Bab 24
Cinta..
Kau
Kini Di mana..
Ku Cari – Cari Kau Tiada.
Ku
Nant-Nanti Kau Tak Datang Jua..
Angin..
Sampaikan
Rindu Ini..
Yang
Merana Kerana Cinta..
Jangan
Kau Siksa Aku Seperti Ini..
Kau Robek–robek Hatiku..
Kau Sayat– sayat Batinku..
Hingga Aku Tak Berdaya..
Cinta..
Berikan
Sinarmu Untukku..
Terangkan
Jiwaku Yang Gelap Keranamu..
Bahagiakan
Hatiku Yang Merana Olehmu..
Sembuhkan
Lukaku Yang Telah Ternganga..
Agar
Aku Dapat Menggapai Bahagia..
Yang
Telah Lama Tiada......
SUDAH hampir empat bulan bulan cerita itu
berlalu. Kakinya juga sudah semakin sembuh. Dia sudah boleh berjalan tanpa
menggunakan tongkat. Cuma ingatannya sahaja yang masih kukuh terhadap Khyrill.
Sekukuh cinta yang sentiasa berlagu di hatinya. Bagaimana lagi caranya untuk
dia melupakan Khyrill. Bagaimana untuknya menghapus rindu yang seringkali
berlagu. Sesungguhnya perpisahan itu
membuatkan hari-harinya terasa sepi. Tidak mudah merawat hati yang retak seribu setelah
segunung kasih dan selautan sayang sudah
diberi. Tapi sampai bila dia akan terus begini?
“Sampai bila hang akan begini Arisya.? Aku tak sanggup untuk melihat hang macam ni.! Hang harus kuatkan semangat, Arisya.! Biarkan masa yang menentukan
segalanya. Aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri.” Tutur
Emilia panjang lebar. Arisya di sebelahnya hanya tersenyum kelat. Emilia,
satu-satunya sahabat yang paling setia di sisi. Di saat-saatnya kebuntuan,
kebingungan dan keseorangan. Emilia sentiasa menemani Arisya tanpa jemu.
“Entahlah..aku sendiri tak tahu sampai
bila benda ini akan berakhir. Semangat aku hilang seiring kehilangan cinta yang
aku bina bersama dia.”
“Cinta tak akan melemahkan hang, Arisya.! Hang kena belajar menerima kenyataan.! Jangan jadi bodoh kerana
cinta, Arisya.!”
“Aku tahu semua tu, tapi aku tak kuat
untuk menghadapinya. Perpisahan yang berlaku ini tanpa restu aku, Emi. ” Tutur
Arisya lagi sambil menyapu perlahan daun-daun kering yang berguguran di sebalik
meja yang terdapat di bawah pokok itu.
“Aku yakin semuanya akan pulih seperti
sedia kala. Aku pasti
dia ada sebab dan alasan yang tersendiri. Biarkan dia terus memburu impian dia itu. Hang jangan terus mengalah begini. Hang mesti kuat, Arisya.!”
“Dan kau mesti berusaha untuk menjadi
seorang doktor jiwa yang hebat..”
Arisya berkata sambil tergelak kecil.
“Wah..hang
ni.! Masih sempat lagi nak buat lawak macam dalam keadaan yang macam ni. Aku serius okey.! Aku
boring tau dok sorang-sorang kat bandar tu.”
“Ya lah. Aku nak bergurau pun tak boleh.
Weh! tadi kau juga yang suruh aku heppy
la, gembira la. Ni bila aku dah heppy
nak suruh aku sedih balik ke.?”
“Hish..perasaan manusia ni kadang-kadang
pelik kan. Sekejap okey, sekejap tidak. Memang sukar untuk di mengertikan.
Lama-lama aku boleh sakit jiwa dengan hang
ni.!”
“Okeylah tu.!Doktor jiwa yang sakit
jiwa.!”Arisya tergelak kecil. Cuba menyembunyikan kedukaan jiwa.
“Life must go on, Arisya! Aku tahu hang
kuat untuk menghadapi dugaan ini. Lagipun
dalam dunia ni berlambak-lambak lelaki tak kanlah satu pun tak ada untuk hang kan.? ”
“Mungkin tak sama macam Khyrill.?” Arisya
berkata lagi.
