RIYADH sampai di
perkarangan Hospital Parit Buntar tepat jam Sembilan empat puluh lima minit malam.
Nombor telefon Fazzura didail berulang kali namun hampa tidak berjawab. Dia
keluar dari kereta Alfa Romeo Giulietta miliknya itu. Keaadan di sekeliling
hanya di terangi oleh lampu-lampu tiang. Kawasan hospital ini semakin sunyi
menjelang malam. Maklum sahajalah waktu melawat hanya dibenarkan sampai pukul
tujuh malam sahaja. Dia bersandar di sisi pintu kereta itu. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Kenapa
dengan dia ni? Risau semacam!
Dia pandang tubuhnya
yang masih tersarung baju kemeja bewarna hitam dan seluar bewarna kelabu itu.
Dari pejabat tadi dia terus bergerak menuju ke sini. Dia hanya berhenti
menunaikan solat Maghrib di Perhentian Tapah. Siaplah dia duit untuk bayar
saman AES selepas ini. Bayar ajelah. Itulah yang tak seronoknya Malaysia ni
sikit-sikit nak saman. Tak tahu kita ni urgent
macam mana.
“Riyadh?” Namanya dipanggil.
Dia menoleh laju. Jantung seakan berdenyut kencang sebaik sahaja melihat wajah
itu. Wajah wanita di hadapannya ditatap kemas. Dengan baju t’shirt putih dan jeans
biru gelap. Simple. Rambutnya yang
panjang sehingga melepasi paras bahu dibiarkan lepas bebas. Buat seketika
matanya tidak berkerdip memandang seraut wajah itu. Ayu, tenang dan mendamaikan
walaupun mata wanita itu kelihatan sangat sebam. Ternyata pertemuan ini tidak
seperti pertemuan-pertemuan yang lalu. Dia rasa kekok setelah dua bulan tidak
bertemu. Di mana yang tidak menariknya wanita ini kerana apa yang matanya
pandang sekarang sudah cukup buat dia tertarik.
Fazzura berdehem perlahan. Tidak selesa dengan
cara pemuda itu memandangnya.
“Eh! Zurra...” Riyadh
gelabah sendiri.
“Awak dah lama sampai?”
Riyadh angguk.“Macam
mana keadaan Fazmizie?”
Anehnya kenapa dia jadi
macam ni. Seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan Fazzura. Jelas perbezaan
yang amat ketara pada pertemuan kali ini. Dengan Annis tak ada pula nak rasa
begini. Tapi dia cuba mengawal. Lelaki beb! Jangan tunjuk sangat kegusaran tu.
Alahai! Lupa nak
beritahu Annis yang dia berada di sini. Lupa lagi!
Persoalan dari Riyadh
di biarkan tidak berjawab. Tidak mahu pemuda itu terlalu memikirkan anaknya. “Kesian
awak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok Fazmizie. Dia okey. Keadaan dia
okey je. Sorry, tadi saya solat di
surau dan tak dengar pun awak call.”
Riyadh angguk sambil
tangannya mula menaip mesej untuk memberitahu Annis yang dia ada di sini. Tak
nak nanti Annis cakap dia tak sayang pulak. Annis dah setuju terima lamaran dan
dia cukup gembira. Jadi seboleh-bolehnya dia mahu menjaga hati bakal isterinya
itu sebaik mungkin.
“Awak menyusahkan diri
datang ke sini. Esok-esokkan boleh.” Bukan niat Fazzura untuk menghalang
kedatangan pemuda ini. Tapi, dia rasa tak perlu pun. Nanti kalau cakap takut
lelaki ni berkecil hati pula. Jadi dia pilih untuk cakap dengan susun atur
perkataan yang paling sopan.
“Awak tak perlu buat
macam ni. Saya beritahu pada awak. Bukan mintak awak datang ke sini.” ulangnya
sekali lagi bila Riyadh macam dengar dengan tak apa yang dia katakan.
