Saturday, February 11, 2012

Bila Cinta Hadir - Bab 2



Malam itu selepas singgah dari rumah ibu bapaku kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sedih rasanya bila pandang wajah ibu dan abah tadi. Tapi, apa lagi yang boleh aku buat. Aku turut saja kemahuan Syameen Fikran. Kerana itu sememangnya tanggungjawab aku. Sekurang-kurangnya dia mahu singgah juga di rumah ibu dan abah.
“Terima kasih..”ucapku kepadanya.
“Untuk?”dia soal aku balik.
“Untuk persinggahan yang walaupun singkat tapi cukup buat saya bersyukur.”
“Aku tak sekejam itu.”
Tak kejam dia cakap?Mahu saja aku jeritkan di telinganya yang dialah manusia paling kejam yang pernah aku jumpa.Aku kenal!
Entahlah, kalau nak cakap tentang penyesalan memang aku sangat menyesal. Menyesal dengan apa yang aku buat. Aku sangka masa depan aku lebih cerah bila aku bertemu jodoh dengan Syameen Fikran. Tapi, aku silap. Kesian Azlan. Aku terlalu tegar melukakan dia. Betul kata sahabat baikku Nadia, yang aku akan terima balasan di atas perbuatan ku kelak.
Menyebut nama Nadia semakin membuatkan hatiku retak seribu. Nadia betul-betul marah dengan tindakanku untuk berkahwin dengan Syameen Fikran. Aku kejam. Itu katanya.
Bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitku membuyar lamunan untuk seketika. Pantas aku mengambil telefon yang ku letakkan di dalam beg tanganku.
Mata aku di hidangkan dengan sesuatu yang membuatkan bibirku menguntum senyum. Azlan. Satu nama yang pernah menghiasi hari-hari suramku dulu.

Lia Juwita, kembalilah kepadaku..kerana aku akan setia menantimu..