“Tak apa, mamat tiang tu kan ada...”
“Eh!engkau ni. Tak ingin aku dekat mamat
tiang tu.! Dah la badan macam besi.!Gatal,gedik.!Menyampah aku.!” Emilia yang
mendengar sudah ketawa terkekeh-kekeh.
Sekurang-kurangnya Arisya sudah boleh melupakan dunia derita yang sedang
dia lalui.
“Menyampah ya.!Dulu dengan Khyrill pun hang menyampah tahap maut. Tup..tup..
rasa tu bertukar jadi sayang. Hang
tengok tu orang yang hang menyampah
dah datang. Tuuu..” Emilia menjuihkan mulutnya menunjuk ke arah kereta yang sedang membelok masuk ke halaman
rumahnya. “Aku balik dulu lah. Tak nak kacau okey. Nanti aku datang lagi. Kirim
salam pak cik dan mak cik.!”Pesannya lagi.
“Weh!Emi.!Emi.! Kurang asam punya
minah.”Jerit Arisya perlahan. Emilia sudah berlalu menuju ke arah keretanya
hanya tersengih. Suka lah tu dapat
kenakannya. Yang mamat tiang ni pun satu, sejak akhir-akhir ni makin kerap pula
dia datang ke rumahnya ini kenapa. Hendak tak hendak terpaksalah Arisya melayan
si Fauzie ni.
Ayah dan emaknya pun macam dah suka je kat
Tengku Fauzie. Huh!yang Nazirah pula hilang entah ke mana. Gagal di kesan.
Itupun Fauzie yang beritahu padanya. Biarlah apa pun. Dia malas hendak ambil tahu tentang perempuan yang cemburu membabi
buta itu. Tak pasal-pasal dia kena pakai tongkat tiga bulan. Kan dah reject kaki. Ini kalau nak mintak jadi polis pun dah tak boleh
ni.!Reject.!
“Assalammualaikum..jauhnya
termenung?”
Sapa Tengku Fauzie.
“Waalaikummussalam..eh..er...tak
lah. Dekat-dekat
je...”sambung Arisya lagi. Tengku Fauzie tersenyum memandang Arisya.
Sambil berkata perlahan. “Awak ni makin
kelakar ye. Boleh saya duduk?” sambungnya lagi. Arisya hanya mengangguk. Duduk
lah Fauzie oi, banyak lagi kerusi kosong yang tak terduduk tu. Hatinya pula berbisik
“Cuaca petang ni redup sekali erk, seredup
mata awak..? Awak sihat ke tak.?” Soal Fauzie kembali.
“Hmm..sihat.”
“Pak
cik dan mak cik ada.?”
“Ada.Jemputlah masuk ke rumah boleh
berbual dengan mereka kat dalam.” Jawab Arisya kembali dan serentak dengan itu
juga dia bangun dari tempat duduknya. Dia sebenarnya segan hendak berbual
dengan Fauzie. Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini Fauzie selalu datang
menjenguknya.
“Nantilah, saya nk berbual dengan awak kat
sini.” Tengku Fauzie pula bersuara.
“Er..hmm..okey..” Arisya kembali duduk.
“Saya
tengok awak dah semakin sembuh. Bila
awak boleh start kerja. Semua orang
rindu kat awak.”
“Mengarutlah..”
“Betul. Saya lagilah boring tak ada orang
nak melawan cakap saya.” Ujar Tengku Fauzie sambil tersengeh. Handsome..!
“Hmm..”
“Saya tak paksa awak. Tapi saya memang
berharap agar awak bekerja lagi di syarikat saya. Tentang Nazirah tu awak tak
perlu risau. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Saya akan jaga awak dengan
sebaiknya. Lagipun semenjak hal yang berlaku Nazirah sudah hilang entah ke mana.
Kalau saya jumpa dia tahulah saya nak ajar dia cukup-cukup.!”
“Tak ada apa-apa konon. Awak ni kan senang
je cakap. Habis awak
kerjakan dia awak tinggal dia macam tu je. Lepas tu cakap tak ada apa-apa.
