Wednesday, September 14, 2011

DSRC-Bab 7



ARISYA  terus menyemak e-mailnya.  Rindunya pada Khyrill tidak pernah berkesudahan.  Bilakah rindunya ini akan berteman?Arisya tertanya sendiri.  Bagaikan irama yang terpisah dari lagunya.  Begitulah di ibaratkan diri Arisya.  Entah kenapa, sejak pemergian Khyrill, hatinya tidak pernah rasa tenteram.  Dia takut mimpi-mimpinya sebelum Khyrill melangkah pergi menjadi kenyataan.Ya,dia takut kerana sejak kebelakangan ini dia  semakin dapat merasakan mimpi-mimpinya itu seperti benar-benar akan terjadi. Inikah yang di katakan risiko cinta jarak jauh.?
KZ18: Risya, apa khabar?Buat apa tu?Rill rindu..sangat-sangat rindu.!!
Skrin komputer itu di renung untuk sekian kali. Khyrill tahukah kau gelodak rasa yang bertapak di jiwa ini semakin kuat mencengkam.  Seandainya aku dapat lari dari rasa ini, dari rasa yang membelenggu jiwa dan kotak hati ini, alangkah baiknya, Rill.
 Kau masih seperti dulu Khyrill, masih setia merinduiku. Masih setia menyayangiku…salam cinta yang kau hulurkan lewat musim-musim yang lalu masih bermain di mataku.  Terkadang aku bagaikan malu untuk berdampingan dengan lelaki sepertimu, kerana aku tahu lelaki yang berdampingan denganku itu adalah lelaki yang menjadi pujaan ramai. Dan aku mencintaimu bukan di sebabkan populariti yang ada padamu, tetapi sikapmu..sikapmu yang membuatkan hari-hariku bagaikan terisi.
 Masih ku kenang, ketenangan dan keikhlasan yang terpamer di raut wajahmu itu.  Sungguh, saat itu hatiku berkata kau insan yang teristimewa yang pernah aku jumpa. Kau jarang melempiaskan rasa marah. Penuh dengan kesabaran. Walaupun kedatanganmu tidak pernah ku undang, namun aku bahagia.  Bahagia dipertemukan dengan lelaki sepertimu.  Walaupun di awal pertemuan kita aku benci dengan sikapmu yang selalu mengusik diriku ini.  Namun kebencian itu akhirnya bertukar menjadi cinta.  Cinta yang terlalu mahal nilai harganya.  Ahh..aku rindukan kenangan kita bersama di tepian pantai itu...dan juga usikan-usikan nakal mu kasih..
Kenangan cinta kita….
Dipulau indah nan bercahaya..
Ku dakap kasih penuh mesra..
Agar cintakan kukuh terbina.
Arisya cepat-cepat membalas e-mail tersebut apabila kedengaran ketukan di muka pintu biliknya. Jika lambat, pasti roboh pintu bilik ini. Emilia..Emilia, bilalah sifat kesabaran kau itu akan tiba.  
 Walaupun rumah yang di diami oleh mereka berdua ini dalam kategori rumah untuk yang berpendapatan rendah, struktur buatannya tetap memperlihatkan keunikkan yang tersendiri. Bagi Arisya, cukuplah rumah yang begini untuk orang bujang seperti mereka.
Arisya lantas bangun membuka pintu biliknya sebaik sahaja dia selesai membalas e-mail untuk Khyrill. Tercegat si Emilia dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya itu. Seronok lah tu dapat menganggu Arisya yang sedang melayan perasaan.
“Kau ni kenapa hah?kacau orang je kerja engkau.!”
Bebel Arisya.
“Janganlah marah Tuan Puteri.”
Jawab Emilia sambil tersenyum suka hati.
“Aku bukannya marah!Geram.!”ucap Arisya sambil meniru dialog di dalam cerita bujang lapuk. Serentak itu juga semakin besarlah tawa Emilia yang kedengaran di telinganya. Mungkin geli hati melihat mimik muka Arisya yang tidak puas hati itu.
