Friday, December 14, 2012

Masih Ada Rindu

Sepasang matamu yang sayup..
Merenung lembut ke wajahku..
Membuat hatiku hancur lebur..
Tak mampu ku tahan air mata yang gugur...

Sesudah terputus ikatan..
Dan tertutup pintu harapan..
Mengapa harus berjumpa lagi??
Sekadar melepaskan rindu yang tidak beerti..

Tidak perlu kau bercerita..
Tentang dirimu yang sudah berpunya...
Ku tahu kau bahgia bersamanya..

Tidak perlu kau bercerita..
Tentang dirimu yang sudah berpunya...
Ku tahu kau bahgia bersamanya..
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita...

Meski antara kau dan aku..
Masih ada kasih dan rindu..
Tapi apa guna itu semua..
Hanyalah menambah derita dalam dada..


Di hari Jumaat yang mulia...
Lumrah manusia...tak terlepas dari salah dan silap. Begitu jugak dengan hati yang kadangkala susah untuk di mengerti. 

Hati oh hati?
Mengapa masih ada wujud lagi rindu sedangkan kau tahu..semuanya tak seperti dahulu lagi. Semuanya sudah berbeza. Bukankah kau sudah dapat apa yang kau mahukan dalam hidup ini? Jadi lepaskanlah dia dari sangkar derita yang kau cipta.


Hati,
Bukankah satu waktu dulu..dia juga pernah menghambakan segala kebaikannya untukmu? Jika satu saat dia salah?Satu saat dia leka sehingga kau merasa terabai?Kenapa kau terlalu cepat menghukum?Menjatuhkan hukuman sehingga musnah segala yang kau cipta?Dan sekarang kenapa kau merasakan masih ada rindu? Bukankah kau sendiri ingin hapuskannya satu ketika dahulu.

Oh hati...
Kau lupa kebaikannya?Kau singkap kesalahannya.. Kau bentangkan keburukannya. Jadi, untuk apa kau masih ada rindu pada dia. Setelah kau hambat langkah-langkahnya dari mendekati. Kau menghukum tanpa rasa belas simpati. Kau terlalu ego wahai hati.. Egomu sudah tertanam di lubuk yang paling dalam sehingga kau merasakan sudah tidak ada apa yang perlu kau harapkan lagi.

Dan sekarang?Kenapa kau masih ada rindu wahai hati??Sukarnya untuk mengawalmu..sukarnya menafsir bahasamu.

Hati...aku tahu kau juga lelah menanggung derita. Kau simpan segala yang kau rasa. Kau pendam hingga kau sindiri terluka. Umpama api yang membakar sekam...ibarat anai-anai yang makan dalam akhirnya hancurlah yang indah itu.

Hati, walaupun sakit tapi masih tidak mampu untuk membenci. Kerana hati bukan di berikan untuk MEMBENCI...

Dan setelah sekian lama kau memilih jalanmu..kenapa Masih Ada Rindu wahai HATI?


Ada yang indah untuk yang pasrah :) senyummmmmmmmmmmm



Tuesday, November 20, 2012

Rapuhnya

 
Aku tak ingin menjadi rapuh..
Seperti ranting-ranting kayu...
Yang bisa kau patah-patahkan..

Aku tak ingin menjadi rapuh..
Seperti rapuhnya daun Maple..
Yang terbang bila di tiup angin..

Aku takut..
Jika hati kembali membatu...
Sayang pasti bertukar menjadi benci..
Tak ingin rasanya semua itu terulang kembali..
Hanya kerana kerapuhanmu..

Sejuta kata maaf yang kau beri..
Belum tentu menyembuhkan hatiku yang telah kau lukai..
Rapuhnya ku rasakan cinta ini..
Untuk mencari keredhaan Ilahi.
Sedangkan kau mengerti..
Bukan ini yang aku ingini..

Kenapa sementara yang sempurna..
Kenapa sekejap ketenangan yang tercipta..
Kenapa singkatnya bahagia yang di damba..
Kenapa rapuhnya keteguhan yang ada.

Hari ni aku memandang indahnya hari tanpa makna..
Kerana rasa yang paling dalam telah kau cemarinya..








Sunday, November 11, 2012

Antara Kawan Dan Kekasih

Antara kawan dan kekasih? Keduanya tak bisa ku sisih. Kawan menghulurkan bantuan, kekasih menghulurkan sokongan. 