Macam lah saya tak tahu. Tak pasal-pasal saya dapat dosa malam tu. Teruk punya
perangai.” Balas Arisya kembali sambil menggelengkan kepalanya. Tengku Fauzie
sudah gelak kuat mendengar kata-kata Arisya. Memang itu yang sebenarnya jadi untuk apa lagi dia
menafikan.
“Salah awak jugak! yang awak pergi buka pintu
tak bagi salam tu siapa suruh. Awak mengintai ya...”
“Hah.!
Tak hingin saya nak mengintai awaklah. Awak tu sengaja kan nak menunjuk-nunjuk perangai tak senonoh
awak tu. Biar semua orang tahu kan
dosa yang yang buat.?”
“Itu
dulu Arisya. Sekarang saya dah berubah tau. Saya berubah kerana awak.! Kerana
saya cinta kan
awak.!” Arisya mencebikkan mulutnya. Gurauan apa yang sedang engkau mainkan
Fauzie. Tak semudah itu untuk aku percaya. Hati Arisya berkata-kata.
“Cinta
tu tak semudah ungkapan.! Awak
jangan pandai nak sebut je kalau tak tahu apa itu cinta.! Dan satu lagi jangan
nak berubah sebab saya okey. Itu tak ikhlas namanya. Kalau betul-betul awak
berubah biarlah kerana Allah.” Sambung Arisya lagi.
Tengku
Fauzie hanya terdiam. Mengakui kebenaran pada kata-kata Arisya. Betapa jahil
dirinya. Penuh dengan kekhilafan. Dia berjaya di dunia tetapi di akhirat sana
entah bagaimana. Apakah bekalannya.Tiada.!
“Saya manusia yang tak sempurna Arisya.
Saya sedar kekhilafan yang saya lakukan terlalu banyak. Saya hanya mahu jadi
sebahagian dari diri awak. Hanya awak yang mampu takhlukkan hati saya. Hanya
awak, Arisya.”Luahan hati Fauzie membuatkan dada Arisya berombak kencang.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata cinta dari mulut
seorang lelaki kerana hatinya telah di lukai.
“Saya tak mahu lagi dengar awak berbicara
tentang hati dan perasaan awak pada saya. Tolonglah!.Saya bentul-betul tak mahu
mendengarnya. Setelah apa yang saya lalui, hati saya ini seolah-olah tak
bernyawa lagi. Separuh jiwa saya pergi dengan perpisahan yang berlaku antara
saya dengan Khyrill. Saya mintak tolong pada awak, jangan cakap soal ini lagi.”
“Tapi
awak mesti terima lamaran ni. Awak tak boleh menolak lagi. Saya tak mahu
mendengar sebarang alasan lagi.”
“Apa
lagi awak ni.! Saya dah cakapkan tadi. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi soal
hati dan perasaan ni.” Keras Arisya bersuara.
“Terpulanglah pada awak, Arisya. Apa yang saya
nak minggu depan awak mesti hadirkan diri ke pejabat. Saya tak mahu awak
menolak lagi lamaran saya ni.” Tutur Fauzie sambil tersenyum. Arisya malu
sendiri. Mamat tiang ini ada-ada sahaja. Arisya kembali diam seribu bahasa.
Sememangnya
tawaran itu sudah banyak kali diterimanya. Sudah banyak kali juga dia menolak.
Sudah banyak kali juga dia cuba mengelak. Dia takut jika sejarah mungkin
berulang.Takut.!
Bab 25
“SELAMAT
kembali, Arisya.”ucap Hidayah di ikuti dengan pekerja-pekerja yang lain. Arisya
hanya mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Sudah beberapa bulan dia
meninggalkan pejabat ini. Seboleh-bolehnya
dia tidak ingin datang lagi ke sini.
Namun dia akhirnya mengalah jua pada pujuk rayu Fauzie yang meminta dia
untuk kembali bekerja di sini.
Lagipun dia sudah lama sembuh seperti sedia
kala. Cuma hatinya sahaja yang masih bernanah.