“Tuan puteri, Patik ditugaskan untuk menjaga tuan puteri, takut apa-apa terjadi. Asyik terperuk di dalam bilik. Apa yang Tuan Puteri buat tu?Berangan menanti Putera Raja yang berada nun jauh di sana ka.?”Tutur Emilia dengan gayanya yang bersahaja.
Memang anak Kedah sejati dia ni. Arisya pula, tidak dilahirkan di Kedah sebab itu gaya percakapannya agak kurang kepada lorat kedah. Al maklumlah,bila masuk tingkatan satu baru keluarganya berpindah ke utara tanah air.
Di sanalah tercipta seribu episod hidup yang sebenarnya. Arisya sangat bersyukur dengan anugerah kehidupan yang diberikan oleh Tuhan kepada dirinya. Lepas habis SPM pulak, masing-masing sambung belajar di kota besar ini. Sehinggalah semuanya sudah memasuki alam pekerjaan.
“Risya, jom kita pergi shopping. Aku dah boring ni. Hang tu lain lah asyik terperap dalam bilik. Tak habis-habis dok YM dengan Rill tu. Boringlah aku.”
Rungut  Emilia pula.
“Aku ingat kan kau tak ada perasaan tadi, reti juga kau boring.” Arisya sengaja mengusik sahabatnya itu. Tapi tak pasal-pasal satu tamparan hinggap di belakangnya.
“Aduhhh..!!kurang asam punya kawan.! Memang nak kena ni.!jaga kau Emilia oiii..!!!” Arisya menjerit kuat apabila melihat rakannya itu sudah berlari masuk ke dalam bilik.
Tinggal berdua, tapi bisingnya mengalahkan budak-budak yang belajar dalam satu kelas. Mungkin juga, jika ada pertandingan rumah paling bising, pasti di menangi oleh mereka berdua.
***
ARISYA tercari-cari tempat untuk meletak kenderaan di kawasan sekitar  pusat membeli belah Midvelly itu.  Susah betul kalau keluar time hujung-hujung minggu macam ni.  Ramai sangat orang yang berpusu-pusu datang. 
Sambil itu di menijau-ninjau tempat segera memandu keretanya apabila melihat sebuah kawasan  parking itu, belum pun sempat Arisya masuk,sebuah kereta jenis Mitsubishi berwarna biru terlebih dahulu memotong dan masuk ke kawasan itu.
“Kurang asam punya mamat! Buta ka apa.?”Kita penat-penat tunggu kat sini,dia senang-senang ja masuk.huhh..!!Bentak Emilia.
“Alah! yang engkau potpet ni pun bukannya mamat tu dengar  Emilia oii.Tuu ha, ada parking kosong lagi . Sudah-sudah la tu.”
Bagi Arisya tak guna nak berebut. Lebih baik mencari tempat parking yang lain. Masam mencuka muka Emilia, geram sangat agaknya. Mamat tu pun satu, mentang-mentang la kami ni naik kereta produa Myvi je senang-senang  je dia nak buli. Nasib badanlah, nak buat macam mana. Kereta ni pun Khyrill yang bayar wang pendahuluan. Nak harapkan dirinya entah bila. Kerja sebagai kerani cabuk, banyak mana la sangat gaji. Hidup pula di kota metropolitan ni, memang perit. Tapi lebih baik ada,  dari tak ada.
Mereka berdua terus masuk ke dalam, memang ramai betul hari ini orang yang datang. Hari minggu yang menyeronokkan. Alangkah bagusnya kalau  Khyrill ada saat ini, dia pasti tidak suka dengan manusia yang macam tadi. Rill, aku rindu sangat-sangat padamu. Aku sunyi, walaupun bibir ini penuh dengan gelak tawa, tapi tidak di hati ini. Aku meneruskan perjalanan ini, walaupun sebak sentiasa bertahta di hati dan melanda di jiwa ini. Hanya padamu cinta ini bersemi, dan aku akan setia menantimu, seperti setianya ombak dan pantai dan akan ku jaga arca-arca cinta itu agar tidak pecah berderai di tengah jalan.
