Wednesday, November 30, 2011

Hangatnya Cinta-Bab 13


Bab 13

Pagi ini terpaksa dia ambil cuti lagi. Nasib baiklah company sendiri. Mana sanggup dia nak tinggalkan Nur Nilam sorang-sorang di rumah. Jadi hari ini terpaksalah dia jadi tukang masak, tukang cuci dan tukang sapu. Tak kisahlah bukan selalu. Awal-awal lagi dia dah call mak Piah untuk tanya macam mana nak masak bubur. Nak masak untuk Nilam. Mak Piah dah siap perli-perli ada apa-apa ke?Aduh!puas jugalah dia cuba bagi alasan.

            Bubur yang sudah siap di masak itu segera di bawa ke dalam bilik. Perlahan-lahan tangannya menggoncang bahu Nur Nilam. Nur Nilam membuka matanya tapi bila nampak Iskandar cepat-cepat dia pejam kembali. Nak main cuk cak pulak dia. Gerutu hati Iskandar lagi.

            “Sayang, bangun makan bubur ni. Awak tu belum makan ubat lagi,”Iskandar bersuara perlahan sambil duduk di atas katil berhampiran kepala Nur Nilam. Nur Nilam seperti semalamlah masih diam seribu bahasa.

            “Sayang, awak tu demam panas, bukannya pekak. Tak dengar ke abang cakap apa?”tutur Iskandar lagi. Dia cuba seriuskan muka,walau terasa mahu ketawa. Kalau macam inilah caranya pujuk Nur Nilam sudah sah-sah sampai tahun depan pun belum tentu lagi Nur Nilam mahu makan. Tak romantik langsung.

            “Sayang, abang suapkan okey. Bukalah mata tu. Ya Allah, jual mahalnya dia,”usik Iskandar sekali lagi. Dia menyentuh lengan Nur Nilam. Seakan ingin terus memujuk rajuk yang sedang bermukim di jiwa isterinya itu. Bibirnya terus mengukir senyuman apabila tubuh itu bergerak. Barngkali tak suka dengan perlakuannya itu.

“Sayang, nak abang suapkan ke atau nak abang buat benda lain kat sayang? Kalau sayang masih diam macam ni abang akan anggap sayang nak abang buat benda lainlah ek kat sayang.  Abang peduli apa sayang sakit ke tak?” Kali ini dia cuba mengugut Nur Nilam pula.  

“Tolong tinggalkan saya sendiri..”tutur Nur Nilam perlahan sahaja. Dalam keadaannya yang lemah begini pun Iskandar masih lagi sempat untuk menyakatnya. Masih sempat untuk membuat jenaka. Iskandar tak tahu ke yang dia sakit hati sangat-sangat pada Iskandar sekarang. Bukan sekali dua Iskandar buat begini padanya. Lebam di dahinya pun masih ada kesan lagi. Tak habis lagikah Iskandar mahu menyiksanya.

“Eh!ada suara rupanya? Ingatkan bisu tadi,”balas Iskandar pula sambil tersengeh memandang Nur Nilam yang masih memejamkan matanya rapat-rapat. Jari jemarinya laju sahaja bermain-main dengan rambut kerinting Nur Nilam membuatkan Nur Nilam sedikit tersentak. Lantas laju sahaja Nur Nilam menepis tangan gagah lelaki itu.

“Sayang, please..makanlah. Jangan degil macam ni. Abang tahu salah abang. Abang mintak ampun. Tapi, tolong..abang merayu sangat jangan siksa diri sampai macam ni sekali. Apa abang nak jawab dengan ibu nanti. Sayangkan tahu ibu nak balik hari ini,”

“Sudahlah Is!Awak boleh pergi.Saya tak perlukan orang macam awak dalam hidup saya. Awak boleh pergi tinggalkan saya sendiri. Awak tak perlu risau kerana lambat laun ibu pasti tahu. Awak pergi! Pergi!!ungkap Nur Nilam lagi. Ada air mata yang menghembur.  Fikirannya bercelaru. Dia sudah letih melayan kerenah lelaki ini. Letih. Dia hanya mahu bersendiri saat ini. Mahu merawat luka yang Iskandar pahatkan ini. Dia tidak mahu lagi tertipu dengan sandiwara lelaki ini. Tidak!Dia tidak mahukannya. Walaupun jauh di dasar hatinya yang paling dalam dia sudah terlalu sayangkan Iskandar.Sayang yang semakin hari semakin padu. Tapi dia bimbang jika peristiwa yang sama berulang lagi. Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan..

“Nilam,abang tak boleh tinggalkan Nilam seorang diri. Please jangan buat abang begini. Jangan siksa abang macam ni. Abang cuma nak Nilam sembuh. Itu saja,” Iskandar masih tidak berputus asa. Dia tak akan tinggalkan Nur Nilam selagi Nur Nilam tidak menjamah makanan dan makan ubat yang di sediakan.

“Tolonglah, saya tiada selera. Lebih baik awak keluar..”

“Tak!Abang tak akan keluar mahupun bangun dari sini. Abang dah cakap yang abang nak Nilam makan. Abang nak  Nilam sembuh!Tolonglah jangan degil macam ni?Abang salah. Tapi bagilah peluang untuk abang jelaskan segalanya. Kenapa abang jadi begitu?Janganlah siksa diri begini,”Iskandar mendengus kasar. Tangisan Nur Nilam makin jelas kedengaran. Dia lemah dengan tangisan itu. Lemah!

“Abang suapkan untuk sayang erk?Sikit je?Kalau tak nak buka mata pun tak apa. Orang dah benci nak pandang muka kita kan...Tapi bukalah mulut tu..”tuturnya sekali lagi. Mangkuk yang berisi bubur itu di ambil lalu sudu yang berisi bubur itu di suakan ke arah Nur Nilam yang masih tetap seperti tadi. Masih terkunci rapat mulutnya.

Bagi Nur Nilam kata-kata pujukan yang keluar dari mulut Iskandar Dzulkarnain itu langsung tidak memberi kesan terhadap hatinya yang telah terluka. Iskandar langsung tidak menghargai kehadirannya. Kenapa pula hari ini Iskandar cuba untuk memujuknya kembali?Kenapa?Bukankah Iskandar juga yang tak mahu berkongsi apa-apa dengannya. Sehinggakan pertanyaan pada malam itu di balas dengan hemburan yang kasar. Iskandar tak suka orang desak-desak,habis bagaimana pula dengan dia? Iskandar ingat dia suka?

“Sayang...bukalah mulut tu..”ucap Iskandar lagi. Seminit,dua minit masih tiada respon. Yang ada hanyalah tangis sendu Nur Nilam yang entah bila akan berhenti. Iskandar kembali meletakkan mangkuk yang berisi bubur itu di atas meja. Dia mengeluh perlahan sebelum berkata sesuatu.