Antara kawan dan kekasih...kedua-duanya ku harapkan. Kawan sekuntum senyuman..kekasih sepenuh perhatian :) 

Antara kawan dan kekasih?Sebenarnya persoalan ini tak akan pernah berkesudahan kan..kan..kan.. Tapi, sebenarnya bergantunglah kepada diri sendiri macam mana nak kawal situasi. (Cakap macam senang!!!)Aku pun kadang-kadang tak dapat nak jawab benda ni bila dah terasa kena kat batang hidung.Hehe..

Tapi antara kawan dan kekasih kedua-duanya bagi aku penting.Kalau dekat kawan kita boleh dengan bebasnya meluahkan apa yang kita fikirkan, boleh tanya pendapat dan jugak boleh buat perangai bodoh tanpa rasa BERSALAH.

Tapi kalau dengan kekasih dah tentu-tentulah kita kena jaga hati dan perasaan. Bukan nak hipokrit sebab memang dah macam tu lah. Sebab tu lah wujudnya ISTILAH BERCINTA.Tak kanlah nak cakap pun main lepas je. (Tapi, kalau dah sampai tahap angin puting beliung aku sampai aku lepas juga!!!)Hehehe. 

Tapi kalau dah BFF tu lelaki macam mana pulak??

Banyak bezanya BFF lelaki dan perempuan. Bagi aku BFF lelaki lebih senang.Aku setuju sangat2. Siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh kawan rapat?Boleh apaaaa....Aku pernah terbaca satu blog tu..Ini ayat-ayatnya.

"Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai kawan baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik. Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh."

Huhuhu.. Bagi aku selagi kita tahu meletakkan garisan antara kawan dan kekasih itu lebih penting. Apa yang lagi penting adalah hati. Hati tahu batas-batasnya. ;)  Apa yang penting KEPERCAYAAN.

Lagipun persoalan Antara kawan dan kekasih ni hanya jadik sebelum kahwin je. Bila dah kahwin dah tentu-tentulah kita utamakan keluarga!Ye dok??Nak jugak pening2 fikir kenapa?Hehehe.

