Sunday, December 11, 2011

Hangatnya Cinta- Bab 15

Suasana malam yang dingin membuatkan Nur Nilam yang duduk di kerusi luar rumah memeluk tubuh. Sejak dari tadi lagi matanya tak putus-putus memandang ke arah jalan. Hatinya resah bila memikirkan Iskandar yang belum pulang sejak dari kejadian pada petang tadi. Dia bimbang jika Iskandar berlumba lagi. Seperti yang sedia maklum Iskandar tu kan suka berlumba dalam keadaan dia yang tertekan macam tadi. Ya Allah..Kau lindungilah suamiku walau di mana dia berada..

“Nilam..”

Nilam menoleh apabila namanya di panggil.

“Eh, ibu buat apa tak tidur lagi.. Ibu kan  masih letih lagi..”balas Nur Nilam pula sambil menarik kerusi untuk Puan Syarifah.

“Apa sebenarnya yang terjadi,Nilam?Siapa perempuan tadi tu?Kenapa pula Iskandar nak marah-marah macam tu?”Pertanyaan tiba-tiba daripada ibunya benar-benar membuatkan dia resah. Dia sendiri baru sahaja tahu siapa perempuan itu. Perempuan yang pernah bertahta di hati suaminya suatu masa dulu. Sekarang?Entah..dia tidak tahu. Benar mulut Iskandar boleh mengatakan yang hanya dia di hati Iskandar tetapi di dalam hati siapa yang tahu?

“Nilam tak tahu sangat ibu..apa yang Nilam tahu Kamalia itu pernah jadi kekasih Is..”jawab Nur Nilam lambat-lambat.

“Ibu pelik?Kamu berdua seolah-olah tidak saling mengenali sepenuhnya..”tutur Puan Syarifah lagi. Masakan Nur Nilam tidak tahu sejarah hidup Iskandar. Tak kanlah anaknya itu langsung tak pernah bertanya. Padahal kalau nak di ikut-ikutkan sudah genap sebulan mereka berkahwin.

“Entahlah ibu..Nilam rasa bersalah pula...”

“Kenapa pula kamu nak rasa bersalah?Bersalah pada siapa? Perempuan tadi?Kamu bukan perampas..Iskandar yang memilih kamu.”

Nur Nilam ketap bibir. Memang dia bukan perampas. Tapi kalau dia tidak hadir dalam hidup Iskandar sudah tentu keadaan tidak akan menjadi serumit begini.

Dia tidak sepatutnya memberitahu ibu. Keadaan akan jadi lebih parah kalau ibu tahu yang dia dan Iskandar berkahwin kerana terpaksa. Ibu pasti akan terkejut jika tahu hal yang sebenarnya. Tak boleh!Tak boleh..dia tak sanggup nak melukai hati ibu. Kalau ibu tahu yang dia berkahwin dengan Iskandar sebab nak tolong ibu merawat penyakit buah pinggang tentu ibu kecewa dengan dia. Tapi?itukan dulu. Sekarang mereka saling mencintai..Ah..sukarnya.

“Ibu lihat kamu dan Iskandar seolah-olah ada sembunyikan sesuatu dari ibu. Samada baik atau buruk itu ibu tak tahu.”

“Kenapa ibu cakap begitu?”

“Ibu bercakap berdasarkan naluri hati seorang ibu. Ibu bukannya apa Nilam. Ibu nak kau bahagia. Lagipun Iskandar adalah pilihan kau sendiri. Apa yang ibu perhatikan, Iskandar adalah seorang lelaki yang baik..prihatin..dan seorang yang bertanggungjawab. Ibu yakin dia akan menjaga kau macam mana ibu dan arwah ayah jaga kau. Ibu nak kau bahagia..”

Nur Nilam menekur. Dadanya berombak kencang. Dia pandang wajah ibu yang di kasihi. Sanggupkah dia melukakan hati ibu?Tapi sampai bila dia mampu berbohong? Ibu harus tahu kisah yang sebenarnya. Lagipun semuanya sudah terjadi. Cuma caranya sahaja yang agak salah pada awalnya.

“Sebenarnya...

“Kenapa Nilam?”tanya ibunya lagi.

“Saya minta maaf ibu..”

“Nilam, kenapa ni?Apa yang tak kena?”Bertalu-talu soalan dari ibunya. Nur Nilam  seolah-olah tak mampu untuk menjawabnya. Namun dia mesti kuat.

“Sebenarnya..saya..saya dan Iskandar pada awalnya berkahwin kerana terpaksa bu..Iskandar meminta bantuan saya di sebabkan dia tidak mahu berkahwin dengan wanita pilihan mamanya..”

