Bab 5
KETIKA terjaga subuh itu, Nur Nilam merasakan kepalanya berdenyut kuat. Badannya terasa lemah dan seram sejuk. Perutnya juga terasa menyucuk-cucuk. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia menyambung kembali tidurnya. Tetapi apabila memikirkan yang dia sedang berada di Teratak Qaseh ini niatnya untuk menyambung tidur itu dibatalkan sahaja. Bimbang nanti apapula tanggapan Datuk dan Datin. Sudahlah Datin Rozita seolah-olah benci padanya. Sejak dari semalam lagi asyik mencari salahnya sahaja. Hendak tak hendak terpaksalah dia gagahkan jua dirinya untuk bangun.
Selepas mandi, Nur Nilam keluar dengan berpakaian lengkap. Hanya dengan berbaju t’shirt bewarna putih dan seluar track bewarna hitam sudah cukup membuatkan penampilannya begitu bersahaja. Rambut kerintingnya itu disanggul seperti biasa. Lantaklah kalau Iskandar nak cakap dia Nampak tu bila sanggul. Yang penting dia selesa dengan caranya yang begini.
Dia kemudiannya menuju kea rah Iskandar yang masih lena diulit mimpi. Dia segera mengejutkan Iskandar apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.40 minit pagi.
“Is..Is..bangun. Subuh dah nak habis.”Iskandar bergerak-gerak sebelum membuka matanya.
“Dah pukul berapa?”
“6.40 minit.”
“Kau dah solat..”
“Hmm..tak.”
“Apa yang tak?’
“Tak boleh!Uzur,”jawab Nur Nilam. Jelas kelihatan raut wajahnya bertukar rona. Malu.
Iskandar pula hanya berlagak selamba seperti biasa. Dia bangun dan menuju ke towel rack untuk mengambil sehelai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Nur Nilam kemudiannya mengorak langkah menuju ke bawah. Tangannya memegang perutnya yang dirasakan semakin memulas itu. Teruklah dia kali ini. Ubat yang selalu dia telan untuk mengurangkan sakit senggugutnya ini tidak di bawa pula. Semuanya tertinggal dirumah. Jadi terpaksalah dia menahan kesakitan yang semakin kuat mencengkam ini.
“Assalammualaikum, mak Piah. Masak apa pagi ni?Boleh Nilam tolong tak?”sapa Nilam kepada Mak Piah yang sedang mengeluarkan sesuatu dari dalam peti sejuk itu. Mak Piah satu-satunya pembantu rumah di Teratak Qaseh ini.
“Waalaikummussalam, Nilam. Tak payah susah-susah. Kerja mak Piah ni. Nilam kan orang baru kenapa tak duduk berehat saja.Nanti siap mak Piah panggil.”
“Tak apalah mak Piah. Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni,”ucap Nilam pula sambil tangannya masih lagi memegang perut yang sakit itu.
“Untung Iskandar dapat isteri macam Nilam ni. Sudahlah cantik baik hati pula nak tolong mak Piah.”Mahu saja Nilam bilang kepada mak Piah yang dia dan Iskandar bukanlah seperti yang semua orang sangkakan.
“Janganlah puji lebih-lebih mak Piah. Kalau mak Piah tak puji pun Nilam tetap akan tolong mak Piah masak,”jawab Nilam kemudiannya sambil tersenyum.
“Tak menyusahkan Nilam ke?”
“Tak adalah. Nilam kan dah cakap tadi Nilam dah biasa bangun awal-awal macam ni. Masakkan untuk ibu..”menyebut nama ibunya membuatkannya begitu sayu. Sayu kerana dia sendiri tidak tahu bila akan bertemu dan tinggal bersama ibunya. Iskandar seolah-olah tiada jawapan untuk pertanyaannya itu.
“Jauhnya termenung.. Cakap tadi nak masak?Nilam nak masak apa?”mak Piah mengejutkan lamunan panjang Nilam.Nilam tersenyum hambar.
“Iskandar suka makan sarapan apa ya mak Piah?”laju sahaja soalan itu terpacul dari bibirnya.Mak Piah tersenyum memandang Nilam. Keikhlasan yang Nilam tinjukkan benar-benar membuatkannya tersentuh. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan arwah anaknya yang telah lama meninggal dunia. Sikapnya saling tak tumpah seperti Nilam. Ringan tulang dan tak kisah untuk membantunya.
“Mak Piah?Kenapa pandang saya macam tu?”soal Nur Nilam pula.
