SURAT tawaran yang tertera nama Syarikat D’massiv Kreatif Sdn Bhd itu di renungnya berkali-kali. Sebutir air mata yang bening tiba-tiba mengalir ke pipinya. Air mata kegembiraan dan kesepian. Lagi dua hari temuduga akan di jalankan. Namun, kali ini dia akan bersendirian kerana kekasih hati yang selama ini sentiasa menemani tiada disisi. Jika saat ini Khyrill ada di sisi sudah pasti dia akan menemani Arisya untuk menghadiri temuduga itu nanti. Khyrill sentiasa setia untuk menemani dirinya ke mana sahaja. Rill, Risya rindu…air mata yang menitis di pipinya dikesat perlahan.
“Oii..Tuan Puteri,berangan tak habis-habis.! Surat apa tu weh?Siapa yang bagi? Khyrill ya.!Sinilah aku nak baca sama.!”Jerit Emilia dari dalam rumah. Tak reti malu betul minah ni kat jiran-jiran.
“Surat cinta lah, kau mana reti baca.! Sibuk je.!”
“Awat pulak? Tak kira aku nak baca jugak.!”Emilia .
“Sebab kau bukan orang seni. Tak reti nak menghayati suasana macam aku.!Aku kata tak boleh!tak boleh la..!”
“Amboi….kedekut! Sinilah aku nak baca jugak!!”Rampas Emilia.
“Ish..ish..ish..gelojoh betul. Teruk punya perangai. Lagi teruk dari tenuk.!”
“Woi!tenuk tu hang bukan aku.! Surat tawaran dari syarikat D’Masivv Kreatif.!!Fulamakkkkk!!!”Emilia pula yang excited.
“Dah la, bagi balik.”Arisya mengambil semula surat tawaran tersebut dan terus berlalu masuk ke dalam bilik.
“Eleh...! gila punya sombong. Nak bagitau kat cik abang ke tuan puteriiii.!” Jerit Emilia dengan kuat seolah-olah Arisya berada jauh beribu-ribu kilometer darinya. “Tak control cun langsung Emilia ni. Kepoh betul..!” Arisya mengomel perlahan. Sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
KZ18: Tahniah sayang. Sorry, Rill tak dapat nak teman Risya macam dulu. Tapi doa Rill sentiasa mengiringi perjalanan hidup Risya.
Ujar Khyrill saat Arisya khabarkan berita itu padanya.
Irissya:Tak apa, Rill. Doa Rill pun dah cukup buat Risya.
Arisya cuba menenangkan hatinya. Dia tidak mahu Khyrill melihat akan kesedihan dan keresahan yang tidak pernah berkesudahan ini
KZ18:Rill rindu sangat-sangat pada Risya. Rill balik nanti kita kawin ya. Dah tak sanggup la nk tinggal di sini sorang-sorang. Rill cemburu tengok mat saleh berpeluk, bercium. Rill pun nak jugak macam tu..hehehe.
Sempat lagi dia menyakat Arisya. Entah macam mana agaknya wajah Arisya. Mesti dah macam udang kena bakar.Malu!
Irissya: Itulah dulu hampir-hampir nak kahwin, ada orang tu sibuk-sibuk nak penuhkan impian dia dulu. Sekarang dah tergedik-gedik pulak!
Perli Arisya pula.
KZ18:Awak jugak yang izinkan saya pergi!
Irissya:Kalau saya tak izinkan pun awak tetap akan pergi...
Aku sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakanmu, Rill.Monolog Arisya sendiri.
KZ18: Sayang sekarang dah pandai ek main perli-perli macam ni.
Irissya: Awak jugak yang ajar.
KZ18: Tak apa, Rill balik nanti tahulah apa nak buat.
Irissya: Balik dulu baru cakap.
Arisya tersenyum sendiri.
Rindu.! Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan keadaannya saat ini. Rindu pada seraut wajah itu. Rindu pada usikan nakal dan gurau senda dari Khyrill. Senda gurau itu membahagiakannya. Gelak tawa itu selalu menceriakannya. Umpama hujan yang turun membasahi bumi yang nan gersang. Hidup berjauhan amat menyakitkan.
Surat tawaran itu di renung untuk sekian kali. Akhirnya dia mendapat juga peluang setelah sekian lama menanti untuk satu kehidupan yang lebih baik. Dia akan lakukan yang terbaik untuk hari temuduga nanti. Walaupun kini perasaannya amat berdebar sekali.
***
TENGKU Hafizzah terus menuju ke Dataran Capitole menunggu Izmail yang belum pulang dari kelas. Hari ini dia mahu bertemu dengan Izmail untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan Khyrill. Dia mahu semakin rapat dengan lelaki itu, walau apa cara sekalipun Khyrill mesti menjadi miliknya sebelum pulang ke Malaysia.