Riyadh senyum sekilas
memandangnya sambil tangan terus menaip mesej kepada Annis. Telinga pulak mendengar
bebelan Fazzura terhadapnya. Fazzura beritahu pun sebab dia tanya. Sebab
tergerak hati nak call. Kalau tak, mati
hidup semula pun dia tak akan tahu punya. Yalah, sebab dia bukan siapa-siapa
pun.
“Apa yang susah?
Bukannya perlu ambil tiket bas ke apa. Kuala Lumpur dengan Perak ni berapa jam
aje pun.”
Yalah, Riyadh bolehlah
cakap macam tu. Dia ada semuanya. Bukan nak perlu bersusah-susah macam dia pun.
Ermm…apa bezanya sewaktu dia bersama dengan Aqil dulu. Dia balik kampung pun
naik kereta. Tak susah pun. Entahlah, buat apa nak kenang lagi semua yang bukan
miliknya.
“Awak terus datang dari
tempat kerja?” Fazzura tanya sekadar untuk berbasa basi. Kalau tengok dari
pakaian yang tersarung ditubuh Riyadh ni memang dia dah dapat jawapan pun.
“A’ah,terus datang
sini. Risaulah. Mana boleh nak buat kerja.” Pelik! Macam anak dia pula yang
sakit.
“Boleh ke ni nak tengok
Fazmizie kejap.”
“Dah lewat kut…”
“Alah…mintak je lah kat
jururawat tu kalau Zurra takut nak cakap biar saya yang cakap.”Cadangnya pula.
Macam mana pun dia nak tengok keadaan Fazmizie dulu baru dia akan pergi. Kalau
tak jangan harap. Tidur kat sini pun tak pe lah!
“Awak nak cakap apa pulak kat jururawat tu.
Dia orang marah awak je nanti.”
“Hah! Lantaklah…peduli
apa saya. Dalam sejarah di Malaysia ni belum ada lagi Jururawat makan orang.”
bebelnya tak puas hati bila Fazzura cakap macam tu.
“Ataupun Zurra yang tak
izinkan saya ni?” dia kerling Fazzura. Kemudian ketawa. Kerisauannya yang tadi
bersarang rasa hilang tiba-tiba walaupun belum dengar khabar yang
sebetul-betulnya tentang Fazmizie dari Fazzura. Dia cakap memang okey. Selagi
tak tengok depan mata dia jangan harap dia nak percaya seratus peratus. Baru
lima puluh peratus. Fazzura ni pulak bukan jenis yang nak cerita sangat. Suka
pendam sampai dua tiga hari baru nak cerita. Itupun kena paksa.
“Awak tak perlu nak
buat macam tu. Tak kanlah saya ni sanggup tak bagi pulak!” Sampai ke situ pulak
yang Riyadh fikir.
“Saya nak balik rumah
kejap. Nak ambil barang-barang Fazmizie. Saya ingatkan dia tak kena tahan tadi.
Tapi, doktor mintak duduk wad dulu.
Sebab tadi banyak sangat darah dia keluar.”
“Darah banyak keluar?”
Fazzura angguk. “Jangan
risau sekarang dah okey pun.” Bila lepas habis solat Isyak tadi dia terus
datang ke kereta untuk balik ke rumah sebentar. Terpaksa tinggalkan Fazmizie
buat seketika. Sebenarnya dia tak menjangkakan yang pemuda ini betul-betul akan
datang ke sini.
“Eh!teruk ke dia?” soal
Riyadh lagi.
“Tak teruk sangat. Luka tu dalam sebab tu banyak darah keluar.
Tapi keadaan dia dah stabil. Minum susu tadi tidur terus. Esok boleh keluarlah
tu.”
“Macam mana boleh jadi
macam tu?” Nak tahu lagi.
“Budak-budak biasalah…Mizie
pulak awak faham-fahamlah. Baru boleh berjalan. Kena kepung selalu. Alpa
seminit je ermm…” Dia rasa sedikit menyesal. Sepatutnya dia tak biarkan
Fazmizie main di situ. Teruk sangat ke dia ni. Sampai anak kecil macam tu pun
boleh alpa sangat.
