ARISYA menunggu dengan penuh sabar gilirannya untuk di temuduga. Sambil itu, sempat lagi dia membetulkan rambutnya. Hari ini dia memakai baju kebaya berwarna biru laut berbunga hitam. Hatinya sejak dari tadi lagi tidak berhenti berdegup. Bukannya ini pertama kali temuduga yang di hadirinya. Sudah banyak kali dia menghadiri temuduga, tapi tidak pula hatinya merasa berdegup kencang seperti ini. Mungkin juga sebelum ini Khyrill sentiasa menemaninya . Dan mungkin kerana itu jugalah dia kurang merasa debaran seperti ini. Rill,Risya rindu……
“Nur Iris Arisya Binti Ariff!Sila masuk.”
“Err…Ya, saya.”Arisya terkejut dari lamunannya sebentar tadi. Itulah kau Arisya asyik berangan 24 jam. Tak sudah..sudah.Kan dah terkejut.! Hati Arisya membebel sendiri.
Dia kemudiannya duduk di kerusi yang telah disediakan. Segala dokumen yang berkaitan telah diletakkan diatas meja. Hanya ada dua orang sahajakah yang akan menemuduganya?Setahu Arisya selalunya tiga orang. Keanehan mula menjalar di sanubarinya. Nampak sangat temuduga ini tak formal.
“Nur Iris Arisya binti Ariff. Sila perkenalkan diri awak.”
Ucap lelaki yang berkaca mata itu pula. Dalam pada itu, Arisya sempat mengerling pada tanda nama lelaki itu Mohd Syamirr.
“Nama saya Nur Iris Arisya binti Ariff. Berumur 23 tahun. Saya mempunyai Diploma Interior Design dari Universiti Institut Teknologi Mara.
“Awak pernah bekerja sebelum ini?”
Soal lelaki itu lagi.
“Perr....belum pun sempat Arisya menghabiskan ayatnya, seorang lelaki telah duduk di bangku kosong yang bertentangan dengannya. Jantung Arisya semakin berdegup kencang. Suratan atau kebetulan? Matanya terlopong memandang lelaki itu. Dugaan apa pula kali ini yang harus di depaninya.
“Cik Arisya awak boleh teruskan?”Soal lelaki berkaca mata itu lagi. Sambil tersenyum mesra kepada Arisya. Mahu saja Arisya segera meninggalkan tempat ini. Perasaan kesal mula terbit di sanubarinya. Tidak mungkin dia bermimpi di siang hari.
“Cik Nur Iris Arisya?Awak masih di sini atau sudah sampai ke bulan?”kata lelaki itu lagi. Dia ketawa memandang Arisya. Lelaki yang baru duduk sebentar tadi juga turut tersenyum sinis padanya.
“Eh..Err..Pernah! Sebagai kerani di Syarikat Ixora Hias Sdn Bhd.”
Jawab Arisya pula dengan nada tergagap-gagap. Lelaki di depannya itu sudah merenungnya dengan pandangan yang tajam.
Aduh! kalau aku tahu dia ada di syarikat ni mati hidup semula pun aku tak mahu datang temuduga ni. Tak pasal-pasal kang dapat malu. Arisya membebel di dalam hati. Manakan tidak lelaki itu adalah mamat tiang yang dilanggarnya tempoh hari. Ya, Arisya yakin. Lelaki itu adalah mamat tiang yang berebut parking dengannya tempoh hari. Ya Allah..kecilnya dunia. Sebaik sahaja Arisya ingin bangun dari tempat duduknya, mamat tiang itu memanggilnya.
“Arisya, kaki awak dah okey ke? Bila awak boleh mula bekerja.?”Hah! biar betul. Arisya dah mula tidak sedap hati. Jangan-jangan mamat tiang ini mahu mengenakannya. Kalau pasal hutang tempoh hari dia boleh bayar sekarang juga. Dia sendiri tak mahu menanggung beban memikirkan pasal hutang itu.
“Kau kenal dia ke Fauzie?soal lelaki yang bernama Syamirr itu lagi. Mungkin aneh dengan tindakan Fauzie.
“Yes!sangat-sangat kenal!” balas Fauzie bersahaja. Dalam pada itu matanya tidak terlepas walaupun sesaat dari memandang Arisya. Senyuman tidak berhenti terukir dari bibirnya. Arisya kaget!Aneh betul sikap lelaki ini.
“Kau pun satulah Fauzie, dah ada calon yang sesuai tak beri tahu aku awal-awal.” Kata Syamirr lagi. Fauzie hanya tersengih. Syamirr hanya ketawa kecil melihat sengihan yang memanjang dari Fauzie sambil menggeleng. Arisya hanya memandang mereka dengan pandangan kurang mengerti.
