Wednesday, September 14, 2011

DSRC-Bab 5



 
WAJAH tua itu di renung penuh sayu. Simpatinya menebal pada wanita ini. Sememangnya pemergian Khyrill benar-benar menggores luka di dalam hati Puan Kamariah. Wajah lesu itu di renung lagi untuk kesekian kali. Penyakit darah tinggi yang di hidapinya naik mendadak. Doktor yang merawat mengatakan yang Puan Kamariah mungkin begitu tertekan. Kerana itu darah naik mendadak. Jika keadaan ini berterusan ia akan membahayakan nyawa Puan Kamariah.
Pak cik kamu mana, Arisya? ”Soal Puan Kamariah sebaik sahaja dia tersedar. Kelibat suaminya itu langsung tidak kelihatan. Yang ada hanyalah Arisya sahaja di dalam wad itu. Pak cik pulang sebentar dengan Khuzaimie, mungkin sekejap lagi dia orang sampai. Mak cik rehatlah. Mak cik pengsan pagi tadi.”
“Mak Cik tak apa-apa...mak cik okey..”Tutur Puan Kamariah lagi walaupun kepalanya di rasakan amat berat sekali.
“Mak cik perlukan rehat..Mak cik nak apa-apa beritahu saya okey..”
“Mak Cik minta maaf, Risya. Mak Cik tak sanggup nak pergi rumah kamu tempoh hari.”
“Jangan cakap macam tu, mak cik. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Mak cik jangan fikirkan lagi hal itu.”
“Tapi mak cik kecewa, Risya. Kecewa dengan Khyrill...mak cik malu.. ”Ada air mata yang bertakung di kelopak matanya. Arisya resah. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu hal ini dibicarakan. Semuanya hanya akan menambah tekanan yang di hadapi oleh Puan Kamariah.
“Sudahlah mak cik..Jangan sebut lagi hal ini. Mak cik tak perlu nak rasa malu. Tapi mak cik kena berbangga dengan anak mak cik.”
“Tak ada apa yang perlu di banggakan Arisya...mak cik kecewa. Kerana cita-cita dia sanggup buat kita menderita, Risya.”Sedu sedan mula kedengaran. Arisya hanya mampu berdoa supaya hati Puan Kamariah menerima kenyataan ini dengan terbuka. Memang dia terluka, namun dia tetap merelakan. Biarlah kehendak dan keinginan Khyrill di penuhi. “Kenapa kamu tak larang dia, Arisya? Kenapa kamu tak halang perjalanan dia? Kenapa biarkan dia pergi tinggalkan kita...Kenapa?”Tangis Puan Kamariah lagi. Arisya segera memeluk Puan Kamariah. Jari-jemari Puan Kamariah di genggam erat.Dia serba-salah untuk menjawab semua soalan yang diajukan. Ya Allah.Kau berikanlah kekuatan untukku menghadapi semua ini. Doanya lagi di dalam hati.
“Mak cik..maafkan saya..Saya tak sanggup nak menghalang perjalanannya. Saya sayangkan dia mak cik. Dan kerana kasih dan sayangkan dia saya ikhlas melepaskan dia pergi. Saya tahu dia begitu berharap dengan impiannya itu. Maafkan saya makcik..”Luah Arisya lagi. Air matanya juga mengalir dengan laju. Puan Kamariah memejam mata rapat-rapat. Kekecewaannya menggunung. Kerisauannya melangit. Risau jika sesuatu terjadi kepada Khyrill. Dia takut peristiwa lama berulang kembali. Dia takut. Dia cuba halang peristiwa itu agar hilang di matanya namun tetap ada.
***
Sebaik sahaja wisel dibunyikan, semua pemain dan penyokong bersorak kegembiraan.  Kegembiraan jelas sekali terpancar di wajah mereka. Kamariah yang juga turut sama menyaksikan perlawanan bola di antara kampung-kampung itu bersorak gembira. Wajah abangnya di pandang dari jauh. Abangnya memang handal bermain bola. Kemudian dia mendongak memandang langit yang tiba-tiba sahaja mendung. Padang bola yang tadi terang benderang kini gelap menandakan yang hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja.
Dia melihat beberapa orang pemuda dan kanak-kanak kecil yang lain sudah lari lintang pukang untuk mencari tempat berteduh. Beberapa pemain masih berada ditengah padang itu. Termasuk abang Longnya. Guruh di langit tiba-tiba berdentum. Kilat sabung menyabung. Hujan rintik-rintik mulai turun. Kamariah dengan segera berlari-lari anak untuk menuju ke bangsal yang  berhampiran dengan padang bola itu. Di lihatnya beberapa orang kanak-kanak yang berlari tadi sudah berada di bangsal usang itu.
