Sunday, June 23, 2013

Elusan Kasih - Bab 7

Bab 7


FAZZURA berdiri di sisi balkoni yang menampakkan pemandangan malam yang indah di sinari lampu-lampu jalan dan banggunan. Sejak dia menidurkan Aqilah dan Fazmizie tadi di sinilah tempatnya. Sejak seminggu yang lalu tidur malamnya sudah tiada. Tidak pernah terfikir takdir hidupnya akan membawanya ke sini. Siang tadi dia nampak dari atas kondominium. Dia nampak perempuan tu menepis jari jemari Aqilah. Ya Allah… siapa agaknya wanita tu. Mungkin teman wanita Riyadh. Rasanya tempat ini tak sesuai untuknya. Dia harus pergi.
Fikirannya melayang jauh teringatkan abah dan emak di kampung. Jika di beritahu tentu susah hati kedua-dua orang tuanya itu. Sejak dia melangkah ke Kuala Lumpur abah sudah boleh menerima sedikit demi sedikit Aqil. Tambahan pula sifat Aqil yang sentiasa menjaga kebajikannya membuatkan perubahan sikap orang tuanya itu jelas ketara. Cuma emak, Kak Shahira dan Maria yang masih susah untuk terima Aqil. Bagi kakak sulungnya itu dia lebih layak dapat lelaki yang lebih bagus dari Aqil. Sebenarnya dia tahu Kak Shahira ada sejarah silamnya tersendiri. Pernah di kecewakan oleh lelaki sewaktu kakaknya itu sedang menuntut di tingkatan enam. Oleh sebab itulah datang yang baik macam mana pun dia tetap payah nak terima. Sudahnya membujang sampai ketua.
Maria pula jenis hidup tak berdunia dengan orang.  Tapi, dialah yang paling abah dan emak sayang. Anak emas dalam keluarga. Apa yang emak dan abah cakap dia ikutkan sahaja. Abah dan emak calonkan menantu yang dia langsung tak kenal pun dia tetap terima. Dapat suami kaya. Lain benar dengan dia. Anak bongsu tapi dialah yang paling degil. Baru umur 21 tahun sudah terhegeh-hegeh nak kahwin. Sanggup tak teruskan perlajaran sebab dah cinta sangat. Akhirnya ini balasan yang dia dapat. Sejak hari tu hubungan yang dingin makin dingin. Sejak kecil lagi emak macam tak suka akan kehadiran dia.
Hendak sahaja saat ini dia khabarkan kepada mereka semua tentang keadaan dirinya. Tapi dia bimbang dengan penerimaan mereka. Dia bimbang dengan kemarahan Kak Shahira dan emak. Dia sakit dengan senyuman sinis Maria. Apa yang paling dia bimbangkan kesihatan abah yang tidak menentu. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan menghadapi dugaanMu ini.
“Dah hang nak sangat menikah dengan lelaki tu abah tak boleh halang. Walaupun abah nak hang belajar sampai habis. Tapi hang tak nak. Hang degil. Hidup baru setahun jagung. Hang dah nak menikah. Baiklah abah akan nikahkan hang.”
Aku menarik senyum lebar mendengar keputusan abah. Maknanya abah dah bersetuju untuk nikahkan aku dengan Aqil. Jadi emak, Kak Shahira dan Maria tak boleh nak kata apa-apa. Keputusan di tangan abah.
“Abang, awak nak anak kita tu derita di kemudian hari?” soal emak tak puas hati. “Kalau nak nikah sekalipun tunggulah habis belajar dulu. Hang tu muda lagi.” Tempelak emak pula. Maria dah mula buat muka sinis. Kak Shahira pandang wajahnya seolah-olah hendak telan dia hidup-hidup.
“Biarlah dia Fauziah. Dah dia nak sangat macam tu. Kita halang pun nanti jadi benda bukan-bukan lagi malu kita. Kita nikahkan saja mereka berdua tu.” Abah menjawab tenang. Dalam hati abah mungkin tidak  begitu. Abah sebenarnya berat melepaskan anak bongsunya berkahwin di dalam usia yang masih muda.
“Abah,  Zurra tu muda lagi. Lelaki pilihan dia tu pun kerja kilang  abah. Sanggup ke abah nak lepaskan dia macam tu saja.” Kak Shahira masih tak berpuas hati dengan jawapan yang abah beri.
“Keputusan abah muktamad!” jawab abah dan terus berlalu dari situ. Semua mata kini tertumpu kepadanya.
“Hang ni memang degil!” emak tunding jari ke wajahnya.
“Nanti hang rasakan langit tu tinggi atau rendah.” Kak Shahira pula melepaskan amarahnya. Manakala Maria hanya diam. Tapi cukup jelas dia juga marah dengan tindakan Fazzura yang ingin berkahwin dengan Aqil. Diam Maria lebih menyakitkan dari emak dan Kak Shahira yang bercakap. Namun, apapun leteran yang hinggap di telinganya dia tetap bertekad untuk berkahwin dengan Aqil. Sudahnya, inilah yang dia terima. Malukan? Dulu degil sekarang habuan untuk dialah.
“Maafkan saya abah, emak…saya degil. Tapi saya reda dengan takdir hidup saya begini.” Tutur Fazzura perlahan. Larut dalam emosi enam tahun yang lalu. Dulu segala nasihat keluarga hanya di pandang sepi . Dia langsung tak memikirkan kemungkinan yang akan terjadi di kemudian hari. Hari ini ternyata semuanya tidak seindah yang di impikan. Dia sebenarnya wanita yang tak punya apa-apa.
Deringan dari Nokia X3 yang berbunyi kembali membawanya ke alam realiti. Dia bingkas masuk ke dalam bilik. Telefon yang berbunyi segera dicapai. Tertera di hujung talian nama lelaki yang terlalu tegar melukainya itu. Tubuhnya bergetar dengan tiba-tiba. Dia jawab walaupun lambat.
