“SAYA tetap tak bersetuju dengan keputusan dia abang. Dari dulu lagi saya sudah beritahu pada abang, saya tak mahu seorang pun anak saya yang menjadi pemain bola. Saya takut kehilangan mereka abang.Saya takut.”Tutur Puan Kamariah pada petang itu kepada Encik Zahrul.
“Mahu atau tidak awak mesti terima Kamariah. Ini pilihan anak-anak kita. Jangan kita nak membebankan mereka pula. Kita sebagai orang tua perlu menyokong mereka. Kita kekuatan kepada anak-anak.”
“Saya tak boleh terima abang. Sampai hati dia buat begini pada saya. Saya cuma tak mahu dia jadi pemain bola. Itu sahaja.”Ucap Puan Kamariah lagi dalam suasana yang cukup emosi. Langkah kaki Khuzaimie yang baru hendak turun ke bawah terhenti. Dia terpaku di tangga. Perbualan itu melibatkan abangnya, Khyrill. Kesian abang Rill, Ibu masih tidak boleh menerima keputusannya.
“Awak sepatutnya berbangga dengan Khyrill. Dia menjadi kebanggaan semua orang, tapi kenapa awak sebagai ibunya tak boleh menerimanya? Tak mahu berbangga dengan kejayaannya. Apa yang terjadi adalah takdir dari Allah. Jangan pula kerana peristiwa dulu Khyrill yang menjadi mangsa. Itu tidak adil pada dia, Kamariah.”
“Saya takut pada sebuah kehilangan abang. Sakitnya sebuah kehilangan. Saya masih terbayangkan saat itu. Saat insan yang saya paling sayangi pergi mengadap ilahi.”Bicara Puan Kamariah lagi. Mana mungkin dengan mudahnya dia melupakan peristiwa dulu. Walaupun sudah 40 tahun berlalu.
“Kamariah, ajal maut itu di tangan Tuhan. Bukan kita yang menentukan. Kita tak berhak untuk menghukum Khyrill. Awak tak patut buang dia dari hidup awak.”
“Saya melihat betapa sakitnya arwah pada masa itu. Sakitnya terkena panah petir. Sekujur tubuhnya terbaring kaku di tengah padang. Saya hilang abang yang paling saya sayangi. Saya tak mahu kehilangan lagi. Saya tak rela abang. Saya tak rela...”
Esak tangis Puan Kamariah jelas kedengaran. Satu demi satu rahsia yang terungkai di pendengarannya. Khuzaimie kaget. Rintihan ibu begitu sayu. Ibu menangis teresak-esak. Rupa-rupanya arwah Pak longnya meninggal dunia kerana terkena panah petir ketika bermain bola. Ibu dan abah langsung tidak pernah bercerita padanya mahupun abangnya, Khyrill. Baru kini dia tahu kenapa ibu tidak mengizinkan abangnya menjadi seorang pemain bola. Simpatinya menebal.
“Sudahlah Kamariah. Semuanya sudah ketentuan dari Yang Maha Esa. Sudahlah..”Pujukan Encik Zahrul pula. Bahu isterinya itu diusap lembut. Dia tahu hati isterinya ini masih trauma dengan peristiwa lalu.
“Tak semudah itu abang, saya takut peristiwa yang sama berulang. Kenapa dia langsung tak mahu dengar cakap saya. Saya kecewa dengan sikap dia. Sangat kecewa. Saya tak ada anak yang degil seperti dia..”Rintih Puan Kamariah lagi dalam sendu yang masih bersisa.
“Doakan sahaja yang terbaik untuknya.”Ungkapan suaminya itu tidak mampu untuk menenangkan hatinya di kala ini kerana hatinya tetap berkeras tidak mahu Khyrill menjadi pemain bola. Dia benci sukan itu. Dia trauma dengan apa yang berlaku.
Barulah Khuzaimie tahu mengapa ibunya begitu menghalang. Dia mengerti perasaan ibu, tapi perasaan abangnya juga harus di ambil kira. Ibu tidak boleh menerima hakikat kehilangan Pak long dengan cara sebegitu. Tetapi mengapa ibu dan abah tidak berterus terang sahaja kepada abangnya. Bukankah itu lebih baik. Apa yang berlaku seolah-olah menambahkan lagi penderitaan ibu yang telah di simpan sejak sekian lama.