Puan Syarifah terkedu. Dia benar-benar tidak menyangka dengar berita yang di dengarinya ini. Apatah lagi dia melihat kebahagiaan Nur Nilam dan Iskandar. Bahagia yang tertumpah keikhlasan di dalamnya Tapi tidak lama kemudian keadaannya kembali normal. “Kenapa sampai jadi macam ni Nilam?Kenapa kau perlu buat semua ini?”

Mata Nur Nilam mulai berkaca. Ibu kelihatan tenang untuk mendengar ceritanya yang seterusnya. Namun dalaman sudah tentu tidak seperti yang di jangka.

“Nilam buat semua ini untuk lihat ibu sembuh.. Nilam nak ibu sihat kembali. Nilam terdesak saat itu bu.. Iskandar hadir menghulurkan bantuan. Nilam janji selepas Nilam dah dapat kerja, Nilam akan bayar balik semuanya..Maafkan Nilam ibu. Nilam benar-benar bersalah. Nilam tahu cara Nilam ini salah. Tapi, Nilam tiada pilihan lain bu..Maafkan Nilam.. Bukan niat Nilam bu..”Air mata Nur Nilam berjuraian di pipinya. Kata-katanya tersekat-sekat. Jari jemari ibunya di raih lalu keampunan di pinta. Dia benar-benar bersalah.

“Tapi..itu dulu bu..sekarang kami saling mencintai. Nilam sayangkan Iskandar ibu..Tapi Nilam rasa bersalah..Nilam tak patut hadir dalam hidup Iskandar. Tak patut ibu..”

Puan Syarifah masih diam seribu bahasa. Hanya air mata yang mulai mengambil tempat di bebola matanya. Dia tidak menyangka Nur Nilam sanggup buat begini. Hanya semata-mata untuk melihatnya sembuh. Ya cara anaknya ini salah. Dia kecewa...Tapi, Nur Nilam dan Iskandar sudah saling sayang menyayangi. Sudah saling memerlukan di antara satu sama lain. Semuanya suah jadi bubur. Jadi, apa lagi yang perlu dia kesalkan. Apalagi yang perlu untuk dia kecewa kerana Nur Nilam dan Iskandar sama-sama telah membetulkan keadaan. Ya Allah..

“Jagalah rumahtangga yang kamu bina ini dengan baik...Jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata. Hargai orang yang sudi dengan kita...tak semua orang bernasib baik Nilam..”tutur Puan Syarifah pula setelah lama berdiam diri. Dia mengusap lembut bahu Nilam. Sungguh dia tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Dia hanya mampu untuk memberi nasihat selebihnya terpulang kepada Iskandar dan Nur Nilam. Kalau dia marah sekalipun semuanya sudah terjadi. Jadi dia redha dengan apa yang telah berlaku.

“Ibu..terima kasih bu.. .”balas Nur Nilam dalam serak-serak suaranya. Habis basah baju ibunya dek air mata yang tak henti-henti dari tadi. Di Dalam hati dia memanjatkan kesyukuran kerana ibu menerima segala-galanya dengan tenang. Sememangnya ibu sangat memahami. Dan di waktu-waktu genting seperti ini, ibu jugalah yang menjadi kekuatan untuknya terus bertahan. Nasihat ibu lembut namun maknanya tajam.

Malam ini dadanya terasa lapang. Segala rahsia yang tersimpan tidak lagi membelenggu jiwanya. Cuma hatinya masih menanti Iskandar pulang. Dia risaukan suaminya itu. Kata-kata Iskandar pada petang tadi sedikit sebnyak telah menanamkan kembali kepercayaannya yang sudah hilang sejak seminggu yang lalu. Sedikit sebanyak juga sudah terubat jiwanya dengan kelakuan dan sikap Iskandar terhadapnya seminggu yang lalu.Tapi, perasaan bersalah kerana masuk ke dalam hidup Iskandar masih menebal. Jadi untuk seketika dia terpaksa memendam sebuah rindu dendam. Tidak salah andainya dia mahu berhati-hati lagi.

****

Malam semakin larut. Izreen memandang Iskandar yang sedang leka mencuci kereta Honda Civic Mugen bewarna merah itu. Seulas senyuman meniti di bibirnya tiba-tiba. Teringat sewaktu zaman kanak-kanak, Iskandar sangat suka mengumpul mainan dan apa sahaja barang yang mengandungi gambar kereta jugadi kumpulnya. Boleh di katakan stok kereta mainannya itu berkotak-kotak di rumah. Masuk sahaja ke biliknya sudah terpampang gambar-gambar kereta. Kalau ada yang usik atau ubahkan barang-barang mainannya itu pasti akan di marahinya. Adiknya itu memang minat benar dengan kereta.

