari sang pemilik suara itu.  Izmail tercungap-cungap menghampirinya.  Entah apa yang Izmail mahukan darinya sampai terkejar-kejar sebegini sekali.
Kau nak apa ni?”Soal Hafizzah setelah nafas Izmail kembali stabil.  Langkahnya masih laju seperti tadi.  Dia tidak mahu ajakan kali pertama oleh seorang lelaki yang di sukainya menjadi suatu keadaan yang membosankan.  Membosankan kerana terpaksa menunggunya yang sudah terlambat sampai seperti yang di janjikan.
“Kau nak ke mana ni, Fizzah.  Laju semacam je aku tengok.!” Soal Izmail pula.
“Adalah! Sibuklah kau.”
“Eh!sejak bila pulak yang kau sombong dengan aku ni. Aku tanya kau nak ke mana.?” Balas Izmail pula.  
“Aku nak jumpa Khyrill la, Iz.!”  Hafizzah berterus terang.  Izmail hanya ketawa  seperti mengejeknya. Balik-balik lelaki itu yang meniti di bibirnya. Entah apa yang istimewa sangat tentang Khyrill itu, sampai begitu sekali Hafizah tergila-gilakan dia. Ah!dia tidak kisah itu semua kerana masih banyak lagi perempuan yang mahu bersama dengannya.
“Dia yang nak jumpa aku okey!  Bukan aku yang mahu jumpa.!”  Hafizzah kembali menerangkan perkara yang sebenar.  Dia tahu pasti Izmail pelik kenapa tiba-tiba sahaja Khyrill ingin berjumpa dengannya.  Ye lah kan, Khyrill tu macam mana.  Dia pula macam mana.  Tapi ada dia kisah semua itu.
“Aku nak join boleh.? ” Tanya Izmail lagi.
“Eh!...sibuk je.” Balas Hafizzah pula. Sudahlah susah untuk keluar dengan Khyrill, si Izmail ni sibuk pulak nak ikut. Memang dah sah-sah dia tak bagi.  Bukan senang dia hendak dapat peluang yang macam ni.  Peluang untuk berjumpa dengan lelaki yang menjadi pujaannya sejak dahulu lagi.
 Entah mengapa, sejak kali pertama terpandangkan Khyrill sewaktu ingin bercuti ke Langkawi dahulu membuatkan dia menjadi penasaran terhadap lelaki itu, tambahan pula bila di khabarkan oleh rakannya bahawa Khyrill adalah seorang pemain bola sepak.  Pemain bola yang punya pakej yang di idam-idamkankan olehnya.  Ada rupa, dan juga harta.  Siapa yang tidak kenal pada Hafizzah, anak Datuk Tengku Amri.  Seorang yang amat menggilai dunia glamour. Walaupun sedikit dia mahu juga tempias itu ada padanya. 
“Ehem..ehem..Aku tanya ni, nak join boleh tak.?” Izmail mengulang lagi pertanyaannya seperti pada awal tadi apabila melihat Hafizzah terdiam. 
“Eh! kau ni dah aku diam tu tak bolehlah. Aku nak cepat ni okey.! See you again.! Balas Hafizah dengan langkahnya terus diatur laju meninggalkan Izmail.
“Belagak.!Masa susah bukan main lagi mintak tolong aku. Lupa daratan betul minah ni.” Tutur Izmail perlahan. Hafizzah sudah semakin jauh meninggalkannya.  Mimpi apa Khyrill ingin berjumpa dengan  Hafizzah.  Dia sendiri pelik melihat perangai Khyrill sejak akhir-akhir ini. 
Sudahlah dia membatalkan hasratnya untuk pulang ke Malaysia.  Padahal dulu dia yang beria-ia sangat hendak pulang apabila kontrak tamat.  Tetapi dia buat keputusan saat akhir untuk kembali menyambung kontraknya di sini.   Lagi satu yang menambah rasa kesangsiannya apabila tiba-tiba sahaja Khyrill ingin berjumpa dengan  Hafizzah. Bukankah Khyrill tidak menyukai Hafizzah selepas peristiwa yang berlaku di kelab dahulu.  Lagipun perempuan macam  Hafizzah layak ke untuk bergandingan dengan lelaki seperti Khyrill tu.  Otaknya ligat berfikir seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.
Khyrill merenung jam di tangan.  Sudah hampir 20 minit dia duduk di sini.  Kebosanan mulai terasa.  Batang hidung Hafizzah belum juga kelihatan.  Sengaja dia ingin berjumpa gadis ini, walaupun dia tidak menyukai Hafizzah pada awalnya namun sikap keramahan gadis itu sedikit sebanyak akan mengisi kehidupannya di sini.  Bukan sahaja ramah malah terlebih ramah.  Kehidupannya terlalu bebas.  Duduk di luar negara pula bertambah-tambah bebaslah dia.  Bisik hati Khyrill lagi. 
Semua perempuan sama sahaja menyakitkan.  Tutur hatinya lagi.  Masakan tidak, segala-gala yang terjadi berlaku di depan matanya.  Hati dia sakit, sakit kerana Arisya.  Dan lelaki itu, siapa lelaki itu.?Memegang tangan Arisya bagaikan tidak mahu lepas.  Kalau setakat pegang itu masih boleh bersabar. Ini tidak, siap cium-cium lagi jari jemari Arisya.  Huh! itu depan mata, belakang dia...ASTAGAFIRULLAHALAZIM... Semoga Arisya masih Arisya yang ku kenali walaupun hatiku sakit di kejauhan ini. 
Bertubi-tubi panggilan yang diterimanya sejak seminggu yang lalu.  Bukan sahaja dari Arisya tetapi juga dari ayahnya. Namun tidak satu pun panggilan yang dijawab.  Mesej langsung tidak dibalasnya.  E-mail apatah lagi tidak dibukanya.  Bila teringatkan akan peristiwa itu hatinya menjadi terlalu sakit. Sakit yang amat, dia hanya menghantar satu pesanan kepada adiknya, Khuzaimie dengan menyatakan bahawa dia menyambung lagi kontraknya di sini dan juga tentang hubunganya dengan Arisya yang sudah di akhir garisan. Dia belum bersedia untuk menerangkan segala-galanya.
 Ampunkan Rill, ayah ...ibu... Bukan kehendak Rill sebegini, tapi kerana cinta yang terluka memaksa Rill meneruskan kehidupan yang jauh di sini.  Saat ini dia merasakan cintanya telah hilang.
Hilang bersama rasa marah dan kecewa yang menguasai dirinya.  Mungkin juga saat ini Arisya sudah membaca  surat yang diutuskan olehnya.  Benarkah dengan segala keputusan yang telah dia lakukan.  Bukankah terlalu terburu-buru. Namun, segalanya sudah terlambat untuk di kesali kerana dia yakin surat yang diutuskan kepada Arisya telah tiba di tangan Arisya.  Bertahun menyulam cinta pada bunga idaman, akhirnya bunga itu patah juga di ranting-ranting hampa.
“Hai, Khyrill...sorry ya..I ada kelas tadi.You dah lama tunggu ke.?” Soal Hafizzah sebaik sahaja sampai di situ. Tangannya memeluk lembut bahu Khyrill dari belakang.  Khyrill agak tersentak juga dengan kelakuan Hafizzah lantas tangan itu ditepis perlahan.
“Oppss..sorry..” Hafizzah berkata sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Khyrill.  Dia tahu Khyrill tidak suka diperlakukan sebegitu. Tapi Hafizzah sendiri agak sukar untuk mengawal dirinya bila bersama dengan lelaki ini.
“Kenapa dengan you ni..? Bukan ke hari itu you pulang ke Malaysia kan.?” Soal Hafizzah lagi.
“Kenapa you tak suka I ada di sini ke..?”
“Eh..bukan macam tu maksud I. Tiba-tiba you balik ke Malaysia, and now ada di sini balik.”
“Oh..urusan I dah selesai, so cepatlah I pulang  sini. Lagipun kontrak I masih ada lagi di sini.” Jawab Khyrill pula. Matanya pula terarah kepada orang yang lalu lalang di dataran itu. Jika tidak kerana hatinya hampa, mungkin sampai bila-bila pun dia tidak akan mengajak gadis di sebelahnya ini keluar. Kebisuan Khyrill memaksa Hafizzah untuk bersuara.  “Khyrill, tell me why..?”

