ISKANDAR duduk bersandar di hujung katil. Matanya terarah kepada Nur Nilam Qaseh yang berada di sebelahnya. Nur Nilam sudah sedarkan diri tadi tetapi kembali melelapkan mata setelah menelan ubat yang diberikan oleh mak Piah. Mungkin kesan ubat itu agak kuat. Kesian Nilam. Dia telah buruk sangka pada gadis ini sebentar tadi.
Iskandar benar-benar di buru penyesalan yang tidak terhingga. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya sebentar tadi. Kesian wajah asli ini..tidak pasal-pasal makan penamparnya hari ini.Ya Allah, aku benar-benar bersalah padanya.
Tanpa dia sedari jari jemari Nur Nilam dicapainya lalu digenggamnya erat. Matanya masih merenung ke wajah Nur Nilam. Cantik. Sangat cantik. Pesona Nur Nilam benar-benar membawanya hanyut jauh ke destinasi yang mana hanya ada dia dan Nilam sahaja. Dia seakan-akan lupa kisah cinta tragisnya yang lalu. Dia seakan-akan kembali ke lembah cinta dan kasih sayang yang dia berniat untuk tidak mahukannya lagi. Apakah kehadiran Nur Nilam sebenarnya telah melahirkan erti cinta sekali lagi di hatinya.Ah!Dia benar-benar keliru saat ini.
Nur Nilam bergerak-gerak perlahan. Serentak dengan itu Iskandar melepaskan genggaman tangannya dan turun dari katil itu. Dia berdiri pula mengadap Nur Nilam sambil memanggil lembut nama Nur Nilam.
Nur Nilam membuka matanya. Sebaik sahaja terpandangkan wajah Iskandar dia kembali memejamkan matanya rapat-rapat. Dia benci Iskandar. Sangat-sangat benci. Kini, dia mengharapkan agar Iskandar akan cepat-cepat melepaskannya. Biarlah dia berusaha sendiri untuk merawat penyakit ibunya. Dia tidak berdaya untuk terus-terusan hidup dengan lelaki ini. Baru hari kedua dia sudah di hadiahkan penampar. Belum hari ketiga keempat nanti. Ngeri bila memikirkannya.
“Nilam..aku minta maaf. Aku salah..Kau makanlah sikit. Kau belum makan apa-apa lagi,”suara Iskandar benar-benar hampir di telinganya. Dadanya berdebar takut diapa-apakan lagi oleh lelaki ini.
“Nilam..bukalah mata tu. Aku janji aku tak akan buat kau macam tu lagi. Aku menyesal. Maafkan aku ya..”pujuk Iskandar lagi.Nur Nilam hanya menggeleng. Matanya masih dipejamkan rapat-rapat.
“Nilam kau dengar tak aku menyesal dengan apa yang aku buat. Kau maafkanlah aku.”Iskandar masih tidak berputus asa. Matanya masih memandang ke wajah Nur Nilam yang putih melepak.
“Nilam,aku dah buat keputusan. Esok kita pindah. Kita ambil ibu kau tinggal sekali dengan kita okey. Lagipun aku dah start nak masuk opis,”Iskandar cuba memancing Nilam dengan topik itu. Dia tahu pasti Nilam sangat gembira mendengarkan berita ini. Seperti yang dijangka Nilam membuka matanya dan beralih kepada Iskandar. “Betul ke apa yang saya dengar..?”soalnya lemah. Iskandar mengangguk berulang kali sambil tersengeh macam kerang yang tak laku-laku. Dalam hatinya macam nak menjerit-jerit sebut Yes!Yes!Yes!Sebab taktiknya dah berjaya melembutkan hati Nilam. Hehe..nasib kaulah Nilam.
“Awak janji?”soal Nilam lagi. Dia masih ragu-ragu dengan kata-kata Iskandar.
“Janjilah..aku tak kan mungkir janji. Kau maafkanlah aku pasal tadi. Aku dah tuduh kau macam-macam. Aku tak sengaja,” bicara Iskandar lagi. Mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar itu membuatkan hatinya sebak tiba-tiba. Kejadian yang berlaku tadi sangat menyakitkan hatinya. Dia dihina bahkan dia dianggap perempuan yang seolah-olah tak bermaruah. Tergamak Iskandar menuduhnya begitu.
