Monday, May 28, 2012

Pengumuman: Penukaran Tajuk Di sebalik Rahsia Cinta

Assalamualaikum all readers..


Sekadar mahu berkongsi berita terkini..hehehe....Okey, yang sebenarnya tajuk Di sebalik Rahsia Cinta sudah di tukar kepada tajuk Aku Bukan Bola. Hmm....sapa like angkat tangan.hehehe.Akhirnya..penantian panjang akan berakhir tidak lma lg..hehehe..(mood huru hara). Siapa yang rindu kepada Khyrill? Kepada Arisya?dan juga kepada mamat tiang a.k.a  Tengku Fauzie?silalah angkat kening anda.. (Huarghh...apalah yg diri ni merepek yek)


Alhamdullillah, harap semuanya dapat berjalan dengan lancar.. 'Aku Bukan Bola'..yeahh..aku bukan bola yg sedang kau mainkan..boleh di sepak terajang ikut suka hatimu..

Aku juga tak mahu cinta ini rentaknya sama seperti bola yang sedang kau mainkan..kau kejar, kau ambil,kau simpan dan ada waktu-waktunya kau buang. Aku mahu ia seperti nafas terakhirmu..
 
InsyaAllah.. baby first sudah tak lambat lg nk peluk... 4 tahun hasilkan cerita ni..maaf jika tak sempurna..kerana pertama belum tentu yg terbaik..:)


okey..wasalam :)

 

Wednesday, May 16, 2012

Kepada Yang Merindui ( DSRC -24 & 25)


Bab 24

Cinta..
Kau Kini Di mana..
Ku Cari – Cari Kau Tiada.
Ku Nant-Nanti Kau Tak Datang Jua..
Angin..
Sampaikan Rindu Ini..
Yang Merana Kerana Cinta..
Jangan Kau Siksa Aku Seperti Ini..
Kau Robek–robek Hatiku..
Kau Sayat– sayat Batinku..
Hingga Aku Tak Berdaya..
Cinta..
Berikan Sinarmu Untukku..
Terangkan Jiwaku Yang Gelap Keranamu..
Bahagiakan Hatiku Yang Merana Olehmu..
Sembuhkan Lukaku Yang Telah Ternganga..
Agar Aku Dapat Menggapai Bahagia..
Yang Telah Lama Tiada......

