Kehadiran Jueliana ke pejabatnya benar-benar mengundang kejutan di luar jangkaan. Kedatangan yang lansung tak di undang. Agak kelam kabut juga setiausahanya menghalang Jueliana daripada masuk ke dalam biliknya tadi. Tapi,Jueliana lebih pantas masuk. Jueliana dengan selambanya duduk di atas meja berhadapan dengannya. Dengan skirt hitam paras lutut dan baju yang agak mendedahkan dadanya membuatkan wanita itu benar-benar kelihatan seksi.
“Apa you nak?”soal Iskandar sambil meletakkan pen yang sedang dipegangnya itu. Dia menyandarkan badannya di kerusi. Matanya tajam sahaja memandang Jueliana yang sedang tersenyum menggoda padanya. Langsung tidak menghiraukan pandangan tajam Iskandar terhadapnya.
“I rindukan you, Is. I ke rumah you semalam tapi auntie cakap you dah lama tak pulang ke rumah. Apalah agaknya ubat guna-guna yang perempuan itu guna sampai you sendiri boleh lupa jalan pulang ke rumah papa dan mama you..”
Iskandar mendengus kasar sebelum bangun dari kerusi yang di dudukinya.
“I rasa meja ni tak sesuai untuk perempuan seksi macam you duduk. You tak nampak ke dalam pejabat I ni ada benayk kerusi boleh you duduk!” ucap Iskandar lagi sambil mengetuk-ketuk perlahan mejanya itu. Angin benar dia dengan Jueliana. Memang sengaja nak cari pasal betul. Sudahlah masuk ke pejabatnya tanpa keizinan, lepas itu tanpa rasa segan silunya dia duduk di atas meja dengan kaki yang di juntai-juntaikan. Buatlah macam mana pun dia sikit pun tak tergoda. Baru sahaja nak buat kerja sudah ada gangguan-gangguan yang bangang begini.
“You semakin sombong dengan I, Is..”tutur Jueliana sambil berjalan menghampiri Iskandar. Bau wangian yang di pakai oleh Jueliana terasa menyusuk ke hidungnya. Dia kemudiannya menghenyakkan punggungnya di atas sofa bewarna ungu itu.
“ I ulang sekali lagi apa yang you nak? I ada banyak kerja nak buat.”soal Iskandar sekali lagi dengan tatapan mata yang tajam.
“ I dengar auntie cakap Kamalia dah balik Malaysia? Tentu hati you sedang berbunga-bunga sekarang sebab buah hati yang you cintai tu dah balik. Kesian Nilam..”kata Julieana lagi dengan senyuman yang sengaja di buat-buat.
“Apa yang you merepek ni, Jue?I rasa kalau dia balik sekalipun itu bukan urusan you. Kenapa you dah tak ada kerja?Asyik nak sibuk hal orang kenapa?”
“You pun tahu Is, hubungan I dengan Kamalia bagaimana. Kami tak pernah baik sejak kita sama-sama study di luar Negara,” ucap Jueliana lagi.
Mana mungkin dengan mudahnya dia lupa betapa sakitnya hati dia melihat kemesraan di antara Kamalia dan Iskandar sewaktu sama-sama belajar dahulu. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memikat hati Iskandar tapi ternyata Iskandar tidak pernah mahu melayannya. Hinggalah dengan kehadiran Joseeith hubungan cinta antara Kamalia dan Iskandar akhirnya musnah. Waku itu dia rasa dunia sudah berpihak kepadanya. Tapi sayang seribu kali sayang, kehadiran Nur Nilam menghancur lumatkan sebuah harapan.
“Itu bukan urusan I sekarang. You nak bergaduh ke? Bertekak ke?itu kau orang punya pasal. I tak ada kaitan lagi dengan semua tu. Tapi, I cuma nak ingatkan sesuatu yang mungkin you lupa. You yang kenalkan dia orang berdua. Semuanya bermula dari you!”
“Okey!Imengaku I yang kenalkan dia orang berdua. Tapi, Kamalia yang you puja-puja tu yang lebih-lebih melayan. Maklumlah, Joseeith tu kan menjadi kegilaan di kolej kita. Termasuklah menjadi pujaan buah hati you tu!”balas Jueliana pula dengan senyuman melebar.