“Nilam, kau dengar tak..Okeylah,aku takkan paksa kau untuk maafkan aku. Itu hak kau. Yang penting sekarang ni kau makan dulu. Kau tengok ni mak Piah dah masakkan bubur untuk kau. Sayang benar dia kat kau,”tutur Iskandar lagi.
“Saya belum ada selera..”
“Tak boleh!Tak boleh!Kau ada selera ke tak ke?Kau kena makan juga. Nanti sakit kau tu melarat aku juga yang susah!Habis nanti orang dalam rumah ni tuduh aku tak pandai jaga isteri.”
Nur Nilam mengetap bibir. Geram sangat-sangat dengan Iskandar. Kenapalah Iskandar ni suka paksa-paksa dia. Tadi cakap tak nak paksa tapi sekarang macam lain pula.!Hish..kalau dia sihat sekarang ni mahu je dia luku-luku kepala si Iskandar ni. Baru puas hati dia.
“Awak boleh tak jangan paksa-paksa saya. Awak pergilah buat hal awak!Jangan kacau saya. Saya tak akan menyusahkan awak kalau saya sakit macam mana teruk sekalipun.”
“Eh!melawan pulak. Kau tu isteri aku. Kalau kau sakit dah sah-sah aku yang susah. Biar aku suapkan.”Iskandar segera mengambil semangkuk bubur yang berada di atas meja lampu tidur itu. Kemudian sudu yang berisi bubur itu disuakan ke mulut Nur nilam.
“Iskandar,awak lupa ke kita kahwin atas dasar apa?”pertanyaan dari Nur Nilam membuatkan Iskandar kaku seketika. Dia mendengus kasar sebelum meletakkkan kembali mangkuk yang berisi bubur itu di atas meja. Dia bingkas turun dari katil dan mengorak langkah menuju ke bilik bacaan. Apa sudah jadi dengan dia sebenarnya?Hatinya mula menyoal-soal tindakannya itu sebentar tadi.
Nur Nilam hanya memandang Iskandar dengan perasaan sebak yang tiba-tiba. Dia benci lelaki itu. Benci dengan setiap cara yang lelaki itu pamerkan di hadapannya. Dia tida mahu terperangkap dengan cara lelaki itu. Kelak dia yang kecundang.
***
Sebuah keluhan berat di lepaskan. Majalah yang berada di tangannya tidak mampu membuatkan dia lupa akan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia terasa malu dengan setiap tindakannya itu.Perasaan halus terasa menyelinap di setiap urat-urat saraf yang ada. Saat ini juga fikirannya menerawang jauh kepada Kamalia.
Sejak akhir-akhir ini dia selalu sahaja bermimpikan Kamalia. Dia tidak arif untuk menafsir bahasa mimpi. Cuma hatinya kuat mengatakan yang Kamalia di dalam kesusahan. Entahlah, sebolehnya dia tidak mahu lagi mengenang Kamalia. Sakitnya hati dan jiwanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kisah cinta tragis yang menyayat hati terlalu sukar untuk dilupakan. Pelamin indah yang di harap bersama Kamalia akhirnya tidak kesampaian. Sampai hati Kamalia.
Kini, dia tidak mahu lagi ada cinta di dalam hatinya ini. Dia takut untuk jatuh cinta lagi. Untuk memberi peluang dan ruang di hati sekali lagi merasai di cintai dan mencintai juga dia tidak mahukannya lagi.
Mungkin perbuatannya terhadap Nur Nilam tadi hanyalah di atas dasar tanggungjawab cuma. Tak mungkin cinta datang lagi. Tak mungkin!Cinta memang sukar untuk di fahami. Rasa yang kadangkala membuatkan kita terasa sulit walaupun di dalam keadaan yang menyenangkan.
Derapan tapak kaki yang menuruni tangga rumahnya sekali lagi membuatkan jiwanya bergetar resah. Kelihatan Nur Nilam sedang menapak perlahan menuju ke dapur tanpa menghiraukan dia yang sedang tajam merenung Nur Nilam itu.
“Is, kenapa dengan kau ni macam tak biasa tengok isteri kau tu?”tegur mak Piah tiba-tiba. Baru Iskandar perasaan yang dia tidak berseorangan. Tadi sewaktu dia turun ke bawah, mak Piah sedang sibuk mengemas rumah. Dia tergelak kecil.