“Baiklah abang akan keluar dari sini bila itu sahaja yang boleh buat  Nilam makan dan berhenti menangis..abang keluar dulu..maafkan abang sebab buat sayang terluka. Abang benar-benar menyesal,”tutur Iskandar sayu. Dia mengucup dahi Nur Nilam sebelum melangkah keluar dari bilik itu dengan beribu perasaan yang bersarang di hatinya. Saat ini dia begitu rindukan detik-detik yang di hangatkan dengan bicara mesra dan tatapan mata Nur Nilam yang penuh dengan cahaya cinta. Dia tahu cinta Nilam telah mekar untuknya. Tapi, hati itu masih keras untuk memberi maaf padanya.

Langkah kaki terasa berat. Namun dia harus akur pada kehendak Nur Nilam. Dia yang baru sahaja berjalan beberapa langkah ke arah pintu kembali menoleh kea rah Nur Nilam. Iskandar terus merenung Nur Nilam dengan seribu pancaran bermakna. Dia tahu dia benar-benar sudah melakukan satu kesilapan besar

Esak tangis Nur Nilam semakin perlahan apabila bayang tubuh Iskandar hilang di pandangan. Dengan segala kudrat yang ada dia cuba untuk bangun. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Cuba mengumpul kekuatan jiwa. Dia tahu dia mesti kuat. Mangkuk yang berisi bubur itu di pandangnya. Kemudian perlahan-lahan dia mengambil sudu yang berisi sedikit bubur itu dan di suapkan ke mulutnya. Tekaknya terasa pahit. Dia benar-benar tiada selera untuk makan. Hanya dua suapan sahaja yang dia mampu. Kemudian ubat yang telah tersedia di dalam mangkuk kecil itu di ambilnya lalu di telannya. Kini,dia hanya mahukan rehat yang sepuas-puasnya.

***

Ketukan di muka pintu beserta ucapan salam yang berterusan membuatkan Iskandar lekas-lekas bangun dari sofa itu. Dia segera turun ke bawah lantas membuka pintu untuk melihat siapakah empunya gerangan yang datang.

Bayang wajah ibu mertua dan mak ndaknya muncul di hadapan. Dia tepuk dahi tanda terlupa yang ibu mertuanya akan pulang hari ini. Dia ingat tadi mahu mengambil ibu mertuanya ini alih-allih dia pula yang tertidur.

            “Ibu ingatkan tak ada orang tadi dalam rumah ni. Sunyi sepi sahaja..mana Nilam?”soal Puan Syarifah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Mak Ndak yang berada di belakang turut tersenyum memandangnya.

            “Nilam tak sihat ibu,dia ada di atas. Agaknya tengah tidurlah tu. Saya minta maaf sebab tak pergi ambil ibu. Saya tertidur,”bicara Iskandar pula.

            “Tak apalah Is, Mak Ndak pun boleh hantarkan ibu kamu ni,”ucap Mak Ndaknya pula.

            “Takut menyusahkan Mak Ndak pula,”

            “Tak adalah Is..Mak Ndak yang ambil ibu kamu jadi mak ndak lah yang kena hantar,”sambungnya mak ndak lagi. Iskandar  ketawa. Mak Ndak begitu sporting.

            “Nilam sakit apa pula?”soal Puan Syarifah pula. Agak gusar juga dia mendengarnya. Dia kemudian duduk di atas sofa itu di ikuti Mak Ndak dan Iskandar.

            “Hmm..agaknya kakak nak boleh cucu kot..”tutur Mak Ndak lagi sambil tersenyum simpul memandang Iskandar yang agak terkejut mendengar kata-katanya itu.

            “Hish..Mak Ndak ni..tak adalah. Nilam deman panas..tapi jangan risau sebab saya dah bawa dia jumpa doktor pun,”balas Iskandar pula. Tak mungkinlah Nilam mengandung. Tapi boleh jadi juga kata-kata Mak Ndak tu betul.

            “Manalah tahu, Mak Ndak cakapkan je..kalau betul pun apa salahnya. Lagi cepat Mak Ndak dapat cucu menakan,”

Iskandar hanya membalas kata-kata Mak Ndak itu dengan senyuman. Ibu mertuanya pula hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Mak Ndak. Ada-ada sahaja yang hendak di tekanya.

            Iskandar kemudiannya meminta diri untuk melihat keadaan Nilam. Hatinya bergetar sejuta rasa. Bimbang dengan penerimaan Nur Nilam sebentar lagi. Jika rahsia ini bocor ke pengetahuan ibu mertuanya habislah dia. Keadaan akan bertambah rumit.

            Semakin hampir di pintu bilik semakin berdebar jantungnya. Pintu bilik di kuak perlahan. Di dalam hati berdoa agar Nur Nilam tidak akan membuat sesuatu yang bukan-bukan. Tubuh Nur Nilam yang berada di atas katil itu di hampirinya perlahan-lahan. Kemudian matanya mengerling ke arah bubur yang di masaknya pagi tadi. Ada sedikit yang terusik. Ubat yang di letakkan di dalam mangkuk kecil tadi juga sudah tiada. Dia menarik nafas lega.

            Dia kemudiannya mennggoncang lembut bahu Nur Nilam sambil mulutnya laju sahaja memanggil nama itu.

            “Ibu dan mak ndak ada di bawah, sayang larat ke tak nak turun?”tutur Iskandar sebaik sahaja Nur Nilam membuka matanya. Mendengarkan perkataan ibu itu seolah-olah memberi semangat kepada Nur nilam. Dia berusaha untuk bangun. Badannya terasa kebas-kebas tetapi kepalanya yang awal tadi begitu berat di rasakan semakin ringan. Mungkin kesan dari ubat yang di makannya tadi. Iskandar cuba untuk membantunya tetapi di tolak perlahan olehnya. Dia boleh bangun sendiri. Tak perlu nak susahkan siapa-siapa.

            “Sayang..abang minta maaf, jangan buat abang seperti orang asing. Abang nak tolong sayang..”ucap Iskandar perlahan.

            “Tak perlu,saya boleh bangun dan berjalan sendiri. Kaki saya masih lagi kuat untuk berdiri,”balas Nur Nilam pula.

            “Hmm..suka hati sayanglah,”balas Iskandar selamba. Dia hanya mengikut sahaja langkah kaki Nur Nilam dari belakang walaupun tangannya begitu ingin sekali memimpin tubuh itu untuk turun ke bawah. Tapi, apa nak buat. Nur Nilam nak pandang wajahnya pun tidak. Terpaksalah di turut sahaja kemahuan isterinya itu. “Hati-hati sayang..”bibirnya masih mahu mengukir kata buat Nur Nilam.