Namun belum sempat dia sampai di bawah bangsal itu,guruh berdentum dengan kuat. Terasa benar-benar dibelakangnya. Dia berhenti dan menoleh. Di lihatnya abang Longnya masih di tengah padang itu. Di mahu memanggil abangnya supaya berlindung di tempat selamat. Tapi belum sempat semua itu dilakukan sekali lagi petir berdentum dengan kuat.
Satu cahaya api kelihatan di tengah padang sebelum dia terdengar jeritan kuat abangnya sebelum rebah. Panahan petir itu tepat mengenai abangnya.Terngiang-ngiang suara abangnya sayup-sayup di telingannya. Ya Allah...hanya itu yang kedengaran di mulutnya. Dia terduduk dengan hujan mulai turun dengan lebatnya. Sekujur tubuh di tengan padang di pandang dari kejauhan sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.
Dia tidak mahu kehilangan Khyrill seperti mana dia kehilangan abangnya itu. Bukan niatnya untuk menghalau Khyrill bahkan sama sekali tidak mahu mengaku Khyrill itu anaknya tapi hanya itu sahaja cara yang ada untuk menghalang Khyrill pergi. Tapi Khyrill tetap tegar meninggalkannya. Sedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Khyrill benar-benar degil.

SEBAIK Sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah sewa itu matanya di hidangkan dengan botol-botol arak yang bergelimpangan. Khyrill mengucap. Ya Allah, apakah ini ujian pertama buat hambamu ni. Kuatkan lah imanku ini. Doanya di dalam hati. Dia sendiri tidak mengenali teman serumahnya ini kerana semuanya di uruskan oleh pihak pengurusan lamanya. Inikah kehidupan akhir zaman ini.
Dia  terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Itupun berdasarkan nombor bilik yang terdapat di kuncinya itu. Hendak bertanya tidak pula dia nampak bayang tubuh teman serumahnya itu. Apa yang dia tahu termasuk dia hanya dua orang sahaja yang menyewa rumah ini. Barang-barang segera di kemas dengan teratur sebelum dia mencapai tuala untuk mandi.
Sebaik sahaja selesai, dia segera mengambil komputer ribanya yang di letakkan di atas katil tadi. Mungkin ini sahajalah alat yang mampu mengeratkan hubunganya dengan Arisya yang kini berjauhan darinya. Jimat kos sara hidup di sini. Rindu sekali pada kekasihnya itu.Terasa bagaikan sudah berpisah bertahun-tahun walaupun baru sehari terpisah.Dia melihat Arisya sedang online. Dia senyum.
KZ18: Sayang,buat apa tu?Alhamdulillah..Rill dah selamat sampai kat sini.
KZ18:Buzzz!!!
KZ18:Arisya...
Khyrill memanggil. Apalah yang tengah dibuat oleh tunangnya itu. Hatinya mula rasa tidak tenteram.
KZ: Arisya...!sayang...!Risya sayang..?busy ke????
Masih tiada jawapan daripada Arisya. Dia mendengus perlahan. Mungkin dia tidur. Bisik Khyrill pula di dalam hati. Kali ini dia mencapai telefon bimbitnya pula. Nombor Encik Zahrul di dail. Dia mahu memberitahu pada abahnya bahawa dia telah selamat sampai. Tapi abahnya juga sama seperti Arisya. Aneh! Bukankah waktu di malayisa sekarang masih awal. Sudahnya dia menghantar satu sistem pesanan ringkas kepada adiknya, Khuzaimie dengan menyatakan bahawa dia sudah selamat sampai di sini.
Ingatannya kembali melayang pula pada wajah ibu yang di kasihi. Tiba-tiba hatinya di rundung pilu. Kenapa ibu benci sangat dengan cita-cita, Rill..ungkapnya perlahan. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya. Derhakakah dia?Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang di telinganya. Kekerasaan hati ibu saat dia mahu menyalami tangan ibunya itu sangat ketara. Sehingga ibu langsung tidak sudi memandang wajahnya.
“Kau jangan menyesal jika terjadi apa-apa. Kau jangan menyesal, Rill!.”Kata Puan Kamariah keras. Wajahnya sungul.Pandangan matanya di halakan ke arah lain. Khyrill benar-benar terasa dengan sikap ibunya itu.
