Saturday, October 22, 2011

DSRC-Bab 10

ARISYA bangun menuju ke bilik air.  Bunyi jam loceng yang kuat  telah mengejutkan dirinya daripada tidur yang lena.  Terasa macam sudah lama dirinya tidur.  Mungkin juga fikirannya berkecamuk dek peristiwa yang terjadi. Hari ini dengan semangat baru, dia mahu cuba untuk melupakan peristiwa yang menggores luka di dalam dada itu.


Suasana sunyi di subuh hari macam ni, sungguh mendamaikan.  Emilia di bilik sebelah mesti sedang tidur dibuai mimpi indah.  Seronok benar bila dapat kerja yang tak perlu nak masuk awal ni.  Macam syarikat sendiri la pulak.  Dia pula sudah biasa dengan rutin hariannya.  Memang sejak mula bekerja menjadi kerani cabuk lagi dirinya perlu masuk kerja awal. Tambahan pula, hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di syarikat D’masivv Kreatif sebagai Pegawai Pemasaran.  Disiplin diri mesti dijaga.


            Hari ini dia memakai baju kurung warna kuning lembut.  Make-up pun ala kadar aje.  Takut pulak nanti mata-mata yang ada di syarikat itu menjeling tak habis-habis.  Pelik dan hairan betul dia. 


Jam kat tangan tepat menunjukkan pukul 7.30 minit pagi. Enjin kereta dipanaskan dahulu.  Pagi-pagi macam ni jalan kat kawasan sekitar ini tidaklah sesak sangat.  Lagipun tempat kerja yang baru tidak berapa jauh dari rumah sewanya.  Kedengaran lagu MASIH AKU TERASA nyanyian kumulan Gersang di corong radio.“ Masih aku terasa seperti baru semalam kita berpisah.


Perasaannya sebak tiba-tiba. Dia rindukan Khyrill. Dua hari dia tidak menjawab sebarang mesej dan panggilan daripada lelaki itu. Bukan bermaksud mahu melarikan diri dari lelaki itu tetapi dia hanya mahu menenangkan hati yang terguris setelah melihat gambar-gambar itu. 


  Sudah hampir 5 bulan kita berjauhan.  Terasa bagaikan baru semalam kita menyulam cinta di pulau itu dan masih kedengaran suaramu  membisikkan kalimah cinta di telingaku.  Sampai ke saat ini hatiku belum benar-benar tenang melepaskan kau pergi ke sana. 


Entah mengapa, hatiku sendiri sukar untuk mentafsir bahasa jiwa ini.  Untuk menghurai selirat rasa yang bermukim di hati ini. Rasa yang menghukum aku ke lembah penuh resah gelisah. Perasaan yang penuh dengan gundah gulana bagai ingin menyampaikan suatu petanda. Semoga di jauhi dari segala malapetaka.


Ya Allah..aku memohon kepadamu, andainya benar jodohku dengannya, dekatkanlah hatiku dan hatinya.  Satukanlah kami, tabahkan hatiku dan hatinya untuk menempuh dugaan yang kecil ini. Semoga kebahagiaan akan mengiringi perjalanan hidupku dan juga dirinya.Amin..


Jauh benar lamunannya pagi ini.  Sehinggakan dia sendiri tidak sedar bahawa kereta yang dipandu sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju.  Sesungguhnya hidup berjauhan amat perit untuk di lalui.


 Berdebar-debar pula hati untuk memulakan tugas di syarikat baru.  Entah bagaimana pula kehidupannya hari ini.  Entah baik atau tidak.  Sengaja dia datang awal hari ini, walaupun dia sendiri sudah dimaklumkan didalam surat tawaran kerja bahawa waktu kerja ada pukul 9.00 pagi. Masih terlalu awal.  Jam baru menunjukkan tepat pukul 8.00 pagi.  


Arisya hanya duduk di dalam kereta, malas pula dia hendak keluar. Mendengar lagu-lagu yang berkumandang di corong radio sinar.  Di selang seli pula dengan celoteh dari deejay. Memang menceriakan suasana pagi.  Entah apa yang sedang dilakukan Khyrill waktu ini? tiba-tiba nama kekasih hati muncul lagi. Kenangan terindah kembali mengusik jiwa.  Di pulau indah bersaksikan rembulan di langit dan ombak di pantai yang menderu menyanyikan lagu cinta.  Kenangan itu kembali mengusik dijiwa.


