Wednesday, December 7, 2011

Hangatnya Cinta - Bab 14

SEMINGGU sudah berlalu. Minggu yang panjang dan menyiksakan perasaannya baik dari segi zahir mahupun batin. Sesungguhnya dia merasakan ada sesuatu yang hilang dalam kehidupan ini. Dia begitu merindukan Nur Nilam Qaseh. Begitu merindukan kemesraan dan belaian manjanya. Namun, sikap Nur Nilam masih dingin terhadapnya. Di antara mereka seolah-olah terbentuk sebuah dinding terjal. Dalam tidak sedar dia sedang cuba membina kembali sejarah cinta luka yang dia berniat tidak mahukannya lagi. Bukankan dia sendiri yang mahukan bahagia, tapi dalam masa uyang singkat sahaja di alpa. Seminit alpa seminggu sengsara bahkan boleh melarat ke tahun juga.

Pada awalnya di tidak pernah menyangka akan jatuh cinta lagi.Sehingga dia sendiri lupa bagaimana rasanya untuk jatuh cinta. Bagaimana rasanya bila diri di cintai. Bertahun-tahun dia lupa bagaimana untuk tersenyum lagi sehingga suatu ketika dia jadi keliru dengan perasaannya sendiri. Tapi, kali ini Nur Nilam membuatkan dia bagaikan gila bayang. Membuatkan dia seperti orang bodoh yang selalu sahaja ingin tersenyum setiap masa.

Bila dia baca email dari Kamalia tempoh hari perasaannya jadi kacau bilau. Dia bimbang kisah lalu berulang. Namun, kini dia semakin tenang. Rasa itu hadir dengan sendiri. Sikap Nur Nilam yang sederhana juga senyuman Nur Nilam yang tulus membuatkan jiwanya selalu sahaja berkocak.

Kini, sedar tak sedar sudah hampir sebulan dia dan Nur Nilam berpindah. Sedar tak sedar juga sebenarnya dia sudah semakin yakin dengan perasaannya pada Nur Nilam. Tidak lagi keliru. Tidak ada lagi bayang wajah Kamalia yang sudah sunyi sepi. Mungkin hidupnya sudah kembali normal seperti biasa. Kalau tak kerana Kamalia tentu Nur Nilam tak akan berubah macam ni. Hampeh betul. Dah elok-elok jalan lurus sekarang dah jadi bengkok. Padanlah dengan muka dia. Dia yang tak boleh nak kawal perasaan sendiri. Tahu nak marah..marah..marah je.!Muka dah handsome tapi perangai macam singa.

Tender-tender yang ada di atas meja hanya di pandang sepi. Dia tahu jatuh bangun syarikat terletak di atas tangannya. Jika dia masih berterusan begini keadaan akan menjadi bertambah teruk. Sudah banyak peluang-peluang kosong untuk syarikatnya masuk dalam perlawaan tender dan sebutharga di biarkan sepi. Apatah lagi semenjak kepemergiaan Nur Hana Elieyana yang mengikuti suaminya ke Terengganu keadaan semakin agak kelam kabut. Dia memang perlukan pembantu. Tak kanlah nak harapkan pada setiausahanya pula. Mana boleh. Lari bidanglah. Mana nak bawa ibu mertuanya ke Hospital lagi.Aduhai.. Mama pun dah mula bising-bising sebab dia sudah lama tak balik. Nak buat macam mana memang dia tak sempat langsung.

Nilam?Mahu ke Nilam bantu dia buat kerja-kerja ini semua?Tahu ke Nilam tu? Ah!Try je lah. Mana tahu kali ini hati isterinya itu lembut. Kalau tak tahu dia boleh ajar. Bukannya susah sangat. Cuma perlu komitmen dan fokus yang lebih sikitlah. Dia segera mencapai telefon bimbitnnya lalu panggilan segera di buat. 

“Assalamualaikum sayang...”ucapnya sebaik sahaja panggilan yang di buat itu di jawab.

“Hmm ada apa?”balas Nur Nilam pula di talian. Sayang konon!

“Rindu..”balas Iskandar pula selamba.

“Awak kalau nak cakap macam tu lagi lebih baik awak tak payah call. Buang masa saya je!”marah Nur Nilam pula.