“Mana ada Mak Piah...”jawab Iskandar perlahan. Bimbang di dengari oleh Nur Nilam.
“Mak Piah makan garam lebih awal dari kau Is..pengantin baru memanglah begitu. Berpisah sekejap pun dah tak boleh.”
“Pandai-pandailah mak Piah ni.”
“Nilam tu dah sihat ke?”Iskandar menjugkitkan bahunya tanda tidak tahu.
“Kau orang ni ada apa-apa masalahkah?”soal mak Piah kembali. Dari pandangan mata kasarnya seperti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Tadi sewaktu Nur Nilam pengsan, Iskandar kelam kabut mencarinya. Bukan itu sahaja Iskandar minta dia rahsiakan daripada Datuk dan Datin tentang keadaan Nur Nilam yang pengsan.
Wajah Nur Nilam yang putih melepak itu tidak mampu melindungi kesan tapak tangan yang jelas kelihatan. Cuma mak Piah tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut ketika itu.
“Tak adalah.”
“Habis tu kenapa setiap kali mak Piah tanya pasal Nilam kau tak tahu?”
Kali ini Iskandar telan liur. Mak Piah benar-benar buat dia kecut perut. Apakah mak Piah sudah dapat menghidu apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua. Sejak dari kecil mak Piah yang menjaganya. Jadi memang sukar untuknya membohongi.
“Perkahwinan bukan perkara yang boleh di buat main-main Is. Isteri bukan untuk di sakiti. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu,”tutur mak Piah panjang lebar.
“Saya…saya..Iskandar tergagap-gagap untuk bersuara.
“Mak Piah tak tahu apa masalah kamu berdua Is.”Dia terus mengharapkan reaksi daripada Iskandar. Dia tahu Iskandar tidak mampu untuk membohonginya.
“Saya tak cintakan dia, mak Piah..”akhirnya terpacul jua perkataan itu di bibirnya.
“Astagafirullahalazim..Is,kenapa dengan kamu ni Is?”
“Saya buat semua ini sebab saya tak mahu berkahwin dengan Jueliana tu. Saya terpaksa mengatur perkahwinan ini. Perkahwinan kami hanya atas kertas sahaja.”
“Ya Allah..berdosa kamu berdua memainkan sebuah perkahwinan. Sedangkan perkahwinan itu adalah suci.”Mak Piah benar-benar terkejut.
“Tolong rahsiakan ya mak Piah. Saya tak mahu mama dan papa tahu. Saya buat semua ini kerana terpaksa. Saya tak akan jatuh cinta apatah lagi untuk mencintai. Cinta saya dah mati bersama perginya Kamalia dari hidup saya.”
“Jika perkahwinan yang kamu bina ini bukan di atas dasar kasih sayang, kamu tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukuman. Apa salahnya masing-masing memberi peluang dan ruang di dalam diri masing-masing. Bukankah itu lebih baik.”
Iskandar hanya menggelengkan kepalanya. Entahlah, dia tidak tahu samada itu sebuah cadangan atau nasihat. Tapi hatinya tetap ego tidak mahu ada cinta lagi di dalam hidupnya.
“Esok saya dan Nilam akan berpindah ke rumah baru,”tuturnya lagi seraya bangun menuju ke atas semula.
Mak Piah hanya memerhatikan gelagat Iskandar yang semakin hilang di pandangan itu. Di lubuk hatinya yang paling dalam dia yakin ada sinar yang akan menerangi hidup Iskandar dan Nur Nilam biarpun Iskandar serinmgkali menafikannya.
Nur Nilam yang berdiri di pintu itu terkaku di situ. Sudah terang-terangan bahawa hubungan ini tidak akan pergi jauh. Dia sudah mendengar semuanya. Ah! kenapa dengan dia yang tiba-tiba sahaja begitu tersentuh hati dengan kata-kata Iskandar itu. Bukankah dia sendiri tidak mengharapkan hubungan yang baru di bina ini akan terus berkekalan hingga akhir nafas. Bukankah tadi dia sendiri yang mengingatkan Iskandar yang mereka berdua berkahwin di atas dasar apa. Tak kan sekarang dia pula yang terlupa akannya.