SUDAH hampir empat bulan bulan cerita itu berlalu. Kakinya juga sudah semakin sembuh. Dia sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Cuma ingatannya sahaja yang masih kukuh terhadap Khyrill. Sekukuh cinta yang sentiasa berlagu di hatinya. Bagaimana lagi caranya untuk dia melupakan Khyrill. Bagaimana untuknya menghapus rindu yang seringkali berlagu.  Sesungguhnya perpisahan itu membuatkan hari-harinya terasa sepi. Tidak mudah  merawat hati yang retak seribu setelah segunung kasih  dan selautan sayang sudah diberi. Tapi sampai bila dia akan terus begini?
 “Sampai bila hang akan begini Arisya.? Aku tak sanggup untuk melihat hang macam ni.! Hang harus kuatkan semangat, Arisya.! Biarkan masa yang menentukan segalanya. Aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri.” Tutur Emilia panjang lebar. Arisya di sebelahnya hanya tersenyum kelat. Emilia, satu-satunya sahabat yang paling setia di sisi. Di saat-saatnya kebuntuan, kebingungan dan keseorangan. Emilia sentiasa menemani Arisya tanpa jemu.
“Entahlah..aku sendiri tak tahu sampai bila benda ini akan berakhir. Semangat aku hilang seiring kehilangan cinta yang aku bina bersama dia.”
“Cinta tak akan melemahkan hang, Arisya.! Hang kena belajar menerima kenyataan.! Jangan jadi bodoh kerana cinta, Arisya.!”
“Aku tahu semua tu, tapi aku tak kuat untuk menghadapinya. Perpisahan yang berlaku ini tanpa restu aku, Emi. ” Tutur Arisya lagi sambil menyapu perlahan daun-daun kering yang berguguran di sebalik meja yang terdapat di bawah pokok itu.
“Aku yakin semuanya akan pulih seperti sedia kala. Aku pasti dia ada sebab dan alasan yang tersendiri. Biarkan dia terus memburu impian dia itu. Hang jangan terus mengalah begini. Hang mesti kuat, Arisya.!”
“Dan kau mesti berusaha untuk menjadi seorang doktor jiwa yang hebat..”
Arisya berkata sambil tergelak kecil.
“Wah..hang ni.! Masih sempat lagi nak buat lawak macam dalam  keadaan yang macam ni. Aku serius okey.! Aku boring tau dok sorang-sorang kat bandar tu.”
“Ya lah. Aku nak bergurau pun tak boleh. Weh! tadi kau juga yang suruh aku heppy la, gembira la. Ni bila aku dah heppy nak suruh aku sedih  balik ke.?”
“Hish..perasaan manusia ni kadang-kadang pelik kan. Sekejap okey, sekejap tidak. Memang sukar untuk di mengertikan. Lama-lama aku boleh sakit jiwa dengan hang ni.!”
“Okeylah tu.!Doktor jiwa yang sakit jiwa.!”Arisya tergelak kecil. Cuba menyembunyikan kedukaan jiwa.
Life must go on, Arisya! Aku tahu hang kuat untuk menghadapi  dugaan ini. Lagipun dalam dunia ni berlambak-lambak lelaki tak kanlah satu pun tak ada untuk hang kan.? ”
“Mungkin tak sama macam Khyrill.?” Arisya berkata lagi.
“Tak apa, mamat tiang tu kan ada...”
“Eh!engkau ni. Tak ingin aku dekat mamat tiang tu.! Dah la badan macam besi.!Gatal,gedik.!Menyampah aku.!” Emilia yang mendengar sudah ketawa terkekeh-kekeh.  Sekurang-kurangnya Arisya sudah boleh melupakan dunia derita yang sedang dia lalui. 
“Menyampah ya.!Dulu dengan Khyrill pun hang menyampah tahap maut. Tup..tup.. rasa tu bertukar jadi sayang. Hang tengok tu orang yang hang menyampah dah datang. Tuuu..” Emilia menjuihkan mulutnya menunjuk ke arah  kereta yang sedang membelok masuk ke halaman rumahnya. “Aku balik dulu lah. Tak nak kacau okey. Nanti aku datang lagi. Kirim salam pak cik dan mak cik.!”Pesannya lagi.
“Weh!Emi.!Emi.! Kurang asam punya minah.”Jerit Arisya perlahan. Emilia sudah berlalu menuju ke arah keretanya hanya tersengih.  Suka lah tu dapat kenakannya. Yang mamat tiang ni pun satu, sejak akhir-akhir ni makin kerap pula dia datang ke rumahnya ini kenapa. Hendak tak hendak terpaksalah Arisya melayan si Fauzie ni.
Ayah dan emaknya pun macam dah suka je kat Tengku Fauzie. Huh!yang Nazirah pula hilang entah ke mana. Gagal di kesan. Itupun Fauzie yang beritahu padanya. Biarlah apa pun. Dia malas hendak ambil  tahu tentang perempuan yang cemburu membabi buta itu. Tak pasal-pasal dia kena pakai tongkat tiga bulan. Kan dah reject kaki. Ini kalau nak mintak jadi polis pun dah tak boleh ni.!Reject.!
“Assalammualaikum..jauhnya termenung?”
Sapa Tengku Fauzie.