Aku geleng kepala. Terus aku simpan kembali telefon bimbitku itu. Tak guna untuk aku balas. Aku lebih sedar diri siapa aku. Walaupun, aku pasti Syameen tak kisah kalau aku membalas. Mungkin kalau aku keluar dengan Azlan pun dia tidak kisah. Kerana aku akan dilepaskan. Jadi, buat apa dia nak kisahkan.
Mata aku alihkan keluar. Melihat pemandangan malam yang langsung tak nampak apa. Bulan lindung di balik awan kelam. Adakah kasihku juga begitu saat ini. Lindung di balik nafsu amarah yang entah di mana datangnya.
“Baguslah, belum di lepaskan tapi ada yang setia sudah menanti!’tiba-tiba aku dengan Syameen cakap macam tu. Dia perasan ke mesej dari Azlan tadi.
“Kenapa?Awak cemburu?”aku soal dia balik.
“Tak ada sebab untuk aku cemburu!”
“Manalah tahu. Manusia kadang-kadang tak pernah nak mengaku.!”
“Kau cakap apa ni?Kau jangan nak perasan pula. Hati aku hanya aku je yang tau!”
“Iya?Betul. Hati awak hanya awak saja yang tahu. Sebab itu mudahnya awak main-mainkan perasaan saya kan?”
“Kenapa kau masih nak buka soal itu?!”
“Selagi awak tak beri jawapan di atas segala yang terjadi selagi itu soalan-soalan ini masih mahu meniti di bibir saya.’”aku menjawab lagi. Sebabnya aku tahu dia tak akan boleh tampar aku. Tengah memandu pun nak tampar lagi memang dasyatlah dia. Tapi kalau dia berhenti nanti macam mana?Ah!Tahan je.
“Kau sengajakan nak tukar topik!Perempuan jenis apa kau ni?Memang dasar tak malu. Dah akucakap yang aku tak cintakan kau!Tak la.”
“Habis tu sebulan yang lalu tu siapa yang cakap?Siapa yang beria-ia?Bukan awak ke yang pulun!”
Aku dengar desah nafasnya.
“Kenapa diam”Aku soal lagi sambil pandang wajahnya. Kemudian dia pandang aku balik dengan muka serius. Terus aku membuang pandang ke luar. Aku tak mampu nak menatap wajahnya lama-lama. Semua perasaan bercampur baur. Memang betul aku tak sepadan dengan dia. Kesian, semua orang tertipu dengan sandiwara dia. Aku tak rasa sebab Papa dan Mama dia yang dia beria-ia sangat nak kahwin dengan aku. Tapi sebab lain. Sebab yang aku sendiri tak tahu.
Lepas tu masing-masing sepi. Sampailah di perhentian Tapah. Aku lihat dia memberhentikan kereta kemudian turun tinggalkan aku seorang dalam kereta. Kalau nak ikutkan perut aku sangat lapar. Tapi, tak mengapalah. Aku masih boleh bertahan. Aku tak nak menyusahkan dia. Terus aku pejamkan mata yang seakan degil untuk malam ini untuk tidur.
Tidak lama kemudian aku dengar pintu kereta di buka. Kemudian, bahu aku di tolak lembut.
“Nah!”Aku lihat dia hulurkan sebungkus plastic yang ada dua biji burger dan segelas air mineral.
“Cukup tak?”Dia soal aku lagi. Aku terus ambil dan angguk sahaja. Tak sangka dia ingat pada aku. Kemudian dia terus bergerak semula ke destinasi yang masih jauh. Aku terus buka pembalut burger tu. Baunya sahaja cukup menyelerakan.
“Kenapa awak tak makan dulu?”aku bertanya kepadanya semula.
“Kau makan dulu..nanti aku makanlah.”jawabnya pula.
Mendengar sahaja kata-katanya itu terus aku makan.
“Memang dah lapar sangatkan?” Aku dengar dia cakap macam tu. Terus aku tersedak.Aku terasa belakang aku ditepuknya perlahan. Makin tersedak aku. Gila!Nanti tak pasal-pasal dia cakap aku mengada-ngada dan suka dia buat macam tu.  
“Tu lah!Makan tak baca Bismillah.”
Bukan aku tak baca. Tapi aku terkejut dengan tindakannya. Bukan ke bagus kalau dia layan aku macam ni selalu. Ini tak!Awal-awal lagi dah kena sembur.
Selesai sahaja makan aku menyuakan pula sebiji lagi burger yang ada itu untuknya.
“Nantilah!”Dia tolak perlahan.
“Nanti dah sejuk tak sedap!”
“Aku bukannya cerewet!”dia balas lagi. Ya, aku tahu dia tak cerewet tapi aku nak suruh dia makan. Sebab aku tau dia pun lapar.
“Berhentilah, makan dulu..”
“Kau ni tak faham ke aku cakap!Aku kata nanti tu nantilah!Boleh tak kau duduk diam-diam jangan kacau aku nak bawa kereta!”dia jerkah kuat.
