Sunday, November 9, 2014

Tempahan Elusan Kasih di Buka



Blurb: 
SITI FAZZURA - Hidupnya penuh dengan derita dan sengsara. Hanya kerana menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dicintainya, dirinya kian dipinggirkan keluarga. Hanya disebabkan dia sudah tidak menarik lagi pada pandangan seorang suami dia juga diceraikan. Saat itu Riyadh hadir sebagai penyelamat. Menghulurkan kasih sayang yang tulus hanya untuk kedua-dua anaknya.

MOHD RIYADH RIZQULLAH - Dia lelaki sempurna. Bila takdir menemukan dia dengan Aqilah dan Fazmizie, pintu hatinya terbuka untuk sebuah ikatan perkahwinan dengan kekasih hati yang dicintai. Malangnya, tatkala masa itu tiba dia kehilangan. Bahkan dia ditinggalkan tanpa sebarang kata. Saat itulah takdir bagai menyatukan dia dengan Fazzura.
Bagi Fazzura dia hanya mahu lelaki ini membenci dirinya. Dia hanya janda yang tidak layak untuk berdampingan dengan jejaka sempurna seperti Riyadh.
“Aku dah agak... keluarga aku sendiri pun tak nak bela orang gila ni. Kau pulak yang teringin nak bela. Tu pun sebab anak-anak aku je. Kalau tak sebab anak-anak aku ni tak mungkin kau nak dengan aku. Aku ni janda! Cacat! Gila!”- Siti Fazzura
Kehendak orang tua Fazzura yang ingin dia berkahwin dengan lelaki yang merangkap sepupunya sendiri membuatkan Fazzura kian terluka. Menerima Ammar Haikal sepupunya sendiri umpama menyerahkan diri untuk terluka bagi kali yang kedua. Namun, apa pilihan yang dia ada apabila ibunya kian mendesak. 
“Saya janji ini bukan sahaja soal anak-anak. Tapi, soal cinta. Saya cintakan awak. Siapa pun awak, apa pun adanya awak, yang penting hati saya awak dah tawan. Mereka mahu saya menjaga awak. Mereka tinggalkan kita dengan semangat dan pesanan yang sampai bila-bila pun saya tak akan lupakan.”- Mohd Riyadh Rizqullah.
Dapatkah mereka bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan? Mampukah Fazzura memberi hatinya peluang untuk menerima Riyadh. Elusan kasih Riyard tidak pernah putus untuknya. Ikhlaskah? Atau itu hanya atas alasan simpati terhadap dirinya semata-mata?

CAPTION
Elusan kasihmu bagaikan gerimis yang meredakan kebuntuan silam

Harga Asal : RM24.00
Sabah/ Sarawak : RM27.00
Harga Online LNP :RM21.00 (Layari laman web www.lovenovel.com.my )
Harga beli dari penulis : RM20 (Termasuk caj penghantaran untuk semenanjung sahaja)

* BOLEH JUGA PM SAYA DI FACEBOOK.
*TERHAD 10 BUAH SAHAJA UNTUK BELIAN DARI PENULIS
*GIFT DAN STICKER AKAN DISERTAKAN.




Saturday, November 1, 2014

Elusan Kasih - Bab 16



KAD jemputan perkahwinan yang tertera nama Riyadh dengan pasangannya ditatap lama. Di dalam kad undangan itu turut terselit nota kecil. Kata Riyadh dia dah sabar mahu berjumpa dengan Aqilah dan Fazmizie. Katanya lagi dia mahu mereka hadir kerana di sebabkan oleh Aqilah dan Fazmizie hatinya terbuka untuk berkahwin. Dia mahu meraikan hari bahagianya bersama mereka berdua. Hmm… itu Fazzura tak pelik sangat. Tapi yang dia pelik bila ayat terakhir dari Riyadh.

“Saya lebih teruja nak jumpa awak dan budak-budak tu dari kahwin!”

Apa maksud kata-kata Riyadh tu. Dia jatuh kasihan pula dengan bakal isteri Riyadh. Kalau wanita tu tahu dia tentu akan kecil hati. Nampak sangat yang Riyadh tak teruja nak kahwin. Lelaki memang macam ni ke? Tak boleh nak jujur dengan pasangan. Tapi Riyadh jujur cakap semua ini padanya. Sudah hampir sebulan dia kerja. Duit gaji pertamanya esok akan digunakan untuk beli pakaian ke majlis Riyadh nanti.
“Ibu…apa tu ibu?” soal Aqilah tiba-tiba. Buku lukisan yang berada di tangannya diletakkan dia atas meja berhampiran sofa hitam itu.
“Aqilah, ni kad kahwin uncle. Uncle kan cakap dia nak kahwin. Nanti kena pakai baju cantik-cantik.” terangnya satu persatu.
“Kita nak pergi bila ibu?Aqilah rindu kat uncle. Uncle janji nak bawak Aqilah dengan adik jalan-jalan.” Senyuman manis meniti di bibir si comel saat bercerita. Kepetahannya membuatkan dia senang dengan sesiapa sahaja. Malahan sesaat pun dia tidak pernah lupa janji pemuda itu.
Uncle sibuk. Ibu kan cakap uncle sibuk. Dia tak boleh nak bawa Aqilah dengan adik jalan-jalan dan makan ice- cream macam dulu. Sebab uncle jauh. Kita sekarang di Perak. Uncle kat Kuala Lumpur. Jauh sangat.” Tipunya untuk sekian kali.
“Papa pun duduk kat Kuala Lumpur kan Ibu.?”
Pertanyaan terakhir dari Aqilah itu mengingatkan dia kepada Aqil. Setelah hampir empat bulan mereka bercerai. Aqil diam seribu bahasa. Hanya satu bulan pertama dia terima nafkah dari Aqil yang dimasukkan ke akaun bank miliknya. Selepas itu tiada lagi khabar berita yang dia dengar. Anak-anaknya pun sudah berhenti bertanya. Cuma dia perasan dua tiga hari ni Aqilah asyik sebut papa dan uncle. Fazmizie pula sebutannya masih belum jelas. Tapi sudah pandai menyebut ibu, dan uncle. Itu sudah cukup menggembirakannya.
“Ibu bila kita nak pergi kenduri uncle ibu?” Lagi sekali anak kecil itu bertanya. Sekejap pasal Riyadh sekejap pasal Aqil.
“Kita ada lagi lima hari nak pergi rumah uncle.” Aqilah angkat jari tangannya. 
“Satu, dua, tiga, empat,lima.” Fazzura angguk.
“Bijak anak ibu. Patutlah uncle sayang sangat kat anak-anak ibu.” dia mencium pula rambut anaknya itu kerinting. Persis bekas suaminya, Aqil. Berbeza pula dengan Fazmizie yang berambut lurus seperti dia. Lagi-lagi nama itu yang berlegar di mindanya.
“Adik jangan ambil buku kakak!” Aqilah menjerit apabila Fazmizie mula mencapai buku yang diletakkannya sebentar tadi. Terus dia turun dari sofa itu menghampiri adiknya.
“Jangan main buku kakak. Nanti adik koyak!” Aqilah terus menarik buku dari pegangan adiknya itu. Fazmizie merengek bila Aqilah merebut buku itu.
“Sayang, jangan gaduh-gaduh macam tu. Ibu kan dah beli sorang satu.”ujarnya pula tegas.
“Adik jom kita main kejar-kejar. Nanti kakak kejar adik,adik lari.” kali ni dia mengajar pula si adik untuk main kejar-kejar.” Fazzura geleng kepala. Riuh rendah jeritan anak-anaknya mula kedengaran. Anaknya kian terurus tidak seperti hari pertama dia bekerja. Sangat menyedihkan. Kadang-kadang dia nampak lengan anak-anaknya kebiruan. Sekarang, dia tahu abah yang banyak tolong dan bantu.
Tiba-tiba abah muncul dari dapur dan berjalan menuju ke arahnya. Emak juga ikut serta di belakang abah. “Abah ada hal nak cakapkan dengan hang.” tutur abah mengambil tempat berhadapan dengannya.“Soal masa depan hang.”
Soal masa depan? Hatinya kian di asak persoalan. Ini mesti pasal Ammar Haikal lagi.
“Budak-budak ni boleh tak pergi main jauh-jauh sikit. Nenek dengan tok wan hampa ni nak cakap sikit dengan ibu ni. Main aja kerjanya sampai 24 jam!”bebel emak terus.
“Mak Long hang telefon abah tadi. Mereka nak datang merisik hang minggu depan.” Fazzura merasakan jantung bagaikan nak luruh mendengar kata-kata abah itu. Merisiknya? Ah!Bukankah minggu depan dia mahu ke majlis perkahwinan Riyadh.
“Merisik untuk Ammar Haikal. Sepupu hang tu. Lagipun hang dah habis eddah. Dari hang kahwin dengan orang yang hang tak kenal. Hang kahwin dengan sepupu hang tu. Dia pun suka sangat dekat hang.” Sambung abah lagi. 
Saat ini dia rasakan nafasnya bagaikan tidak terasa. Wajah abah dan emak dipandang silih berganti. Dia kasihkan abah yang banyak berkorban untuknya selama dia pulang ke sini. Dia juga tak mahu menggores luka di dalam hati emak untuk kedua kali. Tapi…wajarkah dengan lelaki seperti Ammar Haikal?Lelaki buaya darat yang tak ubah seperti bekas suaminya dahulu. Hari cuti yang sepatutnya rasa indah bertukar jadi gundah.
“Saya…err…bagi saya fikir dulu abah, mak.” jawabnya sedikit tergagap.
“Zurra, Ammar tu betul-betul sukakan hang. Hang ingat sikit. Hang tu janda anak dua. Kalau ada yang berkenan nak buat kau tu isteri apa salahnya terima.” sambung emak pula.
 Dia menelan air liur yang terasa pahit untuk melepasi anak tekaknya. “Bukan saya tak nak terima mak. Saya cuma nak ambil masa berfikir. Lagipun saya baru aje bercerai. Baru empat bulan mak.”
Kenapalah asyik masa depannya sahaja yang selalu di jadikan isu. Kalau dia tak kahwin pun apa yang jadi masalahnya. Kenapa mak dan abah tak nak kahwinkan Shahira yang sudah menginjak ke angka tiga puluhan itu.
“Hang bukannya tak kenal dengan Ammar tu. Dari kecil lagi hang dengan dia kenal. Dia pun selalu datang sini. Tak manis orang kampung tengok nanti.” tambah abah lagi. Ah! Bukan dia melayan si Ammar tu pun. Sepupu buaya daratnya itu yang selalu datang mengganggunya. Tak sudah-sudah. Emak yang selalu ajak Ammar masuk berbual di dalam rumah.         Bukan dia.
“Ataupun hang dah ada pilihan lain?”
Fazzura kerut dahi. Kenapa abah tanya soalan begini. Dia bukan anak dara. Dia janda. Dia ada kisah silam. Dia tidak pernah berfikir untuk mencari pengganti Aqil. Untuk mencari pengganti bapa kepada anak-anaknya. Apatah lagi untuk mencari penawar yang mampu menyembuhkan hatinya. Dia yakin dia mampu untuk hidup berdikari dan membesarkan anak-anaknya sendiri.
“Pilihan lain apanya bang. Kahwin aja dengan si Ammar tu. Baik budak tu.”emak memuji Ammar melangit. Di depan emak memanglah pijak semut tak mati. Di belakang bukannya dia tak tahu ligatnya si Ammar tu.
“Kalau boleh tu abah harap sangatlah. Macam mak hang cakap. Kita dah kenal dia. Bukannya orang lain. Orang yang rapat dengan kita. Dia pun kerja bagus. Kontraktor. Dia boleh senangkan Zurra dengan anak-anak.” ujar abah lagi penuh harapan dalam setiap tutur bicaranya.Tapi kenapa mesti Ammar Haikal. Sepupu yang merangkap musuh tradisinya.
Perasaannya terhadap Ammar tiada. Dia rasa hatinya kosong untuk mana-mana lelaki setelah di khianati. Setelah berpisah dengan Aqil dia sudah tiada rasa itu. Emak dan abah tidak tahu punca dia dan Aqil bercerai. Antara kebimbangan kisah silam dan harapan ibu bapa di masa dia depan. Argh! Sekali lagi dia terhimpit dengan permasalahan yang tidak terduga. Apa pilihan yang dia ada sekarang! Dia tak boleh terima semua ni. Tapi emak macam sudah setuju.


6 tahun lalu…
“ZURRA, Qil harap sangat Zurra dapat pujuk mak dan abah Zurra. Kita dah lama bercinta. Setiap kali Zurra balik kampus hati Qil risau. Qil memang tak boleh nak berjauhan dengan Zurra.” tutur lelaki itu penuh pengharapan. Fazzura pandang wajah Aqil yang sedikit berserabut. Tertera tulisan B Brawn di baju kerja yang tersarung di tubuh Aqil. Kesian Aqil, lelaki ini bekerja keras untuk cinta mereka. Untuk memilikinya. Sampaikan dia sanggup tolak tawaran untuk sambung belajar hanya semata-mata nak kumpul duit demi masa depan mereka. Katanya pengalaman lebih penting. Kalau tak ada Diploma,Ijazah dan Phd sekalipun ramai yang berjaya.
“Zurra,  Qil takut...” air mata lelaki itu kelihatan bertakung. “Qil benar-benar cintakan Zurra. Qil sayang Zurra. Qil tak rela kita terus-terusan berjauhan begini.
“Tapi Qil, Zurra bukannya menyeberang laut China Selatan pun. Zurra kat Perlis. Lagipun Qil kan sekarang kerja kat Penang. Bukannya jauh pun kalau kita nak jumpa.
“Zurra, selagi kita tak berkahwin selagi tu lah hati ni tak tenang. Qil nak lebih serius dalam sebuah ikatan rumahtangga. Qil nak Zurra sentiasa ada di sisi Qil. Qil tak sanggup macam ni. Qil siksa!Zurra pujuklah mak dan abah tu.”
“Tapi Qil Zurra baru satu semester. Ni dah nak kahwin. Susah Qil.”
“Tak ada apa yang susah Zurra. Kita bukan nak buat jahat! Kita nak kahwin. Kahwin tu benda yang baik. Qil akan jaga Zurra. Qil akan sara Zurra. Qil tak nak Zurra sambung belajar. Qil boleh bagi duit. Qil boleh. Yakin dengan Qil. Qil akan jaga Zurra sampai akhir hayat.
Akhir hayat?Fazzura menyeka air matanya. Pedih hatinya saat kenangan lalu bertamu di jiwa. Itulah kebodohannya yang terlalu nyata. Dia rela tinggalkan segalanya demi cinta pada lelaki ini. Dan kini, dia sendiri yang menanggung siksa dek janji yang dusta semata-mata. Dia sendiri yang menanggung beban cinta yang palsu. Menyesal sekalipun semuanya telah berlaku. Semuanya telah di takdirkan. Suami yang di puja dan di sanjung rupanya racun yang membunuh seluruh saraf yang ada.
“Hai kau ni Zurra, asal aku datang kau nangis. Bukannya kau nak sambut bakal suami kau ni dengan senyuman.”
Fazzura tercengang dengan kehadiran Ammar yang tiba-tiba  sahaja.Tak boleh tengok dia senang.
“Apa kau cakap ni Ammar? Kau jangan nak perasan Ammar!”
“Sudah-sudahlah tu ingat jantan tak guna tu. Tapi, kenapa Aqil tu boleh ceraikan kau hah?Mesti kau  ada buat apa-apa sampai dia ceraikan kau. Kalau nak cakap Aqil tu jahat mungkin tak kut. Dia tu aku tengok biasa-biasa ja. Awek tak teringin pun nak pandang. Kalau pandang duit dia tu mungkin. Maklumlah orang dah senang!”
Kata-kata Ammar kian menyeksa hatinya. Ammar seolah-olah dapat membaca apa yang terjadi di dalam hidupnya. Boleh juga digelar penembak tepat.
“Kau jangan nak sibuk nak ambil tahu hal aku Ammar.” Fazzura bangun dari pangkin itu. Tidak selesa tatkala Ammar duduk di sebelahnya. Masih dia ingat kata-kata emaknya dulu. Dia dah penatlah layan kontroversi murahan macam ni. Tak sangka jadi janda boleh popular. Lagipun sejarah kisah rumahtangganya biarlah hanya dia, Aqil dan Riyadh sahaja yang tahu.
“Aku kena ambil tahu sebab kau tu bakal isteri aku.”
Fazzura gelak kuat. “Kau jangan perasanlah Ammar.”
“Tapi aku rasa mak dan abah kau tu dah setuju nak nikahkan aku dengan kau.”
“Iye?” Fazzura kerut kening. Buat muka terkejut padahal menyampah gila dia dekat Ammar. Angan-angan setinggi gunung Everast. Seluas laut China Selatan. Sedangkan batu Caves pun belum mampu didaki.
“Kau jangan nak berharap sangatlah Ammar. Kau tahu tak Ammar perkahwinan sesama kerabat terdekat ni boleh menyebabkan berbagai penyakit yang kadangkala sukar di ubati. Rasulullah S.A.W pernah bersabda pilihlah jalan yang jauh, dan jangan kamu pilih jalan yang dekat. Kita ni dah dekat, kau boleh pilih anak-anak dara banyak lagi kat Kampung ni Mar.”
“Aku peduli apa?Kalau dah aku cakap aku nak tu! Aku naklah.” balas Ammar sedikit beremosi. Fazzura cebikkan bibirnya.
 “Tak ada taste langsung kau ni Ammar!” balas Fazzura sengaja nak menyakitkan hati lelaki itu. Biar Ammar sedar diri tak banyak, sikit pun jadilah. Tapi dia kenal Ammar, kalau dia dah kata dia nak tu dia naklah. Susah sebenarnya berbicara dengan orang yang tak faham bahasa seperti Ammar.
“Ibu, ibu nak susu ibu.” jerit Aqilah di muka pintu.
“Kejap sayang.” balas Fazzura. “Sudahlah Ammar, hentikan semua yang kau dah rancang tanpa pengetahuan aku. Hentikan niat kau untuk memiliki aku. Aku tak perlukan sesiapa pun untuk gantikan tempat Aqil. Untuk jadi bapa kepada anak-anak aku. Aku rasa kau tak layak Ammar.”
Berdesing telinga Ammar mendengar ayat terakhir Fazzura. “Kau tengoklah nasib nasib kau tu nanti tinggi ke rendah. Sepatutnya kau tu sedar diri tuh. Bukan aku!Niat aku ni ikhlas tapi kau belagak kan?” balas Ammar kasar kepadanya.
“Ibu..nak sushu ibu..”
“Yang anak kau ni pun satu! Dah besar-besar pun nak susu. Kau tak reti nak ajar anak kau ni berjimat ke Zurra. Dah besar-besar pun nak susu lagi.” Herdik Ammar keras. Matanya di jegilkan kepada Aqilah. Aqilah peluk kaki Fazzura. Takut barangkali dengan suara keras lelaki itu.
“Dah la sayang, mari kita masuk dalam.” balas Fazzura sambil mengusap lembut bahu Aqilah. Macam ni nak jadi bapa kepada budak-budak ni?Ermm...kau memang tak layak Ammar! Tak layak!
“Kenapa uncle Ammar marah ibu? Aqilah tak suka kat uncle tu. Dia garang. Aqilah tak suka!” Anaknya itu siap tarik muka lagi. Fazzura mengukir senyuman.
“Anak ibu ni kalau marah buat muka macam tu. Comelnya…patutlah uncle Yadh suka kat anak-anak ibu.” ujarnya perlahan.
Uncle Yadh  baik. Tak macam uncle Ammar.”
“Jangan cakap macam tu. Tak baik tau. Nanti nenek dengan tok wan marah.” tegur Fazzura pulak. Budak-budak yang seperti Aqilah ni cepat tangkap apa yang sedang berlaku. Waktu-waktu ini tumbesaran otak mereka mula menerima benda-benda baru. Kalau baik, baiklah. Sebab itu kalau boleh dia tak nak cakap kasar-kasar depan Ammar tadi. Dia bimbang anaknya itu akan ikut sama seperti yang dia cakap. Riyadh sendiri pernah bagi pesanan pada dia. Depan anak-anak lebih baik tunjukkan perkara yang baik sahaja.
“Kenapa pulak nenek dan tok wan nak marah?”  Anaknya itu menyoal lagi. Fazzura ambil botol susu yang terletak di atas meja makan. Buat seketika dia terjenguk melihat Ammar yang masih duduk di pangkin tu. “ Tak reti-reti nak balik!” ucapnya antara dengar dengan tidak.
“Kenapa ibu?”
“Tak ada apalah sayang. Pergi ke depan. Adik tak jaga lagi ke? Letihlah tu main tadi.” Aqilah terus berlalu sebaik sahaja mendapat botol susu. Fazzura tarik nafas lega.


SUASANA di butik pengantin itu riuh rendah dengan gelak tawa dari  Annis.  Masuk kali ini sudah berapa kali Annis mencuba gaun putih yang direka khas oleh Annis sendiri. Tidak dinafikan Annis memang berbakat. Cuma cara hidup Annis sahaja yang mungkin membuatkan kak Longnya tidak berapa berkenan.
“You, cantik tak you?” soal Annis lagi. Masuk kali ni dah berapa kali dia soal dengan soalan yang sama.
“You pakai apa pun cantik sayang!” jawabnya sambil sambung belek majalah yang sejak tadi berada di tangannya. “Cuba you tengok betul-betul…”  tunjuk Annis lagi sambil memusing pusing tubuhnya bak model. Dah memang model pun. Mestilah pakai apa pun nampak sesuai. Nampak cantik. Gaun berwarna putih melekat cantik di tubuh Annis. Itulah yang Annis impikan di majlis perkahwinannya nanti. Gaun berwarna putih itu kelihatan mewah dan elegan, kerana di padukan dengan bordel atau mute-mute berbagai bentuk, yang menghiasi bahagian gaun. Tetapi agak mendedahkan dada Annis yang putih gebu itu. Itu yang dia tak berapa suka sebenarnya. Perlu ke Annis nak tayang eset yang dia ada di hari bahagia mereka.
“You cantik sangat. Tapi, tak rasa seksi sangat ke gaun you tu?” Awalnya dia tidak kisah tapi sebab Annis duk ulang soal banyak kali sangat. Terus dia nak ambil kisah. “Kalau tutup sikit yang terdedah tu lagi cantik.” ujarnya lagi.
 “You ni awal-awal dulu you tak cakap pun. Mana boleh dah I nak ubah design ni...dah terlambat!”
“Kalau macam tu buat apa you nak ulang tanya lagi. I bagi pendapat lebih-lebih nanti muncung you sedepa.” pujuk Riyadh kembali.
Annis, seindah nama yang cukup cantik dipadankan dengan pemiliknya. Perkenalan mereka bermula di bangku university lagi. Dia senior dan Annis junior. Annis menjadi kegilaan dek kecantikkannya. Manakala dia pula lelaki yang pantang di cabar. Kerana cabaran jugalah dia mengorat si Annis ni sampai boleh. Dengan cara Annis yang ala-ala menggoda tu siapa yang tak cair. Tujuh tahun dia setia dengan Annis. Dia juga mengharapkan kesetiaan yang sama dari Annis walaupun pernah beberapa kali Annis kantoi dengannya. Tapi dia diam sahaja sebab memang dia sayang.
“Sekaranglah you nak pakai cantik-cantik begini. Nanti dah ada anak. Jangan haraplah you nak pakai begini lagi. Sekali sekala apa salahnya pakai grand begini.” ujar si pemilik butik yang terkenal dengan panggilan Yujie itu. Kawan Annis jugak. Pandai pula dia nak jadi batu api kat sini. Riyadh jeling tajam. Terus Yujie angkat punggung dari situ. Melentik kalah Annis.
“You cakap pasal anak I tak bersedia lagi nak ada anak.” Annis jawab .
Dia terus pandang Annis dengan wajah serius.
“Tapi I pun tak tunggu you bersedia or tak!” Riyadh balas tegas. Sedikit kesal apabila Annis cakap begitu. Keinginan mereka dalam soal anak terlalu berbeza.
“I tak peduli.” Annis mula balas kasar.
 “Kalau you tak peduli. I peduli. I nak ada anak secepat mungkin. Please sayang I tak nak bertekak dengan you soal anak. Selama ni I dah banyak bagi kebebasan pada you. You buat apa yang you nak. But now, please...tolong dengar cakap I. Permintaan  I dan keinginan I.” ujar Riyadh serius.
 “Berhenti cakap soal ni..” sambungnya sekali lagi.
“You paksa I kahwin. You cakap I tak ikut lagi apa yang you nak? I cuma cakap yang I tak bersedia nak ada anak cepat-cepat. Why can not you give me a time?” bidas Annis geram. Kalau semua perkara Riyadh nak paksa apa dia perlu merelakan semuanya.
“Selama tujuh tahun I yang banyak beralah dengan you sebab I sayang you,Annis. Listen to me. Anak rezeki dari Allah. Awak tak perlu nak cakap awak tak besedia atau tidak. Selama tujuh tahun masa yang kita ambil tak kanlah sikit pun you tak bersedia?”
“Semakin lama I semakin tak faham dengan you, Riyadh!”
“You nak I faham you! But you?!”
Dia kesal. Kesal dengan Annis. Annis tidak nampak impiannya. Mungkinkah salahnya yang terlalu manjakan si Annis sampai Annis susah sangat nak ikut kata-katanya. Dia tak nak selalu memaksa. Tapi Annis suka bagi dia paksa.
Argh! Dia meraup muka dengan tapak tangannya. Saat itu wajah Aqilah dan Fazmizie terbayang di minda. Semalam dia bermimpikan Aqilah dan Fazmizie datang memandangnya dengan wajah yang putih bersih dan baju yang serba putih. Mereka hanya tersenyum memandangnya tanpa bersuara apa-apa. Anehnya mimpinya semalam. Mungkinkah kerana dia terlalu memikirkan pasal kanak- kanak itu tu atau mungkin di sebabkan factor dirinya yang tidak berapa sihat.
Uncle, ibu bawak kakak jalan-jalan dengan adik pergi beli baju baru. Ibu cakap nak pergi kenduri uncle.”
“Ye ke sayang?Tak sabarnya uncle nak tengok. Rindu uncle tak sayang?”
“Rindu… hari-hari Aqilah sebut uncle. Uncle, uncle, adik dah pandai sebut uncle.” Aqilah begitu beria-ia bercerita kepadanya.
 “Adik cepat adik. Uncle nak dengar adik sebut uncle. Cepat adik. Sebut uncle…uncle,cepatlah adik!”
Riyadh tersenyum. Telatah Aqilah yang memarahi Fazmizie mencuit hatinya. Sayup-sayup di hujung talian dia terdengar si kecil Fazmizie menyebut uncle. Dah lama dia tak dengar suara budak-budak tu. Walaupun masih tidak jelas butir bicaranya. Namun dia gembira. Terus dia rasa sihat dan bersemangat. Tak seperti semalam. Ingatannya kembali kepada Fazzura pula.
“Riyadh sorry sebab anak-anak saya ni bising sangat.”