GEDEBUK!!!
“Adoiiiii....!!
Arisya terjerit kecil. Terasa macam nak luruh tulang-tulangnya akibat pelanggaran tadi. Aku terlanggar manusia ke tiang lampu ni?” sempat lagi Arisya bertanya kepada Emilia.
“Tuhan dah bagi anugerah sepasang mata yang cantik tu guna la betul-betul.!Jangan letak kat lutut!Otak tu pulak jangan asyik nak berangan! menyusahkan orang!”
Arisya dan Emilia berpaling serentak, ewah..ewah..boleh tahan punya laser mamat ni. Macam dah lebih je. Yang perempuan kat sebelah tu pulak tak habis-habis menjeling. Apa? tak takut juling ke?aku korek jugak bijik mata dia ni kang!!” Bisik Arisya didalam hati.
“Maaf la saya tak sengaja tadi. Tuhan dah anugerah muka kacak, tapi tak berbudi bahasa, tak guna jugak. Apa salahnya sekali-sekala berbudi. Bukan nak rugi pun.”Ucap Arisya pula sambil mengosok-gosok bahunya yang sakit itu. Lelaki itu merenung tajam padanya.
“Hey betina jangan nak kurang ajar dekat sini pulak.!” Perempuan seksi itu pula menyampuk.
“Eh!mak cik..sorry to say la !yang mak cik nak menyibuk ni apa hal.? Bukannya kawan saya ni terlanggar mak cik. Jangan nak belagak kat sini.!” Emilia pula bersuara. Kalau bab-bab ni memang boleh serah kat dia. Perempuan seksi tu dah merah padam di buatnya. Mak cik? Aduhai gelaran. Kesiannya. Arisya tertawa kecil.
“Hey!!!”
“Sudah..!jangan nak bergaduh kat sini pulak.” Lelaki itu bersuara tegas. Memaksa Arisya untuk bersuara sama. “Sekali lagi saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja nak langgar Encik tadi.Assalamualaikum.” Arisya terus berpaling dan menarik tangan Emilia terus berlalu dari situ .Memang salahnya, berangan tak kena tempat. Di fikirannya hanya terbayang seraut wajah Khyrill yang sangat di cintainya. Kekasih hati yang kini sedang mengejar impian. Kekasih hati yang banyak mengajarnya erti ketenangan. Kalau tidak mahu tersembur juga kata-kata yang agak kasar kepada mamat tiang Itu tadi. Nasib baik aku masih perempuan melayu terakhir. Sempat lagi Arisya memuji dirinya.
“Menyampah pulak aku tengok perempuan tu, tergedik-gedik. Dah la tu, seksa! sakit mata aku tengok. Tapi dah orang tunjuk free aku ushar juga lah.” Emilia mula bersuara setelah berlalu agak jauh dari situ. Sempat lagi di mengutuk.
Memang betul apa yang dikata oleh Emilia, perempuan  yang berdampingan dengan mamat tiang tadi memang seksi. Girlfreind lah tu. Sekarang ni, dah banyak sangat yang macam itu, tambahan pulak di kota besar ni, dia sendiri sudah naik lali.
“Yalah tu, tapi kau punya laser boleh tahan jugak ya.!”
“Aku geram la, yang dia nak menyibuk apahal..macam la hang langgar dia. Agaknya dia jeleous kot sebab hang langgar balak dia tadi.”
“Amboi engkau..aku bukan sengaja pun nak langgar dia. Mamat tiang yang aku
“Amboi, yang kau pulak lebih- terlanggar tu, kalau tak silap aku mamat dalam kereta tadi.”Arisya pasti  lelaki itulah  yang berebut parking dengannya tadi.
“Ya ka, awat hang tak bagitau tadi. Amarah aku ni masih membara tau tak!!” bentak Emilia pula.
Yang kau nak lebih-lebih kenapa? kau tu penumpang je.! Aku yang memandu.”Arisya sudah mula ketawa apabila dapat menyakat temannya yang sorang ni.
