Monday, August 15, 2011

bab 2

SUASANA di dalam kereta yang sedang dipandu oleh khyrill itu sunyi sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sesekali Arisya mengerling Khyrill dengan ekor matanya. Dia tahu Khyrill menangis. Tetapi dia tidak tahu kenapa. Adakah dia yang bersalah. Mulutnya ingin sekali bersuara untuk mengatakan yang dia rela melepaskan lelaki itu pergi tapi setiap kali itulah lidahnya menjadi kelu. Demi cita-cita Khyrill dia nekad melepaskan lelaki itu pergi. Walaupun dia tahu bukan sedikit dugaan yang akan di tempuhnya.
Dia kemudiannya membuang pandang ke arah luar. Melalui kawasan ini mengingatkannya pada pertemuan pertama mereka dahulu. Pertemuan yang pada awalnya langsung tidak membibitkan rasa cinta di hatinya.
Tetapi berbeza pula dengan Khyrill yang sudah mula menyukainya. Dia benci Khyrill saat itu. Sungguh benci di atas setiap keceluparan kata-kata yang keluar dari mulut Khyrill. Namun Khyrill jua yang membuka pintu hatinya untuk bercinta dan di cintai. Kenangan itu kembali bermain di mata.
Nafas Terhenti Seketika..
Tertutup Pintu Bicara..
Bagai Sembilu Sejuta..
Menghiris di Dada…
1 NOVEMBER  2008
****
 Jam di tangan telah menunjukan pukul 5.00 petang.  Bayang rakan-rakannya belum kelihatan. Apakah dia yang terawal datang atau mereka yang terlewat sampai.  Arisya senyum sendiri.  Entah apa-apalah yang aku bebel ni, Bisiknya lagi seorang diri.
“Hai comel, kenapa yang cakap sorang-sorang tu.” Sakit erk..?” Tegur satu suara dari belakangnya. Arisya terkejut bukan kepalang. Mujur masih di dalam tahap kawalan.   Kalau tidak, tentu habis maki hamun yang keluar.  Mamat mana pulak ni, muka kacak tapi tak ada budi bahasa langsung.  Tak tahu ke aku ada penyakit yang tak ada ubat ni.  Kalau ya pun bagi la salam dulu.  Mulut Arisya terkumat kamit membebel.  Geram bila tiba-tiba sahaja  ditegur begitu.  Entah-entah perogol bersiri. Hah!sudah. Arisya mula takut sendiri.
“Assalamualaikum.” Ucap lelaki itu lagi. Arisya hanya memandang dengan pandangan yang kurang senang.
“Ingat cantik buat muka macam tu. Eleh!belagak.!”  Tutur lelaki itu lagi memulakan bicara dengan kata-kata yang penuh keceluparan. Arisya hanya menunjukan muka  tidak puas hati mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki  itu.  Mahu saja ditenyehkan cili api kat mulut lelaki itu. Celupar sungguh.!
“Kesian ya, muka comel tapi bisu.” Lelaki itu terus ketawa apabila melihat muka comel itu semakin merah padam diusiknya.
“Tak sangka pulak kat sini ada tugu indah yang baru dibina. Kalau peluk pun best ni. Boleh buat kenangan terindah. Di tempat lain mana ada tugu cantik macam ni.!” Tutur lelaki itu lagi sambil duduk di sebelah Arisya. Serentak dengan itu jugalah Arisya bangun menjarakkan dirinya. Kurang asam punya mamat..!!!Jerit Arisya di dalam hati.
“Aik!takut ke?”sapa lelaki itu lagi sambil menyarung kasut bola yang dipegangnya itu.
“Hey!gila ke apa  awak ni hah.!!”Jerkah Arisya tiba-tiba.
 Lelaki itu terus memandangnya dengan pandangan yang tajam. Namun sementara sahaja. Kemudian terus tersenyum kepada Arisya sambil berkata “awak cantik bila marah..!Saya ingatkan awak betul-betul bisu tadi. ”
 Arisya mengeluh. Nasib baiklah aku ni perempuan melayu terakhir, masih tahu adab-adab kesopanan dan kesusilaan. Kalau tak, dah lama muka kau tu makan penumbuk aku tahu tak.!Bentak hati Arisya lagi.  
