Thursday, September 15, 2011

hangatnya cinta-7


Keesokkan hari seperti yang di janjikan Nur Nilam sudah siap berkemas-kemas mahu berpindah. Semua barang-barangnya telah disusun dengan rapi. Dia mengerling ke arah Iskandar yang masih kusyuk berhadapan dengan komputer ribanya itu.  Dengan tuala yang masih tersangkut di lehernya itu. Sesekali Nur Nilam perasaan akan perubahan riak wajah Iskandar. Ingin bertanya tapi macam biasalah. Takut pula dikatakan busy body.
“Awak ni dari tadi lagi asyik mengadap komputer riba itu je?Bila kita nak gerak?”soal Nur Nilam selamba.
“Hmm..”jawab Iskandar seperti biasa. Matanya masih tepat ke arah skrin komputer ribanya itu. Tangannya pula laju sahaja menaip sesuatu.
“Apa yang hmmm nya?”Nur Nilam sekali lagi menyoal. Lembab!bebel hatinya pula.
Five minutes.”jawabnya acuh tak acuh.
“Apa yang penting sangat?”
“Jangan sibuk boleh tak!!”jerkah Iskandar marah. Tak faham bahasa agaknya.Gerutu hantinya lagi.
Nur Nilam sedikit tersentak. Tanya macam tu pun dah kena marah. Muka Iskandar serius je. Aduhai, sekarang dah pukul 9.30 pagi. Dia dah tak sabar nak keluar dari rumah ni cepat-cepat. Apatah lagi, ibu pasti sedang menunggunya sekarang. Lagipun ibu perlu pergi ke hospital untuk rawatan dialisis buah pinggangnya itu hari ini. Kesian ibu, Iskandar ni memang kejam. Kejam sangat-sangat.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk turun dahulu ke bawah dengan beg yang berisi pakaiannya. Baru sahaja pintu bilik mahu dibuka dia terasa ada sesuatu yang mengenai belakangnya. Dia menoleh. Bantal?
“Kau nak ke mana?”soal Iskandar keras. Nur Nilam mengeluh. Bantal yang dibaling oleh Iskandar ke arahnya itu segera diambil lalu diletakkan di atas sofa. Pertanyaan dari Iskandar di biarkan sepi. Malas mahu bertekak lagi dengan Iskandar. Jadi lebih baik berdiam diri. Dia kembali mengorak langkah ke arah pintu.
“Kau ni pekak ke tuli?Aku tanya kau nak ke mana?Baik kau tutup pintu tu balik sebelum apa-apa jadi pada kau!”ugut Iskandar dengan matanya dibesarkan. Kebisuan Nur Nilam kadangkala menyakitkan.
“Awak ingat saya ni tunggul kayu nak tunggu awak lama-lama kat sini?Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa?Awak janji dengan saya pukul berapa?Awak tahu tak yang ibu saya sedang tunggu kita sekarang?Tak habis-habis lagi awak nak mungkir janji?”ucap Nur Nilam panjang lebar.
Serentak itu juga sebiji lagi bantal mengenai tepat kepalanya. Dia tidak sempat mengelak. Aduh..gumannya perlahan. Terasa biol sebentar kepala otaknya dengan balingan yang agak kuat itu. Sanggul yang pada awalnya kukuh di kepala akhirnya terburai mengerbangkan kembali rambutnya yang kerinting itu. Perasaan marahnya kepada Iskandar kini meluap-luap. Tangan tak naik barang-barang pula yang dibalingnya.
“Puas hati aku,”ucap Iskandar bersahaja. Sebelum menutup komputer ribanya itu. Sebenarnya di kala ini hatinya sangat runsing. E-mail yang di terima darpada Kamalia benar-benar membuatkan jiwanya tidak tentu arah. Dia benar-benar keliru saat ini. Dia tidak pasti apa yang sedang dia rasai sekarang. Kata Kamalia dia sudah pulang ke Malaysia. Untuk apa dia pulang?Untuk kembali menghancur luluhkan hatinya lagikah?Argghhh..
Mereka kemudiannya turun ke bawah bersama. Kelihatan mama dan papanya sudah sedia menunggu. “Hmm..ingatkan ada menantu boleh juga tolong-tolongkan kita. Tapi awal-awal lagi dah nak pindah,”ucap Datin Rozita. Hati Nur Nilam sedikit tersentuh mendengarnya.Dia tahu Datin Rozita agak keberatan untuk mengizinkan Iskandar keluar daripada rumah ini. Maklum sajalah. Iskandar anak tunggal lelaki di dalam keluarga ini. Pasti dia ditatang bagaikan minyak yang penuh.
