Thursday, September 6, 2012

Milik Siapakah Hati Ini - Bab 2



            JAM sudah menunjukkan jam 6.00 petang. Aku sudah standby tunggu di belakang restoran. Aku pasti sebentar lagi mamat milo ais tu pasti akan lalu. Mata aku betul-betul difokuskan ke arah jalan raya. Kalau ada teropong   lagi jelas aku dapat tengok dia. Mujur Abang Badrol dan Kak Mila tidak ada di restauran. Jadi bolehlah aku bertenggek kat belakang restoran ni.   Entah-entah dia dah letak ubat pengasih bagi aku suka kat dia tak? Sebab tu aku jadi angau macam ni. Hish..! Tak mungkinlah. Zaman sekarang ni ada lagi ke benda-benda macam tu. Mengarutlah.!
 Tunggu punya tunggu..usahkan kata batang hidung, batang gigi pun tak kelihatan. Tanda-tanda motorsikal dia nak lalu pun tak ada. Yang Hafifi dah start senyum perli kat aku dah. Siot aje budak lembut ni.
“Sudah-sudahlah tu, Amili weh.! Aku rasa mamat milo ais kau tu tak datang kerja kot hari ni. Dari pada kau tercegat dekat situ lebih baik kau  tolong aku basuh pinggan ni. Ada jugak faedahnya.”
“Aku yakin dia datang kerja hari ni. Mungkin petang ni dia buat over time kot.”
“ Kerja di restoran pun ada over time?Hey!jangan nak mengarutlah.”
“ Mungkin orang ramai kat restoran tu. Lagipun aku tengok dia sorang aje yang kerja kat Restauran Putra tu. Tak pernah nampak pulak pekerja lain.” Kataku sekali lagi yang masih  tidak berpuas hati.
           Mataku masih tajam merenung ke atas jalan raya di hadapan. Sudah hampir setengah jam. Bayang mamat ‘milo ais’ tu langsung tak kelihatan. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Hafifi. Ah! hatiku hampa lagi. Keyakinan ku benar-benar terlebur kini.
“Amili kau tengok la kat hujung banggunan tu. Handsome kan mamat tu. Dia tengah tengok kau la Amili.Hey..! tengok la tu. handsome kan? Aku dah lama suka kat dia tu tapi dia tu mana layan yang sama spesis ni.”Kata  Hafifi  sambil menjuihkan  bibirnya ke arah budak lelaki tersebut. Tangannya terus membasuh pinggan dan gelas-gelas yang berselerak di dalam sinki itu.
Aku menoleh ke arah budak lelaki yang dikatakan  Hafifi. Tapi aku tak pasti yang mana satu sebabnya ada dua orang budak lelaki di hujung banggunan itu.   
“Bukan tengok aku. Tengok kau! Statement kau tu salah. Tapi yang mana satu?Yang besar gedabak tu ke? Hish!Gila punya taste.!”
“Eee..tu hah…yang duduk di atas bangku tu. Nampak ke tak?  Buka la mata tu bagi besar sikit! Bukan yang besar tu! Yang pakai baju warna putih tu la.”
Aku menoleh sekali lagi ke arah budak lelaki  yang dikatakan. Dari kejauhan aku tengok budak lelaki tu boleh la tahan. Aduh!Dia siap tunjuk isyarat ‘Peace’ lagi. Tapi seperti biasalah aku pura-pura tak nampak. Mujur Hafifi tak melihat isyarat ‘Peace’ itu, kalau tidak tergedik-gediklah jadinya dia. Tak kuasa aku nak melayan.
“ Kau kenal ke dia siapa?” Soal aku pula. Lain yang aku nak tengok hari ini, lain pulak yang muncul.
“ Hmm,budak tu kerja macam kita juga la. Kerja kat restauran Seafood Bertam  hujung banggunan tu. Kau tak teringin ke nak kenal dengan budak tu? Kalau tak silap aku nama dia Fitri.”
 “Kerja restauran lagi? Berapa banyak  budak lelaki yang kerja di restauran aku nak kenal ni? Aku teringin la juga nak kenal dengan lelaki yang kerja Lawyer ke? Ahli muzik ke? Pemain bola ke? Ini tak!”