“Sebab tu lah kena
awasi dua puluh empat jam. Dia tu kecil lagi. Jangan tinggalkan dia main
sorang-sorang.”
“Hmm…” Fazzura sedar
memang salahnya.
“Boleh ke tunjukkan
saya di mana katil dia. Biar saya tolong jagakan dia.”
Fazzura angguk dan mula berpaling untuk menuju
ke wad kanak-kanak yang menempatkan anaknya itu. Tidak jauh dari kawasan tempat
letak kereta itu. Dia tahu walau macam mana pun dia bagi alasan lelaki ini
tetap berdegil.
“Saya harap tak menyusahkan awak, Riyadh. Awak
dah banyak tolong kami. Sampai sekarang pun awak masih ambil berat terhadap
kami. Kami ni bukan siapa-siapa pun. Orang luar yang tiba-tiba hadir dan
menyusahkan hidup awak. Tak ada kaitan pun kan?”
“Tak pernah ada istilah
susah untuk anak-anak awak, Zurra. Jangan cakap macam tu. Jangan buat ayat
simpati macam tu. Saya ni yang orang luar bukan awak. Apalah sangat ha...kecik
punya hal lah.” balas Riyadh tenang.
Buat apa nak cakap
lagi. Kalau menyusahkan tak adalah dia berada kat sini sekarang. Dia tak pernah
rasa susah pun. Sikit pun tak! Fazzura asyik pandang susah dia, cubalah pandang
keikhlasan dia ni.
Mereka terus beriringan berjalan menuju ke
wad. Tetapi seketika kemudian langkah kaki Riyadh terhenti. Dia pandang Fazzura
dengan dahi berkerut. “Kenapa pula dengan awak ni?” soal Fazzura aneh. Pelik
sangat cara Riyadh pandang. Dia tak suka.
“Zurra, boleh tak kalau
nak mintak tolong Zurra?” Riyadh cakap sambil peluk tubuh. Nak kata ada angin
sebab sejuk tak pula. Style kut!
Dia menentang mata
lelaki yang berdiri dihadapannya ini. “Awak nak saya tolong apa?” Selama dia
mengenali pemuda ini tidak pernah sekalipun Riyadh meminta pertolongan darinya.
Apa yang dia terima adalah sebaliknya. Riyadh selalu ada saat-saat ujian datang
menimpa dirinya.
“Boleh awak bawa Aqilah
sekali?” luah Riyadh dengan muka ala-ala mintak simpati. Fazzura rasa serba
salah. Bimbang Abah tak izinkan dia bawa sekali Aqilah. Lagipun di sini,
bukannya selesa sangat pun. Tak kan nak tidur atas lantai wad tu. Agak-agaklah!
“Macam ni, awak bawa
dia ke sini. Nanti malam saya sewa hotel
berdekatan. Awak boleh tidur dengan dia. Saya jaga Fazmizie boleh?” Fazzura
terus geleng kepala. Tak setuju dengan cadangan Riyadh. Kalau Aqil mungkin dia
setuju. Ada juga pertalian darah di situ.
“Saya tak nak
menyusahkan awak, Riyadh. Awak kena faham tu…”
“Zurra, please... okey kalau Zurra tak nak saya
jaga Fazmizie, Zurra bawa Aqilah sekali nanti. Saya jaga dia. Zurra bawa
pakaian dia sekali. Kita tukar plan!”
pujuk Riyadh sekali lagi.
“Saya janji saya jaga dia.” sambungnya pula
bila melihat Fazzura diam sahaja seperti sedang memikirkan cadangannya yang
pada pendapatnya tak perlu nak fikir-fikir lagi. Setuju sajalah. Bukan kena
jatuh hukuman apa pun kalau dia setuju.
Fazzura geleng kepala.
Tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Bukankah semua itu hanya akan menyusahkan pemuda ini.
“Zurra, boleh lah
Zurra. Awak ni macam tak percayakan sayakan?” rayunya lagi.
“Tak boleh Riyadh. Saya
tak nak menyu..”
