Tuesday, December 27, 2011

Hangatnya Cinta - Bab 19


JAM sudah menunjukkan pukul 10 malam. Iskandar masih lagi kusyuk mengadap komputer ribanya. Masih banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan. Kerja tak pernah habis malah makin banyak. Dunia perniagaan yang penuh cabaran dan persaingan kadangkala memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Dia bersyukur di dalam hati dengan rezeki kurnian Tuhan.Tidak semua yang berjaya sepertinya. Ada juga rakan-rakannya yang baru dapat dua tiga projek sudah jatuh bankrup.

Kadangkala kesibukan ini juga membuatkan dia terlupa kepada hal-hal yang lebih penting. Terlupa kepada isterinya sendiri. Kerana sikap alpanya Nur Nilam yang terpaksa tanggug derita. Mujur kecederaan yang Nur Nilam alami tidak teruk. Lukanya sikit tetapi agak dalam. Sebab itulah darahnya agak banyak mengalir siang tadi. Dia tidak sepatutnya biarkan Nur Nilam pergi makan seorang diri siang tadi. Kalau tidak lagi malulah dia dengan ibu mertuanya. Sudahlah dia masih malu dengan apa yang terjadi. Di tambah-tambah pula.Puas jugalah dia tahan telinga dengar nasihat dari ibu mertuanya tadi. Nak buat macam mana lagi tahan sajalah.

Telefon bimbitnya yang berdering membuatkan dia sedikit terganggu. Dia pantas mengambil telefon bimbit yang terletak di hadapannya itu. Tiada nama pemanggil yang tertera membuatkan dia terfikir samada mahu menjawab atau tidak. Siapa pula yang menelefonnya malam-malam begini. Tak mungkin soal kerja.

“Hello..”soalnya sebaik sahaja punat hijau ditekan. Perasaannya tiba-tiba sahaja rasa berdebar. Entahlah kenapa?Dia tidak pasti.

“Is..”kali ini dia tergaman. Bahkan terdiam seribu bahasa. Suara itu untuk sekian kali mengganggu ketenangan hatinya. Membuatkan hatinya bercampur baur. Perasaan amarah umpama air sungai yang mengalir. Laju sahaja terasa bahangnya.

“Kau nak apa lagi? Kau tak faham apa aku cakap? Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Hey!Tolonglah jangan ganggu aku lagi. Kalau aku boleh biarkan kau bahagia dulu kenapa sekarang kau tak boleh buat benda yang serupa macam mana aku buat!Please la!”

I minta maaf Is..I cuma..Cuma nak minta bantuan you. I benar-benar perlukan bantuan you. I tahu you bencikan I..Tapi, I merayu pada you Is..anak I sakit. I perlukan pertolongan you. Hanya you saja yang boleh tolong I Is..Tolonglah I Is..”suara di hujung talian putus-putus dek tangisan yang menderu.

Iskandar terdiam. Tangisan Kamalia untuk apa?Untuk meraih simpatinya? Ya Allah..apa yang harus aku lakukan. Bayi itu tidak bersalah. Aku tak patut menghukumnya hanya kerana dia anak kepada wanita yang pernah membuatkan luka di jiwaku. Ya Allah...

“Is..tolong Is..I benar-benar perlukan bantuan you. Badan anak I panas Is..I tak sanggup lihat dia begini. Dia tak bersalah Is..Tolong I..”

“Semalam you call untuk minta tolong I agar terima you?Hari ini alasan you call i sebab anak you? Alasan apa lagi yang you nak bagi lepas ni!”

“ Is..itu bukan alasan Is..Tapi I benar-benar terdesak. I tak ada sesiapa untuk minta tolong kecuali you saja. I merayu sangat...Tolonglah I is..”Kamalia berkata lagi dalam esak tangisannya.

You nak I tolong apa?” Iskandar yang agak lama terdiam akhirnya mengajukan persoalan berikut.

“Bawa anak I ke hospital..”

You di mana sekarang?”

“Hotel Cititel Mid Valley..”

“Okey!”

Talian di putuskan. Iskandar menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tidak pasti samada betul atau tidak apa yang dia buat. Suara Kamalia meruntun simpati di tangkai hatinya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin lagi menyingkap kisah-kisah duka kerana yang dia mahu hanya bahagia. Apatah lagi, hatinya benar-benar sudah memilih Nur Nilam. Bahkan dia sendiri tidak mahu nama Kamalia itu di sebut lagi. Tapi, hatinya tiba-tiba sahaja simpati pada bayi kecil itu kerana bayi kecil itu memang tidak bersalah. Mujur petang tadi dia bergegas meminjam kereta milik kakaknya Izreen sementara keretanya masih di dalam bengkel. Kalau tidak dia sendiri memang tak dapat nak tolong.

