SELESAI sahaja majlis perkahwinan di rumah Iskandar itu, Nur Nilam segera menapak menuju ke tingkat atas. Pintu bilik dikuak. Terpampang perhiasan yang serba ungu di depan matanya. Besar dan sangat kemas. Pelamin di bawah juga sebentar tadi di hiasi dengan bunga-bunga segar. Cantik dan nampak begitu teratur. Tetapi bukankah semua itu membazir sahaja.Entahlah, dia sendiri tidak pasti apa yang akan dia lakukan seterusnya. Hari ini boleh dikatakan sehari suntuk dia menjadi pelakon. Jika ada anugerah pasti awal-awal lagi sudah di menangi olehnya.
Ingatannya melayang pula kepada wajah ibunya. Tadi sewaktu berpisah dengan ibu dia begitu sedih sekali. Walaupun ibu tidak menunjukkan riak wajah kesedihan tetapi dia tahu ibu juga amat berat untuk berpisah dengannya. Buat masa ini, adik ibu mak ndak yang akan tolong tengok-tengokkan ibu. Sementara dia belum berpindah. Nanti apabila sudah berpindah bolehlah ibu tinggal sekali dengannya.
Sebenarnya dia merasakan amat rimas duduk di dalam rumah besar ini lama-lama. Dia amat tidak selesa dengan pertanyaan orang-orang di sekelilingnya sebentar tadi. Mereka seolah-olah memandang rendah terhadapnya. Bukan dia tidak dengar ada yang berbisik-bisik mengatakan yang pernikahannya ini berlangsung di dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa. Ah! Lantaklah. Sekarang yang lebih penting adalah ibunya.
ISKANDAR membuka sampin yang terlilit dipinggangnya itu lalu disangkutkan ke bahu. Perlahan-lahan langkahnya diatur menuju ke tingkat atas. Dia begitu letih melayan tetamu sebentar tadi. Begitu ramai tetamu yang hadir di majlisnya ini. Sehinggakan ada yang tak sempat dia nak layan.
Pintu bilik ditolak perlahan. Di hujung katil dia melihat Nur Nilam sedang menyandarkan kepalanya sambil matanya terpejam rapat.Dia kemudiannya mengorak langkah menghampiri Nur Nilam perlahan-lahan. Sebaik sahaja sampai disitu dia mendekatkan wajahnya ke arah muka Nur Nilam lalu menghembuskan nafasnya kuat ke wajah itu. Tindakannya itu benar-benar mengundang kejutan. Mata Nur Nilam terbuka luas. Dia mendengus kasar. “Awak ni dah gila ke?!”soalnya spontan. Iskandar Dzulkarnain hanya tersengeh seperti kerang yang tak laku-laku sambil berlalu menuju ke almari pakaian.
“Pandai awak berlakon tadi. Tak sia-sia saya ambil awak!” ucapnya pula sambil membuka butang baju melayunya itu.
“Saya dah buat apa yang awak nak. Sekarang tiba giliran saya pula. Bila kita nak pindah,?”
“Nantilah. Tak lari lagilah rumah tu!”
“Nanti tu bila?Saya tak sanggup nak biarkan ibu saya tinggal sorang-sorang macam tu. Mak ndak pun ada tanggungjawabnya sendiri. Mana boleh saya nak harapkan pada dia selama-lamanya,”balas Nur Nilam semula.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar sebentar tadi.
“Kau ni tak faham bahasa ke?Aku cakap nanti tu nantilah. Boleh tak jangan paksa-paksa aku,!’marah Iskandar sebelum berlalu menuju ke bilik air. Bengang betul dia dengan desakan daripada Nur Nilam itu.
Nur Nilam terkesima. Tidak menduga yang Iskandar akan berbicara dengannya sebegitu rupa. Ke mana hilangnya budi bahasa lelaki ini sewaktu merayu-rayu padanya dahulu.Tiba-tiba sahaja dia rasa tertipu dengan sandiwara Iskandar. Dia benar-benar tertipu dengan kepalsuan yang lelaki itu tunjukkan. Nak menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi kerana cempedak dah menjadi nangka. Perkara yang paling di takuti kini sudah berada di depan mata. Manis hanya di bibir sahaja.
Wajah ibunya kembali terbayang di depan mata. Kesian ibu,walaupun ada mak ndak tolong jagakan ibunya namun tidak sama antara seorang anak yang menjaga seorang ibu berbanding orang lain yang menjaganya. Kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak dan kasih sayang seorang anak kepada ibu ibarat langit dengan bumi.