“Sudahlah tu Is..Hari dah lewat malam. Kereta kamu tu dah berkilat-kilat dah tu. Kamu tak nak balik ke rumah ke malam ni? Tak rindukan orang yang ada di dalam rumah tu ke? Entah-entah sekarang dia pun tengah rindukan Is..”

“Kenapa kakak tak nak bagi Is tidur sini ke?”

“Bukan macam tu, Is. Kamu nak larikan diri dari siapa?Dari Kamalia?Tak kanlah Kamalia nak tunggu sehingga kau balik pula..Kau mesti berdepan dengan kenyataan. Kalau kau lari-lari macam ni, nanti apa pula kata Nilam. Macam kau tak sungguh-sungguh pula nak kan dia. Kamu tu dah banyak tau sakitkan hati dia. Kamu kena ingat tu..”

“Saya tak sengajalah Kak Reen. Saya buntu..”balas Iskandar lagi sambli terus mengilap keretanya itu. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia tidak terasa mahu pulang. Walhal hari sudah larut malam.

“Kalau kamu masih ragu-ragu,cuba kamu pejamkan mata kamu dan lihat siapa yang di dalam hati kamu saat ini?

“Siapa?”soal Izreen selepas beberapa minit berlalu.

“Ini..”Jawab Iskandar selamba sambil menepuk-nepuk keretanya perlahan. Kemudian dia ketawa kuat.

“Main-mainlah kamu!” marah Izreen pula. “Orang serius dia main-main pula! Tahulah kamu sayang sangat pun dengan kereta kamu tu. Tapi biarlah berpada-pada sikit. Kalau Nilam tu cabut lari tinggalkan kau macam mana?Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah..”

“Kak Reen kalau berleter macam mama. Is tahulah apa Is buat. Is dah pilih Nilam!Bukan Kamalia.”

“Kau pasti kau tak akan tersilap lagi?”

“Memang tak ar..Buah pisang mana ada berbuah dua tiga kali. Sekali je kak Reen oi!”balas Iskandar selamba.

“Okey, kalau macam tu baik kau balik sekarang. Cakap pandailah kau tu. Tapi bila berhadapan dah nak lari-lari macam ni. Kata macho..”

“Ish Kak Reen ni halau saya ke?Memanglah macho. Sebab macho jugaklah saya malas nak duduk berhadapan dengan orang tak reti bahasa tu. Dah orang tak nak tu tak naklah!Nak terhegeh-hegeh kenapa?Saya tak nak tertipu lagi dengan lakonan dia. Dia ingat saya budak-budak yang boleh di buat tarik tali.!”

“Terpulanglah pada kau Is. Kak Reen bukan nak halau kau. Tapi, Kak Reen risau orang di sana tengah tunggu kau pulang. Bukan ke tadi kau beritahu kak Reen, kau dah buat luahan hati kau tu depan semua orang. Kak Reen pasti, sedikit sebanyak Nilam mesti sudah yakin balik dengan kau. Tapi, kau kena tingkatkan lagilah usaha kau tu. Jangan nak tunjuk ego dan keras hati kau tu.”

“Masalah saya ni masih dalam tahap kawalan. Tapi, Kak Reen tu? Sampai bila nak menanti buah yang tak gugur-gugur. Kak Reen tu bukannya muda lagi tau. Abang Ikram tu entah-entah sedang berseronok sekarang tapi Kak Reen sorang-sorang menderita kat sini.”

Kata-kata Iskandar membuatkan Izreen terdiam sejenak. Ikram..nama itu pula yang menjadi sebutan Iskandar pada malam ini. Entahlah dia sendiri pandai untuk memberi nasihat tapi masa depan dia sendiri pun masih lagi tunggang terbalik. Ada suami hanya dalam kertas sahaja. Sampai saat ini belum pernah muncul-muncul. Mereka hanya tinggal sebagai suami isteri selama seminggu selepas itu Ikram hilang entah ke mana. Sudah kering air mata dia untuk meratapi semua yang terjadi. Sekarang dia benar-benar redha..perkahwinan yang di atur oleh orang tuanya itu mungkin ada hikmah di sebaliknya yang dia tidak tahu. Siapa dia untuk melawan takdir yang sudah tertulis untuk dirinya.

