“ARISYA, awak dah lunch ke belum?jom keluar saya belanja awak hari ni?” Sapa Farezz tiba-tiba.
“Eh Farezz!terkejut saya. Ingatkan siapa tadi. Betul ke apa yang saya dengar tadi atau pun telinga saya ni salah dengar?”jawab Arisya semula sambil matanya melilau mencari fail yang di kehendaki.
“Betul..jomlah. Kat mana yang awak nak pergi saya boleh bawak awak. Demi awak apapun saya sanggup,”ucap Farezz selamba. Arisya ketawa kecil. Keanehan mula menjalar dalam diri. Mimpi apa Farezz hari ini. Tiba-tiba sahaja mahu mengajaknya keluar makan hari ini.
“Betul.!awak nampak muka saya ni main-main ke?Saya serius okey.”ucap Farezz sekali lagi.
“Tapikan Farezz, hari ini saya tak bolehlah sebab sebentar lagi saya perlu jumpa pelanggan dengan Fauzie. Lain kali sajalah okey.”Jawab Arisya berterus terang. Farezz serta merta berubah wajah. “Hmm..okeylah. Kalau begitu saya keluar dulu. Hati-hati Arisya.”Ujar Farezz sebelum berlalu pergi dari rak fail itu.
Arisya mengerut kening kerana dia kurang pasti apa maksud di sebalik kata-kata Farezz sebentar tadi. Walaupun dia tidak mengenali keperibadian Farezz tetapi dia tahu lelaki ini agak aneh. Kadangkala dia begitu pendiam. Kadangkala pula dia begitu ramah. Farezz memang seorang yang aneh. Dia terus kembali ke mejanya setelah fail yang di cari-cari sebentar tadi di jumpai.
Farezz pula terus menuju ke biliknya. Dia mendengus kasar sambil menghenyakkan punggungnya di atas kerusi yang empuk itu. Perutnya yang tadi berkeroncong hebat di biarkan sahaja kerana seleranya untuk makan telah terpadam dengan tiba-tiba. Asyik-asyik Fauzie,Fauzie,Fauzie.!Bisik hatinya pula. Perasaan marahnya begitu meluap kepada Fauzie saat ini. Penghawa dingin yang terpasang di rasakan bagai tidak berfungsi ketika ini.
Dia kemudiannya menyelongkar laci-laci di mejanya. Mencari sesuatu yang mampu untuk menenangkan perasannya saat ini. Rasanya sudah lama dia tidak melakukannya. Seketika kemudian barang yang dicari telah di temui.
Dia segera kembali duduk di kerusi miliknya itu sambil tangannya mencapai segelas botol mineral yang tersedia di atas meja. Beberapa biji pil penenang itu turut di telan. Hanya pil itu yang mampu menenangkan hatinya saat ini.Kepalanya disandarkan ke kerusi itu. Raut wajah Arisya dan Fauzie bersilih ganti. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum matanya di pejamkan.
JAM telah menujukkan pukul 1 tengahari. Arisya telah bersiap sedia untuk keluar menemui pelanggan. Dia berharap agar Fauzie membenarkannya untuk menaiki kereta sendiri kerana dia tidak betah untuk menaiki kenderaan bersama lelaki itu. Bimbang apa pula kata-kata pekerja yang lain.
Dia mengorak langkah menuju ke pintu lif. Baru sahaja butang itu hendak di tekan Fauzie muncul dan berdiri di sebelahnya. Arisya semakin risau. Tetapi Fauzie hanya berlagak selamba. Sebaik sahaja pintu lif di buka Arisya segera menuju ke keretanya namun langkahnya dihalang. “Awak nak ke mana?”soal Fauzie sambil mengangkat keningnya itu.
“Eh..bos ni!saya nak jumpa pelangganlah. Ke mana lagi.”Jawab Arisya pula.
“Habis tu yang awak nak pergi ke kereta awak tu apasal?”balas Fauzie pula.
“Habis tu saya nak naik apa?Tak kan saya nak jalan kaki pula.?”Kali ini giliran Arisya pula yang menyoal. Dia melihat Fauzie tersenyum sinis memandangnya.