Biar dirawat dengan waktu
entah bila akan sembuh. Berat badannya
juga telah turun dengan mendadak dek peristiwa yang terjadi itu. Mukanya juga
sedikit cenkung. Dia memandang sekeliling pejabat. Aneh sekali. Dalam beberapa bulan dia meninggalkan pejabat
ini sudah banyak perubahan yang berlaku.
Setiap dinding dicat dengan warna
hijau. Cantik sekali. Itulah warna
kegemarannya.
“Arisya, mari saya tunjukkan bilik awak yang
baru.” Tutur Fauzie yang entah bila muncul dari belakangnya. Hidayah yang turut berada di situ hanya
tersenyum. Syamirr juga sama. Cuma
Farezz sahaja yang tidak kelihatan. Sudah lama benar rasanya dia tidak bertemu
dengan Syamirr dan juga mereka semua.
Arisya kemudiannya berjalan mengekori Tengku
Fauzie yang terlebih dahulu ke hadapan. Dalam pada itu dia juga perasan yang
ada mata-mata sedang menjeling ke arahnya.
Masih tidak takut juling agaknya mereka. Bisik Arisya di dalam hati.
“Ya Allah cantiknya bos...bilik siapa ni?”
Soal Arisya kehairanan sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka oleh Tengku Fauzie.Tengku
Fauzie hanya tersenyum memandangnya.
“Secantik empunya bilik ini.”jawab Tengku
Fauzie perlahan. Arisya mengerutkan keningnya tanda tidak faham apa yang Tengku
Fauzie maksudkan.
“Ini bilik awak, Arisya.” Serentak dengan
itu juga Arisya yang sedang meninjau keadaan bilik itu berpaling ke arah Tengku
Fauzie. Biar betul mamat tiang ni.? Hatinya berbicara lagi.
“Saya harap awak suka, Arisya..”
“Kenapa bos mesti buat semua ini?” Soal
Arisya lagi. Warna-warna merah hati dan putih melatari di setiap dinding. Warna
kegemaran Khyrill. Ah! Semuanya mengingatkan dia pada lelaki itu. Di satu sudut
terdapat meja yang di atasnya dihiasi kuntuman mawar merah dan putih. Terasa keharumanya menyusuk ke kalbu. Sungguh membuai rasa. Hamparan permaidani bewarna merah
menyerlahkan lagi keserian bilik ini.
Sofa juga turut diletakkan di dalam bilik ini dengan warna coklat.
Matanya masih kusyuk memandang lukisan yang terpampang di dinding. Potret wajahnya.
“Sebab saya cintakan awak, Arisya..!”
Jawab Tengku Fauzie sayup-sayup. Walaupun perlahan namun masih mampu di dengari
dengan jelas oleh Arisya. Lelaki ini bilang cinta...?Tahukah dia apa itu
cinta..?Arisya mendengus kasar. Entah
kenapa dia berasa tidak selesa.
Kehadirannya semula ke sini hanyalah untuk kembali bekerja bukan Semuanya
ganya akan menambah nanah-nanah yang masih ada.
Dia ngeri untuk mendengar kata cinta.
Ngeri!! Bagaimana lelaki ini
boleh mengatakan cinta sedangkan segalanya yang terjadi sedikit sebanyak
berpunca dari dia.
Suasana diam kembali menyelubungi. Arisya duduk di sofa itu. Mencari kekuatan untuk berbicara dengan
lelaki ini. Memang terlalu banyak
perubahan yang dapat di lihat hari ini.
Tiada lagi bahasa ‘bos’ yang kedengaran dari mulut Tengku Fauzie. Mulut
mamat tiang yang celupar. Walaupun Tengku Fauzie dan keluarganya selalu
menjenguknya semasa di kampung itu tidak bermakna dia terlupa pada panggilan
asalnya apabila di pejabat. Bukankah
dahulu Tengku Fauzie yang menetapkan sebegitu. Sekarang kenapa perlu jadi
sebaliknya pula.
“Saya harap awak suka, Arisya. Awak rehat
dulu okey, tengok-tengok apa yang patut.