“Boleh tak Zurra jangan cakap saya menyusahkan Zurra!”nada
suaranya keras sambil pandang Fazzura. Anak mata bewarna hitam itu ditenung
dalam namun Fazzura cepat sahaja melarikan pandangan matanya. Fazzura memang
degil. Apa benda mesti nak kena cakap berulang kali baru dia setuju. Tapi yang
dia tahu orang degil ni luar aje. Dalam hati baik.
“Saya tak tahu kenapa
awak perlu buat semua ni Riyadh?”
“Awak jangan soal saya
benda yang saya tak ada jawapan. Apa yang pasti saya ikhlas. Ikhlas dengan apa
yang saya lakukan.”
Fazzura geleng kepala.
Dia terus mengorak langkah. Tidak peduli dengan permintaan Riyadh. Dia tetap
tak nak menyusahkan pemuda itu. Sudahlah Riyadh.
“Zurra, please…”
Fazzura menoleh. Lagi
sekali Riyadh buat muka kesian. Allah! Dia tak sampai hati. Tolonglah Riyadh.
Jangan merayu macam tu depan aku.
“Please… ” pinta Riyadh sekali lagi. Dia tidak berganjak sedikitpun
dari situ walaupun Fazzura dah sedikit kehadapan meninggalkannya.
“Zurra!”
“No
Riyadh! saya tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak menyusahkan awak. You can go and come tomorrow.”
“Semua tu akan hilang
bila dia orang berdua ada di sisi saya!” jawab Riyadh tegas. Degil sungguh
Fazzura ni. “I will not go!” balasnya
geram. Bertimbang rasalah sikit dekat dia. Dia ni datang jauh-jauh tak kan tak
boleh nak jumpa Aqilah langsung.
“Manalah saya tahu?”
Fazzura cebik mulut.
“Eee.. .dia ni kan! Aku
cium jugak nanti kut. Please la
Zurra! Awak tak kesiankan saya ke?”dia buat lagi muka simpati. Aduh! Tadi cakap
ikhlas sekarang dah macam mintak balasan pulak. Kenapa dengan dia ni!
“Teruknya awak!” ujar
Fazzura perlahan. Rasa nak ketawa pula bila tengok muka Riyadh masam macam tu.
Peliknya lelaki ini. Pelik sangat!
“Lantaklah…saya ni dah
sayang sangat kat anak-anak Zurra tu. Dah rasa macam anak sendiri. Zurra tu
degil. Bagilah saya jaga Aqilah kejap malam ni aje. Esok Zurra cakap adik dah
boleh keluar, habis tu bila masa yang
saya nak jumpa Aqilah. Nak bagi saya penasaran pun agak-agaklah!” Hah! Ambik
kau.
“Ermm…Okey! Okey! Tapi
saya tak berani janji. Bimbang kalau abah tak izinkan. Lagipun awak faham-faham
sajalah hubungan saya dengan keluarga belum pulih lagi. Tapi saya cuba sebab
awak dah banyak tolong saya.” Kata Fazzura tenang. Rasanya tak sampai hati pula
untuk dia menghampakan permintaan Riyadh. Walaupun di awal tadi dia begitu
berdegil akhirnya dia berlembut juga bila pandang wajah Riyadh. Jatuh kasihan.
Riyadh tarik nafas lega
mendengar jawapan dari mulut Fazzura.
“Tak apalah, sekurang-kurangnya
awak cuba. Apa-apa pun kena cuba.” dia tarik senyum lebar. Puas hati. Macam
yakin sangat yang abah Fazzura nak benarkan Fazzura bawa Aqilah.
“Zurra, awak tahu
tak…saya rindu sangat dengan dia orang. Rindu sangat tau. Awaklah ni, saya ajak
stay aje kat sana. Awak tak nak. Saja
nak siksa batin saya ni.” luah Riyadh perlahan tapi cukup buat Fazzura terharu
mendengarkan kata-kata pemuda itu. Aqil sendiri tak pernah nak ambil tahu pasal
anak-anaknya. Inikan pula si Riyadh yang nak rindu bagai. Ermm…sayang sungguh
dia dengan anak-anak aku. Sampai cakap aku siksa batin dia. Dia tak tahu ke
Kuala Lumpur tu lagi buat batin aku
tersiksa.
