Wednesday, December 21, 2011

Hangatnya Cinta- Bab 18

Hari kedua memulakan kerja Nur Nilam sudah mula di timbunkan dengan fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Di dalam masa yang sama dia mula belajar daripada Iskandar bagaimana caranya hendak mengisi borang tender sampailah kepada penetapan harga. Biliknya pula hanya bersebelahan dengan bilik Iskandar jadi kalau ada apa-apa yang dia tidak tahu dia akan cepat-cepat bertanya pada Iskandar. Banyak kali jugalah dia asyik ketuk pintu bilik Iskandar. Sampai Nur Harmimi, setiausaha di syarikat ini  sudah ketawa melihat gelagatnya itu. Ada waktunya bila dia masuk, wajah Iskandar serius sangat. Macam nak telan dia pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dia budak baru belajar. Kalau bukan Iskandar yang nak tunjuk ajar siapa lagi.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul satu tengahari. Sudah masuk waktu lunch.Perutnya yang sedari pagi tadi lagi asyik berbunyi-bunyi minta segera di isikan dengan segera. Dia lantas mengambil beg tangannya lalu bangun dari kerusi itu. Dia melangkah laju ke muka pintu. Hanya beberapa langkah sahaja dia sudah sampai di hadapan bilik Iskandar yang tertera tulisan ‘Pengarah Urusan’. Pintu bilik Iskandar di ketuk perlahan sebelum kedengaran suara Iskandar memberi kebenaran untuk masuk.

Tombol pintu dipulas dengan kadar segera. Dia tersenyum memandang Iskandar tetapi lain pula dengan Iskandar yang langsung tidak memandang ke arahnya. Sibuk barangkali. Tak mengapa dia tidak berkecil hati pun.

“Abang..”dia memanggil Iskandar perlahan sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Iskandar. Iskandar mengalih pandangan ke arahnya. Terukir satu senyuman yang manis buatnya di situ.

“Abang tak nak makan ke?”soalnya lagi.

Sorry sayang, abang busy. Sayang pergilah makan dulu. Kalau sayang nak tunggu abang juga nanti perut sayang tu masuk angin. Nah!sayang ambil kunci kereta abang ni. Tapi, hati-hati okey. Abang tak pernah izinkan siapa-siapa pun yang naik kereta tu kecuali isteri abang sorang ni saja.”ucap Iskandar sambil menyerahkan kunci kereta miliknya kepada Nur Nilam.

Nur Nilam mengambil kunci itu dari tangan Iskandar tetapi di dalam masa yang sama hatinya resah dan gundah. Bahkan sekarang dia rasa sedikit terkilan dengan sikap Iskandar. Seolah-olah lebih pentingkan kereta miliknya daripada keselamatan isterinya ini. Sudahlah terpaksa makan seorang diri. Sampai hati Iskandar. Kalau tadi dia tidak berkecil hati sekarang dia sangat makan hati dengan sikap Iskandar.

Tanpa sepatah kata dia bangun dari kerusi yang di dudukinya lantas segera melangkah keluar dari bilik Iskandar. Tidak ada sesiapa pun yang boleh dia ajak teman kerana mereka yang lain masing-masing sudah keluar terlebih dahulu. Tak mengapalah. Dia cuba pujuk dirinya lagi.

Tidak sampai sepuluh minit dia sudah sampai di hadapan kereta milik Iskandar. Kunci kereta yang berada di tangganya di renung. Entahlah kenapa dia rasa takut sangat nak naik kereta ini. Bukan sebab dia tidak cekap tetapi bimbang kalau-kalau terjadi apa-apa. Sudahlah pemiliknya begitu sayang sangat-sangat. Tapi, kalau dia tak gunakan juga macam mana pula dia nak pergi makan. Perutnya dah tak tahan daulat sangat dah.

 Pintu kereta segera di buka. Dia segera masuk ke dalam perut kereta lalu enjin kereta pantas di hidupkan. Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke destinasi. Rasanya di mahu ke restauran yang berhampiran sahaja.

