Saturday, October 22, 2011

DSRC-Bab 13

MATANYA seakan-akan terbeliak melihat gambar-gembar tersebut. Hampir luruh jantungnya saat itu. Benarkah apa yang sedang matanya lihat ini atau ianya hanya sekadar mimpi semata-mata. Satu persatu gambar mesra Khyrill bersama seorang wanita seksi dalam cahaya lampu yang suram-suram itu ditatap. Dengan gelas-gelas arak yang memenuhi meja. Ya Allah..kenapa sampai begini sekali.


Siapa pengirim e-mail ini? Apa motif dia hantar gambar-gambar ini?Inikah lelaki yang di cintainya itu. Dia merasa sangat tertipu kini. Hatinya sakit, pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air mata pantas mengambil tempat di pipinya. Dia tidak percaya, tapi gambar-gambar ini apa maknanya. Bukankah ini bukti yang benar-benar nyata. Tak mungkin di buat-buat.


            “Arisya!memang Rill akui. Rill ke disko. Tapi Risya, Rill tak buat semua benda-benda yang Risya cakapkan tu. Semua tu fitnah Risya. Rill tak minum arak. Tak!”Tutur Khyrill kuat. Agak tersentap juga dirinya dengan berita yang di terimanya. Dia tidak tahu siapa yang buat ini semua. Siapa yang lakukan ini semua. Gambar-gambar itu benar-benar telah melukakan perasaan Arisya.


“Ini bukan fitnah Rill, gambar-gambar ini menjadi buktinya.”


“Tolonglah Risya, tolong percayakan Rill. Rill tak buat semua perkara-perkara bodoh tu. Rill hanya ikut kawan Rill. Itu saja.”


“Saya berkorban untuk awak Rill. Tapi apa yang awak buat pada saya?Macam ni yang awak balas pengorbanan saya. Setelah awak tinggi di atas sana, awak lupa segala-galanya. Awak lupa daratan Rill.!Saya benci awak.!”


“Tolonglah Risya!percayakan saya. Saya tak lupa daratan bahkan saya juga tak lupakan pengorbanan awak pada saya. Itu cuma salah faham. Saya tak minum Risya. Perempuan tu yang suakan gelas tu pada saya.”


“Perempuan tu?Siapa perempuan tu?Kekasih baru awak?Macam tu?Selama ini saya tak pernah kisah apa awak nak buat. Saya tak pernah menghalang perjalanan awak. Langkah kaki awak yang mahu ke mana sahaja. Tapi apa salahnya awak bersikap jujur dengan saya. Kenapa awak tak beritahu pada saya?awak kejam..”


Kedengaran tangis Arisya kuat di hujung talian. Khyrill mendengus kasar.


“Risya..jangan macam ni. Okey Rill minta maaf. Memang salah Rill. Rill tak patut pergi ke tempat-tempat macam tu.Maafkan Rill sayang.”


“Say benci awak Rill.!Benci.!”..tut..tut..tut..talian diputuskan.


Arisya menangis. Hatinya benar-benar tercalar dengan tingkah laku Khyrill. Dia tidak mahu percaya tapi segalanya sudah terbentang di depan mata. Kenapa Khyrill pergi ke tempat-tempat yang sebegitu. Dia merasa sangat kesal kerana Khyrill sanggup menipunya semata-mata mahu ke tempat itu. Apa salahnya Khyrill bersikap jujur sebelum dia tahu segalanya. Bukankah mereka sudah berjanji bahawa mereka akan bersikap jujur di antara satu sama lain. Sampai hati khyrill buat dia macam ni.


Sudahlah fikirannya tengah kusut dengan kerja baru yang bertimbun-tinbun Fauzie pula tak habis-habis mahu mengenakkannya. Dia benar-benar keletihan. Kini Khyrill pula buatnya begini.


Ya Allah..kau kautkanlah hati hambaMU ini menempuh dugaan yang sekecil ini. Doanya di dalam hati. Air mata dikesat perlahan-lahan. Dia mahu melupakan segala peristiwa yang berlaku hari ini. Dia mahukan ketenangan untuk menghadapi hari esok yang belum pasti bagaimana.


Khyrill terkesima mendengar kata-kata Arisya sebenatar tadi. Benci! Arisya benci padanya. Sampai hati Arisya. Bukankah dia sudah mengakui kesalahannya pergi ke disko itu. Kenapa Arisya tak percaya yang dia tak buat semua benda-benda tu. Dia tak lupa daratan. Dia masih mampu membezakan halal dan haram. Siapa yang buat semua ini. Bila masa gambar-gambar itu diambil dan dihantar pula kepada Arisya. Ah!pengirimnya memang berniat jahat.


