Monday, August 22, 2011

HANGATNYA CINTA (NOVEL TERBARU DARI AKU..)

Bab 1
HARI sudah hampir gelap. Nur Nilam Qaseh mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke perhentian teksi. Dia harus cepat kerana jalan yang sedang dia lalui sekarang ini sangat sunyi. Dia harus segera pulang ke rumah. Hari ini masuk hari ketiga dia  keluar mencari kerja. Sudah banyak temuduga yang dihadirinya namun tiada satu syarikat pun yang memberikan jawapan seperti yang dia mahukan. Dia sangat hampa. Apatah lagi bila terkenang akan ibunya yang sakit. Hatinya semakin sayu. Sudah sehari suntuk dia meninggalkan ibunya di rumah.
Dia menarik nafas lega apabila sudah hampir sampai ke perhentian teksi itu. Tiada seorang pun yang kelihatan. Lagipun di dalam waktu-waktu rembang begini memang susah untuk mendapatkan teksi. Baru sahaja dia mahu duduk tiba-tiba beg tangannya direntap kuat. Dia terkujut.
“Tolonngggggggggggg!!!!!Toloonnngggg!!!Toloonngggg!!!” Nur Nilam Qaseh menjerit kuat apabila melihat beg tangannya yang sedang dipegangnya tadi  diragut oleh dua orang lelaki. Kejadian berlaku terlalu pantas. Dengan sedaya upaya dia cuba mengejar mereka berharap agar beg tangannya itu dapat di kembalikan semula.
 Namun kudratnya tidak sekuat peragut-peragut itu. Dia akhirnya terduduk lemah berhampiran sebuah kerata. Tercungap-cungap nafasnya. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya yang semakin gelap itu. Tiada sesiapapun yang ada untuk menolongnya. Dia akhirnya menangis tersedu sedan di situ. Dia amat perlukan wang itu. Itu sajalah wang yang dia ada untuk membeli ubat bagi merawat penyakit buah pinggang ibunya. Hatinya makin sayu. Harapannya musnah berderai.
“Kenapa menangis sorang-sorang kat sini.?”
Nur Nilam Qaseh mendongak perlahan. Seorang pemuda sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam. Perlukah dia menceritakan semuanya kepada pemuda yang berdiri di hadapannya ini. Perlukah?Untuk apa?Kerana beg tangannya sudah dibawa lari jauh entah ke ke mana.  Lagipun siapa lelaki ini? Apa yang dibuat di sini?Apakah pemuda ini datang untuk membantunya ataupun pemuda ini juga sama seperti peragut-peragut tadi bahkan mungkin lebih teruk lagi dari peragut tadi. Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang bukan-bukan. Dia mengesot sedikit merapatkan tubuhnya berhampiran kereta yang berwarna putih itu. Takut jika diapa-apakan oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.
“Awak ni kenapa?Boleh saya tolong?”soal lelaki itu lagi. Kali ini suaranya kedengaran semakin kuat.Dia mencangkung di hadapan Nur Nilam Qaseh.
“Saya diragut!”jawabnya spontan. Tangisannya kembali merembes dengan laju.
“Mari saya hantar awak ke balai. Lagipun sekarang dah masuk waktu maghrib. Kalau awak masih di sini pun tiada apa yang awak boleh buat,”tuturnya tenang. Nur Nilam Qaseh menarik nafas lega. Dia telah membuat andaian yang bukan-bukan tentang pemuda di hadapannya ini sebentar tadi.
Namun apabila dia teringat akan wangnya yang telah hilang itu, air matanya kembali merembes dengan laju. “Saya perlukan wang tu…itu sajalah wang yang saya ada untuk merawat penyakit mak saya..”Dia berbicara perlahan di dalam sedu sedannya. Dia bukannya orang senang. Dia bukannya orang yang kaya raya. Kenapa peragut-peragut itu tidak meragut sahaja orang yang kaya. Kenapa mesti dia yang menjadi mangsa. Sedangkan dia amat memerlukan wang itu. Dia bukannya berharta.
“Syuhh..awak jangan menangis. Wang awak tu pun dah hilang entah ke mana. Awak menangis macam ni pun belum tentu dapat kembalikan wang awak tu. Cepatlah, kalau awak masih duduk di situ lagi macam mana saya nak masuk ke dalam kereta,” lelaki itu berbicara lagi sambil menghadiahkannya senyuman. Serentak dengan itu Nur Nilam Qaseh bangun. Baru dia sedar yang lelaki di hadapannya ini sedang menanti dia ke tepi.
“Maafkan saya,”ucapnya sepatah.
“Tak mengapa,”balas lelaki itu pula.