“Waalaikummussalam..eh..er...tak lah. Dekat-dekat je...”sambung Arisya lagi. Tengku Fauzie tersenyum memandang Arisya. Sambil  berkata perlahan. “Awak ni makin kelakar ye. Boleh saya duduk?” sambungnya lagi. Arisya hanya mengangguk. Duduk lah Fauzie oi, banyak lagi kerusi kosong yang tak terduduk  tu. Hatinya pula berbisik
“Cuaca petang ni redup sekali erk, seredup mata awak..? Awak sihat ke tak.?” Soal Fauzie kembali.
“Hmm..sihat.”
“Pak  cik dan mak cik ada.?”
“Ada.Jemputlah masuk ke rumah boleh berbual dengan mereka kat dalam.” Jawab Arisya kembali dan serentak dengan itu juga dia bangun dari tempat duduknya. Dia sebenarnya segan hendak berbual dengan Fauzie. Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini Fauzie selalu datang menjenguknya.
“Nantilah, saya nk berbual dengan awak kat sini.” Tengku Fauzie pula bersuara.
“Er..hmm..okey..” Arisya kembali duduk.
“Saya tengok awak dah semakin sembuh. Bila awak boleh start kerja. Semua orang rindu kat awak.”
“Mengarutlah..”
“Betul. Saya lagilah boring tak ada orang nak melawan cakap saya.” Ujar Tengku Fauzie sambil tersengeh. Handsome..!
“Hmm..”
“Saya tak paksa awak. Tapi saya memang berharap agar awak bekerja lagi di syarikat saya. Tentang Nazirah tu awak tak perlu risau. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Saya akan jaga awak dengan sebaiknya. Lagipun semenjak hal yang berlaku Nazirah sudah hilang entah ke mana. Kalau saya jumpa dia tahulah saya nak ajar dia cukup-cukup.!”
“Tak ada apa-apa konon. Awak ni kan senang je cakap. Habis awak kerjakan dia awak tinggal dia macam tu je. Lepas tu cakap tak ada apa-apa. Macam lah saya tak tahu. Tak pasal-pasal saya dapat dosa malam tu. Teruk punya perangai.” Balas Arisya kembali sambil menggelengkan kepalanya. Tengku Fauzie sudah gelak kuat mendengar kata-kata Arisya. Memang itu yang sebenarnya jadi untuk apa lagi dia menafikan.
 “Salah awak jugak! yang awak pergi buka pintu tak bagi salam tu siapa suruh. Awak mengintai ya...”
“Hah.! Tak hingin saya nak mengintai awaklah. Awak tu sengaja kan nak menunjuk-nunjuk perangai tak senonoh awak tu. Biar semua orang tahu kan dosa yang yang buat.?”
“Itu dulu Arisya. Sekarang saya dah berubah tau. Saya berubah kerana awak.! Kerana saya cinta kan awak.!” Arisya mencebikkan mulutnya. Gurauan apa yang sedang engkau mainkan Fauzie. Tak semudah itu untuk aku percaya. Hati Arisya berkata-kata.
“Cinta tu tak semudah ungkapan.! Awak jangan pandai nak sebut je kalau tak tahu apa itu cinta.! Dan satu lagi jangan nak berubah sebab saya okey. Itu tak ikhlas namanya. Kalau betul-betul awak berubah biarlah kerana Allah.” Sambung Arisya lagi.
 Tengku Fauzie hanya terdiam. Mengakui kebenaran pada kata-kata Arisya. Betapa jahil dirinya. Penuh dengan kekhilafan. Dia berjaya di dunia tetapi di akhirat sana entah bagaimana. Apakah bekalannya.Tiada.!
Saya manusia yang tak sempurna Arisya. Saya sedar kekhilafan yang saya lakukan terlalu banyak. Saya hanya mahu jadi sebahagian dari diri awak. Hanya awak yang mampu takhlukkan hati saya. Hanya awak, Arisya.”Luahan hati Fauzie membuatkan dada Arisya berombak kencang. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata cinta dari mulut seorang lelaki kerana hatinya telah di lukai.
Saya tak mahu lagi dengar awak berbicara tentang hati dan perasaan awak pada saya. Tolonglah!.Saya bentul-betul tak mahu mendengarnya. Setelah apa yang saya lalui, hati saya ini seolah-olah tak bernyawa lagi. Separuh jiwa saya pergi dengan perpisahan yang berlaku antara saya dengan Khyrill. Saya mintak tolong pada awak, jangan cakap soal ini lagi.”
“Tapi awak mesti terima lamaran ni. Awak tak boleh menolak lagi. Saya tak mahu mendengar sebarang alasan lagi.”
“Apa lagi awak ni.! Saya dah cakapkan tadi. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi soal hati dan perasaan ni.” Keras Arisya bersuara.
 “Terpulanglah pada awak, Arisya. Apa yang saya nak minggu depan awak mesti hadirkan diri ke pejabat. Saya tak mahu awak menolak lagi lamaran saya ni.” Tutur Fauzie sambil tersenyum. Arisya malu sendiri. Mamat tiang ini ada-ada sahaja. Arisya kembali diam seribu bahasa.
Sememangnya tawaran itu sudah banyak kali diterimanya. Sudah banyak kali juga dia menolak. Sudah banyak kali juga dia cuba mengelak. Dia takut jika sejarah mungkin berulang.Takut.!
Bab 25