“Oh ye ke?Penting ke untuk you beritahu I semua ni? I rasa tak perlulah you nak bangkitkan kembali cerita lima tahun dahulu. Agaknya you lupa yang I pun dah berkahwin. I dah bahagia hidup dengan isteri I. Jadi, apa kaitannya dengan I?I tak mahu dengar apa-apa lagi. You ada apa-apa lagi ke nak cakap? Sebab I banyak sangat kerja yang lebih penting nak buat.” kata-kata Iskandar benar-benar membuatkan rona di wajah Jueliana berubah warna. Senyumannya lenyap tiba-tiba. Iskandar seperti mahu menghalaunya agar segera keluar dari pejabatnya ini. Reaksi dari Iskandar sudah cukup untuk memberitahunya.
“I cuma tak mahu you masuk perangkap Kamalia untuk kedua kali,”ucapnya pula sambil bangun dan segera menapak langkah menuju ke muka pintu.
Iskandar yang mendengar hanya tersenyum sahaja. Dia ingat aku bodoh ke nak masuk dalam perangkap perempuan itu untuk kedua kali. Ah!Perempuan. Bisik hatinya pula.
“Terima kasih sebab ingatkan I.Tapi, I juga nak ingatkan hati I agar tidak masuk di dalam perangkap you. Okey!Tolong tutup pintu ya.” Dengan selamba sahaja Iskandar berkata-kata sambil bangun dari sofa itu dan segera berlalu menuju ke mejanya. Saat itu juga pintu bilik di hempas kuat. Sudah tentu nak tunjuk marah pada dia sebab kata-kata yang keluar dari mulutnya tadi sangatlah celupar.
“Nasib kaulah Jue..”ucapnya perlahan.
Kehadiran Jueliana sekadar mahu mengungkit cerita-cerita yang hanya tingal sejarah. Memang Kamalia pernah menjadi ratu di hatinya. Pernah menjadi wanita yang paling di pujanya. Tapi itu dulu. Kamalia hanya tinggal sebagai kenangan yang mengajarnya mengenali erti perempuan. Meninggalkan pengalaman yang sangat berharga. Kamalia bukan sahaja mengenalkannya dengan erti kasih, tapi juga erti cinta pertama yang terlalu sukar untuk di lupa. Kamalia jugalah yang mengenalkannya tentang kecewa dan sakit hati.Tak mungkin perempuan seperti itu mahu di terima kembali. Lagipun kini, hatinya hanya milik Nur Nilam Qaseh yang abadi. Hanya Nur Nilam yang mampu membuat degupan jantungnya lebih laju dari kebiasaan. Ah! Baru setengah hari dia bekerja perasaan rindunya untuk menatap seraut wajah comel itu sudah membuak-buak. “Sayang, abang rindu...”bisiknya perlahan sambil tersenyum manis.
***
Nur Nilam duduk berhadapan dengan cermin solek itu. Denyut di kepalanya masih terasa. Perlahan-lahan jari jemarinya membuka kain anduh yang sejak dari kelmarin lagi terlilit kemas di kepalanya. Pandai betul Iskandar buat semua ini. Dia pun tak reti nak balut-balut begini.
Dia melihat luka di kepalanya itu di sebalik cermin solek itu. Tumbuh penyesalan di hatinya sebab tak pakai tali pinggang keselamatan. Kalau tidak dia tak akan terhantuk dengan kuat dan sudah tentu kepalanya dapat di selamatkan dari kecedaraan begini.
Sebenarnya dia rasa kasihan pada Iskandar. Sudahlah kerja di pejabat itu bertimbun-timbun dia pula jadi begini. Baru nak belajar bantu Iskandar dah menyusahkan dia semula. Kesian Iskandar. Kesian sangat-sangat. Ternyata kini, kehadiran Iskandar di dalam hidupnya adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.
Telefon bimbitnya yang terletak di atas katil berdering-dering. Dia segera mengorak langkah mendapatkan telefon bimbitnya itu. Sudah di duga pasti Iskandar yang akan menghubunginya waktu-waktu begini.
“Assalammualaikum..”jawabnya sambil duduk di hujung bucu katil itu.
“Waalaikumussalam sayang, buat apa?Dah makan ke belum?”
“Dah pun..Kenapa abang tak makan lagi ke?”
“Belum!”
“Kenapa?”
Jam dah menunjukkan ke angka 2 petang. Tak kanlah buat kerja sampai tak ingat nak makan langsung. Bisik hatinya pula.
“Tunggu sayang suapkan!”
Selepas itu telinga Nur Nilam mendengar gelak tawa Iskandar. Tahu suaminya itu sedang rancak untuk mengenakkannya. Sukalah tu dapat buat dia bengang.
“Mengadalah!”