“Okey..okey...Kenapa ek?Nilam sekarang garang sangat.?Abang sebenarnya nak tanya sayang dah dapat kerja ke belum?”

“Hmm..kenapa?Kalau belum pun itu bukan urusan awak!Tak tahulah kalau awak dah tak larat nak tanggung makan minum saya!”balas Nur Nilam kasar. Dia baru sahaja sembuh daripada deman. Iskandar boleh pula tanya soalan yang macam tu.

“Abang tanya je,.sayang tu suka buat andaian sendiri. Abang tak maksudkan macam tu pun.”jawab Iskandar tenang.

“Hmm..”

“Sayang kerja dengan abang ek?”

“Tak nak!”

“Kenapa?”

“Sebab tak nak!!”

“Sayang tak ada alasan yang kukuh untuk tolak tawaran abang.Abang tak peduli!Sayang nak ke tak nak ke? Esok sayang mesti ikut abang datang office!tut..tut..tut...”Iskandar terus memutuskan talian. Kemudian bibirnya tersenyum simpul. Mesti Nur Nilam tengah bengang sangat-sangat dengan dia sekarang. Suka paksa!Hehehe..nasib kaulah Nilam.

Nur Nilam mendengus kasar. Jawapannya sering saja di tolak. Kalau macam tu lebih baik tak payah tanya dia. Buat keputusan sendiri. Kalau tanya pun jawapannya tetapi Isknandar yang buat sendiri. Tak setuju pun akan jadi setuju. Setuju kerana terpaksa.

 Bukankah dia dah cakap sebelum ini yang dia tak mahu bekerja dengan Iskandar. Dia tidak mahu lagi sentiasa dekat dengan Iskandar walaupun sakit hatinya sudah semakin reda tetapi apa yang berlaku tetap tak mudah untuk di lupa. Kerana kejadian itu dia belajar untuk berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap langkahnya. Sekalipun dia sendiri terpaksa memendam rasa. Tak semudah itu juga untuk dia melupakan hangatnya cinta yang membara. Tapi?Dia bimbang sejarah itu berulang kembali. Sejarah yang menyayat hati dan sanubari.

 Siapa yang tak ingin bahagia? Semua manusia yang lahir ke dunia mahukan bahagia. Tapi untuk menggapainya tak semudah seperti yang di sangka. Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya boleh membawa kepada kerugian. Seperti cendawan yang tumbuh melata jika terus di makan di khuatiri akan beracun. Ya Allah..semoga kau permudahkan perjalanan hamba Mu ini. Doanya lagi di dalam hati.

Sejak seminggu ini mereka bagaikan orang asing. Berlagak selamba di hadapan ibunya tetapi di belakang sudah jadi macam dua jalan. Seminggu ini juga telinganya hanya mendengar kata-kata maaf daripada Iskandar. Mungkin Iskandar benar-benar menyesal dengan perbuatanya. Tak tahulah kenapa Iskandar jadi macam tu. Dalam tidak sedar dia merasa kehilangan.



Bunyi ketukan di muka pintu yang bertalu-talu membuyar lamunan. Dia segera berlari-lari anak menghampiri pintu yang senantiasa terkunci itu.Sebaik sahaja pintu rumah itu di kuak terpacul wajah ibu mertuanya. Ianya benar-benar mengundang kejutan yang di luar jangkaan. Apatah lagi kehadiran ibu mertuanya yang secara tiba-tiba di samping seorang wanita yang tidak di kenalinya membuatkan dia di tertanya-tanya siapakah wanita itu. Bahkan wanita itu sedang mengendong seorang bayi kecil yang begitu comel. Anak kacukan mungkin.

“Iskandar belum balik lagi? Sudahlah lama tak pulang ke rumah!Datang pun tak nampak batang hidung. Sibuk sangat agaknya nak membela orang-orang yang ada dalam rumah ni!”

Setiap patah bicara yang keluar dari mulut ibu mertuanya itu terasa menyucuk-cucuk jiwa raganya. Masuk-masuk sahaja ke dalam rumah sudah ada hati-hati yang terluka dek kata-kata yang keluar dari mulut Datin Rozita itu. Mujur ibunya tiada bersamanya saat ini. Biar dia seorang sahaja yang menelan kata-kata pedas ini.

“Err..sekejap lagi Is baliklah tu. Mama dan...

