“Sayang, nak ke mana bersiap cantik-cantik ni?”soal Iskandar pada pagi itu. Dengan baju kemeja warna biru gelap dan di padankan dengan seluar slack warna hitam isterinya itu kelihatan sangat menawan. Rambut kerinting yang di miliki Nur Nilam makin menyerlahkan lagi gayanya. Walaupun tanpa make-up yang tebal isterinya itu sudah cukup menyerlah. Ternyata Nur Nilam mempunyai pesona yang luar biasa.
“Nak ikut abang ke pejabatlah,”balas Nur Nilam sambil membetulkan rambutnya kerinting miliknya itu. Agak tidak selesa sebenarnya kerana dia lebih suka bersanggul. Baru nampak kemas.
“Eh!abang tak ajak pun?”
“Bukan ke Nilam kerja dengan abang?Kenapa pula Nilam tak boleh ikut?”
“Nilam dah betul-betul sihat ke?”
“Tentulah, lagipun Nilam bosanlah duduk di rumah. Dah lama sangat Nilam duduk di rumah. Nilam nak kerja. Boleh bantu abang,”
“Ye ke?Kalau macam tu abang tak payahlah bayar gaji Nilam. Kalau ikhlas nak bantu tentu tak perlu minta upahkan?”
Nur Nilam pandang ke arah Iskandar yang sedang menyarungkan baju kemeja bewarna hitam itu. Tak boleh silap cakap sikit. Ada sahaja yang akan di manipulsikan oleh Iskandar. Sudahlah tu, boleh pula buat muka selamba.
“Ataupun sayang tu tak mahu berpisah dengan abang. Asyik nak berkepit dengan abang je. Alasanlah tu konon-konanya nak tolong abang,” kali ini Iskandar hampir ketawa dengan kata-katanya sendiri. Padahal di dalam hati ayat-ayat itu lebih sesuai jika di tujukan kepada dirinya sendiri. Kalau nak di ikutkan dia tu yang lebih gila bayang.
“Kenapa dengan abang ni?Asyik nak perasaan lebih kenapa?” bidas Nur Nilam semula. Geram dengan usikan nakal dari Iskandar itu. Kadang-kadang melampau sangat.
“Betul apa yang abang cakap?”
“Sikit pun tak betul!”
“Sayang tu yang tak betul cakap abang pula. Agaknya sebab luka tempoh harilah tu. Itulah, orang ajak pergi jahit tak nak. Degil!”Iskandar menjuihkan bibirnya ke arah Nur Nilam. Selepas itu gelak tawanya sudah memenuhi ruang bilik. Manakan tidak, raut wajah Nur Nilam benar-benar berubah seratus peratus apabila mendengarkan kata-katanya itu. Nasiblah sayang oi..
“Doalah selalu abang, semoga kata-kata abang itu akan jadi kenyataan. Agaknya abang suka kalau Nilam ni tak betul!”serentak dengan itu Nur Nilam mengorak langkah menuju ke muka pintu. Kenapa dengan dia? Tiba-tiba sahaja nak emosi? Padahal sudah selalu sangat Iskandar mengusiknya. Entahlah, hati terasa mahu menangis mendengarkan kata-kata itu.
Iskandar hanya memandang Nur Nilam berlalu dengan ekor matanya. Kenapa dengan Nilam?seribu satu soalan mula bermain di minda. Kasar sangatkah bahasa dia sebentar tadi?Rasanya biasa-biasa sahaja. Hanya gurauan di waktu pagi sahaja. Sikit pun tak terniat dihatinya untuk mengguris hati isterinya itu.
Selesai sahaja bersiap dia segera turun untuk mendapatkan Nur Nilam. Baru sahaja dia tiba di dapur dia sudah bertembung dengan Nur Nilam yang sedang memegang segelas air suam. Raut wajah Nur Nilam muram sahaja. Terdetik di dalam hatinya bahawa perubahan wajah Nur Nilam itu mungkin di sebabkan oleh kata-katanya sebentar tadi.
“Nak ke mana pulak ni?soalnya pula.
“Ibu..”
“Ibu?Kenapa?”
Nur Nilam tidak menjawab tetapi hanya meneruskan langkah kakinya yang tertunda sebentar tadi. Iskandar mengekorinya dari belakang.
