Saturday, October 22, 2011

DSRC-Bab 11

“KHYRILL apa yang kau menungkan tu?Marilah ikut aku keluar. Kau tak boring ke? asyik tinggal kat rumah je.?” Tegur Izmail.  Pelajar dari University Of Strasbourgh. Merangkap teman serumah Khyrill. Lamunan panjangnya terhenti di situ. 
“Kau pergi je lah. Aku letih la.” ucap Khyrill pula.  Memang dirinya sangat letih selepas pulang dari perlawanan di antara SM Caen menentang pasukannya Rc Strasbourgh tadi. Lagipun latihan di sini tidak sama dengan latihan bola di sana. Kekuatan mental dan fizikal mesti seimbang dan mencukupi. 
Jika tidak, mahu kalah pasukan pada hari perlawanan.  Sudahlah cuaca di sini berbeza.  Agak sukar juga pada awalnya, tapi lama-kelamaan semuanya sudah dapat di lalui.
“Jomlah, Rill. Aku kesian tengok kau sorang-sorang di rumah ni.  Bukannya kita nak buat apa pun. Just berhibur je.” Pujuk Izmail lagi.
“Aku seganlah. Lagipun aku tak biasa pergi ke tempat-tempat macam tu.”
“Apa yang engkau  segankan sangat ni Rill?dulu aku pun macam engkau juga tak biasa. Tapi lama-lama okeylah. Kau ikut aku eh..?kau bersiap-siap aku nak turun ke bawah sebentar. Bolehlah aku perkenalkan kau pada kawan-kawan aku nanti. Aku kesian la tengok kau sorang-sorang macam ni.” Pujuk Izmail lagi.
Lama juga Khyrill terfikir, serba salah di buatnya.  Hendak menolak sudah beribu-ribu kali Izmail mengajaknya pergi.  Hendak pergi, takut pulak rasanya.  Takut dah mula, mesti nak pergi lagi. Bukannya Khyrill tak tahu, di Malaysia tu, ramai juga kawan-kawannya yang kaki disko, cuma dirinya tidak ke arah itu.  Apalah yang seronok sangat. Khyrill pun tak tahu.  Pening juga kepala kalau terlalu memikirkan benda-benda ni semua.  Akhirnya Khyrill bersetuju juga.  Rela dalam paksa.
“Macam tu la kawan.”ucap Izmail sebaik sahaja Khyrill memberi persetujuan. Dia tersenyum gembira mendengarkan kata-kata Khyrill itu. Sudah tentu orang yang paling gembira saat  ini adalah Hafizzah. Namun Hafizzah belum tahu tentang berita gembira ini.
Sebaik sahaja Izmail berlalu ke bawah, Khyrill terus mencapai telefon bimbitnya. Nombor Khuzaimie di dail sebelum dia mendengar suara adiknya itu di hujung talian.
“Assalammualaikum..”
“Waalaikummussalam.."
“Kau apa khabar?abah dan ibu macam mana?Sihat tak.?”
“Sihat..ibu sahaja yang kurang sihat sejak akhir-akhir ini.Abang tak nak balik ke?”soalan Khuzaimie benar-benar menjerut tangkai hatinya.
“Pasti sebab abang Rill ibu jatuh sakit. Kesian ibu..”Ada sebak yang mengiringi kata-katanya.
“Tak adalah..agaknya cuaca sekarang ni panas kot.”Balas Khuzaimie pula.Cuba berdalih.Walaupun kenyataan yang sebenarnya ibu jatuh sakit kerana abangnya itu.
“Hmm..kau jaga abah dan ibu baik-baik,Mie. Pesan kat ibu..abang Rill mintak maaf sebab buat ibu macam tu. Abang nak sangat balik jumpa ibu, tapi kau pun tahu yang ibu dah tak mengaku abang ni anak dia.”Air jernih mula bertakung di kelopak matanya. Hidup sendiri di sini membuatkan air mata lelakinya begitu mudah mengalir.
“Okey.Waktu itu, ibu mungkin marah dan tertekan sebab tu terkeluar ungkapan yang macam tu. Padahal ibu sayang anak-anak dia. Abang Rill jangan risaulah. Semuanya akan pulih. Lambat laun ibu pasti akan terima cita-cita abang Rill tu.”ungkap Khuzaimie dengan tenang.
Sedikit sebanyak Khyrill merasa lega mendengar apa yang dikatakan oleh Khuzaimie sebentar tadi. Begitulah rutin hariannya di sini. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia menelefon adiknya itu bertanya soal ibu. Walaupun hanya sementara tapi itu sudah cukup baginya. Doanya di dalam hati agar ibu akan sedia memaafkan segala dosa-dosa yang dilakukannya. Harapannya agar ibu terbuka hati untuk menerimanya kembali.
Selepas itu, dia segera menuju ke almari pakaian untuk mengambil jeans dan jaket hitam itu lalu disarungnya ke tubuh sebelum topi berwarna putih itu disarungkan pula ke kepala. Ringkas tapi tetap terserlah kekacakkannya.