***
BARANG-barang untuk dibawa sudah selesai di kemas. Segala dokumen penting telah disimpan rapi. Hanya tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi dia akan berangkat pergi jauh meninggalkan tanah air. Hanya Abah dan adiknya sahaja yang akan menghantarnya pergi. Begitu berat hati abah mahu meninggalkan ibu sendiri di kampung. Puas di pujuk, puas di rayu namun ibu tetap tidak mahu menghantarnya. Ibu masih berkeras dengan keputusannya.
Khyrill kemudiannya menuju ke balkoni. Duduk di kerusi malas itu. Melihat cahaya bintang yang bersinar terang. Angin bertiup lembut dan bulan masih setia memancarkan cahayanya kepada sang pungguk idaman. Ingatannya melayang jauh kepada Arisya. Jika tidak kerana tawaran itu, sudah pasti saat ini ini dia sedang mengulit mimpi indah bersama Arisya. Kenangan demi kenangan sering sahaja bermain di ingatannya kini dan mungkin juga untuk hari-harinya yang akan datang.
3 DISEMBER 2008
****
KHYRILL tersenyum penuh makna dari dalam kereta. Berakhirnya sebuah penantian yang agak panjang. Selepas sebulan terjalinnya perkenalan, Arisya akhirnya sudi menerima ajakkannya untuk keluar bersama. Puas pertemuan diatur namun semunya menemui jalan-jalan hampa. Memang jual mahal betul si Arisya ni.
Dengan seluar jeans dan baju t’shirt berlengan pendek berwarna biru muda cukup membuatkan penampilan Arisya bersahaja namun menawan. Ya, dia menyukai kesederhanaan yang ada pada Arisya. Tidak perlu seksi untuk menawan hatinya. Tidak perlu bermekap seperti opera cina. Cukup kesederhanaan dalam apa jua perkara. Itulah ciri-ciri gadis idamannya. Berlainan sungguh Arisya dengan bekas tunangnya dahulu.
“Hai Arisya.”Soal Khyrill dari dalam kereta.
“Hai..”Ringkas sekali jawapan yang diberikan oleh Arisya. Sepatah di tanya, sepatah yang dijawab.
“Jom!”
“Pergi mana?”
“Pergi makan la sayang oi, perut dah lapar ni.” Dengan muka bersahaja Khyrill menjawab. Tak habis-habis nak menyakat Arisya. Suka benar dia melihat Arisya yang sedang menunjukkan muka tidak puas hati tu. Ini kali kedua pertemuan mereka. Arisya pasti merasa kekok.
“Arisya tunggu apa lagi naik la cepat. Tak kan nak kena dukung pulak. Tak pun takut nak naik kereta saya ni.? Awak tu bukannya berat pun. Badan dah la sekeping macam asam keping, tak pecah punyalah tayar kereta saya ni.!Sudah-sudah la jadi tugu tu.” Jerit Khyrill dari dalam kereta sambil tertawa kuat. Seronoklah dapat menyakat Arisya macam tu.
Arisya menjeling tajam ke arah Khyrill yang sedang tertawa. Memang mulut celupar gila mamat ni. Suka hati dia aje nak cakap aku sekeping macam asam keping. Habis yang dia tu besar sangatlah. Giliran Arisya pula membebel.
“Arisya...!!Cepatlah naik..lambat macam siput ba...”
“Oii…mulut awak ni memang celupar ya..!” Balas Arisya kembali sebelum sempat Khyrill menghabiskan kata-katanya. Khyrill hanya tersengeh.
“Awak ni kan bila marah makin comel. Awak ni kan memang penggoda yang terhebat di alaf ini.!” Usik Khyrill lagi.
Dia sendiri sebenarnya sedang berperang dengan perasaan. Entah mengapa hatinya bergetar hebat. Usikan-usikan nakal sekadar ingin menutup debaran yang bergelora di jiwa. Arisya masih membatu di luar kereta. Menjadi tugu walaupun setiap usikan-usikan yang di lakukan Khyrill ingin sekali di balasnya. Lidahnya kelu setiap kali berhadapan dengan lelaki ini. Kenapa.?
“Cepatlah Arisya masuk.! Kalau tak saya keluar dukung awak letak dalam ni. Nak ke?kalau awak sudi besar padang bola saya tadahkan! and awak janganlah jeling macam tu..saya tergoda la!tergoda.! ”Tutur Khyrill lagi.Senyum!
