ANNIS sampai di Kelab Rekreasi dan Berkuda Denai
Alam tepat jam 5.00 petang. Semalam dia
dah janji dengan Remy nak datang awal ke sini. Malas mahu memikirkan soal
perkahwinan yang semakin dekat. Lagipun hari ini dia tak sibuk. Riyadh?
Ermm...bakal suami yang tak ada banyak masa untuk dia. Kalau tak kena paksa
memang jangan harap.Sekarang pun mereka dah jarang jumpa. Satu lagi yang
menyebabkan dia boleh datang ke sini pasal Riyadh sendiri pergi Perak tanpa beritahu
apa-apa kepada dia. Urgent? Apa
masalah Riyadh sebenarnya?
“Hye Miss Annis? How are you?
Dah sedia nak menunggang kuda ke ni?” Remy yang baru sampai menegur Annis yang
sedang duduk di atas kerusi kayu itu.
Annis tersenyum.
Melihat gerak langkah lelaki itu mendekatinya. “Of couse I ready to riding. Dari tadi lagi I tunggu you tau.” Sudah
lama dia tak menunggang kuda. Seingatnya enam bulan yang lalu dia ada datang
sini.
Remy pandang Annis yang
sudah bersedia dengan kasut but setinggi paras lutut dan mengenakan sarung
tangan bewarna warni. Cuma topi sahaja yang belum tersarung di kepala gadis
berkenaan.Wajah Annis yang ala-ala Fauziah Gous nampak ceria. Apatah lagi bila
rambut ikal mayangnya diikat ke belakang. Kemas dan benar-benar menarik pesona
sesiapa sahaja yang melihat. Jadi, tak hairanlah kenapa Riyadh memilih wanita
ini. Dia sendiri pun suka si Annis ni. Pendek kata dari atas sampai bawah perfect. Memang lelaki suka.
“Ingat lagi tak asas-asas nak menunggang kuda
ni Cik Annis. Maklumlah, dah lama sangat awak tak datang menunggang.” soal Remy
lagi sambil menyarung kasut butnya. Annis angguk.
“Jangan nak ber cik-cik
pulak. Benda yang I minat tak kan pulak I nak lupa.”
Remy sengeh. Kemudian
bangun dan mengambil helmet menunggang
dari jenama Corich lalu dihulurkan kepadanya. “Untuk awak.” ujarnya perlahan.
“Thanks”.
Balas
Annis. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah stable yang menempatkan kuda bernama Zidane. Sekali sekala bahu
mereka bersentuh di antara satu sama lain. Kedua-duanya berlagak seperti biasa.
“See ?who’s coming.” tutur Remy sambil mengurut lembut badan Zidane
yang bewarna coklat itu. Kuda kesukaan Annis. Annis memang ada soul dengan Zidane. Annis boleh melantun dan ikut rentak
Zidane. Sebab itu dia selesa bila ajar Annis.
“You pasangkan dulu
Zidane.” Remy memberi arahan.
“Hai Zidane,” tutur Annis pula sambil mengusap-usap badan
dan kepala Zidane dengan tangannya. Annis juga mengambil pendekatan yang sama.
Seperti mana yang pernah di ajar oleh Remy dahulu sebelum menunggang kita kena
berbicara seminit dua dengan kuda tu. Barulah kuda tersebut akan memberi tindak
balas untuk ditunggangi.
Kuda ni juga
seolah-olah boleh membaca isi hati penunggang lantas bertindak selaras
dengannya. Andai kata penunggang sedang bersedih, kuda akan bergerak longlai.
Kiranya penunggang berfikiran agresif, kuda akan bergerak aktif. Seumpama ada
hubungan antara dua hati. Sebab itulah dia suka. Yang paling penting dapat bina
bentuk tubuh yang lebih menarik. Sebagai model dia harus jaga bentuk tubuhnya agar
kelihatan menarik.
Dia mengambil pelana
dan tali kekang yang dihulurkan Remy. Kemudian dia terus memasang Zidane dengan
diperhatikan oleh Remy. Tali kekang diperiksa sekali lagi. Selesai sahaja, kuda
yang diberikan nama Zidane itu dikeluarkan dari stable.
Remy pula mengeluarkan
kuda kegemarannya yang diberi nama Gray.