SELESAI sahaja membuat laporan polis tentang kejadian ragut tadi dia keluar dari balai polis itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Dia mahu segera pulang ke rumah. Dia amat risaukan keselamatan ibunya yang berada seorang diri di rumah. Semenjak kematian ayahnya, hanya dia sajalah tempat ibunya bergantung harap. Dia anak tunggal. Tiada abang, tiada kakak bahkan juga tiada adik untuk dia berkongsi segala-galanya.
Dahulu sewaktu arwah ayahnya ada tidaklah hidupnya melarat sebegini. Tatapi semenjak kematian ayahnya 5 bulan yang lalu dia terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya. Mujur dia masih sempat menamatkan pengajiannya di peringakat Ijazah. Kini, dia mahu berbakti kepada ibunya. Ibulah segala-galanya bagi dia buat masa ini. Pernah dia mendapat tawaran pekerjaan yang agak lumayan sewaktu baru menghabiskan pengajian dulu tetapi ianya terpaksa ditolak kerana dia tidak sanggup berjauhan dengan ibu.
“Awak..mari saya hantarkan awak pulang..”Dia berpaling. Pemuda yang menolongnya tadi masih ada di situ. Sangkanya lelaki itu telah pulang tadi. Tidak sangka pula lelaki itu masih setia menunggunya.
“Terima kasih sebab awak tolong saya. Saya tak tahu bagaimana harus membalas jasa baik awak,”tutur Nur Nilam sebaik sahaja tubuhnya berada di dalam kenderaan mewah lelaki itu. Pasti lelaki disebelahnya ini bukan calang-calang orang. Lihat sahajalah kereta Honda Civic Mugen yang sedang dipandunya ini.
“Tak mengapa kerana saya juga  memerlukan bantuan awak,”
“Bantuan saya,?”Nur Nilam mengerutkan keningnya. Dia tidak mengerti bantuan apa yang lelaki ini mahukan darinya.
“Mak awak sakitkan,?”lelaki itu menyoal. Nur Nilam hanya mengangguk lemah.
“Awak perlukan duitkan?”Kali ini Nur Nilam tidak lagi mengangguk tetapi memandang lelaki itu dengan perasan kurang senang. Apa sebenarnya lelaki ini perlukan darinya. Jangan-jangan lelaki ini mahu menjualnya. Ya Allah..kenapa dia terlalu bodoh kerana mempercayai lelaki di sebelahnya ini. Kenapa dia menerima sahaja perlawaan lelaki ini untuk menghantarnya pulang tadi. Jika berlaku apa-apa pasti dia akan menyesal seumur hidup.!
“Kenapa awak pandang saya macam tu?Apa nama awak,?”lelaki itu sekali lagi menyoalnya. Mengejutkannya dari lamunan. Nur Nilam kembali ke alam nyata. Dia merasa tubuhnya bergetar saat ini. Bimbang jika diapa-apakan lelaki ini. Tetapi dari cara yang lelaki ini tunjukkan kepadanya tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
“Nur Nilam Qaseh Binti Ahmad Kamil,”
“Sedap nama awak. Saya Mohd Iskandar Dzulkarnain Datuk Ismail. Panggil saja Is.”
Nur Nilam hanya mengangguk. Perasaan takutnya semakin berlalu. Anak Datuk rupanya. Patutlah dari gayanya sahaja boleh dilihat bahawa lelaki ini anak orang yang kaya raya.
            “Awak nak saya tolong apa?”kali ini giliran Nur Nilam pula menyoal.
            “Saya nak awak kahwin dengan saya!”
“Hah!kahwin?Apa yang awak merepek ni?”Nur Nilam benar-benar terkejut.
“Saya tak merepek!Lagipun bukankah awak perlukan duit untuk merawat penyakit ibu awak. Awak tolong saya dan saya tolong awak!Lagipun keadaan awak dan saya sekarang ni sama. Kita sama-sama terdesak!Saya perlukan calon isteri untuk mengelak dari berkahwin dengan calon menantu pilihan mama saya.!”ujar Iskandar bereterus terang.
Nur Nilam benar-benar tergaman. Memang dia perlukan duit untuk merawat penyakit ibunya. Tetapi haruskah dia berkorban masa depannya dengan hidup bersama lelaki yang langsung dia tidak kenal. Dia tidak cintakan lelaki ini. Begitu juga dengan lelaki ini. Kahwin bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main.
“Maaflah,saya tak boleh!Saya bukan perempuan murahan. Boleh dibeli dengan wang ringgit. Saya ada maruah. Saya juga ada hati dan perasaan. Saya bukannya patung ataupun barang maianan. Saya tak nak kerana duit segalanya tergadai.”
“Saya tak cakap pun awak perempuan murahan.Apatah lagi barang mainan. Cuma sekarang saya terdesak.Saya perlukan bantuan awak.Itu saja.!”Iskandar  sudah geram.
“Kenapa awak tak kahwin sahaja dengan calon menantu pilihan mama awak?Bukankah pilihan orang tua lebih baik. Mereka lebih tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk anak mereka,”Nur Nilam masih tidak berpuas hati. Dia hairan mengapa mesti lelaki di sebelahnya ini menolak pilihan orang tuanya sendiri. Dia juga pelik, di dalam zaman moden begini masih ada orang tua yang ingin menjodohkan anak-anak.
“Saya kenal perempuan yang ingin mama saya jodohkan itu macam mana. Saya lebih rela tak berkahwin dari  mendapat isteri yang macam tu!Tapi saya tak boleh!Saya tak ada kuasa untuk menghalang kehendak mama. Mama memang suka memaksa. Dia cuma bagi saya seminggu untuk buat pilihan. Bawa calon menantu atau saya akan tetap berkahwin dengan calon pilihannya. Tolonglah saya..saya merayu sangat pada awak..”