Lebih kurang 15 minit memandu dia sampai di hadapan restauran Putra. Ada ramai juga pelanggan yang berada di dalam restaurant tersebut. Suis kereta segera di matikan. Dia lnatskeluar dari kereta dan menuju ke dalam restauran.

“Nilam!”

Dia yang baru sahaja mahu mengambil hidangan terdengar namanya di panggil. Dia menoleh ke belakang. Fatihah sedang tersenyum memandangnya.

“Ya Allah, lamanya aku tak jumpa kau, Rinduuu...”ucap Nur Nilam sambil menghulurkankan tangannya untuk bersalaman dengan sahabat baiknya itu.

“Ye ke?Aku ingatkan kau sudah lupakan aku. Maklumlah, sedang bahagia melewati alam rumah tangga.”

“Betul, aku rindukan kau. Eh!Marilah temankan aku makan..”tutur Nur Nilam lagi sambil menarik tangan Fatihah. Fatihah mengangguk setuju kerana dia sendiri masih belum menjamu selera. Mereka pantas mengambil lauk pauk yang terhidang.

Selepas itu, mereka berdua menuju ke meja kosong yang terdapat di sudut itu. Rasanya itu tempat yang paling sesuai untuk mereka berborak panjang sambil mengisi perut masing-masing.

“Kau buat apa kat sini?Tak pernah jumpa kau pun sebelum ini?”soal Fatihah sebaik duduk berhadapan dengan Nur Nilam.

“Ye lah, ini baru kali pertama aku masuk restauran ini.”

“Seorang je ke?Mana suami kau?Aku teringin nak berkenalan dengan dia. Hari itu masa kenduri kahwin kau aku tak sempat nak borak panjang.”

“Dia sibuklah dengan kerja dia. Sebab tu aku ke sini seorang diri.”Balas Nur Nilam pula sambil menyuap nasi tersebut ke dalam mulutnya. Fatihah mengangguk.

“Kau kerja di mana sekarang?”

“Tempat suami aku. Kalau kau nak tahu hari ini masuk hari kedua aku bekerja dengan dia. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya lepas ini dapat juga aku merasa duit gaji sendiri,”

“Seronoklah kau Nilam, sudahlah dapat yang kacak, kaya pula tu. Patutlah kau pilih dia dari Syahrizal,”

Mendengarkan Fatihah menyebut nama Syahrizal membuatkannya hampir tersedak. Dia menjegilkan matanya bulat-bulat ke arah Fatihah yang sedang tersenyum melihat gelagatnya. Dia tidak menyangka nama itu yang akan di sebut oleh Fatihah. Lagipun dia bukan memilih Iskandar di sebabkan paras rupa mahupun harta yang ada. Tapi, semuanya kerana terpaksa sahaja. Tapi itu dululah. Sekarang dia bahagia dan dia ikhlas .
            “Agaknya kau suka aku mati tercekik kot!”

Sorry..aku tahu sekarang kau sedang di ulit kebahagiaan. Aku gembira sangat walaupun pada awalnya aku bimbang dengan keputusan kau yang mahu berkahwin dengan tiba-tiba. Tapi hari ini aku rasa lega sangat lihat kau bahagia.”

“Terima kasih Fatihah kerana selalu ambil berat pasal aku. Kaulah sahabat aku yang paling mengerti..” Fatihah mengangguk sambil tersenyum. Dia juga hanya ada seorang sahabat yang paling mengerti dan insan yang di maksudkan itu sudah tentulah Nur Nilam. Walaupun sudah agak lama mereka tidak bertemu namun mereka tidak pernah putus hubungan.



 Selesai menjamah hidangan makanan tengahari itu mereka masih lagi berbual panjang hinggakan Nur Nilam tidak sedar yang waktu rehatnya sudah habis. Apalagi kelam kabutlah dia mengejar masa. Memanglah dia isteri bos tapi itu bukan tiket untuk dia masuk dan keluar sesuka hati. Sejak mula melangkah masuk ke pejabat milik suaminya itu lagi dia sudah nekad untuk menjadi pekerja yang berdisiplin. Tapi, sekarang dia benar-benar sudah lewat. Hampir setengah jam. Aduhai...