            KHYRILL duduk di bangku yang terdapat didalam kelab malam tersebut.  Bunyi muzik yang kuat amat menyakitkan telinga. Tetapi mulutnya tetap menyanyi-nyanyi perlahan mengikut rentak lagu yang diketahuinya.  Apa yang bestnya kat sini, dia tidak nampak apa-apa yang istimewa.  Lelaki perempuan berpelukkan di sana-sini. 
              Biasalah sedangkan di Malaysia sendiri ada, tambahan pula di negara Barat macam ni.  Dari jauh dia memerhatikan gelagat Izmail yang sedari tadi tidak henti-henti menari. Kemudian dia melihat Hafizzah menghampiri Izmail. Ada sesuatu yang mereka bicarakan. Dia melihat Izmail mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali.
             Khyrill hanya menggelengkan kepala melihat semuanya dari kejauhan. Dengan lampu yang samar-samar itu semuanya tidak terlalu jelas di penglihatan matanya. Kemuadian dia melihat Hafizzah berjalan menuju ke arahnya pula.
Sayang sekali gadis ini masih muda tapi sudah jauh hanyut dengan keseronokkan dunia. Ada rupa, tapi tidak harga diri sebagai seorang perempuan.  Habis bagaimana pula dengan dia? kenapa dia boleh mengikuti mereka ke tempat yang sebegini.  Bukankah dia turut sama bersubahat, mengikuti mereka bererti dia turut sama terlibat walaupun dia tidak minum arak, tidak menyentuh perempuan.Walaupun dia tidak melakukan kejahatan.
Ah! bagaimana pula dengan Arisya? Pasti Arisya sangat kecewa bila tahu dia datang ke tempat yang sebegini.  Dia sendiri tidak sanggup untuk memberitahu semuanya pada Arisya.  Bimbang hati si gadis terluka.  Sebab itu dia tidak bawa sekali telefon bimbitnya.  Kesian Arisya, pasti dia risau.
 Risya, maafkan Rill. Rill, cuma mahu memenuhi kehendak dan keinginan hati kawan-kawan Rill.  Hakikat sebenar jiwa Rill bukan disini.
            “Rill,jom la temankan I menari.”Sapa Hafizzah dengan tiba-tiba. Dengan gaya menggodanya.  Pakaian pula usah di kata macam tak pakai baju je.  Naik meluat pulak Khyrill tengok.  Geli pun ada juga dengan gaya tergedik-gedik yang sedang dipamerkan oleh Hafizzah. Huh! nasib la iman masih teguh di dalam hati. Dia cepat-cepat berishgtifar di dalam hati.  Mengenangkan keterlanjuran kata hatinya sebentar tadi.
            “Jom la temankan I menari. Pleasee..”Rengek Hafizzah lagi.
            I seganlah lagipun I tak reti okey.!”Ringkas jawapan yang diberikan oleh Khyrill. Bau arak menusuk  ke hidungnya. Dia menolak tubuh Hafizzah perlahan.
            “Apa yang nak di segankan? Tak kan you segan dengan I?you minumlah sikit.”Hafizah cuba menyuakan gelas kepada Khyrill, tapi ditolak perlahan. Tak ingin langsung dia untuk menyentuh air kencing syaitan itu.  Walaupun dia bukan bagus sangat, tapi dia tahu juga arak itu ibu segala kejahatan.
            “Minum laa..please..”Hafizzah masih tidak berputus asa.  Dia menyuakan gelas hampir-hampir mengenai mulut Khyrill.  Khyrill yang sudah agak bengang dengan situasi itu cuba menepis dengan kuat dan akhirnya air tersebut tercurah ke baju Hafizah.
“Opss...!”
“Eh..kenapa ni Fizzah? Rill? Apa yang dah jadi? ” soal Izmail yang datang sebaik sahaja dia meihat ada kekecohan yang berlaku.
“Ni hah!! Perempuan ni aku dah tak nak minum dia paksa-paksa aku pulak!” tutur Khyrill lagi. Marah benar dia dengan Hafizzah.
Sorry Rill..Fizzah ni dah mabuk.”
“Ya lah.! Aku pun bukan sengaja tapi dah dia paksa-paksa aku macam tadi. Aku tak sukalah macam ni. Okeylah aku blah dulu.!”Khyrill pantas bangun. Langsung tidak memperdulikan Hafizah yang sedang menangis kecil.  Buat manja pulak. Pergi aje lah basuh. Itulah, cari pasal lagi. Padan muka. Khyrill mengutuk di dalam hati sambil kakinya terus berjalan menuju ke pintu. Bengang betul dia tadi. Dia ingin keluar dari kebisingan ini, pulang ke rumah lebih baik. Fikirnya lagi.