“Tapi kenapa saya,?”
“Sebab awak yang saya jumpa. Tolonglah saya.Please..”
“Saya simpati dengan awak. Tapi, permintaan awak terlalu berat untuk saya tunaikan!”balas Nur Nilam pula. Sudahlah masalahnya belum selesai kini ditambah pula dengan masalah yang langsung tidak di duga. Wajah ibunya terbayang di depan mata. Kesian ibu, sehingga ke tahap ini aku masih tidak mampu untuk meringankan beban yang di hadapinya.Bisik hatinya lagi.
“Saya merayu pada awak. Tolonglah saya. Saya benar-benar terdesak. Saya tak akan paksa awak lakukan apa-apa. Awak cuma perlu berlakon jadi isteri saya sahaja. Saya akan tanggung semua rawatan penyakit ibu awak. Awak tak sayangkan ibu awak?”pertanyaan terakhir itu membuatkan Nur Nilam semakin resah.
“Saya sangat sayangkan ibu dan sanggup buat apa sahaja untuk dia. Tapi..
“Saya juga sayangkan mama. Tapi saya tak boleh ikut kehendak mama di dalam soal jodoh. Awak tolonglah saya..saya akan tolong awak merawat penyakit ibu awak.”
“Boleh ke saya percaya yang awak tak akan buat apa-apa pada saya,?”
Pertanyaan dari Nur Nilam benar-benar membuatkan hati lelaki Iskandar tercuit. Dia mahu ketawa kuat. Tapi ditahan agar tidak berderai. Soalan dari Nur Nilam kedengaran sangat lucu. Jika tidak terdesak dia sendiri tidak akan buat kerja bodoh ini. Berkahwin dengan perempuan yang dia tidak cinta. Bahkan tidak kenal.
Tapi dia lebih rela berkahwin dengan gadis disebelahnya ini dari berkahwin dengan Jueliana. Perempuan pilihan hati ibunya. Dia langsung tidak berkenan pada Jueliana itu. Bukannya dia tidak tahu cara hidup Jueliana yang agak ke arah kebaratan itu. Entahlah, apa yang mamanya berkenan pun dia tidak tahu. Mamanya memang begitu. Suka sahaja memaksa anak-anaknya. Dia tidak mahu menderita seperti kakaknya Izreen. Berkahwin dengan lelaki pilihan mama. Dia tahu kakaknya terseksa.
“Kita buat perjanjian.”Iskandar bersuara perlahan. Kereta yang dipandunya sudah sampai di hadapan sebuah rumah yang sederhana besar. Di luar rumah terdapat satu cahaya lampu neon yang sedia terpasang.
“Awak bagi saya masa.”
“Okey!saya akan tunggu awak disini sampai pagi esok. Selepas subuh saya mahukan jawapan. Saya harap awak akan tolong saya. Jika awak setuju saya kita buat perjanjian.”
“Awak nak tunggu disini?”Nur Nilam menyoal kembali. Dia cuma hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk memberikan jawapan kepada lelaki yang berada di sebelahnya ini. Ya Allah,kau bantulah hambaMu ini. Lelaki ini tidak ada bezanya dengan sikap mamanya itu yang suka memaksa. Bisik hati Nur Nilam pula.
“Yup!Saya akan tunggu.!Seperti yang saya katakan tadi. Saya sangat terdesak. Saya tak boleh tunggu lebih lama.”
Nur Nilam menarik nafas sedalam dalamnya. Pintu kereta dibuka. Dia turun bersama hati yang sarat dengan persoalan. Apa yang harus dia lakukan.Dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri memerlukan wang yang banyak untuk membuat rawatan dialisis ibunya. Untuk satu bulan rawatan dialisis dia memerlukan sekurang-kurangnya satu ribu ringgit. Duit simpanan pula sudah habis. Kerja pula masih belum dapat. Di tambah pula dengan kejadian ragut tadi dia seolah-olah tinggal sehelai sepinggang.
            “Okey!saya setuju!”jawabnya perlahan sebelum menutup pintu kereta.
            “Hah!!Terima kasih Nur Nilam Qaseh!”Jerit Iskandar dari dalam kereta. Di menjerit sambil menyebut penuh nama Nur Nilam. Di balik cermin kereta yang sedikit terbuka itu Nur Nilam jelas dapat melihat keseronokkan lelaki itu apabila dia bersetuju untuk berkahwin. Senyuman Iskandar meleret-leret.
“Tapi dengan beberapa syarat!”sambung Nur Nilam pula. Iskandar segera keluar dari kereta dan berdiri menghadap Nur Nilam.
“Cakaplah?”
“Awak tanggung perbelanjaan ibu saya sehingga saya dapat kerja. Bila saya dah dapat kerja awak tak perlu susah-susah lagi. Kedua, awak jangan nak sentuh-sentuh saya sesuka hati awak. Ketiga, saya nak kita tinggal di rumah sendiri dan saya akan bawa mak saya sekali.!Okey.”
“Okey!Saya setuju.”jawab Iskandar sambil tersenyum. Syarat-syarat yang Nur Nilam tetapkan tidaklah terlalu susah untuk di penuhi. Untuk membiayai rawatan ‘bakal’ ibu mertuanya itu tidaklah susah sangat. Sebagai pengarah urusan di syarikat Isz Jaya Sdn Bhd dia mampu untuk menanggung segala keperluan rawatan itu. Cuma yang kedua tu agak tak boleh nak di penuhi seratus peratus. Sebab di hadapan mama dan papanya dia perlu berlagak mesra dengan Nur Nilam. Lagipun ada apa dengan syarat?Dia tersenyum gembira.