Tidak lama kemudia Iskandar keluar dari bilik air dengan hanya bertuala sahaja sehelai sepinggang. Hampir nak luruh jantung Nur Nilam melihat lelaki itu hanya berlagak selamba seolah-olah dia tiada di dalam bilik ini.
“ Awak boleh tak keluar dari bilik air ni dengan berpakaian lengkap!”tuturnya geram.
“Eh!Suka hati akulah yang kau nak sibuk-sibuk apahal?Ini bilik aku. Suka hati akulah nak buat apa-apapun. Ini dah kira bagus aku bertuala. Ataupun kau sebenarnya nak tengok aku keluar dari bilik air tu dengan tak pakai apa-apa. Kau nak tengok ke aku nak tunjuk?”Iskandar berkata sambil mengorak langkah ke arah Nur Nilam.
“Is!Apa awak merepek ni!”Nur Nilam semakin tidak sedap hati. Tubuhnya dirasakan bergetar menahan ketakutan. Apatah lagi melihat Iskandar semakin hampir dengannya.
“Aku tanya kau nak tengok ke?!”soal Iskandar keras. Tangannya memegang bucu tuala.
“Jangan jadi gila Is. Jangan lupa pada perjanjian kita.!”
“Pergi jahanamlah dengan perjanjian tu!Kau sendiri yang cakap suruh kita masing-masing ingat. Sekarang ni aku nak lupa. So?kau ada masalah ke?”sengehan dari Iskandar makin lebar. Nur Nilam semakin kecut perut.
“Is!!”Nur Nilam menjerit kuat sambil menolak tubuh Iskandar yang berada di hadapannya.Iskandar semakin melampau-lampau.
“Yang kau nak jerit-jerit macam tu kenapa?!Kau ingat suara kau tu sedap sangat. Macam katak adalah!”
“Awak tak patut buat saya macam ni, Is..Bukankah awak dah janji. Sekarang awak nak jadi orang munafik pula. Orang yang suka mungkir janji. Macam tu?!”sekali lagi kedengaran nyaring suara Nur Nilam.
“Hey!kau dengar sini baik-baik!Aku tak suka kau jerit-jerit dan nak berceramah macam ni dekat aku. Nyaring macam katak. Membebel macam mak nenek.Tolong kawal sikit suara kau tu. Kalau mama dengar habis kita.!”ucap Iskandar separuh berbisik di telinga Nilam. Nilam dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu semakin dekat di telinganya.
“Kalau awak tak nak saya menjerit-jerit macam tadi tolong kawal sikit perbuatan tak senonoh awak tu!Awaklah katak!Bukan saya.!”balas Nur Nilam lagi. Walaupun dia begitu bimbang saat ini tapi mulutnya laju sahaja membalas setiap kata-kata lelaki ini.
“Kau ingat aku kebulur sangat ke dekat kau!”Iskandar makin berang. Dia mencengkam kuat pipi Nur Nilam dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Nur Nilam meronta minta dilepaskan. Dia terasa kesakitannya akibat dari tindakan Iskandar itu. Rambut kerinting miliknya yang disanggul itu terburai.
Setitik demi setitik air matanya berguguran membasahi pipinya yang polos. Sampai hati Iskandar buatnya begini. Dia sudah berkorban masa depannya untuk Iskandar. Walaupun sementara dia tidak berhak untuk dilayan sebegini. Iskandar serta merta melepaskan cengkaman tangannya di muka Nur Nilam apabila menyedari yang Nur Nilam sedang menangis.
Iskandar berisghtifar beberapa kali di dalam hati. Entahlah dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup mengasari Nur Nilam. Apakah di sebabkan rasa kecewa yang di laluinya oleh seorang insan yang bergelar perempuan membuatkan dia sanggup melakukan begitu terhadap Nur Nilam Qaseh. Setelah cinta sejati yang di harapkan dapat sehidup semati berpaling tadah dia sudah tidak ada hati lagi pada insan-insan yang bergelar perempuan. Baginya perempuan pemusnah hati dan perasaan. Kerana perempuan jugalah yang melahirkan hati dan perasaan. Jika tidak kerana mamanya sudah tentu sampai bila-bilapun dia tidak akan berkahwin.