“Biarlah,mereka sudah ada kehidupan mereka sendiri.”ucap Datuk Ismail pula.
“Kehidupan sendiri apanya kalau besan kita tu tinggal sekali abang!”
“Mama. Itukan dah jadi sebahagian dari tanggungjawab Is..”jawab Iskandar tenang. Jari jemari Nur Nilam digengam erat. Nur Nilam agak terkejut dengan jawapan yang diberikan. Reaksi Iskandar seolah-olah sedang memberI kekuatan untuknya berdepan dengan setiap kata-kata Datin Rozita. Tapi dia hairan bagaimana pula Datin Rozita tahu yang ibunya akan tinggal sekali dengannya. Ini mesti kerja Iskandar. Semua hal dia nak cerita. Tak boleh langsung nak simpan.!
“Hmm..cari penyakit yang akan menyusahkan diri kau sendiri siapa yang suruh. Mama nak kau kahwin dengan Jueliana tu kau tak nak?Kalau tidak kau tak perlu nak susah-susah. Sekarang pun kau boleh pergi berbulan madu. Ini tak?”
“Ala, mama..sikit-sikit Jueliana tu. Dah jodoh saya bukan dengan dia nak buat macam mana. Nak berbulan madu kat mana-mana pun boleh. Lagipun lepas ni saya nak Qaseh saya ni kerja dengan saya. Lagilah hari-hari saya dapat jumpa dia.”Iskandar berkata sambil memeluk erat bahu Datin Rozita. Dia hanya tersenyum selamba sambil melirik manja ke arah Nur Nilam.
Lirikan matanya itu ibarat panahan petir yang menyambar jiwa Nur Nilam tiba-tiba. Apatah lagi dalam setiap kata dan bicara Iskandar selalu sahaja menyelamatkannya. Ah!kenapa dia terlupa yang itu hanyalah lakonan semata-mata. Apatah lagi untuk bekerja dengan Iskandar. Itu adalah sesuatu yang sangat mustahil.
Iskandar kemudiannya menyalami tangan mama dan papanya sebelum Nur Nilam turut serta. Bayang wajah Irma pula tidak kelihatan. Adik Iskandar itu awal-awal lagi sudah hilang entah ke mana. Iskandar kemudiannya menarik tangannya menuju ke dapur. Di situ, mak Piah sedang bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan masakan tengahari.
“Mak Piah, tak payahlah masak banyak-banyak. Kita orang berdua  dah nak gerak sekarang,”tutur Iskandar pula. Rapat benar dia dengan mak Piah. Jadi, tidak hairanlah rahsia perkahwinan ini boleh bocor. Nur Nilam pula terasa segan tiba-tiba. Memandang muka mak Piah makin membuatkan dia di buru rasa bersalah yang amat. Walhal mak Piah terlalu baik untuknya. Begitu menghargai kehadirannya. Tapi, itu semua hanya sementara sahaja kerana tiba masa dia dan Iskandar akan berpisah jua nanti.
“Kenapa cepat sangat..?Makanlah tengahari dulu..”
“Tak apalah mak Piah, Ibu Nilam ada temujanji dengan doktor hari ini. Kami kena cepat,”balas Iskandar lagi.Dia menghulurkan salam bersalaman dengan mak piah sebelum berlalu semula menuju ke ruang hadapan semula. Kini tinggal mak Piah dan Nur Nilam berdua.
“Mak Piah..maafkan saya..saya..”bergetar-getar suara Nur Nilam.Mak Piah merenungnya sayu.
“Kamu tahu tak Nilam,mak Piah amat menyenangi kehadiran kamu di dalam rumah ini. Mak Piah tak mahu kehilangan kamu.”
“Tapi..kami berdua tak mungkin akan menyatu..saya minta maaf mak Piah. Saya juga terpaksa lakukan semua ini.Saya perlukan duit untuk merawat penyakit ibu saya. Saya sayangkan ibu..saya tak sanggup untuk melihat penderitaannya. Sampai masa saya harus berlalu..maafkan saya,mak Piah,”tutur Nur Nilam separuh berbisik. Ada air mata yang bergenang di tubir matanya. Hatinya benar-benar sayu.
“Berilah peluang dan ruang di dalam hati kamu, Nilam.Peluang itu akan sentiasa ada bagi orang yang mencuba,”
