Saturday, October 22, 2011

DSRC-Bab 12

JAM sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Dia hanya ada masa lagi setengah jam untuk pulang ke rumah. Hari ini hari kedua dia bekerja. Semuanya berjalan lancar seperti mana yang Fauzie harapkan. Fail-fail yang berselerak di atas meja itu di kemas dengan teratur.


Cuma ada satu projek sahaja lagi belum siap. Bukan mudah untuknya menyiapkan satu dekorasi yang dapat memenuhi hati pelanggan. Bekerja sebagai interior design memerlukannya lebih kreatif dan inovatif. Dia juga perlu sentiasa update kepada kehendak dan kemahuan pelanggan masa kini.


Selain itu, dia juga memerlukan keyakinan yang tinggi untuk bertemu dengan pelanggan.  Pelanggan pula bukan hanya terdiri daripada orang perseorangan tetapi juga syarikat-syarikat koporat yang mahu menggunakan perkhidmatan syarikat mereka.


Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk perlahan sebelum terjengul wajah setiausaha di syarikat itu.


“Kenapa Hidayah?Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”soal Arisya.


“Maaflah ganggu awak. Awak dah nak balik ke?”jawab Hidayah pula sambil menghampiri Arisya.


“Rasa-rasa begitulah. Kenapa?”Arisya kembali menyoal dengan perasaan aneh.


“Bos nak jumpa awak sekarang.”


“Sekarang?”soalnya lagi meminta kepastian. Hidayah hanya mengangguk laju.


“Hmm..okeylah.”jawabnya sepatah. Hidayah kemudiannya keluar. Apalagilah yang dia nak suruh aku buat. Orang dah nak balik baru sibuk-sibuk nak panggil.Bebel hati Arisya lagi.


Dengan perasaan sebal dia segera mengorak langkah menuju ke bilik Fauzie. Pintu bilik di ketuk sebelum dia terdengar suara Fauzie menyuruhnya masuk.


“Ada apa bos?”Arisya menyoal pantas.


“Tak reti-reti nak duduk.”Balas Fauzie sambil mengerling ke arahnya sekilas cuma. Arisya mendengus perlahan. Kena lagi..bisik hatinya pula.


Arisya kemudiannya menarik kerusi tersebut dan duduk berhadapan dengan Fauzie yang kelihatan begitu kalut dengan kerjanya.


“Saya nak awak gantikan tempat saya jumpa clien petang ni. Dalam pukul 5.30. Saya tak sempat. Farezz pun ada hal. Jadi orang yang paling layak adalah awak.”


“Di mana?”soal Arisya.


“Damansara.” Arisya agak terperanjat mendengarkannya.  Sempat ke dia sampai ke sana dalam pukul 5.30 tu. Walaupun Bangsar ke Damansara tu tak jauh tapi dalam keadaan petang-petang begini trafik mesti sesak. Kenapalah Fauzie tak beritahu malam nanti je. Lagi senang.!Monolog Arisya sendiri. Geram dengan tindakan Fauzie.


“Kenapa?ada masalah?”


“Sekarangkan dah pukul 5.00.”soal Arisya kembali.


“Kerja lebih masa pun tak boleh?macamlah saya tak bayar.!Lagipun esokkan off day.”Fauzie merenungnya dengan tajam. Arisya gelisah. Mahu atau tidak dia harus pergi.


“Okey”jawabnya sepatah sebelum berlalu. Malas mahu bertekak dengan bosnya itu.


            Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik Fauzie itu terpacul wajah perempuan seksi yang berdampingan dengan Fauzie tempoh hari. Bau minyak wangi yang dipakai perempuan itu menerobos ke ruang udara. Hari ini pakaiannya tidaklah seksi sangat.


Perempuan itu menyuakan tangan untuk bersalaman dengannya. Walaupun pada awalnya dia agak tekejut namun salam itu disambut jua.“Nazirah.”Tutur perempuan itu sebelum berlalu menuju ke arah Fauzie.