“Hai,apa yang kecoh-kecoh ni.?”Arisya menoleh pada suara yang amat di kenalinya itu.  Namun tidak bagi lelaki itu yang tetap tenang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Masih kusyuk mengikat tali kasutnya yang masih terburai  itu.
 Syahrizzan dan Emilia datang menghampirinya. Arisya menarik nafas  lega dengan kedatangan mereka berdua. Entah apa  akan terjadi jika dia masih bersendirian tadi. Zaman sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Seminit sahaja alpa keadaan mungkin sudah berubah.
“Khyrill! hang ka?aku ingat mamat manalah tadi kacau Arisya.”  Tegur Syahrizzan sebaik sahaja lelaki itu memandangnya.
 Khyrill!!..oo nama mamat celupar ni Khyrill..bisik Arisya lagi di dalam hati.
“Ooo..Arisya ya nama dia ni.  Aku ingatkan tadi mak cik bisu mana.  Aku soal sepatah apa pun tak jawab.”ucap Khyrill pula ketika dia bersalaman dengan Syahrizzan. Seperti mengetahui  apa yang Arisya bisikkan di dalam hatinya sebentar tadi dan kata-kata itu jugalah yang Khyrill lafazkan. Cuma yang berbeza Arisya tidak melafazkan kata-kata itu keluar dari mulutnya.
“Nasib la hang mai cepat.  Aku ingat tadi nak bawa mak cik ni pergi hospital dah, buat medical chek up.” Khyrill terus ketawa kuat. Berselang seli dengan tawa daripada Syahrizzan dan Emilia. Panas telinga Arisya mendengarnya.
“Mana ada bisu. Hang belum kenal dia lagi.”
 Tutur Syahrizzan sekali lagi dalam tawa yang masih bersisa.
“Mesti macam ayam bertelur riuh sekampungkan.!Kalau macam tu aku nak kenal dengan dialah. Nombor telefon ayah dia hang ada tak? aku nak contact bakal pak mentua aku, nak masuk meminang anak dia ni.” Serentak dengan itu juga kedengaran tawa mereka bertiga berderai sekali lagi. Kemudian berselang seli dengan senyuman dari Khyrill. Senyuman itu hanya dibalas dengan pandangan yang tajam oleh Arisya.  Setajam pedang samurai. Aduhai hati, sabarlah.
“Boleh sangat Khyrill...!”Jawab Syahrizzan kembali. Arisya hanya mengeluh. Tak guna punya kawan. Tak  apa  ada ubi ada batas. Kau tunggu la aku balas Syahrizzan weh.! jerit hatinya lagi.
“Boleh...?”Khyrill menyoal kembali. Sambil mengenyitkan matanya ke arah Arisya. Syahrizzan dan Emilia sudah ketawa melihat telatah Khyrill.  Hanya Arisya yang masih membisu seribu bahasa. Benci.!
“Tanya la sendiri kat tuan diri.! Cuma hang perlu usaha lebih sikit la. Bunga ni mahal sangat.!Mana ada jual kat pasar malam ni.”
“Balas Syahrizzan kembali sambil ketawa. Emilia juga sama. Memang cari nahas betul mereka. Mahu mengamuk juga Arisya nanti.
“Okey la Syahrizzan, aku nak tranning dulu.  Hang jaga elok-elok mak cik ni.  Cakap kat dia jangan bisu lama sangat.  Sayang kalau tak menggunakan anugerah ciptaan
Tuhan yang satu tu. Muka cantik tapi bisu.” Sempat lagi Khyrill menyakat sebelum berlalu menuju ke padang.
 Arisya hanya menjeling sekilas ke arah Khyrill.  Meluat betul hatinya bila diusik begitu.  Tak pasal-pasal dapat dosa mengutuk hari ni.  Macamlah bagus sangat. Entah datang dari planet mana, ada hati nak tunjuk bagus dekat sini. Hatinya memberontak lagi.
“Arisya, Sorry aku lewat. Ada hal la.”
Emilia memulakan bicara setelah Khyrill berlalu.
“Aku pun!”
Sambung Syahrizzan pula.
“Banyak alasan hangpa berdua kan.!Amboi.. bukan main lagi kau orang berdua kenakan aku ye...!”
“Tapi dia macam suka pada kau la.” Emilia cuba mengalih topik perbualan. Tidak mahu memanjangkan amarah yang sudah menghuni jiwa Arisya itu.