Iskandar kemudiannya berlalu menuju ke almari pakaian tanpa sepatah kata. Baju melayu berwarna merah hati itu disarung ke tubuhnya. Taula yang digunakan tadi di sidai ke towel rack Sebaik sahaja lengkap dia segera turun ke bawah tanpa menghiraukan Nur Nilam yang masih berada di dalam tangisannya.
“MANA isteri kamu, Is?Kenapa dia tak turun sekali dengan kamu,?”soal papanya sebaik sahaja ternampak kelibat Iskandar yang baru turun dari tingkat atas itu.
“Ada di atas, papa..”jawab Iskandar malas.
“Hai..papa tengok kamu berdua ni macam ada yang tak kena saja. Seorang di atas seorang di bawah. Kamu ada rahsiakan apa-apa dari papa ke?”
“Tak adalah papa. Sekejap lagi saya panggilkan dia. Lagipun dia letih sangat tadi.”
“Hah!Baru majlis macam ni pun dah letih ke?Manja benar isteri kamu tu, Is,”perli mamanya pula yang tiba-tiba datang dari dapur. Papanya pula segera berlalu menuju ke luar rumah.
Iskandar pula hanya tersenyum kelat. Manalah dia tahu yang si Nilam tu manja atau tak. Bukannya dia kenal pun siapa sebenarnya Nilam tu. Kalau boleh dia memang tidak mahu kenal gadis itu yang kini sudah sah menjadi isterinya. Lantaklah.!
“Pergi panggil dia sekarang!Ada tetamu yang nak jumpa kamu dan isteri kamu di luar tu,”tutur mamanya lagi
“Siapa mama?”
“Jueliana!”Iskandar terkejut.
“Kenapa yang kamu terkejut Sangat ni?Tak pernah dengar nama Jueliana?Mama nak kau dan Nilam minta maaf pada dia Sekarang. Terutamanya si Nilam tu sebab dah rampas kamu dari Jueliana.”
“Apa mama cakap ni?Siapa yang rampas saya. Nilam pilihan saya sendiri.”Iskandar tidak mengerti.
“Jangan kau ingat mama dah suka sangat dengan pilihan kamu tu!Sudah pergi panggil dia sekarang.”
Iskandar tanpa banyak soal terus menapak ke tingkat atas. Baru sahaja dia meniti beberapa anak tangga, dia bertembung dengan Nur Nilam yang sedang berdiri kaku di situ.Dia kaget. Pasti Nur Nilam sudah mendengar kata-kata mamanya sebentar tadi.
“Kau okey, Nilam?”soalnya laju. Tangangnya laju sahaja menarik tangan Nur Nilam meniti anak tangga untuk menuju ke bilik. Pintu bilik kemudiannya ditutup rapat.
“Lepaskan tangan sayalah!”marah Nur Nilam.
“Tak luak pun setakat aku pegang tangan kau tu!”bidasnya semula.
“Is!awak tak patut buat saya macam ni. Sudahlah family awak tak suka pada saya. Awak kejam Is.!”
“Aku lagi suka kalau semua orang di dalam rumah ni tak suka kau.!Kerja kita akan jadi lebih mudah.Lagi cepat aku boleh lepaskan kau. Kau tak nak bebas ke?”soal Iskandar kembali. Nur Nilam hampir menistiskan air mata mendengar kata-kata Iskandar. Entah kenapa hatinya begitu tersentuh mendengar kata-kata yang terpacul dari bibir Iskandar sebentar tadi. Hatinya begitu sarat dengan rasa kecewa tiba-tiba. Ya, dia seolah-olah terlupa yang dia sedang berlakon. Perkahwinan ini hanya atas kertas sahaja.
“Kenapa kau diam?Kau tahanlah sikit. Mama memang begitu.!”sambung Iskandar lagi.
“Tapi sampai bila?”
“Sampai kita pindah!”
“Bila?”
“Kau ni tak faham bahasa ke?Aku dah cakap tadi. Nantilah!Sekarang kau ikut aku turun ke bawah jumpa Jueliana.”tempelak Iskandar sekali lagi. Nur Nilam hanya mengangguk lemah.Muncungnya sudah sedepa.
“Sebentar!Aku nak kau lepaskan rambut kau tu. Tak payah nak sanggul-sanggul. Kau tu muda lagi.”serentak dengan itu dia menarik klip rambut yang berada di kepala Nur Nilam. Nur Nilam benar-benar terkejut dengan tindakan luar jangka daripada Iskandar itu. Panas betul hatinya.