Sebenarnya..banyak lagi hal-hal yang lebih penting dari hal ini... :(



Budak-budak nakal :P











Friday, November 9, 2012

Milik Siapakah Hati Ini - Bab 3






AKU mengambil tempat duduk di hujung restauran untuk menjamu selera. Orang makan nasik tengahari tapi aku petang-petang hari baru dapat makan. Hari ini adalah hari yang paling sibuk. Penat letih lelah pasrah..eh! semua ada. Mujur semangat aku aje yang belum luntur. Lepas makan aku ingat nak balik rumah sebentar. Bersihkan diri dulu kemudian baru datang semula ke  restauran. Lagipun tidak ramai pelanggan yang berkunjung pada waktu-waktu petang begini.
“Hai awak..makan sorang je ke?Nak saya temankan?” soal satu suara tiba. Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Belum pun sempat aku menjawab persoalannya dia terus duduk. Cis…
Sorry tak sengaja.”katanya lagi.
 Fitri, kehadirannya membuatkan perut aku yang sudah masuk angin semakin tidak dapat menerima sebutir nasi lagi pun. Pinggan nasiku tolak ke tepi. Fresh orange istimewa bauatan Hafifi ku sedut menuruni esophagus.Fuh.. Inilah kali pertama aku dan dia duduk semeja.
“Hurm..Apalah awak ni. Lain kali bagilah salam.!Awak dah makan ke belum?”Soalku pula memulakan bicara pertama. Dia membetulkan duduknya sebelum menyambung bicara.
“Eh, kenapa tak makan bagi habis? Tak baik tau. Saya dah makan awal lagi..”
“Tak ada seleralah…”Aku menjawab tenang walaupun sebenarnya aku terasa begitu segan bila berhadapan dengannya. Tambahan pula apabila aku mengingati kejadian semalam.
“Ye ke..maaflah kalau kehadiran saya ni yang membuatkan awak tak ada selera nak makan.” Berbudi bahasanya dia.
“Mengarutlah awak..Perut saya ni dah masuk angin. Sebab itu  selera saya hilang.”
“Itulah awak, kerja teruk sangat. Sampai kesihatan pun awak tak jaga. Orang lain kerja restauran makin gemuk. Awak ni saya tengok dah makin kurus macam lidi je.”
“Tak lah..lidi tu yang kurus seperti saya.”Aku menjawab selamba. Dia ketawa manja. Dia pun kurus ada hati nak kata kat aku. Kalau aku kurus macam lidi dia tu macam cicak kobeng,
“Awak ni kelakarlah. Tak sia-sia saya kenal dengan awak. Saya tak kisah pun kalau awak ni kurus macam lidi  atau lidi tu macam awak ke..”
“Ye ke..?Bukan awak datang sini nak cari Hafifi? Dia ada tu di belakang. Nak saya panggilkan dia ke?” Aku cepat-cepat memotong percakapannya. Aku tak nak lah dia berjiwang-jiwang dengan aku. Nanti aku pun  jadi jiwang sama.
“Buat apa nak panggil si lembut tu. Saya datang sini nak borak-borak dengan awak yang comel ni.”
“Tak baik tau awak cakap macam tu kat dia. Dia tu dah la suka kat awak. Tak kan awak nak mereject cinta dia kot…Adoiiii!”Aku terjerit kuat. Tak menyangka dengan tindakan Fitri yang mencubit lenganku. Hish!Beraninya dia.
“Awak ingat saya manusia yang macam tu ke? Tolongla..tak ingin langsung saya dekat dia tu. Pondan!Lebih baik saya pilih awak yang kelakar ni. Ada juga faedahnya.” Amboi lain macam je bunyinya. Mendengarkan kata-katanya itu membuatkan aku terdiam. Dia pula hanya memandang aku sambil tersenyum. Lembutnya senyuman..redupnya mata dia membuat aku terpana seketika.”
“Marah ke? Saya bergurau je lah…”
“Tak! Cuma terfikir akan sesuatu?”
“Apa dia? Boleh saya tahu?”
“Boleh! Tapi dengan syarat awak mesti belanja saya makan Chiken Chop dulu. Baru saya boleh beritahu.”
“Demi awak Amili, apa pun saya sanggup.Hehehe..”Aku hanya mencebikkan bibir. Nampaknya aku sudah mula berjangkit dengan penyakit dari Hafifi.
“Awak ni umur berapa ye?”Laju sahaja pertanyaan itu terpacul dari mulutku.
“Kenapa awak tanya pasal umur?”
“Saja nak tahu..”Jawabku pula. Aku pun tak tahu kenapa soal umur yang aku bangkitkan. Sedangkan banyak lagi soalan yang boleh aku tanya pada dia. Dia pula terdiam sebentar namun masih memandang aku dengan senyuman. Manisnya dia.Bisikku lagi di dalam hati.
“Umur saya 2…
“Amboi!! berdating pula. Ingatkan dah balik.!” Kedatangan Hafifi secara tiba-tiba itu membuatkan apa yang hendak Fitri cakapkan lenyap begitu sahaja. Aku menoleh memandang Hafifi dengan perasaan kurang senang. Istilah ber‘dating’ itu bagi aku tidak sesuai langsung. Bukannya aku dengan Fitri pasangan kekasih. Beberapa orang pelanggan yang ada menoleh ke arah aku dan Fitri.
“Sibuk je..”Fitri pula bersuara.
“Ya lah..aku ni penyibuk. Kalau tak kerana aku jangan harap kau nak dapat kenal dengan Amili  tau tak!” Aku memandang Fitri dan Hafifi silih berganti.
“Ye lah. Terima kasih banyak–banyak di atas jasa baik kau tu. Aku begitu menghargainya.” Suara Fitri kedengaran begitu tegas. Aku semakin tidak dapat menilai perangainya yang sebenar. Ketika berbicara denganku sebentar tadi penuh dengan kesopanan. Aku memandangnya sambil tersenyum. Serentak itu juga dia mengenyitkan sebelah matanya padaku seolah-olah Hafifi bagaikan tidak wujud di antara kami. Aku masih seperti biasa. Diam tanpa suara. Berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Padahal aku terasa begitu malu padanya.

