Bab 13
Pagi ini terpaksa dia ambil cuti lagi. Nasib baiklah company sendiri. Mana sanggup dia nak tinggalkan Nur Nilam sorang-sorang di rumah. Jadi hari ini terpaksalah dia jadi tukang masak, tukang cuci dan tukang sapu. Tak kisahlah bukan selalu. Awal-awal lagi dia dah call mak Piah untuk tanya macam mana nak masak bubur. Nak masak untuk Nilam. Mak Piah dah siap perli-perli ada apa-apa ke?Aduh!puas jugalah dia cuba bagi alasan.
Bubur yang sudah siap di masak itu segera di bawa ke dalam bilik. Perlahan-lahan tangannya menggoncang bahu Nur Nilam. Nur Nilam membuka matanya tapi bila nampak Iskandar cepat-cepat dia pejam kembali. Nak main cuk cak pulak dia. Gerutu hati Iskandar lagi.
“Sayang, bangun makan bubur ni. Awak tu belum makan ubat lagi,”Iskandar bersuara perlahan sambil duduk di atas katil berhampiran kepala Nur Nilam. Nur Nilam seperti semalamlah masih diam seribu bahasa.
“Sayang, awak tu demam panas, bukannya pekak. Tak dengar ke abang cakap apa?”tutur Iskandar lagi. Dia cuba seriuskan muka,walau terasa mahu ketawa. Kalau macam inilah caranya pujuk Nur Nilam sudah sah-sah sampai tahun depan pun belum tentu lagi Nur Nilam mahu makan. Tak romantik langsung.
“Sayang, abang suapkan okey. Bukalah mata tu. Ya Allah, jual mahalnya dia,”usik Iskandar sekali lagi. Dia menyentuh lengan Nur Nilam. Seakan ingin terus memujuk rajuk yang sedang bermukim di jiwa isterinya itu. Bibirnya terus mengukir senyuman apabila tubuh itu bergerak. Barngkali tak suka dengan perlakuannya itu.
“Sayang, nak abang suapkan ke atau nak abang buat benda lain kat sayang? Kalau sayang masih diam macam ni abang akan anggap sayang nak abang buat benda lainlah ek kat sayang. Abang peduli apa sayang sakit ke tak?” Kali ini dia cuba mengugut Nur Nilam pula.
“Tolong tinggalkan saya sendiri..”tutur Nur Nilam perlahan sahaja. Dalam keadaannya yang lemah begini pun Iskandar masih lagi sempat untuk menyakatnya. Masih sempat untuk membuat jenaka. Iskandar tak tahu ke yang dia sakit hati sangat-sangat pada Iskandar sekarang. Bukan sekali dua Iskandar buat begini padanya. Lebam di dahinya pun masih ada kesan lagi. Tak habis lagikah Iskandar mahu menyiksanya.
“Eh!ada suara rupanya? Ingatkan bisu tadi,”balas Iskandar pula sambil tersengeh memandang Nur Nilam yang masih memejamkan matanya rapat-rapat. Jari jemarinya laju sahaja bermain-main dengan rambut kerinting Nur Nilam membuatkan Nur Nilam sedikit tersentak. Lantas laju sahaja Nur Nilam menepis tangan gagah lelaki itu.
“Sayang, please..makanlah. Jangan degil macam ni. Abang tahu salah abang. Abang mintak ampun. Tapi, tolong..abang merayu sangat jangan siksa diri sampai macam ni sekali. Apa abang nak jawab dengan ibu nanti. Sayangkan tahu ibu nak balik hari ini,”
“Sudahlah Is!Awak boleh pergi.Saya tak perlukan orang macam awak dalam hidup saya. Awak boleh pergi tinggalkan saya sendiri. Awak tak perlu risau kerana lambat laun ibu pasti tahu. Awak pergi! Pergi!!ungkap Nur Nilam lagi. Ada air mata yang menghembur. Fikirannya bercelaru. Dia sudah letih melayan kerenah lelaki ini. Letih. Dia hanya mahu bersendiri saat ini. Mahu merawat luka yang Iskandar pahatkan ini. Dia tidak mahu lagi tertipu dengan sandiwara lelaki ini. Tidak!Dia tidak mahukannya. Walaupun jauh di dasar hatinya yang paling dalam dia sudah terlalu sayangkan Iskandar.Sayang yang semakin hari semakin padu. Tapi dia bimbang jika peristiwa yang sama berulang lagi. Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan..