 Sampai sahaja di tingkat bawah Nur Nilam terus meluru memeluk tubuh Puan Syarifah sambil air mata mula menghembur di pipinya. Puan Syarifah terkejut dengan tindakan Nur Nilam. Mak ndak juga sama. Bukannya ini kali yang pertama Nur Nilam duduk berjauhan daripadanya. Hatinya semakin tidak sedap dengan kelakuan Nur Nilam itu.

Iskandar lagi dua tiga kali ganda tidak sedap hati. Apatah lagi anak mata ibu mertuanya dan mak ndak kini sedang tepat kepadanya. Aduhai..apa dia nak jawab kalau ibu mertuanya soal nanti.

“Kenapa Nilam?Kenapa menangis?”

“Ibu..Nilam..sebenarnya Nilam.. Nilam rindukan ibu..”sepatah kata itu mampu membuatkan segaris senyuman meniti di bibir mak ndak dan Iskandar yang sedang mendengarnya. Iskandar menarik nafas lega. Dadanya sedikit lapang. Namun perasaan bersalah di hatinya masih lagi menebal. Apatah lagi dia tahu air mata yang mengalir di wajah itu adalah di sebabkan oleh dirinya.Sememangnya Nur Nilam sedang berbohong kepada ibunya.

“Kamu ni kenapa Nilam? Dah buang tabiat ke?Ibu baru tinggalkan kamu tiga hari sahaja. Yang kamu nak nangis macam budak-budak ni kenapa?Kamu tu dah jadi isteri orang,”tutur Puan Syarifah pula sambil menepuk-nepuk belakang Nur Nilam. Dia benar-benar hairan dengan sikap Nur Nilam. Nur Nilam memang manja tetapi tak adalah nak menangis-menangis begini kalau dia tinggalkan. Ataupun ada sesuatu yang berlaku dia tidak tahu. Ya Allah, minta di jauhi yang bukan-bukan.

Nur Nilam masih lagi dalam esak tangisannya. Mahu sahaja saat ini Nur Nilam  meluahkan segala-galanya kepada ibunya. Agar ibunya tahu derita yang dia tanggung. Agar ibunya mengerti sengsara sekeping hati miliknya yang di lukai. Tapi mulutnya seakan terkunci untuk mengeluarkan kata-kata itu. Mudahnya untuk berbohong tetapi untuk meneruskan pembohongan itu terlalu payah.Sampai bila derita cinta dan air mata sengsara ini akan berakhir?Apakah hangatnya cinta itu akan kembali setelah hati di lukai?







           

Tuesday, November 29, 2011

Alhamdulillah...Di sebalik Rahsia Cinta LULUS..

Assalamualaikum...salam sejahtera...hari ni hari paling gembira...tak sia-sia apa yang aku buat selama ini..Alhamdullillah..syukur di atas pemberianNya.Sebenarnya aku tak mengharapkan sangat pun tapi jauh kat sudut hti aku yg paling dlm ni aku nak hasil tangan aku yg sulung ini jd buku..Aku excited sangt skng neyh..hahahaha....mood gembira gile...:)))))

Asalnya semalam la aku gatai2 tgn nk hantar email utk tnya pasal novel aqu tu..tup..tup..hari ni dapat mklum blas ckp manuskrip DSRC aku tu LULUS.. Hah!'terspark' gak la aku...hahaha...Alhamdullillah. Cuma yg belum pasti bulan untuk di terbitkan saja..tak kisahlah..yg pastinya aku dh dpt capai impian aku untuk jd seorg writer....

Berkat sokongan dari family and member2 yg mengenali aku.. aku teruskan jga utk habiskan manuskrip tu walaupun pda awalnya aku dh malas dan tak de hati nak sambung pun...Entahlah..mgkin sbb aku ni menulis ikut mood..aku tak kan paksa otak aku ni bt bg habis..sbb tu novel-novel aku yg len pun amik masa yg lama nak siap.. tak kisahlah..janji aku puas hati..aku nak karya aku berkualiti..biar lmbat siap pun tak ape...heheheheeh..:)

Monday, November 28, 2011

DSRC - Bab 15


Sayup kedengaran lagu cinta..
mengusik manja di telinga.
aduhai dambaan jiwa..
rinduku menggila saat engkau tiada...

TERASA lambat benar waktu berputar hari ini.  Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengahari.  Perut pula sudah lapar.  Dia tidak sempat bersarapan pagi tadi, terlupa untuk mengunci jam semalam.  Sedar-sedar dah pukul 7.50 pagi.  Tergopoh-gapah dia bersiap.  Yang Emilia pun satu, bangun awal hari ni, kot la nak tolong kejutkan.  Hampeh punya member.  Hati Arisya mula membebel.  Mujur juga tidak banyak kerja yang hendak disiapkan hari ini.  Tidaklah dia rasa kelang-kabut sangat.  Arisya membuka e-mail.  Sudah dua hari dia tidak menyemak e-mailnya.  Kesibukkan membataskan segalanya.
Rindu..itulah perkataan pertama yang terpacul dibibirnya bila terpandangkan  gambar yang Khyrill kirimkan untuknya.  Berlatar belakangkan banggunan-banggunan yang unik dan amat cantik sekali.  Dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.
 
Sayang..maafkan saya..tak berniat di hati ini untuk membuatmu terluka. Tapi percayalah pada saya. Saya masih saya yang awak kenali..Lelaki yang masih tahu membezakan halal dan haram. Maafkan saya, jika saya tak pergi malam itu mungkin perkara ini tak akan berlaku..I love you soo much...!

Hati ini sentiasa sudi untuk memaafkanmu, Khyrill. Suara hatinya pula berbisik. Sedaya upaya dia cuba melupakan peristiwa yang menggores luka di dalam hatinya itu. Sejak dua tiga hari ini inboxnya penuh dengan pujuk rayu lelaki itu.
Hati siapa yang tidak terpikat pada seraut wajah ini.  Wajah yang penuh dengan ketenangan.  Ketenangan itu jugalah yang membuatkan dia makin menyayangi lelaki ini.
Masih segar dalam ingatan Arisya, sewaktu menonton perlawanan yang membabitkan pasukan Rill,  apabila tiba-tiba berlaku kekasaran yang melibatkan Rill.  Kalau  pemain lain berada di tempat Rill, mungkin teruk pemain itu dibelasahnya.  Sedangkan Arisya yang berada di tempat duduk penonton geram melihat kekasaran yang dilakukan. 
Tapi yang peliknya, Khyrill bangun dan menjarakkan diri dengan pergaduhan yang telah tercetus.  Rakannya pula yang di layangkan kad merah, kerana tidak dapat mengawal perasaan terhadap pemain pasukan lawan yang telah melakukan kekasaran pada Khyrill.
Khyrill memang pandai memujuk. Lihatlah dalam masa beberapa hari sahaja dia sudah boleh cair dan memaafkan semua kesalahan lelaki itu padanya. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Khyrill bahawa dia tidak buat semua perkara terlarang itu apatah lagi untuk meneguk air kencing syaitan itu. Cuma salahnya kerana mengikut kawan-kawannya ke disko. Mungkin ini ujian dan dugaan yang harus di tempuhnya.
          