“You tak ajak Riyadh
sekali?” soalnya sewaktu mereka sama-sama menuju ke Paddock.
“You tahulah Riyadh tu.
Busy memanjang. Kalau I busy dia nampak sangat. Sekarang pun,
persiapan kahwin I yang banyak uruskan. Dulu beria-ia sangat ajak I kahwin.
Seminggu dua ni, ke hulu ke hilir I sorang-sorang.” Annis meluahkan rasa
hatinya. Bila dia bersetuju nak kahwin Riyadh pula sibuk. Dulu waktu dia tak
setuju bukan main terhegeh-hegeh Riyadh.
“Really? You dah nak kahwin dengan Riyadh? Bila korang nak kahwin?”
soal Remy sedikit terkejut. Dia baru berangan nak try tackle si Annis ni.
Annis ketawa halus. “Memang
tak ramai yang tahu I dah nak berkahwin dengan Riyadh. Kami buat majlis akad
nikah kecil dan tertutup. Lagipun I tak nak kecoh-kecoh. Takut tak jadi. Kalau
diikutkan perancangan lagi dua bulan dari sekarang. Tapi tak mengapalah, sebab
I faham dia sibuk nak uruskan perniagaan dia lagi.You maklum sajalah, bukan bidang I nak buat semua tu. I setakat nak
design baju pengantin tu bolehlah.
Jadi, soal nak buka butik tu I mintak tolong dia uruskan. Dia lebih
berpengalaman dari I.” Cerita Annis lagi bersungguh-sungguh.
“I terlambatlah ni. I baru ingat nak tackle you.” balas Remy sambil buat muka
hampa. Berterus terang dia menyatakan keinginan hatinya terhadap Annis.
Annis ketawa.
“You nak isteri you
lempang I?”
“Itu sama sekali tak
akan berlaku.” Balas Remy yakin. Perwatakan Annis yang manja membuatkan Remy
tidak melepaskan matanya walau seminitpun dari memandang Annis. Alahai Annis,
kalau isteri orang pun boleh jatuh cinta dengan aku inikan pula engkau. Bisik
hatinya lagi nakal. Padahal isteri sendiri terabai.
Sampai sahaja di Paddock, Riyadh membantu Annis untuk
naik ke atas Zidane. Waktu itu jugalah
Remy tersentuh paha Annis. Kononnya untuk perbetulkan kedudukan kaki Annis.
Annis perhatikan Remy
yang tersenyum. Sentuhan Remy bagaikan aura. Dia resah dan debar bila Remy
pandangnya tajam. Mungkin sebab anak mata Remy tu yang dalam. Dengan Riyadh pun
dia tak resah bagai. Biasalah bila dah lama-lama ni mesti kadang-kadang tu rasa
bosan. Tapi Riyadh pandang dia macam kayu tak ada perasaan pun. Dia cuba juga
goda-goda Riyadh tapi iman lelaki tu boleh tahan kuat. Hmm!
“Take care ya cik Annis…”ujar Remy lagi. Semakin ditatap wajah Annis
semakin bersemangat pula hatinya untuk menggoda wanita itu. Selagi ada
kesempatan apa salahnya dia cuba. Annis pun macam beri respond yang positif saja pada dia.
Hampir tiga puluh minit
mereka menunggang di dalam Paddock.
Selepas selesai kuda-kuda itu harus dibersihkan dan dimandikan sendiri.
Semuanya memang dia kena buat sendiri. Dalam bab-bab ini Remy memang tegas.
Tapi dengan dia Remy boleh tawarkan diri nak tolong buat. Dia tak perlu nak
buat apa-apa. Beruntungnya dia.
“Kesian you Annis. You
nampak letih je. Ambil ni,” Remy menyuakan botol air mineral kepadanya. Annis sambut. Sekali lagi jari jemari mereka
bersentuhan. Tapi kedua-duanya hanya tersenyum sahaja.
“Meh! I tolong bukakan untuk you.” suara Remy benar-benar kedengaran
sangat romantis. Cara Remy berbeza dengan Riyadh. Remy romantis. Riyadh tak
pandai sangat nak tunjukkan sifat romantis dia. Kenapa ia rasa berdebar sangat
bila dengan Remy.