“Eh..I okeylah. Cuma I  boring aje.  Sebab itu I ajak you temankan I hari ini.” Tutur Khyrill kembali.
Hafizzah di sebelah hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Khyrill itu. Sudah lama dia menantikan saat-saat ini. Berdua-duan bersama Khyrill.  Lelaki yang sememangnya menjadi pujaan hatinya semenjak di Malaysia lagi.  Namun dia hampir kehilangan peluang sebegini dek kesilapannya sewaktu di kelab dahulu.  Mujur Khyrill tidak terus menghukum dirinya.
“Senyum tu kenapa.? Tak sudi ke.?”
Soal Khyrill setelah melihatkan keadaan Hafizzah yang sedang tersenyum sorang-sorang sambil memandangnya.  Namun jangan haraplah dia akan tergoda dengan senyuman dan pandangan itu.
I rasa bertuah sangat.!”Balas Hafizzah sambil tangannya pantas memeluk pinggang Khyrill. Khyrill merenung tajam ke arahnya.  Dia masih melakukan pekara yang sama walaupun dia tahu Khyrill tidak suka akan perbuatannya.
“Opps..sorry sekali lagi.” Tutur Hafizzah sambil tertawa manja.  Entah kenapa tiba-tiba sahaja Khyrill merasakan situasi itu sangat membosankan. Pertemuan dengan Hafizzah hanya semakin mengusutkan kepala otaknya.  Sikap Hafizzah kadang-kadang membuatkannya rimas. Mengada-ngada pun ada. 
Jam di tangan di renung. Kepalanya terasa kusut benar. Dia segera meminta diri untuk pulang. Hafizzah cuba menahan.  Namun kali ini dia lebih tegas. Kali ini dia tekad, tidak mahu lagi berjumpa dengan Hafizzah.  Entah kenapa dia semakin tidak selesa untuk berbual dengan gadis yang terlalu rendah nilai dan harga dirinya. Namun dia silap kerana Hafizzah masih mengekorinya sehingga sampai di rumah.
“Khyrill..”Panggil Hafizzah manja.
You nak apa ni.? I rasa baik you pulang aje.!”Langkah kakinya terhenti apabila dia melihat Hafizzah yang turut masuk ke dalam rumah tanpa sempat dia menutup  pintu.