  “Arisya, awak buat kerja apa tu? Boleh saya tengok.  Ooo..ini ke kerja awak hari-hari.  Masuk bilik saya now!”jerit Fauzie dengan kuat sekali.  Masa bila Fauzie masuk ke biliknya, dia sendiri tidak sedar.  Seronok melayan kenangan lalu.

 Aduhh..tak pasal-pasal dah kena.  Arisya bangun mengekori Fauzie dari belakang.  Semua pekerja sudah menjeling kepadanya kecuali Hidayah sahaja yang tidak menjeling. Hanya memandangnya dengan pandangan yang penuh simpati.  Setiausaha itu semakin rapat dengannya sejak akhir-akhir ini.  Susah untuk mencari setiausaha yang begitu baik hati.
        
Fauzie sudah semakin hilang sabar, pintu biliknya dihempas kuat sebelum Arisya sempat masuk.  Mujur juga,kalau tidak mahu bengong kepala otak dua, tiga hari.  Entah kenapa, anginnya tiba-tiba sahaja berubah.  Dia pergi ke bilik Arisya semata-mata ingin mengajak gadis itu untuk keluar makan tengahari bersama. Konon-kononnya nak minta maaf.
 Tapi, semuanya berubah saat dia melihat Arisya tidak berkelip memandang skrin komputer yang memaparkan gambar seorang lelaki.  Huh! agaknya lelaki itulah yang selama ini Arisya angan-angankan, lelaki yang berada di hati Arisya selama ini.  Lelaki yang menjadi pujaan hatinya.  Patutlah susah benar untuk mengajak Arisya keluar walaupun hanya untuk makan tengahari. Entah kenapa hatinya di buru rasa kecewa dan marah yang teramat sangat.  Kenapa?sudah jatuh hatikah dia pada Arisya.  Tak mungkin!!Dia cuba untuk mengawal perasaan, tapi terlalu sukar untuk tidak memperlihatkan kekecewaan di raut wajahnya. Kekecewaan yang sangat sukar terhakis.  Bukan dia marah Arisya membuka e-mail sewaktu bekerja, syarikatnya ini tidaklah terlalu skema sangat sampai nak melarang pekerja untuk membuka e-mail, chatting atau apa sahaja.  Dia tidak kisah semua itu, janji kerja-kerja yang di pertanggungjawabkan tidak di abaikan.
“Hmm..saya mintak maaf  bos.Sayaa..hmm..”
“Awak ingat ni syarikat mak bapak awak ke hah!!!?”Jerkah Fauzie lagi. Belum sempat Arisya menghabiskan butir bicaranya Fauzie sudah memotong. Amarahnya masih jelas kelihatan. Terpamer di sebalik raut wajah yang penuh kekecewaan.

Arisya diam dan tunduk memandang lantai. Kalau hari-hari biasa tak adanya dia nak tengok lantai ni.  Nasib la nak buat macam mana.  Terasa macam hendak menangis pula.  Tidak sangka pula sampai begitu sekali Fauzie menghinanya.  Hanya kerana dia membuka e-mail.  Tapi setahunya, pekerja lain juga membuat perkara yang sama jika ada waktu terluang.  Jika semua kerja sudah disiapkan.  Tapi mengapa pula bila di lakukan olehnya, seolah-olah kesalahan yang di buat itu terlalu besar dosanya. Arisya tidak mengerti mengapa Fauzie bersikap sedemikian rupa. 

“Sekali lagi saya mintak maaf ..Encik..err  bos.!”Tersekat-sekat nada suara Arisya, hatinya begitu sebak.  Agak sukar baginya menerima hinaan kerana membuka e-mail. Namun dia tabah walaupun hati bagai tercalar. 
Fauzie merenung tajam ke arah Arisya.  Dia tahu gadis di hadapannya ini sedang menanggung sebuah kepedihan di hati akibat kata-katanya sebentar tadi.  Dia sendiri bingung dengan dirinya yang tiba-tiba sahaja hilang kawalan. Adakah dia cemburu? kerana gadis ini sudah berpunya. Tidakkkkkkk…!aku tak percaya pada cinta.  Hatinya memberontak sendiri, sorotan matanya masih ke arah Arisya.“Awak boleh keluar.”

Serentak dengan itu dia berpaling.  Tidak sanggup untuk menatap wajah gadis itu lama-lama.  Fikirannya bercelaru.
Arisya masih sepi. Tidak bercakap walau sepatah kata. Dia berjalan keluar menuju ke biliknya. Ya,dia ingin menangis.  Menangis kerana di hina begitu.  Mujur juga waktu rehat sudah bermula, semua pekerja sudah keluar untuk makan tengahari.  Tidaklah ada mata-mata yang ingin menjeling.  Perutnya yang sedari pagi tadi lapar, tiba-tiba sahaja kenyang.  Dia mencapai telefon bimbit dan ingin membuat panggilan kepada Khyrill, tetapi entah mengapa tiba-tiba sahaja dia berubah hati.  Telefon kembali diletakkan kedalam beg sandangnya. Dia memejamkan mata rapat-rapat. Mengumpul kembali kekuatan jiwa yang hilang.

Pintu bilik tiba-tiba dikuak, Hidayah muncul dengan senyuman yang tak lekang meniti di bibirnya.“Tengok ni Risya, I bawa nasi and milo ais. You belum makan lagikan.?”Hidayah bertanya sambil tangannya terus meletakkan sebungkus nasi dan air di atas meja.

“Terima kasih…Tapi I belum ada selera lagi la.”Balas Arisya.  Memang perutnya lapar tadi, tapi sekarang seleranya bagaikan tertutup.  Tertutup kerana sikap Fauzie sebentar tadi.

“Alah, you tak usah ambil hati dengan sikap bos tu.  Yang penting you makan isi perut  yang tengah berkeroncong tu.”Pujuk Hidayah lagi

“Hmm...tak faham betul la I dengan bos tu, entah apa yang tak kena.  Tak kanlah I nak buka e-mail pun dia nak angin satu badan.”

“Ye ke..you buka e-mail apa?”

I buka e-mail because  I nak tengok kiriman gambar dari kawan I.   Tak kan lah yang tu pun dia nak marah.  Small matter. I don’t understand with him. ”Arisya mengeluh mengenangkan sikap Fauzie.

