Bab 1
“WHAT?!batalkan majlis perkahwinan?!awak dah gila Rill.!Awak jangan nak main-main, Rill.!”Luah Arisya kuat pada pagi yang redup itu. Dadanya berombak kencang. Nafasnya dirasakan semakin laju mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khyrill. Bakal suaminya itu.
“Sayang..dengar dulu..Rill terpaksa batalkan majlis perkahwinan kita, tapi itu bukan bermakna Rill mahu mengakhirkan hubungan kita ni..”Balas Khyrill pula. Tangan Arisay diraih. Ada air mata yang bergenang di kelopak mata gadis itu. Membuatkan dia makin bersalah.
“Apa yang mengganggu awak sampai awak sanggup buat keputusan sebegini? Awak langsung tak berbincang dengan saya. Apa dosa saya?apa kesalahan yang saya lakukan?kenapa Rill?kenapa.?” Air mata mula bergenang ditubir matanya. Menanti masa untuk menjadi titisan-titisan bisa. Hatinya benar-benar terasa bagaikan disiat-siat dengan kata-kata Khyrill sebentar tadi. Apa yang harus di khabarkan kepada keluarganya nanti.
“Rill terpaksa Risya. Rill bukannya mengakhirkan hubungan kita. Tapi Rill terpaksa tundakan perkahwinan kita. Cita-cita Rill menutut sebuah pengorbanan yang besar. Rill terpaksa Arisya!saya tidak boleh ada komitmen dengan sesiapa.!”ulangnya lagi sambil tangannya pantas mengambil sepucuk surat yang terselit di poket belakang seluarnya lantas di serahkan kepada Arisya.
Surat Tawaran Untuk Bermain Di Kelab Luar Negara.!Mata Arisya menatap satu persatu butir-butir yang tertera. Arisya terpana.! Air mata yang cuba ditahan akhirnya pecah jua. Gugur satu persatu membasahi pipinya. Inikah pengorbanan namanya. Pengorbanan yang harus dilakukan demi kebahagiaan orang yang di sayang. Air mata itu semakin laju. Dia kecewa. Benar-benar kecewa dengan keputusan Khyrill.Sampai hatimu, Rill...
“Rill harus memenuhi syarat yang mereka tetapkan. Maafkan Rill, Risya.Semua ini datang secara tiba-tiba. Rill harus memilih.Walaupun pilihan Rill ini melukakan hati Arisya tapi percayalah hati ini sentiasa memilih cinta.” Ungkap Khyrill jujur.
Jari jemari Arisya digenggam erat. Dia tak mahu Arisya terluka. Namun dia terpaksa kerana dia harus memenuhi setiap syarat yang telah di berikan kepadanya. Dia tidak boleh berkahwin di dalam masa satu tahun ini kerana dia tidak mampu untuk memberikan dua komitmen sekaligus. Walaupun syarat itu tidak wajib sebenarnya untuk di patuhi. Dia bersalah. Benar-benar bersalah. Bersalah kerana membuat wanita yang paling di cintai ini mengalirkan air mata.
“Kenapa baru sekarang awak beritahu pada saya, Rill?saya tak sangka awak sanggup buat begini pada saya. Saya kecewa dengan awak, Rill..saya bukan siapa-siapa pada awak. Hanya kekasih.!Saya takut awak tinggalkan saya Rill.”Sayu sekali suara Arisya dalam sendu tangisannya. Dia benar-benar rasa takut.
Dahulu, dia hormat keputusan Khyrill yang tidak mahu bertunang tetapi mahu berkahwin terus. Alasan Khyrill hanya kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia sudah serik bertunang. Tapi sekarang, Khyrill membuat keputusan yang di luar jangkaan. Menunda atau membatalkan perkahwinan ini sama sahaja. Hakikatnya mereka tetap tidak akan berkahwin sampai satu masa yang dia sendiri tidak pasti bila.
Dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia tak semua orang akan bernasib baik. Tak semua orang mampu sampai ke kemuncaknya. Dia bimbang jika ikatan ini terlerai di tengah jalan. Hidup berjauhan pasti banyak dugaannya.