Dia segera bangun dan menapak perlahan untuk keluar daripada bilik kerjanya itu.  Perlahan-lahan langkah kakinya di atur menuju ke biliknya yang bersebelahan sahaja. Masuk sahaja ke dalam bilik matanya terpandang kepada wajah Nur Nilam yang sedang lena di buai mimpi indah. Kain anduh yang dibalut di kepala Nur masih belum dibuka. Tapi darah sudah berhenti keluar. Dia tersenyum. Wajah isterinya pucat namun cukup mendamaikan hati yang tengah serabut.

Dia segera mengambil kunci kereta yang terletak di atas almari solek itu. Topi di capai lalu disarungkan di atas kepala. Sekilas dia memandang tubuhnya di cermin. Dengan cahaya lampu tidur yang samar-samar penampilannya kelihatan agak ringkas sahaja. Dengan t’shirt kelabu dan seluar pendek warna hitam. Rasanya tidak ada apa yang perlu di tukar. Biar begini kerana dia hanya ingin menghulurkan pertolongan bukan mahu pergi dating.!

Sebelum berlalu keluar sempat dia mengucup dahi Nur Nilam. “Maafkan abang sayang..abang benar-benar bersalah sebab biarkan sayang pergi makan seorang diri tadi. Semoga sayang cepat sembuh..”bisiknya perlahan sebelum menapak perlahan keluar dari bilik itu


Perjalanan hanya mengambil masa selama setengah jam sahaja dari rumahnya. Waktu sudah semakin menginjak ke malam. Waktu-waktu begini jalan memang lengang sahaja. Sebaik sahaja sampai di hadapan Hotel tersebut dia sudah melihat tubuh Kamalia yang sedang mengedong bayinya. Ah!Hatinya semakin resah untuk berhadapan dengan wanita itu.

            “Terima kasih, Is kerana sudi datang. Awak terlalu baik..”tutur Kamalia sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta Iskandar.

            I buat semua ini bukan sebab you! Tapi sebab I simpatikan anak you! I bukannya tak ada hati perut macam you!”balas Iskandar agak sinis.

            I menyesal Is dengan apa yang I dah buat pada you. I tak sepatutnya tinggalkan you dulu..”

You tak perlu nak ungkit atau nak timbulkan kemarahan di hati I. You menyesal macam mana pun keadaan tetap tak akan berubah kembali seperti dahulu. Lebih baik you berpijak di bumi yang nyata!”

I hanya ada you Is..harapan I hanya pada you..”

“Harapan?!Harapan apa lagi?Semuanya dah hancur!Hancur!”

“Tidak Is..Kita masih ada peluang. Kita masih boleh bina kembali semuanya. Tolonglah Is..terima saya kembali..saya sayangkan awak Is..Cinta saya..

“Cukup!!Hati aku ni dah tak ada untuk orang macam kau!Kau tak faham ke?Kau dah hancurkan semuanya sekarang kau mintak aku untuk sama-sama membinanya kembali?Cinta aku dah mati untuk kau..!”

            Kamalia terdiam mendengarkan kata-kata itu. Ada air mata yang bertakung di kelopak matanya. Kenapa aku perlu terasa dengan semua kata-kata dia. Memang aku yang bersalah. Aku meninggalkannya saat cinta  cinta sedang mekar mewangi. Aku tahu dia terluka? Tapi wajarkah aku di layan sebegini rupa. Bisik hati Kamalia lagi. Sedaya upaya dia cuba bertahan agar air mata yang sedang bertakung ini tidak gugur. Sesungguhnya dia tidak mahu Iskandar mengatakan yang dia hanya ingin meraih simpati semata-mata. Kepercayaan itu benar-benar telah luput dalam diri Iskandar.

            Kini, dia benar-benar merasa apa itu ertinya kehilangan. Iskandar bukan lagi seperti yang dia kenali dulu. Cinta itu sudah semakin jauh untuk digapai semula. Sudah semakin tiada tunasnya. Setiap patah kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar merobek-robek hatinya. Kalaulah dia dapat undurkan kembali putaran masa, ingin rasanya dia membetulkan segala salahnya. Sudah pasti dia tidak akan mensia-siakan lelaki sebaik Iskandar. Namun, dia terlalu ikutkan kata hati. Terlalu ikutkan nafsu yang beraja di hati. Jadi, inilah yang harus di tempuhinya. Perjalanan yang amat menyakitkan.

