NAZIRAH memerhatikan gelagat Fauzie dari dalam kereta. Di balik kaca mata hitamnya dia masih mampu melihat gelagat Fauzie dengan jelas. Entah dengan perempuan mana pula lelaki itu berbicara. Bukan main mesra lagi gelagat mereka berdua. Pedih hatinya masih berbekas akibat kejadian semalam. Tergamak Fauzie memalukannya sebegitu sekali. Hanya kerana Arisya. Istimewa sangatkah wanita itu, sampai Fauzie sanggup memperlakunya sebegitu.
“Dasar lelaki buaya, habis madu sepah dibuang.!” Nazirah berkata kuat dan segera keluar dari kereta. Tidak puas hatinya selagi tidak bersemuka dengan Fauzie. Dia mahu bersemuka dengan Fauzie dan dia harus tahu siapa perempuan yang begitu mesra berbual dengan Fauzie itu.
“Hebat awak Encik Fauzie.!!! Ini mangsa yang keberapa?!!!” Ucap Nazirah dengan agak kuat sebaik sahaja dia menghampiri meja mereka. Serentak dengan itu juga kedua-duanya berpaling. Mujur Fauzie memilih untuk duduk di meja yang terdapat di hujung restauran. Jika tidak mahu tersentak juga pelanggan lain yang sedang menikmati hidangan makan tengahari di restauran itu. Perempuan di hadapan Fauzie juga agak terkejut dengan kedatangan Nazirah yang secara tiba-tiba.
“Please Nazirah. Jangan buat hal di sini.”Tutur Fauzie perlahan namun masih mampu di dengari oleh perempuan yang berada bersamanya itu.
“Oh! buat hal. Habis betina ni siapa!?” Kedengaran sekali lagi suara Nazirah bertanya dengan kuat sambil jari telunjuknya tepat ke arah gadis itu.
“Encik Fauzie saya rasa...
“Hey betina baik kau diam!!” Belum sempat perempuan tersebut menghabiskan kata-katanya Nazirah sudah memotong. Tercengang Fauzie di buatnya. Nazirah sudah melampau. Serentak dengan itu juga perempuan di hadapannya itu bangun.
“Excuse me Encik Fauzie, saya tarik dirilah untuk mendapatkan perkhidmatan dari syarikat awak. Saya tak perlu nak terlibat sama dengan semua ini. Thanks you.” Tutur perempuan itu lagi sambil merenung tajan ke arah Fauzie dan Nazirah.
“Nanti dulu Cik Shuhada, kita masih boleh bincang. Tutur Fauzie pula. Dia juga tidak menyangka sampai begini sekali akan terjadi.Nazirah bukan sahaja sudah memalukannya di depan pelanggan syarikatnya malah turut membuatkan syarikatnya kehilangan seorang pelanggan. Yang lebih parah, pelanggan ini adalah pelanggan Arisya. Dia cuma menggantikan tempat Arisya yang bercuti.
“Terima kasih Encik Fauzie. Saya sudah tak berminat.” Tutur Cik Shuhada dan segera mencapai begnya sebelum berlalu keluar meninggalkan Fauzie dan Nazirah yang dalam keadaan terpinga-pinga. Mungkin menyedari kesalahan yang telah dilakukan.
Nampaknya dia telah tersilap membuat penilaian untuk sekian kali. Lebih teruk, perempuan yang di tuduhnya tadi adalah pelanggan di syarikat Fauzie. Tapi dia peduli apa. Lantaklah apa yang terjadi. Janji hatinya puas.
Fauzie merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibirnya. Amarahnya pada Nazirah menyala-nyala, hanya menuggu masa untuk di lepaskan. Mujur dia masih menyedari di mana dia berada. Jika di pejabat, memang teruk perempuan ini diajarnya. Dasar perempuan tak bermaruah! Bentak hatinya lagi.
Dia segera mengambil fail-failnya sebelum berlalu keluar meninggalkan Nazirah.
“Awak ingat saya nak biarkan awak macam tu je.!Awak silap Fauzie!” Ucap Nazirah sebaik sahaja dia menghampiri Fauzie yang sedang berjalan menuju ke tempat parking kereta.
“Hey perempuan! Sebelum apa-apa jadi di sini lebih baik kau pergi!!” Balas Fauzie pula. Sikap Nazirah memang mencabar kesabarannya yang sudah semakin tipis ini.
“Senangnya awak cakap.! Awak mesti bertanggungjawab atas apa yang awak dah lakukan !” Balas Nazirah pula.
“Hey betina! Aku tak pernah anggap kau tu girlfreind aku pun. So, kau tolong sedar diri sikit.! Aku tak ingin tengok muka kau lagi.! kau boleh blah!! jangan ganggu hidup aku lagi. Perempuan macam kau petik jari pun aku boleh dapat.! Kau faham.!!” Jerkah Fauzie kuat.
Dia segera masuk ke dalam kereta lalu enjin kereta segera di hidupkannya. Nazirah terpinga-pinga di situ. Pengakuan Fauzie bukan sahaja melukakan hatinya bahkan bagai menikam-nikam jiwanya saat itu. Sama sekali dia tidak menduga, hanya kerana peristiwa yang terjadi kelmarin Fauzie terus menghinanya malah turut menganggapnya sebagai perempuan yang bagaikan tak punya maruah. Hanya digunakan untuk pemuas nafsunya cuma.
“Semuanya gara-gara Arisya! Jaga kau Arisya! Aku akan ajar kau cukup-cukup. Biar kau tahu, siapa Nazirah.!! Jahanam kauuuuu!!!!!”