“Nilam,abang tak boleh tinggalkan Nilam seorang diri. Please jangan buat abang begini. Jangan siksa abang macam ni. Abang cuma nak Nilam sembuh. Itu saja,” Iskandar masih tidak berputus asa. Dia tak akan tinggalkan Nur Nilam selagi Nur Nilam tidak menjamah makanan dan makan ubat yang di sediakan.
“Tolonglah, saya tiada selera. Lebih baik awak keluar..”
“Tak!Abang tak akan keluar mahupun bangun dari sini. Abang dah cakap yang abang nak Nilam makan. Abang nak Nilam sembuh!Tolonglah jangan degil macam ni?Abang salah. Tapi bagilah peluang untuk abang jelaskan segalanya. Kenapa abang jadi begitu?Janganlah siksa diri begini,”Iskandar mendengus kasar. Tangisan Nur Nilam makin jelas kedengaran. Dia lemah dengan tangisan itu. Lemah!
“Abang suapkan untuk sayang erk?Sikit je?Kalau tak nak buka mata pun tak apa. Orang dah benci nak pandang muka kita kan...Tapi bukalah mulut tu..”tuturnya sekali lagi. Mangkuk yang berisi bubur itu di ambil lalu sudu yang berisi bubur itu di suakan ke arah Nur Nilam yang masih tetap seperti tadi. Masih terkunci rapat mulutnya.
Bagi Nur Nilam kata-kata pujukan yang keluar dari mulut Iskandar Dzulkarnain itu langsung tidak memberi kesan terhadap hatinya yang telah terluka. Iskandar langsung tidak menghargai kehadirannya. Kenapa pula hari ini Iskandar cuba untuk memujuknya kembali?Kenapa?Bukankah Iskandar juga yang tak mahu berkongsi apa-apa dengannya. Sehinggakan pertanyaan pada malam itu di balas dengan hemburan yang kasar. Iskandar tak suka orang desak-desak,habis bagaimana pula dengan dia? Iskandar ingat dia suka?
“Sayang...bukalah mulut tu..”ucap Iskandar lagi. Seminit,dua minit masih tiada respon. Yang ada hanyalah tangis sendu Nur Nilam yang entah bila akan berhenti. Iskandar kembali meletakkan mangkuk yang berisi bubur itu di atas meja. Dia mengeluh perlahan sebelum berkata sesuatu.
“Baiklah abang akan keluar dari sini bila itu sahaja yang boleh buat Nilam makan dan berhenti menangis..abang keluar dulu..maafkan abang sebab buat sayang terluka. Abang benar-benar menyesal,”tutur Iskandar sayu. Dia mengucup dahi Nur Nilam sebelum melangkah keluar dari bilik itu dengan beribu perasaan yang bersarang di hatinya. Saat ini dia begitu rindukan detik-detik yang di hangatkan dengan bicara mesra dan tatapan mata Nur Nilam yang penuh dengan cahaya cinta. Dia tahu cinta Nilam telah mekar untuknya. Tapi, hati itu masih keras untuk memberi maaf padanya.
Langkah kaki terasa berat. Namun dia harus akur pada kehendak Nur Nilam. Dia yang baru sahaja berjalan beberapa langkah ke arah pintu kembali menoleh kea rah Nur Nilam. Iskandar terus merenung Nur Nilam dengan seribu pancaran bermakna. Dia tahu dia benar-benar sudah melakukan satu kesilapan besar
Esak tangis Nur Nilam semakin perlahan apabila bayang tubuh Iskandar hilang di pandangan. Dengan segala kudrat yang ada dia cuba untuk bangun. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Cuba mengumpul kekuatan jiwa. Dia tahu dia mesti kuat. Mangkuk yang berisi bubur itu di pandangnya. Kemudian perlahan-lahan dia mengambil sudu yang berisi sedikit bubur itu dan di suapkan ke mulutnya. Tekaknya terasa pahit. Dia benar-benar tiada selera untuk makan. Hanya dua suapan sahaja yang dia mampu. Kemudian ubat yang telah tersedia di dalam mangkuk kecil itu di ambilnya lalu di telannya. Kini,dia hanya mahukan rehat yang sepuas-puasnya.