“Tapi, saya tak kuat mak Piah. Saya takut. Takut jika peluang itu membuatkan saya terluka. Saya tahu Iskandar tidak akan jatuh cinta lagi.”
“Iskandar tu baik orangnya. Cuma lelaki kadang kala hatinya lebih ego dari kita. Kalau Nur Nilam betul-betul sayangkan ibu,cubalah untuk selamatkan perkahwinan ini. Biarpun ianya di rancang tapi tak mustahil keajaiban akan berlaku. Mak Piah akan mendoakan kamu..”
Air mata yang bergenang kini menitik satu demi satu membasahi pipinya yang mulus. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Kau tunjukkanlah aku jalan menuju kebenaran.Doanya lagi di dalam hati.
Tubuh mak Piah dipeluk seeratnya. “Maafkan Nilam, mak Piah.”ungkapnya lagi seraya meleraikan pelukan.
Iskandar yang baru sahaja tiba untuk memanggil Nur Nilam berdiri kaku di situ. Mak Piah dan Nur Nilam kelihatan sangat erat. Dia sebolehnya tidak mahu ada hubungan yang erat begitu. Bimbang ada hati yang akan terluka. Bahkan dia juga takut ada harapan yang musnah berderai. Kerana semua ini hanya sementara. Kerana semuanya akan berakhir sampai masanya.
***
“Yang kau nak bersedih tu kenapa?”soal Iskandar sewaktu mereka di dalam perjalanan untuk mengambl ibunya sebelum menuju ke rumah Iskandar. Dia bukan sengaja atau saja-saja nak bersedih. Tapi, entahlah. Perasaannya sayu sangat. Mak Piah meletakkan harapan yang terlalu tinggi padanya.
“Mana ada,”jawabnya sepatah.
“Kau ingat aku tak Nampak?”
“Masuk habuklah!”bohong Nur Nilam pula.
“Baik kau stop sekarang!Nanti tak pasal-pasal ibu kau tuduh aku dera kau pulak!”
“Memang itu pun kenyataannya.”
“Bila masa pulak aku dera kau!Kau jangan nak buat fitnah kat aku!”
“Habis tu yang awak tampar saya kelmarin tu?”
“Aku tak sengajalah.!”
“Hmm..”
Sorrylah..aku tak sengaja. Sakit tak?”Kalau nak ikutkan hati Nilam lagi sakit. Setakat tampar tu dia boleh bertahan lagi. Tapi sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Iskandar menuduhnya perempuan hina.Dan sekarang Iskandar boleh pula tanya soalan bodoh macam tu. Nak je dia hempuk muka Iskandar kat strerng kereta tu. Baru puas hatinya. Tapi dia tak sekejam  dan seteruk itu.
            “Sakit tak!”Iskandar menyoal sekali lagi apabila melihat Nur Nilam hanya membisu.
“Hmm..boleh tahan.”
Sorry!”Dia benar-benar tidak sengaja. Itulah padahnya bila terlalu mengikut kata hati. Akal logik memang tak akan mampu berbicara tatkala nafsu amarah sedang menggila.
“Tak apa..”ucap Nur Nilam perlahan.
“Betul ni kau dah maafkan aku?”
“Hmm..”
“Aku tahu kau sayangkan aku. Kalau tak kau takkan maafkan aku. Terima Kasih!Muaah!”
“Hah!Apa ni?Awak ingat saya ni apa hah?Suka hati awak je nak buat saya macam ni.!!” Nur Nilam terasa mukanya dah bertukar menjadi warna sirap. Meram padam. Tak sangka dengan tindakan Iskandar yang mencium pipinya sebentar tadi. Gila!Iskandar memang gila. Masuk ini kali kedua dia dicium oleh Iskandar. Pulak tu Iskandar boleh ketawa berdekah-dekah dapat mengenakannya begini. Tindakan Iskandar memang sangat melampau. Iskandar silap kalau menganggap dia semurah itu!
“Adoiiiiiiiiiiiiiiii”Iskandar terjerit kuat. Jari jemari runcing Nur Nilam masih melekat di lengannya. Sangat berbisa cubitan dari Nur Nilam. Tidak lama kemudian Nur Nilam melepaskan jari jemarinya itu apabila dia merasakan ada pandangan tajam yang sedang menghunus tepat ke arahnya. Dia kembali terasa malu dengan tindakannya itu. Tak tahu pula dia seberani itu. Tapi apa-apapun,padan muka Iskandar.Siapa suruh dia yang mula dulu. Berdiam tak bererti kalah!