“Lelaki?”Hidayah bertanya lagi.

“Hmm..of course.”Arisya membalas lemah.

Boyfreind?”Soal Hidayah lagi.  Arisya hanya tersenyum.

I thinks..bos cemburu kot.”Hidayah sudah tergelak.  Arisya hanya menjegilkan biji matanya.Cemburu?kenapa pula nak cemburu?gila ke apa mamat tiang tu.  Hatinya pula berbisik.

You jangan nak merepeklah. Tak ada sebab untuk dia cemburu.”

“Manalah tahu kalau bos tu sukakan you..”Arisya terus tergelak kecil mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Hidayah itu.

You ingat bos tu nak kat I ker.? Mana dia nak campakkan awek seksa dia tu.”

“Alah, perempuan tergedik tu, bos saja-saja je. Setakat perempuan simpanan bolehlah.  Kalau nak buat isteri, I rasa bos pun tak ingin.

“Boleh tahan jugak mulut awak ya.”Tutur Arisya sambil tergelak melihat Hidayah. 

I perasan yang bos selalu ushar you, Risya. I yakin dia marahkan you sebab cemburu. Bos tu payah nak marah-marah pekerja dia macam tu. Tambah pula dengan hal-hal yang kecil macam ni.” Arisya hanya menggelengkan kepala.  Tak sanggup dia dengan mamat tiang tu.  Lagipun kesetiaannya terhadap kekasih hati tidak pernah berubah.  Masih utuh walau ditelan waktu. Hanya Mohd Khyrill Zafrie seorang sahaja yang ku cinta….bisik hati Arisya lagi.
“Hah!itu yang senyum-senyum tu kenapa.?You pun dah suka kat bos ke?”Hidayah menyoal Arisya

“Eh!sudahlah..I nak makan ni.”

“Eleh,berselera pulak, tadi bukan main lagi tak berselera.  I tahu kenapa, mesti sebab bos suka kat you kan?”Sekali lagi Hidayah cuba mengusik.  Arisya sudah menjeling ke arahnya. Agaknya dia pun sudah mula berjangkit penyakit menjeling. Mereka akhirnya tertawa. 
***
“SAYANG, kenapa dengan you ni? badmood  je sejak dari I datang tadi.?” Soal Nazirah kepada Fauzie.  Entah apa yang menggangu jiwa lelaki ini.  Selalunya bila dia datang, bukan main lagi meleret senyuman. Hari ini usahkan kata nak senyum, nak menjawab persoalannya pun acuh tak acuh.

I sibuk la.” Balas Fauzie bersahaja.  Memang kepalanya tengah pening sejak dua, tiga hari ini.  Semuanya kerana Arisya.  Mungkin selepas kes hari ini, Arisya makin berjauh hati dengannya. Mungkin Arisya terasa hati dengan kata-katanya. Memang salahnya, marah tidak kena pada alasannya.  Tak kan lah nak buka e-mail pun sampai nak marah macam tu. Dia terasa malu dengan perbuatannya tadi.

You jangan nak tipu I, okey,”tutur Nazirah pula, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.00 petang.  Memang dia selalunya akan datang waktu-waktu begini.  Pekerja juga sudah balik.  Senanglah baginya untuk membuat apa sahaja.  Fauzie juga begitu.

You dah makan ke?”Soal Fauzie pula, cuba untuk tidak memanjangkan cerita.

“Belum la sayang, jom temankan I.” Jawab Nazirah pula, dengan aksi manja yang sengaja dibuat-buat.  Senyuman mula terukir di bibir Fauzie.  Nampaknya Nazirah sudah melupakan persoalannya tadi.  Bagaikan tahu yang dirinya akan mendapat hadiah yang istimewa malam ini. Mungkin kerana hadiah istimewa yang selalu dia dapat membuatkan dia kekal agak lama dengan Nazirah. 

Selalunya, hubungannya dengan mana-mana gadis tidak akan  bertahan lama. Tapi seingatnya juga, dia tidak pernah pula menyatakan ataupun mengesahkan perhubungannya itu dalam erti percintaan.  Baginya, tidak lebih dari seorang teman. Teman yang terlalu mesra.  Mereka yang mencarinya, menggodanya.  Rezeki yang datang, tak kan pula dia nak tolak. Itu namanya tak bersyukur.  Fauzie tersenyum sendiri.

“Apa yang you lihat tu sayang.?” 

“Tak boleh ker I nak lihat you.”Balas Fauzie pula, hilang sudah peningnya. Moodnya bertukar dalam sekelip mata.  Tapi di hati kecilnya masih lagi resah, tidak tahu cara yang bagaimana untuk merapatkan kembali hubungannya dengan Arisya.  Ah!lantaklah.
 Buat kalut fikiran saja jika fikirkan hal itu.  Hatinya berbisik lagi.  Lebih baik fikirkan nikmat yang akan dia dapat sebentar lagi.  Senyuman terus terukir di bibirnya.  Memang kaya dengan senyuman.  Senyuman yang punya makna yang tersirat dan tersurat.  Kerana senyuman itu jugalah yang membuat hati wanita-wanita yang melihatnya cair bagaikan ais yang disimbah air panas.

“Sekejap lagi la.  I belum habis kerja ni.”  Balas Fauzie pula.

“Jom la sayang, I lapar ni.”Ucap Nazirah sambil memeluk Fauzie dari belakang. Satu ciuman hinggap di pipi Fauzie. Sengaja dirinya ingin menggoda Fauzie.  Dengan baju yang sebahagian besar menampakkan dadanya yang putih gebu itu, dipadankan pula dengan skirt pendek paras paha.Memang benar-benar menggoda hati si lelaki.

“Sabar la sayang, sikit lagi ni.”

I lapar la...”