“SELAMAT kembali, Arisya.”ucap Hidayah di ikuti dengan pekerja-pekerja yang lain. Arisya hanya mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Sudah beberapa bulan dia meninggalkan pejabat ini.  Seboleh-bolehnya dia tidak ingin datang lagi ke sini.  Namun dia akhirnya mengalah jua pada pujuk rayu Fauzie yang meminta dia untuk kembali bekerja di sini. 
 Lagipun dia sudah lama sembuh seperti sedia kala. Cuma hatinya sahaja yang masih bernanah.  Biar dirawat dengan waktu entah bila akan sembuh.  Berat badannya juga telah turun dengan mendadak dek peristiwa yang terjadi itu. Mukanya juga sedikit cenkung. Dia memandang sekeliling pejabat. Aneh sekali.  Dalam beberapa bulan dia meninggalkan pejabat ini sudah banyak perubahan yang berlaku.  Setiap dinding dicat dengan  warna hijau.  Cantik sekali. Itulah warna kegemarannya.
 “Arisya, mari saya tunjukkan bilik awak yang baru.” Tutur Fauzie yang entah bila muncul dari belakangnya.  Hidayah yang turut berada di situ hanya tersenyum. Syamirr juga sama.  Cuma Farezz sahaja yang tidak kelihatan. Sudah lama benar rasanya dia tidak bertemu dengan Syamirr dan juga mereka semua. 
Arisya kemudiannya berjalan mengekori Tengku Fauzie yang terlebih dahulu ke hadapan. Dalam pada itu dia juga perasan yang ada mata-mata sedang menjeling ke arahnya.  Masih tidak takut juling agaknya mereka. Bisik Arisya di dalam hati.
“Ya Allah cantiknya bos...bilik siapa ni?” Soal Arisya kehairanan sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka oleh Tengku Fauzie.Tengku Fauzie hanya tersenyum memandangnya.
“Secantik empunya bilik ini.”jawab Tengku Fauzie perlahan. Arisya mengerutkan keningnya tanda tidak faham apa yang Tengku Fauzie maksudkan.
“Ini bilik awak, Arisya.” Serentak dengan itu juga Arisya yang sedang meninjau keadaan bilik itu berpaling ke arah Tengku Fauzie. Biar betul mamat tiang ni.? Hatinya berbicara lagi. 
“Saya harap awak suka, Arisya..”
“Kenapa bos mesti buat semua ini?” Soal Arisya lagi. Warna-warna merah hati dan putih melatari di setiap dinding. Warna kegemaran Khyrill. Ah! Semuanya mengingatkan dia pada lelaki itu. Di satu sudut terdapat meja yang di atasnya dihiasi kuntuman mawar merah dan putih.  Terasa keharumanya menyusuk ke kalbu.  Sungguh membuai rasa.  Hamparan permaidani bewarna merah menyerlahkan lagi keserian bilik ini.  Sofa juga turut diletakkan di dalam bilik ini dengan warna coklat. Matanya masih kusyuk memandang lukisan yang terpampang di dinding.  Potret wajahnya.
“Sebab saya cintakan awak, Arisya..!” Jawab Tengku Fauzie sayup-sayup. Walaupun perlahan namun masih mampu di dengari dengan jelas oleh Arisya. Lelaki ini bilang cinta...?Tahukah dia apa itu cinta..?Arisya mendengus kasar.  Entah kenapa dia berasa tidak selesa.  Kehadirannya semula ke sini hanyalah untuk kembali bekerja bukan Semuanya ganya akan menambah nanah-nanah yang masih ada.  Dia ngeri untuk mendengar kata cinta.  Ngeri!!  Bagaimana lelaki ini boleh mengatakan cinta sedangkan segalanya yang terjadi sedikit sebanyak berpunca dari dia.
 Suasana diam kembali menyelubungi.  Arisya duduk di sofa itu.  Mencari kekuatan untuk berbicara dengan lelaki ini.  Memang terlalu banyak perubahan yang dapat di lihat hari ini.  Tiada lagi bahasa ‘bos’ yang kedengaran dari mulut Tengku Fauzie. Mulut mamat tiang yang celupar. Walaupun Tengku Fauzie dan keluarganya selalu menjenguknya semasa di kampung itu tidak bermakna dia terlupa pada panggilan asalnya apabila di pejabat.  Bukankah dahulu Tengku Fauzie yang menetapkan sebegitu. Sekarang kenapa perlu jadi sebaliknya pula.