“Kamalia!”

Kamalia? Bukankah itu nama yang selalu di sebut-sebut oleh Iskandar di dalam mimpinya dulu. Hati Nur Nilam kembali bergetar sejuta rasa. Dia mengukir senyuman namun senyuman yang terpamer terasa tawar tak bergula. Hambar.! Perempun itu juga sama. Senyuman yang terpamer ibarat di paksa-paksa. Kelat je.

“Er..duduklah dulu. Nanti Nilam pangilkan ibu Nilam, ”tutur Nur Nilam pula teragak-agak. Ibunya pasti sedang tidur sekarang. Pagi tadi ibu ke hospital seperti biasa bersama Iskandar untuk menjalani rawatan dialysis buah pingangnya. Tentu ibu letih sekarang.

“Eh!Tak payahlah kau nak kejutkan ibu kau tu. Mama datang sini pun bukan nak jumpa ibu kau tu.Ini hah! Kamalia ni nak sangat mama bawa dia jumpa dengan Iskandar. Lagipun dia datang dari jauh. Tak sampai hati pula mama nak tolak permintaan dia. Harap kau tak kisahlah.”ucap ibu mertuanya lagi sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa bewarna biru itu. Nur Nilam diam. Angguk pun tidak. Geleng pun tidak. Perasaannya semakin berkecamuk.

Dia masih ingat lagi yang Iskandar pernah bercerita tentang hati dia yang terluka. Bahkan fikirannya masih ingat lagi mimipi-mimpi Iskandar yang selalu sahaja menyebut sebaris nama ini. Kamalia. Ya!Dia begitu pasti pemilik kepada nama itu sedang berada di hadapannya kini. Ah! Dia rasa cemburu tiba-tiba. Tapi, bayi itu anak siapa pula?

Dia kemudiannya meminta diri untuk menuju ke dapur.  Hidangan sekurang-kurangnya minuman wajib untuk di sediakan kepada tetamu yang datang. Perasaannya semakin berdebar-debar menanti Iskandar pulang.

Tidak lama kemudian dia kembali ke ruang tamu dengan sedulang minuman lalu di hidangkan kepada tetamu. Bayi kecil itu sudah terlena di atas pangkuan wanita itu.  Telinganya menangkap bunyi deruman enjin kereta di luar sana. Dia yakin Iskandar sudah pulang walaupun jarum jam baru menunjukkan ke angka 4.00 petang. Sejak seminggu yang lalu Iskandar sudah jarang pulang lewat. Boleh di katakan tiap-tiap hari dia pulang awal sehinggakan Nur Nilam berasa rimas dan lemas. Apatah lagi setiap hari ada sahaja pujukan dan ayat-ayat manis yang begitu menggelikan telinganya ini untuk di dengar.

Dia segera menuju ke muka pintu untuk mendapatkan Iskandar. Tentu Iskandar ingat yang dia dah boleh terima Iskandar semula. Selalunya tak adanya dia nak sambut-sambut Iskandar pulang. Hari ini dia buat pun sebab terpaksa. Wayang je lebih!

Sebaik sahaja terpandangkan wajahnya senyuman Iskandar meleret-leret. Muka suci je. Amboi!Tak habis-habis lagi nak goda aku. Gerutu hati Nur Nilam lagi.

“Kita ada tetamu ke sayang? Siapa?Ibu mana?”soal Iskandar laju sahaja.

“Hmm..mama awak dan...”

“Mama?La..kenapa sayang tak bagitahu awal-awal.Cepat salam!”ucap Iskandar pula keras namun perlahan. Tangan gagahnya segera dihulurkan kepada Nur Nilam sedangkan Nur Nilam belum habis menuturkan ayatnya yang terakhir. Dalam teragak-agak Nur Nilam menundukkan wajahnya menyambut salam itu. Sebaik sahaja kepalanya di panggung satu ciuman hangat hinggap di pipinya. Hatinya bergetaran untuk sekian kali. Apatah lagi saat mata mereka bertaut. Terlalu lama rindu yang terpendam baik dia mahupun Iskandar.

“Jom masuk!”ucap Iskandar pula sambil tanganya melingkar di pinggang Nur Nilam. Nur Nilam tak mampu untuk menolak. Hatinya semakin berdebar-debar.