Seorang lagi lelaki yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Cuma sesekali dia memandang Arisya dengan ekor matanya. Seperti sedang menilai apa yang sedang bermain di fikiran Arisya. Atau mugkin juga sedang merumuskan sesuatu tentang dirinya. Pandangannya sesekali menoleh ke arah Fauzie. Arisya merasa sungguh tidak selesa dengan caranya itu. Entah apa yang berada di kotak fikiran lelaki itu
“Cik Arisya! Boleh awak mula bekerja esok?”Soal mamat tiang itu lagi. Fauzie..ya namanya Fauzie.
“Errr...”
“Jangan takut Cik Arisya semua pekerja kat sini belum lagi ada yang makan orang!” Fauzie berkata dengan selamba. Dalam sungguh maksud ayat tu. Huh! ngeri pula Arisya memikirkannya. Lama Arisya tertunduk. Antara takut, gerun, risau. Semuanya bercampur baur menjadi satu.
“Diam tandanya setuju. Bagaimana Cik Arisya, boleh tandatangan surat perjanjian kerja sekarang?”Ucap Syamirr pula.
“Cik Arisya masih ada di sini lagikah?” Fauzie sekali lagi mengejutkan lamunan Arisya. Gadis di hadapannya ini memang suka berangan. Entah apa yang di fikirkannya. Tapi seraut wajah itu memang comel. Masih Fauzie ingat, ketenangan yang dipamerkan gadis ini sewaktu Fauzie memarahinya akibat pelanggaran tempoh hari. Hmm!comel sungguh.
“Errrr...hmm...Okey,saya setuju.” Bergetar- getar suara Arisya untuk memberikan jawapan. Walaupun masih di selubungi rasa takut dia tetap menerimanya.
“Okey Arisya. Saya memang berminat untuk mengambil awak sebagai Pegawai Interor Designer Division. Awak boleh bertanya dengan lebih lanjut tentang apa-apa yang awak tidak tahu pada Encik Mohd Syamirr dan yang di hujung sana itu Pegawai Pemasaran kita, Encik Farezz. Kalau awak nak bertanya terus kepada saya pun tak ada masalah.” Tutur Fauzie dengan panjang lebarnya. Pandangannya juga tidak berkelip merenung Arisya. Arisya menganguk tanda memahami apa yang di katakan oleh Fauzie.
“Asyik nak perkenalkan anak buah aje, yang bos tu tak perkenalkan diri pun?” Tiba-tiba sahaja Encik Farezz bersuara setelah mendiamkan diri agak lama.
“Oh, Dia dah tahu nama saya, Farezz”
“Sudah saling kenallah ni. Aku ingatkan kau bergurau aje tadi Fauzie.”Sampuk Syamirr lagi sambil tersengeh macam kerang busuk. Alahai, permainan apa yang sedang mereka lakonkan. Detik hati Arisya pula. Fauzie masih dengan senyumannya itu.
“Okeylah kita bersurai. Arisya, awak ikut saya ke bilik sebentar. Untuk tandatangan surat perjanjian kerja. Syamirr, kau tolong cakap kat Hidayah minta dia batalkan semua temuduga hari ini.” Sambungnya lagi dan terus bangun membuka pintu menuju ke biliknya.
Arisya ikut melangkah. Dalam pada itu Arisya melihat Syamirr memberitahu wanita yang berada di meja hadapan itu sesuatu. Mungkin wanita itu yang di sebut oleh Fauzie sebentar tadi.
“Tak sangka ya. Kita bertemu lagi.” Kata Fauzie sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam pejabatnya.
“Dunia ini kecil aja.” Jawab Arisya perlahan.
“Mungkin juga kita ada jodoh.”
Jawab Fauzie selamba sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas kepada Arisya. Arisya hanya tersenyum hambar. Debaran di jiwanya masih belum hilang. Tidak menyangka sama sekali pertemuan masih menjadi milik mereka berdua. Kalaulah Emilia tahu, pasti pecah berderai tawanya.
“Awak memang suka berangan. Agaknya berangan memang sudah mejadi hobi awak sehari-harian kan? Betul atau tidak apa yang saya katakan?”
“Saya tak ada jawapan untuk persoalan yang Encik hulurkan.”Jawab Arisya sambil terus membaca surat tawaran kerja tersebut.
“Tapi saya sudah ada jawapan pada persoalan saya.”
“Kalau dah tahu kenapa masih bertanya?”
“Hendak melihat Cik Arisya ini seorang yang jujur atau tidak. Nampaknya tidak.”
“Apa kaitan berangan dengan jujur? Jangan hendak mengarutlah Encik Fauzie. Tidak ada sesiapa yang mampu membaca hati manusia sepenuhnya. Jadi lebih baik Encik Fauzie jangan cuba meramal tanpa bukti. ”
“Kalau awak jujur, awak akan mengaku ‘Ya, saya memang suka berangan.’ Buktinya awak langgar saya dua kali tempoh hari sebab waktu itu awak sedang berangankan, Arisya?” Kata Fauzie sambil tersenyum.