Ya Allah,cantiknya dia. Bisik hati Iskandar pula. Matanya seolah-olah terpaku pada raut wajah ayu Nur Nilam Qaseh. Lama dia berkeadaan begitu. Pandangannya kemudian beralih ke mata, alis, hidung dan bibir merah Nur Nilam Qaseh. Ah!Isterinya ini benar-benar buat dia lupa pada kekecewaan yang lalu.
“Nur Nilam lekas-lekas melangkah menuju ke arah pintu apabila menyedari ada renungan tajam dari Iskandar kepadanya. Lebih baik dia jauhkan diri sebelum ditimpa sebarang musibah.
“Nanti!”panggil Iskandar semula.Langkah Nur Nilam terhenti lagi. Dia kembali menoleh ke arah Iskandar. “Apa lagi yang awak nak saya buat!”soalnya keras.
“Kau mesti panggil aku abang di hadapan family aku nanti. Baru nampak romantik.”Macam-macamlah pula mamat ni. Bisik hati Nur Nilam pula. Dia mengangguk.
Mereka kemudiannya berjalan menuju ke bawah. Kali ini tangan Nur Nilam kemas berada di dalam genggaman Iskandar. Dia agak rimas dengan kelakuan-kelakuan Iskandar yang agak berlebih-lebihan.Mengada betul!Bisik hatinya lagi.
“Hai..baru nampak muka pengantin. Itu hah!tetamu dah lama tanggu. Kalau pun letih layanlah tetamu tu dulu!”bicara Datin Rozita kedengaran sangat pedas di halwa telinganya. Nur Nilam terasa mukanya benar-benar berubah warna. Sakit hati benar dia mendengarkan kata-kata itu. Ah!jika tidak kerana kasihkan ibunya tak ingin dia jadi menantu Datin Rozita. Iskandar pula hanya berlagak selamba. Mungkin sudah biasa dengan perangai mamanya itu.
“Mama ni..sampai hati tau cakap macam tu. Kita orang letih la mama. Nilam lagilah, kesian kat dia.”ucap Iskandar pula. Masa bila pula aku letih?Iskandar ni pandai-pandai je nak kenakan aku.Bisik hati Nur Nilam pula.
“Jangan kau nak bela dia pula!”marah Datin Rozita lagi. Iskandar ni memang nak kena.Tak pasal-pasal dia pula yang terkena.
“Lepas ni cepatlah mama dapat cucu..” Irma adik Iskandar menyampuk. Iskandar menjegilkan matanya ke arah Irma yang sedang ketawa. Pandai-pandai je. Jangan sampai mamanya berharap sudahlah. Kalau tak timbul pula nanti satu masalah lain.
Hanya kelibat Irma sahaja yang sering kelihatan. Mana perginya kakak Iskandar. Dari tadi lagi dia belum bersua dengan kakak Iskandar, Izreen. Ingin sekali dia bertanya kepada Iskandar tetapi setiap kali itulah lidahnya kelu. Takut di kata busy body pula.
“TAHNIAH”ucap Julieana sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Iskandar dan Nur Nilam.Pandangan matanya tidak lepas dari memadang seraut wajah Nur Nilam. Semua kelihatan sederhana sahaja. Entah ubat guna-guna apa yang dia guna untuk mendapatkan Iskandar.
“Terima kasih kerana datang ke majlis kami,”ucap Iskandar pula sambil memeluk pinggang Nur Nilam. Geram betul Nur Nilam. Mahu sahaja dia menjerit-jerit supaya tidak diperlakukan begitu.Kalau ya pun nak romantis tak payahlah nak lebih-lebih.
Jueliana yang melihat ternyum sinis. Benar-benar cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Iskandar.
“Bila kau orang berdua berkenalan.?”
“Biarlah itu jadi rahsia kami berdua. Betul tak sayang?”Kali ini, hampir nak luruh jantung Nur Nilam mendengarkan perkataan ‘sayang’ itu. Tubuhnya dirasakan bergetar.
“Sampai hati awak, Is..Awakkan tahu yang saya cin..
“Saya tak pernah cintakan awak, Jue. Anggap saja yang kita memang tak ada jodoh.”potong Iskandar laju. Dia memang tidak menyukai Jueliana sejak dari dulu lagi. Jika nak dibandingkan dengan Nur Nilam jauh lebih asli. Tapi itu tidak bermakna dia akan jatuh cinta lagi. Cintanya dah mati setelah dia di khiananti dulu.