Cukup kuat jeritan Nazirah sehingga masih mampu di dengari oleh beberapa orang awam yang berada di kawasan tempat letak kereta tersebut. Semua memandangnya dengan pandangan yang penuh curiga. Ah! dia peduli apa!
***
“WOI Risya,! bangun Risya! Awat dengan hang ni dari semalam lagi asyik terperap dalam bilik. Makan tidak apa pun tak!” Gerakan Emilia telah mengejutkannya dari tidur yang panjang. Entah dari pukul berapa dia terlelap. Dia sendiri tidak sedar. Emilia masih menanti jawapan dari setiap persoalan yang di tanya. Namun Arisya hanya membisu diam seribu bahasa.
Emilia memandang wajah temannya itu yang sangat pucat, lemah tak bermaya. Lantas dia menyoal untuk kali yang kedua. Namun, Arisya masih dalam keadaan yang sama. Merenungnya dengan pandangan yang kosong.
“Kenapa ni Risya? Siapa yang buat hang macam ni.! Aku risaulah tengok hang macam ni.?” Soal Emilia lagi. Arisya yang di kenali bukanlah pendiam sebegini. Arisya suka berceloteh, walaupun dalam keadaannya yang masih baru bangun tidur. Tapi tidak hari ini. Entah mengapa, dia sendiri tidak sempat bertanya. Bila dia pulang kerja semalam, Arisya sudah tidur. Hari ini pula tiba-tiba sahaja Arisya memohon cuti. Arisya bukanlah seorang yang suka mengambil cuti tanpa ada hal-hal penting yang berlaku.
“Hati aku sakit...sakit..” Tutur Arisya perlahan. Emilia memandangnya dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.
“Bagitahu aku Risya.!”
“Aku tak tahu apa salah aku. Kau masih ingat perempuan seksi yang bersama mamat tiang tu.?” Arisya bertanya.
“Mestilah aku ingat. Kenapa? apa kena mengena dengan dia.?” Emilia bertanya meminta kepastian. Masakan dia lupa perempuan seksi tu.
“ Dia tampar aku Emi..” Arisya bersuara perlahan.
“Why!?kenapa sampai jadi macam ni.?” Keras suara Emilia menyoal.
“Semuanya kerana mamat tiang tu! Aku benci dia Emilia. Aku benci!” Arisya separuh menjerit. Emilia segera mendapatkan Arisya. Cuba menenangkan Arisya yang seperti kebuntuan.
“Tapi, apa salah dia Risya.?”
“Ada yang lebih sakit dari tu Emi. Sakit aku lebih hebat dari tamparan yang aku terima dari perempuan seksi itu.” Emilia semakin tidak faham.
“Siapa yang menyakiti hati hang ni.!” Berapa banyak langsung hah..!”
“Khyrill...Rill, Emi.”
Arisya sudah mula bercerita tentang kejadian yang berlaku. Tentang segala salah faham yang berlaku antaranya dengan Nazirah. Malah salah faham yang terjadi antaranya dengan Khyrill. Semuanya kerana Fauzie yang telah menjawab panggilan yang di buat oleh Rill tanpa pengetahuannya. Membuatkan lelaki yang di cintainya bersikap sampai sedemikian rupa. Sangat menyakitkan bila insan yang kita sayangi sanggup berbuat begitu.
“Menuduh tanpa sempat aku berikan penjelasan.” Arisya bersuara lagi.
“What!? Aku tak percaya Khyrill macam tu. Hang jangan nak buat lawak Risya!” Emilia pula bersuara.
“Aku sendiri masih tak percaya Khyrill bersikap macam tu, itu bukan Khyrill yang aku kenali.....” Air mata kembali mengalir di pipinya. Jelas terpancar rasa kecewa di balik raut wajahnya. Sukar untuk di mengertikan mengapa Khyrill bersikap begitu.
Emilia di sebelahnya turut terdiam. Seperti mana Arisya yang mengenali Khyrill, begitu juga dengan dia. Khyrill yang di kenali bukanlah seperti apa yang Arisya cerita tadi. Mengapa Khyrill sanggup melukakan hati sahabatnya ini. Sebuah pertanyaan yang dia sendiri tak punya jawapan.
“Bersabarlah. Mungkin Khyrill tengah tension kot. Hang jangan macam ni. Risau aku tengok.” Tutur Emilia lagi. Hanya itu yang mampu diberikan kepada sahabat baiknya ini. Dia tidak rela melihat air mata terus membasahi di pipi Arisya. Arisya mesti kuat, walau apapun yang berlaku Arisya mesti terus tabah. Memang onak dan ranjau percintaan, penuh dengan dugaan. Tambahan pula percintaan jarak jauh antara Arisya dan Khyrill. Pasti ujian yang datang melanda lagi hebat. Kesian Arisya.
ahh... arissa pun memang bodoh dan tolol! kenapa tak bagitahu keadaa yang sebenar. boleh je sms kat khyrill dan bagitahu yang dia dianiaya. takkan nak harapkan khyrill aje yang memujuk. dah tahu salah, kenapa tak juga berhenti memujuk selagi khyrill tak dapat tahu keadaan yang sebenar. memang benar-bena r bodoh kau arissa!!! perempuan yang lemah!!! tolol!!!
ReplyDeleteand dont say lepas ni khyrill kecewa sangat2 dan sanggup buat perkara yang haram dekat sana. dah terlalu klise cerita macam tu. tak pernah lagi aku dengar lelaki yang kecewa akan berubah sebegitu. tak pernah lagi. adapun, mereka pasti akan berkurung dalam rumah. entahlah... novel menceritakan yang tidak sepatutnya. tak masuk akal
ReplyDeleteterima kasih banyak-banyak di atas komen anda.. Mngkin anda masih baru dgn DSRC dan terlalu cepat mbt andaian...
ReplyDelete