Kereta terus di pandu dengan berhati-hati. Di dalam hati tak putus-putus berdoa agar perjalanan pulang ke pejabat berjalan lancar. Matanya masih fokus di hadapan. Betul-betul berhemah macam baru ambil lessen P saja.

Bumm!!!

Bunyi dentuman kuat menggegarkan jantungnya. Dia terhentak ke permukaan stereng kereta. Ah...dia mngerang kesakitan. Kepalanya rasa sakit yang amat. Dia memegang kepalanya yang sakit itu dan saat itu juga dia terasa ada darah yang mengalir di celahan jari jemarinya. Kini, dia sedar yang dia telah di langgar dari arah belakang. Ya Allah..bantulah hambaMu ini.

Cermin tingkap kereta di ketuk berulang kali. Dengan kudrat yang masih ada dia segera membuka pintu kereta.Seorang  lelaki dengan raut wajah cemas sedang memandangnya. Dia berjalan menuju ke belakang kereta. Cuma bumber belakang kereta sahaja yang kemik. Tidaklah teruk sangat. Tapi jenuh jugalah dia hendak menjawab dengan Iskandar nanti.

“Cik..Kepala cik berdarah. Mari saya bawa cik ke hospital. Saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi. Saya betul-betul tak sangaja.”lelaki itu cemas. Dia kemudiannya menghulurkan sapu tangannya kepada Nur Nilam.

Pantas sahaja Nur Nilam mengambil sapu tangan terebut lalu di letakkan ke tempat di mana darah sedang mengalir. Sakit sangat. HanyaTuhan yang tahu.

“Terima kasih. Tak mengapa, sikit sahaja...”ucapnya sayu.

“Tapi cik cedera.Mari saya bawa cik ke hospital. Cik nampak lemah..”

“Hmm..tak..tak.. saya masih boleh memandu lagi. Saya yang silap sebab tak pakai tali pinggang keselamatan. Kalau tidak kecederaan ini tentu boleh di elakkan,”

“Kalau begitu ini kad saya. Cik boleh hantar kereta ini ke bengkel. Nanti bila sudah siap saya akan bayar bilnya. Saya minta maaf sekali lagi. Saya tak sengaja. Tadi saya betul-betul kejar masa.”

Nur Nilam mengambil kad nama yang di hulurkan kepadanya itu.

“Tak mengapa, benda dah terjadi,”jawabnya perlahan sambil menahan kesakitan yang tidak terperi.

“Boleh saya ambil nombor telefon cik?Manalah tahu jika ada apa-apa boleh saya menghubungi cik..”bicara lelaki itu lagi.

Pantas sahaja Nur Nilam mengambil telefon bimbitnya sebelum menaip sesuatu lalau di hulurkan telefon itu kepada lelaki berkenaan.

“Terima kasih. Saya minta maaf kerana melanggar cik..saya memang tak sengaja,”ucap lelaki itu sekali lagi sambil menyerahkan kembali telefon bimbit kepada Nur Nilam.

“Tak mengapa..”

“Betul cik boleh memandu lagi?”

Nilam hanya menggangguk. Banyak sangat soalan dari lelaki ini membuatkan dia rimas. Bukan dia tidak mahu menghargai pertolongan yang ingin di beri tetapi dia merasakan masih mampu untuk meneruskan pemanduan walaupun kereta milik Iskandar sudah cacat di belakangnya. Bahkan darah juga masih tidak mahu berhenti dari mengalir. Berdenyut-denyut rasanya.

Lelaki yang melanggarnya itu kelihatan berat untuk melangkah pergi. Tetapi, apakan daya kerana dia tetap berdegil tidak mahu pergi ke hospital. Dia mahu segera ke pejabat untuk berhadapan dengan suaminya pula. Moga-moga Iskandar tidak marah kepadanya.