Kenapa semuanya seolah-olah bertukar menjadi aneh. Perasaan ini?Apakah maknanya?Kenapa dia mesti tersentuh dengan lelaki yang menamparnya itu? Kenapa dia mesti tersentuh dengan kata-kata lelaki yang selalu sahaja tidak menepati janji itu?Kenapa? Ah!persoalan hati terlalu sukar untuk di mengerti. Akhirnya dia menanpak perlahan menuju ke tingkat atas. Dengan kesakitan yang masih bersisa mana lagi dia hendak tuju.
Sebaik sahaja pintu bilik di kuak, matanya bertaut dengan pandangan mata Iskandar yang sedang berbaring di atas sofa.Iskandar sedang merenungnya tajam.
“Kau jangan ingat aku dah sukakan kau dengan cara yang aku buat tadi. Kau jangan nak perasaan. Aku tak pernah lupa yang aku dengan kau kahwin atas dasar apa. Kau tolong aku dan aku tolong kau!Jadi antara kita memang tak ada cinta. Aku tak kan jatuh cinta dengan kau.”Iskandar menghemburkan kata-katanya. Perlahan namun pada nadanya jelas terselit kekerasan.
“Hmm..baguslah. Sebab saya pun tak ingin nak jatuh cinta pada awak. Awak ingat awak tu handsome sangat ke?Awak jangan ingat awak tu kaya awak boleh buat suka hati je pada saya.!”bidas Nur Nilam selamba sahaja sambil mengemas barang-barangnya yang tidak seberapa itu. Lagipun dia begitu tidak sabar untuk berpindah rumah esok. Rindunya terhadap ibu begitu menggebu saat ini.
“Habis kau ingat kau tu cantik sangat dah?Macam minah senget je aku tengok,”balas Iskandar pula geram.Padahal jantungnya bergetar dag-dig-dug bila terpandang wajah cantik Nur Nilam.
“Orang buta macam awak memanglah.”perlahan sahaja Nur Nilam bersuara.
“Mulut kau ni boleh tahan celupar juga ye?Kau nak aku buktikan yang aku ni tak buta?Nak?”soal Iskandar lagi. Sekadar ingin mengusik Nur Nilam Qaseh.Nur Nilam hanya mendengus geram. Geram sangat-sangat. Akhirnya dia berdiam diri sahaja. Malas mahu bertekak dengan lelaki itu lagi. Dia bangun menuju ke almari solek lalu rambutnya yang keringting itu di sanggulkan lalu di kepilkan.
“Aku tanya kau nak ke aku buktikan yang aku ni tak buta?”Kali ini Nur Nilam terjerit halus. Masa bila pula Iskandar ada di belakangnya. Melalui cermin yang berada di hadapannya Iskandar sedang berdiri tegak di belakangnya. Dadanya dah start buat pecutan 100m lebih laju dari kebiasaan. Perutnya yang tadi sudah terasa kurang kesakitannya kini kembali menyerang dengan tiba-tiba. Bagaikan Iskandar ada kuasa yang luar biasa.
“Awak jangan nak buat hal!”
“Hal apa?Aku tanya kau tak jawab-jawab!”
Badan Iskandar begitu hampir dengan tubuh Nur Nilam. Nur Nilam dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu yang sedang berdiri di belakangnya. Bau wangian Iskandar terasa menyucuk dihidungnya
“Awak jangan lupa perjanjian kita.!”balas Nur Nilam sambil menolak tubuh lelaki itu jauh darinya. Dia begitu takut.
“Lantaklah..tadi kau juga yang cakap aku ni buta. So, aku nak buktikan yang aku ni tak buta dan aku boleh buat apa sahaja dekat kau.”Serentak itu juga Iskandar mencium pipi putih gebu Nur Nilam. Kemudian dia terus ketawa kuat. Muka Nur Nilam merah padam dengan tindakan Iskandar. Iskandar memang dah melampau. Sangat-sangat melampau. Perasaan benci dan marahnya terhadap Iskandar begitu meluap-luap saat ini.