“Amboi…belagaknya kau. Aku tahu la pemain bola tu pak we kau pun.!”  
“Hah! Bila masa pula aku berpakwe-pakwe dengan pemain bola ni? Jangan nak mereka-reka cerita yang tak ada. Itu fitnah namanya. Kau tahu tak fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.!Kalau  kau dapat 8A dalam SPM pun tidak mampu meleburkan dosa-dosa kau itu.”
“Eleh,kalau tanya kau memang tak pernah hendak mengaku. Abang Badrol yang cakap pada aku. Tak kan dia nak tipu aku pula.Tapi  apa status hubungan kau dengan pemain bola tu? Masih dalam perhubungan atau… ”
“Atau apa? Kau jangan nak mengarutlah!”marah aku pula. Tak habis-habis nak kaitkan aku dengan pemain bola. Cukuplah sikit-sikit.
“Ye lah..Kau pun sekarang ni asyik sebut pasal mamat milo ais tu aje. Cuba kau berterus terang dengan aku ni?Jangan cuba nak berlakon dengan aku ye..” 
 “Hey! Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah bercinta mahupun berkasih dengan seorang pemain bola. Siapa pemain bola tu? Cakap? Aku sendiri pun tak kenal. Apa yang abang Badrol cakapkan pada kau itu semua mengarut! Abang Badrol tu tipu kau aje! Yang kau pergi percaya apa dia cakap kenapa.?Kalau nak jadi betul bendul sangat pun biarlah bertempat. !”
             Hafifi tersengeh mendengarkan leteran panjang dariku.  Di sepanjang perjalanan yang aku lalui dalam mencari arah tujuan hidup bukan semata-mata cinta yang aku kejar. Tambahan pula untuk bercinta dengan pemain bola. Itu langsung tidak ada dalam senarai impianku. Memanglah aku minat menonton perlawanan bola sepak. Tapi bukannya aku ada hubungan dengan pemain bola. Mengarut! Tak masuk akal langsung. Macam manalah Abang Badrol boleh buat cerita macam tu. Gosip..gosip..perkara yang paling aku tak suka. Tapi sudah bertebaran di kawasan  Bertam ini tentang aku. Macam artis pula.
“Eh, budak tu bubye dekat kitalah.” Jeritnya pula. Lamunanku terhenti mendengarkan  jeritan darinya itu. Jeritan yang ku  rasakan sungguh gedik sekali. Kalau di ikutkan hati mahu saja aku menampar-nampar mulutnya yang  berwarna pink itu. Biar serta merta berubah menjadi lelaki sejati.   Boleh juga di buat suami.!
“Aku rasa dia bubye dekat  kau sorang je lah. Mungkin dia pun ada hati dekat  kau jugak kot. Maklumlah, kau tu cantik, memang sesuai sangatlah korang berdua.” Kataku pula sambil tersenyum nakal ke arahnya.  Giliran aku pula untuk ‘membasuhnya’ cukup-cukup.
“Mengarut!Ee..tension betul dengan kau ni!Sikit-sikit aku yang kena.!”Marahnya pula. Matanya dijegilkan bulat-bulat ke arahku.  Alahai… Ingat aku takut agaknya.
“Jangan la marah-marah Fifi. Engkau tu dah la cun. Orang cun seperti kau tak  sesuai langsung kalau marah-marah. Nanti hilanglah seri tu.Kalau dah hilang seri habislah tak ada orang yang akan suka pada kau lagi.” Aku  ketawa kuat melihat gelagat Hafifi yang seperti beruk terencat akal. Tambahan pula,melihatkan mukanya yang semakin bengang terhadap usikanku itu. Tapi aku tahu dia suka sebab aku panggil Fifi. Lebih ayu gitu .Uwekss!
“Kau pernah makan pinggan tak?!” Dia menyoal. Suaranya sedikit keras mungkin kerana wujudnya perasaan geram padaku. Aku berhenti ketawa serta merta. 
