SUASANA malam yang suram tanpa bintang-bintang bagaikan memberi petanda bahawa hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Dia berdiri di balik tingkap yang terbuka itu. Bayu menyapa lembut ke wajahnya. Matanya masih belum mahu terlelap. Apatah lagi bila teringat peristiwa yang berlaku pada petang tadi. Bersubahatkah dia membiarkan nafsu manusia-manusia itu terus bermaharaja. Apa yang terjadi benar-benar di luar kotak fikirannya. Di manakah letaknnya nilai dan harga diri manusia zaman ini. Murahnya...bisik hati Arisya lagi. Dia menuju ke komputer ribanya apabila terdengar bunyi mesej yang masuk bertalu-talu ke inbox yahoo messenger yang sedia terbuka.
KZ18: Sayang...I miss you..
Arisya tersenyum.Dia juga rindukan lelaki itu. Sangat-sangat rindu.Rasa rindu ini melebihi rasa amarahnya.
Irissya:I miss you too..
KZ18:Marah Rill lagi ke?
Irissya:Mestilah!awak tu dah banyak berubah.
KZ18:Tak.!semua tu tak seperti yang awak lihat. Awak jangan mudah percaya. Saya masih waras okey.
Irissya: Saya pun masih waras lagi. Mata saya ni belum buta lagi. Seronoklah awak dapat berkepit dengan perempuan-peempuan seksi kat sana..Itu yang awak nak sangatkan..
KZ18: Mengarut.!awak lagi seksi..baik saya tengok awak je.Hehehe..
Arisya mendengus geram. Khyrill suka sangat mengusiknya.
Irissya:Gila!Saya tahulah awak tu popular..sebab tu semua perempuan kejar awak..
KZ18:saya tak mampu nak halang hak dia orang sayang...tapi awak mesti sentiasa percayakan saya. Percaya yang hati saya ni hanya milik awak.I love you.!!!!
Irissya: Saya ni cuma kekasih awak..bukan isteri awak. Saya tahu bila-bila masa sahaja awak boleh tinggalkan saya. Saya takut nak percaya. Saya takut awak lukai hati saya. Saya takut, Rill..
KZ18:Bukankah saya dah janji yang saya tak akan tinggalkan awak. Sayang..tolonglah..jangan fikir yang bukan-bukan. Awak kekuatan saya..tanpa awak hidup saya tak bermakna Arisya.!
Irissya:Saya harap awak tunaikan janji-janji awak..saya sayang awak, Rill..
KZ18:InsyaAllah Arisya ku sayang...I love you.!
Arisya terasa mahu menangis. Namun di tahan. Benarkah Rill, kata-kata yang kau ungkapkan ini. Apakah ianya hanya sekadar lafasan kata-kata di bibir atau adakah ia dari hati.?
Khyrill merasa lega kerana Arisya sudah mahu berbicara dengannya kembali. Akhirnya dia berjaya untuk memujuk hati gadis itu. Selepas ini, dia mahu semakin berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya. Dia tak mahu Arisya menangis lagi. Dia tak mahu Arisya terluka lagi. Cukuplah penderitaan yang telah Arisya lalui.
FAUZIE mundar-mandir di dalam biliknya itu. Penghawa dingin yang terpasang tidak mampu untuk menenangkannya. Semuanya gara-gara peristiwa yang terjadi di pejabat tadi. Manalah dia tahu bahawa gadis itu belum pulang. Kalau dia tahu, tentu sahaja dia tidak akan melayan permintaan Nazirah. Kata-kata yang keluar dari bibir Arisya tadi walaupun tajam namun masih terselit kelembutan. Senyuman yang terukir di bibir gadis itu sungguh mendamaikan jiwa. Walaupun dalam keadaan bengang pada dirinya, Ah! Perasaan memang aneh.
Tiba-tiba sahaja dia terasa mahu berjumpa dengan gadis itu. Perasaan yang membuka-buak membuatkan dia tidak sabar untuk bertemu dengan gadis itu pada keesokkan harinya. Dia tak mahu pekerja-pekerja lain tahu mengenai tingkah lakunya itu. Nombor Arisya segera di dail. Tapi panggilannya itu langsung tidak di jawab. Dia mencuba sekali lagi sebelum terdengar suara Arisya yang lemah dihujung sana memberikan salam.
“Saya nak jumpa awak.now!”
“What?!”Arisya yang baru sahaja hendak melelapkan matanya itu sedikit tersentak mendengarkan permintaan gila Fauzie itu.
“Saya nak jumpa awak.!Sekarang!”ulang Fauzie lagi.
“Esok masih ada!”Jawab Arisya kasar. Dia ingat aku apa. Suka hati dia aje nak jumpa aku. Ntah-ntah dia nak balas dendam pasal cerita di pejabat tadi. Mati la aku..Hati Arisya pula berbisik.
“Saya kata sekarang!Bukan esok.!Awak siap. Saya ambil awak.”