***
Ketukan di muka pintu beserta ucapan salam yang berterusan membuatkan Iskandar lekas-lekas bangun dari sofa itu. Dia segera turun ke bawah lantas membuka pintu untuk melihat siapakah empunya gerangan yang datang.
Bayang wajah ibu mertua dan mak ndaknya muncul di hadapan. Dia tepuk dahi tanda terlupa yang ibu mertuanya akan pulang hari ini. Dia ingat tadi mahu mengambil ibu mertuanya ini alih-allih dia pula yang tertidur.
“Ibu ingatkan tak ada orang tadi dalam rumah ni. Sunyi sepi sahaja..mana Nilam?”soal Puan Syarifah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Mak Ndak yang berada di belakang turut tersenyum memandangnya.
“Nilam tak sihat ibu,dia ada di atas. Agaknya tengah tidurlah tu. Saya minta maaf sebab tak pergi ambil ibu. Saya tertidur,”bicara Iskandar pula.
“Tak apalah Is, Mak Ndak pun boleh hantarkan ibu kamu ni,”ucap Mak Ndaknya pula.
“Takut menyusahkan Mak Ndak pula,”
“Tak adalah Is..Mak Ndak yang ambil ibu kamu jadi mak ndak lah yang kena hantar,”sambungnya mak ndak lagi. Iskandar ketawa. Mak Ndak begitu sporting.
“Nilam sakit apa pula?”soal Puan Syarifah pula. Agak gusar juga dia mendengarnya. Dia kemudian duduk di atas sofa itu di ikuti Mak Ndak dan Iskandar.
“Hmm..agaknya kakak nak boleh cucu kot..”tutur Mak Ndak lagi sambil tersenyum simpul memandang Iskandar yang agak terkejut mendengar kata-katanya itu.
“Hish..Mak Ndak ni..tak adalah. Nilam deman panas..tapi jangan risau sebab saya dah bawa dia jumpa doktor pun,”balas Iskandar pula. Tak mungkinlah Nilam mengandung. Tapi boleh jadi juga kata-kata Mak Ndak tu betul.
“Manalah tahu, Mak Ndak cakapkan je..kalau betul pun apa salahnya. Lagi cepat Mak Ndak dapat cucu menakan,”
Iskandar hanya membalas kata-kata Mak Ndak itu dengan senyuman. Ibu mertuanya pula hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Mak Ndak. Ada-ada sahaja yang hendak di tekanya.
Iskandar kemudiannya meminta diri untuk melihat keadaan Nilam. Hatinya bergetar sejuta rasa. Bimbang dengan penerimaan Nur Nilam sebentar lagi. Jika rahsia ini bocor ke pengetahuan ibu mertuanya habislah dia. Keadaan akan bertambah rumit.
Semakin hampir di pintu bilik semakin berdebar jantungnya. Pintu bilik di kuak perlahan. Di dalam hati berdoa agar Nur Nilam tidak akan membuat sesuatu yang bukan-bukan. Tubuh Nur Nilam yang berada di atas katil itu di hampirinya perlahan-lahan. Kemudian matanya mengerling ke arah bubur yang di masaknya pagi tadi. Ada sedikit yang terusik. Ubat yang di letakkan di dalam mangkuk kecil tadi juga sudah tiada. Dia menarik nafas lega.
Dia kemudiannya mennggoncang lembut bahu Nur Nilam sambil mulutnya laju sahaja memanggil nama itu.