Arisya tergamam. Dia belum lagi perkenalkan diri. Ah! Biarlah. Mungkin perempuan itu dah tahu namanya dari Fauzie.


Empat Puluh Lima minit kemudian Arisya sampai di restauran yang di janjikan. Dia terlewat lima belas minit. Waktu petang-petang begini sudah tentu jalan raya sesak. Ini kira baguslah kerana dia hanya terlewat sedikit. Lagipun ini kali pertama dia datang ke restauran ini. Meliar jugalah matanya mencari restauran ini.


Dia kemudiannya masuk ke dalam restauran itu sebelum meninggalkan kad pesanan di kaunter untuk memudahkannya berurusan. Lagipun dia tidak mengenali pelanggan yang mahu bertemunya itu. Sebelum berlalu untuk duduk dia sempat memesan minuman jus orange kerana tekaknya begitu dahaga.


Dia berjalan dan duduk di kerusi yang tidak jauh dari pintu hadapan restauran. Matanya liar memerhatikan orang yang lalu lalang di hadapan restauran itu. Seketika kemudian pelayan restauran datang membawa segelas jus orange kepadanya.


Setengah jam sudah berlalu. Bayang tubuh pelanggan yang mahu berjumpa dengannya masih tidak kelihatan. Dia merasa resah dan di dalam masa yang sama rimas duduk sorang-sorang begini. Seolah-olah dirinya sedang diperhatikan. Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya dan segera mendail nombor telefon pelanggan yang di berikan kepadanya oleh Fauzie sebelum dia keluar tadi.


Nombor ini tiada di dalam perkhidmatan. Arisya cuba lagi. Mungkin dia tersalah dengar. Masuk kali kedua pun sama. Dia mula merasa tidak sedap hati. Jus orenge yang di pesannya tadi dihirup sampai habis. Namun masih belum mampu untuk menenangkan hatinya. Akhir sekali dia mengambil keputusan untuk menelefon Fauzie.


Sebaik sahaja panggilannya dijawab dia terus mendengar tawa Fauzie berdekah-dekah di hujung talian sebelum sempat dia berkata apa-apa.


“Kenapa?”Arisya menyoal kehairanan.


“Seronok tak duduk sorang-sorang di restauran tu?”soal Fauzie sebaik sahaja tawanya redha.


“Bos ni kenapa?”Arisya semakin bengang.


“Mesti muka awak lagi cantik dalam keadaan tengah bengangkan?”


“Apa yang bos cakapkan ni?Bos nak kenakan saya ke?Macam tu?”Arisya masih tidak berpuas hati.Apa motif Fauzie mahu buat begini kepadanya.


“Baguslah Arisya kalau awak tahu. Memang saya mengaku yang saya nak kenakan awak.!Macam mana?seronok tak main-main macam ni?”soal Fauzie lagi di hujung talian sambil ketawa kuat.


“Seronok sangat bos!terima kasih banyak-banyak.!!”Arisya terus memutuskan talian. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa salahnya?apa dosanya?sanggup Fauzie buat begini kepadanya. Fauzie benar-benar membuatkan dia terasa mahu menangis saat ini. Adakah ini dugaan semata-mata untuk dia pelajari agar berhati-hati di masa akan datang. Fauzie memang kejam.!


***


FAUZIE tersenyum sendiri di dalam biliknya yang besar itu. Wangian lavender yang terpasang begitu menenangkan sesiapa sahaja. Bahkan hatinya kini tidak sabar untuk memulakan hari esok. Dia rasa seronok dapat mengenakan Arisya begitu pada hari kedua dia bekerja.


Tentu Arisya marah benar padanya. Ah!Apa dia peduli. Dia tidak pernah buat kerja gila macam ni. Tapi dengan Arisya ada sahaja yang mahu dikenakannya. Dia suka bila melihat muka tidak puas hati Arisya tu. Walaupun bengang tapi tetap menurut perintah tanpa ada bantahan langsung.