“Ibu..”Panggil Nur Nilam perlahan sambil duduk bersebelahan dengan ibunya yang sedang terbaring lemah di atas katil. Puan Syarifah cuba bangun namun dia terasa kepalanya menyucuk-cucuk. Batuknya juga tidak putus-putus.
“Ibu tak sihat?Mari saya bawa ibu ke Hospital,”tutur Iskandar pula. Wajah Puan Syarifah di pandang sayu.
“Tak mengapa Is..Nilam.. Ibu demam saja..Nanti baiklah tu,”
“Sikit? Ibu cakap sikit? Tak..tak..saya tetap nak bawa ibu,”balas Iskandar pula. Dia menghampiri Puan Syarifah.
“Ibu tak mahu menyusahkan kau Is. Kamu dah banyak tolong ibu dan Nilam..”ucap Puan Syarifah lagi. Entah kenapa batuknya semakin menjadi-jadi pula. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu ke hospital. Ianya hanya akan menyusahkan Iskandar dan Nur Nilam sahaja.
Nur Nilam yang mendengar hanya menundukkan wajah. Jari jemari ibu di genggam erat. Terasa sejuk sahaja jari jemari itu. Ada air hangat yang cuba di tahannya. Sakit ibu bermakna sakitnya jua. Sungguh, katakanlah apa sahaja kerana dia tidak sanggup melihat penderitaan ibu. Tak sanggup melihat kesengsaraan ibu.
“Sikit pun Is tak terbeban ibu. Is ikhlas tolong ibu. Is dah janji dengan Nilam dan Is mahu tunaikan semuanya,”kali ini Iskandar menghampiri Nur Nilam. Memegang lembut bahu isterinya itu. Berharap agar ada kekuatan di situ.
“Kamu memang baik Is...kalaulah kamu tak ada entah bagaimana nasib ibu dan Nilam..Ibu bersyukur Tuhan hadirkan kamu di dalam keluarga ini...”
“Ibu, sudahlah tu. Sepatutnya saya yang beterima kasih pada ibu kerana menerima saya dengan baik. Saya sebenarnya malu pada ibu atas kesilapan saya pada awal perkahwinan dengan Nilam dulu.”luah Iskandar kesal.
“Jangan di ungkit Is kisah dahulu. Semalam telah berlalu..hanya ibu mengharapkan kau jaga Nur Nilam dengan baik. ”bicara Puan Syarifah lagi tersekat. Batuknya semakin menjadi-jadi. Setiap kali dia batuk dia terasa ngilu di dalam badan. Tapi, kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar itu cukup membuat hati tuanya tenang. Memang Iskandar dan Nur Nilam pernah tersilap langkah. Tapi, kesilapan pada awal perkahwinan tak semestinya akan berakhir dengan kekecewaan mahupun penderitaan. Siapa kita mahu mengubah takdir. Sekurang-kurangnya bila dia sudah tiada nanti Nur Nilam akan selamat berada di dalam jagaan Iskandar.
***
Keadaan Puan Syarifah semakin teruk sehingga terpaksa di tahan di Hospital. Selepas selesai menjalani rawatan hemodialisis tempoh hari dia tiba-tiba sahaja di serang deman dan batuk yang berterusan. Hati Nur Nilam makin sayu. Dia menangis di bangku di luar wad itu mengenangkan keadaan ibunya. Dia tidak ingin menangis di hadapan ibu. Hanya dia kekuatan ibu. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin berpisah dengan ibunya walaupun seminit pun.
Masih terngiang-ngiang kata-kata doktor yang merawat ibu tadi bahawa ibu sangat lemah. Tubuh badan ibu tidak cukup kuat untuk terus-terusan melakukan rawatan hemodialisis tersebut. Di sebabkan itulah ibu mudah di serang demam. Ya Allah..kau sembuhkanlah ibuku..
Langkah kaki Iskandar laju sahaja mendapatkan Nur Nilam yang sedang duduk di bangku itu. Pagi tadi selepas menghantar Puan Syarifah ke sini dia terpaksa bergegas ke pejabatnya kerana masih ada sedikit tugasan yang belum selesai. Masih ada tender yang memerlukan tandatangannya sebelum di hantar. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai.