“Naik sekali dengan saya. Jawab Fauzie tenang sambil menekan alarm keretanya. Arisya menelan liur. Fauzie sudah mengorak langkah menuju ke keretanya dan Arisya masih membatu di situ. Perlukah dia menaiki kenderaan bersama dengan Fauzie. Boleh percayakah lelaki ini?Dia sendiri sudah terkena dengan Fauzie. Bahkan dia melihat apa yang lelaki ini buat. Jijik rasanya. Jadi haruskah dia menurut kehendak lelaki ini. Dia takut jika diapa-apakan oleh lelaki ini. Takut!manalah tahu jika Fauzie akan mengenakannya sekali lagi.
Bunyi hon yang bertalu-talu membuatkan Arisya tersedar dari lamunannya. Dia masih membatu di situ. Memandang Fauzie yang sedang menunggunya. Sekali lagi Fauzie membunyikan hon. Dalam keterpaksaan dia akhirnya melangkah juga ke arah kereta itu. Fauzie tersenyum gembira.
Setengah jam perjalanan mereka sampai ke restauran yang di janjikan. Arisya segera melangkah masuk ke dalam restauran itu diikuti oleh Fauzie. Mereka segera memesan makanan terlebih dahulu kerana perut masing-masing sudah mula berkeroncong. Kedengaran telefon bimbit Fauzie berdering. Arisya tidak langsung mengambil pusing apa yang sedang dibicarakan oleh Fauzie cuma dia melihat akan perubahan riak wajah di muka lelaki itu. Mahu bertanya takut dikatakan busy body pulak. Jadi lebih baik dia berdiam.
“Pelanggan tu tak dapat datang.”Tutur Fauzie lemah.
“Iye..tak apalah. Esok masih ada.”Jawab Arisya tenang. Fauzie memandangnya tajam seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Arisya sebentar tadi. Arisya kemudiannya meminta diri untuk ke tandas tanpa memperdulikan pandangan tajam Fauzie terhadapnya.
Fauzie mengeluh hampa. Yang di janji tak kunjung tiba. Apa nak buat. Pelanggan memang begitu. Layan sajalah kerenah pelanggan yang berbagai-bagai ini. Seketika kemudian telefon bimbit Arisya yang ditinggalkan di atas meja berdering. Fauzie pantas mengambil telefon itu. Terbit satu senyuman nakal di bibirnya. Punat hijau segera di tekan. Belum pun dia bersuara pemanggil di hujung talian terlebih dahulu menyapa.
“Hello, sayang ku Arisya. I miss u sangat-sangat. Tengah buat apa tu?”
“Ya, nak cari siapa?”soal Fauzie kasar. Khyrill yang berada di hujung talian sedikit tersentak. Dia melihat semula skrin telefon bimbitnya. Ya, nombor Arisya yang tertera berserta nick name ‘sygku Risya’. Gambar Arisya juga terpampang di skrin. Tak mungkin pulak dia silap.
“Arisya…..”Khyrill cuba memanggil sekali lagi. Tak mungkin dia silap mendengar suara lelaki sebentar tadi. Tapi siapa?Hatinya mula rasa resah.
“Siapa ni?”Soal Khyrill sekali lagi.
“Ada apa nak cari Arisya?” tutur Fauzie kembali. Dia mahu ketawa suka hati. Tapi di tahan sahaja. Hebat sangatkah..? Nak cakap kurang ajar begini. Hati Khyrill pula mula menyumpah seranah.
“Siapa?” Khyrill menyoal sekali lagi dalam nada keras.
“Penting ke untuk kau tahu.?”balas Fauzie lagi. Sengaja mahu mencipta api-api kemarahan.
“Why not...?”Khyrill semakin tidak faham. Tak mungkin teman-temannya kerana dia mengenali suara mereka.
“Maaflah, kami ada lunch. Tolong jangan ganggu.!”Tut..tut..tut..tut...Talian diputuskan. Fauzie tersenyum gembira. Bagaikan memenangi sebuah pertandingan jejaka paling kacak.
“Sayang konon..Huh!” Fauzie berkata perlahan. Telefon Arisya kembali diletakkan ke tempat asalnya dengan berhati-hati. Baru puas hati aku.!”Bisiknya perlahan.
Arisya yang kembali duduk di kerusi itu memandang pelik kepada Fauzie yang tiba-tiba sahaja happy. Sebelum Arisya ke toilet tadi, bukan main lagi Fauzie dengan muka sedih dia tu bila temujanji dengan pelanggan terpaksa di batalkan. Sekarang ni happy pulak. Apa yang tak kena dengan mamat ni. Sekejap okey, sekejap tak. Tersengeh-sengeh macam kerang yang tak laku-laku. Agaknya mamat kat depan dia ni dah sewel kot.