“Bila masa saya goda awak hah..?!Eh!awak jangan nak perasanlah...!Awak ingat awak tu kacak sangat ke?Pak Cik yang kutip kotak tu lagi kacak lah pada awak.!Tutur Arisya pula sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki tua itu. Khyrill menoleh seraya berkata Arisya..Arisya...apa punya taste la awak ni. Pak Cik yang tua kerepot cucu 18 tu pun awak berkenan. !Cepatlah naikkkk.!!”
“Hish awak ni...!!!” Arisya meluahkan rasa geram lantas segera masuk ke dalam kereta yang pintunya sejak dari tadi lagi terbuka. “Saya takutlah.!!takut awak tahu tak..!” Arisya berkata lagi.
“Sayang, apa yang awak nak takutkan. Saya bukan nak culik awak. Saya nak bawa awak pergi makan!sebab perut saya dah tersangat lapar sekarang.!Takut..takut...peliklah awak ni.!”
Khyrill tergelak. Apalah yang si Arisya ni takutkan. Aneh.!
“Saya bukan takut awak culik, tapi saya takut nanti kena gosip dengan awak.! Tak pun nanti girlfriend awak datang serang saya, tak ke teraniaya namanya.!” Serentak dengan itu jugalah Khyrill ketawa kuat. Arisya..Arisya...keanehanmu semakin menawan hatiku.!
“Saya baru dalam proses nak dapatkan seseorang. Susah la gadis tu jual mahal sangat. Tapi dia ingat saya heran sangat ke dengan “jualan mahal” dia tu.” Tutur Khyrill apabila tawanya reda. Tangannya terus memasukkan gear kereta untuk menuju ke destinasi. Arisya di sebelah hanya diam. Pandangan matanya di buang jauh ke luar. Tidak tahu apa yang hendak di katakan. Mulut Khyrill ni kalau letak cabai satu kilo pun belum tentu lagi akan hilang keceluparan dia tu. Baik dia berdiam diri sahaja.
“Nak makan apa?order la. Abang belanja.” Soal Khyrill sebaik sahaja mereka sampai di medan itu. Siap dengan berabang-abang lagi. Dah tu tersengeh macam siput sedut.
Arisya memesan nasi goreng kampung dan milo ais. Dah lama Arisya tidak merasai makanan kat tempat ni. Dulu selalu jugak time zaman sekolah datang makan kat gerai ni. Cuma bila dah masing-masing sambung belajar, dah jarang dapat datang ke sini. Yang si Khyrill ni pulak macam tahu – tahu je. Mana dia tahu ni or ada ‘TV3’ yang bagi tahu kat dia. Bukan boleh percaya sangat ni.
“Arisya, awak cuti sampai bila ya.?” Khyrill mula menyoal sementara menunggu makanan yang dipesan siap. Matanya tidak lepas dari memerhatikan seraut wajah yang kini semakin dekat dihatinya.
“Lagi dua minggu. Kenapa.?”
“Awak tak ada planning nak pergi mana-mana ka.?” Khyrill menyoal dalam lorat utaranya yang tidak berapa ketara. Tak macam Emilia. Mungkin juga dia orang bandar.
“Kenapa kalau ada pun? Nak ikut jugak ke.? Jangan sibuklah..!”
“Apa salahnya. Boleh la kita jalan sama-sama nanti kan. Seronoknya kalau dapat jalan-jalan dengan awak lagi. Saya harap ini bukan pertemuan yang terakhir.!” Kata Khyrill lagi. Matanya galak menatap wajah Arisya. Cantik.!
“Tak malu ikut lah.!”Arisya bersuara dengan agak perlahan. Dia hanya tersenyum memandang pelayan restoran itu yang telah siap menghidang makanan. Khyrill turut tersenyum melihat gelagat Arisya.
Arisya, kau tahu tak yang kau sudah mencuri sekeping hati aku ni. Bisik hati kecil Khyrill. Caramu itu benar-benar membuat hatiku ini penasaran. Entah kenapa sejak bersua denganmu aku dilanda resah gelisah. Sungguh! hatiku ini terlalu ikhlas untuk mengenali kau, Arisya.! Arisya berhenti dari menyuap makanan ke dalam mulutnya apabila menyedari yang dirinya sejak tadi menjadi perhatian sepasang mata yang begitu tajam merenungnya. Arisya tidak selesa begitu. Dia malu. Ya, teramat malu bila direnung begitu.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang makan ke?” soal Arisya.
“Comel sangat!!huhu. Rugi kalau tak tengok anugerah ciptaan Tuhan yang indah ni.” Sempat lagi dia menyakat.
“Mengada-ngada lah awak ni,Rill.!!”