“Rill serba salah, Risya. Rill tahu berita pemergian Rill ini terlalu lewat untuk di sampaikan pada sayang. Tapi percayalah, bukan niat Rill untuk melukakan perasaan Arisya. Tidak sayang!saya tak akan sesekali tinggalkan awak. Awaklah kekasih dan suri hati saya selamanya.” Tangisan Arisya semakin kuat sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Khyrill.
YA ALLAH..Aku tak sanggup melihat wajahnya berendam air mata. Aku tidak sanggup melihatnya bersedih. Tapi jika air mata itu mampu menghapuskan kecewa di hatinya. Mampu mendamaikan gelora di jiwanya. Ku Pasrah Ya Allah.
“Sampai hati awak buat saya macam ni Rill.” Terasa bagaikan ada batu besar yang menghempap dada Arisya saat itu. Semuanya secara tiba-tiba. Mengapa jodoh ini terlalu berat untuk mereka. Hanya kerana cita-cita Khyrill sanggup menohtahkan segala perancangan yang sudah sekian lama diatur dengan mudah. Inikah cinta yang selama ini sanggup untuk menghadapi segalanya.
Ah! mengapa?aku tak mampu hidup berjauhan denganmu Khyrill.!Oh Tuhanku, Sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui segalanya. Tabahkanlah hatiku untuk menerima ujian yang kau berikan ini. Jika ini yang terbaik untuk aku dan dia, aku redha Ya Allah. Doa Arisya di dalam hati.
Maafkan aku Arisya. Aku benar-benar bersalah padamu. Di saat ini kau buat aku tidak mahu pergi ke mana-mana kerana aku hanya mahu dekat di sampingmu. Bukan niatku untuk menyakitimu, aku terpaksa mengutamakan cita-citaku kerana peluang ini hanya hadir sekali. Percayalah hati aku sentiasa memilih cinta.!Monolog Khyrill sendiri. Sungguh sebak rasanya saat itu.
Pagi itu akhirnya berlalu dengan penuh rasa kecewa. Arisya tidak pasti apa yang harus dia lakukan. Mungkin dia harus akur atau redha sahaja dengan takdir ini. Andainya begitu permintaan Khyrill apa lagi yang mampu dia lakukan. Mengenangkan segala persiapan yang sudah siap dilakukan membuatkan hatinya semakin terhiris pedih. Namun dia harus tabah melaluinya.
***
“IBU tidak pernah ajar anak ibu buat keputusan macam ni. Kenapa nak malukan ibu dan abah?dari dulu lagi ibu tak suka kau bermain bola! tapi kau degil!. Kau tak perlu nak buktikan pada ibu dengan cara yang macam ni.!”Tutur Puan Kamariah. Marah benar dia dengan tindakan anak lelakinya yang sorang ini. Hanya kerana mengejar cita-citanya itu, sanggup Khyrill menundakan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.
Khyrill diam. Pandangan matanya dihalakan ke wajah abah yang turut berada di situ. Abah juga mengambil pendekatan yang sama dengannya. Tidak langsung mencelah. Dia tahu abah jua pasti kesal dengan tindakannya itu. Membuat sesuatu tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Cuma abah lebih tenang berbanding ibu. Abah begitu menghormati impiannya yang satu itu. Teguran abah tenang dan mendamaikan. Selain Arisya, abahlah yang menjadi tunjang kepada kejayaannya hari ini.
“Rill hanya tundakan perkahwinan ini ibu.”Tutur Khyrill semula setelah berdiam agak lama.
“Apa nak jadi dengan kau ni?Kau ingat bermain bola tu boleh bagi kau kebahagiaan!Macam tu yang kau nak!” Balas Ibu semula.
“Hanya sekali bu..”rayu Khyrill lagi.
“Ibu kecewa dengan kau!Ibu malu pada keluarga Arisya. Ibu malu pada mereka Rill.Ibu malu..!”esakkan Ibu mula kedengaran.