Rasanya tak perlulah awak nak mulakan kerja hari ini. Awak boleh
sesuaikan diri dengan suasana baru dulu. Okey sayang, saya keluar dulu.” Tutur
Tengku Fauzie beserta senyuman. Senyuman
yang tersirat seribu makna. Arisya agak
tersentak dengan kata-kata itu, namun masih mampu dia mengawal emosinya.
Sayang..?Lelaki ini bilang sayang..!
Ya Allah, Arisya bagaikan hendak menjerit
mendengar semuanya. Sudah gila agaknya
mamat tiang ni.
”Oh
ya,!Arisya...saya terlupa satu perkara..”Arisya menoleh memandang Tengku Fauzie. Ada lagi mamat ni, apa lagi yang di mahu. Arisya
sudah mula bermonolog di dalam hati.
Tidak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya sejak tadi. Bagaikan ada ketulan emas.
“Awak cantik sangat hari ini. Saya suka..”
Selamba sahaja Tengku Fauzie menuturkan kata-katanya.
Bukkkk.....!
Arisya bagaikan nak pitam di hempap UFO yang jatuh
dari langit. Hari ini dia hanya memakai
baju kurung moden bewarna kuning cair, make
up nya juga biasa-biasa. Cuma penampilannya kini sedikit sahaja yang
berbeza. Dia telah memakai tudung. Jadi apa yang cantiknya..? Penyakit apa yang
melanda mamat tiang ni. Gila! Tengku
Fauzie hanya mengingatkan dia pada Khyrill.!
Arisya duduk di kerusi itu. Dia sendiri
tidak tahu apa yang akan dia lakukan hari ini.
Akhirnya tangannya pantas menaip sesuatu di hadapan komputer itu. Sudah lama dia tidak membuka e-mail.
Setelah episod duka menjelma dalam kamus hidupnya untuk apa lagi dia membuka
e-mail itu. Bicara- bicara cinta yang sedia ada hanya
akan membuatkan dia semakin mengingati Khyrill.
Tapi sampai bila dia akan terus begitu. Hidup perlu di teruskan. Dan kerana perjalanannya yang belum berakhir
dia kembali semula ke sini. Berkat
dorongan keluarga dan rakan-rakan dia akhirnya bangun meneruskan langkah yang
tertunda.
Beribu-ribu mesej yang di
terimanya. Kebanyakkannya datang dari Tengku Fauzie dan
rakan-rakannya. Ah!..mamat tiang itu lagi, menyampah pula Arisya. Bagaimana dengan Nazirah? sudah lama benar
dia tidak mendengar berita tentang perempuan itu. Entahlah, lebih baik dia tidak mendengar
apa-apa dari membuatkan hatinya sakit kembali. Dia kembali membuka album
gambarnya yang terdapat di dalam komputer itu.
Semuanya masih sama, tidak ada satu pun foldernya yang terusik. Satu demi satu gambar dibuka dan akhirnya
matanya dihidangkan dengan sesuatu gambar yang tercicir dari folder
yang asal!
****
MATA Arisya masih di situ. Merenung lelaki itu tanpa kerdip. Jiwanya
gelisah namun pasrah kerana dia tahu lelaki itu memang milik semua. Beberapa
orang wanita tidak henti-henti mengambil gambar bersama Khyrill. Mesra sungguh
layanan yang Khyrill berikan.
Hmm..lelaki memang begitu.. Arisya mengeluh perlahan. Matanya beralih pula kepada beberapa orang
pemain yang turut dalam keadaan serupa.
Beginilah keadaan yang berlaku setiap kali kemenangan berpihak kepada
pasukan kesayangan. Tambahan pula
perlawanan yang berlangsung sebentar tadi adalah perlawanan akhir. Jaringan
kemenangan pula di jaringkan oleh Khyrill, bertambah-tambahlah peminatnya yang sedia ada. Kau memang hebat
sayang...
“Arisya akhirnya menapak menuju ke tempat parking kereta. Sudah penat dia menunggu di sudut itu. Beberapa budak muda lelaki yang
berada di tempat parking bersiul-siul
perlahan ke arahnya. Tak habis-habis.
Lebih baik tunggu di dalam kereta sahaja.
Dia menghidupkan enjin kereta sambil membuka radio. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa
bosan menjadi penunggu dan tidak juga di usik begitu.