Hang ni kan Risya, dah dapat satu penyakit berjangkit dari Rill.!”
“Rill?Why? penyakit apa?”Risya sudah mula menunjukkan muka terkejut dia tu.
“Penyakit suka menyakat orang!!
Akhirnya berderai tawa mereka berdua di situ.
Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk. Namun masing-masing masih tidak jumpa barang yang dapat memenuhi kehendak dan keinginan mereka. Setengah jam kemudian mereka berjalan pula menuju ke kedai barang-barang perhiasan rumah. Arisya begitu leka membelek barang-barang perhiasan itu. Minatnya memang tertumpah pada perhiasan-perhiaan rumah ini. Dia suka bermain dengan suasana dan menghias kediaman rumah agar kelihatan cantik. Walaupun di Universiti dulu dia tidak mengambil jurusan hiasan dalaman tapi bakat yang memang semulajadi itu pasti tiada tandingan. Bingkai gambar yang di perbuat dari rotan itu di belek-beleknya. Halus buatannya.Dia beralih pula kepada bingkai gambar yang di perbuat daripada kayu itu.
Tiba-tiba hatinya teringatkan Khyrill. Khyrill juga sama sepertinya. Suka kepada hiasan-hiasan dalaman ini.Ah!Rindunya.Lantas dia segera menoleh untuk menuju ke bahagian lain.Namun untuk kesekian kali dia tersilap langkah.
PRANGG!!!!!!
Cermin bingkai itu berderai. Arisya terasa kakinya kebas. Dia cuba menahan kesakitan dengan muka yang berkerut-kerut itu.“Err..mafkan saya..saya tak sengaja..”Luahnya tergagap-gagap sambil duduk memegang bingkai gambar itu. Sayang cerminnya telah berderai. Darah terasa mengalir dengan laju dari sebalik kaca yang tersusuk di jemari kakinya itu. Kaca itu dicabut walaupun seribu kesakitan terpaksa ditanggungnya.
“Kenapa dengan kau ni? Asyik nak menyusahkan aku je apahal!”Jerkah suara itu dengan lantangnya sambil duduk mencangkung berhadapan dengannya.Arisya mendongak memandang lelaki itu.     
Eh!..”jeritnya perlahan.“Apa eh?eh?”Soal lelaki itu lagi. Arisya ketap bibir. Sudahlah kakinya berdenyut-denyut sakit kini hatinya pula bagai di robek-robek oleh lelaki ini. Lelaki yang sama di langgarnya tadi.
 Aduhai...apalah nasib badan. Lelaki itu segera mengeluarkan satu tuala kecil dan menghulurkannya kepada Arisya. Arisya serba salah mahu mengambil atau tidak. Namun apabila melihat darahnya mengalir seolah-olah tidak mahu berhenti itu dia ambil juga.
 “Maaf...”ujar Arisya lagi.
Dia terasa mahu menangis. Menangis kerana kesakitan dan juga malu kepada mata-mata yang memandangnya. Emilia ke mana kau pergi?gumam hatinya perlahan.
“Lain kali hati-hatilah sikit. Asyik nak langgar orang je  kenapa?Siapa nak bayar ni?Kau ingat barang ni murah ke?!Sepuluh kali gaji kau pun belum tentu lagi cukup.!Marah lelaki itu lagi.
“Maaf..saya tak sengaja. Tak apa saya akan bayar bingkai cermin ini nanti.”Bicara Arisya lagi. Dadanya terasa sebak. Manalah dia nak cari duit untuk bayar bingkai gambar ni. Jenuhlah dia nanti.“Maaf!maaf!itu je yang kau tau. Sebab aku dah beli benda ni dan aku dah bayar pun. Nasib kau kira baik!”
“Kenapa.?”Soal Arisya bingung.
“Sebab kau tak perlu nak bayar sekarang!Maknanya sekarang ni kau hutang aku. Tu hah!kain kat kaki kau tu?kau ingat aku nak bagi free kat orang macam kau.!”Hampir menitik air mata Arisya. Dia terasa maruahnya dipandang rendah. Dia cuba bangun namun sakit itu menghalang pergerakannya.Ya Allah..bantulah hambaMu ini.