Arisya hanya menggeleng walaupun dia begitu terkejut kerana hal itu masih di sebut oleh Fauzie. Adakah Fauzie menerimanya bekerja semata-mata mahu membalas dendam padanya. Tiba-tiba sahaja perasaan menyesal tumbuh di hatinya. Menyesal kerana menerima tawaran kerja ini. Hendak menarik diri, surat perjanjian yang berada di atas meja sudah siap di tandatanganinya sebentar tadi. Jadi,mahu tidak mahu dia harus akur dan menelan setiap kata-kata yang keluar dari mulut mamat tiang ini.Ah!
“Saya akan bayar balik bingkai cermin yang pecah tempoh hari.”Ucap Arisya perlahan.
“Tak payah, Arisya. Bukankah saya dah halalkan semua hari tu.”
“Tak boleh macam tu Encik Fauzie. Saya tak nak terhutang budi.”
“Suka hati kaulah!”Jerkah Fauzie kuat.
Aduhai..belum apa-apa dah kena. Apalah angin mamat tiang ni. Sekejap okey, sekejap tak. Dah mereng agaknya.
Selesai sahaja semua yang perlu di lakukan, Arisya dengan pantas keluar dari pejabat itu. Tak sanggup untuk melihat jelingan-jelingan tajam dari pekerja-pekerja di situ. Pelik betul Arisya. Dari ketua sampailah ke anak buah semuanya suka menjeling. Tak takut juling betul. Moga-moga Arisya tidak berjangkit penyakit menjeling apabila memulakan kerja esok .Entah bagaimana nasibnya nanti.
Arisya terus menghidupkan enjin kereta sambil menyanyi perlahan antara dengar dengan tidak. Nampak gayanya dia sudah berjangkit dengan sikap Khyrill yang suka menyanyi itu.
***
“WHAT?kerja tempat mamat tiang tu? Kau biar betul Risya.”Soal Emilia sekali lagi. Agak tersentak sedikit dia dengan berita yang di sampaikan oleh sahabatnya itu.
“Betullah!”Balas Arisya semula. Emilia serta merta terus ketawa kuat. Tidak menyangka sama sekali Syarikat yang memanggil Arisya bekerja itu adalah kepunyaan mamat tiang. Arisya mendengus kasar. Seperti yang di jangkakan. Pasti Emilia akan mentertawakannya.
“Aku takutlah...”sambung Arisya lagi. Emilia kembali tersengeh.
“Kau takut mamat tiang tu balas dendam kat kau eh?”
“Ya lah.!”
“Yang hang pun satu? Kenapa terburu-buru sangat terima tawaran tu. Hang saja je nak menyusahkan diri hang. Sekali-kali dengan aku pun susah.”Seloroh Emilia lagi.
“Apahal pulak kau yang nak susah.?”
“Entah?”
“Hish!aku cepuk jugak kot.!Tak habis-habis nak buat lawak.”
“Kau tak jumpa sama ke perempun seksi tu?”Emilia menyoal lagi.
“Perempuan? Seksi? Yang mana satu?”Arisya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Fikirannya agak bercelaru kala ini. Perasaannya berdebar bila memikirkan lagi dua hari dia akan memulakan kerja di tempat yang baru itu.
“Perempuan yang dengan mamat tiang tempoh hari tu lah.!”Bentak Emilia kuat.
“Oh, perempuan tu....ntah?Tak ada pula aku jumpa masa di pejabat itu tadi.”
“Lebih baik hang hati-hati, Risya. Mamat tu aku tengok bolehlah juga tahan handsomenya. Macho pun ya jugak.!”
“So? Apa masalahnya dengan aku?”Soal Arisya kembali.
“Masalahnya aku takut hang terjatuh hati pulak kat mamat tiang tu.”Emilia ketawa gembira. “Kalau jatuh hati pun nak kenapa?Bukannya aku isteri orang lagi. Aku baru jadi kekasih orang..”
“Jangan nak cari pasal ya cik kak!”
“Ye lah!aku akan cakap kat Khyrill kau yang ajar aku.Sebab tu lah aku jadi macam tu.”Kali ini giliran Arisya pula yang ketawa. Emilia mengetap bibir. Geram dengan tingkah Arisya. Tapi dia tahu Arisya orang yang macam mana. Tak semudah itu sahabatnya ini akan suka pada seseorang. Apatah lagi untuk jatuh cinta. Cinta yang sebenar cinta hanya tertumpah buat lelaki pujaan ramai itu.
No comments:
Post a Comment