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?Bahaya
tahu tak..!”
Arisya sedikit tersentak dengan teguran yang
tiba-tiba itu. Dia menoleh sejenak di
balik tingkap kereta yang sedikit terbuka.
Kenapa dengan Khyrill ni, tiba-tiba hendak mengherdiknya begitu.? Arisya
lantas membuka pintu kereta tempat duduk pemandu itu dan dia keluar mengambil
tempat duduk di sebelah penumpang
pula. Beberapa lelaki yang mengusiknya
tadi berbual perlahan-lahan sambil memandangnya. Entah apa yang di katakan,
Arisya tidak peduli.
“Dah rasa berani sangat..?”
Soal Khyrill lagi setelah dia masuk ke
dalam kereta. Arisya makin tersentak dengan kata-kata itu. Bukan kata maaf yang diucapkan tetapi
pertanyaan yang Arisya langsung tak duga. Arisya hanya diam walaupun hatinya
makin terusik. Kereta yang dipandu Khyrill bergerak perlahan-lahan membelah
malam yang semakin menginjak waktunya. Kesesakkan juga sudah semakin
berkurangan. Lagu di radio terus berkumandang. Suasana sejuk mula terasa akibat
dari penyaman udara yang dipasang.
Arisya hanya memeluk tubuh.
Dengan baju t’shirt lengan
pendek itu membuatkan dia merasa kesejukkan sehingga ke tulang.
“Arisya..”
Panggil Khyrill perlahan. Dia menoleh sejenak ke arah
Arisya. Dia tahu tidak sepatutnya dia
berbicara sebegitu pada Arisya tadi.
Entah kenapa dia gagal untuk mengawal emosinya apabila melihat beberapa
orang lelaki tadi cuba mengusik Arisya.
Ya, dia cemburu melihat semua itu.
“Maafkan Rill, sayang..! Serentak dengan
itu juga jari jemari Arisya dicapai. Dia
menyesal kerana berbicara sebegitu tadi. Sungguh, sangat-sangat menyesal. Dia tahu Arisya terkilan rasa dengan
kata-katanya tadi. Dia memperlahankan penyaman udara apabila merasakan yang
Arisya sedang kesejukkan.
“Tak apalah Rill, Risya tak kisah.” Tutur
Arisya perlahan. Matanya masih memandang
keadaan luar yang gelap gelita itu.
“Maafkan Rill okey. Rill tak boleh tengok
orang kacau bakal isteri Rill macam tadi.” Tutur Khyrill lagi.
“Habis Rill ingat Risya boleh tengok bakal
suami Risya di peluk-peluk time
bergambar tadi?” Arisya memulangkan paku buah keras kembali. Khyrill hanya tersenyum kelat. Patutlah
Arisya berganjak dari tempat asal dengan menunggunya di kereta, rupanya Arisya
tak sanggup nak menonton adegan sesi bergambar tadi.
“Sorry la sayang, dia orang yang gedik
nak peluk abang..hehehe..bukan salah abang okey.” Khyrill berkata siap dengan
gelak tawa. Sudah la tu, berabang-abang pula.
“Gatal..!!”satu cubitan hinggap di lengan
Khyrill. Dia mengaduh perlahan sebelum mereka tertawa bersama. Bahagianya di
rasakan. Khyrill kemudiannya memberhentikan kenderaannya di restauran itu.
“Sayang, Rill lapar...kita makan dulu okey.”
Arisya hanya mengangguk tanda setuju.
“Hai Khyrill, tahniah.!” Tegur satu suara
yang tiba-tiba datang menghampiri mereka. “Thanks..jawab
Khyrill kembali.
“Boleh saya ambil gambar awak berdua..?”
Wanita itu bersuara lagi sambil tersenyum ke arah mereka. Arisya hanya memandang Khyrill. Dia agak malu. Belum sempat untuk dia
berbicara Khyrill sudah memberikan persetujuannya. Khyrill menarik Arisya
supaya hampir dengannya. Memeluk lembut bahu Arisya. Beberapa orang yang sedang
makan di restauran itu memandang mereka. Arisya benar-banar malu.