You lapar sangat ya sayang.?” Soal Fauzie sambil tersenyum nakal. Kelakuan Nazirah hanya di biarkan sahaja oleh Fauzie. Semakin erat pelukan, semakin kuat hembusan nafas Nazirah di telinganya. Nazirah sudah mula duduk diatas pahanya.  Tangan Nazirah pula sudah mula menjalar ke seluruh tubuhnya.  Bermain-main lembut dipipinya.
Ahh..Perempuan ini benar-benar mengodanya.  Memang bijak dalam bab-bab menggoda.  Nafsu lelakinya sudah tidak tertahan lagi dengan belaian dan panasnya hembusan nafas Nazirah.  Fauzie bangun lantas merangkul tubuh Nazirah ke atas sofa.  Pantas tangannya membuka pakaian yang dipakai oleh Nazirah.  Begitu juga tangan Nazirah pantas memainkan peranannya tersendiri.
 Nazirah sudah tersenyum gembira dalam keadaan dirinya yang tanpa seurat benang, dengan cahaya lampu yang menerangi pejabat itu, dia sudah tidak kisah.  Asal keinginannya dapat ditunaikan.  Memang itulah niat asalnya.
Nafsu tidak kira di mana-mana.  Jika sudah tidak sabar untuk ke hotel,sofa di pejabat ini sudah cukup untuk mereka berdua. Pejabat ini juga sudah bagaikan hotel untuk melepaskan nafsu serakah masing-masing.  Akhirnya, mereka berdua hanyut dan terbaring kekenyangan selepas puas melepaskan keinginan masing-masing.  Lalu bergembiralah iblis yang  telah merosakkan cucu Adam ini.
            ARISYA segera mengemaskan barang-barang yang berselerakkan di atas meja.  Banyak pula kerja yang perlu disiapkan sehingga dia sendiri tidak sedar yang waktu sudah berganjak ke malam.   Kerja tak pernah sudah, malah makin banyak. Yang penting kewajipan yang wajib mesti dilaksanakan.  Ruang pejabat sudah gelap.  Hanya biliknya sahaja yang masih terang berderang.  Dia berjalan keluar menuju ke pintu,  namun ada sesuatu yang mengganggu pendengarannya.  Bunyi seperti suara orang, bagaikan  sayup sayu kedengaran. 
Matanya mula meliar mencari kelibat suara yang kedengaran.  Hatinya mula berdebar, tidak ada pula kelibat manusia di ruang pejabat ini.  Arisya  lantas menuju ke bilik hadapan. Lampu  meja di bilik Fauzie masih menyala. Dia segera menapak perlahan untuk melihat gerangan siapa yang berada di pejabat Fauzie waktu-waktu begini.  Mungkin mamat tiang tu belum pulang lagi kot.Bisik hati Arisya pula.  
   Entah mengapa berani pulak dia untuk mencari suara yang bagaikan sayup  sayup kedengaran itu.  Dia cuba mengintai di balik tingkap  cermin kaca yang kelihatan.  Bagaikan ada bayangan orang di sebalik cahaya lampu meja yang terpasang. Dia segera memulas tembol pintu bilik Fauzie perlahan lahan.“Fauzie....!!!!!”ada getaran kuat di nada suara Arisya. Tak percaya, tapi ini benar-benar terjadi.  Dia tidak bermimpi di siang hari. Tidak...!!!

“Apahal dengan kau ni Arisya..!!”

“Hal apa..!!” Ah! sudah,sempat pula mulut dia menyoal balik.  Sudahlah masuk tak bagi salam.  Nak kena lagi la ni.

“Suka hati mak bapak kau je nak masuk bilik aku.!Sial.”  Jerkah Fauzie lagi. 

“Hah!...kot ye pun nak buat projek baik punya cari la port yang best sikit.  Buat malu je.!!” tak pasal-pasal aku tertengok filem yang aku nak bagitahu tajuk apa pun tak tahu.  Huh! gila punya mamat tiang. Bisik hati Arisya lagi.  Nazirah di sebelah Fauzie hanya diam.  Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku ataupun seronok adegan dapat ditonton. Aduhai jijiknya.!

“Kau tunggu apa lagi, keluar laaaa!!!!”

“Tak perlu nak jerit-jerit Encik Fauzie. Pandai saya masuk, pandai la saya keluar.!” Serentak dengan itu, Arisya segera berlalu keluar.  Satu keluhan berat dilepaskan. 

    Entahlah,dunia sekarang.  Halal dan haram sudah bagaikan tidak penting.  Beginikah umat akhir zaman.   Sungguh dia tak menyangka keperibadian Fauzie sampai macam itu sekali, tapi apa yang nak di kisahkan, lantaklah kat dia. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Jika engkau tidak malu,buatlah sesuka hatimu.”

           
           

           