“Eh!bos ni kenapa?rumah bos tu tak ada jam ke?Sekarang ni dah pukul berapa. Esok saya kerja. Bos tak apalah. Bolah masuk keluar sesuka hati bos je.”
“Awak pun boleh kalau awak nak masuk sesuka hati macam saya. Tapi dengan satu syaratlah..”
“Syarat apa? Sudahlah bos..jangan nak merepek.!”
“Syaratnya awak mestilah jadi gilfreind saya dulu.”Ucap Fauzie kuat sambil ketawa terbahak-bahak. Arisya terasa mahu pitam dan terbang ke dunia lain.
“Lepas tu bolehlah bos nak buat sesuka hati pada saya kan?Macam yang bos buat pada awek bos tu..!”Serentak dengan itu juga sekali lagi kedengaran tawa Fauzie meletus kuat di hujung talian. Arisya hanya membisu. Menyampah dan jijik. Itulah yang hatinya rasakan sekarang.
“Itu biasa Arisya..”
“Biasa bagi bos!Bukan bagi saya.!”
“Okey..okey..kalau awak tak mahu jumpa saya tak apa. Tapi saya harap awak rahsiakan hal yang terjadi petang tadi. Saya tak nak pekerja-pekerja lain tahu. Berapa awak nak untuk rahsiakan hal ini, saya boleh bayar.”ucap Fauzie berterus-terang. Memang itulah niat asalnya yang sebenar. Mahu berjumpa dengan Arisya supaya di rahsiakan perkara yang berlaku. Dia tak nak imejnya di pandang rendah.
“Terima kasih sajalah bos. Saya tak perlukan duit bos itu semata-mata untuk menutup perkara-perkara terkutuk yang bos buat. Saya masih waras. Masih tahu untuk menjaga aib bos sebagai majikan saya. Tapi bos kena ingat, bos boleh tipu semua pekerja-pekerja bos..orang-orang di sekeliling bos tapi Tuhan nampak apa yang bos buat. Assalammualaikum.”Arisya terus mematikan talian telefon bimbitnya itu.
Fauzie rasa terpukul dengan kata-kata Arisya itu. Gadis itu memang berani. Hanya gadis itu sahaja yang selalu bersuara untuk menentangnya. Arisya!Siap kau sebenarnya?bisik hati Fauzie lagi. Hasrat Fauzie untuk mengajak gadis itu keluar tidak kesampaian. Terngiang-ngiang kata-kata Arisya di telinganya. Perasaannya bercampur aduk ketika ini. Adakalanya dia benci..marah. Tapi ada waktunya dia senang menerima teguran wanita itu.
Kata-kata itu walaupun tajam namum penuh makna. Apakah yang di alaminya saat ini. Kenapa wajah gadis itu seringkali saja bermain di fikirannya. Bukankah dia benci gadis itu pada awal pertemuan mereka dulu. Hatinya semakin di himpit rasa aneh yang semakin menggila. Apakah rasa itu adalah cinta?Ah!tak mungkin.!Bentak hatinya pula.
KEESOKKAN harinya keadaan masih sama. Arisya seolah-olah mahu mengelak darinya. Dia sendiri tiba-tiba malu untuk menyapa gadis itu. Keadaan bagaikan begitu terasing sekali. Banyak perkara yang ingin di bincangkan dengan Arisya terpaksa di tangguh. Dia sendiri berasa malu bila mengenangakan pekara yang terjadi. Sepatutnya hari ini dia perlu berjumpa dengan pelanggan bersama Arisya. Tapi hasrat itu terpaksa di batalkan. Tak apa esok masih ada. Bisik hatinya pula.
“Kau kenapa?susah hati je aku tengok?Tegur Syamirr sambil duduk di hadapan Fauzie.
“Kau tengok tu?”jawab Fauzie pula sambil mulutnya dijuihkan ke arah Arisya yang lalu di hadapan biliknya itu. Syamirr tergelak besar.
“Kau jangan Gie, tak kan dia pun kau nak juga.”
“Aku kantoi dengan dia semalam.” Ketawa Syamirr makin kuat.“Itulah kau, aku dah cakap..kalau ye pun tak sabar pergilah hotel tu!yang kau main bedal je apahal.”katanya pula dengan tawa yang masih bersisa.
“Tapi dia tu peliklah aku tengok..”Ungkap Fauzie pula dengan mka serius
“Pelik? aku rasa sekarang ni bukan Arisya tu yang pelik. Tapi kau tu.!”Fauzie jungkit bahu tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh Syamirr. Kenapa pula dia yang pelik. Dia rasa tak ada apa yang pelik dan aneh pun pada dia sekarang.
“Kau tu dah jatuh cinta.”Kali ini giliran Fauzie pula yang ketawa. Jatuh cinta?Hish! tak mungkinlah.