             Mereka sampai di hadapan klinik 24 jam itu tepat pukul 11.30 malam. Iskandar membatu di dalam kereta. Bersusah payah Kamalia cuba untuk membuka pintu dengan sendirinya. Karl yang sedang nyenyak tidur merengek apabila tubuhnya terasa digerakan. Kesian Karl..Karl tak bersalah sayang. Mama yang bersalah. Bisik hatinya lagi sambil keluar dari perut kereta. Suhu badan Karl semakin panas. Mungkin perubahan cuaca yang menyebabkan dia mudah di serang deman begini.

Pantas sahaja dia berjalan menuju ke kaunter pendaftaran sebelum jururawat memanggilnya masuk ke dalam bilik. Sejenak dia memerhatikan di luar klinik. Iskandar masih ada di dalam perut kereta. Tak mengapalah jika Iskandar tidak mahu menemaninya. Lagipun Iskandar bukan ada kaitan dengan Karl. Karl bukan darah dagingnya. Iskandar sudah menolongnya pun sudah di kira cukup bagus. Dia cuba pujuk hati lagi.

Iskandar menyandarkan badannya. Radio yang terpasang di kuatkan sedikit. Matanya di pejamkan rapat-rapat. Cuba untuk mendamaikan jiwa yang berkocak dengan seribu macam rasa. Terlalu banyak yang berlaku kadang kala tak terjangka dek akal fikiran. Dia benar-benar merasa keletihan. Sejak dari pagi sampai ke malam tak pernah selesai urusannya. Aduhai..letihnya baik fizikal dan mental.

***

Ketukan di cermin kereta berulang kali mengejutkan dia yang baru sahaja terlelap. Dia kembali ke alam nyata. Pintu kereta yang di kunci tadi di buka semula. Kamalia masuk ke dalam perut kereta dengan mendukung Karl yang sedang merengek-rengek manja.

“Maaflah sebab saya menyusahkan awak..”

“Hmm..”

Entahlah Iskandar tidak tahu samada pertolongan yang dia hulurkan ini ikhlas atau tidak. Sedangkan di dalam hatinya dia rasa pedih melihat wajah ini. Bahkan mendengarkan suara ini juga membuatkan dia diburu dengan bermacam-macam rasa. Antara benci dan simpati kadangkala sudah bercampur menjadi satu. Dia bencikan Kamalia yang curang dalam bercinta dan dia juga masih ada simpati untuk bayi kecil ini yang tidak bersalah.

“Kenapa dengan dia?”soal Iskandar sambil kereta terus  di pandu dalam kelajuan yang biasa sahaja.

“Panggil saja Karl..Mohammad Iskandar Haikarl. Tak ada apa cuma deman sahaja. Mungkin perubahan cuaca agaknya..”balas Kamalia pula sambil menepuk lembut Haikarl agar terus tidur. Suhu badan anaknya masih panas.

Iskandar telan liur. Kenapa pula mesti ada nama Iskandar pada pangkal kedua nama anaknya itu. Ah!

You tahu Is..I sengaja letakkan nama you pada nama anak I..sebab I nak dia jadi seorang lelaki seperti you.”

“Apa you merepek ni Kam!”

I nak selalu ingat pada you. I nak you tahu Is..I tak pernah lupakan you!Never!”

Enough!!Kau jangan nak cakap macam ini lagi pada aku. Kau tak faham ke yang aku dah benci sangat pada kau!Bertahun aku tersiksa sebab perempuan yang tak tahu nak menghargai cinta macam kau. Kalau aku tahu macam ni, aku tak tolong kau!”bentak Iskandar kuat. Karl yang baru sahaja terlelap kembali terjaga. Terkebil-kebil mata bayi comel itu. Nyata dia terlalu kecil untuk menilai semuanya.

Kamalia bungkam. Cecair jernih yang cuba ditahan akirnya menitis jua. Apalagi yang harus di depani selepas ini. Iskandar terlalu benci akan dirinya. Sangat-sangat benci. Dia merasa sangat kecewa. Semenjak dia pulang hanya air mata yang mengiringi perjalanannya. Dia tidak peduli jika Iskandar sudah berkahwin sekalipun kerana dia hanya mahu lelaki itu dalam hidupnya. Hanya Iskandar!