“Sayang, kenapa duduk di sini? Kenapa tak temankan ibu di dalam?”soal Iskandar kepada Nur Nilam. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Nur Nilam. Wajah itu di renung. Simpati dan rasa bersalahnya kini semakin menebal.Apatah lagi sisa-sisa air mata masih membasahi pipi isterinya itu.
“Nilam takut abang..Nilam takut kalau sesuatu jadi kepada ibu. Nilam tak sanggup nak menghadapinya..”luah Nur Nilam dengan suara yang tersekat-sekat. Air mata kembali membasahi pipinya.
“Sayang, jangan menangis macam ni. Sayang mesti kuat. InsyaAllah, ibu akan sembuh. Kita sama-sama doakan agar ibu cepat sembuh. Sayang jangan fikirkan yang bukan-bukan.Abang lagi akan rasa bersalah kalau sayang terus-terusan bersedih macam ni..”
Nur Nilam pandang wajah Iskandar. Minta pengertian pada kata-kata itu. Kenapa mesti Iskandar rasa bersalah. Iskandar tidak salah apa-apa.
“Nilam, abang dah janji nak bantu Nilam dulu. Nilam dah tolong abang, terima abang..tanggung sakit dan derita sebab perangai abang. Tapi abang?”
“Kenapa abang cakap macam tu. Abang tak salah, sikit pun tak. Abang dah banyak bantu Nilam. Tanpa bantuan abang mungkin ibu penyakit ibu akan lebih parah. Nilam bukannya ada duit untuk tanggung segala rawatan hemodialisis ibu.Abang dah banyak tolong ringankan beban Nilam..”
“Nilam, abang cuma buat apa yang perlu sahaja. Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Kita berusaha dan kita redha.”
Kata-kata Iskandar makin membuatkan tangisan merembes laju di pipi Nur Nilam. Iskandar menarik Nur Nilam di dalam pelukannya. Sungguh, dia tidak sanggup untuk memandang wajah itu yang sedang berendam air mata.
“Sayang, tolonglah jangan menangis lagi. Ibu akan sembuh. Ibu akan terus bersama kita.”bisiknya lagi di telinga Nur Nilam. Cuba mendamaikan jiwa yang sedang berduka itu.
***
“Maaf, Puan..kami telah sedaya upaya untuk meyelamatkan ibu Puan. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia..”
Ya Allah, berderau darah Nur Nilam mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut doktor muda itu. Suasana menjadi sunyi sepi. Tak seorang pun bergerak mahupun bercakap. Masing-masing seolah-olah tergamam.
Lemah kepala lututnya serta merta mendengarkan berita yang tidak di sangka-sangka itu. Masih dia terasa dinginya jari jemari ibu tadi. Masih dia terasa elusan lembut ibu di belakangnya tadi. Kata-kata ibu agar dia sentiasa menjaga tingkah laku sebagai seorang isteri pagi tadi rupa-rupanya amanat terakhir ibu. Ibu seolah-olah tahu yang dia akan pergi buat selama-lamanya. Semuanya dalam sekelip mata. Dia terasa dunianya gelap gelita. Dia sudah tidak sedar apa-apa.
Mujur Iskandar cepat bernyambut tubuh itu dari jatuh. Nur Nilam pengsan tidak sedarkan diri. Setitis demi setitis air mata Iskandar menitik. Ya Allah, Kenapa mesti dia yang tanggung semua ini. Aku tak sanggup melihat penderitaannya Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini. Tangis Iskandar lagi.
Masih terngiang-ngiang kata ibu agar dia menjaga Nur Nilam dengan sebaik-baiknya pagi tadi. Masih terbayang senyuman ibu melihatkan kebahagiaan dia dan Nur Nilam. Ya Allah..akukah yang terlewat untuk membantunya. Bisik hati Iskandar lagi.
Mak Ndak juga terduduk mendengarkan berita yang tidak di sangka-sangka ini. Suasana saat itu benar-benar hening. Dalam sekelip mata kakaknya pergi meninggalkan mereka semua. Mengikut jejak langkah arwah abang iparnya. Dia terasa terpukul dengan kehilangan itu. Pergi yang tak pernah dijangka sama sekali. Tapi siapa dia untuk melawan kerana ajal maut itu Tuhan yang tentukan. Dia pasrah. Semoga arwah kakaknya di cucuri rahmat dari yang Esa.