****


PULAU LANGKAWI...


“ARISYA,betul ka hang tak mau  makan ni.?”Emilia menyoal Arisya yang sedang kusyuk mendengar lagu di telefon bimbitnya. Arisya pantas  menoleh.


“Kau pergi aje lah dengan dia orang. Aku letih la. Lagipun aku belum lapar lagi ni ha.!”Arisya pula berkata. Bukannya dia tak lapar, perutnya dari tadi lagi asyik menyanyi lagu hindustan, tapi ditahan saja. Malas hendak keluar satu hal, malu petang tadi pun tak habis-habis lagi. Malu kat teman-teman yang lain dek tragedi di tepian ombak petang tadi. Malu kat khyrill usah dikata. Nasib la pandai cover.


Geram betul dia kat Khyrill. Tapi nak salahkan Khyrill seratus peratus pun tak boleh, yang dirinya siap main adegan  kejar-mengejar macam dalam filem hidustan lagi awal tu apa kes? pulak tu bila ditanya jawapan buat-buat tak tahu pulak. Tak pasal-pasal kena dukung, Mujur lagi tak sempat nak di campakkan ke laut. Alahai..apa lah nasib.


“Ha!!tu ja lah kerja hang,berangan tak habis-habis.!” Suara Emilia yang kuat mengejutkan lamunannya .


“Bila masa pulak aku berangan ni,aku dengar lagu lah.!”


“Dengar lagu la sangatttt. !! Aku tahu apa yang hang TERberangan tu, mesti pasal kes petang tadi kan..hehehe. Nampaknya member aku yang sorang ni sudah di lamun cinta. Tahniah..tahniah..” Ucap Emilia dengan ketawa yang masih bersisa. Siap dengan hulur tangan lagi. Memang nak kena betul minah ni.


“Woii apahal !! siap perli-perli aku ni macam ni.!Hiii...tak suka betul lah..!!”Kedengaran agak kuat suara Arisya. Serentak itu juga sebiji bantal di libaskannya ke arah Emilia.


“Hehehe..woi,minah sudah-sudah la tu buat jual mahal. Aku suka la hang dengan dia. Sesuai bagai mempelam di belah dua.hahaha...”


“Gila ke apa engkau ni, merosakkan pepatah je.!”


“Cepat la weh!! Aku lapaq ni.!” Emilia bersuara lagi.


“Oi..aku tak nak..aku tak nak la..!!”


“Aku panggil  Khyrill sajakah yang pujuk hang makan. Susah betul kalau yang  tak makan pujuk ni.!”ucap Emilia sambil berlalu keluar.


“Memang gila agaknya kau ni!”Jerit Arisya pula sambil terus menambah volume lagu yang sedang didengarnya. Konon-konon nak tunjuk perasaan yang terdera la tu.


“Arisya!Arisya! oo Arisyaaaa...Dah bertukar jadi bisu balik ke ni.?”


“Makkkkkkkkkk!!!!!!!”Boleh dengar satu pulau jeritan Arisya.


“Hah! kenapa?macam dah kena sampuk hantu ni apasal.? Sayang, jangan jerit kuat-kuat sangat. Ganggu orang sebelah sedang ehem..eham..” Selamba sahaja Khyrill berkata dengan gelak yang di tahan-tahan. Muka Arisya dah merah tahan malu. Berdebar-debar dada bagaikan ombak yang sedang menggila.


Dup dap dup dap...Tak sangka pulak yang Emilia memanggil Khyrill sungguh-sungguh. Ingatkan dia orang melawak aje tadi. Aduh..Malu siot.!! Tiba-tiba si Khyrill ni muncul, siap duduk atas katil. Mujur juga dia akai baju t’shirt dengan seluar pendek. Tapi walau macam mana pun aurat jugakkkk!!wuaaaa....


“Eh, yang awak ni duduk dalam bilik ni apahal.!? Tak takut kena tangkap basah ke hah!!”Jerkah Arisya setelah tenang daripada terkena kejutan sebentar tadi.


“Hahaha...boleh kahwin freeee....”


“Gila!Baik awak keluar sekarang jugak!”


“Nak makan ke tak nak?”soal Khyrill lagi.


“Tak nak!!”