 Tapi, dia tidak sepatutnya pergi. Tambahan pula bila mengenangkan perbuatan Hafizzah malam tu. Dia tidak kisah untuk berkawan dengan wanita itu, asalkan tidak melampaui batas.  Tapi perangai dan tingkah laku Fizzah malam itu, sangat memalukan. 


Ya Allah, dugaan apakah pula yang perlu aku depani selepas ini?hati Khyrill bertanya sendiri.


Bunyi ketukkan yang sedang bertalu-talu membuatkan dia segera bingkas bangun.  Siapa pula yang mencarinya, mungkin Izmail fikirnya lagi.  Pintu segera dikuak dan dia agak tersentak kerana yang ada di hadapannya kini bukan Izmail tetapi perempuan yang baru di fikirkannya sebentar tadi.  Hafizzah, ya Hafizzah.!  Untuk apa dia kemari ke sini. 


            “Khyrill, boleh saya masuk.” Tutur Hafizzah memulakan bicara.


            “Eh!awak dah lupa ke adap-adap orang melayu. Lelaki dan Perempuan yang bukan muhrim mana boleh duduk berdua-duaan.!” Balas Khyrill dengan nada suara yang agak keras kedengaran.  Perempuan di hadapannya ini memang tak tahu malu ke? bisik hatinya lagi. 


“Ini luar negara, Rill.  Tak ada yang kisah soal boy and girl duduk berdua-duaan.”Jawab Hafizzah pula.


            “Ya, tapi saya kisah.!!Jerkah Khyrill kuat.Gadis di hadapannya ini benar-benar mencabar kesabarannya.


            “Okey, kalau begitu boleh kita berbicara sekejap di luar.” Sambung Hafizzah lagi. Dia memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu ada lagi pertengkaran yang akan merenggangkan hubungannya dengan Khyrill. 


Tujuan dia datang bertemu dengan Khyrill juga semata-mata untuk memohon maaf di atas kesalahan yng dilakukannya sewaktu di dalam kelab tersebut.  Memang salahnya dan memang patut Khyrill bertindak sebegitu.  Dia terlalu mabuk pada malam itu.  Langkah pertama yang hampir memusnahkan impiannya.


            “Awak nak cakap tentang apa lagi? Kalau awak nak ajak saya clubbing lagi, maaflah. Saya tak berminat.!” Tutur Khyrill memulakan bicara sebaik sahaja mereka duduk di tembok yang terdapat berhampiran dengan rumah sewa yang di diami Khyrill itu.


            “Saya nak mohon maaf atas apa yang terjadi pada malam tu, salah saya. Saya tak sedar. I’m sorry, Rill.” Balas Hafizah perlahan .


Khyrill diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan. Gadis di sebelahnya ini datang berjumpa dengannya semata-mata mahu memohon maaf atas apa yang terjadi pada malam itu.  Perlukah kemaafan itu di hulurkan.?Bisik hatinya pula.


            You tahu tak?Semua yang terjadi pada malam tu di rakam. Bahkan gambar-gambar tu kini telah sampai ke tangan kekasih hati I. Siapa yang buat I sampai macam ni?siapa yang ambil gambar-gambar I pada malam tu. Apa motif penghantar gambar tu. I tak sangka benda-benda macam ni akan jadi.You tahu ke siapa?ataupun...


You nak tuduh I, Rill..macam tu? bidas Hafizzah pantas.


I tak tuduh you.!I jugak tak tuduh Izmail. Tapi di sini I hanya kenal dengan you dan Izmail.”


I tak akan buat kerja bodoh tu, Rill. Lagipun, I tak kenal siapa kekasih you. Mungkin you ada musuh di sini. Siapa tahu.” Khyrill terdiam. Dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Tambahan pula di sini. Siapa pula yang tidak berpuas hati dengannya.


“Tapi you tak sepatutnya buat I macam tu. Kalau tak kerana aksi-aksi you pada malam tu semuanya mungkin tak akan jadi seteruk ini. I rasa was-was. Seolah-olah semuanya di rancang.”


“Rill, I tahu I jahat. I tak sepatutnya buat you macam tu. Tapi percayalah yang I tak buat semua kerja-kerja gila tu. I pasti Izmail juga tidak tahu menahu mengenai hal ini.” Balasnya pula dengan wajah yang sayu.