“You nak ke mana lepas
ni?” soal Remy lagi lalu kembali menghulurkan mineral water kepada Annis.
“Thanks.I pun tak tahu nak buat apa. Ingatkan bila hari cuti begini
boleh prepare apa yang patut pasal
perkahwinan tu. Tapi, you faham sendirilah Riyadh tu. Jadual kerja kami tak
sama. Bila I free dia pula busy. Sekarang makin dekat nak kahwin
makin busy dia.” Annis mengeluh lagi.
Kenapa dia tidak rasa teruja dengan perkahwinan ini.
“Kalau macam tu you
mintak lah dia tangguh dulu. Kalau I pun tak nak buat majlis kalut-kalut
begitu. Nanti tak memuaskan hati pula. Kenapa tak bertunang dulu?” Remy cuba cucuk jarum.
“Dah banyak kali I
tolak Remy. Sampai dah tak ada alasan untuk I lagi. Kadang-kadang tu I bosan
dengan hubungan kami ni. Hambar. Apa yang I minat dia tak minat. Tapi, dia tak
ada pula nak halang apa yang I minat. I pun risau bila dah kahwin dia
sibuk-sibuk nak I mengandung cepat-cepat. Padahal I tak bersedia langsung nak
ada anak. Kalau ikutkan memang nak bertunang, tapi sebab Riyadh dah tak sabar.
Nak cepat-cepat kahwin.”
“Patutlah you sayangkan
dia. You jangan fikirkan sangat pasal hal tu. Nanti you yang pening kepala. Tak
cantik nanti cepat tua nanti.” Anak rambut Annis yang terjuntai di hadapan
ditarik perlahan ke belakang. Annis tak mampu nak kata-kata kerana terlalu
terkejut dengan perbuatan Remy yang spontan itu. Caring!
“Malam ni you free? Kita ke Club.” Remy separuh berbisik ke telinganya
Annis tersenyum sambil mengerling sekilas ke
wajah lelaki itu. Tidak lagi berfikir panjang dia menggangguk setuju. Itulah
kesukaannya. Berpeleseran di kelab-kelab. Riyadh tegur tapi tak pernah paksa
untuk dia berhenti dari mengunjungi tempat-tempat berkenaan.
Kali ini senyuman lebar
pula yang terukir di bibir Remy. Permulaan yang sangat positif. Riyadh? Apa
kata kita main game. Jerit hatinya
girang.
RIYADH sampai di rumah
sewaktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Dia benar-benar keletihan.
Tadi dia pergi begitu sahaja tinggalkan Fazzura dalam keadaan marah. Geram
dengan Fazzura yang tiba-tiba sahaja naik angin dengannya. Sudahnya dia pun
naik angin sama. Kalau betul pun dia silap cakap susah sangat ke Fazzura nak
maafkan dia.
Annis?
You di mana? Temankan I kejap!
SMS dihantar. Menanti
dengan penuh sabar. Rasanya memang dia tak boleh nak lelapkan mata. Hampir lima
minit berlalu tiada balasan yang diterima. Dia mencapai Samsung S3 miliknya.
Mendail nombor telefon Annis.Telefon bersambut. Bunyi bising mengiringi
permulaan bicara. Tak perlu ditanya dia sudah dapat mengagak Annis di mana.
Terus dia letak telefon! Geram. Yang sorang ni pantang kena tinggal kejap asyik
nak ke clubbing kerjanya. Apa tak
sakit kepala ke si Annis ni dengan bunyi muzik yang kuat-kuat begitu.
Annis!
Keluar dari situ dan tunggu I di tempat
biasa.Jangan lewat!
Send!
Dia terus capai kunci
kereta yang diletakkan di hujung katil.
Nafasnya rasa tak teratur. Laju langkahnya menapak keluar dari biliknya
yang berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.
Sewaktu kaki mengorak
langkah di tangga dia bertembung dengan ummi yang sedang memegang segelas air. Ummi
urut dada terkejut dengannya kehadirannya. Sewaktu dia masuk ke bilik tadi anak
tunggal lelakinya ini belum lagi pulang ke rumah.
“Keluar kejap ummi.”
jelasnya sambil teruskan langkah.