“ Dia orang pun rindukan
awak jugak. Maklumlah awak tu selalu sangat layan kerenah diorang berdua.
Selalu belanja ice-cream. Bawak jalan-jalan. Balik kampung tak dapatlah
nak merasa semua tu selalu.”
“Sedihnya…”.
“Apa?”
“Tak ada apa-apalah.”
Kalau duduk dengan aku makanlah sampai habis sejuta pun tak apa. Aku rela!gumam
hati Riyadh perlahan. Langkahnya kembali seiring bersama Fazzura. Tinggi lampai
jugak Fazzura ni. Wajah dia ala-ala bulat sikit tapi cantik. Hidung tak mancung
sangat tapi boleh buat sesiapa pun tertarik. Dia? Rasa mecam dah tertarik.
Fazzura meminta
keizinan kepada jururawat yang bertugas untuk masuk sebentar ke dalam wad
bersama dengan Riyadh. Jururawat tu
senyum pandang Riyadh yang berada di sisinya. Lagi bertambah
senyum bila Riyadh cakap dia nak tengok anak dia.Ouh! Tak perlu pun. Orang tu
tak tanya buat apa nak terhegeh-hegeh nak beritahu. Pulak tu menipu. Buat dosa
aje.
Sampai sahaja di
hadapan katil yang menempatkan Fazmizie, Riyadh terus menghampiri tubuh kecil
yang sedang lena di atas katil itu. Wayar berselirat di atas tapak tangan
Fazmizie. Wajah Fazmizie pucat. Mungkin kerana terlalu banyak darah yang
mengalir. Tangannya menyentuh lembut tubuh itu. Diusapnya perlahan bak
melepaskan rindu yang terpendam. Lama direnung sebelum bibirnya menuturkan
kata.
“I miss
you so much dear...” Wajahnya kemudian didekatkan lalu satu ciuman jatuh di
wajah Fazmizie.
“Uncle datang sayang…” tangannya terus-terusan mengusap lembut tubuh
kecil itu. Matanya jatuh ke kaki
Fazmizie yang sudah dibalut dengan kain anduh itu. Hatinya kian sayu. Kenapa
terlalu banyak kesakitan yang perlu di lalui si kecil ini. Kalaulah boleh
ditukar ganti, dia rela.
“Sabar ya sayang…” ucapnya
sekali lalu ciuman jatuh bertubi-tubi di dahi, pipi dan terakhir kalinya di
hidung si comel itu. Fazzura yang berdiri di hujung katil hanya memandang
tingkah Riyadh. Teringatkan Aqil…ermm. Dia mengetap bibir cuba menahan
perasaan.
“Riyadh, saya gerak
dulu.” ujarnya menghampiri lelaki itu. Riyadh angguk tanpa menoleh ke arahnya. Mustahil
lelaki itu menangis kerana anaknya.
“Ibu tinggalkan adik
kejap nanti ibu datang ya sayang…” bisik Fazzura lembut lalu mencium dahi
anaknya itu. Hatinya berat untuk meninggalkan Fazmizie walau seminit tetapi di
dalam keadaan sekarang dia terpaksa kerana satu barang apa pun dia tak bawa
tadi.
“Zurra, hati-hati bawa
kereta tu. Kunci pintu kereta. Kalau jadi apa-apa awak call saya terus ya. Handphone
tu jangan letak dalam beg. Letak dekat tempat yang senang nak dicapai. Jangan
bawak laju-laju sangat.”
Fazzura angguk. Kakinya
terus melangkah keluar dari wad kanak-kanak itu. Kesian Riyadh, tak pasal-pasal
kena jaga anaknya pula. Seolah-olah dia hidup sebatang kara. Yang pasti dia tak
nak menyusahkan keluarganya.
Riyadh terus menarik kerusi lalu duduk ditepi katil itu
dengan pandangan masih lagi terarah ke wajah comel Fazmizie. Pipi tembam itu dioles
lembut.