8 comments:

  1. ingatan ku kembali kpd novel bicara hati...hope ada kelainan noh...hehe...i like

    ReplyDelete
  2. br nk follow...
    1st n3 nmpk mcm ok...

    ReplyDelete
  3. aku mula baca sebab nak tahu macamana ceritanya.. baru baca bab pertama dah nampak mcm tipikal novel2 yang berlambak sekarang..tak de idea baru ke? kenapa masih nak tiru lg plot seperti kena kawin paksa sebab terdesak mcm ni? hairan juga sebab penerbit sudi nak menerbitkan novel mcm ni. tak bermutu langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) tapi dalam novel ni bukan KAWIN PAKSA yg nak saya tekankn..Kalau dah jodoh Tuhan akan bagi jalan x kira macam mna pun. Kita x boleh nak menilai seseorang tu pada pandangan pertama. Macam kita dengar lagu..baru sebaris kita dah boleh nilai keseluruhan makna lagu tu ke?Tentu tidak kan..:)

      Delete
  4. so comment kena dapat approval dulu dan aku tak rasa ko akan approve komen aku tadi. teruskan menulis karya yg bermutu utk masa hadapan. cerita cliche mcm ni buat sakit hati je pembaca beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab bg komen..xdk hal la...InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini. Kalau nak cakap cerita saya semua kawen paksa boleh baca cerita yg lain ya :)

      Delete
  5. cerita yg menarik.. bgi sye cerita macam gini wlaupun bnyak yg da buat tpi tetap best... sye da bce bnyk novel cm gny.. tpi stiap novel ada kistimewaannye, lain pnulis laen pnceritaannye.. god job..

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...