Sampai sahaja di hadapan pejabat dia segera menapak perlahan-lahan menuju ke bilik Iskandar dengan sapu tangan yang masih di basahi darah. Dia sudah rasa nak pitam dek terlalu banyak darah yang mengalir. Dalam pada itu dia berjalan menundukkan wajah agar tidak ada seorang pun pekerja Iskandar yang perasaan akan kecederaan yang di alaminya. Waktu-waktu begini rambutnya memainkan peranan yang sangat baik. Mujur ianya dapat di lindungi. Tapi, sekejap-sekejap sapu tangan itu di letakkan di atas luka. Berharap agar darah yang mengalir ini akan berhenti dengan kadar segera.

Kali ini dia tidak lagi mengetuk pintu bilik Iskandar tetapi jari-jemarinya pantas memulas tombol pintu  tersebut.Iskandar dengan muka serius memandangnya dan saat itu juga dia menundukkan wajahnya ke bawah.

            “Nilam ke mana? Boleh tak kalau nak pergi ke mana-mana beritahu pada abang?!Boleh tak jangan nak menyusahkan abang!”Kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar ibarat luka yang sedang di tambah-tambah. Ya Allah..sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

            “Abang..Nilam kemalangan..kereta abangada di bawah.Tapi..tapi...”

            What!!”Iskandar tersentak. Belum pun sempat untuk Nur Nilam menghabiskan ayatnya yang terakhir Iskandar terlebih dahulu meluru keluar dari biliknya itu. Tahulah, Nur Nilam bahawa kereta itu lebih penting dari dia. Iskandar sanggup melihat kerosakan keretanya itu berbanding kecederaan yang di alaminya. Air matanya laju sahaja merembes keluar bersama darah yang masih setia mengalir. Dia terjelopok di atas lantai. Badannya rasa bergetar menahan tangisan agar tidak terus mengalir. Tapi, dia tidak sekuat itu. Dia lemah. Bahkan kini hatinya semakin terkilan dek sikap Iskandar. Sampai hati Iskandar.

            Hampir sepuluh minit dia berkeadaan begitu. Air mata dan darah bercampur menjadi satu. Dia benar-benar rasa sedih. Jika sayangkan kereta sekalipun apa salahnya jika Iskandar bertanya tentang keadaannya dulu. Ini tidak. Laju sahaja keluar dari bilik itu.

Selepas itu telinganya terdengar bunyi pintu pejabat di tolak perlahan. Dia tidak pasti siapa kerana dia tidak punya kekuatan untuk memandang siapa empunya gerangan yang masuk. Untuk bangun kembali juga dia merasa tidak berdaya.  Dia tidak mahu ambil peduli lagi.

“Sayang..maafkan abang,”ucap Iskandar perlahan sahaja sambil memeluk tubuh Nur Nilam dari belakang. Nur Nilam menangis lagi?Ya Allah apa dia dah buat ni?Dia sepatutnya bertanya keadaan Nur Nilam sebantar tadi bukan pergi melihat kerosakkan keretanya. Dia memang dah buat satu kesilapan besar. Jika tidak air mata di pipi wanita kesayangannya ini tidak akan menitis tanpa ada sebab yang menyentuh hati dan perasaan.

Lengannya masih merasakan ada cecair panas yang menitik. Dia mengalih wajah Nur Nilam ke arahnya. Berharap agar air mata itu tidak akan terus-terusan mengalir lagi.

“Ya Allah..”

            Iskandar terkejut dengan apa yang sedang di lihatnya. Nilam cedera. Darah merah yang mengalir di sebalik rambut kerinting Nur Nilam jelas kelihatan. Patutlah Nur Nilam menangis sebegini sekali. Betapa bodohnya dia merasakan dirinya sekarang. Sanggup medahulukan benda lain yang langsung tidak penting berbanding Nur Nilam isterinya sendiri. Kenapalah dia selalu sahaja buat kesilapan-kesilapan bodoh sebegini.