Ah!sudah.Kalau tak kerana temujanji dengan pelanggan, tak ingin dia nak keluar makan dengan mamat tiang ni. Insiden semalam masih menjadi igauan ngeri dalam hidupnya. Macam kelakar pun ada. Tapi akhirnya, pertemuan dengan pelanggan tak ada,dia pula yang kena makan berdua-duaan dengan Fauzie.
“Jemput makan Arisya.” Tutur Fauzie sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah siap dihidangkan. Masih lagi dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya tu. Arisya hanya sekadar menganggukkan kepala. Tiba-tiba dia teringatkan Khyrill. Sudah makan ke dia di sana.
Jam di tangan direnung, semalam sewaktu Arisya berbual-bual dengan Khyrill di telefon gembira benar Arisya mendengarkan suaranya. Katanya ada sesuatu yang hendak di kahabarkan kepada Arisya hari ini. Selalunya time-time macam ni Khyrill akan menelefon selepas dia pulang dari latihan. Kenapa erk..debaran mula terasa. Arisya sendiri tidak sabar untuk mengetahui berita yang akan disampaikan oleh Khyrill.
“Kenapa dengan awak ni, Arisya?Gelisah je saya tengok dari tadi.?” Tegur Fauzie. Dalam hatinya sudah dapat menjangkakan apa yang sedang membuatkan Arisya resah dan gelisah begitu. Dia tersenyum lagi. Bagaikan bergembira dengan apa yang sedang dilakukannya sebentar tadi. Mungkin dia terlalu kejam. Ah!biarlah.
“Nothing.”Balas Arisya bersahaja. Mana mungkin akan dia khabarkan pada Fauzie. Ini soal peribadinya. Fauzie tak perlu untuk sibuk sama.
“Ye ke?atau awak tangah tunggu seseorang call awak.?”Arisya berhenti dari menyuapkan makanan ke mulutnya. Dia melangutkan mukanya memandang Fauzie. Macam mana pula Fauzie tahu. Entah-entah Khyrill sudah menelefon semasa dia ke toilet tadi. Tapi tak akanlah Fauzie ni suka-suka hati nak jawab panggilan di telefon bimbit Arisya.
“Awak sudah ada kekasih Arisya?”Sekali lagi soalan Fauzie menyentuh hal peribadi Arisya.
Sudah banyak kali sebenarnya Fauzie cuba untuk mencungkil kisah peribadi Arisya. Cuma tidak berpeluang. Dia hanya berpeluang menatap wajah kekasih hati Arisya secara kebetulan. Kebetulan yang akhirnya membibitkan kekecewaan di hatinya.
Walaupun dia tidak tahu, tapi dia yakin lelaki itu kekasih hati Arisya, dan dia juga pasti lelaki yang menelefon tadi adalah lelaki yang sama. Dia sendiri terkadang keliru dengan perasaannya terhadap gadis di hadapannya ini. Tak mungkin cinta kerana dia tidak percaya ada cinta. Hatinya pula berbisik.
Tapi perasaannya aneh sekali jika hendak di bandingkan perasaannya pada Nazirah dan juga ada gadis-gadis di luar sana. Dia tidak merasa setenang ini jika bersama Nazirah. Tetapi lain pula apabila berhadapan dengan Arisya. Pandangan gadis ini sudah cukup untuk membuatkan debaran di hatinya bagai ribut yang sedang menggila. Sejak kali pertama lagi. Sewaktu Arisya terlanggarnya dulu.
“Kenapa?”Soal Arisya pula. Dia lebih suka jika hal peribadi tidak dibicarakan. Tapi jika ingin tahu juga, dia tidak kisah. Biar semua tahu, hatinya milik seorang insan yang bernama Mohd Khyrill Zafrie. Tapi dia takut. Takut jika ada yang tersalah anggap. Takut ada yang cuba untuk mengatakan yang dia kononnya bangga memiliki seorang jejaka yang di kenali ramai.
“Sebagai bos yang prihatin apa salahnya saya nak tahu lebih lanjut lagi soal peribadi awak.”Jawab Fauzie pula sambil tersenyum. Alasan itu juga yang dia guna, ingatkan bila dah sampai tahap playboy ni dah expert bab-bab mengayat.
“Hmm..”
