Monday, December 12, 2011

Hangatnya Cinta-Bab 16

Ketukan perlahan di pintu pejabat miliknya mengalihkan perhatian Iskandar pada skrin komputer di hadapannya. Dia melihat siapakah gerangan yang datang. Kemudian bibirnya tersenyum memerhatikan seraut wajah yang kini sedang merenungnya. Wajah itu begitu jelas menunjukkan riak wajah tidak puas hati. Muncungnya seperti boleh di ikat-ikat. Iskandar senyum lagi. Keletah Nur Nilam benar-benar mencuit hatinya.

“Kenapa sayang?”

“Iskandar. Are you truly busy?

“Tentulah sayang..kenapa Nilam tengok abang sengaja buat-buat sibuk ke?”

Nur Nilam merengus perlahan. Langkah kakinya di hayunkan menuju ke sofa bewarna coklat itu. Kemudian dia menghenyakkan badannya dia atas sofa yang empuk itu. Bilik Iskandar kemas dengan gabungan warna ungu dan putih. Warna ungu memang dekat benar dengan hati Iskandar. Di satu sudut terdapat bingkai gambar kereta miliknya. Tak habis-habis dengan kereta. Bisik hati Nur Nilam lagi.

 Dari mula dia datang tadi dia sudah terpegun dengan pejabat milik Iskandar ini. Kemas dan teratur. Bukan itu sahaja semua pekerja-pekerja Iskandar ramah-ramah belaka. Sekurang-kurangnya dia dapat menyembunyikan seketika muka yang kena paksa ini.

“Kenapa ni?”soal Iskandar sambil duduk bersebelahan dengan Nur Nilam. Tangannya selamba sahaja di letakkan di atas bahu Nur Nilam. Iskandar kemudian menyentuh hujung hidung Nur Nilam dengan jari telunjuknya. Pandangan matanya menghantar pandangan ke setiap inci wajah comel Nur Nilam. Bibirnya sekali lagi menguntum senyuman manis apabila melihat muka comel itu terkejut dengan tindakannya.

“Kenapa awak buat saya begini Is?”

“Buat? Abang buat apa?”

“Awak ingat saya tak ada hati dan perasaan? Saya bukan patung yang boleh awak buat sesuka hati awak. Kadang-kadang saya tak tahu siapa saya di hati awak?Dan siapa awak sebenarnya? Awak katakan cinta? Tapi dalam sekelip mata juga awak boleh berubah?Semalam awak katakan yang awak memilih saya?Boleh awak jelaskan apa makna semua itu?”

“Sebelum tu abang nak tanya sayang, ke mana hilangnya panggilan abang tu?Dah tak sudi nak panggil abang lagi?”

“Awak juga yang buat saya jadi begini, Is,”

“Okey..Okey, abang minta maaf. Minta ampun sangat. Abang mengaku abang silap. Abang keliru dengan perasaan abang pada malam itu. Abang takut sangat. Tapi, bila seminggu Nilam buat abang seperti wujud tak wujud abang sudah rasa cukup menyesal. Menyesal sangat-sangat. Saat itu baru abang yakin yang hati abang memang benar-benar hanya milik Nilam dan hati abang memilih Nilam!.”

“Maksudnya malam itu abang masih keliru dengan perasaan abang pada Kamalia? “

“ Tapi yang pasti abang memilih Nilam bukan Kamalia..”

“Nilam rasa menyesal. Kalau Nilam tak masuk dalam hidup abang sudah tentu abang akan kembali kepada Kamalia. Lagipun Kamalia cinta pertama abang. Nama yang selalu abang sebut-sebutkan. Kalau tidak abang tentu tak akan halau keluar dari bilik malam itu.”

“Nilam..”

“Abang tak sedar...Nilam selalu dengar abang bermimpi sebutkan nama Kamalia. Kamalia memang sentiasa ada di dalam hati abang. Sebab itu abang terbawa-bawa di dalam mimpi. Nilam tak sanggup nak lihat bayi itu membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Jadi, Nilam rasa..lebih elok jika Nilam yang undur diri.”