“Siapa.?” Arisya menyoal keras.
“Khyrill lah siapa lagi. Pandangan dia sudah mencerminkan segala-galanya. Dia tu dah syok kat hang lah!.” Syahrizzan pula menyambung.
“Jangan nak mengarut! mamat mulut celupar.!Aku tak suka dialah.!” Geramnya kepada Khyrill  belum berkesudahan. Memang dia perasan sepasang mata itu sedang melihat ke arahnya.
“Tapi dia suka kau.”bidas Syahrizzan lagi.
 “Ahh..tolong sikit.! Mulut celupar. Ada hati konon....!”
 “Mulut dia je yang celupar. Hati dia ada taman. Jangan cakap macam tu, mana la tau satu hari nanti akan tercipta episod cinta antara hangpa berdua macam mana.?”Emilia pula menyampuk.         
“Jangan nak mengarut lah! sudahlah tadi bukan main lagi kutuk-kutuk aku ye.!”
“Bukan aku, Syah tu ha..”
Hang pun sama juga.!” Bidas Syahrizzan pula kepada Emilia.
“Sudah! Jangan nak bertekak kat sini.!Aku kahwin juga kau orang berdua ni kang.!.”Marah Arisya. Pantang berjumpa ada saja yang hendak mereka berdua gaduhkan. Persahabatan dan setia kawan mesti ada gaduh-gaduh bukan.
“Hai, jauhnya awak termenung.!”Arisya menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia agak tersentap dengan teguran dari Khyrill yang tiba-tiba itu. Kenangan terhenti di situ. Sebaik sahaja kejutannya reda dia kembali menoleh ke arah Khyrill.
“Awak menangis kenapa tadi?”soal Arisya semula. Khyrill mengeleng perlahan.
Apa yang Risya menungkan tadi? siap tersenyum sorang-sorang. Risya buat Rill takutlah.!”Arisya angkat bahu tanda tidak mengerti apa maksud kata-kata Khyrill itu. Dia tahu Khyrill cuba mengelak untuk menjawab soalannya sebentar tadi.
“Takut awak jadi gila.”
Khyrill gelak kuat sambil memandang wajah pujaan hatinya itu. Arisya hanya sepi. Tidak ada yang perlu di ketawakan lagi saat ini. Keceluparan Khyrill memang tidak mengira status. Kekasih, kawan, teman, sama saja celuparnya.
Awak suka kan kalau saya jadi gila. Itu yang awak mahu kan. Saya gilalah..saya bisulah..semuanya saya kan.?”
Marah?”
Soal Khyrill kembali. Arisya diam. Malas mahu bersuara lagi.
Maafkan saya Arisya,sebab buat awak macam ni.”
“Saya okey, cuma awak tu je yang saya tengok macam tak okey?”
 “Ye ke?Nampak sangat erk?”
“Awak tak nak story kat saya ke?”soal Arisya lagi. Kali ini giliran Khyrill pula yang terdiam.Dia memang mahu bercerita,meluah rasa, tapi dia sendiri tidak tahu dari mana mahu memulakannya.
“Ibu masih marahkan Rill. Dia tak izinkan Rill pergi. Sebab tu Rill menangiskan tadi?”Arisya seolah-olah terlebih dahulu mengetahui.
“Bukan itu saja,sayang..ibu tak mengaku saya ni anak dia lagi. Dia tak ada anak yang derhaka macam saya.”Arisya tersentak. Langsung tidak menyangka yang Puan Kamariah akan bertindak sebegitu rupa. Kata-kata Khyrill kedengaran sayu. Benar-benar meruntun pilu tangkai hatinya.
 “Saya bukan mahu jadi anak yang derhaka Risya, tapi peluang ini hanya sekali. Rill tak tahu kenapalah ibu tak suka sangat. Apa salah Rill?hina sangatkah main bola ni?Rill sedih, kecewa, hampa..semuanya sudah bercampur menjadi satu. Sedih sangat bila ibu tidak tidak restu.”
“Tapi ayah masih merestui Rill bukan. Rill masih ada family yang menyokong. Nanti hati ibu sejuklah tu..”pujuk Arisya lagi.
“Tak sama Arisya. Ibu benar-benar buang saya dari hidupnya.”