“Jangan tipu aku, Gie. Aku dah lama kenal kau. Aku tahu yang mana kau suka, yang mana kau cinta. Aku dah boleh nampak dari mula lagi. Tindak tanduk kau pada dia. Tapi kau tu masih keliru dengan perasaan kau pada dia. Betulkan?apa yang aku perhatikan Arisya tu ada pesona yang luar biasa.”
“Kau jangan nak mengarutlah Syamirr.Tak mungkin aku jatuh cinta..No!no!.!”
Pintu bilik di ketuk tiba-iba. Terjengul wajah Farezz di muka pintu. “Siapa yang jatuh cinta?”Soalnya pula sambil menapak perlahan ke dalam bilik itu dan duduk bersebelahan dengan Syamirr.
Antara Farezz dan Syamirr, Fauzie lebih senang meluahkan masalahnya kepada Syamirr. Mungkin kerana sikap keramahan Syamirr itu. Lagipun mereka bertiga sudah lama mengenali di antara satu sama lain semenjak belajar di University lagi. Mereka berdua beruntung kerana Fauzie sudi mengambil mereka bekerja dengan memberikan jawatan yang boleh di katakan agak besar juga. Walaupun Fauzie bos di syarikat ini, tapi perhubungan antara kawan-kawan tetap di jaga.
“Ini hah! kawan kau ni dah jatuh cinta..Aku ingatkan buaya ni tak ada perasaan.”Tutur Syamirr lagi dalam tawanya itu. Memang kuat ketawa betul.
“Bertuahlah perempuan tu dapat pikat Gie ni? Tapi siapa?”
“Arisya!”Farezz telan liur. Fauzie jatuh cinta pada Arisya. Tiba-tiba sahaja lidahnya kelu untuk bersuara. Menyebut nama Arisya sahaja sudah cukup untuk menggetarkan hatinya. Tak sangka, Fauzie juga mempunyai niat dan hala tuju yang sama dengannya.
“Baguslah.”Jawabnya sepatah.
“Mengarut sajalah kau orang berdua ni. Aku tak ada apa-apa okey. Sudah-sudah!keluar-keluar.!Aku nak buat kerja ni.”Ungkap Fauzie sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu. Ketawa Syamirr semakin besar. Tapi tidak bagi Farezz yang hanya terseyum kelat.
WAKTU berlalu dengan cepat. Jam sudah menunjukkan ke angka 5 petang. Hari ini dia mahu pulang awal. Dalam perjalanan pulang itu jugalah dia terserempak dengan Arisya di dalam lif. Apakah takdir sememangnya ingin menemui aku dan kau?Bisik hatinya pula.Arisya yang sedikit terkejut cuba mengelak dari bertatapan mata dengannya.
“Kenapa diam?”Soalnya kepada Arisya. Arisya mengeling dengan ekor matanya sebelum berkata “tak ada apa yang perlu dibicarakan waktu ini.”
Fauzie cuba merapatinya. Jantung Arisya berdegup lebih laju dari kebiasaan. Dia takut dengan lelaki ini. Ya,dia tidak percaya engan bosnya sendiri.
“Arisya..Arisya..awak ni aneh. Esok saya akan temankan awak jumpa clien.!Awak tahu tak?sebab awak asyik larikan diri daripada saya hari ini semua perjumpaan tu terpaksa saya batalkan. Awak ni selalu sangat buat saya rugi.”
“Tapi kenapa.?” Soal Arisya semula.
Ingin mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari Fauzie. Perasaan ingin tahu yang menebal membuatkan dia merasa soalan itu perlu di tanya, walaupun soalan itu bagaikan tidak perlu di tanya.
“Sebab saya nak menilai prestasi awak.!”
Tegas jawapan yang di berikan.
“Penilaian prestasi.?” Soal Arisya semula.
Fauzie hanya mengangguk dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Memang dia sengaja ingin mengikut Arisya. Sedangkan hal yang sebenarnya dia tak perlu ikut. Semua itu sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Arisya. Tak pernahnya ada penilaian prestasi. Alasan dia aje tadi. Lagipun sebagai bos yang baik hati tak salah untuk ikut bersama bertemu dengan pelanggan. Pelanggan syarikatnya juga. Sambil-sambil tu boleh la dia menyelam sambil minum air. Dia tahu Arisya susah untuk menerima keputusannya tadi. Tapi apakan daya, walaupun Arisya berkeras dia tetap akan ikut bersama.
Arisya ingin mmendapatkan kepastian sekali lagi tapi pintu lif terlebih dahulu terbuka. Fauzie berlalu dengan perasaan gembira manakala dia melangkah keluar dari pintu lif denga perasaan yang terpinga-pinga. Keluar dengan mamat tiang?Jumpa clien?Ya Allah..Kau jauhilah aku dari segala niat-niat jahat syaitan. Doa Arisya di dalam hati.
nak lagi nak lagi x puas pendek heheheh:P
ReplyDelete