“Ibu,saya pergi tak lama. Izinkan saya penuhi impian saya ini. Tak semua orang akan dapat peluang macam ni Ibu.”
“Banyak lagi impian lebih baik.!Mengapa itu juga yang kau harapkan?Mengapa itu juga yang kau angankan.?Menjadi pemain bola yang tak ada masa depan. Itu kerja gila Rill.!”
“Ibu...”
Tegur Encik Zahrul pula. Agak terkejut dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.
Khyrill pula hanya berlagak tenang sedangkan kata-kata ibu meresap jauh di lubuk hatinya. Sesungguhnya Khyrill begitu terkilan rasa. Semenjak dari dahulu lagi ibu tidak merestui dia untuk menjadi pemain bola. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Kata ibu, bermain bola tidak ada masa depan. Jika tidak ada masa depan, surat tawaran ini apa maknanya. Bukankah masa depannya semakin cerah di dalam bidang ini. Sampai dia berusaha ke tahap ini pun ibu masih lagi mengatakan padanya perkara yang sama. Terkilan benar hatinya saat ini. Sampai hati ibu berbicara sebegitu rupa. Hina sangatkah menjadi pemain bola. Mengapa ibu tidak memahami minatnya terhadap sukan ini. Sejak dari dulu lagi dia langsung tak pernah mendapat sokongan dari ibu.
“Saya malu dengan perangai dia,abang. Sudah berbuih mulut saya cakap padanya,saya tak suka anak saya jadi pemain bola,! tapi dia degil.!degil!”Ucap Puan Kamariah kepada suaminya. Encik Zahrul hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.
“Kau lupa apa yang dah terjadi pada kau dulu?Kau tak sedar ke?!atau kau mahu ibu tolong sedarkan kau.?!Kau nak Arisya tinggalkan kau macam mana yang Putri buat pada kau?!Itu ke yang kau nak!”Jerkah Puan Kamariah lagi. Matanya sudah merah menyala. Kesabarannya hilang dek perangai Khyrill.
“Arisya tak akan tinggalkan saya Ibu.”Jawab Khyrill sambil menarik nafas panjang. Puan Kamariah cuba untuk mengungkit kisah silamnya bersama Putri. Bekas tunangnya. Baginya perpisahan dengan Putri adalah takdir ilahi. Malah dia amat bersyukur dengan perpisahan yang berlaku itu kerana kini hidupnya lebih tenang. Cinta dari Arisya membuat hidupnya lebih sempurna daripada bersama Putri yang mana hidupnya lebih derita.
“Kau pasti.?!Kau ingat Arisya akan tunggu kau setelah apa yang sudah kau buat.!Kau tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku!”Tutur Puan Kamariah lagi. Malah kali ini setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya semakin meninggi.
“Ibu, tolonglah faham perasaan Rill. Jangan ibu nak ungkit lagi semua cerita dulu. Semuanya dah lama berlalu ibu. Arisya tak sama macam Putri.Tolonglah..”
“Habis macam mana dengan perasaan Ibu? Kau langsung tak fikir perasaan kami. Ibu kecewa dengan kau Rill.Kecewa.!”Marah Puan Kamariah lagi.
“Itu impian Rill selama ini Ibu, kenapa Ibu begitu benci sangat dengan cita-cita Rill. Kenapa Ibu?Tolonglah izinkan Rill pergi.”
“Kau akan menyesal dengan perbuatan kau suatu hari nanti Rill!Kau tak akan berjaya dengan bermain bola.Pergi!pergi!aku tak mahu tengok muka kau lagi. Anak yang tak kenang budi. Aku tak ada anak yang degil macam kau!Pergi!!!!!” Jerkah Puan Kamariah kuat. Tersentak Khyrill dengan ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut ibunya. Pedihnya benar-benar menyusuk ke seluruh urat-urat saraf yang ada.
“Ibu..sampai hati bu..”