“Lelaki yang saya lihat di skrin komputer awak dulu tu?”Soal Fauzie lagi. Baru Arisya teringat peristiwa sewaktu dia sedang melihat gambar Khyrill, Fauzie yang tiba-tiba masuk ke biliknya turut terpandang. Tidak pasal-pasal sebuah penghinaan yang cukup mendalam di terimanya waktu itu. Sabar aje lah.
“Hmm..Mohd Khyrill Zafrie. Seorang pemain bola.” Jawab Arisya lagi. Dia tersenyum. Entah mengapa perasaan bangga mempunyai kekasih hati seperti Khyrill. Kekasih hati yang bukan sahaja baik budi pekertinya, tetapi juga penuh dengan kasih sayang, penuh dengan ketenangan. Dia beruntung memiliki lelaki itu.
Fauzie diam. Entah mengapa hatinya di cuit rasa resah. Adakah dia cemburu. Cemburu dengan apa yang dilihatnya. Senyuman Arisya bagaikan jarum yang menyucuk hatinya. Gadis di hadapannya ini sedang di ulit kebahagian. Matanya sudah cukup galak untuk memberitahu pada seluruh isi alam bahawa hatinya sudah di miliki. Bercahaya penuh dengan cinta. Cuma terkadang bagai ada riak duka di sebaliknya.
Setengah jam kemudian, mereka segera bergegas pulang. Sebaik sahaja Fauzie sampai di hadapan pejabat dia terpandangkan kereta Nazirah. Agaknya Nazirah sudah menunggunya di dalam pejabat. Arisya segera masuk ke pejabatnya, menyambung semula kerja-kerja yang belum siap. Sewaktu pulang tadi lain benar dia melihat Fauzie. Tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut lelaki itu. Mukanya serius. Memang pelik betul, sekejap okey, sekejap tak okey.
“Macam mana?Seronok you keluar dengan perempuan tu?”sapa Nazirah sebaik sahaja terpandangkan wajah Fauzie.
“You ni kenapa?Apa masalah dengan you pun kalau I seronok keluar dengan dia.!”Jerkah Fauzie semula. Sudah la dia bengang dengan hal yang terjadi tadi, di tambah pula dengan soalan dari Nazirah yang menyakitkan hati. Menyakitkan sungguh. Itulah balasan untuk dia sebab menjawab panggilan dari kekasih hati Arisya tadi. Konon-kononnya nak memporak-perandakan hubungan mereka. Tapi yang jadi sebaliknya. Dirinya pula yang jadi tidak betul. Ah! persetan la..!!!Hatinya menjerit sendiri.
“You jangan nak main-mainkan I. Bukan main mesra lagi you dengan perempuan tu akhir-akhir ni.?”
“Kalau I mesra dengan dia sekalipun you peduli apa?”Keras nada suara Fauzie.
“Habis I ni siapa...!!!?”Jerit Nazirah.
“You jangan nak tinggi suara kat sini. I tak pernah lafaz pun yang yang you ni kekasih I. Bagi I, you tak ubah seperti perempuan-perempuan yang lain.!!”Nazirah memandang Fauzie dengan perasaan sebak. Hatinya betul-betul panas mendengar pengakuan dari mulut Fauzie sebentar tadi. Bagi Fauzie dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan.
Kau belum kenal aku siapa Fauzie. Nazirah segera mencapai beg tangannya dan terus keluar dari bilik Fauzie dengan perasaan amarah yang begitu menggila terhadap Arisya. Pintu bilik Fauzie dihempas kuat. Hidayah yang berada berhampiran pintu bilik Fauzie agak tersentak. Begitu juga dengan pekerja-pekerja lain. Semua memandang Nazirah dengan jelingan yang tajam. Nazirah masuk ke bilik Arisya dengan muka yang merah menyala.
“Paaannngggg.!!!”satu tamparan yang kuat tepat ke pipi Arisya. Tanpa sempat dia bertanya, ini yang diterima. Apa salahnya..kelopak matanya sudah mula di takungi air jernih. Perit sungguh dirasa.
“Perempuan tak sedar diri.!Kau ingat, ini baru permulaan.!!!”Jerkah Nazirah kuat.
“Why..?!”Arisya membalas dengan pertanyaan. Dia tidak tahu apa punca yang tiba-tiba sahaja dia diserang begini. Air mata mula membasahi pipinya. Dia terbayangkan Khyrill saat itu. Jika Khyrill ada saat ini.