******
Selesai menunaikan solat Maghrib aku segera bersiap-siap untuk pergi semula ke restauran. Kakak dan Abang Iparku belum lagi pulang. Sememangnya aku sudah biasa tinggal di rumah ini sorang-sorang. Istilah takut itu bagaikan tidak wujud lagi di dalam diriku kerana aku sudah terbiasa. Losyen yang berada di atas meja ku capai sebelum ku sapu ke seluruh tapak tanganku. Aku mencium-cium tapak tanganku. Menghidu harumnya wangian dari losyen Johnsoan &Baby. Sebentar lagi wangian ini pasti akan hilang dek terkena air sabun basuh pinggan di restauran. Kunci motosikal segera aku capai untuk menuju ke restauran yang tidak jauh dari rumah yang ku diami ini.
Sebaik sahaja sampai ke restauran aku melihat Abang Badrol sibuk memasang televisyen dan set karaoke. Aku sangka dia tak datang terus ke restauran. Malam ni semakin bertambah nampaknya kerja aku.
“Kakak Amili……!!”Aku menoleh memandang suara anak kecil yang berlari menuju ke arahku.
“Hai baby girl…Datang dengan siapa ni? Mummy datang tak?” Aku terus menyoalnya yang memeluk pinggangku dari belakang. Anak Abang Badrol dan Kak Mila ini memang rapat dengan semua orang. Dengan aku lagilah rapat sebab aku selalu melayan kerenahnya yang nakal itu.
“Datang dengan papa..Mummy tak datang. Kakak pergi mana? Tadi Batrisya datang kakak tak ada?”Mulut kecil itu begtu betah berbicara.
“Kakak balik mandi. Batrisya pergi main dengan abang tu ya..Kakak ada kerja sikit ni.”Aku menunjukkan jariku ke arah Hafifi dan Kak Kiah. Dia segera berlari ke arah Hafifi dan aku pula dengan pantas menuju ke belakang sambil meninjau-ninjau pinggan di dalam besen. Kosong! Nampaknya Hafifi sudah menyelesaikan tugasnya itu dengan sempurna.
Belum sempat aku nak masuk ke dalam restauran semula aku terdengar satu suara memanggil lembut namaku. Aku menoleh! Fitri….Handsomenya dia malam ini. Aku suka pada gayanya yang simple itu. Menarik sekali pada pandanganku walaupun hanya dengan T’shirt putih dan di padankan dengan seluar jeans berwarna biru .
“Hai awak..Sibuk tak?”
“Hai..awak ni macam tahu-tahu je saya ada kat belakang ni. Awak mengintip saya ke…?”
“Saya pun duduk di belakang jugak tadi. Kebetulan nampak awak tu yang saya datang.”
“Awak tak ada kerja ke?”
“Amboi awak..kalau tak suka saya datang cakap ajelah.”Aku yang mendengar terus ketawa kuat. Sambil itu aku sempat menjeling ke dalam restauran. Risau pula kalau Abang Badrol menyedari kehadiran Fitri di sini. Walaupun Abang Badrol tak kisah, tapi aku pula yang di hinggapi perasaan malu padanya. Sudahlah berborak di belakang restauran dalam keadaan cahaya yang samar-samar macam ni. Bahaya ni.
“Bukan begitu maksud saya. Awak datang sini bos awak tak cari ke?”
“Saya cutilah hari ini..”
“Oh!kenapa? Sakit ke?”
“Taklah..”
“Habis tu?”
“Saja nak rehatkan fikiran yang bercelaru..”Aku mengangkat kedua-dua belah keningku. Kenapa pula fikirannya bercelaru. Aku tengok dia tersenyum gembira bagai tiada duka aje. Tiba-tiba pula dia cakap dia bercelaru.
“ Kenapa?”Soalku semula.
“Nantilah saya cerita..”
“Kenapa pula nanti? Sekarang tak boleh ke?”
“Saya baru je kenal awak..”
“Habis tu awak tak percayakan saya?Hurm…”
“Saya tak nak kehilangan orang yang baru saya kenal. Cukuplah dengan apa yang sedang saya lalui sekarang. Saya cukup takut pada sebuah kehilangan.”Kedengaran keluhan, perlahan. Kata-kata yang keluar dari bibirnya itu membuatkan aku di landa perasaan aneh. Adakah Fitri terlalu mengharapkan kehadiran aku di dalam hidupnya.
“Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan ni. Awak ni putus cinta ke?”Dia tersenyum memandang aku sebelum menjawab.
"Lebih dari itu yang sedang saya lalui.”
“Ceritalah..mana tahu saya boleh tolong awak.”Dia tersenyum lagi. Adoiiii….kalau macam ni hati yang keras bak kerikil pun bisa cair dong!.Muka suci je. Sesiapa pun pasti tak akan dapat menduga dan  membaca apa yang ada di dalam hati dan fikirannya saat ini. Dia seolah-olah sedang menutup hatinya yang gundah dengan terus-terusan  mengukir senyuman.
“Kehadiran awak sedikit sebanyak telah menolong saya. Terima kasih.”