“Ye ke? bagus la kalau macam tu...mengada-ngada dengan pujaan hati bukan dengan orang lain.!” Khyrill sudah ketawa melihat Arisya menjegilkan biji matanya.
Arisya, kau memang istimewa..! Bisik Khyrill perlahan namun masih mampu di dengari sepasang telinga milik Arisya.
Selesai menikmati hidangan makanan di situ, Khyrill membawa Arisya berjalan-jalan disekitar kawasan Tasik Darulaman. Sejak putus tunang dengan Putri dia banyak menyibukkan siri dengan aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Awek pun tak tahan dapat pakwe yang macam dia ni. Sibuk sepanjang masa. Siang malam asyik dengan latihan. Manalah dia ada masa untuk datang ke sini. Apatah lagi untuk berdating, untuk tengok wayang. Jauh sekali.
Tetapi dengan Arisya ada masa pulak dia masa. Mungkin sebab hatinya sudah semakin menyukai Arisya. Mengenali Arisya bagaikan satu anugerah buatnya. Manakan tidak, selepas putusnya ikatan pertunangan yang di bina dia sudah takut untuk mengadakan sebarang komitmen dengan sesiapa. Bukan kerana kecewa, tetapi perasaan cinta yang lahir dari hati masih belum tiba. Jujur hatinya berbicara bahawa dia tidak kecewa dengan ikatan pertunangan yang putus itu,tapi dia tahu itu yang terbaik untuk masa depannya.
Kadang-kadang itu, mereka hanya menyukainya sebab populariti yang ada pada dia. Mungkin juga kekacakkan yang menjadi asetnya. Ye ke kacak..? Walaupun baru mengenali Arisya, tetapi hatinya merasakan seperti sudah lama benar dia mengenali gadis ini. Gadis comel ini. Semoga Arisya juga akan berperasaan sepertinya.
“Cantikkan pemandangan tempat ni. Awak selalu datang ke sini,Rill.?”Soal Arisya sebaik sahaja mereka duduk di bangku yang terdapat di Tasik itu.
“Sangat cantik. Secantik orang yang berada di sebelah saya. Alangkah bagusnya jika saya dapat memiliki kecantikkan itu untuk menjadi milik saya.”Arisya yang mendengar hanya tertawa kecil. Cuba mengawal rasa debar yang sedang bermukim dihatinya secara tiba-tiba.
“Apalah yang awak merepek ni, Rill.!”
“Merepek?mana ada..saya serius okey..!”
“Hish..mengada-ngada la.!”
“Betul..kalaulah saya dapat memiliki keindahan itu pasti setiap detik dalam hidup saya akan lebih bermakna. Semoga pertemuan akan datang akan memberikan saya satu jawapan yang saya tunggu selama ini.” Arisya ketawa kuat. Tidak dapat di tahan-tahan lagi. Khyrill..keculaparanmu tak mampu menutup kejiwanganmu. Jawapan apa yang sedang lelaki ini nantikan darinya.
Khyrill hanya diam. Matanya masih merenung jauh ke arah tasik itu. “Awak berangan apa tu Khyrill, diam dari tadi?” Soal Arisya ingin tahu.
“Saya pun teringin juga nak jadi bisu macam yang selalu awak buat tu.!”
Selamba sahaja Khyrill menjawab. Arisya sudah mencebikkan bibirnya. Meluat pulak dia. Tak habis-habis nak kenakan Arisya. Menyesal dia tanya soalan yang macam tu.
“Buat la macam tu selalu, cium kang baru ceq tau.Hehehe!!” Khyrill ketawa. Bahagianya di rasa dapat kenakan si Arisya.
“Tak takut ke ni? keluar dengan saya, tak takut peminat marah?” soal Arisya lagi.
“Eh! tak adalah macam tu, siapalah saya ni kalau nak dilabelkan pemain popular. Saya anggap diri saya ni biasa aje dan banyak lagi kelemahan dan ilmu yang perlu saya pelajari. Mana ada peminat sangat pun! Lain lah awak tuuuu.” Jawab Khyrill pula.
“Apahal pulak saya?”
“Awak kan gadis comel yang bisu, mesti ramai lagi peminat dari saya kan...!” Khyrill menjawab sambil mengangkat keningnya.
“Huh...”Arisya mengeluh perlahan. Khyrill sudah tersenyum. Suka benar dia melihat gelagat Arisya. Walau dalam apa cara sekalipun, mukanya tetap comel. Hatinya benar-benar ikhlas untuk mendampingi Arisya. Ikhlas!