“Adik tahu tak sebab
adik jugalah uncle boleh kenal kakak.
Sebab adik jugalah uncle boleh kenal
ibu.”tuturnya perlahan sambil meraih jari jemari kecil itu. Membuka sejarah
lalu.
“Adik tahu tak sebab
adik dengan kakak, uncle mula terbuka
hati untuk bekeluarga. Untuk memiliki anak seperti adik dan kakak.” Diusapnya
lembut tapak tangan itu. Kemudian
didekatkan ke bibirnya. Teringat saat-saat Fazmizie menarik rambutnya. Bergetaran
hatinya seoalah membayangkan si kecil ini anaknya. Dan saat itu perasaannya
makin membuak-buak mahu hidup seperti sebuah keluarga.
“Bila kita terpisah uncle macam hilang arah jugak. Tapi
uncle simpan semua perasaan rindu ni. Tahu uncle ni bukan siapa-siapa pun. Hari ni takdir mempertemukan kita
lagi. Dengan cara yang sama.” Dia teringat pertemuan pertama mereka di hospital
dulu. Dia yang mendukung Fazmizie sehingga masuk ke dalam bilik rawatan. Mana
boleh lupa kenangan indah itu.
Selama hampir dua bulan
dia rasa hatinya sarat menanggung rindu.
Hari ini dia rasa tenang. Memandang wajah kecil ini hilang tekanannya. Apatah
lagi sejak dua menjak ini dia terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan.
Sampaikan pening kepala di buatnya. Annis letak syarat macam-macam. Nak kahwin
terus tak nak bertunang. Dia tak kisah asalkan Annis mahu kahwin.
Mana dengan butik Annis yang dia janjikan nak
tolong. Projek Denai Alam pun masih ada yang belum selesai lagi. Tapi semua
masalah tu hilang bila terpandangkan wajah kecil ini. Itu belum lagi dia jumpa
dengan Aqilah yang petah bercakap tu. Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti
dan memahami kenapa dia terlalu kasihkan mereka. Kenapa? Setiap nafas yang dia
hela terasa mereka ada bersamanya. Kenapa juga takdir seringkali membawanya
kepada mereka. Kenapa?
Hampir satu jam dia
berada di sisi Fazmizie. Sedikitpun dia
tidak berganjak. Seolah-olah yang sedang tidur di atas katil itu anaknya
sendiri. Selama mereka hilang dari pandangan matanya dia cuba juga untuk
melupakan. Tetapi ingatannya semakin hari semakin kuat. Akhirnya dia membiarkan
sahaja mereka menjadi raja di dalam hatinya.
Bunyi mesej dari
telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya itu segera di ambil.
Riyadh,
saya tunggu di luar ni. Awak keluar kejap. Saya tak nak Aqilah tengok Fazmizie. Nanti bising pula. Lagipun dah
lewat sangat ni.
Riyadh terus bangun.
Bibirnya mencium lembut ubun-ubun anak kecil itu. Kemudian dia terus melangkah
perlahan menuju ke luar. Tidak mahu mengganggu pesakit-pesakit lain yang ada.
Sebaik sahaja pintu wad ditarik terus Aqilah jerit memanggil namanya.
“Sayang…comelnya dia
pakai baju kelawar ni?” terus didukungnya Aqilah sambil menonyoh perlahan
wajahnya ke wajah si kecil itu.
“Uncle…uncle…ibu cakap Aqilah tidur dengan uncle malam ni.” soal Aqilah petah.
“Ya sayang, malam ni Aqilah tidur dengan uncle. Ibu nak jaga adik. Rindu uncle tak ni?” Riyadh mencium lagi dan
lagi. Rasa lepas bebas.
Aqilah angguk. “Aqilah
rindu uncle. Kenapa uncle tak datang bawa Aqilah
jalan-jalan. Dekat umah nenek ada pantai.”
“Aqilah, janganlah soal uncle macam tu. Ibu kan dah cakap uncle sibuk.” baru menginjak usia empat tahun. Tapi, petahnya dia
sampai kadang-kadang tak terlayan Fazzura. Siap bercerita tentang pantai yang
ada di kampung mereka.