“Anak bertuah…bila yang
kau balik ni Yadh? Nak ke mana pulak waktu-waktu begini.” Puan Noriah menyoal
sambil geleng kepala memerhatikan anak bujangnya itu.
“Keluar kejap ummi…ambil
angin luar kejap.” balasnya pula memberi jawapan selamat. Persoalan ummi dibiarkan
tidak berjawab. Dia terus hilang di balik pintu. Laju menuju ke kereta Alfa
Romea Giulietta miliknya. Pintu dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta
bewarna putih itu. Enjin dihidupkan lalu pedal minyak ditekan keluar dari rumah
banglo dua tingkat itu.
Tiga puluh minit
perjalanan dia sampai di HR Steak House Kampung Baru. Masih ramai pengunjung
yang berada di Restoran itu. Jadi dia memilih untuk menunggu Annis dari dalam
kereta sahaja. Muzik di buka. Lagu Akulah Mentarimu nyanyian Laksamana
berkumandang. Lagu kena kat batang hidung dia. Hmm!
Redup
matamu bagai petanda lepas gerimis…
Yang
tersimpul bagai terkunci mengikat diri..
Kalaulah
aku mempunyai kuasa sakti..
Akan
ku ubah duka hidupmu jadi bahagia..
Ya! Kalaulah dia ada
kuasa sakti tentu dia sendiri akan tolong ubahkan nasib Fazzura. Dia tahu
Fazzura makan hati dengan kata-katanya. Dia tak sengaja. Dia sendiri tidak
ingin menambahkan beban untuk wanita itu. Untuk ibu muda yang bergelar ibu tunggal itu. Apatah lagi
melihat mata itu bertukar jadi bola golf sebab banyak sangat mengalirkan air
mata. Pelik!tak ada kaitan apa pun dengan dia. Tapi kenapa dia resah? Kenapa
dia risau setiap kali memikirkan soal Fazzura anak beranak. Jangan cakap dia
memang dah suka wanita tu. Dia tak sampai hati nak curang dengan Annis pun.
Tapi kenapa dia resah. Kenapa dia rasa sesuatu yang hilang bila Fazzura dan
anak-anaknya tidak kelihatan. Telefon bimbitnya yang diletakkan di box segera
diambil. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu.
Zurra,
maafkan saya pasal hal ptg tadi. Saya tak berniat nak patahkan semangat awak.
Saya cuma nak Zurra kuat. Abaikan yg negatif ambil yg positif. Sampaikan
ciuman syg saya utk anak-anak awak yg
comel tu.
Pesanan dihantar. Hatinya
rasa sedikit lapang. Seboleh-bolehnya dia tak mahu semua itu berlaku. Dia yang
bersalah. Terlanjur cakap mana nak boleh u-turn
dah. Tapi Fazzura pun tak boleh nak lepaskan amarah dia pada anak-anak. Itu
yang dia pun naik angin tadi. Itu pantang. Matanya kembali merenung skrin
telefon bimbitnya itu sebaik sahaja bunyi pesanan ringkas yang masuk.
Riyadh,
saya pun nak mintak maaf. Sebab emosi sangat.Terima kasih atas jasa baik awak
selama ni.
.
Tak habis-habis nak
berterima kasih kepadanya. Apalah sangat jasa dia. Dia hanya tolong setakat
yang termampu sahaja.
Kalau
banyak sangat jasa saya ni, kalungkanlah pingat!
Di sengeh panjang.
Konon-konon banyak sangat jasa dia. Dia sandarkan kepalanya di kusyen kereta
itu. Jari jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta itu. Matanya dipejamkan.
Buat seketika dadanya rasa lapang. Aduhai lega. Mengingati wajah si comel
Aqilah dan Fazmizie jiwanya rasa tenang. Bagai ada kuasa yang mengalir dalam
diri. Dia pejam mata sambil bibir mengukir senyuman manis.
Bunyi hon yang di
belakang keretanya kembali mengejutkan dia yang baru sahaja ingin melelapkan
mata. Dari cermin sisi dia memandang Annis yang melambaikan tangan kepada
seseorang. Dia tidak pasti siapa pemilik kereta Rexton bewarna hitam itu kerana
cerminnya yang agak gelap. Rexton hitam itu terus berlalu dari situ. Dia
mengeluh perlahan sebelum membuka pintu keretanya dan keluar. Tangan kanannya
diletakkan di atas bumbung Alfa Romeo Giulietta manakala tangan kiri diletakkan
di atas pintu kereta itu. Wajah wanita yang berdiri di belakang kereta itu
direnung tajam. Wajah itu bukan hadir dengan senyuman tapi masam kelat!