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumahnya ibunya sudah sedia menunggu. Kesian kat ibu. Mereka agak lewat sampai. Mesti ibu dah letih.  Jam pun sudah menunjukkan pukul 10.45 minit pagi. Jadi hendak tak hendak terpaksalah dialisis ibunya ditangguh ke esok pagi. Iskandar segera memasukkan barang-barang ibu ke dalam bonet kereta. Dia tahu ibunya agak keberatan untuk tinggal bersama dengannya. Lagipun dia sendiri cuma membawa barang-barang yang penting sahaja. Dua minggu sekali dia akan membawa ibunya pulang ke rumah ini. Terlalu banyak nostalgia untuk di tinggalkan. Tapi hanya sementara sahaja.
“Ibu, maaflah..Nilam terlewat..”ucapnya ketika mereka bertiga sudah dalam perjalanan menuju ke rumah baru. Atau lebih tepat rumah Iskandar. Dia hanya menumpang sahaja. Sampai waktu dia akan keluar juga.
“Tak mengapalah, ibu faham kau orang berdua mesti sibuk nak uruskan hal sendiri.”jawab ibunya pula.
“Maaf ya ibu. Esok saya bawa ibu ke pusat dialysis tu ya..”bicara Iskandar sambil terus menekan pedal minyak kereta Honda Civic Mugennya itu.
 “Bukan ke esok awak dah start masuk kerja?Biar saya sajalah yang bawa ibu,”celah Nur Nilam pula. Iskandar mengalihkan pandangnya ke arah Nur Nilam sepintas lalu sambil menjegilkan biji matanya. Nur Nilam mengerut kening. Tidak arif dengan bahasa isyarat tersebut.
“Tak apa, abang sambung lagi cuti. Nanti tak ada siapa pula nak tolong sayang kemaskan rumah tu.”Iskandar menjawab selamba.
“Owh!”Nur Nilam menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia hampir terlupa untuk membahasakan Iskandar dengan panggilan ‘abang’ itu. Patutlah Iskandar menjegilkan biji matanya sebentar tadi.
Tiba-tiba sahaja dia rasa lain sangat. Rasa yang tidak pernah di rasainya. Aduhai, kenapa dia begitu selamba dalam mengutur kata-katanya. Bisik hati Nur Nilam lagi. Sikap Iskandar kadangkala sukar untuk di duga. Kadang-kadang  dia tidak merasakan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Iskandar adalah lakonan semata-mata. Tapi, terdapat keikhlasan yang tertumpah di situ. Arghh!Anehnya fikiran ini.
Puan Syarifah yang duduk belakang tempat pemandu pula hanya tersenyum memerhatikan kemesraan anak dan menantunya. Terasa kehadiran Iskandar bagaikan meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Nur Nilam. Doanya agar kebahagiaan yang anak dan menantunya kecapi hari ini akan terus berkekalan.Amin...


7 comments:

  1. best cter nie...truskan brkarya...
    sya sbgai pmnat setia mnyokong dri blkang.....

    ReplyDelete
  2. cepatlah sambung...suka dgn watak nilam..hehe..akn terus menyokong akk...

    ReplyDelete
  3. okey..nntikan bab yg seterusnya..truskan mbca n yg pntg komen..hehe

    ReplyDelete
  4. best sangat.....nak entri sterusnya

    ReplyDelete
  5. sabo ye..sbb ingt nk hntar kt penulisan2u dlu..hehehe

    ReplyDelete
  6. owah .bestnyer.xsbr nk thu cite selnjtnyer .......agk2x ble smbngnye kak? =)

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...