Aku sendiri tidak faham apa yang dia sedang  sampaikan. Bukannya aku tak faham bahasa Melayu, tapi aku tak faham maksud di sebalik kata-katanya itu. Ucapan terima kasih untuk apa? Anehnya dia. Belum pun sempat aku hendak bertanya dengan lebih lanjut Abang Badrol terlebih dahulu memanggilku. Aku segera menapak perlahan menuju ke dalam dan meninggalkan dia sendirian.
“Kenapa?”Soal ku pada Abang Badrol.
“Tolong buatkan Abang Badrol Barli ais..”La..itu je. Aku mengangguk perlahan. Hafifi yang sedang duduk tanpa sebarang kerja itu tak mahu pula dia suruh. Kenapa mesti aku.?Hish!Aku segera berlalu semula menuju ke belakang  namun bayang Fitri sudah tidak kelihatan. Aku segera  menyediakan air yang di minta oleh Abang Badrol.
Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar ku ambil dan tanganku dengan pantas menaip sesuatu kepada Fitri. Aku harap dia akan datang semula ke restauran nanti. Tiba-tiba sahaja perasaan ingin tahu itu meluap-luap. Aku ingin sekali mendengarkan semua kisah tentangnya. Sama ada duka atau suka? Konon-kononnya nak jadi doktor jiwalah. Tapi aku sendiri pun kadang-kadang sakit jiwa.
Hilang sudah bayangan mamat ‘milo ais’ itu hari ini. Hanya yang bermain di fikiranku kini adalah kata-kata daripada Fitri sebentar tadi.
Sebaik sahaja aku menghidang air kepada Abang Badrol aku menapak  ke  arah Kak Kiah dan Hafifi yang sibuk benar melayan kerenah Batrisya.
“Kau ni kenapa?” Soal Kak Kiah padaku sebaik sahaja aku menarik bangku dan duduk di sebelahnya.
“Kenapa apa?”Soalku semula.
“Muka bermasalah!” Tutur Hafifi kuat sebelum ketawa. Hish! Budak ni memang nak kena dengan aku. Pandai-pandai aje bagi jawapan. Kalau betul tak apalah jugak. Ini tak.!
“Kau tu yang bermasalah. Bukan aku.!”
“Kau pergi ke mana tadi? Lama sangat menghilang di belakang tu..?Buat apa?” Soal Kak Kiah ingin tahu.
“Ala, tak kan Kak Kiah tak tahu dia berdatinglah tuu..”Jawab Hafifi lagi.
“Dengan siapa.?”
“Siapa lagi Kak Kiah kalau bukan dengan Fitri, budak yang kerja di restauran hujung tu.”Hafifi menolak bahuku lembut. Macam mana pula dia tahu ni. Mengintailah ni.
“Ala…ada orang cemburu Kak Kiah saya berborak dengan orang tu. Tapi salah dia juga, siapa suruh dia bagi nombor telefon saya pada Fitri tu. Saya layan je lah. Takut nanti orang kata sombong pula. Betul tak Kak Kiah?”
“Betul  sangat tu ,Amili. Lagipun bukan senang nak dapatkan orang yang muka macam Fitri tu.”Kak Kiah tersenyum memandang aku dan Hafifi.
“Ya lah,tak kan saya nak lepaskan lelaki yang baik dan kacak tu macam tu je.”Balas ku pula. Kak Kiah cuba membantu aku dalam misi untuk mengenakan Hafifi. Apa lagi muncung Hafifi tu dah mula nak panjang macam burung belatuklah. Aku dan Kak Kiah terus ketawa kuat melihat muka Hafifi yang bengang itu. Ada aku kisah?Hafifi segera bangun menuju ke luar. Merajuklah tu. Tak kuasalah aku nak pujuk.
Fitri, nama itu menjadi topik perbualan malam ini di antara aku dan Kak Kiah. Sambil melayan kerenah pelanggan yang datang ke restauran untuk menyanyi, kami berborak-borak tentang Fitri. Bingitnya telinga mendengarkan suara-suara sumbang itu menyanyi. Tapi nak buat macam mana?Sabar jelah.
Kak Kiah bertanya padaku tentang ciri-ciri jejaka idamanku. Aku sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus ku beri. Hanya satu yang aku pasti, aku mahu lelaki yang lebih berusia dari aku. Maksudnya dua tiga tahun lebih tua dari aku.  
Aku ternanti-nanti juga kehadiran Fitri, tapi sampai jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam bayangnya masih tidak kelihatan. Aku semakin di landa rasa aneh. Aku jenguk ke belakang. Tiada! Aku hantar mesej tadi pun dia tak balas. Tak kan aku nak telefon dia pula. Tak naklah aku. Nanti dia kata aku suka kat dia pula. Aku cuma tak sabar aje nak tahu apa benda yang dia nak ceritakan. Itu aje, entah-entah aku berborak dengan hantu tak tadi?Lepas Maghrib pula tu. Hish….Biar betul.? Bajunya pula bewarna putih. Tiba-tiba je aku rasa nak deman. Hish!mula nak fikir yang bukan-bukan.