***
SUDAH hampir dua minggu Puan Syarifah pergi mengadap Ilahi. Dua minggu jugalah Nur Nilam masih di selubungi kesedihan. Bercakap dengannya pun sepatah yang ditanya sepatahlah yang di jawab. Sudah beribu kata-kata pujukan yang keluar namun, keadaan Nur Nilam masih tetap sama. Masih menangisi sebuah pemergian yang tanpa di duga. Kalau hendak ikutkan hatinya sudah tentu dia benar-benar rasa kecewa dengan Nur Nilam. Tapi, dia tahu dia mesti kuat. Kuat untuk memulihkan kembali semangat isterinya yang sudah hilang itu.
Wajah isterinya itu direnung untuk kesekian kali. Wajah itu kelihatan begitu kurus dan cengkung. Sebuah pemandangan yang menimbulkan sebak di dada. Dia dapat melihat penderitaan yang sarat di wajah isterinya itu.
Kehadiran Fatihah pada petang itu juga nyata tidak dapat mengubah apa-apa bila Nur Nilam tetap berkeadaan serupa. Dia lebih banyak berdiam. Walaupun yang datang itu adalah kawan baiknya sendiri.
“Nilam, kuatkanlah semangatmu..Aku tak sanggup melihat kau begini. Aku tahu kau kuat. Janganlah tangisi dia yang telah pergi meninggalkan kita. Aku pasti ibu kau juga bersedih jika dia tahu yang anaknya begini..”pujuk Fatihah lagi. Jari jemari Nur Nilam di genggam erat.
Namun, Nur Nilam masih kaku di balkoni bilik itu. Pandangan matanya masih terarah di luar. Merenung langit yang membiru. Burung-burung yang berkicauan dan suara hiruk pikuk kanak-kanak di luar langsung tak mengalih perhatiannya.
Biar apapun yang terbit dari mulut Fatihah ianya tak akan mengubah apa-apa. Hatinya masih degil untuk menerima segalanya. Hatinya masih mahu terus meratap hiba. Jiwanya masih terpukul dengan kehilangan ibu dalam sekelip mata. Sedangkan dia sudah berjanji untuk menyembuhkan ibu. Bebola matanya terus setia bertakung air jernih yang akan mengalir pada bila-bila masa sahaja. Entah bila ianya akan berhenti dan berakhir. Ya Allah..
Iskandar yang turut berada di satu sudut di dalam bilik itu hanya tunduk memandang lantai. Wajahnya juga di rundung dengan kesedihan. Sedih melihat keadaan Nur Nilam begitu.
Fatihah kemudiannya memegang bahu Nur Nilam. Perlahan-lahan dia mengusap lembut belakang itu. “Kau mesti kuat Nilam. Aku mahu kau sembuh Nilam. Aku rindukan gelak tawa kau. Aku rindukan senyuman manis kau. Aku pasti suami kau juga mengharapkan keadaan yang serupa. Terimalah segalanya Nur Nilam...”tutur Fatihah lagi. Bola matanya segera bertakung cecair jernih. Melihat wajah pucat lesu itu juga sedang bersedih.
“Awak mesti banyak bersabar Is..saya yakin Nur Nilam akan kembali seperti sedia kala. Saya akan selalu berdoa untuknya. Saya tahu dia begitu tertekan dengan kehilangan yang tidak di jangkakan. Kini, dia hanya ada awak sahaja dalam hidupnya. Hanya awak Iskandar..” luah Fatihah sewaktu dia meminta diri untuk pulang.
Iskandar hanya menggangguk lemah. Ya, dia juga lemah tanpa senyuman dan gelak tawa dari Nur Nilam.
***
“NILAM, pandanglah abang..Tataplah mata abang.. Senyumlah pada abang. Abang rindukan belaian manja Nilam. Rindukan gelak tawa Nilam. Rindukan senyum manis Nilam. Abang benar-benar rindukan semuanya...”