“Kurang ajar..!”Nazirah cuba untuk menampar Arisya untuk kali yang kedua. Tapi Fauzie terlebih dahulu masuk dan menghalang tindakan Nazirah. Hidayah yang turut masuk terus mendapatkan Arisya yang sedang menangis.
“Heii..!!!!.baik you keluar dari sini!!!!Keluar.!!!!!!!”Jerkah Fauzi kuat. Tangan Nazirah dipegang kuat. Dengan sepantas kilat juga tubuh Nazirah ditolaknya keluar. Entah apa yang sudah merasuknya saat itu. Biarlah jika mereka hendak mengatakan dia dayus sekalipun. Kesabarannya sudah hilang. Tambahan pula melihat air mata yang menitis di pipi Arisya itu. Dia tidak rela untuk melihat mata itu di selaputi duka. Tidak...!
***
SELESAI sahaja latihan pada petang itu, Khyrill segera bergerak untuk pulang. Perjalanannya dari rumah ke padang latihan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Memang berdekatan memandangkan dia tidak punya kenderaan di sini. Memang rumah itu di berikan sewa kepadanya ketika dia bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk berkhidmat bersama kelab R.C Strasbourg. Segala urusan banyak di bantu oleh pengurusan kelabnya yang lama membuatkan kehidupannya tatkala sampai di Kota ini dahulu tidaklah kelang kabut.
Dia hanya ingin segera pulang ke rumah sewanya. Berehat dan menenangkan fikirannya yang begitu bercelaru tatkala ini. Semuanya gara-gara peristiwa yang terjadi hari ini. Kerana peristiwa itu juga lah yang memaksa dia untuk berdiam diri daripada Arisya buat sementara waktu. Mesej tidak dibalas. Telefon apatah lagi. Email juga tidak dibuka. Kesian Arisya, tapi kepedihan hatinya siapa yang ambil peduli. Kekasih baru? Entah siapa gerangan lelaki itu. Huh!Khyrill mengeluh perlahan. Adakah kau curang di kejauhan ini Arisya.? Bisik hatinya pula.
Komputer ribanya segera di capai, kekusutan mesti dileraikan. Arisya masih online. Dia segera menghantar mesej untuk Arisya melalui yahoo mesenger. Waktu di sana mungkin dalam pukul 11 malam.
KZ18: Arisya,siapa lelaki itu?Rill betul-betul tak sangka Arisya curang di kejauhan ini. Sejahat-jahat Rill, tak terniat di hati ini nak curang di belakang Arisya. Tapi Arisya?Rill kecewa dengan Arisya. Rill kecewa!
Hilang sudah segala manis bicara yang selalu meniti dibibirnya.
Irissya: Awak tak sepatutnya tuduh saya macam tu Rill.Saya tak tahu apa-apa.
Tanpa salam, tanpa sapaan manja tiba-tiba sahaja Khyrill bertanya dengan soalan yang sebegitu Sudahlah muncul setelah puas Arisya menghubunginya sejak semalam. Hatinya sedikit terguris. Namun di tahan selagi terdaya.
KZ18:Jawab sajalah Risya. Jujur dengan Rill, siapa lelaki tu yang menjawab panggilan Rill.!”
Dia bukannya sengaja untuk berbicara kasar, tetapi hatinya sakit. Sakit bila mengenangkan hal yang terjadi itu.
Irissya: Risya tak faham Rill.
KZ18:Jangan bohong boleh tak Risya! telinga Rill ni belum pekak lagi. Masih tahu nak bezakan suara lelaki or suara girl. Jangan buat Rill ni macam orang bodoh yang tak tahu nak fikir.! Marah Khyrill lagi.
Irissya: Apa yang Rill merepek ni?
Kehairanan Arisya semakin bertambah-tambah. Siapa lelaki yang Khyrill cakapkan. Siapa pula yang menjawab panggilan dari Rill. Ah!Buntu..celaru....
KZ18:Rill setia di sini, Kasih Rill masih macam dahulu, Tapi Arisya? Entah dengan jantan mana Arisya keluar.!ARISYA CURANG!