“Saya harap awak suka, Arisya. Awak rehat dulu okey, tengok-tengok apa yang patut.  Rasanya tak perlulah awak nak mulakan kerja hari ini. Awak boleh sesuaikan diri dengan suasana baru dulu. Okey sayang, saya keluar dulu.” Tutur Tengku Fauzie beserta senyuman.  Senyuman yang tersirat seribu makna.  Arisya agak tersentak dengan kata-kata itu, namun masih mampu dia mengawal emosinya. Sayang..?Lelaki ini bilang sayang..!
 Ya Allah, Arisya bagaikan hendak menjerit mendengar semuanya.  Sudah gila agaknya mamat tiang ni.
”Oh ya,!Arisya...saya terlupa satu perkara..”Arisya menoleh memandang Tengku Fauzie.  Ada lagi mamat ni, apa lagi yang di mahu.  Arisya sudah mula bermonolog di dalam hati.  Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya sejak tadi.  Bagaikan ada ketulan emas.
“Awak cantik sangat hari ini. Saya suka..” Selamba sahaja Tengku Fauzie menuturkan kata-katanya.
Bukkkk.....!
Arisya bagaikan nak pitam di hempap UFO yang jatuh dari langit.  Hari ini dia hanya memakai baju kurung moden bewarna kuning cair, make up nya juga  biasa-biasa.  Cuma penampilannya kini sedikit sahaja yang berbeza. Dia telah memakai tudung. Jadi apa yang cantiknya..? Penyakit apa yang melanda mamat tiang ni. Gila!  Tengku Fauzie hanya mengingatkan dia pada Khyrill.!
Arisya duduk di kerusi itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan dia lakukan hari ini.  Akhirnya tangannya pantas menaip sesuatu di hadapan komputer itu.  Sudah lama dia tidak membuka e-mail.  Setelah episod duka menjelma dalam kamus hidupnya untuk apa lagi dia membuka e-mail itu.  Bicara- bicara cinta yang sedia ada hanya akan membuatkan dia semakin mengingati Khyrill.
 Tapi sampai bila dia akan terus begitu.  Hidup perlu di teruskan.  Dan kerana perjalanannya yang belum berakhir dia kembali semula ke sini.  Berkat dorongan keluarga dan rakan-rakan dia akhirnya bangun meneruskan langkah yang tertunda.
            Beribu-ribu mesej yang di terimanya.  Kebanyakkannya datang dari Tengku Fauzie dan rakan-rakannya. Ah!..mamat tiang itu lagi, menyampah pula Arisya.  Bagaimana dengan Nazirah? sudah lama benar dia tidak mendengar berita tentang perempuan itu.  Entahlah, lebih baik dia tidak mendengar apa-apa dari membuatkan hatinya sakit kembali. Dia kembali membuka album gambarnya yang terdapat di dalam komputer itu.  Semuanya masih sama, tidak ada satu pun foldernya yang terusik.  Satu demi satu gambar dibuka dan akhirnya matanya dihidangkan dengan sesuatu gambar yang tercicir dari  folder yang asal!
****
MATA Arisya masih di situ.  Merenung lelaki itu tanpa kerdip. Jiwanya gelisah namun pasrah kerana dia tahu lelaki itu memang milik semua. Beberapa orang wanita tidak henti-henti mengambil gambar bersama Khyrill. Mesra sungguh layanan yang Khyrill berikan.  Hmm..lelaki memang begitu.. Arisya mengeluh perlahan.  Matanya beralih pula kepada beberapa orang pemain yang turut dalam keadaan serupa.  Beginilah keadaan yang berlaku setiap kali kemenangan berpihak kepada pasukan kesayangan.  Tambahan pula perlawanan yang berlangsung sebentar tadi adalah perlawanan akhir. Jaringan kemenangan pula di jaringkan oleh Khyrill, bertambah-tambahlah  peminatnya yang sedia ada. Kau memang hebat sayang...