“Okey..okey..Janganlah marah. Aku tak pernah makan pinggan tapi kalau nasi dalam pinggan tu hari-hari la. Eh!Kau ni makin hari makin sensitif  ya. Aku puji pun salah. Pujian aku ikhlas tau!Mana ada orang yang nak puji kau selain dari aku yang baik hati ni.”
 PAPPP!!PAPPP!!PAPPP!!!
“Adoiiiiiiii!!Sakit la woi!Main pukul-pukul pulak!” Aku terjerit kuat. Siot! Dia ingat aku dinding ke nak main-main pukul macam ini. Sengal-sengal bahu aku akibat pukulan darinya tadi. Kalau dah lelaki tu lelaki juga.Keras! 
“Padan muka!Buatlah lagi. Baru kau tahu sakit ke tidak.!”Balas Hafifi pula.
“Hish!”
“Itu baru sikit tau.” Katanya lagi.Geram pula aku padanya. Kalau ye pun janganlah main pukul-pukul macam tu. Sakitlah. Dah la aku cuma harapkan minum susu Anlane aje sebab nak kuatkan tulang-tulang ni. Aku tergosok-gosok bahuku. Hafifi tersenyum gembira apabila dapat membalas dendam dengan cara sebegitu rupa.
“Main kasar ye kau. Tak apa..Ada ubi ada batas. Hari ini juga akan aku balas.!” Dia ketawa mendengarkan kata-kataku itu. Dalam pada itu aku melihat budak lelaki yang berada dihujung banggunan itu sedang berjalan menuju ke arah kami berdua. Cari siapa pula..?
“Hafifi, kau tengok tu  budak yang kau miiiiinatttt sangat tu sedang menuju ke arah kita. Seronoklah kau ye..”
“Hah! Amili, Kau tegur dia erk!”
“Tak naklah aku!Kau yang syok kau dia,bukan aku. Sakit kena pukulan kau belum hilang lagi tau. !Dah la, aku nak masuk dalam. Nanti abang Badrol dan Kak Mila datang tak pasal-pasal dapat ayat-ayat power.” Kata aku dengan segera bergerak dari tempat  duduk ku tadi.
“Weh!Nanti la!Ee..kau jangan takutlah dengan diorang berdua tu.! ”Katanya pula yang cuba menahanku. Tadi bukan main lagi. Pukul aku sampai tak ingat dunia. Aku segera mematikan langkahku. Aku kembali berpaling ke arahnya. Budak lelaki yang bernama Fitri itu semakin hampir kepada aku dan Hafifi. Fulamak!Comelnya dia. Lagi dekat lagi comel. Kalau macam ini, aku pun boleh cair. Hilang sudah bayangan mamat ‘milo ais’ yang aku nanti-nantikan tadi. Tiba-tiba muncul satu idea nakal untuk mengenakan budak Hafifi ni.Jeng..jeng..jeng…
“Hai,awak!saya nak bagi tahu ni kawan saya ni suka bangat sama awak.! Awak janganlah jual mahal ye, kesian kat kawan saya. Dia dah lama pendamkan rasa cinta dia pada awak. Asyik pandang awak dari kejauhan aje. Tapi angan-angan dia menjadi kenyataanlah hari ini sebab awak sudah berda di depan mata. Okeylah! Saya masuk ke dalam dulu ye. Awak berdua bolehlah berkenal-kenalan ya. Bubyeee.”Aku berkata dengan panjang lebar sambil menekup mulut menahan tawa agar tidak terburai. Muka Hafifi sudah bertukar warna. Malu agaknya dengan tindakan aku yang di luar jangkaan itu. Lelaki juga kelihatan terpinga-pinga .  Aku segera beredar dari situ menuju ke hadapan. Tawaku sudah pecah terburai. Dalam pada itu,aku masih sempat menoleh ke arah budak lelaki itu dan melambai-lambaikan tanganku padanya . Dia merenungku tajam. Setajam pedang samurai. Namun jangan haraplah hati aku ini akan cair pada renungan-renungan tajam sebegitu.
Beberapa orang pelanggan yang berada di dalam restoran itu menoleh ke arahku. Aku berhenti ketawa tetapi masih tersengeh  macam kerang busuk. Mencari-cari bayangan Kak Kiah. Oh Kak Kiah…..di mana kau berada?