 “Amboi, garangnya..kenapa yang tak mahu makan ni?sakit ka?or nak abang tolong suapkan.”


 “Tak inginnnnn!!”


            “Jual mahalnya.!”


“Keluar la!!”


“Jom la sayang, kesian kat member-member kat luar tu,masing-masing belum makan dari petang tadi lagi. Awak nak marah kat saya sorang dah la, jangan nak hukum member-member awak tu.


“Huh..apa sayang-sayang.?! Bila masa pulak saya ni jadi sayang awak hah??”


“Awak dah lama menjadi kesayangan saya. Dalam hati dan dalam jiwa saya ni.” Tutur Khyrill lagi. Bab mengayat serah kat dia.


“Huhh..jiwang!uwekkkkkk!”


“Ya lah jiwang! Jom! cepat siap. Saya tunggu kat luar.!” Tegas kedengaran suara Khyrill. Pandangannya sejak dari tadi lagi tidak beralih arah. Masih merenung tajam ke arah Arisya. Arisya tunduk memandang lantai sambil mulutnya terus membebel perlahan. Kalau jadi apa-apa mati dia nak menjawab pada emak dan ayahnya. “Nak paksa-paksa orang pulak.!”Akhirnya Arisya akur dengan pujukan Khyrill. Bab pujuk memujuk serah kat dia. Tapi walau macam mana pun geramnya terhadap peristiwa petang tadi belum usai.


Selesai menikmati hidangan malam yang menyelerakan masing-masing ingin berjalan mengambil angin malam ditepian pantai yang berhampiran dengan hotel penginapan. Keletihan jelas terpancar diraut wajah masing-masing. Namun gelak tawa dek usikan di antara satu sama lain menutup  keletihan yang terancar di wajah .


 Arisya duduk di bangku di pondok yang berada di pantai itu. Deru ombak dipantai dan angin laut yang bertiup perlahan amat mendamaikan jiwa. Cuma fikirannya yang masih terus mengingati pada peristiwa yang terjadi petang tadi, mencuba untuk menghurai selirat rasa yang membelenggu jiwanya sejak akhir-akhir ini. Rasa yang kian menghukum jiwa, cuma terhalang oleh satu rasa..keegoan yang beraja di jiwa sejak sekian lama.


Haruskah aku untuk terus melayani perasaan ini. Haruskah aku membiarkan secebis harapan berlalu hanya kerana rasa keegoan ini. Salahkan andai salam yang dihulur itu disambut mesra sedangkan gelombang aneh itu semakin kuat bertandang. Rindu pada kejujuran di awal pertemuan yang kau pamerkan. Pada usikan penuh mesra, penuh gelak tawa membuat hati ini juga semakin tertawan. Cintakah aku padanya?


Khyrill juga begitu, diam melayani sejuta rasa yang menghuni jiwanya. Kasihnya pada Arisya sungguh ikhlas, tulus dari lubuk hatinya yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang insan bergelar kekasih. Mengapa hati Arisya terlalu sukar untuk memberikan jawapan. Apakah tiada cinta di hatinya?


Khyrill sendiri bingung memikirkannya. Kalaulah dia tahu rasa ini kuat mengganggu, tidak dia mahu mengenali  gadis yang bernama Nur Iris Arisya. Tapi takdir Tuhan tak siapa dapat menghalang. Dia terpaut di awal pertemuan, yang membuat jiwanya resah dalam gundah. Kebetulan yang membuat jiwanya penasaran..tak keruan. Sukar untuk dikikis rasa ini, semakin dibiar semakin tersiksa. Malam ini dia perlukan jawapan diatas semua persoalan yang telah diberikan. Kata cinta ini sentiasa ingin ku lafazkan padamu gadisku...


“Risya...”


Khyrill memanggil Arisya. Penuh kelembutan di suaranya yang bisa membuat nafas setiap wanita yang mendengar berhenti berdegup. Arisya menoleh, pandangan mereka bertaut namun Arisya pantas melarikan matanya kearah laut.Arghhh...!


“Kenapa?kat mata Rill ini ada cahaya ke sampai Risya tak boleh nak tengok tu..?” Khyrill menyoal lagi.Aa..memang ada cahaya Rill, hinggakan aku tak mampu nak tengok,bukan apa takut cahaya tu nanti buat diri ni juling pulak...!Arisya berkata di dalam hati.Tak terluah semua kata walau hati ingin sekali melazkannya.