“Arisya akhirnya menapak menuju ke tempat parking kereta.  Sudah penat dia menunggu di sudut itu. Beberapa budak muda lelaki yang berada di tempat parking bersiul-siul perlahan ke arahnya.  Tak habis-habis. Lebih baik tunggu di dalam kereta sahaja.  Dia menghidupkan enjin kereta sambil membuka radio. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa bosan menjadi penunggu dan tidak juga di usik begitu.
 “Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?Bahaya tahu tak..!”
 Arisya sedikit tersentak dengan teguran yang tiba-tiba itu.  Dia menoleh sejenak di balik tingkap kereta yang sedikit terbuka.  Kenapa dengan Khyrill ni, tiba-tiba hendak mengherdiknya begitu.? Arisya lantas membuka pintu kereta tempat duduk pemandu itu dan dia keluar mengambil tempat  duduk di sebelah penumpang pula.  Beberapa lelaki yang mengusiknya tadi berbual perlahan-lahan sambil memandangnya. Entah apa yang di katakan, Arisya tidak peduli.
“Dah rasa berani sangat..?”
Soal Khyrill lagi setelah dia masuk ke dalam kereta. Arisya makin tersentak dengan kata-kata itu.  Bukan kata maaf yang diucapkan tetapi pertanyaan yang Arisya langsung tak duga. Arisya hanya diam walaupun hatinya makin terusik. Kereta yang dipandu Khyrill bergerak perlahan-lahan membelah malam yang semakin menginjak waktunya. Kesesakkan juga sudah semakin berkurangan. Lagu di radio terus berkumandang. Suasana sejuk mula terasa akibat dari penyaman udara yang dipasang.  Arisya hanya memeluk tubuh.  Dengan baju t’shirt lengan pendek itu membuatkan dia merasa kesejukkan sehingga ke tulang.
“Arisya..”
Panggil Khyrill perlahan. Dia menoleh sejenak ke arah Arisya.  Dia tahu tidak sepatutnya dia berbicara sebegitu pada Arisya tadi.  Entah kenapa dia gagal untuk mengawal emosinya apabila melihat beberapa orang lelaki tadi cuba mengusik Arisya.  Ya, dia cemburu melihat semua itu.
“Maafkan Rill, sayang..! Serentak dengan itu juga jari jemari Arisya dicapai.  Dia menyesal kerana berbicara sebegitu tadi. Sungguh, sangat-sangat menyesal.  Dia tahu Arisya terkilan rasa dengan kata-katanya tadi. Dia memperlahankan penyaman udara apabila merasakan yang Arisya sedang kesejukkan.
“Tak apalah Rill, Risya tak kisah.” Tutur Arisya perlahan.  Matanya masih memandang keadaan luar yang gelap gelita itu.
“Maafkan Rill okey. Rill tak boleh tengok orang kacau bakal isteri Rill macam tadi.” Tutur Khyrill lagi.
“Habis Rill ingat Risya boleh tengok bakal suami Risya di peluk-peluk time bergambar tadi?” Arisya memulangkan paku buah keras kembali.  Khyrill hanya tersenyum kelat. Patutlah Arisya berganjak dari tempat asal dengan menunggunya di kereta, rupanya Arisya tak sanggup nak menonton adegan sesi bergambar tadi.
 “Sorry la sayang, dia orang yang gedik nak peluk abang..hehehe..bukan salah abang okey.” Khyrill berkata siap dengan gelak tawa. Sudah la tu, berabang-abang pula.
“Gatal..!!”satu cubitan hinggap di lengan Khyrill. Dia mengaduh perlahan sebelum mereka tertawa bersama. Bahagianya di rasakan. Khyrill kemudiannya memberhentikan kenderaannya di restauran itu.
 “Sayang, Rill lapar...kita makan dulu okey.” Arisya hanya mengangguk tanda setuju.
“Hai Khyrill, tahniah.!” Tegur satu suara yang tiba-tiba datang menghampiri mereka. “Thanks..jawab Khyrill kembali.