“Saya merasakan apa yang ibu rasa. Ibu pasti rasa kehilangan. Ibu pasti rasa kecewa. Kecewa yang sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Peritnya berdepan dengan kenyataan ini.”
“Arisya....”
“Saya tak akan menghalang perjalanan awak, Rill. Awak jangan risau. Saya tabah untuk berdepan dengan kenyataan ini. Saya berkorban demi cita-cita awak, Rill. Harapan
saya hanya satu iaitu jangan sia-siakan pengorbanan yang telah saya lakukan ini. Jangan kecewakan saya.” Bicara Arisya lagi dalam nada sebak.
Khyrill bungkam. Ada cecair di kelopak matanya yang cuba ditahan. Situasi inilah yang paling sukar untuk di laluinya. Di luah mati emak di buang mati bapak.
“Risya ikhlas ke lepaskan Rill pergi?”
Sebuah pertanyaan yang sukar untuk dijawab oleh Arisya. Ikhlaskah dia? ikhlas kah?
“Rill, jangan persoalkan keikhlasan di hati saya. Sebagaimana ikhlasnya saya mencintai awak, begitu jugalah ikhlasnya saya melepaskan awak pergi jauh dari sisi saya.
“Kita tak pernah berjauhan sebegitu lama, Arisya. Walaupun keputusan ini Rill sendiri yang lakukan, tapi Rill tak kuat Arisya. Rill takut.! Takut kehilangan sayang? Takut peristiwa lalu berulang dan bermacam-macam lagi perasaan yang menghuni jiwa ini. Rill perlukan sokongan. Risya pun tahu yang kita tidak pernah berjauhan.” Tutur Khyrill pula.
Memang fikirannya buntu, sangat-sangat buntu kala ini.  Berjauhan dengan Arisya, cinta hatinya.  Entah bagaimana kehidupannya nanti.  Tapi dia juga tidak ingin mensia-siakan peluang yang hanya datang sekali dalam hidupnya.  Bukan senang untuk sampai sehingga ke tahap ini. Banyak masa remaja yang telah di korbankan.  Kesibukkan yang selalu membataskan pertemuan dia dan Arisya.  Walaupun Arisya tidak pernah sekalipun merungut, tapi dia tahu.  Kadang kala hati Arisya juga terguris.  Mujur gadis di sebelahnya ini sangat memahami. Dan kerana itu jugalah dia sangat mencintai   Arisya. 
“Rill, bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Tak semua yang bernasib baik macam Rill. Jadi kenapa mesti ada tapi-tapi lagi.  Bukan ke itu yang Rill impikan selama ini.?Ini yang awak pilih. Awak jangan pernah menyesal Rill.” Tutur Arisya lagi. Air mata
yang masih bersisa dikesat. Dia tidak mahu kerana air mata ini Khyrill berasa serba salah.
“Jika tidak kerana tawaran itu, tentu sekarang kita sudah bergelar suami isteri bukan. Tentu ibu tk akan buang Rill dari hidupnya bukan. Lama Rill tunggu saat itu, tapi Rill sendiri yang membuatkan hari itu berlalu pergi begitu sahaja.”Rintih Khyrill lagi. Seolah-olah menyesal dengan keputusannya.
“Khyrill, impian awak lebih penting sekarang. Teruskan apa yang sedang awak lakukan. Tak perlu nak pandang belakang lagi.” Luah Arisya ikhlas.
Sungguh katakanlah apa sahaja. Demi Khyrill dia rela berkorban. Perkahwinan mereka yang tertunda memang membuat hatinya luka. Namun dia tidak mahu luka-luka itu menghancurkan impian Khyrill. Sememangnya dia pasrah sejak dari mula lagi.
“Terima kasih sayang. Terima kasih kerana begitu memahami diri ini.”Tutur Khyrill sambil memandang wajah Arisya. Mereka pun tersenyum bersama. Kereta honda itu semakin meluncur laju membelah siang yang hampir menginjak ke malam.
Khyrill..apakah nanti keadaan akan tetap begini?Apakah gurauan masih akan mengisi di setiap hariku nanti.?Aku tidak mahu kehilangan gurauan manja dan usikan nakalmu kasih...


























2 comments:

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...