Sambung:)
Hehehe..cerita ni macam ‘kelaut’ sikit. Cerita lama zaman muda mudi. Watak-watak penting yang pernah hadir dalam hidupku! Biarpun hanya seketika.(Huhuhu)
Lokasi: Bandar Putra Bertam, Penang.
Oh! Sangat2 merindukan Kenangan Lalu!
Rindu, Rindu Serindu-rindunya namun orang tak peduli…Hihihi.*_* kan dah cakap memang kelaut habis.






Wednesday, October 31, 2012

Kau Tetap Di Jendela Kenanganku

Telah ku hanyutkan diari semalam..
Namun kenangan masih ingin bertandang..
Mengusik-usik naluri hati ini..
Setelah aku berlalu pergi..
Berlalu kerana keegooan ku sendiri..


Betapi kini aku sedari..
Terlalu payah melepaskan kenangan..
Tak semudah untuk aku singkirkan..
Kerana aku di lahirkan dengan perasaan..

Ada ketika,
Aku merasakan kau masih ada..
Kau masih di sisi..
Dan kita masih seperti dahulu..
Masih saling merindu..

Ada waktunya..
Bayangan rindu ini menjengah jua di ruang hati..
Bayangan kenangan menari juga di depan mata..
Segala kebaikan jua kasih dan sayang...
Membuatkan jiwaku di himpit pilu..

Akukah yang bersalah?
Membuatmu tersiksa..
Akukah yang bersalah?
Membuatmu kecewa..
Akukah kejam???
Kejam dalam memaknakan cinta
Yang sebenar-benarnya..

Pernahkah kau tahu..
Pernahkah kau peduli..
Apa yang terjadi bukan kuasaku..
Aku hanya berserah pada takdir..
Jika takdir yang ku ada sekarang adalah yang terindah..
Aku redha dan pasrah..

Ku sangka naratif cinta ini telah berakhir..
Namun, kenangan masih ingin hadir..
Walaupun puas ku usir...






Wednesday, October 24, 2012

Apa penghujungnya

Apa penghujungnya..
Kisah aku dengan dirimu?
Setelah kesabaran aku kau uji..
Aku memilih untuk pergi...
Walaupun bukan itu yang aku ingini..





Apa penghujungnya hidup aku denganmu..
Yang ku sangka telah terhenti nohtahnya.
Kenapa kau kembali?
Memujuk rayu ku kini...
Sedangkan kau mengerti?
Semuanya sudah terlambat untuk di perbaiki..

Apa penghujungnya ceritaku denganmu..
Aku pergi...
Walaupun bukan itu kehendakku..
Aku berlalu..
Walaupun bukan itu keinginanku..
Aku terpaksa..
Kerana bukan sekali dua begini..


Tidak pernah aku gadaikan..
Seluruh jiwa raga ini..
Menyintai dan menyayangi...
Tapi sayangnya..
Langkah aku mati di sini..




Kerana keadaan yang masih serupa...

Apa penghujungnya kisah ini?

Sudah puas ku mencari erti..
Di sebalik perpisahan ini..
Terlalu mudah melafazkan kata...
Tak semudah untuk mengotakannya..

Setelah lukaku hampir sembuh..kau kembali merawat..merayu aku seperti dahulu...untuk aku terima kau semula.Tak perlu kau lakukan semua itu lagi..selayaknya aku yang bersalah.Aku menjatuhkan hukuman tanpa memberi peluang apa-apa. Aku menghargai apa yang aku ada kini. :)








Tuesday, October 16, 2012

Yang ada Di Dalam Hangatnya Cinta



Sayang...
Ku ingin kau selalu di sampingku..
Ku mahu sentiasa mendakap kasihmu..
Ku mahu terus membelai rindu..
Sayang..
Sudah puas ku tersadung..
Sudah puas tangisan rebahku..
Kerana cinta palsu yang lalu..
Sayang..
Ku mahu kau tahu..
Hanya kau yang bisa mengetuk sendiku
Hanya kau yang mampu mengejut nadiku..
Agar kembali menjadi perindu..
Pada sebuah cinta kasih yang baru..
Tuhan..
Terima Kasih di atas kurnianMu..
Mengejutkan ku dari mimpi lalu..
Menyatukan hatiku dan hatinya..
Agar terus seiring merasa hangatnya cinta..