Saturday, November 26, 2011

DSRC - Bab 14



SILAUAN cahaya matahari yang masuk membuatkan Fauzie terjaga. Dia memandang sekeliling. Jam di tangan sudah hampir menunjukkan pukul 10.00 pagi. Suasana sejuk di dalam bilik hotel itu bagaikan menarik-narik tubuhnya untuk menyambung semula tidurnya yang diganggu oleh cahaya matahari yang masuk itu.
  Dia kemudiannya bersandar di birai katil sambil meraup mukanya beberapa kali.  Nazirah di sebelahnya belum terjaga. Entah pukul berapa mereka tidur semalam dia sendiri tidak sedar.  Sewaktu pulang dari kelab, waktu sudah hampir subuh.  Memang begitulah rutin hariannya apabila tiba waktu hujung minggu.  Bilik hotel ini sudah menjadi rumah kedua buatnya.
Entah sampai bila harus begini.  Hidup bergelumang dengan dosa dan noda.  Pernah juga dia menyuarakan hasrat hati kepada Syamirr untuk berubah apabila dia menjumpai wanita yang mampu membimbingnya dan membuatkan dia percaya pada cinta.  Namun hanya tawa yang diterima, mana mungkin akan jumpa jika dia sendiri asyik pergi ke lubuk yang sama.  Balik-balik perempuan yang macam Nazirah juga yang akan ditemuinya.
  Dia bingkas bangun.  Mengutip pakaian yang berselerakan di atas lantai.  Hadiah yang istimewa sudah seringkali dia dapat. Dia tersenyum sendiri sambil berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.  Lama dia berada di dalam bilik air. Melayani cerita dan kehidupan semalam.  Fikirannya melayang pula kepada Arisya.  Entah kenapa, secara tiba-tiba dia teringatkan gadis itu.  Petang semalam dia mengenakan gadis itu. Tiba-tiba sahaja dia diburu perasaan bersalah.
Setengah jam kemudian dia keluar dari bilik air dan segera menuju ke almari pakaian. Matanya memandang ke arah Nazirah yang masih lagi di ulit mimpi. Nyenyak benar dia tidur.
Selesai sahaja bersiap-siap dia segera mencapai kunci kereta dan keluar meninggalkan Nazirah keseorangan di dalam bilik hotel itu. Dia tahu Nazirah tidak kisah. Bukannya ini kali pertama dia melakukan begitu. Sudah banyak kali.
Suasana di banglo Dato Tengku Amri dan Datin Fadila sunyi sepi sewaktu dia sampai tadi. Tentu mama dan papanya berada di belakang. Bukan dia tidak tahu, papa da mamanya itu asyik benar dengan kebun-kebun sayur yang terdapat di belakang rumah banglo itu.  Tanah yang luas itu langsung tidak di biarkan kosong. Kadang-kadang itu terasa seperti tinggal di kampung.
            “Hai..anak mama baru balik?Tidur mana?”soal Datin Fadila sebaik sahaja ternampak batang tubuh Fauzie di pintu itu. Hari minggu sahaja pasti anaknya itu tidak pulang ke rumah.  Kalau pulang sekalipun waktu matahari sudah menampakkan cahayanya.
            “Biasalah mama..mana lagi.”celah suaminya pula. Datin Fadila hanya menggelengkan kepala.Fauzie pula hanya tersenyum kelat. Dia tahu mama dan papanya tidak kisah. Ini bukan yang pertama kali.
            “Okeylah mama..papa..Fauzie naik atas dulu. Ada kerja sedikit..”ucapnya pula. Dia tahu, makin lama nanti pasti ada sahaja perkara yang akan di soal oleh mamanya nqanti. Jadi lebih baik dia mengelak.
            “Saya dah penat abang hendak menasihatkan anak teruna awak yang sorang tu, perangai tak pernah berubah.  Umur  sudahlah makin meningkat.  Nak dicarikan jodoh, tak mahu, tak bersedia.  Susah betul budak zaman sekarang.” ucap Datin Fadila lagi.
            “Tahu la dia jaga diri.”
 Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh suaminya. Datuk Tengku Amri memang begitu, dia lebih terbuka dalam mendidik anak-anaknya.  Jiwa budak muda, memang begitu baginya.  Sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru sementara umur masih muda.  Dia memang terlalu memanjakan anak-anaknya. Berlainan pula dengan Datin Fadila yang amat serius dalam mendidik anak-anaknya.
            “Perangai anak sama aje ngan papanya time muda.  Tutur Datin Fadila sambil tersenyum.  Datuk Tengku Amri tersenyum kelat. Apalagi yang perlu dia nafikan kerana kata-kata isterinya itu sememangnya benar-benar belaka.  Memang perangainya juga tidak ubah seperti Fauzie sewaktu muda.  Bapak borek anak rintik.
            “Awak mesti nasihatkan dia, bang. Saya tak nak dia makin hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara ni.” 
         “Ya lah..Bukan saya tak pernah nasihatkan dia. Tapi orang muda..biasalah tu..”
            “Kita dulu pun muda jugak  bang, tapi tak adalah sampai macam ni. Hari minggu je hilang. Keseronokkan tak akan membawa mereka ke mana-mana bang..”
            “Zaman kita dulu lain Fadila..”
            “Sebab lainlah yang kita perlu lebih mengambil berat tentang mereka. Zaman sekarang yang mencabar ini macam-macam perkara yang terduga boleh berlaku dalam sekelip mata. Tersilap satu langkah pun keadaan dah berubah, bang.”
“Budak-budak sekarang tak boleh di paksa sangat, Fadila. Nanti makin menjadi-jadi. Lagipun anak kita tu tidak pernah abaikan soal kerja walaupun selalu berseronok di luar. Darah muda katakan.”
Datin Fadila sekadar berdehem. Dia risau benar dengan sekap anak-anaknya. Yang perempuan cara perempuan. Yang lelaki pun sama. Ini yang depan mata, yang jauh bagaimana pula. Pening juga kepala bila memikirkannya.
***
HAMPIR seharian Arisya berkurung di dalam bilik. Hatinya luka. Air mata menjadi teman setianya kala ini. Mengenangkan perjalanan cinta ini. Apakah dia yang tertipu dengan kepalsuan Khyrill selama ini. Sebagai seorang kekasih, pasti sedikit sebanyak dia merasa risau,cemburu  dan bermacam-macam, lagi perasaan yang menghuni jiwanya.  Dia cuba berlagak tenang seolah–olah tidak ada apa yang berlaku. Namun hakikat yang sebenar dia gagal untuk mengawal emosinya.
Lagipun dia bukan sah menjadi milik Khyrill. Bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh pergi meninggalkannya. Bukan dia tidak mahu percaya kerana bukti semakin jelas di depan mata. Perkara yang di takutkan selama ini sudah terjadi. Apakah hidup di sana benar-benar merubah lelaki itu.
Ya Allah..hanya kau yang maha mengetahui segalanya. Kau tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya. Aku tak mahu kehilangannya.
Kekasih, sejak kau menghuni jiwaku tiada sekuntum kumbang pun yang mampu menggugat hatiku.  Adakah kau setia di kejauhan ini sebagaimana aku yang setia mencintaimu..yang setia merinduimu. Kekasih katakanlah, cintamu masih utuh untukku..katakanlah hanya aku sahaja dihatimu.  Rintih hati Arisya lagi.
Derapan tapak kaki yang meniti di tangga rumah sewanya membuatkan lamuanannya terhenti. Mungkin Emilia yang baru pulang dari kerja. Pintu biliknya di kuak. Terpacul wajah Emilia dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. 
“Kau ni kenapa? Kau menangis.!”Soalnya sebaik sahaja terpandangkan wajah Arisya dengan mata yang sembab itu.
          “Ish, kau ni. Sibuk je.! Dah la masuk bilik aku tak ketuk pintu.  Pakai redah je.!”    “Hehehe..sorrylah kawan. Hang ni kenapa?..”Soal Emilia semula.