“Ibu dan mak ndak ada di bawah, sayang larat ke tak nak turun?”tutur Iskandar sebaik sahaja Nur Nilam membuka matanya. Mendengarkan perkataan ibu itu seolah-olah memberi semangat kepada Nur nilam. Dia berusaha untuk bangun. Badannya terasa kebas-kebas tetapi kepalanya yang awal tadi begitu berat di rasakan semakin ringan. Mungkin kesan dari ubat yang di makannya tadi. Iskandar cuba untuk membantunya tetapi di tolak perlahan olehnya. Dia boleh bangun sendiri. Tak perlu nak susahkan siapa-siapa.
“Sayang..abang minta maaf, jangan buat abang seperti orang asing. Abang nak tolong sayang..”ucap Iskandar perlahan.
“Tak perlu,saya boleh bangun dan berjalan sendiri. Kaki saya masih lagi kuat untuk berdiri,”balas Nur Nilam pula.
“Hmm..suka hati sayanglah,”balas Iskandar selamba. Dia hanya mengikut sahaja langkah kaki Nur Nilam dari belakang walaupun tangannya begitu ingin sekali memimpin tubuh itu untuk turun ke bawah. Tapi, apa nak buat. Nur Nilam nak pandang wajahnya pun tidak. Terpaksalah di turut sahaja kemahuan isterinya itu. “Hati-hati sayang..”bibirnya masih mahu mengukir kata buat Nur Nilam.
Sampai sahaja di tingkat bawah Nur Nilam terus meluru memeluk tubuh Puan Syarifah sambil air mata mula menghembur di pipinya. Puan Syarifah terkejut dengan tindakan Nur Nilam. Mak ndak juga sama. Bukannya ini kali yang pertama Nur Nilam duduk berjauhan daripadanya. Hatinya semakin tidak sedap dengan kelakuan Nur Nilam itu.
Iskandar lagi dua tiga kali ganda tidak sedap hati. Apatah lagi anak mata ibu mertuanya dan mak ndak kini sedang tepat kepadanya. Aduhai..apa dia nak jawab kalau ibu mertuanya soal nanti.
“Kenapa Nilam?Kenapa menangis?”
“Ibu..Nilam..sebenarnya Nilam.. Nilam rindukan ibu..”sepatah kata itu mampu membuatkan segaris senyuman meniti di bibir mak ndak dan Iskandar yang sedang mendengarnya. Iskandar menarik nafas lega. Dadanya sedikit lapang. Namun perasaan bersalah di hatinya masih lagi menebal. Apatah lagi dia tahu air mata yang mengalir di wajah itu adalah di sebabkan oleh dirinya.Sememangnya Nur Nilam sedang berbohong kepada ibunya.
“Kamu ni kenapa Nilam? Dah buang tabiat ke?Ibu baru tinggalkan kamu tiga hari sahaja. Yang kamu nak nangis macam budak-budak ni kenapa?Kamu tu dah jadi isteri orang,”tutur Puan Syarifah pula sambil menepuk-nepuk belakang Nur Nilam. Dia benar-benar hairan dengan sikap Nur Nilam. Nur Nilam memang manja tetapi tak adalah nak menangis-menangis begini kalau dia tinggalkan. Ataupun ada sesuatu yang berlaku dia tidak tahu. Ya Allah, minta di jauhi yang bukan-bukan.
Nur Nilam masih lagi dalam esak tangisannya. Mahu sahaja saat ini Nur Nilam meluahkan segala-galanya kepada ibunya. Agar ibunya tahu derita yang dia tanggung. Agar ibunya mengerti sengsara sekeping hati miliknya yang di lukai. Tapi mulutnya seakan terkunci untuk mengeluarkan kata-kata itu. Mudahnya untuk berbohong tetapi untuk meneruskan pembohongan itu terlalu payah.Sampai bila derita cinta dan air mata sengsara ini akan berakhir?Apakah hangatnya cinta itu akan kembali setelah hati di lukai?
hehe..nilam jangan la jual mahal sgt-Say Hello(Aina Eyna)
ReplyDeletenie e-novel kew ? huuhuhuhu
ReplyDeleteyup..huhu..blum rasmi jd buku lg..haha
ReplyDeleteHeroin ni kerjanya asyik nangis je...cuba la jadi tabah sikit.
ReplyDelete