Tapi langkah kaki Iskandar terhenti di muka pintu.Dia terkaku di situ. Dadanya berombak kencang. Matanya terbeliak, seakan melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya seumur hidup. Di hadapannya kini berdiri seorang wanita bersama bayi yang masih kecil. Senyuman yang meniti di bibirnya tadi juga turut lenyap. Hilang dalam sekelip mata. Apakah dia bermimpi? Tidak! Dia tidak bermimpi. Wajah itu memang ada di hadapannya kini. Ya Allah..untuk apa pertemuan ini?

 “Kenapa abang..”Nur Nilam menyoal Iskandar perlahan. Iskandar berusaha keras untuk mendamaikan jiwa. Lalu muncul sebuah pertanyaan di hatinya. Kenapa dia harus nanar semata-mata melihat wajah itu. Wajah yang suatu ketika mengisi ruang hatinya dengan bunga-bunga cinta dan lara. Kenapa dia harus terkejut kalau tersua kembali dengan wanita yang pernah menjadi kekasih hatinya. Bukankah dia sudah membuat pilihan bahawa hatinya memilih Nur Nilam. Walaupun suatu ketika dia sendiri keliru dengan perasaannya kepada Nur Nilam. Jadi dia harus berusaha untuk nampak tenang.

“Abang..”Nur Nilam sekali lagi mengejutkannya.

“Tak ada apa-apa, abang cuma terkejut melihat kita ada tetamu yang tidak di undang kecuali mama,”balas Iskandar pula sambil langkah kakinya yang tadi mati kini kembali bergerak ke arah Datin Rozita.

“Mama apa khabar?”soal Iskandar.

“Baik!”

“Dah lama mama sampai? Kenapa tak bagitahu Is  yang mama nak datang?”

“Mama bukannya clien kamu yang perlu buat temujanji terlebih dahulu!”

“Ada apa?”soal Iskandar  sekali lagi. Dia kemudiannya menarik tubuh Nur Nilam yang baru sahaja selesai menuangkan segelas air untuknya agar berada dekat dengannya. Dia tidak mahu tersilap langkah lagi untuk sekian kali. Dia mahu Kamalia tahu yang dia memilih Nur Nilam bukan dia.  Saat ini dia begitu perasaan akan perubahan riak wajah yang amat ketara di muka Kamalia. Ya Allah..Kau kuatkanlah rasa cintaku ini hanya kepadaMU dan Isteriku..

“Kamu ni dah lupa jalan balik ke rumah mama ke Is?”

“Is sibuklah mama..”

“Itu alasan kamu dari dulu lagi Is..Ini hah!Kamalia yang nak sangat jumpa dengan kamu. Mama kesiankan dia Is,anak kecil lagi tapi ayahnya hilang entah ke mana.”

Iskandar mendengus. Bayi kecil yang sedang nyenyak tidur itu di pandang sayu. Sudah derita baru nak cari dia? Memang Kamalia cinta pertama yang sukar untuk di lupakan tetapi dia telah buang cinta itu jauh-jauh. Dia tak mahu lagi ada tangisan yang merembes laju di pipi kerana dirinya. Cukuplah seminggu derita yang di laluinya. Cukuplah hanya seminggu Nur Nilam menghukumnya.

“Is, saya minta maaf jika menggangu awak...”baru kali ini kedengaran suara Kamalia berbicara. Loratnya kedengaran agak janggal. Mungkin di sebabkan terlalu lama berada di Negara orang.

“Baik?Awak nak apa datang jumpa saya?Saya rasa antara kita dah tak ada apa-apa lagi yang perlu di cakapkan. Saya dah terangkan kepada awak segalanya. Rasanya sudah jelas.”

“Is!Kenapa cakap macam tu. Mama tak suka kau cakap macam tu!”herdik mamanya pula. Mamanya seolah-olah lupa penderitaan yang dia tanggung selama ini.

“ Tapi, Is..saya datang untuk minta maaf pada awak Is?Saya menyesal Is..saya menyesal..”

“Tak ada sebab kau nak mempersoalkan takdir. Terima sajalah ketentuan..”

“ Tapi Is saya masih cintakan awak?”

Kali ini giliran Nur Nilam pula yang tersentak.Cinta?