Khyrill adalah lelaki yang telah mencuri hatinya.Walaupun dia menyedari siapa dirinya pada pandangan Khyrill, dia tidak kisah. Sudah ramai lelaki yang datang dan pergi.Mereka datang semata-mata mahu mendapatkan tubuh badannya. Mahu mendapatkan layanannya. Tengku Hafizzah sendiri tidak pernah kisah. Tidak pernah juga terdetik untuknya menyesali, baik di teruskan saja langkah hidup yang telah terpesong ini. Kulit putih ke, kulit hitam ke, semuanya dia cuba. Dia tidak kisah asal hatinya puas.
Ya, puas!!! Tapi hari ini dia perlu mendapatkan sesuatu yang agak sukar untuk dirinya perolehi. Khyrill agak sukar untuk di jinakkan.
“Kenapa dengan you ni? Tergesa-gesa nak jumpa I ni?”Soal Izmail sebaik saja dia tiba di situ.
“I nak ikut you baliklah.”Tengku Hafizzah membalas pendek. Menukar niat asalnya. Lebih baik dia ikut Izmail pulang. Dapat juga dia berjumpa dengan Khyrill. Niat asal hanya mahu bertanya tentang Khyrill.
“You nak buat apa?”Izmail menyoal kembali.
“I nak jumpa Khyrill tu.! ”
Izmail hanya menggelengkan kepalanya. Obsesnya Tengku Hafizzah kepada Khyrill sehingga sanggup menjejak lelaki itu ke mana sahaja.
“You rasa Khyrill tu dah ada girlfreind ke belum?”Soal Tengku Hafizzah sekali lagi.
“Ada.!”
“Are you sure?”Izmail hanya tersenyum mendengarkan pertanyaan itu. Dia sendiri tidak pasti samada Khyrill sudah ada girlfreind atau tidak. Dia tidak suka untuk mencampuri urusan peribadi seseorang. Lagipun dia bukanlah rapat sangat dengan Khyrill tu.
Sebaik sahaja mereka sampai di rumah yang di sewa itu kelihatan Khyrill sedang kusyuk di hadapan komputer ribanya. Itulah kerjanya sehari-harian. “Hey..what are you doing?”Tegur Hafizzah sambil melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan dengan Khyrill. Khyrill sedikit terkejut kemudian tersenyum. Memandang Izmail yang duduk berhadapan dengannya.
“Sibuk YM dengan awek ke?”gumam Izmail perlahan.Rokok yang berada di dalam kotak itu di keluarkan. Dia menyuakan kepada Khyrill namun di tolak perlahan oleh Khyrill. Di suanya pula kepada Hafizzah. Pantas sahaja gadis itu mengambil salah satu daripada rokok itu.
“Biasalah…duduk jauh-jauh macam ni..apa lagi nak buat.”
Jawab Khyrill pula.
“Lain kali bawa dia datang ke sini sekali..”Ujar Hafizzah. Sekadar menambah bicara walaupun di dalam hatinya bergetar sejuta rasa. Memang sah. Khyrill sudah punya kekasih hati. Tapi apa dia kisah.
“Itulah..kalau dah jadi isteri okeylah..masalahnya belum jadi..”
“Kenapa tak kahwin je sebelum datang sini..”Izmail menyoal lagi. Asap rokok terasa menyusuk ke hidung Khyrill membuatkan dia terbatuk kecil.“Rancangan tu memang dah ada, tapi itulah..belum tiba masanya.”
“Kesian…”Balas Hafizzah lagi.
“Biasalah tu..eh! kau orang nak minum apa-apa tak?Aku boleh buatkan?”
Soal Khyrill lagi menukar topik perbualan tentang dirinya. Bukannya dia suka sangat hal peribadi di bicarakan. Lagipun dia terasa rimas dengan asap rokok dari Hafizzah dan Izmail.
“Can also..kalau tak menyusahkan you..”kata Hafizzah lagi. Khyrill segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dapur. Sementara itu Hafizzah pantas menarik laptop itu berhadapan dengannya. Dia tersenyum. Irissya. Nama gadis yang bertahta di hati Khyrill itu Irissya.
Dia segera mengeluarkan buku kecil yang terdapat di dalam beg sandangnya lalu dicatitkan nama itu. Rancangannya akan menjadi lebih mudah selepas ini. Hatinya ketawa gembira. Izmail yang berada berhadapan dengannya hanya tersenyum. Entah apa makna senyuman itu. Mengejeknya mungkin. Ah!apa dia peduli. Khyrill pasti akan menjadi miliknya juga suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment