Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand pada petang hari. Pesawat Air Asia AK384 mendarat dengan selamat. Kabus nipis kelihatan menyelubungi Lapangan Terbang itu. Masing-masing bagaikan tidak sabar untuk menyelongkar keindahan Krabi. Di Krabi, lautan adalah tarikan utamanya. Kebanyakkan masyarakatnya pula adalah terdiri daripada yang beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu, Buddha dan Kristian.
Iskandar dan Nur Nilam menaiki van yang di bawa oleh seorang pemandu pelancong untuk menuju ke Hotel penginapan. Di sepanjang perjalanan mereka di hidangkan dengan tempat-tempat yang menarik.
Lebih kurang lima belas minit perjalanan, mereka sampai di Hotel Pavillion Queens’Bay. Kedatangan mereka nyata di sambut dengan mesra. Mereka kemudiannya mendaftar masuk ke dalam bilik penginapan untuk melepaskan penat masing-masing.Iskandar rasa puas bila melihat raut wajah Nur Nilam yang ternyata di ulit kegembiraan.
“Kenapa abang tengok Nilam macam tu?”soal Nur Nilam sambil meletakkan barang-barang yang di bawa tadi ke dalam almari. Bilik yang di ambil agak luas dan selesa. Bukan itu sahaja lengkap dengan tab mandi.
“Entahlah..kalau boleh setiap saat abang nak tengok muka sayang je. Rasa puas sangat!”balas Iskandar pula sambil merebahkan badannya malas di atas tilam yag empuk itu. Rasa nyaman dan menenangkan. Bibirnya menguntum senyuman dan matanya di pejamkan rapat-rapat.
“Kalau ye pun letih pergilah bersihkan diri tu dulu,”balas Nur Nilam pula. Dia mengorak langkah menghampiri katil itu. Kemudiannya duduk di sebelah Iskandar.
“Abang letih ke?Nak Nilam urutkan abang?”
Iskandar kembali membuka matanya. Pantas sahaja Iskandar membuka baju t’shirt yang sedang dipakainya itu lalu dia mengalihkan tubuhnya. Kini, dia di dalam posisi meniarap. Nur Nilam berdebar. Seumur hidup tak pernahnya dia urut orang. Dia saja-saja je tadi cakap. Tak sangka pula Iskandar betul-betul menginginkannya.
“Perlahan-lahan dia duduk bersimpuh di atas katil itu. Rambut kerinting miliknya di sanggulkan sebelum jari jemarinya mula menyentuh belakang Iskandar. Takut pun ada. Malu tak payah cakaplah. Nasib baiklah Iskandar tak nampak.
“Kuatlah sikit sayang, macam tak makan nasik sebulan je.”bicara Iskandar lagi dengan mata yang terpejam. Mengadalah pulak Iskandar ni. Bukan nak berterima kasih. Bagi komen lagi adalah. Nur Nilam ketap bibir geram. Cubit baru tau! Bisik hatinya pula.
Semakin lama semakin kuat urutannya. Iskandar juga sudah diam tidak berkata apa-apa. Mungkin sudah hanyut di buai mimpi. Cepat betul dia lelap. Letih sangat agaknya. Bisik hatinya lagi.
Apalagi dia pun ambil peluang itu untuk segera berlalu ke bilik air bagi membersihkan diri. Sudah sehari suntuk. Badan pun dah melekit. Rasa segar sahaja badan bila air menyirami tubuhnya. Dia menyanyi-nyanyi kecil di dalam bilik air itu. Setelah mengambil masa yang agak lama di dalam bilik mandi tersebut dia pun keluar dengan hanya bertuala. Rambut kerinting miliknya yang basah di biarkan sahaja mengurai.
“Abang ingat sayang nak tidur dalam bilik air tadi,”seloroh Iskandar tiba-tiba.
Nur Nilam pantas menoleh bila mendengarkan kata-kata itu. Iskandar sudah terjaga dari tidurnya. Muka macam orang tak siap je.
“Abang pergilah mandi. Dah masuk maghrib ni. Nanti terlewat pula.”tutur Nur Nilam kembali sambil mengambil dress bewarna putih lalu disarungkan ke tubuhnya. Rambutnya yang masih basah di balut dengan sehelai tuala kecil. Ternyata wajah asli itu benar-benar mempersonakan Iskandar yang sedang menjadi pemerhati tak bertauliah. Bibirnya kemudian tersenyum nakal. Setiap gerak geri isterinya itu benar-benar menarik perhatiannya. Bahkan kadangkala boleh membawa dia hanyut jauh ke destinasi ciptaannya sendiri.
“Abang!Cepatlah. Pergi mandi!”
“Abang nak mandi dengan Nilam,”balasnya selamba sahaja.
Nur Nilam tidak berkata apa-apa tetapi terus membalingkan tuala yang berada di tangannya itu ke arah Iskandar yang sudah mengekek ketawa. Kalau pun Iskandar tak malu tapi da cukup malu. Malu sangat-sangat dengan kata-kata dan gurauan nakal suaminya itu. Seronok ye dapat kenakan dia.
***
Malam itu mereka keluar makan di restauran yang berada di pekan Ao Nang. Jaraknya lebih kurang 200 meter sahaja dengan hotel penginapan. Suasana pada malam itu di rasakan sangat romantis. Iskandar melayannya seperti puteri. Tak sangka Iskandar suaminya itu seorang yang sangat romantis. Cuma kadang-kadang itu dia tidak pandai untuk memperlihatkan sikap romantisnya. Lihat sajalah kata-kata yang selalu keluar dari mulut Iskandar. Celupar dan bersahaja.
Pada awal perkahwinan dulu pun hari-hari dia dengar kata-kata kasar yang keluar dari mulut Iskandar. Minah sengetlah, nyaring macam kataklah..semua ada. Tapi, akhirnya dia pun dah pun boleh tersangkut. Dengan percutian ini sekurang-kurangnya dapatlah mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain.
Selepas menjamu selera mereka kemudiannya bersiar-siar menikmati angin malam di pecan Ao Nang. Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual cenderamata, pakaian dan juga barangan kraftangan. Dari satu gerai ke satu gerai mereka berjalan rasanya Iskandar memang seorang lelaki yang suka membeli belah. Tapi cerewetnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Bagaimanapun antara gerai yang paling menangkap perhatian Nur Nilam adalah gerai yang menjual pakaian-pakaian yang terdiri dari dress dress labuh. Dia memang suka dan Iskandar pun tahu yang dia sangat sukakannya.
“Baju-baju kat sini seksi sangatlah sayang,”bisik Iskandar di telinganya.
“Mana ada seksi. Macam yang Nilam pakai ni jugak. Cuma corak dia saja yang lain sikit,” Nur Nilam masih tidak mahu mengalah. Padahal sebelum ini, Iskandar sendiri pun pernah beli dress bewarna merah dari kain jenis baldu. Sehingga sekarang dia belum pakai lagi. Masih terperuk di dalam almari di rumah mereka itu.
“Sekarang pun sayang seksi. Kenapa suka pakai seksi-seksi sangat. Nak tunjuk kat orang ke apa?” tutur Iskandar lagi sambil merenung tajam ke arah Nur Nilam.
Ya Allah, mahu saja Nur Nilam gam mulut suaminya itu. Padahal sikit pun tak seksi. Masih menutupi keseluruhan tubuhnya.
“Macamlah abang tak pernah belikan untuk Nilam sebelum ni,”
“Memanglah! Tapi abang nak Nilam pakai depan abang sorang je. Bukannya suruh open macam ni.”
“Okey!jom balik. Tak payah beli.” balas Nur Nilam sambil berlalu keluar dari gerai itu. Merajuk sudah!
“Iskandar hanya menurut langkah kaki Nur Nilam dari belakang. Sebenarnya,bukan dia tak suka Nilam beli pakaian-pakaian yang begitu tapi sebab dia sebenarnya tak sabar hati melihat pekerja-pekerja di gerai itu asyik pandang isterinya sahaja. Cemburu?Sudah tentu dia sangat cemburu!
***
Iskandar mengeluh perlahan. Barang-barang yang di beli tadi di simpankan di dalam almari. Langkah kakinya terus sahaja mendapatkan Nur Nilam yang sedang bersandar di atas katil itu. Muncung sudah boleh di ikat-ikat. Semenjak mereka pulang dari bersiar-siar tadi Nur Nilam langsung tak berbicara dengannya. Untuk senyum padanya jauh sekali. Sensitif betul isterinya itu sejak akhir-akhir ini.
“Sayang, janganlah buat muncung itik tu. Esok kita cari lagi. Abang bukan tak nak Nilam beli tadi tapi..”
“Tak apalah..abangkan tak suka Nilam pakai seksi. Nilam pakai macam ni pun abang dah cakap seksi. Lepas ni Nilam pakai baju t’shirt dengan kain batik sajalah!”bidas Nur Nilam semula sambil pura-pura bermain dengan telefon bimbit miliknya itu.
“Ye lah, kalau Nilam tak pakai apa lagi seksi!”seloroh Iskandar lagi. Nur Nilam mendepakan mulut. Rasanya inilah muncung yang paling panjang yang pernah di lihatnya sebelum ini.
“Tapi depan abang sahaja!”sambung Iskandar lagi walaupun Nur Nilam langsung tidak berkata apa-apa. Dia menghampiri Nur Nilam lalu merebahkan badannya di sebelah isterinya itu. Dia bukannya pandai memujuk. Tapi, dia akan cuba. Kepalanya di letakkan di atas paha Nur Nilam. Nur Nilam seperti terkejut tetapi membiarkan sahaja kelakuan Iskandar itu.
“Sebenarnya, dulu abang tak kisah pun kalau perempuan yang abang kenal nak pakai seksi-seksi. Tapi, Nilam isteri abang. Kena ikut cakap abang. Nilam bukan kawan abang. Sebab itu apa sahaja yang Nilam nak pakai abang ambil kisah. Sebabnya abang cemburu bila orang lain pandang isteri abang. Lainlah kalau depan abang. Sikitpun abang tak kisah sebab abang suami Nilam dan apa sahaja yang ada pada Nilam halal untuk abang.”
“Nilam tak rasa seksi. Baju yang Nilam pakai ni masih lagi menutup tubuh Nilam. Langsung tidak mendedahkan apa-apa. Cuma abang tu yang cemburu sangat,”
“Keindahan Nilam hanya milik abang seorang sahaja. Seksi bukan hanya terletak pada pakaian saja sayang. Rambut kerinting sayang ni pun dah menunjukkan yang sayang tu seksi,”balas Iskandar lagi sambil bermain-main manja dengan rambut Nur Nilam.
Nur Nilam ketap bibir. “Abang nak Nilam pakai tudung ke?”
“Itu abang tak paksa. Abang tak nak Nilam berubah sebab abang. Tapi, biarlah perubahan itu sebab Allah S.W.T”balas Iskandar pula. Kali ini dia bangun dan menarik Nur Nilam agar sama-sama berbaring di sebelahnya kerana dia mahu merasai kehangatan tubuh itu.
Nur Nilam menurut malah membiarkan sahaja tubuhnya berada di dalam pelukan Iskandar.
“Nilam tak mahu berjanji tetapi bila pintu hati Nilam sudah terbuka, Nilam pasti akan memakai tudung. Dulu, arwah ibu juga selalu berpesan pada Nilam untuk memakai tudung suatu hari nanti..” Kata-kata Nur Nilam kedengaran sayu seolah-olah tenggelam dengan dunia kenangan lalu. Apatah lagi bila ianya melibatkan arwah ibunya. Sudah pasti mengundang rindu dan sebak di dada.
“Sayang, abang tak paksa dan arwah ibu pun tak paksa. Dia cuma pesan je kan. Janganlah nak sedih-sedih. Tak mau..tak mau..senyum okey!”ucap Iskandar pula sambil mencubit perlahan pipi Nur Nilam. Geram!
Kata-kata dari Iskandar itu membuatkan bibir Nur Nilam akhirnya menguntum senyum. Pujukan dari suaminya itu mengembalikan dia ke alam nyata. Ternyata Iskandar benar-benar mahu melihat dia tersenyum tanpa sebarang hiba. Dia kemudiannya merenung setiap inci wajah suaminya itu yang sudah mula memejamkan mata.
“Abang, dah mengantuk ke?”bisiknya perlahan di telinga Iskandar.
Iskandar yang mendengar terus membuka matanya luas-luas. Kalau ikutkan matanya memanglah mengantuk sangat-sangat. Tapi, manalah dia mampu untuk tidur bila isterinya itu bersuara manja, romantis dan menggoda begitu.
Nur Nilam menggeletar tanpa di pinta bila melihat renungan tajam dari Iskandar itu. Rasa menyesal pula sebab tanya soalan yang macam tu. Mulut ni pun satulah. Kenapa tak diam je. Sekarang siapa yang malu. Gumam hatinya pula.
Hembusan nafas Iskandar semakin dekat di telinganya. Bahkan pelukan di pinggangnya juga terasa semakin kemas. Kini, gilirannya pula yang memejamkan matanya rapat-rapat apabila merasa ada sapaan lembut bibir Iskandar di bibirnya. Perlahan namun cukup membuatkan jiwanya bergelora sejuta rasa.
Ya Allah, aku bersyukur di atas anugerah yang tidak ternilai ini. Kehadirannya benar-benar telah melengkapi hidupku..Sesungguhnya aku benar-benar menyayanginya sepenuh hatiku.
sukae2.
ReplyDeletenk lg
romantik bangat-Say Hello
ReplyDeletehehe..terima kasih bnyk2...
ReplyDeletesaye senyum mcm org giler dah ni, alhamdullillah, cik writer lpas ni kalo nk buat konflik pung, jgn kejam2 sngt taw..... xmau stress2, xbaik untk kesihatan, thanxs cik writer, i lebiu lah
ReplyDeletesuka hati betul!!!
ReplyDeletebest! puas baca.mmg senyum sorang2 :D
ReplyDeleteromantiknya iskandar dan nur nilam.....Aje terima kasih ya....
ReplyDeletealamak sweet gile kat sini.. wuwuww... segan blushing2.. sorry bab lain x komen smpai bab lastest baru nak komen.. kekeke.. apa2 punmmng best n romantik tak ingat seyh... >_<
ReplyDeletesooo sweet!suke..
ReplyDeleteIskandar tu kalau dah romantik,terlebih2, cemburu pun terlebih jugak, garang tu lagi la melebih...
ReplyDelete...hahaha..senyum sokmo!
ReplyDeleteBest!!! Klau bleh nk iskndar lbh romantis lg..hehe
ReplyDeletenext n3 lahh... beest!! :)
ReplyDeleteyup!!
ReplyDeletemaseh tersenyum-senyum lg..
cm tau2 je..
hee
bila nk sambung lagi ni..x sabar nk tau ape yg trjadi
ReplyDeletehuhu..tggu versi cetak k..sabar menanti:)
Deletecerita nie nak dibukukan ke?bla nak smbung n3 bru ni cik writter?
ReplyDeleteInsyaAllah..sabar k..apa pun bg lepas yg DSRC dulu..
Deletejust nak komen satu je..Allah SWT bukan Allah SAW. SAW tu utk Rasulullah i.e. Rasulullah SAW..harap dibetulkan....
ReplyDeleteanyway..cerita ni menarik...
-HANA-