            “Haiiii....dah bertukar jadi bisu balik ke ni?”


            “Hmmm...kenapa?”Baru kedengaran suara Arisya setelah sekian lama.


“Arisya saya suka awak..”


            “Sebabnya??”Arisya menyoal kembali.


            “Sebab sejak pertemuan pertama hingga kini jantung saya asyik berdegup ganassss bila saya terkenangkan awak.” Dia sudah tergelak.


            “Gila lah awak ni Rill!”


            “Betul la,saya sayang awak Risya. Awak tak macam gadis lain yang pernah saya kenali.”


            “Apa bezanya?”


            “Awak gadis comel yang bisu, yang lain-lain tu gadis cantik yang seksi..hehehehe..”Sempat lagi dia manyakat Arisya, walaupun pada saat-saat meluah perasaan macam ni.


            “Gila!!”


            “Alah,saya memang gila pun Risya. Gilakan awak yang sangat jual mahal tu.” Khyrill membalas sambil tersenyum memandang Arisya.Aduhhh..senyumanmu itu bisa membunuhku Rill..


“Hmm..entahkan betul entah kan tidak. Awak jangan nak main-main Rill tentang hati dan perasaan ni.” Saya takut untuk berdampingan dengan awak. Awak tahu kenapa?Saya tak mahu di salahertikan!.”


“Maksud awak?”


“Sebelum orang bercakap lebih baik saya berjaga-jaga. Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”


“Tapi saya tak rasa macam tu.!”


“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya katakan adalah kenyataan!.”


“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”


“Arisya terpana mendengar kata-kata itu.


“Bukan awak tapi saya.”Tutur Arisya pula.


“Risya, jujur okey!Saya ikhlas untuk cinta ini. Saya tak reti nak menipu bila hati dah mula menyanyi lagu rindu. Awak tak dengar ke.?Saya nak awak tahu Risya, saya tak main-main okey. Saya betul-betul nak jadikan awak sebagai pemaisuri kat hati saya ini.!”


“Awak betul-betul Rill?”


“Betullah sayang oiii...Saya janji Risya, saya tak akan memainkan hati dan perasaan awak. Ombak dan pantai ini jadi saksi Risya. Awak tengok tu kat langit, betapa setianya bulan memancarkan cahayanya pada si pungguk. Saya pun nak jadi macam tu Risya.!”


Penuh pengertian Khyrill menuturkan  katanya. Arisya sudah ketawa. Mak oii... jiwang karat betul la mamat ni. Khyrill hanya merenungnya tajam.Tidak salah andainya hati memberi peluang untuk cinta yang ikhlas ini.Tak guna untuk terus bermain tari tali,sedangkan rasa itu sudah seringkali mengganggu.


            “Arisya, awak sudi tak.?” Khyrill menyoal lagi. Tidak sesekali dia berputus asa. Arisya diam. Kembali merenung lautan ciptaan Allah SWT, tanda kebesaran-NYA.


Entah mengapa perasaan  malu untuk memberikan jawapan terus menghuni jiwa .


Akhirnya,dia mengangguk.Ya, semoga cinta ini akan terus mekar mewangi. Ombak dan pantai ini menjadi saksi cinta kita. Tidak salah andainya hati memberi peluang untuk cinta yang ikhlas ini. Tak guna untuk terus bermain tari tali, sedangkan rasa itu sudah seringkali mengganggu.   


“Terima kasih sayang...terima kasih kerana menerima diri ini..”Arisya tersunyum, baru kini ketenangan menguntum di jiwanya. Tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapannya.Memandang tanpa berkelip.Ehh..


            “Fauzie!!!”


Arisya bagaikan tersedar dari lamunan panjangnya. Jauh benar dia mengingati kenangan lalu. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 8.55 minit pagi.Ya ALLAH...lama benar dia berada di dalam kereta. Lagi 5 minit. Dia perlu segera masuk ke pejabat. Fauzie masih di hadapan kereta. Merenungnya tanpa berkelip dari cermin depan keretanya. Ah!lantaklah kat dia. TahulaH dia bos pun nak pandang-pandang orang macam tu pulak apahal..!!