“Sudahlah ibu, Khyrill dah buat keputusan. Kita doakan sahaja yang terbaik untuk mereka.”Encik Zahrul pula bersuara setelah agak lama berdiam. Baginya,anak-anak berhak menentukan masa depan mereka sendiri. Walaupun terbit sedikit rasa kesal dengan sikap Khyrill yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Namun itu tidak bermakna dia harus menghalang keputusan yang sudah dilakukan oleh anaknya itu.
“Abang terlalu memanjakan anak-anak abang sampai mereka sanggup memalukan kita. Saya malu abang.!Malu..Pergi kau!Aku tak nak tengok muka kau lagi.!”
“Ibu!”Celah Encik Zahrul sekali lagi. Sungguh dia tidak menyangka isterinya akan bertindak sebegini rupa.
“Ampunkan saya ibu. Halalkan makan minum saya selama ini. ”Tangan Puan Kamariah ingin diciumnya tetapi wanita tua itu merentap dengan kasar sebelum berlalu menuju ke atas.
“Abah,ampunkan dosa Rill abah..Halalkan semuanya. Rill berdosa abah..ampunkan Rill.”Tangisannya merembes laju.Tangan Encik Zahrul di kucup. Hanya abah kekuatannnya kini. Encik Zahrul memeluk erat anaknya itu. Dia tidak sangka hati isterinya sekeras ini.
“Sabarlah nak. Ayah akan cuba pujuk ibu. Kau jaga diri baik-baik. Sampai Kuala Lumpur nanti kau telefon abah. Mungkin esok abah akan pergi hantar kau dengan Khuzaimie.”
“Tapi ibu...saya berdosa abah..”Luah Khyrill lagi. Air mata yang bersisa di kesat perlahan. Hancur luluh hatinya saat ibu tidak lagi mengaku dia anak.
“Berdoalah Rill..jangan putus berdoa agar hati ibu akan lembut suatu hari nanti..”Balas Encik Zahrul pula sambil menepuk-nepuk lembut belakang Khyrill.
“Terima kasih abah..”
“Hati-hati memandu, Rill..”Tutur Encik Zahrul lagi. Khyrill segera menghidupkan enjin kereta lantas bergerak keluar dari kawasan perumahan itu. Dia perlu mengambil Arisya pula.
Sebaik sahaja wajah Encik Zahrul hilang dari pandangan Khyrill menangis sepuas-puas hatinya. Di Dalam fikirannya bermain seribu persoalan. Mengapa Ibu harus malu.Sepatutnya ibu berbangga dengan kejayaannya hari ini. Dia sendiri tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk hati ibu. Setiap kali dia mengecap kejayaan ingin sekali dia berkongsi kejayaan ini dengan ibu.
Namun Ibu, masih dengan keputusannya. Ibu tidak mahu seorang pun anaknya menjadi pemain bola. Teringat kisah di waktu kecil. Walaupun dia pernah di marah dan di pukul, tapi Khyrill tetap dengan hobinya itu. Minat dan cintanya pada bola sepak sangat mendalam. Semua anggota keluarga menyokongnya kecuali Ibu.
Dia tahu keputusannya ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua wanita yang amat di sayanginya. Dia tahu pemergiannya itu menuntut sebuah pengorbanan yang terlalu besar. Dan sudah pasti dia tidak akan mensia-siakan pengorbanan Arisya. Kesian Arisya, dia begitu sedih dengan apa yang berlaku.
Arisya...aku tak mahu kehilanganmu kerana aku terlalu mencintaimu...maafkan aku sayang..maafkan aku. Aku jua tak ingin berjauhan denganmu. Aku terpaksa melangkah untuk hidup yang lebih sempurna. Untuk masa depan kita berdua. Aku tak mampu melawan takdir yang telah di tetapkan ini. Dan ibu, ampunkan dosa Rill. Rill berdosa pada ibu.
rindu dgn khyrill & arisya dah lama..ni jln crita baru ke weh? xsama mcm dulu la..huhu nice start.. :)
ReplyDeleteyup..yg dlu aku trasa ada kekurangan..so,ni yang terbaru..xbnyk sngt yg lari..cuma jln cerita tu lebih detail sikit.xder nk merapu2 mcm dlu.hehehe..
ReplyDelete