Jam telah menunjukkan pukul 4.00 pagi waktu Perancis.  Mujur tiada latihan esok.  Kalau tak, pasti dia akan keletihan.  Sebaik sahaja sampai ke biliknya, Khyrill terus mengambil telefon bimbitnya. Banyak sungguh panggilan yang masuk.  Semuanya dari kekasih hatinya, mesej-mesej yang dihantar jelas menunjukkan kerisauan pada hati sang pemilik. Kesian Arisya. Dia segera mendail nombor telefon Arisya.  Tidak berjawab pula.  Mungkin Arisya sudah hanyut di buai mimpi, walaupun waktu di Malaysia masih awal. Khyrill mendail sekali lagi, berharap agar Arisya menjawab.  Tidak tidur lenanya dalam keadaan begini. Rasa bersalah yang sungguh menebal dalam diri. Salahnya kerana mengikuti mereka ke sana. Tapi sekali lagi hampa kerana panggilannya hanya di biarkan sepi.
Matanya masih belum mahu terlelap.  Dia rindukan Arisya. Tarian rindu ini jelas terpancar di wajahnya. Dia bangun membuka almari pakaiannya, mengambil t’shirt pemberian Risya.  Lama didakap mesra, direnung, dicium bagaikan melepas rindu yang tidak berkesudahan.  Bagaikan terasa haruman Arisya.
  Sungguh, cintanya amat kuat untuk Risya. Risya.....aku amat mencintaimu. Atas nama cita-cita aku terpaksa tinggalkanmu untuk sementara.  Semoga kau sabar menanti di sana sayang.  Aku akan pulang padamu jua....bisiknya perlahan pada pagi yang hening itu.
***
TENGKU HAFIZAH sudah mabuk teruk.  Hatinya sangat terluka dengan sikap Khyrill sebentar tadi.  Khyrill memandang rendah padanya. Khyrill juga telah memalukannya. Dia tidak akan berputus asa. Tidak akan sekali. Khyrill tetap akan menjadi miliknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tergila-gilakan lelaki itu.  Ramai lagi yang kacak, yang lebih hebat, lebih kaya.  Namun kuasa cinta tidak dapat di duga.
“Tak apa Rill, engkau belum kenal lagi aku siapa!!!”kuat jeritan Hafizah sambil ketawa kuat.  Izmail hanya menggelengkan kepala melihat Hafizah yang sudah mabuk sebegitu teruk. Kamera yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam beg yang di sandang Hafizzah. Kerjanya sudah selesai untuk malam ini. Terserah kepada Hafizzah untuk tindakan yang seterusnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu masuk campur. Dia sendiri pelik, kenapa si Khyrill juga yang di gila-gilakan oleh Hafizzah.
 Apa kurangnya lelaki lain.Apa kurangnya dia? Hanya kerana Khyrill pemain bola, tapi tidaklah popular sangat pun.  Bukannya sampai tahap David Beckham  or Christino Ronaldo lagipun.  Bukankah mereka terlalu berbeza. Kenapa pula dengan dia?Dia seolah-olah terasa hati dengan sikap Hafizzah sejak kedatangan Khyrill. Hafizzah seolah-olah hanya mengambil kesempatan terhadap dirinya selepas mengenali Khyrill. Kepalanya juga terasa berdengung. Mahu sahaja dia segera pulang ke rumah. Dia terus memapah Hafizah sehingga sampai dirumah Hafizah.
Sebaik sahaja kakinya ingin melangkah pulang, Hafizzah menarik tangannya sambil menyebut nama Khyrill.
“Fizzah!ini I,Izmail. Bukan Khyrill. I rasa lebih baik you masuk ke dalam sebelum apa-apa berlaku antara kita. ”Tuturnya perlahan. Dia bukanlah tamakkan sangat tubuh badan Hafizzah. Dia masih waras. Dia tak akan sentuh seseorang yang di anggap kawan. Itu prinsipnya. Tapi kalau sampai begini cara Hafizzah hati siapa yang boleh tahan. Kepalanya semakin berdengung kuat.
You temankanlah I..I cintakan you, Rill...I love you..”Tutur Hafizzah sambil memeluk erat tubuh Izmail yang di sangka Khyrill itu.
“Fizzah!Ini I...Izmail..”
You temankan I..please.. I perlukan you..”
“Tapi I bukan Khyrill..I Izmail kawan you..”Ungkap Izmail semula sambil tangannya segera membuka pintu sewa rumah Hafizzah.
I tak kisah..I cintakan you..I cintakan you....”
PANGG!
Hafizzah merasakan pipinya pedih. Dia terduduk di hadapan pintu itu. “Fizzah, maafkan I.Hanya ini sahaja cara yang dapat I lakukan untuk sedarkan you yang semakin tidak sedar itu. I rasa lebih baik you tenangkan diri terlebih dahulu. You perlu ingat Fizzah, Khyrill bukan kucing yang begitu mudah untuk di jinakkan. Maafkan I kerana tampar you. I balik dulu. Bye.”Ungkap Izamil perlahan sebelum berlalu.
Hafizzah hanya diam. Di dalam keadaannya yang mabuk itu dia tidak mampu untuk berfikir apa-apa lagi. Hanya bayang wajah Khyrill sahaja di hadapan matanya kini. Dia cintakan lelaki itu melebihi segala-galanya.





























           



No comments :

Post a Comment