“Rill!!!” Arisya separuh menjerit. Bergema suaranya di dalam bilik itu. Tidak di duga sama sekali Khyrill akan berkata sebegitu. Air mata laju mengalir membasahi pipinya tanpa di sedari. Kenapa Khyrill bersikap sedemikian rupa. Sepanjang percintaan bersama tidak pernah sekalipun Khyrill bersikap sebegitu. Kemana hilang ketenangan yang selama ini menjadi milikmu, Rill. Apakah jarak yang jauh ini membuatkan segalanya berubah. Hati Arisya berbicara dalam sendu tangisnya
KZ18:Jawab Arisya, jangan diam macam ni.!
Khyrill terus-terusan bertanya. Dia tahu pasti saat ini Arisya sedang menangis. Menangis kerananya. Namun dia tidak mampu mengawal emosi yang telah di pendam sejak kian lama. Sikap Arisya yang berdiam diri tak akan mampu menyelesaikan apa-apa malah makin menambah kemarahan yang sudah bermukim di jiwa. Lantas komputer riba itu ditutupnya.
Khyrill menjerit sepuas-puas hatinya. Semua perasaan bagaikan bercampur menjadi satu saat ini. Puas dirinya cuba untuk menahan, tapi sayangnya, hari ini tiada lagi ketenangan yang menjadi miliknya. Yang ada hanyalah perasaan geram dan marah. Dia juga manusia biasa yang punya perasaan, terkadang tak mampu untuk menghalang rasa amarah yang menguasai jiwa. Apatah lagi, semua perasaan itu wujud dari sebab-sebab yang sangat menyakitkan hati…menyakitkan…
Mengapa begini Arisya, apa salah yang aku tak tahu. Siapa lelaki yang menjawab panggilanmu itu. Yang mengaku dia kekasihmu. Siapa dia Arisya, apakah aku sudah jauh darimu.Sudah hilangkah rasa setia yang menghuni hatimu selama ini. Mengapa begitu cepat kau berubah..mengapa….Sedangkan kau tahu kasih sayangku padamu tidak pernah berubah. Walau badai yang datang melanda hidupku disini. Aku masih tetap kasih dan cinta padamu.
Tapi mengapa kau….Ah! siapa lelaki itu Arisya. Katakanlah padaku. Usah kau biarkan aku tersiksa sendirian di sini. Sukar untuk mempercayai kerana dia sendiri belum mendengar dari mulut Arisya sendiri. Tak mungkin dia silap mendengar suara lelaki yang menjawab panggilan tadi. Lelaki yang mengaku kekasih Arisya. Hilang sudah rasa gembiranya untuk memberitahu Arisya tentang kepulangannya tidak lama lagi. Hilang sudah semua rasa yang menghuni hatinya sebentar tadi. Hilang sudah!
“Rill, tergamak kau......”bicara Arisya perlahan dalam sedu sedan yang tidak tertahan. Tahukah dia penderitaan yang sedang di tanggung Arisya saat ini. Mengapa begitu banyak hal yang terduga terjadi saat ini.
Hari ini dan kelmarin yang penuh dengan cubaan. Aku tak pernah curang denganmu, Khyrill. Aku masih setia denganmu disini. Biarpun kau banyak menyakiti hatiku sejak akhir-akhir ini, aku masih menjadi penunggu yang setia. Kenapa kau bersikap sebegini Rill. Kenapa?Air matanya mengalir lagi. Hampir dis etiap hari.
Tiba-tiba ingatannya melayang kepada peristiwa di siang hari tadi. Apakah Fauzie yang Khyrill maksudkan. Jika benar lelaki itu, sampai hati dia buat begini. Kalau tidak kerana Fauzie juga pasti hari ini dia tidak makan penampar Nazirah. Pasti saat ini dia tidak menangis kerana di tuduh curang.
“Kenapa kau buat aku macam ni, Fauzie?Apa salah aku pada kau? Apa dosa aku pada kau?Kaulah punca penderitaan aku saat ini. Aku benci kau!Aku benci!!”jerit Arisya kuat.
p/s:mood:tak sabar sangat...:)
hehehe besh besh...risya ngn rill jugak ke ending dia..hahahhahahahah :D hope ngn fauzie :P..update byk2 lg ye kak ! salam
ReplyDeletevampire: nak yg mana?nak Khyrill ke nak Fauzie??hahaha...skang tgah tggu je bila buku nk kuar..hehe
ReplyDeletetak suka fauzie.. off courese.. benci pada lelaki yang dah tak teruna.. benci pada lelaki penzina... lenyaplah kalian di muka bumi... perosak perempuan... aku pilih khyrill sudah semestinya..
ReplyDelete