*****
Mendidih telinga aku mendengarkan leteran dari Abang Badrol. Entah apa yang tidak kena dengan bos aku hari ini. Anginnya lain macam. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Melihat sikapnya yang banyak berubah hari ini. Langsung hilang sifat-sifat  penyayang yang ada dalam dirinya. Mungkin dia sudah berjangkit dengan sikap Kak Mila. Bukan pasal aku tak buat kerja, tapi sebab bagi muka pada teman baik aku tu. Siapa lagi kalau bukan Hafifi. Entah ke mana dia merayau. Tak pasal-pasal aku dengan Kak Kiah yang jadi mangsa.  Ini tidak adil dan sudah dikira diskriminasi menjatuhkan aku. Mujur tidak ramai pelanggan waktu-waktu selepas maghrib begini. Hafifi pun satulah, nanti bila ditegur mulalah dia nak merajuk. Muncung tu tak usah cakaplah. Panjang  mengalahkan burung belatuk.
“Lain kali jangan bagi muka sangat pada dia! Dia tu perempuan bukan lelaki. Lagi satu, yang korang panggil dia Hafifilah, Fifilah kenapa? Lagi seronoklah dia.!Kerja banyak di kedai ini boleh pula dia merayau! Tegur-tegurlah dia sikit! ”
“ Dia bukannya nak dengar apa yang kami cakapkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kanan juga.”Jawab Kak Kiah pula selamba dan dengan  segeranya  berlalu menuju ke dapur kerana ada pesanan yang belum  disiapkan. Untung jadi Kak Kiah.
 “Ingat tu Amili, dia tu lelaki bukan perempuan! Jangan nak manjakan dia sangat. Ini tidak adil untuk kau juga. Kerja dia kau yang perlu buat. Habis  tu  dia makan gaji butalah.!”Wajah Abang Badrol kelihatan serius sehingga kedut di dahinya jelas kelihatan.Aku hanya mengangguk tanda memahami apa yang di katakan oleh Abang Badrol. Kadang-kadang aku dengar dia pun panggil Hafiz dengan gelaran Hafifi. Kadang-kadang Fifi.Jadi apa masalahnya.?Tak kanlah hanya di sebabkan nama budak Hafiz tu nak melampau-lampau. Ada apa pada nama?Aku kesian sebenarnya pada Hafiz tu. Dia pun bukannya minta semua itu jadi pada dia. Tapi  apa boleh buat bila naluri keperempuanannya lebih banyak dari lelaki. 
“Kau tahu ke mana dia pergi?”Soal Abang Badrol lagi.
“Entahlah. Dia tak cakap pula mana dia nak pergi.”
“ Hmm..Esok Abang Badrol tak dapat datang restauran. Abang Badrol serahkan kunci restauran ini dekat kau. Pagi esok kau tolong bukakan restauran ini ya.” Nada suara abang Badrol sudah berubah menjadi tenang. Aku mengambil kunci yang diberikan itu dan di mindaku kini muncul beribu-ribu soalan. Soalan yang jawapannya hanya ada pada abang Badrol sahaja.
“Kenapa tak berikan pada Kak Kiah saja?”Soalku hairan dengan situasi yang berlaku. Kenapa mesti aku yang terima kunci bukan Kak Kiah yang sudah lama bekerja di restauran  ini.
“Sebab rumah kau dengan restauran dekat aje. Kalau bagi pada Kak Kiah nanti lambat pula. Rumah dia jauh. Lagipun abang Badrol lebih harapkan kau dari mereka semua.”
Hah! Ini  yang buat aku tak berapa nak sedap hati ini. Kenapa pula aku yang dia harapkan. Aku ni baru aje kerja sepenuh masa di restauran ni. Sebuah harapan yang di berikan mejadikan aku seorang yang penakut. Buka takut untuk menggalas tanggungjawab yang di berikan.Tapi aku takut  jika ianya di salahertikan oleh pekerja lain. Hati manusia sukar untuk di duga.
“Selama ini Abang Badrol berpuas hati dengan kerja yang engkau lakukan. Jadi tak salah andainya Abang Badrol memberikannya kepada kau.” Katanya lagi padaku seolah-olah dapat membaca apa yang sedang bermain di dalam fikiranku.