“Hah!Suka tak?Tentu kau suka kan?Entah-entah dah perasaan ingat aku sukakan kau. Tengoklah tu,muka kau pun dah bertukar jadi warna sirap je aku tengok. Kau jangan nak syok sendiri pulak!Aku tak suka kan kau pun. Setakat aku cium kau tu baru sikit.Itu pun sebab kau cakap aku buta.So,aku nak buktikan yang aku ni tak buta dan aku boleh buat apa saja yang aku nak.Tak kisahlah kalau kau tak nak pun. Aku peduli apa.!”tutur Iskandar panjang lebar sebelum kembali menghempaskan badannya ke atas katil.Gembira dapat kenakan Nur Nilam macam tu.
Nur Nilam terkaku di situ.Sebening air mata jernih tiba-tiba sahaja berjujuran di pipinya. Dia terasa tersentuh dan sangat berkecil hati dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Kenapa dia selemah begini?
Iskandar yang baru sahaja mahu memejamkan matanya kembali membukanya luas-luas apabila terdengar ada esakkan halus.
Nur Nilam menangis?Hish!Kenapa pula dengan minah senget ni. Tak kan aku cium macam tu pun dah nangis macam orang kena rogol je.Banyak sungguh air mata dia.Gerutu hatinya pula. Dia bingkas bangun mendapatkan Nur Nilam yang masih berdiri kaku di hadapan cermin itu.
“Yang kau nangis ni kenapa?”soal Iskandar lembut.Air mata yang berjujuran di pipi wanita itu begitu melemahkannya.
“Awak tak patut buat saya macam ni, Is..”
“Laa…aku buat apa pulak dekat kau. Aku cium kau je.Bukannya aku…
“Is!!awak tak berhak ke atas saya!”bidas Nur Nilam dalam tangisnya.
“Jerit lagi. Jerit kuat-kuat..nak aku cium kau lagi?”
“Awak tak payah ugut-ugut saya Is!”
“Mari sini…Duduk!”ucap Iskandar pula sambil menarik tangan Nur Nilam duduk di birai katil. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Nur Nilam.
“Sorry okey…siapa cakap aku tak berhak?Aku berhak kat atas diri kau sebab kau tu isteri aku.”ucapnya lembut sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Nur Nilam. Apa yang di tahu saat ini hanya mahu memujuk hati wanita yang berada di sebelahnya ini. Mungkin salahnya berbicara sebegitu sebentar tadi. Dia bukanlah kejam sangat. Cuma dia mahu mengenakan Nur Nilam sahaja. Tak sangka pula yang Nur Nilam nak menangis macam ni.Hish..macam budak-budak la pulak.
“Itu je yang awak tahu!Sorry..sorry..Tapi awak ulang juga!Is,awak jangan lupa yang kita kahwin atas dasar apa..”ucap Nur Nilam sambil mengesat air matanya yang masih bersisa. Tangan Iskandar yang memegang bahunya di tepis.Hatinya masih luka berdarah dan sikit hari lagi mungkin bernanah dek perangai Iskandar. Sakit dari panampar yang di hadiahkan Iskandar tadi masih lagi menyengat.
“Habis tu kau nak aku buat macam mana lagi. Kau juga yang cabar aku tadi. Cakap aku buta. Bila aku dah buktikan, kau nak menangis,meraung..menjerit-jerit..mengada-ngada betullah kau ni,”balas Iskandar pula geram.
“Itu jelah alasan awak. Baru dua hari saya tinggal dengan awak saya dah hampir jadi gila dengan perangai gila awak ni!Dahlah..”ucap Nur Nilam serentak itu juga dia bangun dari tempat duduknya itu. Dia terasa malu untuk berhadapan lama-lama dengan Iskandar.
Iskandar yang mendengar sudah ketawa berdekah-dekah.Gelihati dengan telatah Nur Nilam. Comel pun ya jugak.“Okeylah tu..sama-sama gila. Baru sesuai…..”jawabnya pula sambil terus menyambung tawanya.Usikan-usikan nakalnya sekadar menutup gelora jiwa yang kian bertapak di jiwa. Ah!
best r.... bla nak smbg ?? =)
ReplyDeletezuerieenaa oxide,thank sbb sudi bce..hehe..tgh otw nk siap kan..huhu
ReplyDeletemcam sebijik cite bicara hati..tapi bez..cepat smbung
ReplyDeleteye ke..???
ReplyDelete