Kini dia berada jauh beribu batu. Pergi meninggalkan ibu tanpa restu. Kata-kata ibu apakah satu ugutan atau pun ianya sekadar lafasan kata-kata yang di bentuk oleh sekeping hati yang sedang marah. Dia tak akan berputus asa. Dia mahu membuktikan pada ibu dia mampu bahagia dengan cinta dan cita-cita.
Ibu..mengertilah aku sengsara..lemas berendam air mata..
***
ARISYA terjaga dari tidur apabila terasa kesejukkan mula terasa hingga ke tulang temulang. Biasalah kalau kat Kuala Lumpur manalah nak dapat kesejukkan semulajadi macam di kampung ni. Badannya terasa letih kerana sehari suntuk berkejar ke sana ke mari. Sudahnya cuti yang di ambil dua hari terpaksa di lanjutkan sehari lagi. Lagipun hari ini dia mahu ke hospital melawat Puan Kamariah. Mungkin jika juga keadaan Puan Kamariah sudah stabil jadi bolehlah dia pulang semula ke Kuala Lumpur esok. Jam sudah menginjak ke angka 6 pagi. Dia segera bangun membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.
Sebaik sahaja selesai menunaikan kewajipannya dia segera menuju ke meja. Laptopnya tidak bertutup dari semalam. Ya Allah...katanya perlahan.Banyaknya mesej dari Khyrill. Kesian lelaki itu pasti menunggu-nunggu balasan darinya. Keletihan benar-benar membuatnya terlupa pada Khyrill yang kini berada jauh darinya.Dilihatnya Khyrill masih sedang online.
Irissya: Sorry...Risya dah tidur semalam..
KZ18: Hmm..dah lupa Rill ke?
Irissya: Tak! Cuma letih sikit..
KZ18: Sayang tak bersiap-siap lagi  ke nak pergi  kerja?Sekarang dah pukul berapa kat sana?
Pertanyaan Khyrill itu membuatnya serba salah. Sekarang dia berada di kampung. Bukan di Kuala Lumpur. Jika di beritahu di kampung, atas alasan apa pula?Bukankah Encik Zahrul sudah berpesan supaya jangan beritahu Khyrill tentang Puan Kamariah yang kini berada di hospital. Ah! Kalut...
KZ18:Buzzz!!
KZ18:Sayang...diam je?dah jadi bisu balik?Baru tiggal dah jadi bisu..
Irissya: Hari ni cuti lagi. Tak ada mood la nak pergi kerja.Aha..memang pun sekarang ni Risya bisu,Rill pun bisu jgak!
KZ18:Why?sayang sakit ke?Risya sorang je bisu. Rill tak!
Irissya: Sakit hati..kalau awak tak bisu maknanya sambil awak taip ni awak cakaplah ek..cakap depan komputer sorang-sorang..hehe..awak dah gila ke?Kesiannya..
Khyrill ketawa sebaik membaca mesej tersebut. Selalunya dia yang akan kenakan Arisya. Hari ini tiba pula gilirannya.
KZ18: Dah pandai erk nak kenakan org.!
Irissya: Risya berguru dengan Rill jugak.!Kalau tak ada Rill tak reti la Risya nak kenakan orang ni.Hehehe..
KZ18: jaga wak..Rill balik nanti tahulah apa nak buat.
Irissya:iye?hehe..
Khyrill tersenyum dan terus tersenyum. Hatinya benar-benar berbunga dengan rasa cinta. Ye lah kan, kalau dah senyum depan skrin ni sorang-sorang tak kan tak berbunga lagi. Cinta memang indah. Kehadiran Arisya benar-benar melengkapi dirinya yang kekurangan. Cuma, demi-cita-cita dan impian yang belum terlaksana mereka terpaksa berpisah untuk sementara waktu. Harapannya hanya satu agar bunga-bunga cinta ini tak akan layu di hujung mekar.
Berbeza pula dengan Arisya yang kelihatan agak resah. Kesian Khyrill, kalaulah dia tahu ibunya sekarang berada di hospital tentu dia sedih. Maafkan aku Rill kerana terpaksa merahsiakan perkara ini darimu. Bukan sengaja aku mahu merahsiakan hal ini daripada pengetahuanmu. Tetapi takdir memaksa aku melakukannya. Bisik hati kecil Arisya pula.



































No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...