“Aaa..bagus la kalau awak tahu. So, macam mana awak tak takut ke keluar dengan saya ni. Tak takut jumpa boy saya ke.?” Soal Arisya kembali. Sengaja ingin menduga sekeping hati milik lelaki ini. Suasana terdiam seketika, persoalan yang tiada jawapan.
Ada betulnya apa yang Arisya kata, bagaimana jika terserempak dengan boy Arisya, dia tak mahu sebab dirinya Arisya bergaduh. Dia sendiri tidak terfikir akan semua itu, dan langsung tak pernah bertanya tentang status Arisya, masih solo atau sudah berpunya. Salahnya jika berlaku apa-apa di kemudian hari. Hanya yang dia tahu hatinya meronta-ronta untuk bertemu dengan seraut wajah yang telah mencuri hatinya ini. Benarkah Arisya sudah berpunya? Wajah comel seperti ini mustahil pulak tak ada kekasih. Dia tidak sanggup untuk bertanya, takut jawapan yang di terima sangat mengecewakan hatinya. Hati yang sudah berbunga rasa cinta terhadap gadis di sebelahnya ini. Ah!....relaku pujuk.
“Siapa la lelaki malang tu ya..” Ucap Khyrill pula setelah lama dia terdiam. Cuba menyembunyikan resah gelisah dalam jiwa.
“Eh!awak ni suka hati aje nak cakap macam tu. Mulut awak ni memang celupar ya.” Khyrill yang mendengar hanya tersenyum kelat.
“Awak dah lama ke main bola ni.?”
“Hmm..lama la jugak. Start habis sekolah terus dapat wakil negeri.”
“Ye ke.? Boleh la saya pergi tengok awak main lepas ni ya.”
“Awak tak takut boy awak marah ka.?”
“Ehh..tak apa. Dia tak kisah.”
“Pergilah. Jangan nanti boy awak masuk padang belasah saya sudahlah.”
“Kenapa pulak dia nak belasah awak.?”
“Sebab awak asyik jerit nama saya..”
“Awak ni memang suka perasankan Rill!”tutur Arisya geram. Asyik-asyik dia yang terkena dan di kena. Khyrill..khyrill..
“Betul ke awak sudah berpunya.”Soal Khyrill benar-benar ingin tahu.
“Betullah..awak ingat saya tipu ya..?”
“Mungkin....tapi saya tak kisah pun. Kalau saya kata saya nak.!saya nak la !”
“Gila..!”
“Awak!”Balas Khyrill lagi.
Apa yang dikatakan hanya di bibir semata-mata. Tak mungkin dia akan menjadi lelaki perampas. Jika benar Arisya milik orang dia pasrah walaupun hatinya terluka. Terasa kebahagian yang dia dapat hari ini hanya sementara. Di penghujung pertemuan hatinya berakhir dengan kecewa. Kecewa kerana bunga idaman yang di puja milik orang. Mengapa wujudnya rasa ini hanya untuk kau Arisya..monolog Khyrill di dalam hati.
Bukan ini jawapan yang aku mahukan.!
Khyrill segera menghidupkan enjin keretanya itu sebelum segera beredar pulang. Dia dapat merasakan yang Arisya merasa gelisah dan tidak selesa. Tiada sepatah kata yang kedengaran. Hanya yang kedengaran lagu yang berkumandang di corong radio. Layu di hujung mekar. Lagu nyanyian kumpulan Rio yang berkumandang menambahkan lagi sepi yang sejak dari tadi menyelubungi.
Bait-bait lirik lagu yang kedengaran di corong radio diikuti oleh Khyrill perlahan.“Hmm, sedap suara awak, Rill. Ada bakat yang terpendam tu. ” Arisya berkata memecah kesunyian yang sejak dari tadi menjadi penghuni di antara mereka. Khyrill hanya tersenyum kelat.
“Bila dekat dengan awak aje bakat terpendam ni keluar.”
Balas Khyrill bersahaja. Tawanya ditahan. Suka benar dia untuk menyakat gadis di sebelahnya ini, tapi bila di kenangkan kembali kata-kata Arisya di Taman tadi hatinya sayu...Ah! biarkan..jangan memburu bunga di taman larangan Rill.!
“Rill, awak boleh turunkan saya dekat pondok tu ya.”
Arisya bersuara perlahan.
“Saya hantar di rumah aje lah Arisya.”
Balas Khyrill pula.
“Eh..tak usah!”
“Kenapa?”