“Satu..dua..tiga..klikk...very nice.” Bicara wanita itu lagi
dengan senyuman. Khyrill juga turut
tersenyum sambil memandang Arisya dan meminta wanita itu mengambil gambar
mereka berdua sekali lagi. Kali ini
menggunakan telefon bimbitnya pula. Kali
kedua lebih rapat, jika tadi bahu yang di peluk erat kini pinggang Arisya pula
menjadi sasarannya
. Ya Allah, Arisya malu, tersangat malu.
Khyrill perangainya kadang-kadang tak boleh di duga.
“Terima kasih ya...” tutur Khyrill sebaik
sahaja wanita itu selesai mengambil gambar dia dan Arisya.
“Awak berdua memang sepadan. Semoga awak berdua akan terus bahagia. Good Luck okey.” Serentak dengan itu
juga dia menghulurkan tangannya kepada Arisya dan di sambut mesra oleh Arisya.
Mereka bersalaman sebelum wanita itu meminta diri terlebih dahulu.
“Arisya..”
“Arisya..Arisya..!!”
“Eh...bos..eh..awak..eh!apa ni..?”tergagap-gagap
Arisya menyebut. Semuanya tidak kena.
Kenapa tidak dia terlalu terkejut bagaikan terkena kejutan halilintar dengan
sergahan itu. Arisya mengurut dadanya
perlahan-lahan. Memandang Tengku Fauzie
dengan pandangan yang tajam. Komputer segera di tutup. “Awak nak apa lagi ni.?
Masuk tak ketuk pintu, bagi salam pun tak.
Saya tahu la awak bos syarikat ni, tapi bertimbang rasalah sikit. Kalau macam inilah hari-hari boleh mati cepat
saya awak tahu tak..!” Kedengaran kuat suara Arisya.
Tengku Fauzie hanya tertawa sambil berkata
“Arisya, bagi salam pun sudah, ketuk pintu pun sudah tapi awak aje yang asyik
berkhayal dengan dunia awak tu.!” So,
bukan salah saya okey.” Arisya melepaskan keluhan berat. Jauh benar dia
mengelamun teringatkan Khyrill. Entah
bila ingatannya akan hilang terhadap lelaki yang telah melukai jiwanya
itu. Sampai kapan kenangan bersama akan
terus mengganggu hidupnya. Puas cuba diusir
namun dia tak berdaya kerana cintanya terhadap lelaki itu tidak pernah padam
walau sedikitpun.
“Jom..”
“Ke mana..?” soal Arisya semula.
“Makan.Awak tak lapar ke.?Sekarang kan dah
waktu makan. Jom ikut saya.”
“Sejak bila pulak saya mesti ikut awak Tengku
Fauzie?” Arisya berkata seperti mengejek. Meluat betul dia dengan situasi yang
sebegini. Rimas...
“Sejak ayah dan emak awak memberikan saya
tanggungjawab untuk menjaga anak gadis mereka ni.” Balas Tengku Fauzie sambil
dia bersandar di tepi meja tersebut.
Arisya hanya memandangnya kehairanan. Sejak bila pula ayah dan ibunya
memberikan tanggungjawab untuk menjaga Arisya di tangan mamat tiang ni. Makin
di fikir makin pening kepala otak ni. Akhirnya dia bangun mencapai begnya dan
keluar dari bilik itu di ikuti dengan Tengku Fauzie.
Dia sendiri tidak pasti kenapa dia kembali
semula ke sini. Bukahkah punca perpisahan di antara dia dengan Khyrill sedikit
sebanyak adalah di sebabkan oleh Fauzie yang menjawab panggilan Khyrill dahulu.
Kerana Fauzie juga Khyrill pernah menuduhnya curang. Tapi, kelakuan Fauzie
banyak mengingatkannya kepada Khyrill. Suka mengusik dan bermulut laser.
Kau buat aku bertanya...
Kau
buat aku semakin rindu padanya..
Kau
buat aku tak berdaya lupakannya..
Kenapa
sikapmu tak ubah seperti dia...?
Dia
yang ku cinta...
Dia
yang ingin ku lupa..
Kenapa?
No comments:
Post a Comment