“Nur Nilam rajin..macam arwah anak mak Piah.”balasnya pula.
“Oh..maafkan Nilam sebab tanya macam tu tadi.”
“Tak ada salahnya Nilam,”balas mak Piah pula.
“Mak piah tahu tak Iskandar suka makan apa ya?”Nur Nilam cuba mengalih topic perbualan. Dia tidak mahu bersedih di pagi hari.
“Iskandar tak cerewet orangnya. Dia akan makan apa sahaja yang mak Piah masak. Kalau dia tahu yang Nilam masak lagilah dia suka.”
“Kalau macam tu Nilam masak nasi goring boleh tak?”
Mak Piah mengangguk setuju dengan cadangan Nilam. Dia kemudiannya meneydiakan barang-barang yang diperlukan Nilam. Sesekali matanya melirik ke tangan Nilam yang sekejap-sekejap memegang perut. Seperti sedang menahan kesakitan.
“Kamu okey ke Nilam?Kalau tak biar mak Piah saja yang buat. Kamu pergi berehat.”ucap mak Piah lagi.
“Tak apa, sakit sikit saja. Sakit perempuan. Nanti okeylah tu.”jawab Nur Nilam sambil tersengeh memandang mak Piah. Telatahnya itu benar-benar mencuit hati mak piah.
Setengah jam kemudian nasi goreng di masak oleh Nilam sudah siap sepenuhnya. Bau nasi goreng yang di masaknya itu benar-benar membuka selera sesiapa sahaja. Nilam masih lagi berperang dengan kesakitan.
“Nilam, kau kenapa?Sakit ke?”sapa Datuk Ismail tiba-tiba sahaja.
“Tak..tak..”jawab Nilam tergagap-gagap. Dia malu untuk beritahu hal yang sebenarnya.
“Betul ke kamu okey ni?Papa tengok macam tak okey je?Ha, mak Piah kenapa bagi Nilam yang masak. Kesian kat dia.” Serentak dengan itu Nilam terasa ingin muntah. Dia segera bangun menuju ke singki. Dia benar-benar merasa tidak selesa.
“Saya dah larang tadi Datuk, tapi dia berdegil juga nak tolong saya. Bertuah Iskandar Datuk. Isterinya sakit-sakit pun masih nak masak untuknya.”mak kiah kemudiannya berlalu dengan membawa dulang berisi air untuk di hidangkan di atas meja.
“Kalau dah sakit sangat, pergilah berehat di atas tu,”ucap papa mertuanya lagi.Papa mertuanya benar-benar mengambil berat akan dirinya. Sama seperti ayahnya. Ah!Rindunya dia pada arwah ayah hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Nur Nilam teragak-agak untuk naik berehat di atas atau teruskan sahaja kerja-kerja yang telah separuh dia lakukan. Dalam hatinya yang sebenar takut di salah anggap. Tapi apabila melihakan keikhlasan yang Datuk Ismail tunjukkan dia mengangguk setuju.
Baru sahaja langkah kakinya ingin melangkah terpacul wajah Datin Rozita di hadapannya.
“Hah,kamu ni nak ke mana pula?”soalnya pula.
“Nilam tak sihat tu mamanya. Saya suruh naik berehat saja. Lagipun dia muntah-muntah tadi. Perutnya kosong tu. Nanti papa mintakkan Iskandar bawakan sarapan untuk kamu.”sambungnya lagi.
“Hai..baru buat kerja sikit pun dah sakit ke?Perli Datin Rozita lagi. Nur Nilam menelan semua kata-kata itu walaupun agak pedih hatinya. Mujur ada papa mertuanya. Sekurang-kurangnya dia tidak terasing di dalam rumah ini.
Lagipun di dalam keadaannya sekarang dia terasa benar-benar lemah dan tidak berdaya. Sejak dari zaman persekolahan lagi dia mengalami senggugut yang teruk. Bahkan akan muntah samapi kadang-kadang tu perlu dapatkan rawatan di klinik.
“MORNING mama, papa..Hmm sedapnya bau nasik goring ni?Resipi baru ke mak Piah?”soal Iskandar yang baru sahaja sampai di meja makan.
“Isteri kamulah yang masak..”balas mak Piah pula.Iskandar yang baru sahaja mahu ddudk memandang muka mak Piah. Betul ke Nilam yang masak. Pandailah pula dia.Bisik hatinya pula.
“Is macam mana isteri kamu?Sakitnya dah kurang ke belum?”Iskandar yang mendengar pertanyaan papanya itu mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang di perkatakan oleh papanya. Masa bila pula Nilam sakit.