 Air mata yang sejak dari tadi lagi di tahan kini menitik jua di pipinya. Dia menundukkan wajah. Tidak sanggup untuk menghadapi wajah lelaki ini yang sedang tajam merenungnya. Betapa sukarnya untuk dia berbicara. Betapa sukarnya bila hati cuba untuk membuang rasa. Yang terucap di bibir belum pasti terucap di hati. Mereka bertengkar membuatkan mereka selalu mengenal di antara satu sama lain. Bahkan semakin hatinya di sakiti semakin dirinya mencintai.

Iskandar merenung wajah itu. Wajah itu tenang namun kata-katanya ibarat belati menyucuk di jantungnya. Kenapa mesti ada pengunduran sedangkan dia sudah memilih. Kenapa mesti akam ada lagi perubahan yang semakin akan melukakan.

“Nilam,itu dulu. Bukan sekarang.!Hati abang milik Nilam. Percayalah, abang hanya cintakan Nilam sahaja. Abang memang mahukan anak. Tapi hanya ada seorang wanita sahaja yang berhak lahirkan anak-anak untuk abang. Sayang!

“Nilam bimbang..”ucapnya lagi dalam sedu sedannya.

Iskandar menarik Nur Nilam di dalam pelukannya. Bagaimana lagi untuk dia meyakinkan Nur Nilam bahawa hatinya benar-benar ikhlas memilih Nur Nilam.

“Sayang..abang tak pandai untuk bermadah pujangga. Abang tak pandai sayang!Tapi percayalah. Kehadiran Nilam bagaikan keajaiban yang berlaku dalam hidup abang. Keajaiban yang pernah hilang suatu  ketika dahulu. Hilang di gilis kejam oleh cinta palsu yang telah menghancur lumatkan erti sebuah cinta. Tuhan telah gantikan abang dengan cinta baru yang lebih baik. Jadi abang tak mahu cinta itu pergi atas sebab untuk bekorban demi kebahagiaan orang lain. Kalau abang biarkan juga ia berlaku memang abanglah manusia yang paling bodoh  sekali..”

Air mata Nur Nilam semakin laju. Mendengarkan kata-kata Iskandar hatinya makin sayu. Dia menangis semahunya di dalam pelukan Iskandar. Perasaan marah yang menghuni jiwanya sebelum ini lenyap sama sekali. Benarlah apa orang kata marah itu tandanya sayang. Semakin hati ingin menjauhi semakin berbunga rindu yang bersemi. Jadi, kehangatan cinta ini tidak harus terhenti di sini.

“Sudahlah..jangan menangis lagi. Isteri abang ni memang suka menangis ke?Macam baby pulak. Agak-agaknya kalau dah ada baby nanti masih nak menangis macam ini lagi ke?” Iskandar cuba untuk menceriakan suasana dengan kata-katanya yang selamba itu.

Nur Nilam mendongak, pandangannya jatuh ke wajah Iskandar.

“Kenapa?soal Iskandar pula. Pelik melihat Nur Nilam merenungnya sebegitu. Ada sesuatu yang tidak kenakah pada wajahanya itu. Rasanya biasa je. Kacak macam selalu jugak. Hehehe.Nur Nilam pula walaupun wajahnya masih basah dek air mata  tetapi tetap comel pada pandangan matanya. Tak jemu langsung untuk dia melihat wajah manis itu.

“Nilam teringatkan baby Kamalia...”

“Hish..sayang ni kenapa?Abang tak naklah sayang fikir yang bukan-bukan. Nilam tak sayangkan abang ke?”

“Sayang!Sayang sangat-sangat!”

“Habis tu kenapa masih nak sebut lagi pasal orang yang tak ada kaitan dengan kita?Macam nak lepaskan abang pergi je..”

“Nilam cuma cakap pasal baby itu sahaja. Maaflah, kalau abang tak suka..”

“Ha nak nangis lagilah tu..!Sayang..sayang..lembut sangat rupanya hati sayang ni. Dahlah cantik?Beruntung abang dapat anugerah yang tidak ternilai ini. Kalau tak kerana kes ragut tu belum tentu abang dapat Nilam kan?Hmm.. sesuatu yang berlaku ada hikmah yang kita tahu.”

Nur Nilam yang mendengarnya tersenyum bahagia sambil matanya masih lagi memandang wajah kacak Iskandar.

Ah!Kalau Nur Nilam senyum lagi macam ini mahu nak luruh jantung dan paru-paru dia. Buat seketika dia terpesona melihat senyuman yang terukir di bibir isterinya itu. Lepas bebas.Hanya insane bertuah sahaja yang dapat menikmati senyuman semanis begini.

