JANUARI 2009
Selepas selesai menyediakan makan malam, Arisya menuju ke ruang depan untuk menonton televisyen. Belum pun sempat Arisya hendak menonton rancangan yang di siarkan, telefon bimbitnya pula berdering. Seperti kebiasaan. Siapa lagi yang akan mengganggunya waktu-waktu begini kalau bukan Khyrill. Nak jawab ke tidak ni? Arisya berperang dengan perasaannya sendiri. Masuk kali kedua panggilan, Arisya terpaksa menjawab. Selagi tak dijawab, selagi itulah telefon bimbit ini akan terus berbunyi, berbunyi, dan berbunyi. Pemanggilnya memang jenis yang tak reti berputus asa. Selalu sahaja mengganggunya pada masa-masa yang sebegini.
“Assalammualaikum…Sayang buat apa tu? Maaf ya ganggu awak.”
Soal Khyrill tergopoh-gapah.
“Waalaikummussalam.!Hah awak nak apa ni call saya.? Tak ada kerja!.”Soal Arisya dengan perasaan geram. Suka hati dia aje nak panggil aku dengan panggilan yang macam tu.! Tak suka betul.!sayang..sayang! eee..geli telinga lah dengar!.
“Kalau tak ikhlas tu, tak payah la jawab. Tak baik paksa-paksa jawab salam ni.”
“Peduli apa saya...!” Arisya berkata perlahan namum masih mampu di dengari oleh Khyrill. Khyrill terdiam. Keegoaan Arisya terlalu tinggi.
”Arisya, saya suka awak?”Tutur Khyrill berterus-terang. Dia cakap dia suka aku.! Huh,aku mimpi ke ni ?Ingat bola ke boleh main-main.
“Awak orang popular Rill, saya tak nak dikaitkan dengan awak.”
“Tapi saya tak rasa macam tu.!”
“Terpulang pada awak. Tapi apa yang saya katakan adalah kenyataan!.”
“Kenyataan apa? kenyataan yang awak sendiri buat. Awak sendiri rumuskan. Awak silap Arisya. Saya insan biasa yang ada hati dan perasaan. Apakah kerana status saya sebagai seorang pemain bola membuatkan saya tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti awak,Arisya.!”
“Arisya terpana mendengar kata-kata itu. Khyrill di hujung talian juga diam.
“Bukan awak tapi saya.!”
Tapi cinta itu buta dan juga membutakan. Hatinya juga menginginkan cinta itu. Dia sendiri selalu mendengar cerita seorang pemain bola selalunya bersikap playboy? Adakah Khyrill juga begitu. Tetapi sepanjang perkenalan mereka, Khyrill sendiri mengakui hatinya belum dimiliki oleh sesiapa.
Sikapnya yang merendah diri tu kadang-kadang buat Arisya akur, hatinya senang mengenali lelaki itu, tapi sikap Khyrill yang suka sangat mengusik dan menyakatnya tu kadang-kadang buat dirinya rimas. Kadang-kadang pulak rasa seronok. Cuma apabila dia sedar siapa dirinya yang sebenar. Dia jadi malu sendiri. Beribu-ribu alasan yang di beri untuk mengelak dari lelaki itu. Sehinggakan sampai satu waktu bicara-bicara Khyrill terhenti di situ. Semuanya kerana Khyrill menyangkakan bahawa hatinya sudah di miliki.
Dia tahu di mana bumi berpijak. Tak mungkin lelaki itu akan jatuh cinta dengannya. Dan tak mungkin dia akan berdampingan dengan lelaki itu. Segala kata-kata hanya sandiwara mainan di bibir. Memang dia tidak pernah meletakkan harapan untuk berdampingan dengan lelaki pujaan itu.
Jadi untuk apa untuk dia merungkaikan salah faham yang terjadi itu. Biarkan semuanya begitu. Keegoaannya terlalu tinggi untuk memulakan kembali bicara-bicara yang telah hilang itu. Biarkan....Bisik hati Arisya lagi. Sehinggalah percutian di Pulau Langkawi. Separuh jiwanya menjadi milik Khyrill saat itu. Cintanya berlagu dalam irama syahdu di temani bintang-bintang malam. Ombak dan pantai menjadi saksi penyatuan dua hati.
No comments:
Post a Comment