Nur Nilam melihat Jueliana menjeling geram ke arahnya dan kemudian beralih pula kepada Iskandar. Tetapi Iskandar seperti biasalah hanya berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang perlu diberi perhatian.Selepas itu Jueliana terus bangun dan meninggalkan mereka. Berlalu tanpa sebarang suara hanya isyarat mata yang Nur Nilam sendiri kurang arif apa maknanya.
Jueliana benar-benar kecewa. Dia cintakan Iskandar tetapi lelaki itu tidak pernah mahu melayannya. Dia bukan sahaja malu kerana Iskandar telah menolaknya mentah-mentah tetapi juga tidak berpuas hati dengan kemenangan Nur Nilam sedangkan pada pandangannya Nur Nilam hanya gadis biasa yang tak punya apa-apa.
***
“IS.. Tolong saya Is. Saya sangat tersiksa di sini Is. Tolong saya..Saya takut Is..tolong saya Is..”Iskandar cuba untuk menggapai tangan Kamalia daripada di bawa pergi tetapi dia gagal kerana tiba-tiba sahaja sebatang tubuh yang agak sasa menarik kuat tubuh Kamalia jauh darinya. Wajah Kamalia pucat lesu. Dia melihat Kamalia menangis. Dia kemudiannya menjerit memanggil nama Kamalia berulang kali. Namun Kamalia tetap di bawa pergi jauh darinya.
Sayup-sayup dia terdengar namanya dipanggil berulang kali. Dia terasa suara itu begitu hampir dengannya. Dia membuka mata. Mencari wajah Kamalia tetapi tiada.
“Is..awak mimpi..”ucap Nur Nilam perlahan sambil duduk di hujung katil. Iskandar berisgtifar di dalam hati berulang kali. Tubuhnya dirasakan berpeluh-peluh sedangkan penghawa dingin sudah sedia terpasang.
Sejak akhir-akhir ini dia selalu mimpikan Kamalia datang dan meminta tolongnya. Dia tidak tahu apa maksud mimpinya. Untuk apa Kamalia meminta tolong darinya kerana Kamalia sendiri begitu tegar meninggalkannya kerana mengikut lelaki lain. Sampai hati Kamalia. Kerana Kamalia juga dia seolah-olah berdendam pada insan yang bergelar wanita. Hatinya benar-benar hancur dengan kecurangan yang dilakukan oleh Kamalia. Kerana Kamalia juga dia terpaksa berkahwin dengan Nur Nilam. Wanita yang langsung tidak di cintainya.
“Awak okey Is?”tegur Nur Nilam setelah lama berdiam.Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia risau melihat Iskandar. Banyak kali juga telinganya ini mendengar Iskandar memanggil-panggil nama Kamalia. Siapa dia Kamalia?Istimewa sangatkah Kamalia di hati Iskandar?bicara hatinya lagi.
“Aku okey,kau boleh pergi tidur.”
Nur Nilam hanya mengangguk sebelum berlalu menuju ke arah tempat tidurnya yang berhampiran dengan almari. Hanya beralaskan tilam kecil dan dua buah bantal.Tadi sewaktu dia masuk ke dalam bilik Iskandar sudah nyenyak di buai mimpi di atas katil. Jadi dia ambil keputusan untuk tidur sahaja di sini. Tak mungkin dia akan berkongsi katil dengan Iskandar. Tak mungkin!.
Dia sebenarnya diburu rasa berdosa dengan ikatan yang sebegini. Perkahwinan yang sah tetapi di buat main-main. Ya Allah,kau ampunilah dosa hambamu ini. Doanya lagi sebelum melelapkan matanya.
“Nilam, kau boleh tidur di sini. Biar aku yang tidur di situ.”
Nur Nilam yang baru sahaja mahu melelapkan matanya tercengang-cengang dengan apa yang di dengarinya tadi. Tak mungkin pula Iskandar melawak kerana dia melihat Iskandar telah mengorak langkah menuju ke arahnya.
“Aku offer sekali je!Kau nak ke tak nak?Tak nak aku boleh tarik balik tawaran aku tadi.”
Bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal. Nur Nilam pantas mengangguk tanda setuju dengan tawaran daripada Iskandar itu.
Di dalam hatinya terdetik jua ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Iskandar tetapi waktu seolah-olah tidak mengizinkan. Iskandar kelihatan benar-benar keletihan dan dia sendiri benar-benar mengantuk.
No comments:
Post a Comment