“Kak Mila tak datang juga ke esok?”Laju sahaja soalan itu terpacul dari mulutku. Abang Badrol menjeling padaku sekilas. Aku mengharapkan jawapan yang lebih baik dari Abang Badrol  bukan dengan hanya memberikan aku jelingan tajam seperti itu kerana aku tidak arif tentang bahasa isyarat.
“Tak payahlah kau nak bertanya pada dia. Selama ini pun bukannya dia selalu ambil berat sangat pasal restauran ini. Abaikan soal dia. Tu ha..ada pelanggan masuk.”
Apa lagi yang hendak aku katakan selain tersengeh macam kerang yang tak laku-laku sebelum berlalu menuju ke arah pelanggan yang baru masuk itu. Kunci restauran masih berada kemas di dalam genggamanku. Aku sudah mula membuat kesimpulan sendiri bahawa Abang Badrol dan Kak Mila mungkin mengalami perselisihan rumah tangga. Jika tidak,masakan Abang Badrol berbicara sebegitu rupa. Bukannya ini yang pertama kali. Entah kali ini apa pula yang Kak Mila buat sehinggakan Abang Badrol moody aje.  Yang pasti aku tidak mahu terheret sama ke dalam urusan rumah tangga mereka.
*******

PAGI-pagi buta aku di kejutkan dengan sebuah  panggilan telefon. Baru sahaja mata ini mahu terlelap. Berat rasanya tanganku untuk menjawab panggilan itu. Tambahan pula aku melihat tiada nama pemanggil yang tertera. Entah siapa yang begitu berani mengganggu waktu-waktu tidurku ini. Sudahlah sehari suntuk aku menghambakan diri dengan kerja di restauran  sehinggakan aku langsung  tak punya masa untu menjaga kesihatan diriku ini. Telefon bimbitku sekali lagi berdering. Entah siapa gerangannya. Langsung tidak reti berputus asa. Agaknya sudah tiada hari esok bagi si pemanggil ini. Dengan perasaan bercelaru aku menjawab juga panggilan tersebut. Mujur masih ada sedikit perasaan simpati di sudut hatiku ini.
“Hello…”
“Hello..Assalammualaikum. Amili ke ni?”
“Waalaikummusalam. Ya, saya bercakap. Siapa ni?”Kali ini giliran aku pula yang bertanya siapakah gerangan empunya suara.
“Tak kenal ke?”
“Kalau saya kenal siapa awak, buat apa saya nak bertanya lagi.!”Jawabku sedikit geram. Sudahlah mengganggu waktu tidurku. Boleh pula bermukadimah panjang lebar.
“Sibuk ke?”
Alahai.. apa punya soalan ini. Memanglah aku sibuk sekarang ini. Sibuk nak tidur. Hendak aje mulut aku yang celupar ini menjawab begitu.
“Awak ni siapa?Saya kenal awak ke?” Sekali lagi aku menyoalnya dengan soalan yang serupa. Aku yakin ini bukan suara rakan-rakanku. Habis suara siapa. Aku tidak pernah memberikan nombor telefonku kepada sesiapa dengan sesuka hati.
“Sayalah..Fitri! Ingat saya lagi tak?”
“Fitri mana pula ni? Bila masa saya beri nombor telefon saya ni pada awak? Awak silap orang agaknya.”Kataku pula denga suara yang agak serak. Kedengaran tawa di hujung talian. Aku cuba juga memerahkan otakku ini  untuk cuba mengecam suara tersebut. Manalah tahu jika rakan-rakanku yang sengaja ingin mengenakan aku. Tapi tak mungkinlah.
“Awak ni kelakarlah. Tadi di restauran  bukan main lagi awak kenakan saya dengan mamat lembut tu. Apa namanya? Hafifi..”