I..er..hmm Izmail ada?” Hafizzah cuba menukar topik perbualan dengan bertanyakan tentang Izmail. Dia tahu Khyrill terkejut dengan tindakannya tadi yang masuk ke dalam rumah tanpa keizinan daripada Khyrill. Tapi itukan perkara biasa. Bukannya dia masuk ke bilik pun. Rumah ini kan bebas.

“Oh..you tunggu je lah dia kat sini. I masuk bilik dulu.!”
“Emm..Khyrill..”Belum sempat Khyrill berpaling Hafizzah sudah menolak dan memeluknya dari belakang. Membuatkan  Khyrill tersungkur jatuh ke tangga. Hafizzah masih kuat memeluk tubuh Khyrill yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan berani Hafizzah itu. Nafsu amarah yang menguasainya gagal untuk dikawal lagi. Dia menolak kuat tubuh Hafizzah.
 “Heii!!apa ni!!? You ingat I ni jantan macam mana hah?! Tak tahu nak membezakan halal dan haram? muka dah cantik tapi perangai macam setan.!!!Perempuan tak ada maruah.!! Sial betul la.!! Berambuas la.!!Aku tak nak tengok muka kau lagi.!!”
“Rill...Sorry..sorry sayang.?”
“Heii!! Sapa sayang you ni?? I anggap you  tak lebih dari seorang kawan! I baru aje nak berbaik dengan you tapi..you buat I macam ni. I ingatkan you dah insaf lepas kes di kelab dulu. Tapi I silap!! Peluang yang I bagi you sia-siakan aje!! Tak ingin I nak berkawan dengan orang yang macam you ni. Apa you ingat I kebulur sangat ke hah!?Sudah!you boleh pergi. Jangan nak tunjuk muka you lagi depan I!!”
“Rill..nanti! Tunggu Rill!!”Hafizzah berkata kuat apabila melihat Khyrill berlalu menuju ke biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Bodoh! apa yang sudah aku buat ni. Hafizzah bermonolog di dalam hati. Tak pernah sekalipun dia melihat Khyrill marah sebegitu sekali. Memang bodohlah dia jika Khyrill tidak sudi lagi untuk berkawan dengannya.  Pasti Khyrill bengang dengan kelakuannya itu. Apa lagi yang perlu dia lakukan untuk memenangi semula hati lelaki itu.
 Kenapa dia masih melakukan perkara yang tidak di sukai oleh Khyrill? Kenapa!!? “Khyrill aku tak boleh hilang kau! Kau hak aku! Hanya aku yang berhak ke atas kau!” Tutur Hafizzah dengan kuat. Bergema kedengaran suaranya di dalam rumah itu. Jika dia tidak dapat  memiliki lelaki itu di kota Perancis ini, dia akan terus memburu lelaki itu apabila pulang di Malaysia nanti.
“Bodoh! sial ! tak guna punya perempuan!! Dia ingat aku apa?! kemaruk sangat tubuh badan dia tuh! Huh! Bangsat.!”Semua yang sempat di ingatannya diluahkan. Tidak pernah sekalipun seumur hidupnya dia marah begini sekali terhadap seorang perempuan. Apatah lagi untuk berbahasa kasar seperti itu. Fikirannya bercelaru! Buntu.!
Pada siapa harus diluahkan rasa kecewa yang membara di jiwa ini. Rasa bersalah dengan keputusan yang dia sendiri lakukan.  Kali ini wajah Arisya terbayang-bayang di depan mata.  Kecurangan yang dilakukan tambah mengapikan bara yang semakin memuncak. Dia nampak sendiri di depan matanya bagaimana lelaki itu memandang Arisya saat Arisya terlantar di hospital.  Memegang erat tangan Arisya. Ah.!Mungkin juga lelaki itu yang menjawab panggilannya dahulu. Perempuan semua sama.!!!Bentaknya kuat.
Mengapa dia jadi sampai begini sekali. Kemana hilangnya ketenangan yang selama ini menjadi miliknya. Ini bukan sifatnya. Ini bukan caranya. Ya Allah..kau berikanlah aku ketenangan dan kekuatan untuk aku menghadapi dugaan yang engkau berikan ini dengan tabah.

p/s: atas permintaan..saya smbung sampai bab 23 lagi..yg setia mmbaca harap akan terus bersabar....terima kasih kerana memandang karya saya ini..tinggalkan sedikit masa untuk vote e-novel ini..komen jangan di lupa..okey terima kasih..^_^















 










NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...