Sebaik sahaja langkah kakinya masuk ke pejabat itu semua mata-mata kini tertumpu kepadanya. Hidayah, setiausaha di syarikat itu membawanya berkenalan dengan semua staf yang ada. Selepas itu, dia terus masuk ke pejabatnya untuk memulakan kerja-kerja barunya. Semuanya serba baru.. Banyak betul kerja-kerja yang tertangguh. Semuanya kini terlonggok di atas mejanya itu.


“Arisya bos panggil.”Sapa Nur Hidayah tiba-tiba, Setiausaha di syarikat tersebut. Arisya yang sedang menyiapkan tugasnya menoleh dan tersenyum. Mujur juga Hidayah ini tidak seperti pekerja yang lain yang suka menjeling.       


“Sekarang ke?”soal Arisya pula.        


“Ya ..now.”


“Okey,thank you.”


Dia segera bangun berjalan menuju ke bilik Fauzie.Ah!senang panggil mamat tiang. Sempat lagi dia mengutuk dalam hati. Pintu bilik yang tertera Pengarah Urusan di ketuk beberapa kali, kedengaran suara Fauzie menyuruhnya masuk.


            “Ya, Encik Fauzie. Ada apa-apa yang memerlukan bantuan saya.?”Arisya menyoal. Rasa janggal pulak bila menyebut ‘Encik Fauzie’.      


“Awak ni kenapa?sapa pulak yang suruh awak panggil saya Encik ni.!!”Fauzie berkata kuat.


“Habis tu dah Encik kan bos kat sini,tak kan saya nak panggil nama pulak.?Arisya menyoal kembali. Pasal panggilan pun nak kecoh. Entah kenapa, tak ada pulak perasaan takut bila berhadapan dengan lelaki ini.


Fauzie memandang Arisya dengan tajam. Fauzie ni boleh tahan juga kacaknya. But, tak boleh lawan satu wira yang ada kat hati Arisya. Siapa lagi kalau bukan Khyrill Zafrie.


“Duduk.!”


Fauzie bersuara la kembali. Baru Arisya tersedar yang dirinya sejak masuk tadi lagi terpacak kat tepi kerusi tu. Apahal,belum runtuh lagi pejabat ni.


“Awak panggil je saya bos okey. Tapi just waktu pejabat sahaja!”


Pelik pulak Arisya, senang- senang aku panggil kau mamat tiang aje lah. Arisya tersenyum sendiri. Hai hatiku tak habis –habis nak mengutuk.   


“Awak ni memang suka berangan ke hah.! Yang awak senyum tu apasal ada cerita lucu ke boleh kongsi dengan saya sama.!”Dia sedikit bengang dengan Arisya.  Berangan tak kena tempat. Bukan dia tidak tengok waktu pagi tadi, entah apa yang diberangankan Arisya tak tahulah. Siap senyum sorang-sorang dalam kereta.


“Errr..tak ada apa Encik..Eh sorry bos..”


“Habis tu yang awak senyum tadi tu kenapa?”Fauzie menyoal lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Arisya.


“Ada apa yang perlu saya bantu ke ni?”Arisya menyoal kembali. Cuba mengalih topik perbincangan. Mamat tiang ni buang masa aku je..Arisya bermonolog sendiri.


“Saya nak awak semak semula perbelanjaan pemasaran untuk bulan ni. Cukup or tak.!Selepas tu, awak berikan pada akauntan kita. Encik Farezz okey.”


“Eh!pasal perbelanjaan pemasaran aku perlu buat juga ke?Bukan ke aku bahagian interior design je.? Biar betul mamat ni.!Saja nak kenakan aku ke.!” Hati Arisya berkata lagi.


“Hah.! Kenapa? Ada yang tak puas hati lagi ke?”


“Hmm...err..tak ada!”


“Habis yang awak terjegat lagi kat sini kenapa?Nak goda saya pulak?Awak jangan nak berangan. Sebab awak tu bukannya taste saya pun.” Kata-kata Fauzie sungguh dalam membuatkan Arisya terkejut. Bila masa pulak yang dia nak goda mamat tiang ni. Perasan je lebih.


“Hah!Awak boleh keluar. Buat kerja jangan berangan pulak.!”Sempat lagi Fauzie memberi pesanan penaja kat dia.Yang sebetulnya dia cuma memerli si Arisya ni. Dia kemudiannya tersenyum gembira kerana dapat mengenakan gadis itu pada hari pertama bekerja.











           








           


           


           


           





           











           






















































































































































No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...