* Okey..bukan main lagi ek hang a'je.. bersajak bagai.Hehehe.. Penulisan tu kan luas..Kita boleh tulis apa sahaja yang kita rasa tentang perasaan. Kalau nak tahu lebih2 boleh dapatkannya ye. Macam tu juga dalam my first baby Aku Bukan Bola..ini cara saya..ada cerita ada nada-nada..Hehehe .So, dah baca belum Aku Bukan Bola..???Hehehe. Kalau yg nk order Hangatnya Cinta dan Aku Bukan Bola boleh cek dekat noted sebelah KANAN eh. A'je dah letak siap2 di situ.
Terima kasih sokong karya A'je Fazlina. Bukan mudah untuk meraih hasil yg macam ni. Tuhan sahaja yg tahu T_T


Monday, October 15, 2012

Tempahan Sudah Di Buka

Assalammualaikum all readers..


Sejak keluar novel kedua ni rasa macam lainlah. Macam tak berjalan dengan sempurna jantung ni. Adesssssss..awat niiiii.?Hehehe..Yang first dulu rilex ja.. Yang kedua ni memang tak boleh nak rasa rilex n cool. Tak kan sbb tajuk tu HANGAT dan  cek pun hangat jugak kot. Hahaha. Rosak sudah...

Rasa macam nak pergi lari ke tembok china ja..hahahaha.. Apa punya takut ntah? Perasaan tu tak sama la macam Aku Bukan Bola. Huhuhu..Tak mau buat Hangat2 dah lepas ni..Nak buat sejuk2 ja lepas ni. Hahaha..(Takut)

Okey..tarik nafas panjang2 eh...rilex eh...

Tempahan untuk novel Hangatnya Cinta dah boleh di buat sekarang okey.. Boleh je nak order dengan KN.

ISBN: 978-967-0448-16-9
HARGA SEMENANJUNG: RM 19.00
AHLI KN: RM 15.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM 22.00
AHLI KN: RM 18.00


Ini harga kalau order dekat KN tau.Sebab KN tak ada cas penghantaran.

Nak dapatkan dari saya terus pun boleh. Nanti inbox Nama, alamat, no fon dan bukti pembayaran dekat email saya ni okey. aje_fazlina@yahoo.com. Ataupun boleh pm dekat inbox facebook saya eh. A'je Fazlina. Tapi, harga sekali dengan cas penghantaran ye.
  
HARGA ORDER DARI SAYA : RM 17( RM 15.00 + RM 2)

Kalau yang dekat-dekat area saya ni boleh je mai ambil by hand. Tapi, tunggu dapat stok dulu eh. Sebab saya akan ke Pejabat KN 3 November nanti.Apa-apa nanti kita update lagi eh... :)

Terima kasih kerana menyokong Hangatnya Cinta :)



 

Thursday, October 11, 2012

Takut

Takut..
Takut untuk meletakkan harapan..
Bimbang hatikan berkecai..
Bak kaca yang berderai..
Takut..
Takut untuk terlajak menyayangi..
Mungkin akan di khianati..
Atau tak di peduli untuk sekian kali..

Takut..
Takut kepada kesakitan yang akan berulang..
Setelah ku tanam kasih dan sayang..

Namun..setakut-takut aku..
Aku masih kuat untuk berdiri..
Masih tabah untuk tempuhi..
Hanya kepadaNya tempat ku berserah..
Aku pasrah..
Ini hanyalah sekelumit ujian yang Dia turunkan untuk aku..


Naratif cinta ini belum berakhir..
Namun, ku yakin..
Penawarnya pasti akan ku temui..
Satu hari nanti..
Jadi..
Jangan takut-takut lagi..

Semoga satu hari nanti..
Ada yang mencintaiku seadanya...
Dan aku...
Aku berpesan kepada diri ini..
Untuk selalu menghargai...
Apa yang pernah aku ada..
Sebelum semuanya berlalu pergi...
Dan tak akan pernah kembali lagi...