“Eh! Mana ada sibuk. Sekarang uncle tak sibuk. Tapi dah malam sangat
tak boleh nak bawa Aqilah jalan-jalan. Esok
uncle bawa tengok pantai okey.” jawab Riyadh sambil menurunkan Aqilah dari
dukungannya. Aqilah lompat gembira sambil memeluknya.
“Kita pergi jalan-jalan
bawa adik dengan ibu sekali okey?”
“Yee! bila kita nak
pergi uncle. Aqilah dah lama tak
jalan-jalan.” Dipeluknya Riyadh dengan gembira.
“Kalau boleh sekarang pun uncle nak pergi sayang. Tunggu adik sembuh dulu. Uncle janji, uncle bawak pergi jalan-jalan. Kita bawa ibu sekali ek!”
Fazzura geleng kepala.
Jalan-jalan nak bawa dia sekali. Dah gila ke apa Riyadh ni. Nanti tak
pasal-pasal pula dia dicop macam-macam. Dengan statusnya yang baru sahaja
memegang gelaran janda. Orang luar akan cop apa sahaja kepada dia. Seoalah-oleh
janda gatal. Lagipun dia lebih selesa jika hanya anak-anaknya sahaja yang rapat
dengan Riyadh. Dia tiada keinginan untuk semua itu.
“Riyadh, jangan nak
susah-susah macam tu.” Lagipun dia bimbang jika anak-anaknya asyik menuntut
janji. Asyik bertanya itu dan ini. Susah dia nak jawab. Mulut budak-budak ni
bukan boleh control. Kalau cakap
depan emak dan abah nanti lagi payah.
“Apa pulak yang susahnya.
Zurra ni kan… macam tak suka sangat saya rapat dengan anak-anak Zurra.” Riyadh
tak puas hati.Tak habis-habis nak cakap susah..susah…naik bosan dia dengar.
“Bukan macam tu maksud
saya.”
“Habis tu?” soalnya
ingin tahu. Fazzura asyik cakap tak nak susahkan dia. Padahal dia buat semua
ini ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kan dia nak ada di sini. Buang masa dia je.
Baik dia pergi keluar dengan Annis bincang pasal majlis perkahwinan mereka. Lagi
bagus!
“Kenapalah ibu ni tak
faham-faham yang uncle ikhlas.”
tuturnya lagi sambil pandang Aqilah.
Macamlah budak tu mengerti apa itu ‘ikhlas’!
Fazzura ketap bibir.
“Nah...” Dia menghulurkan sebungkus plastik kepada Riyadh.
“Saya belikan nasik
tadi. Tentu awak laparkan. Awak makanlah bila balik bilik nanti.” Dia yakin pemuda itu belum makan. Belum mandi
dan belum lagi mencari mana-mana bilik hotel untuk disewa. Alang-alang dia
keluar tadi terus dia carikan bilik dan juga membeli makanan untuk Riyadh.
“Terima kasih Zurra.
Awak tahu tak mana-mana hotel yang dekat dengan area ni?” soal Riyadh kembali
tenang walaupun tadi dia dah start
nak makan hati. Tapi, pandai pula Fazzura tawan dengan berikan nasi ni.
Aduhai….kau jangan buat aku tergoda pula Zurra. Nanti kang Annis ke mana kahwin
ke mana. Bisik hatinya pula.
Fazzura senyum. “Saya
dah carikan untuk awak. Ini kunci bilik awak. Tapi di sini tak ada hotel lima
bintang. Yang ada Hotel Damai ni je.” usik Fazzura. Riyadh terkejut.
“Zurra, awak ni
kan…kenapalah nak susah-susah tolong carikan untuk saya pula. Ish…saya tak
mintak pun.” dia geleng kepala.
“Saya datang sini bukan
nak menyusahkan awak pun, Zurra.” Kali ini gilirannya pula yang guna perkataan
susah tu.
“Bila lagi saya nak
balas budi awak kan?”
“Macamlah saya mintak
Zurra balas.”