“Masuk!” Riyadh
memberikan arahan. Dengan pakaian Annis yang menjolok biji mata itu tak kuasa
dia nak pergi makan. Seleranya terus hilang.
Annis menurut. Dia masuk ke dalam sebelum pintu kereta itu
dihempaskan kuat-kuat. Marah kerana aktivitinya diganggu.
“Siapa yang hantar you
tadi?”
“Kawan I!” jawab Annis
acuh tak acuh.
“Lelaki?”dia soal lagi
sambil pusingkan badan mengadap Annis. Seksi sangat dengan baju gaun pendek
sendat bewarna hitam itu. Rambutnya yang berelung di biarkan mengurai. Bibirnya
yang munggil itu dioles lipstick warna terang. Nasib dia ingat nak buat isteri.
Kalau tidak sudah lama dia ngap!
Tapi, sabar…imannya masih kuat.
“I tanya you ni,
sayang? Lelaki ke?”
Annis angguk
lambat-lambat.
Riyadh mengeluh kasar.
“I tak pernah tahu pula you ada kawan lelaki pakai Rexton?”
“Kawan I…kebetulan I
pergi dengan Sarah tadi. Baru je I masuk club you dah call. I tumpanglah dia.”
“Siapa dia?”Annis
mengeluh. Riyadh dah macam pegawai penyiasat pula. Semua dia nak ambil tahu
sekarang. Naik rimas dibuatnya.
“Daim…budak model yang
sama agensi dengan I” jawab Annis. Terpaksa menipu. Kalau cakap Remy? Panjang
pula bebelan Riyadh nanti. Awal-awal lagi Riyadh dah warning tak mahu dia rapat dengan Remy.
“Apa nak jadi dengan you ni. Dah berbuih tau
mulut I pesan. Pakai sopan-sopan sikit tak boleh ke? You tengok pakaian you tu. I sendiri rasa malu. Sudah-sudahlah
nak pakai seksi segala bagai.” bebelnya kembali. Dari pemilik Rexton beralih
bebelannya kepada pakaian pula. Penghawa dingin diperlahankan. Nanti tak
pasal-pasal pula Annis jadi tugu. Maklumlah terlampau sejuk.
“You ingat I pergi masjid
ke yang nak berbungkus segala bagai?” soal Annis semula. Tubuh dipeluk. Bukan
sejuk sangat pun.
“Oh! I lupa you pergi clubbing kan? Habis tu kalau pergi kelab
tu mesti pakai seksi-seksi begini. I ni kira bagus tau. I cuma tegur you. I tak
pernah nak larang. Tapi, you janganlah nak over
sangat. You tu dah cantik. I ni dah tertarik. Cukup!” bidas Riyadh pula.
Tertarik dengan tergoda dua perkara yang berbeza. Kalau tergoda?
Jahanam!sekali-kali dengan dia.
Muncung Annis dah
sedepa mendengar kata-katanya itu. “Hah!elok sangatlah tu. Tegur sikit tarik
muka.” Pedal minyak terus ditekan keluar dari parking.
“You nak ke mana pula
ni?” soal Annis apabila Riyadh mula bergerak dari situ.
“Balik! I dah kenyang
tengok you pakai macam ni!” Sebaris kata itu membuatkan mulut Annis terkunci.
Kerana sebaris kata itu muncungnya kian sedepa. Riyadh! Semakin lama asyik nak
sakitkan hati dia. Cara Riyadh layan dia sekarang jauh beza dengan cara layanan
Remy terhadapnya tadi.
Entah kenapa wajah Remy
asyik terbayang di depan matanya sahaja.
best...
ReplyDeletenak zura ngan riyard...tk mo lh ngan anis...no..no..no
ReplyDeleteBilalah perangai Anis yg x seberapa ni nak terbongkar... nak Zura dgn Riyard juga...
ReplyDeletekasihan anak-anak zura yg kurang kasih sayang tu... dahlah kelurga zura buat x tahu ja...