“Hey perempuan? Kau duduk mana ni? Rumah jantan mana kau bawa anak-anak aku pergi?” soal Aqil keras menyapa gegendang telinganya sebaik sahaja punat hijau ditekan.Tiada lagi ucapan manis kini. Yang ada hanya kata-kata kesat di bibir lelaki tu. Sudahlah! Dia tak mahu ambil peduli lagi tentang Aqil. Aqil dah banyak sakitkan hati dia.
“Awak jangan risau. Saya jaga anak-anak saya dengan baik. Saya tak seperti awak yang berlagak baik. Soal saya duduk di mana, tinggal di mana bukan urusan awak lagi. Jadi, awak tak perlu sibuk.” balasnya geram. Aqil sepatutnya sedar diri.
“Jangan nak berlagak baik. Aku telefon kau ni pun sebab aku nak bagitau yang aku sudah daftarkan penceraian kita di mahkamah. Untuk pengetahuan kau, aku memang sayang sangat dengan dia. Oh! Sebelum aku terlupa, lagi dua minggu kau boleh pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Lagi cepat lagi bagus. Kau pun dah bebas dan kau boleh jadi macam mana pun yang kau nak.  Aku pun tak nak ada kaitan dengan aku lagi! Kau dengar tak?”Aqil ketawa kuat di hujung talian. Sedikitpun lelaki itu tidak rasa bersalah menuturkan kata-kata itu kepada Fazzura. Baginya, kasih sayangnya kini sudah tiada buat Fazzura. Hatinya dah mati untuk wanita itu. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. Apa sahaja yang dia nak dia dapat.
“Bolehlah lepas ni kau dengan jantan tu. Rupanya selama ini pun di belakang aku kau main wayang. Perempuan murahan!”
“Aqil!!!!”jerit Fazzura kuat. Tercabar benar dia dengan kata-kata dari bekas suaminya itu. Padahal selama ini di setia di belakang Aqil.
“Awak jangan nak cakap yang bukan-bukan! Kenapa sampai sehina ini awak berubah? Awak sedar tak apa yang awak dah buat?” Suaranya bergetar hebat menahan amarah. Apa sahaja yang terkeluar dari mulutnya ini bukan yang sebenar-benarnya lahir dari hati. Aqil memaksanya untuk berkeras.
“Tak payahlah kau nak jerit-jerit macam tu. Dah macam perempuan jalang bagi aku!”jerkah Aqil sekali lagi di hujung talian. Sengaja menghangatkan api yang sedang membara.
“Pergi jahanamlah kau!” sambungnya sekali lagi. Talian kemudian diputuskan.
Fazzura terduduk di lantai yang beralaskan karpet bewarna biru itu. Air mata laju bercucuran. Jika tadi dia masih mampu bertahan tapi tidak lagi sekarang. Jika harta kekayaan mengubah keperibadian lelaki itu dia mohon agar Tuhan tunjukkan balasan.
“Ibu…ibu…kenapa ibu nangis.” Fazzura panggung kepala. Anak kecil itu menyentuh lembut bahunya. “Ibu, kakak dengar ibu nangis…”soal Aqilah lagi sambil matanya sayu memandang Fazzura. Semakin laju air mata yang mengalir mendengarkan ucapan yang keluar dari mulut anak yang sekecil itu. Sesungguhnya mereka tidak mengerti apa yang sedang berlaku.    Fazzura tarik tubuh Aqilah ke dalam pelukannya. Mencari kekuatan di atas perbuatan papa mereka.
“Maafkan ibu sayang…kalau semunya berpunca dari ibu.” kata-katanya tersekat. Aqilah diam tidak lagi bertanya.
“Kenapa sayang bangun ni. Sayang nak susu lagi ke?” Fazzura mengusap lembut tubuh kecil itu. Air matanya masih seperti tadi. Laju mengalir tiada henti.
“Ibu, kenapa nangis ibu?gelaplah ibu. Kenapa tak buka lampu ibu? Kakak tak nak susu. Kakak nak tidur dengan ibu.” Aqilah terus membebel di dalam pelukannya.
Dia terus bangun mendukung Aqilah. Wajahnya yang basah dek air mata disapu. “Tak ada apa-apa sayang. Mari kita tidur. Tengok adik tidur nyenyak. Letihlah tu main dengan uncle petang tadi.” Dia terus meletakkan Aqilah di atas katil bersebelahan dengan Fazmizie.
“Ibu tahu tak,adik tak nak uncle dukung.” Aqilah sambung lagi bercerita.
“Adik nak jalan. Dia kan dah boleh jalan.” Tubuh Aqilah ditepuk perlahan.
Uncle baik. Kakak suka. Dia bawa kakak dan adik jalan-jalan. Kenapa papa tak nak bawa kakak dan adik ibu?” Aqilah menyoal lagi. Fazzura ketap bibir. Papa lagi!
“Tidurlah Aqilah. Dah lewat ni.” balasnya sedikit tegas. Dia tidak mahu anak bertanya tentang Aqil. Hati terasa disiat-siat. Terlalu dalam luka yang papa kau orang berdua pahatkan. Ibu tak sangka dia sanggup buat ibu begitu. Dia sanggup lupakan kita setelah dia tinggi di atas sana. Dia lupa siapa yang berada di sisinya sewaktu dia susah. Dia juga lupa siapa yang banyak korbankan segala-galanya untuk dia. Akhirnya ini yang ibu dapat. Ibu diceraikan bahkan digelar perempuan jalang sebentar tadi. Sampai hati papa korang buat ibu begini. Hatinya kembali merintih hiba. Sakitnya  berdepan dengan kenyataan pahit ini.
Suara Aqilah tidak lagi kedengaran. Mungkin akur dengan kata-katanya. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Fazmizie. Memeluk kedua-duanya.
“Tidur sayang…ibu sayang kamu berdua.” tuturnya lagi dalam suara yang masih serak. Kepalanya ditekan kuat. Terasa sakit saat jari jemari meyentuh luka yang masih belum mengering parutnya.