Balasnya keras. Talian di putuskan. Bukan merajuk tetapi malas nak melayan kerenah suaminya itu. Dalam hati gembira tak terkata bila diri di sayangi. Bila kehadiran yang pada awalnya tak diundang di hargai dan kini ditatang bagai minyak yang penuh. Walaupun dalam apa jua hal Iskandar tidak pernah menunjukkan yang dia itu berharta tetapi Nur Nilam tahu suaminya itu seorang yang suka bersederhana. Cuma barannya sajalah yang tak ada sederhana. Terlebih-lebih adalah.
Pintu bilik yang di tolak kuat membuatkan jantungnya macam nak luruh sahaja. Terpacul wajah suaminya itu dengan senyuman yang meleret-leret. Maknanya Iskandar sudah ada di dalam rumah sewaktu menelefonnya tadi. Hish..Iskandar anginnya tak boleh di duga.
“Sayang..for you..”ucap Iskandar romantic sahaja sambil tersenyum manis padanya. Sejambak mawar merah terhidang di depan mata. Dia toleh Iskandar kemudian pandang bunga itu balik. Betul ke?atau dia sebenarnya sedang bermimpi. Tengok brutal je, hari ini dah boleh bertukar jadi mamat jiwang tahap bersawang pula suaminya ini.
“Sayang, tak sudi nak ambil ke?”kata Iskandar lagi.
Nur Nilam telan liur. Dalam hati ada getaran yang begitu menggila. Bunga itu di ambil lalu di kucup perlahan. Wangian ros terasa mendamaikan jiwa. Tak sangka bunga ini untuknya.
“Terima kasih, abang..”ucapnya perlahan. Iskandar senyum lagi. Ah!senyuman itu ibarat panahan petir yang bisa membunuh hati mahupun jiwa yang memandangnya.
“Suka?”soal Iskandar pula sambil duduk bersebelahan Nur Nilam.
“Suka! Abang tahu tak Nilam tak pernah dapat bunga dari siapa-siapa. Inilah kali pertama dalam sejarah hidup Nilam..”
“Iye ke? Samalah macam abang. Seumur hidup abang tak pernah sekalipun abang beri bunga kepada perempuan. Nilam adalah orang pertama yang abang bagi. Sebab tu abang pun tak tahu Nilam suka ke tak. Abang tak pandailah nak pilih-pilih. Takut nanti tersilap beri bunga tahi ayam pula lagi muncunglah mulut Nilam tu.”
Iskandar senyum lagi. Matanya redup merenung Nur Nilam. Bagai menumpahkan kasih sayangnya di situ.
“Nilam tak kisah..apa yang abang bagi Nilam terima. Apa yang abang buat pada Nilam pun Nilam redha je. Sebab Nilam terima semuanya. Cinta Nilam tak berkurang dengan keburukan..”
“Sayang, jangan cakap macam tu. Jangan tambahkan rasa bersalah abang pada sayang. Abang dah banyak buat silap. Dah banyak sakitkan hati sayang. Abang tahu sayang tersiksa dengan sikap abang yang kadangkala tak menentu. Abang menyesal. Maafkan abang..sebab abang juga kepala sayang ni cedera.Abang tak sepatutnya biarkan sayang pergi seorang diri.”
Nur Nilam rasa sebak tiba-tiba mendengarkan kata-kata itu. Dia tunduk memandang ke lantai.
“Sayang..tolong jangan nangis. Sayang tu sakitkan. Bunga ini satu terapi untuk orang yang sakit. Nanti bila sayang cepat sembuh dapatlah tolong abang di pejabat,”ucap Iskandar pula sambil mencuit hujung hidung Nur Nilam dengan jarinya. Berharap agar tidak ada air mata yang akan mengalir lagi.
“Kenapa abang susah-susah nak buat semua ini. Luka Nilam bukannya teruk sangat. Kerja abangkan banyak di pejabat?Kenapa abang balik pula.?”
“Macam mana abang nak buat kerja kalau asyik ingatkan sayang je?Lagipun kat pejabat tu banyak sangat gangguan. Baik abang duduk dan buat kerja di rumah saja.”
“Gangguan? Kenapa?Di pejabat abang tu ada hantu ke?”
Kali ini tawa Iskandar sudah pecah berderai mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Nur Nilam. Ada sahaja kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu membuatkan dia tidak gering gusi ketawa. Rasa macam nak guling-guling je atas lantai sebab dah tak tahan sangat. Mujur, dia masih mampu kawal bila terpandangkan muka tidak puas hati Nilam itu.
“Kenapa abang ni? Dah gila kot!Dah kena sampuk hantu ke!”
“Geram betullah abang kat sayang ni!”Iskandar mencubit perlahan pipi Nur Nilam dalam tawa yang masih bersisa.