            “Entahlah?aku tak tahu samada aku patut cerita pada kau atau tak. Tapi sekarang aku sedih sangat. Aku tak sangka semuanya akan jadi teruk macam ni.”Ungkap Arisya sebelum duduk di kerusi meja tulisnya.
            “Kenapa?Siapa yang buat hang sedih macam ni?”
            “Kau tengoklah sendiri..”ungkap Arisya perlahan sebelum menunjukkan gambar-gambar yang terdapat di dalam komputer ribanya itu kepada Emilia.
            “Hah!!Biar betul ni, Sya.!”Terbeliak mata Emilia sebaik sahaja terpandangkan gambar-gambar tersebut.
“Betul ke ni Khyrill?Hish..!biar betul ni?!Tak kan Khyrill macam ni kot?seksinya perempuan ni?Mak oiii....botol arak bergelimpangan.” Sambung Emilia lagi dengan muka terkejut beruknya itu.
“Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku tak sangka dia berubah sampai macam ni?mungkin ini kehidupan yang dia nak sangat bila berjauhan dari aku, dari family dia.” Ungkap Arisya sayu.Air mata jernih sekali lagi mengambil tempat di pipinya yang mulus.
“Hang dah tanya Rill, Risya? betul ke dia buat macam ni?siapa pula yang hantar gambar-gambar ni?”
“Dia mengaku memang dia pergi disko. Tapi dia tak mengaku yang dia minum air kencing syaitan tu. Kau sendiri boleh tengok kan?gelas yang perempuan seksi tu beri pada dia. Semuanya ada bukti. Aku tak tahu siapa pengirimnya and apa motif dia buat macam ni. Aku cuba balas tapi alamat e-mail tu sudah di block.”
Ungkap Arisya sambil air mata yang bersisa itu di kesat.
“Tapi aku masih percaya yang Rill tak buat semua benda-benda tu. Aku rasa dia masih bersih dari semua itu. Mungkin tekanan hidup di sana buat dia macam tu. Lagipun hang sendiri tak tahu siapa yang hantar gambar-gambar ini pada hang. Mungkin ni cuma rancangan jahat orang yang tak suka dengan hang dan Khyrill.”
“Aku cuba tak nak percaya. Tapi gambar-gambar ni buat hati aku hancur luluh dengan sikap dia. Kalau dia tidak minum arak sekalipun dia tak sepatutnya pergi tempat-tempat macam ni. Kau tengoklah gambar perempuan seksi ni?siapa perempuan ni?kau nak cakap mereka kawan?tapi kawan yang macam mana?”Soal Arisya pula. Lama Emilia terdiam.
“Mungkin itu salah seorang dari peminatnya.”sambungnya tiba-tiba. Kali ini giliran Arisya pula yang terdiam. Di sebalik kata-kata Emilia itu ada kebenarannya. Di sini pun sudah selalu sangat dia melihat peminat-peminat perempuan Khyrill memeluk lelaki itu. Jadi tak mustahil di sana juga ada.
“Tapi aku seoalah-olah pernah melihat wajah perempuan di dalam gambar ini.”Arisya kembali bersuara.
“Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Dalam dunia ni bukankah ada tujuh wajah yang seiras dengan kita.”
“Entahlah..Aku takut untuk meletakkan kepercayaan aku pada dia lagi. Aku takut terluka dengan cinta ini. Aku bukan siapa-siapa. Cuma kekasih yang boleh ditinggalkan bila-bila masa sahaja. Aku takut mimpi-mimpi aku sebelum dia melangkah pergi menjadi kenyataan.” Sekali lagi kelopak matanya bertakung air jernih yang bila-bila masa sahaja akan pecah menjadi titisan-titisan bisa.
Emilia merapatinya. Memeluk erat bahu sahabatnya itu sambil menyambung kata-katanya.“Arisya, bercinta dengan lelaki yang popular seperti Khyrill hang perlu terima risikonya. Yakinkan diri bahawa tiada apa yang akan berlaku. Mimpi itukan mainan tidur. Agaknya sebab hang terlalu rindukan dia sangat tu. Sudahlah..jangan menangis macam ni. Aku rasa tak ada apa-apalah. Khyrill sendiri yang cakap dia masih mampu nak bezakan halal dan haram. Hang mesti tanamkan kepercayaan tu dalam hati hang ni.”
Tutur Emilia sambil jari telunjuknya dihalakan tepat ke dada Arisya.
“Jadi apa yang perlu aku buat. Nak maafkan dia?macam tu..”
“Itu yang lebih baik, Risya. Kemaafan itu bukankah dendam yang terindah.”
Ucap Emilia lagi sambil tersenyum. Mendengarkan kata-kata Emilia membuatkan dia tidak mampu menarik muka masam lama-lama. Lagipun memang itulah yang dia harapkan. Secebis senyuman itu mampu membuang segala gundah yang bersarang di jiwa.
“Tapi aku perlukan masa. Tak mudah untuk merawat hati yang luka.”
“Luka itu boleh sembuh jika hang buka pintu hati hang, mata hati hang untuk hulurkan kemaafan tu. Hanya orang yang tak reti untuk menilai sahaja akan cakap cinta itu indah. Sedangkan cinta itu ada pahit manisnya. Ada luka..ada perit.”
Kali ini sekali lagi kata-kata Emilia membuatkan Arisya terdiam. Entahlah, cinta..ada apa dengan cinta?Bisik hati Arisya lagi.
***
SEMENJAK dari pagi hingga ke malam dia setia menunggu kata maaf dari Arisya. Namun hampa kerana gadis itu, masih tidak mahu menjawab sebarang mesej mahupun panggilan telefon yang dibuatnya. Sungguh sunyi rasanya.  Tak mungkin Arisya sudah membencinya. Dia tahu, dia bersalah tapi patutkah dia di hukum sebegini sekali.
Masih dia ingat usikan adiknya, Khuzaimie.  Tentang keresahan yang bermukim di hatinya saat Arisya pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung kembali pengajiaan selepas habis  cuti semester.  Keresahan itu memaksanya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.  Memohon pertukaran untuk bermain di kelab lain.  Walaupun beribu rintangan dan halangan yang terpaksa di lalui, dia tekad untuk berhijrah. 
Bukan mudah untuk membuat pertukaran di sana.  Banyak yang menghalang kepermergiaannya untuk ke Kuala Lumpur.  Bukan dia lupa akan janji-janji yang pernah di kata, tapi kuasa cinta.  Siapa dapat menghalang. Dan yang pasti  suatu hari nanti, dia akan kembali semula di tempat ia bermula.
Bukan hanya semata-mata kerana cinta, tapi kerana dia juga ingin mencari pengalaman yang berharga.  Walaupun berat hati untuk meninggalkan tempat di mana segalanya bermula, namun dia yakin.  Pengorbanan itu adalah satu sifat yang agung.  Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik penghijrahan ini. 
Ya, kerana penghijrahannya ke Kuala Lumpur bakatnya makin lebih terserlah sehingga dia mendapat tawaran untuk bermain di luar negara.  Siapa yang sangka, dia juga tidak pernah menduga akan mendapat satu peluang yang hanya akan datang sekali sahaja dalam hidupnya.
Walaupun  cita-citanya ditentang hebat oleh ibu dia tetap mahu meneruskan langkah yang telah diatur sejak mula lagi. Sekali dia melangkah dia tidak akan berputus asa. Dia akan tabah untuk menempuhnya. Dia sentiasa berdoa agar ibu akan menerima cita-citanya ini.
 Walaupun sekali lagi dia terpaksa membuat pengorbanan. Meninggalkan orang yang di sayangi jauh di mata.  Jauh beribu-ribu batu. Bagaikan irama yang jauh terpisah dari lagu.  Tempang...cacat...Ahhh.......

>>Arisya, please..jangan buat macam ni sayang..Rill mengaku silap Rill ke disko, tapi tolonglah jangan hukum Rill macam ni. Rill rindu...Walau akhir ini, kita terpisah dengan masa dan suasana yang tak terduga, namun percayalah tidak sedikitpun kasih Rill terhadap Arisya berubah.

Mesej terus di hantar. Ungkapan-ungkapan kata maaf dan cinta tidak akan berhenti selagi Arisya tidak memaafkannya.

           
           


NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...