“Masalah Kak Reen tak sama macam kau Is. Kak Reen redha dengan apa yang terjadi. Kak Reen harap kau hargailah orang yang kau sayang dengan sebaik-baiknya.”nasihat Izreen sekali lagi.

“Terpulanglah Kak Reen.. Is dah cakap tapi Kak Reen tu lagi degil. Cakap Is degil Kak Reen pun sama.”

Izreen tersenyum mendengarkan kata-kata Iskandar itu. Tahu Iskandar sedang memulangkan bahu buah keras kepadanya.

Iskandar segera meminta diri untuk pulang. Dia masuk ke dalam kereta lalu enjin kereta segera di hidupkan.

“Hati-hati memandu..”ucap Izreen lagi dari luar kereta. Iskandar menggangguk di sebalik cermin kereta yang terbuka.
 
Hampir setengah jam pemanduan Iskandar tiba di hadapan rumahnya. Sebaik sahaja kereta itu masuk di perkarangan rumah banglo dua tingkat itu kelibat Nur Nilam sudah kelihatan. Cahaya dari lampu kereta miliknya yang tersuluh menampakkan dengan jelas raut wajah isterinya itu. Enjin kereta segera di matikan. Lalu pintu kereta segera di buka. Laju sahaja langkah kakinya menapak ke arah Nur Nilam meja bulat itu.

“Sayang buat apa di sini? Kenapa tak tidur lagi?”pantas sahaja soalan itu meluncur laju di bibirnya. Jam di tangan di toleh sejenak. Sudah hampir jam 12 malam.

“Belum mengantuk lagi..”balas Nur Nilam pula. Pandangan matanya jatuh ke bawah. Tidak pantas untuk dia menatap renungan demi renungan dari Iskandar itu.

“Belum mengantuk?Nilam tunggu abang balik ek?Eh!Kenapa dengan mata tu?Nilam menangis ke?”

Iskandar pasti dia tidak tersilap pandang. Mata Nur Nilam kelihatan bengkak. Seolah-olah baru sudah dari tangisan yang panjang. Nilam ni kan suka menangis.

“Mana ada..agaknya sebab masuk habuk kot..”

“Habuk?”Iskandar ketawa. Pembohongan apa yang sedang kau lakonkan sayang.

“Lain kali kalau nak bohong bagilah alasan yang logik sikit. Ini tak!Agaknya isteri abang ni perlu masuk kelas untuk belajar teknik-teknik untuk melakukan pembohongan. Kalau tidak asyik kantoi je.!Tak baik tahu tak berbohong. Cuba berterus-terang dengan abang. Sudahlah tu, mari masuk ke dalam. Sejuk ini kat luar..”

Tutur Iskandar sekali lagi sambil tersengeh macam kerang yang tak laku-laku. Apatah lagi bila Nur Nilam buat muka tak puas hati dia tu. Lagilah dia suka. Comel sangat. Rasa macam nak cium-cium je!Iskandar kemudiannya berjalan masuk ke dalam rumah di ikuti oleh Nur Nilam di belakangnya.

 “Kalau sayang nak cakap apa-apa esoklah ye...Abang dah letih sangat. Sorrylah..tak sempat nak manja-manjakan sayang malam ini. Sayang pergilah naik tidur dulu. Esok jangan lupa sayang dah start kerja okey!” tutur Iskandar sekali lahi sambil duduk di sofa itu. Dia memenjamkan matanya sambil bersandar di sofa itu.

“Tapi..”

“Tapi apa lagi?Abang tak nak dengar apa-apa lagi alasan dari sayang.!”

Nur Nilam mengeluh perlahan. Kalau dia tahu lebih baik awal-awal lagi dia pergi tidur. Sebenarnya Nur Nilam nak cakap pasal hal yang terjadi pada petang tadi. Tapi, Iskandar pula kelihatannya macam dah letih sangat. Jadi terpaksalah dia mengalah. Pasal kerja itu pun dia tak setuju. Tapi, macam biasalah Iskandar inikan orangnya suka memaksa. Macam mana nak buat ni? Nur Nilam buntu. Dengan muka tak puas hati dia akhirnya berlalu dari situ.






4 comments:

  1. good job sis..-Say Hello(Aina Eyna)

    ReplyDelete
  2. sambung cepat pls..pretty pls with sugar on top..;) tq!!

    ReplyDelete
  3. sian kakak is...bile la suami die nak blk...hope pasni writer ade selit cite pasal kakak is dan suami nye plk...nak taw serba sikit...

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...