Bagi Iskandar pula Kamalia seolah-olah menambah bara dalam luka. Dia tidak mahu lagi dengar kata-kata cinta dari perempuan yang tak tahu untuk menghargai cinta. Dahulu, Kamalia terlalu tegar meninggalkan dia. Kini, dengan mudahnya dia mahu menagih kembali kasih sayang yang hilang sedangkan dia tahu kasih sayang itu bukan miliknya lagi. Untuk apa lagi nyanyian rindu kerana semuanya sudah hilang di bawa angin yang menderu.!


Iskandar tiba di rumahnya waktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Badannya minta segera di rehatkan. Perlahan sahaja pintu bilik di tolak bimbang jika Nur Nilam terjaga. Namun, sangat jelas di matanya kini Nur Nilam sedang memandang tepat ke arahnya.Alahai..macam tak boleh nak rehat dengan segera je.

“Sayang, kenapa tak tidur lagi ni?Kenapa bangun pula..”soal Iskandar sambil menghampiri Nur Nilam. Dia naik di atas katil sambil duduk memandang Nur Nilam yang sedang bersandar itu.

“Abang ke mana?”

“Er..hmm..abang..abang..alah, sayang tidurlah ek..”

“Nilam tanya abang ke mana? Abang pergi berlumba lagi ke? Kenapa dengan abang ni. Abang lebih pentingkan semua tu dari Nilam ke?”

“Kenapa dengan sayang ni?Sayang dah lupa ke yang sayang dah rosakkan kereta abang siang tadi. Nak berlumba pakai waja Kak Reen ke?Kalahlah abang kalau guna waja tu..”

Tawa Iskandar meledak melihat muka tak puas hati Nilam. Kepala masih di balut pun boleh lupa lagi. Masih mahu menuduhnya pergi berlumba. Padahal sudah lama juga dia tidak pergi berlumba.

“Hai sayang..agaknya sebab luka di kepala sayang tu kot yang buat sayang lupa?”kali ini tawanya semakin meleret-leret. Terasa lepas beban dapat gelak macam tu. Hilang habis keserabutannya dek kata-kata Kamalia tadi. Yang ada kini, senyuman baik di hati mahupun di bibir.

“Abang!Heeeiii..abang nak cakap Nilam tak betul ke!”

“Eh..abang ada sebut ke?Rasanya tak ada pun sebut. Tapi, kalau Nilam perasaan macam tu..Tak apalah, abang tak kisah isteri abang tak betul pun sebab abang sayang sangat-sangat dah. Tak betul pun tak betullah. Nak buat macam mana...”

Kali ini Iskandar tidak ketawa lagi tetapi cuba nak buat muka selamba. Riak wajah tak puas hati masih lagi merenung tajam padanya. Segera dia merebahkan badannya lalu matanya di pejamkan rapat-rapat. Bibirnya masih mengukir senyuman. Meleret-leret sebelum dia terasa pipinya dicubit kuat.

“Aduhhhh!!”

“Padan muka!”

“Sakitlah sayang...”

“Habis abang ingat Nilam tak sakit?Hati Nilam ni lagi sakit tahu tak.!”

“Okey..okey..abang ada cara macam mana nak hilangkan sakit hati sayang tu,”kali ini dia kembali duduk mengadap muka isterinya itu sambil tangannya memegang jari jemari Nur Nilam.
            “Macam mana?”

“Tidur! Bila kita tidur otak dan hati kita dah tak fikir apa-apa lagi. Selamat malam sayang...”bicara Iskandar  sambil merebahkan badannya kembali. Pantas sahaja tangannya menarik kain selimut agar menutupi seluruh tubuhnya. Tidak mahu memandang muka tak puas hati Nur Nilam lagi kerana sekarang pun dia sudah puas menahan tawa di sebalik kain selimut yang menutupi tubuhnya. Hehehe...


mood: Rindukan seseorang yg telah lama hilang..ekekeke...

7 comments:

  1. cik writer , lepas ni harap2 sangat is dah xpkul nilam... ksian nilam asek cedera jer.... is ni bukannya bleh pcaya sngt....

    ReplyDelete
  2. hope nilam cepat sembuh..hihi-Say Hello

    ReplyDelete
  3. si kamalia ni..gi balik where ever she came fm la! buat sibuk je! perigi cari timba! ugh! mmg tak suka pompuan mcm tu..bila ssh baru ingat kawan. tensi betul! harap nilam n iskandar happy selalu tanpa gangguan dari kamalia yg tak tahu malu tu!

    ReplyDelete
  4. moga nilam cepat sembuh..:0-Say Hello

    ReplyDelete
  5. harap2 biar apa pun yg b'laku kasih syg Is ttp utk nilam.

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...