Tanpa berlengah lagi dia terus mengangkat tubuh Nur Nilam lantas meletakkan tubuh Nur Nilam yang lemah di atas sofa itu. Pantas sahaja dia keluar dari bilik itu sebelum kembali semula bersama peti kecemasan dan semangkuk air suam. Nur Nilam memejamkan matanya rapat-rapat. Membiarkan sahaja apa yang mahu Iskandar lakukan terhadapnya. Tangisannya juga sudah semakin perlahan cuma yang tinggal rasa sedu dan sedannya sahaja.

Iskandar mengelap perlahan-lahan darah yang masih berbaki di wajah Nur Nilam sebelum membersih pula luka di kawasan yang tercedera. Luka yang di alami Nur Nilam agak dalam. Patutlah darah tidak henti-henti mengalir sejak dari tadi. Rasanya Nur Nilam perlu di bawa ke klinik segera agar luka tersebut dapat di jahit.

“Sayang, abang bawa ke klinik ya? Luka sayang ni dalam.”

Nur Nilam menggeleng. Dia tidak mahu.

“Tapi...”

“Nilam tak nak.  Tolong jangan paksa Nilam.. Nilam tak nak..”

“Okey-okey. Abang tak kan paksa. Tapi kalau darah masih juga mengalir abang tak akan diam diri dan biarkan Nilam macam ni je. Samada Nilam nak ke tak nak ke abang akan bawa. Buat sementara ini abang akan letakkan ubat ini dan balut kepala sayang yang cedera tu.”

“Kenapa abang tak ubatkan saja kereta abang tu. Buat apa nak kisahkan Nilam. Nilam tak penting pun dalam hidup abang..”

“Sayang, jangan cakap macam tu!Abang tahu abang silap. Abang memanglah sayang sangat kereta tu. Tapi abang lupa, nyawa Nilam lebih berharga. Kalau Nilam tak ada abang boleh mati,”

“Abang tipu!”

“Sayang...abang tak tipu. Kenapa yek sayang sekarang sensitif sangat? Abang buat salah sikit je sayang nak nangis-nangis macam ni.”

“Sikit? Abang kata salah abang sikit?abang tak sedar ke macam mana sakitnya hati Nilam dengan sikap abang. Sanggup abang penting kereta abang dari Nilam. Lepas itu buat seperti Nilam tak wujud. Kalau abang sayang sangat kereta tu jangan bagi Nilam guna. Nilam dah ikut cakap abang. Nilam dah berhati-hati pun tapi orang lain pula yang langgar Nilam dari belakang. Bukan salah Nilam pun. Sampai hati abang buat Nilam macam ni..”

Nilam berkata dalam esak tangisnya. Di dalam hatinya tak henti-henti berdoa agar darah yang sejak tadi mengalir akan berhenti. Sememangnya dia tidak mahu untuk ke Hospital.

“Okey..banyak! Abang salah banyakkkkk..Puas hati.”

Balas Iskandar lagi sambil membalut kepala Nur Nilam dengan kain anduh yang terdapat di dalam peti kecemasan itu. Kata-kata Iskandar selamba sahaja sampai kadang-kadang Nur Nilam fikir yang Iskandar ini tidak ada hati dan perasaan. Dia kembali terdiam dan memejamkan matanya rapat-rapat. Masih ada air mata yang bersisa.

 Iskandar seperti sudah biasa merawat luka-luka sebegini. Bukan hanya luka di hati bahkan dia terasa sakitnya semakin berkurangan.  Semakin hari dia semakin tertawan dengan keperibadian Iskandar yang kadang kala agak aneh dan sulit untuk difahami. Tak boleh nak merajuk dan makan hati lama-lama sebab Iskandar memang seorang yang pandai memujuk rayu walaupun adakala kata-kata pujukannya boleh menambah rajuk yang ada. Biarlah,kerana hati sahaja yang mampu menilai segala-galanya.Ya Allah, terima kasih di atas segala anugerah yang Engkau berikan. Aku bersyukur usiaku masih panjang untuk mengecapi kehidupan di dunia ini. Amin...

    mood: maaf jika ku bukan yg terbaik..hukhuk..:(       

5 comments :