“Abang tak akan pernah mengasari Zurra. Abang janji akan bahagiakan Zurra. Sampai mati pun abang akan kenang pengorbanan Zurra.”

Ya Allah, luputkanlah ingatanku kepadaNya. Semoga kau sembuhkan luka aku yang telah ternganga ini. Aku mohon padaMu Ya Allah…Tunjukkan aku jalan yang terbaik di dalam pengetahuanMu. Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untukku dan anak-anakku.
Lalu ingatannya menyorot kepada pemuda yang disebut anaknya sebentar tadi. Sungguh dia tidak mengenali Riyadh. Tetapi lelaki itulah yang selalu ada dan sentiasa sudi membantunya tanpa meminta balasan apa-apa. Tetapi dia tidak mahu terus bergantung kepada Riyadh. Dia harus memulakan kehidupan yang baru. Penceraian bukanlah akhir sebuah kehidupan. Gelaran yang di bawa kini walaupun berat sudah pasti itu bukan halangan. Dia nekad ingin mengubah nasib dirinya demi anak-anak. Dia pasti boleh melakukannya. Dia akan cuba walaupun permulaannya sukar. Walaupun Riyadh membantah keputusannya untuk keluar dari rumah ini.
Selepas maghrib tadi dia ada berbicara dengan Riyadh. Dia masih ingat wajah lelaki itu yang muram.
“Zurra, saya tak setuju awak nak balik kampuang.”
“Saya rasa itu jalan terbaik.”
“Awak macam nak pisahkan saya dengan mereka berdua.”
“Bukan macam tu. Saya ada ibu bapa lagi Riyadh. Tak elok saya menumpang lama-lama di sini.”
“Zurra, selesaikan dahulu kes penceraian awak di Mahkamah. Soal awak nak balik kampung kemudianlah kita cakap. Saya…”
“Saya apa Riyadh?”
“Saya tak sanggup nak berpisah dengan budak-budak ni. Saya tak sanggup rasa kehilangan. Saya tak sanggup hidup sunyi. Sejak mereka ada. Hidup saya terisi. Walaupun saya ada teman wanita tapi saya tak pernah rasa selengkap ini. Budak-budak ni dah jadi pelengkap hati saya.”
“Bukan menyusahkan awak?”
Dia lihat Riyadh mengeluh berat. Senyuman manis lelaki itu yang ada awalnya bukan main suka bermain dengan anak-anaknya hilang serta merta.
“Awak yang rasa macam tu Zurra. Saya tak rasa pun. Hmm…yalah, siapa yang nak percaya cakap saya. Sebab kat dunia ni agaknya saya sorang je kut yang di kurniakan perasaan macam ni. Anak orang tak kan kita nak paksa-paksa pula.”
Riyadh merajuk? Kenapa nak merajuk dengan dia pulak. Selalu Riyadh bukan main lagi. Pandai cakap. Tadi dah sentap semacam. Aneh!
Selepas itu Riyadh terus pulang. Dia serba salah. Dia kesiankan Riyadh tapi Riyadh harus akur. Mereka ini bukan siapa-siapa untuk membuatkan lelaki itu merasa kehilangan dengan kehadiran mereka. Datang mereka tak diundang pun jadi izinkanlah dia dan anak-anaknya pergi dari sini.



4 comments :