Pandai juga dia berlakon di hadapan lelaki ini. Memang dia yang menghantar gambar-gambar itu. Dia yakin waktu ini gambar-gambar yang di hantar kepada kekasih hati milik Khyrill itu sudah sampai. Pasti saat ini mereka sedang berperang besar kerana gambar-gambar itu. Kesian gadis itu. Pasti dia percaya bulat-bulat dengan apa yang di lihatnya. Dia yakin misi pertamanya ini telah berjaya mengkucar-kacirkan hubungan mereka. Hatinya tersenyum gembira.


“Saya mintak maaf, Rill. Saya tak sepatutnya buat awak begitu.”


Tutur Hafizzah lagi separuh merayu.


“Okey, saya maafkan awak.”


 Balas Khyrill semula. Entah di mana dia mendapat jawapan untuk berkata begitu.  Lagipun dia malas hendak memanjangkan cerita. Fikirannya begitu serabut di kala ini. Jika benar dia ada musuh di sini. Siapa?Hafizzah sendiri mengaku yang dia tidak sedar atas perbuatan yang dilakukannya pada malam itu.  Macam mana nak sedar, entah berapa botol arak yang yang ditunggangnya ada malam itu.  Astagafirullahalazim.   Khyrill beristifar di dalam hati.


            Thank you, Rill. Awak memang baik.”


 “Hmm..kalau baik saya tak sepatutnya pergi. Saya dah lukakan hati dia. Sekarang ni saya menyesal sangat. Macam mana kalau dia tinggalkan saya..” Tutur Khyrill perlahan. Pandangan matanya di halakan ke arah jalan raya yang sunyi itu.


“Buat apa awak nak takut. Ramai lagi perempuan kat dunia ni.”


 “Seribu perempuan yang akan datang pun tak akan sama seperti dia.”Ungkap Khyrill lagi.


Hafizzah mengetap bibir. Perasaan cemburu kini menguasai hatinya. “Awak tak boring ke duduk kat sini sorang-sorang, jauh dari family dan kawan-kawan.?” Soal Hafizzah pula cuba mengalihkan topik itu. Semakin banyak dia dengar hatinya semakin sakit.


 “Boring jugak.!” Balas Khyrill pendek.


 Boring, sunyi, dan bermacam-macam lagi perasaan yang menghuni jiwanya.  Namun, dia masih mampu untuk menghadapi dan melalui setiap episod baru di dalam hidupnya dengan sabar dan tenang.  Dan harapannya agar hari esok yang di lalui akan memberikan satu sinar baru buatnya. Semoga hati Arisya  lembut dan percaya yang dia tidak bersalah.


            “Jauh awak mengelamun, Rill.  Entah-entah sudah sampai Malaysia tak.?”


Tegur Hafizah setelah melihat Khyrill sibuk melayani perasaannya. 


“Belum sempat sampai. Awak dah tegur.”


 Ucap Khyrill dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia boleh duduk berborak engan Hafizzah. Mungkin juga dia belum mengenali Hafizzah yang sebenar pada awalnya.  Sama juga tanggapannya terhadap Izmail di waktu pertemuan pertama. 


 Namun dalam sisi kehidupan yang lain, Izmail seorang yang sangat mengambil berat terhadap dirinya walaupun mereka tidak terlalu akrab.  Namun setelah lama mengenali Izmail barulah dia tahu, masih ada sifat kebaikan di sebalik kejahatan yang selalu di tunjukkan.


Mungkin inilah kelemahannya, selalu menilai orang pada pandangan pertama.  Namun, tidak untuk kedua kali. Tetapi apabila di fikir-fikirkan kembali tidak salah jika mahu mencermin seseorang itu dari luaran kerana luaranlah yang mencerminkan dalaman.


Suasana yang dingin, semakin dirasai. Mereka segera berlalu apabila hari beransur gelap.  Beginilah kehidupan di sini.


Manis sekali senyuman yang kau ukirkan itu Khyrill.  Layakkah aku untuk mendampingimu. Hati Hafizah pula berbisik.  Banyak yang mereka bualkan pada lewat pertemuan itu,  baik Hafizzah mahupun Khyrill masih banyak cerita tentang mereka yang tidak di kongsikan.  Dia tetap tidak akan berputus asa untuk menakhluki hati lelaki itu.






















































No comments:

Post a Comment

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...