“Segan kat orang tua saya.”
Jawab Arisya perlahan.
“Betul ke ataupun awak takut kantoi dengan boyfreind awak..?”
“Hmm..lebih kuranglah.”
“Eleh..penakut ya.!”Balas Khyrill lagi. Masih ingin menyakat gadis di sebelahnya ini. Arisya hanya membisu seribu bahasa. Makin di layan makin menjadi-jadi. Jadi lebih baik dia berdiam diri. Dia lebih selesa begitu.
Khyrill akhirnya aku pada permintaan Arisya. Mungkin benar apa yang Arisya cakap sewaktu di Taman Tasik tadi. Dia sudah punya kekasih. Mungkin sebab itulah Arisya enggan untuk dihantar pulang. Bimbang apa pula anggapan orang tuanya dan jika terserempak dengan teman lelaki Arisya nanti tak pasal-pasal terjadi masalah lain pulak. Tak kan nak gaduh pasal perempuan pulak.
“Relaku pujuk..!” Kata Khyrill sebaik sahaja Arisya menutup pintu keretanya. Di luar tingkap kereta Arisya masih sempat menghadiahkan senyuman untuk Khyrill. Senyuman yang membuatkan gelora jiwa Khyrill semakin sesak di dada.
Khyrill terkesima. Mana mungkin dengan mudahnya dia dapat menerima hakikat gadis itu bunga di taman larangan. Namun dia tak berdaya untuk memaksa cinta itu menjadi miliknya walaupun hatinya menjerit-jerit menginginkan cinta itu. Keharuman bunga kasihku semamangnya hanya untukmu Arisya.!
Pintu bilik di kuak perlahan, terjengul wajah adiknya di muka pintu. “Berangan sahaja kerja kamu dong?Apa mahu jadi sama kamu ini.!”Tutur Khuzaimie sambil mengambil tempat di sebelah Khyrill. Ingatan Khyrill kembali ke alam nyata.
“Abang tahu la kau tu dah jatuh cinta kat minah indon yang naik bas kilang tu kan?”
“Mana ada pak! Saya mau cari cewek malaysia saja dong.”
“Mengatal je kerja kau.!Apahal ni kacau orang tengah-tengah malam.?”
“Takut nanti abang Rill rindu pulak dekat Mie, duduk kat sana tu sorang-sorang pulak tu.”
“Ya lah. Kau tolong jaga abah dan ibu baik-baik. Ingat pesan abang ni.”
“Kesian ibu.”Tutur Khuzaime perlahan.
“Abang bukan sengaja nak sakitkan hati ibu. Kau pun tahu macam mana sayangnya abang Rill pada ibu. Tapi abang Rill jugak ada impian abang Rill sendiri. Kenapa ibu langsung tak boleh terima cita-cita abang? Hina sangatkan menjadi pemain bola pada pandangan ibu.”
“Ibu bukan hina abang Rill, tapi..?”
“Tapi kenapa?”
“Tak ada apalah. Dah siap kemas semuanya? Nak Mie tolongkan?” Khuzaimie cuba menukar topik. Sememangnya dia berasa serba salah. Dia sebolehnya tidak mahu abangnya itu merasa lebih berdosa bahkan terbeban dengan apa yang hendak di sampaikannya.
“Kau nak cakap apa? Cakap je lah.Jangan nak berahsia apa-apa dari abang. Abang tak suka okey.!”Khuzaimie terdiam. Dia tahu dia tidak boleh lari lagi dari menceritakan hal yang sebenar kepada abang. Cuma sekarang bukan masa yang sesuai untuknya bercerita dengan lebih lanjut. Biarlah ianya hanya menjadi rahsia mereka bertiga sahaja. Walaupun abah dan ibu tidak tahu bahawa dia sudah mengetahui cerita yang sebenarnya.
“Betul abang Rill. Tak ada apa.”Selindung Khuzaimie lagi.
“Suka hati kau lah, Mie.!”
Kelegaan kembali bermukim di hatinya apabila abangnya kelihatan seolah-olah malas untuk berbicara lagi. Dia hanya tidak mahu membebankan abangnya itu. Dia tahu abangnya sudah cukup terluka dengan cara penerimaan ibu terhadap cita-cita dan impian abangnya. Biarlah abangnya meneruskan impian yang masih belum terlaksana. Suatu hari nanti ibu pasti akan berlembut hati juga. Itu harapannya. Dia terus akan menyimpan rahsia ini.
No comments:
Post a Comment