“Err..hmm..laa..awak ke? Mana awak dapat nombor telefon saya ni? Sapa yang berikannya pada awak? Sorrylah..Tadi saya saja je nak kenakan si Hafifi tu. Awak marah ke?” Soalku bertubi-tubi. Baru mindaku ini mengingati kejadian yang berlaku di sinag hari tadi. Fitri di hujung talian ketawa lagi. Patutlah muka dia manis je. Suka ketawa. Bukankah ketawa itu pengubat segala duka lara. Ewah! Tiba-tiba je rasa nak jiwang.
“Saya ambil daripada budak lembut tu lah. Teman baik awak tu. Buat apa saya nak marahkan awak. Perkara kecil je lah. Sekurang-kurangnya saya dapat juga kenal dengan awak dengan lebih dekat.”
Lain macam saja bunyinya. Macam orang yang sudah jatuh cinta. Hish!Jangan perasaan boleh tak Amili!Jerit hatiku pula.
“Awak mesti bukan orang sini.”
“Mana awak tahu?”
“Dari gaya percakapan awaklah!”
“Oh..saya orang Kelantan.”
“Mak ai..jauhnya merantau sampai ke Pulau Pinang ni. Kenapa di Kelantan tu tak ada kerja ke. ?”
“Bukan tak ada kerja..”
“Habis tu..?”
“Tak ada perempuan yang macam awak!”Aku terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata yang keluar dari bibir Fitri. Adakah ianya suatu gurauan di pagi-pagi buta ini ataupun ianya sebuah pengucapan yang serius. Tapi Fitri pun tak kurang hebatnya. Ciri-ciri lelaki idaman wanita itu ada padanya. Aku tersenyum sendiri. Hakikatnya untuk mencari cinta sejati sangat sukar. Apatah lagi untuk mengerti tentang hati dan perasaan sendiri.
“ Jangan nak mengarutlah awak. Ayat-ayat buaya awak tu tak laku kat sini.!”Dia ketawa lagi. Apa yang kelakarnya…Hish!Tak faham aku kerenah Fitri ini.
“Awak ada boyfriend?” Soalan yang langsung aku tak jangka akan keluar dari mulutnya. Kali ini giliran aku pula ketawa kuat sebelum menjawab soalan darinya itu.
“Untuk pengetahuan awak, saya memang ada ramai boyfriend! Dan  yang terkini adalah awak.” Aku ketawa lagi. Dia turut sama ketawa.
“Memang saya pun harapkan begitu. Menjadi salah seorang  dari boyfreind awak. Saya tahu awak memang istimewa. Tapi saya lagi suka kalau dapat jadi boyfriend ‘istimewa’ awak.! Okey awak..Bubye..”
Klik
Dia terus meletakkan gagang sebaik sahaja selesai berbicara sebegitu padaku. Aku tersenyun sendiri. Terlalu mesra sangatkah aku sehingga Fitri mudah memberikan tanggapan yang sebegitu rupa. Sedangkan aku dan dia langsung belum mengenali di antara satu sama lain. Tapi dia seolah-olah sudah begitu mengenali aku. Apakah Hafifi sudah menceritakan padanya tentang diriku ini. Ah! Budak lembut tu bukannya boleh di harapkan sangat.
Aku menoleh melihat jam di dinding. Waktu sudah hampir menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku ingin segera melelapkan mata agar perjalanan hari esok berjalan dengan lancar. Lagipun ada tanggungjawab besar yang perlukan aku laksanakan esok.
Fitri.Nama itu kembali meniti di bibirku. Yang sebenarnya Hafifi yang suka pada dia. Bukannya aku. Tapi aku tak kisahlah. Aku akan menerima sesiapa sahaja menjadi kawanku asalkan dia berniat jujur padaku. Tapi kalau untuk berpacaran, hati aku saat ini masih belum terbuka untuk itu. Aku masih mencari dan menanti cinta sejati untuk memberikan sekeping hati milikku ini. Adakah Fitri? Adakah mamat milo ais? Ah! Masih terlalu awal untuk aku berbicara tentang cinta. Aku tidak mahu terburu-buru di dalam soal cinta apatah lagi ianya melibatkan hati dan perasaan. Mataku semakin  berat. Aku ingin tidur lena di sepanjang watu yang ada sebelum memulakan hari esok. Semoga esok lebih baik dari hari ini.Amin…











  


No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...