 Datin Rozita bangun dengan tiba-tiba dan segera memberi isyarat kepada Nur Nilam agar meninggalkan Iskandar dan Kamalia di situ.

Nur Nilam pasrah. Menurut sahaja kehendak ibu mertuanya itu. Dia bangun, namun tubuhnya di tarik Iskandar kembali. Dia terpinga-pinga dengan situasi yang tidak terduga dan tak pernah terfikir dek akal fikirannya. Datin Rozita juga terkebil-kebil melihat tindakan Iskandar.

“Sayang nak ke mana? Abang tak nak sayang pergi. Abang nak sayang tahu yang abang pilih sayang.!Kam! Tolonglah..jangan ganggu saya lagi. Saya dah tak boleh nak tolong awak lagi. Saya sudah ada kehidupan saya sendiri. Saya sudah ada isteri dan pengganti yang lebih tahu menghargai cinta saya.Cukuplah!”

“Awak bohong Is!saya tahu awak masih cintakan saya. Kenapa awak tak mahu bagi peluang sekali lagi kepada saya? Tahukah awak yang saya memperjudikan maruah saya untuk datang kembali mencari awak. Please Is..saya merayu kepada awak terimalah saya kembali di dalam hidup awak! Saya hanya mahu menumpang kasih awak...”

No! No!Aku dah cakap!Dan aku rasa semuanya sudah cukup jelas.!”

Suara Iskandar yang kuat membuatkan tangisan bayi comel itu mulai kedengaran. Datin Rozita diam terkata apa-apa lagi. Nur nilam apatah lagi. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Wajah comel itu di pandang sayu. Air mata yang berjuraian di pipi ibu bayi itu juga semakin mengundang sayu.

 Iskandar bangun serta merta meninggalkan semua yang ada.  Satu-satu mata tertumpu kepadanya. Bayang tubuhnya semakin hilang di sebalik muka pintu. Ibu mertuanya yang baru tiba juga tercengang-cengang melihat kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian bunyi deruman enjin kereta memecah suasana pada petang itu.

Nur Nilam semakin pasti hati Iskandar miliknya yang abadi.!Tapi bagaimana pula dengan Kamalia yang merayu-rayu meminta Iskandar kembali?Ah..pilihan hanya ada di tangan Iskandar. Walaupun dia yakin Iskandar memilih dia tapi dia tidak sanggup untuk melihat penderitaan anak kecil ini bersama ibunya yang sarat dengan cinta terhadap suaminya. Ya Allah, kenapa ini semua harus berlaku?

Tiba-tiba sahaja dia rasa bersalah. Kalau dia tidak hadir di dalam hidup Iskandar sudah pasti Iskandar akan menerima Kamalia kembali.  Sudah pasti bayi kecil ini akan mendapat kasih sayang dari seorang bapa walaupun bukan bapa kandungnya. Jika dari awal dia dan Iskandar mengikut perjanjian-perjanian yang di tetapkan sudah tentu tidak mustahil untuk Iskandar kembali menyatu dengan Kamalia apabila mereka berpisah nanti. Tetapi, antara mereka berdua telah di takdirkan untuk bersatu dalam cinta. Untuk merasa hangatnya cinta.

Keadaan juga sudah berubah. Dia kini sah menjadi milik Iskandar yang abadi. Bahkan untuk kembali mengingati segala perjanjian juga jauh sekali. Cuma seminggu ini sahaja mereka terpisah dek sikap Iskandar yang tiba-tiba sahaja berubah. Namun, Iskandar juga cepat menyedari kesalahannya. Apakah perubahan Iskandar pada malam itu di sebabkan oleh Kamalia? Ya Allah..Kenapa keadaan ini semakin sulit untuk di fahami..






















3 comments:

  1. tk nk ler Nilam mengalah.. kenapa pulak nk fikir psl org lain... Is dh pilih Nilam... harap2 Nilam tk mengalah.. pertahankan rumahtangga tu..tk suka heroin jenis mengalah... Kamalia blh cari org lain... ramai lg lelaki..kenapa Is juga yg dia pilih... jgn guna anak utk menagih simpati Is..

    ReplyDelete
  2. hehe..terima kasih atas komen salina..x pe..mengalah tak bermaksud kalah..

    ReplyDelete
  3. besttttttttttt..-Say Hello

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...