“Ambillah, harap awak
selesa.”
“Terima kasih.”
“Manalah tahu takut
awak tak selesa.” balasnya lagi.
“Kalau nak berbulan
madu hotel macam ni mungkinlah tak selesa!” balas Riyadh selamba. Dia senyum
pandang raut wajah Fazzura yang nampak terkejut. Cakap lagi kan dah kena.
Fazzura buat tak
peduli. Bukan urusan dia pun. Suka hati Riyadh lah. Sempat Fazzura memandang
wajah Riyadh yang ada tahi lalat di bawah mata. Nampak menarik tetapi itu tak
bermakna dia tertarik. Dahulu wajah Riyadh lebih terurus tidak seperti
sekarang. Janggut dan misai mula mengambil tempat di wajah pemuda itu. Tapi Riyadh
tetap ada auranya tersendiri. Sebagai lelaki yang bekerjaya namun bersederhana
dalam banyak perkara. Itulah yang mampu dia rumuskan tentang Riyadh. Lagipun
dia lebih sedar siapa dirinya jika hendak di bandingkan dengan Riyadh. Pasti
bakal isteri pemuda ini jauh lebih bagus darinya. Eh! Tak perlu dia nak
bandingkan pun sebenarnya.
“Selesa itu yang
sebenarnya lebih datang dari hati bukan pada tempat.” kata Riyadh lagi sambil
memegang tangan Aqilah. Dia bergurau pun Fazzura tetap buat muka serius.
“Okey, sayang…cium
tangan ibu…kita balik tidur dulu. Esok kita datang lagi.”
Anaknya itu hanya
menurut.
“Letih sangat dah ni dia. Kesian dia.” Riyadh
ambil beg yang mengandungi pakaian dan barang-barang Aqilah dari Fazzura.
“Terima kasih Riyadh.”
ucap Fazzura.
Riyadh angguk. “Kalau
ada apa-apa jangan lupa call saya.”
Fazzura angguk lagi.
“Dah, Zurra pergi masuk
dalam. Jangan risau pasal Aqilah. Saya jaga dia baik-baik. Saya tak akan
sia-siakan susah payah awak bawa dia ke sini. Terima kasih sanggup bagi peluang
untuk saya. Terima kasih sebab percayakan saya. Saya sangat menghargai.” ucap Riyadh
dengan wajah yang tenang.
Mata Fazzura mengekor
langkah kaki Riyadh dengan anak matanya. Di perhatikan juga Aqilah yang sangat
selesa di samping Riyadh. Tidak menduga sekali lagi takdir menemukan mereka di
dalam keadaan yang sama. Riyadh, kenapa kau baik sangat? Bisik hatinya pula
lalu terus menapak perlahan masuk ke dalam wad itu.
kasihan kan dengan Fazzura.... betul tu Fazzura jangan terlalu lembut sangat dgn lelaki ni... Fazzura x mahu ambil kesempatan dalam kebaikan Riyard ....
ReplyDeleteRiyard kan dah bertunang ....
kak sue :)
DeleteAkak lebih berkenan ADP as Riyard tu....lebih karismatik....Arja Lee ni nampak lembut2 sikit tak suit dgn Riyard....
ReplyDeleteLebih baik zura jarakkan diri & anak2 drp Riyard awal lagi supaya x timbul masalah esp dgn tunang Riyard...biar Riyard realize sapa sebenarnya yg dia lebih perlukan dlm hidup dia....Anis @ zura dan anak2nya....
hehehe... akak boleh je nak bayangkan ADP pun..sbb a'je nampak ADP bnyk sangat dh jd hero.hehe.... terima kasih sudi beri komen :)
DeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteterima kasih ketat2..hehe ^_^
Deletebaby mio : terima kasih ^_^
ReplyDeletesian sngt kat zura ngan ank2...semuga bahgia akn hadir wat zura dn ank2 nyer...tersentuh baca novel nih dek writer...smbg laju2 yer dek...
ReplyDeleteokey...kak..beres..hehe
DeleteRuunna Qizbal : Terma kasih :)
ReplyDelete