Nur Iris Arisya....memang sesuai namanya dengan sepasang mata cantik itu. Lebih cantik dari Nazirah. Penuh kesopanan cuma suka berangan. Ah! apa-apa aje lah. Dalaman belum tentu mencerminkan luaran. Fikirnya pula. Susah untuk mencari perempuan yang betul-betul  perempuan zaman ini.


 Memang dia akui dirinya sukar untuk mempercayai wanita. Selalunya mereka yang ada pengalaman  putus cinta or ditinggalkan kekasih sahaja yang fobia. Mungkin juga selama ini perempuan datang dan pergi dalam hidupnya. Tiada yang kekal dan tidak ada satu pun yang bisa mencairkan hatinya. Yang bisa membuatkan nafsu lelakinya bergelora sejuta rasa banyaklah. Berlambak-lambak kat Kuala Lumpur ni. Orang memberi kita merasalah. Rezeki jangan ditolak. Fauzie sudah tersenyum mengingatinya.


Ketukan di pintu biliknya mematikan lamunannya terhadap Arisya. Dia bangun dengan malasnya membuka pintu biliknya yang di kunci itu. Bukan apa, dia tidak suka sesiapapun masuk ke biliknya sesuka hati. Terjengul wajah pembantu rumahnya sebaik sahaja pintu billik dikuak.


“Maaf ya Fauzie..Datuk dan Datin panggil makan. Mereka sedang menunggu Fauzie untuk makan bersama.” Pembantu rumahnya yang di panggil Mak Tipah itu bersuara. Dia hanya mengangguk beserta senyuman. Mood tengah baik lah katakan. Kalau tak jangan haraplah.


“Bagaimana dengan pekerja baru?boleh dia buat kerja?”soal Datuk Tengku Amri kepada Fauzie ketika dia menghampiri meja makan itu.


“Sudah papa. Rasanya okey. Tak ada banyak masalah sangat.”


“Pekerja baru kamu tu lelaki ke perempuan. Gie?” Sampuk Datin Fadila pula.


“Perempuanlah mama..”


“Hmm..patutlah cepat benar pandainya.” Ujar mamanya lagi sambil tergelak kecil.


“Mama kau tu tak habis-habis dengan calon menantu dia tu. Agak-agak kali ni boleh kot mamanya.”Datuk Tengku Amri pula bersuara. Menyambung usikan nakal isterinya terhadap anak lelaki tunggal mereka ini.


“Eh, papa dan mama ni..Fauzie bukan cari calon isteri. Fauzie belum bersedialah nak kahwin.”


“Kamu tu bukannya muda lagi, Fauzie. Orang lain yang sebaya kamu sudah beranak pinak mama tengok.”


“Ya lah mama.” Balik-balik soal ini juga yang dibangkitkan oleh mamanya. Memang umurnya sudah hampir menginjak ke usia 30 tahun. Tapi itu tidak harus di jadikan isu. Masalahnya sekarang dia belum bersedia untuk semua itu. Dia belum bersedia untuk ada komitmen dengan sesiapa. Untuk mencari calon isteri bukannya senang. Perempuan sekarang susah hendak di percayai. 


Tapi bagaimana pula dengan Arisya..hatinya berdebar setiap kali mengingati gadis itu. Arghh..perasaan ini aneh sekali. Hari ini sahaja dia asyik teringatkan gadis itu. Mengapa dan kenapa...?


Sebaik sahaja selesai menjamu selera dia meminta izin kepada ibunya untuk keluar. Malam minggu sahaja pasti tak pernah ada di rumah. Malam minggunya lebih banyak di habiskan di kelab-kelab malam. Kebiasaannya bersama Nazirah atau sesiapa sahaja yang mampu memenuhi tastenya.


Datin Fadila hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak terunanya yang seorang itu. Sudah berbuih mulut tapi seperti biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.



No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...