Terus aku peluk tubuh. Menyesal sebab cakap. Kenapalah dengan aku ni. Diam sudahlah. Syameen tu dah besar panjang pun. Yang aku nak sibuk-sibuk suruh dia makan buat apa. Tak pasal-pasal kena marah.
***
“Hey turun!Dah sampai!”aku terasa tubuhku di goncang kuat. Aku buka mata.
“Dah sampai!”ucap Syameen Fikran sambil turun dari kereta mewah itu. Biar betul? Cepatnya sampai. Dia bawa kereta macam pelesit kota ke?Kalau begitu lama jugalah aku tertidur. Aku lihat bungkusan burger tadipun dah ada. Entah bila dia berhenti makan. Memang aku tak sedar. Lepas kena marah aku terus tidur tak jaga-jaga lagi dah.
Lenguh-lenguh badan mula terasa. Cepat-cepat aku mengeluarkan beg dari dalam bonet kereta. Tak berani nak duduk lama-lama di luar rumah. Maklumlah ini kali pertama aku jejakkan kaki ke rumah ini. Besar sekali kalau nak di bandingkan dengan rumah sewaku dulu.
Aku terus tolak beg masuk ke dalam rumah. Lagi sekali mata aku di hidangkan dengan pemandangan yang membuatkan aku terpegun. Mewah dan sangat berharga. Aku rasa macam bermimpi pula.
“Yang kau tercegat lagi di situ kenapa?”soal Syameen yang datang dari atas.
“Kat mana bilik tidur saya?”
“Kau nak yang mana satu?Pilihlah!Dalam rumah ni banyak bilik kosong.”
“Bilik bawah ada?”
“Bilik stor dan bilik kecil sikitlah.”
“Tak apa. Saya guna bilik kecil tu lah.”aku jawab sambil tolak beg. Aku sedar yang aku hanya menumpang. Jadi buatlah cara orang menumpang. Di hatinya aku bukan isteri.Tapi?Entahlah..perkahwinan yang sepatutnya tak berlaku. Aku masih akan berpegang pada kata-kata itu.
“Tak boleh!”tiba-tiba aku dengar Syameen Fikran cakap macam tu. Aku kembali berpaling.
“Kenapa?”aku soal dengan wajah berkerut.
“Bilik tu tak sesuai. Aku takut kau tak selesa!”
“Tak apa..”aku jawab semula sambil tolak beg semula.
“Tak boleh!Degil!”dia terus tarik beg aku dan di usungnya menuju ke atas. Aku tergaman dan tak tahu nak kata apa lagi. Aku tak tahu di mana dia letakkan diri aku di dalam hatinya saat ini. Adakah seperti sebulan yang lalu atau aku seperti semalam yang pedih. Dia tak perlu nak layan aku baik-baik. Aku tak kisah pun bilik kecil atau bilik besar. Jika tidak cinta, tak perlu nak layan aku dengan baik. Semuanya hanya membuat hatiku terluka. Terluka kerana aku tak mampu memiliki kebahagiaan yang hakiki. Yang tulus dan ikhlas dari hati.
“Kau tercegat lagi di situ kenapa?”
Aku langut pandang wajahnya yang sedang berdiri di tangga.
“Tadi awak beri saya pilihan untuk pilih bilik mana yang saya nak. Tapi sekarang awak yang buat keputusan. Apa awak ni?”aku sedikit geram.
“Suka hati akulah!Kau sepatutnya bersyukur aku beri kau bilik yang selesa!”
“Tapi saya tak minta?”
“Rumah aku terpulang apa aku nak buat!Aku tak suka cakap banyak. Dan tolong jangan nak cakap banyak! Bilik kau sebelah bilik aku!”tuturnya lagi sambil bergerak kembali ke atas.
Aku telan liur.Jam di dinding aku toleh. Sudah pukul tiga pagi. Aku sendiri sudah malas nak cakap banyak. Walaupun dulu, kalau aku diam dia selalu bising-bising cakap aku tak layan dia. Tapi sekarang?Semua tu dusta belaka.Jangan dia ingat ini rumah dia dan dia boleh buat ikut suka hati sahaja. Aku tak akan biarkan dia buli aku. Lelaki penipu!

p/s: okey tak????jangan lupa komen ya..:)



                                                                            

9 comments :

  1. ok dah, harap jgn jdi lemah2 sngt ok, xpe la, dah suami dia xsuka, xpyah jdi thegeh2. kna bnyk bsabar je lah

    ReplyDelete
  2. ok sgt...tp, ape masalah sbnr laki die ni ye..wat xtaw je lah klu laki sendiri x suke kite...nak wat cemana, kan..sambung lagi...best sgt.

    ReplyDelete
  3. best sangat bila nak sambung lagi

    ReplyDelete
  4. a'ah .. pelik sbb dia berubah tetiba . dulu kata syg lepas tu skang benci bgai nak rak . Mesti ada apa2 nih~ isk.. x sabo nak tau..

    ReplyDelete