“Seronok Zurra...rasa macam nak duduk depan diaorang sekarang. Cuba Zurra tengok lepas sakit aje dia dah pandai sebut uncle. Bertuahkan saya?”
Fazzura hanya diam. Tidak menjawab soalan darinya.
“Awak ada masalah ke Zurra? Diam je? Awak sihat ke tak ni?”
“Sihat. Tahniah awak dah nak kahwin.”
“Ermm…” entah kenapa Riyadh tak suka lagi cakap pasal perkahwinannya. Dia lebih teruja nak cakap pasal Aqilah dan Fazmizie.
“Nanti awak tak payah susah-susah beli tiket bas ke apa ke. Saya dah tempah teksi yang akan ambil dan hantar awak. Tapi kan bagus kalau saya sendiri dapat ambil awak dan anak-anak.”
“Janganlah nak susahkan diri awak. Awak tu bakal pengantin.”
“Hmm…Zurra, boleh tak awak buat video call. Saya nak tengok wajah dia orang. Rasa tak puas pulak cakap dengar suara aje”
Handphone saya ni mana ada video call.”
“Alasan awak aje kan?”
“Riyadh, awak ni dah kenapa?Kan saya cakap tak boleh. Saya bukan orang kaya yang mampu nak pakai telefon cangggih macam awak.”
“Hurm…okey-okey. Nanti saya post telefon bimbit yang baru kat awak ek?”
“Riyadh!”
“Aik marah?” dia mengusik wanita itu lagi dari hujung talian dia sudah mengekek ketawa.
“Hoi! Yang kau ni dah kenapa tersengeh sorang-sorang! Nah ambil baju ni. Pergi try muat ke tidak!” Yujie menyergahnya kuat. Baju kot bewarna putih itu dihulurkan kepadanya. Terus dia tersedar dari lamunan. Mengingati setiap perkara yang berkaitan tentang Fazzura dan anak-anaknya seringkali saja buat dia tersengeh sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. Kata orang itu penyakit angau. Tapi angau pada siapa?
“Teruk sangat dah laki kau ni Annis. Tersengeh sorang-sorang.” Yujie cekak pinggang.
“Jangan nak lembut sangatlah.”
 Yujie terus tarik muka.
“Kau dengan Annis samalah. Spesis suka tarik muka.” ujarnya lagi sambil ketawa.
“You!jangan nak mula.” Marah Annis. Riyadh terus bangun menuju ke bilik persalinan. Ingatannya makin kuat terhadap Aqilah dan Fazmizie sampaikan kadangkala dia tak boleh nak fokus seratus-peratus pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Dia sendiri tertanya petunjuk apakah yang Tuhan ingin tunjukkan kepadanya.
“Salin baju jangan nak berangan!”

Riyadh jungkit bahu sambil juih bibir ke arah Yujie. Elok-elok jadi lelaki nak jugak jadi perempuan kenapa. Bentak hatinya pula. Marah tatkala ingatannya terhadap Aqilah dan Fazmizie diganggu. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini bayangan kanak-kanak dua orang tu asyik bermain di minda. Setiap kali itu jugalah jiwanya dipagut resah yang menggila.



NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...