“Kau jangan buat tak tahu pula, Is.”sambung papanya lagi.
“Entah abang ni!Boleh buat selamba saja.Kak Nilam sakit pun tak tahu ke?Papa cakap tadi kak Nilam muntah-muntah.”kali ini giliran adiknya Irma pula bersuara.
Iskandar dah mula tak sedap hati. Muntah?Biar betul..tak kan Nilam mengandung pulak kot. Dia tak sentuh pun Nilam tu. Tak kan dah pegang tangan boleh mengandung pulak! Fikirannya mula terfikir yang bukan-bukan tentang Nur Nilam. Lagipun segalanya mungkin. Dia bukannya kenal siapa Nur Nilam Qaseh. Hah!Sudah..Bala apa pula kali ini. Gerutu hatinya lagi.
ISKANDAR menarik selimut yang menutupi tubuh Nur Nilam. Nur Nilam membuka matanya perlahan-lahan Di depannya kini Iskandar sedang merenung tajam ke arahnya.
“Maaflah sebab saya tidur atas katil ni..”Nur Nilam bersuara lemah.
“Hey!Aku tak kisah pun kau nak tidur atas katil ni!Itu kau punya pasal!”jawab Iskandar kuat. Matanya mencurun tajam memandang Nur Nilam. Tindakannya itu benar-benar menimbulkan kecurigaan di hati Nur Nilam.
“Habis tu awak nak apa?”soal Nur Nilam pula. Kepalanya dirasakan sangat berat sewaktu dia cuba untuk bangun sebentar tadi.
“Kau tanya aku kenapa!Baik kau cakap dengan aku anak siapa yang sedang kau kandungkan tu!”
“Apa awak merepek ni Iskandar!”Nur Nilam sangat terkejut.
“Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu!”marah Iskandar lagi.
Nur Nilam hanya menggelengkan kepala dengan telatah Iskandar. Baru dua hari dia di sini boleh jadi gila di buatnya.
“Hey!yang kau diam kenapa?Kau pekak ke?!Aku tanya anak siapa yang kau kandungkan tu!”suara Iskandar perlahan tapi nadanya kedengaran sangat keras. Nur Nilam semakin resah.
“Apa awak merepek ni?Bila masa pulak saya mengandung. Awak jangan asyik nak tuduh saya tanpa bukti, Is.”Nur Nilam segera turun dari katil. Makan hati benar dia dengan sikap Iskandar. Sudahlah sakitnya masih belum hilang. Dia sangat memerlukan ubat di kala ini. Nak harapkan pada siapa untuk minta tolong.Iskandar?Jangan haraplah dia nak tolong!
“Habis yang kau muntah-muntah tadi tu apa?Kau nak tipu aku!Aku tak sangka rupanya kau semurah itu!Patutlah kau setuju nak kahwin dengan aku. Rupa-rupanya aku perlu jadi pak sanggup. Macam tu!.”
“Is!!!”jerit Nur Nilam kuat. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Sampai hati Iskandar menganggapnya begitu. Dia tidak semurah itu. Jika tidak kerana ibu dia sendiri tidak akan terima tawaran Iskandar .
“Hey betina!Aku dah pesan pada kau banyak kali jangan menjerit!Kau ni memang tak faham bahasa!Kau memang nak buat malu dalam keluarga ni.Kalau aku tahu macam ni lebih baik aku pilih si Jueliana tu.”Kali ini Iskandar benar-benar hilang sabar. Dia menarik kuat rambut Nur Nilam sehingga Nur Nilam terdorong ke dinding. Satu penampar hinggap di pipinya yang mulus. Sakit dan peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air matanya pantas sahaja mengambil tempat di pipinya yang pedih itu.
“Is..saya tak mengandung!Saya senggugut yang teruk. Bukan ke pagi tadi saya dah cakapkan pada awak yang saya uzur..Awak hina saya Is..saya tak semurah itu..”bibirnya berkata perlahan dalam sedu sedan. Cecair jernih yang membasahi pipinya sudah cukup untuk memberitahu tentang sakitnya. Kini, dia terasa sangat kesal dan menyesal dengan apa yang di lakukannya. Dia terduduk lemah, kepalanya semakin berdenyut. Dia tidak tahan lagi. Pandangannya di rasakan semakin berpinar dan perlahan-lahan gelap. Dia tidak sedar lagi apa-apa yang berlaku.
Iskandar terkedu disitu!
sambung la cepat2 cite nie
ReplyDelete