* Aku manusia biasa..manusia biasa yg tahu sedih..yg tahu menangis..Walaupun zahirnya aku kuat. Sebab aku EGO. Ku akui...Keegoan ini memusnahkan segalanya. Sekarang aku berdiri di atas seutas tali..yang pasti aku akan sakit jatuh dan luka.. Sakit yg aku cari..luka yang aku cari...semuanya aku yg cari. Aku mengaku..semua SALAH ku. Aku manusia yang melukakan,



Aku dan kau cuma watak..
Sama-sama mencari jalan untuk melupakan..
Tapi, pentingkah watak aku untuk kau???
Aku sedar cintamu bukan terlahir untukku?
Mungkin kau juga akan mengatakan perkara yg sama kepadaku???
Jadi apakah perlu kisah kita ini..
Kisah permulaan..
Yang aku lihat seperti untuk melukakan hati yang masih berdarah ini..

 







Tuesday, October 9, 2012

Bicara Hati Ini

Apakah aku juga begini???Seperti catatan-catatan ini? *sumber google*


Bicara hati ini..

Pada  malam ku kesepian..
Aku merasa kehilangan..
Hilangnya  kerana aku yang tidak
pernah mahu memberi ruang dan peluang..

Maafkan aku...
Aku benar-benar bersalah padamu..
Ku akui semua salahku..
Namun, aku tak mampu melawan..
Takdir ini Tuhan yang tentukan..

Benar..
Adakalanya hati ini merindukan dirimu
Gelak tawamu yang satu ketika
Pernah menghambat lara-lara dan luka di dada..

Tangisan aku..
Tulisan-tulisan aku..
Hilangnya semangatku..
Kau yang selalu ada di sisiku
Dahulu...


Tapi, 

Semua hilang dalam sekelip mata..

Aku juga tak tahu kenapa..

Jika mulutku kasar berbicara..

Kenapa tak kau tegur dengan cara yang baik-baik sahaja..


Kau diam..

Membuat hatiku sakit...

Membuat hatiku marah..

Membuat hatiku dendam..

Kerana seringkali kau lakukan

Kesilapan berulang..

 
Di saat-saat terakhir..

Kau rayu agar jangan aku hancurkan..

Kau pohon agar aku ampunkan..

Tapi aku tetap berdegil..

Sehingga aku merasa cintaku telah hilang..

Hilang bersama patahnya sayap malam..

Maafkan aku kasih..

Terlalu tegar aku menyisih..



Biarlah aku yang bersalah di depan matamu..

Walaupun sebenarnya...

Atas sebab apa aku jadi begitu..?


Kau istimewa..

Pernah menjadi pemilik hati ini..


Bukan aku sengaja mahu menggores luka dalam dada..

Membuka parut-parut lama..

Yang dahulu aku sendiri hapuskan bisanya..

Yang dahulu berdarah aku ubatinya..


Jika aku yang bersalah..

Biarlah aku pergi..

Itu lebih baik daripada hatimu sakit lagi..

Kerana ku tahu kau berhak bahagia..

Bersama bunga yang ikhlas menyinta..


Aku tidak pernah berhenti 

Mendoakan kebahagiaan hidupmu..

Aku mahu kau bahagia.....

Dalam setiap langkah yang tercipta..

Tipu..

Jika kau tak lagi rindu akan cintamu yang dahulu..

Bohong..

Jika kau tak lagi terkenang kenangan lalu..

Biarlah kau mencintaiku kerana Allah...bukan kerana sunyi...bukan kerana sepi..dan juga bukan kerana nafsu.. :)


Cinta yang mahal itu tidak perlu di lafazkan..

Kasih sayang yang bernilai itu tidak perlu di ungkapkan..

Mulut tak bisa melafazkan apa-apa tentang rasa..

Biarlah hanya hati yang berbicara..



 * Aku sedang belajar melupakan sesuatu yang telah pergi.. Walaupun susah..walaupun payah...aku cuba..cuba dan terus mencuba.. Ada yang bertanya..jika aku masih mengenang..kenapa perlu aku lepaskan.. Jawabku tenang..Cinta tak mesti bersatu... :)

Now...untuk hari-hari yang mendatang..aku harap hati ini akan tersenyum riang. Berpegang pada kata-kata yang pertama belum tentu yang terbaik.. Dan yg terbaik biasanya yang terakhir...*

Berharap akan mimpi yang indah-indah selepas bicara hati ini ku luah ;)