“Sayang, jangan goda abang macam tu..!”

Senyuman Nur Nilam berhenti serta merta apabila merasakan nafas suaminya ini amat dekat dengannya. Terasa desah nafas lelaki itu tiba-tiba menyentuh lembut telinganya dan kemudian beralih ke pipinya pula.

Nur Nilam kaku. Terasa nafasnya pula yang berhenti dengan tiba-tiba.

“Malu?”

“Abang, jangan cuba nak menggatal yek? Tak malu ke?”

“Mana ada orang..”

“Inikan pejabat!”

“Pejabat abang!”

“Jadi?”

“Ikut suka abang nak buat apa!”

“Hish!!!mengadalah!”Serentak itu juga Nur Nilam mencubit lengan Iskandar sehingga lelaki itu terjerit kuat. Adoiii..berbisa sungguh cubitan dari Nur Nilam. Mak ai, kalau macam inilah gayanya mahu terkeluar kulit dan bulu romanya. Kecil-kecil cili padi.

“Abang jangan nak buat hal lagi kalau tak Nilam cubit-cubit abang lagi. Nilam ikut abang sebab nak tolong abang buat kerja. Bukan nak buat yang bukan-bukan.!”

“Ye ke nak tolong?Bukan kena paksa?Lepas itu pandai pula nak protes-protes. Siap hempas pintu kereta abang lagi pagi tadi. Nak tolonglah tu yek?.”

Nur Nilam ketawa mendengarnya. Tak sangka pula Iskandar perasaan protes dia pagi tadi. Sayang sangat dia dekat kereta Honda Civic Mugen merah tu.

“Sekarang boleh tolong abang?”

“Boleh!Tapi Nilam nak tolong apa? Nilam tak tahu menahu pasal tender-tender ni?Abang tunjukkanlah dulu bagaimana nak buat?”

“Tak..Tak..Nilam tolong picitkan bahu abang. Abang rasa letih sangat. Tak cukup rehat langsung ni. Asyik nak melayan kerenah orang merajuk sampai lupa pada diri sendiri.

“Jadi, abang tak ikhlaslah pujuk Nilam...”balas Nur Nilam sayup-sayup. Dia berkecil hati mendengar kata-kata Iskandar sebantar tadi. Jika tahu susah kenapa mahu melayan juga?Dia tidak pernah minta untuk di pujuk pun!

“Bukan...abang tak maksudkan macam tu. Abang minta maaf kalau buat Nilam terasa. Tapi, percayalah yang abang tak bermaksud begitu.Abang ikhlas. Sekarang boleh tak tolong picitkan badan abang?”

 Iskandar melirik ke arah Nur Nilam yang sedang muncung berdepa-depa itu. Tahu yang Nur Nilam tersinggung mendengar kata-katanya tadi. Tapi, sikit pun dia tidak bermaksud begitu. Dia mmemang ikhlas untuk meraih kembali kasih sayang yang hilang sejak seminggu yang lalu. Kemudian jari jemari Nur Nilam di raih lalu satu ciuman hangat terpatri di situ.

“Upah?”

“Balik rumah nanti abang bagi upah!”tutur Iskandar selamba kemudian dia terus  ketawa terbahak-bahak. Nur Nilam ketap bibir. Tahu makna di sebalik kata-kata itu ada yang tersurat dan yang tersirat!

Tuhan…
aku mohon biarkan aku menikmati semua rasa ini
biarkan aku kembali merasakan bagaimana mencintai dan dicintai lagi
jika memang ini adalah jalan dariMu aku mohon mudahkanlah
biarkan kami bersatu tanpa ada halangan yang mengguris hati.




8 comments :

  1. best la....... Smbng LG.......

    ReplyDelete
  2. memang best sgt..sambung cepat, eh? tq!!

    ReplyDelete
  3. cit...ni mmg best....selalu ikut cuba buat panjang sikit bolek tak hehe.....

    ReplyDelete
  4. cite ni best selalu ikut....tp boleh buat pnjg sikit tak......hehe......

    ReplyDelete
  5. sngt best ..... cpt la smbung .....

    ReplyDelete
  6. next! hu hu...jgn pisahkan is n nilam kay

    ReplyDelete
  7. Nk agi.....
    wat laa pjg cikit....

    ReplyDelete