Jari jemari Nur Nilam di genggam erat. Hembusan angin malam terasa benar-benar mendinginkan suasana. Namun, kenapa bulan masih jua meratap hiba?Sedangkan pungguk tidak pernah putus-putus melagukan kata cinta. Kenapa?
“Sayang, janganlah diam begini. Berbicaralah walaupun hanya sepatah kata. Tolonglah sayang..abang tak sanggup untuk melihat sayang terus-terusan begini. Sumpah! Abang tak sanggup!”
“Bukan ke abang selalu doakan Nur Nilam ni jadi tak betul?Kenapa sekarang abang tak suka pula..”akhirnya Nur Nilam bersuara di iringi dengan tangisan hibanya.
Ya Allah, apakah benar gurauanku kau jadikan kenyataan. Aku mohon padaMU Ya Allah agar semuanya di jauhkan. ..Doa Iskandar di dalam hati. Kerdip matanya memandang raut wajah itu yang sudah basah dek air mata. Sudah bengkak sepasang mata itu dek terlalu banyak menangis.
“Sayang, kenapa cakap macam tu? Bukan itu yang abang harapkan. Bukan itu yang abang mahukan. Abang inginkan Nilam seperti dulu. Ibu sudah dua minggu pergi meninggalkan kita. Ibu dah pergi Nilam. Tuhan lebih sayangkan ibu. Tolonglah, abang merayu..Terimalah semuanya dengan redha..”
“Ibu pergi dalam sekelip mata bang..dalam sekelip mata!Saya sukar untuk menerimanya. Saya dah janji nak sembuhkan penyakit ibu. Tapi..tapi...kenapa ibu tinggalkan saya bang.. Kenapa..?Ibu,jangan tinggalkan Nilam..Ibu...pulanglah bu...”
“Sayang!mengucap sayang, mengucap. Roh ibu tak tenteram di sana kalau Nilam masih terus-terusan begini. Nilam mesti kuat!”
Pujuk Iskandar lagi. Kali ini tubuh itu di peluk erat. Tangisan Nur Nilam semakin menderu. Dia memeluk tubuh Nur Nilam erat. Berharap agar tangisan itu terhenti. Dia tidak sanggup. Sesungguhnya dia rindukan hangatnya cinta yang membara.
Ya Allah, kau sembuhkanlah isteriku agar aku dapat menggapai bahagia yang telah lama tiada. Ya Allah aku mohon padaMu..berilah isteriku kekuatan untuk menghadapinya segalanya. Untuk menerima takdir yang telah engkau tuliskan. Hanya padaMU tempat ku bermohon..Doa Iskandar lagi di dalam hati.
“Sayang, kita sudah berusaha sedaya upaya untuk melihat ibu kembali sembuh. Abang tahu betapa besarnya pengorbanan sayang. Tapi, sayang mesti ingat. Allah lebih sayangkan Ibu. Ajal maut itu Allah yang tentukan. Janganlah halang perjalanan ibu di sana. Berdoalah sayang agar ibu tenang di sana. Tolonglah..abang merayu. Hentikanlah tangisan duka itu..”
Pujuk Iskandar lagi tanpa henti. Dia juga sebak. Sebak sangat-sangat. Manakan tidak kerana dia juga berhajat untuk membelikan ibu mertuanya itu sebuah mesin untuk melakukan rawatan dialysis. Tapi, semuanya tidak sempat. Ibu terlebih dahulu pergi. Semoga arwah ibunya di cucuri rahmat dari yang Maha Esa.
sian nilam...hope nilam dpt terima sb tu dah ketentuan Ilahi..
ReplyDeleteterima kasih blinkalltheday..
ReplyDelete:D
ReplyDeletekesiannya nilam kehilangan ibu tercinta...harap is dapat menjaga nilam dengan baik sbab nilam hanya ada is saje...tak sabar nk tunggu next en3..
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesaya nak betulkan sikit..suppose ALLAS SWT bkn SAW
please be extra careful.
saya pun nasihat.. jsdi sme2 lah kita menasihati
wassalam
NurEida
wslm...sebenarnya sudah di perbetulkan.cuma x edit saja dlm blog ni,,Terima kasih. Saya akan edit. :)
Delete