“Sekali lagi saya minta maaf..saya akan bayar pada encik harga barang ini. Dan juga kain ni saya akan ganti balik.”Lelaki itu hanya memandang Arisya yang cuba bangun itu dengan pandangan yang sinis.
“Eh!sayang..kenapa ni?Apa dah jadi?”Tiba-tiba sahaja perempuan seksi yang bersama lelaki tadi menghampiri mereka. Bala apa pulak yang akan menimpanya kali ini.Yang Emilia pun satu merayau entah ke mana.
“Tak ada apalah. Jomlah kita keluar dari sini. Makin lama nanti makin banyak pulak barang yang pecah.”
“Tapi itu bukan barang yang you beli tadi?”
“Dah pecah berderai pun sayang.”
So?”
“Tak apalah. I halalkan!dua ribu je. Lagipun kalau I berkeras juga nak mintak bukannya I boleh dapat hari ni pun. Daripada kita buang masa kat sini lebih baik kita pergi tempat lain. Jom sayang.”ujar lelaki itu lagi seraya  menarik tangan perempuan seksi itu berlalu dari situ.
Dua ribu! Mak oi..mahal gila. Tapi macam mana dia nak bayar balik duit tu. Lelaki tadi pergi macam tu je. Sekejap hutang, sekejap suruh bayar. Ah!Pening. Arisya cuba berjalan dengan keadaan yang terhencot-hencot itu. Jelas kelihatan darah memenuhi kain balutan itu. Matanya melilau mencari Emilia. Beberapa orang pelanggan yang berada di dalam kedai itu tersenyum-senyum padanya. Entah apalah maksud di sebalik senyuman itu. Entahkan mengejek entahkan simpati.
“Arisya..eh..Risya?kenapa dengan kaki hang ni?sapa yang buat hang macam ni.?”Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Emilia sebaik sahaja terpandangkan Arisya yang sedang berjalan terhencot-hencot itu.
“Kau bawa aku balik sekarang..”ucap Arisya pula.
“Tapi kenapa dengan kaki hang ni?kenapa?Risya ceritalah kenapa?”
“Aku terlanggar mamat tiang tu lagi.Habis bingkai gambar yang di pegangnya terlepas. Kaca-kaca tu berterabur atas kaki aku ni..sakit..”Kedengaran tangis kecil Arisya.
“Ya Allah..kenapa sampai macam ni..”Terlopong Emilia mendengarkannya.
“Bukan itu saja, Emi. Dia hina aku depan orang ramai. Dia cakap aku tak akan mampu bayar balik harga barang yang aku dah jatuhkan tu. Aku malu..”
“Maafkan aku Risya. Kalau aku ada tadi mungkin keadaan tak seteruk ini.”Penyesalan mula menjalar di hati Emilia. Ketika Arisya masuk ke dalam kedai itu tadi perutnya tiba-tiba memulas. Jadi dia langsung tidak sempat memberitahu pada Arisya yang dia hendak ke tandas. Bukankah dia sudah berjanji kepada Khyrill yang dia akan menjaga Arisya dengan baik. Tapi..
“Tak apa..aku akan bayar balik semuanya. Kain yang balut kaki aku ni pun aku akan ganti balik.”Arisya mengesat air mata yang masih bersisa itu.
“Sampai macam tu sekali.?”Soal Emilia lagi.
“Tapi yang menjadi masalahnya sekarang macam mana aku nak bayar. Macam mana aku nak ganti. Aku tak ada contact number dia.”
“Kalau macam tu tak payah bayar.!”ucap Emilia kuat. Arisya telan liur. Emilia..Emilia..kan senang kalau jadi Emilia. Tak payah pening-pening nak fikir apa-apa masalah. Baginya hidup ini indah.




2 comments:

  1. wah da ada pos baruuuu hehehe lawa blog hang nohh :P :P

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik auni kerana tolong buatkn..hehehe

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...