“Boleh saya ambil gambar awak berdua..?” Wanita itu bersuara lagi sambil tersenyum ke arah mereka.  Arisya hanya memandang Khyrill.  Dia agak malu. Belum sempat untuk dia berbicara Khyrill sudah memberikan persetujuannya. Khyrill menarik Arisya supaya hampir dengannya. Memeluk lembut bahu Arisya. Beberapa orang yang sedang makan di restauran itu memandang mereka. Arisya benar-banar malu. 
“Satu..dua..tiga..klikk...very nice.” Bicara wanita itu lagi dengan senyuman.  Khyrill juga turut tersenyum sambil memandang Arisya dan meminta wanita itu mengambil gambar mereka berdua sekali lagi.  Kali ini menggunakan telefon bimbitnya pula.  Kali kedua lebih rapat, jika tadi bahu yang di peluk erat kini pinggang Arisya pula menjadi sasarannya
. Ya Allah, Arisya malu, tersangat malu. Khyrill perangainya kadang-kadang tak boleh di duga.
“Terima kasih ya...” tutur Khyrill sebaik sahaja wanita itu selesai mengambil gambar dia dan Arisya.
“Awak berdua memang sepadan.  Semoga awak berdua akan terus bahagia. Good Luck okey.” Serentak dengan itu juga dia menghulurkan tangannya kepada Arisya dan di sambut mesra oleh Arisya. Mereka bersalaman sebelum wanita itu meminta diri terlebih dahulu. 
“Arisya..”
“Arisya..Arisya..!!”
“Eh...bos..eh..awak..eh!apa ni..?”tergagap-gagap Arisya menyebut.  Semuanya tidak kena. Kenapa tidak dia terlalu terkejut bagaikan terkena kejutan halilintar dengan sergahan itu.  Arisya mengurut dadanya perlahan-lahan.  Memandang Tengku Fauzie dengan pandangan yang tajam. Komputer segera di tutup. “Awak nak apa lagi ni.? Masuk tak ketuk pintu, bagi salam pun tak.  Saya tahu la awak bos syarikat ni, tapi bertimbang rasalah sikit.  Kalau macam inilah hari-hari boleh mati cepat saya awak tahu tak..!” Kedengaran kuat suara Arisya. 
Tengku Fauzie hanya tertawa sambil berkata “Arisya, bagi salam pun sudah, ketuk pintu pun sudah tapi awak aje yang asyik berkhayal dengan dunia awak tu.!” So, bukan salah saya okey.” Arisya melepaskan keluhan berat. Jauh benar dia mengelamun teringatkan Khyrill.  Entah bila ingatannya akan hilang terhadap lelaki yang telah melukai jiwanya itu.  Sampai kapan kenangan bersama akan terus mengganggu hidupnya.  Puas cuba diusir namun dia tak berdaya kerana cintanya terhadap lelaki itu tidak pernah padam walau sedikitpun.
“Jom..”
“Ke mana..?” soal Arisya semula.
“Makan.Awak tak lapar ke.?Sekarang kan dah waktu makan. Jom ikut saya.”
“Sejak bila pulak saya mesti ikut awak Tengku Fauzie?” Arisya berkata seperti mengejek. Meluat betul dia dengan situasi yang sebegini.  Rimas...
“Sejak ayah dan emak awak memberikan saya tanggungjawab untuk menjaga anak gadis mereka ni.” Balas Tengku Fauzie sambil dia bersandar di tepi meja tersebut.  Arisya hanya memandangnya kehairanan. Sejak bila pula ayah dan ibunya memberikan tanggungjawab untuk menjaga Arisya di tangan mamat tiang ni. Makin di fikir makin pening kepala otak ni. Akhirnya dia bangun mencapai begnya dan keluar dari bilik itu di ikuti dengan Tengku Fauzie.
Dia sendiri tidak pasti kenapa dia kembali semula ke sini. Bukahkah punca perpisahan di antara dia dengan Khyrill sedikit sebanyak adalah di sebabkan oleh Fauzie yang menjawab panggilan Khyrill dahulu. Kerana Fauzie juga Khyrill pernah menuduhnya curang. Tapi, kelakuan Fauzie banyak mengingatkannya kepada Khyrill. Suka mengusik dan bermulut laser.
 Kau buat aku bertanya...
Kau buat aku semakin rindu padanya..
Kau buat aku tak berdaya lupakannya..
Kenapa sikapmu tak ubah seperti dia...?
Dia yang ku cinta...
Dia yang ingin ku lupa..
Kenapa?

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...