“Abang cakap gangguan lain. Bukannya hantu.! Terlebih fikirlah pulak dia.”Iskandar sambung ketawa lagi.
“Agaknya sebab kemalangan semalam tak? Sebab tu asyik terlebih fikir yang bukan-bukan. Bahaya ni. Semakin parah sakit sayang ni.”Iskandar cuba mengusik.
“Abang boleh tak berhenti dari ketawa!”
“Tak boleh!Sebab bila abang pandang muncung yang mengalahkan burung belatuk sayang tu lagilah abang nak ketawa..Hehehe..” Hilang sudah rasa sedih dan sebak.
“Suka hati abanglah!”balas Nur Nilam sambil cuba untuk bangun. Namun jangan haraplah bila tangan gagah suaminya itu lebih cepat mencapai pinggangnya membuatkan dia kembali terduduk. Kali ini bukan duduk di atas tilam tapi di atas paha suaminya pula. Ya Allah, dia rasa malu sangat. Rasa muka pun dah bertukar warna. Tapi, berlainan pula dengan Iskandar yang masih dengan selambanya asyik tersengeh-sengeh ke arahnya.
“Abang ni kenapa? Nilam tengok abang hari ini pelik je. Abang boleh tak jawab apa yang Nilam tanya?Semalam pun Nilam tanya abang tak jawab-jawab lagi. Dah tu pandai pula tukar topik. Nak mengelaklah tu!”tutur Nur Nilam memecah keheningan yang berlaku. Cuba untuk menghilangakn debaran hatinya. Entah kenapa?Dia sebenarnya masih malu untuk berhadapan dengan suaminya ini.
Pertanyaan dari Nur Nilam mematikan senyumannya. Pelukan di pinggangnya Nur Nilam makin kuat.Takut Nur Nilam lari bila dia mula bercerita nanti.
“Abang..semalam..bawa Kamalia dan babynya ke Klinik..”
Nur Nilam diam. Tapi hatinya tidak. Mendengarkan nama Kamalia sahaja cukup membuatkan dia rasa cemburu beserta pilu. Entahlah. Dia sepatutnya kuat untuk melaluinya kerana jika dia tidak hadir dindalam hidup Iskandar sudah pasti Iskandar akan kembali kepada Kamalia.
“Sayang..abang buat semua ini sebab simpati. Dia merayu pada abang agar membantunya. Sebab anaknya sakit. Bukan sebab abang masih ada hati lagi pada dia. Tak!Cinta abang hanya untuk sayang..”
Dadanya semakin berombak kencang. Dia cuba bertahan walaupun dia tidak kuat. Dia cuba memujuk kerana dia sendiri tahu bayi kecil itu memang tidak bersalah. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya hati Iskandar sudah mula lembut.
“Nilam tahu pasti lambat laun hati abang akan lembut juga.Tak mengapalah, Nilam tak kisah. Nilam tahu dia cinta pertama abang. Cinta pertama yang sukar untuk dilupakan. Siapa Nilam nak menghalang perjalanan dan apa sahaja yang mahu abang buat. Nilam tak kisah sekalipun abang ingin kembali kepadanya semua.
“Nilam!Apa Nilam cakap ni?Jangan nak merepek boleh tak!Sanggup Nilam cakap macam tu. Nilam ingat abang ni apa? Barang mainan? Macam tu ke?Kenapa perlu cakap lagi tentang hati dan perasaan abang pada dia! Bukan ke abang dah cakap yang cinta abang dah mati untuk dia. Sampai hati Nilam!”
Nur Nilam terkedu. Apatah lagi Iskandar meletakkan kembali tubuhnya di atas tilam lantas berlalu tanpa sebarang suara. Kalau tadi wajah suaminya itu ceria dek gelak tawa tapi kini masam mencuka. Sikitpun tidak menoleh padanya. Marah sangatkah Iskandar pada kata-katanya sebentar tadi. Ya Allah, aku tak sengaja untuk membuatkan dia berkecil hati.
aloloiii.. busyuk.. bsyukkk..... alala... merajuk lah orang tua tu....
ReplyDeletebest! tq sbb update cepat ;) puas baca :D good job!
ReplyDeleteIs ni..dah la panas baran..sensitif plak tu..kesian nilam..apa pun memang best...cepat2 la update bab 21..tak sabo dah ni..well done A'je
ReplyDeletehehe..typing error kot..iskandar peluk nilam..bukan kamalia..
ReplyDeletehehe..terima kasih di atas teguran..saya sendiri hampir tak perasaan..
ReplyDelete