Tuesday, December 20, 2011

Hangatnya Cinta - Bab 17

Sudah dua hari Kamalia tinggal di bilik hotel ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke rumah ibu bapanya tetapi dia belum bersedia. Dia bimbang jika ibu bapanya akan melakukan perkara yang serupa seperti mana Iskandar yang langsung tidak mahu menerimanya kembali. Dia tahu hanya Iskandar sahaja lelaki yang boleh dia harapkan. Lelaki penyayang yang dia lukai jiwa dan raganya.

 Lagipun dia sendiri sebenarnya belum bersedia untuk menempuh dunia luar yang menyakitkan. Segala derita susah payahnya untuk kembali ke Malaysia setelah bertahun menetap di Landon rupanya hanya sesuatu yang sia-sia. Sangkaan awal, kepulanganya akan di hargai bahkan akan membibitkan kembali piung-piung cinta yang dulu pernah terpadam. Namun, semuanya tak seperti yang di harapkan.

Memang salahnya dan dia sangat menyesal dengan apa yang terjadi. Dia tahu Iskandar menderita kerananya. Jadi salahkah dia jika ingin mengubati luka yang dia pahatkan. Tak ada peluang langsungkah di hati Iskandar untuknya?

Maafkan mummy Karl, kerana mummy Karl yang terpaksa tanggung derita ini. Mummy memang bersalah kerana mengkhianati Uncle Iskandar. Hatinya berbicara sendiri. Wajah Karl saling tak tumpah seperti wajah bekas suaminya. Suami yang langsung tidak bertangunjawab. Ah!Dia tidak mahu menoleh lagi. Dia harus kuat demi Karl. Lagi dua bulan genaplah usia Karl setahun.

Telefon bimbitnya segera di capai. Pantas sahaja jarinya mendail nombor telefon milik Iskandar. Mujur Datin Rozita tidak keberatan untuk memberikannya nombor telefon milik Iskandar. Dia aneh juga, kelihatannya Datin Rozita seperti tidak menyukai Nur Nilam. Kenapa?Nur Nilam bukan pilihannyakah? Kalau begitu dia sememangnya masih ada peluang untuk kembali memiliki Iskandar.

Dia kemudiannya mendengar suara Iskandar menjawab panggilnya di hujung sana. Lama juga dia terdiam sebelum bibirnya menyebut nama Iskandar. Kalau Iskandar nak marah sekalipun dia tidak peduli.

“Siapa?”

You dah tak kenal suara I, Is?”

Iskandar terdiam seketika. Jantungnya berdegup kencang. Suara itu kembali menjentik emosinya. Mahu apa lagi?sedangkan dia sudah jelas mengatakan yang dia tidak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengan wanita ini.

You nak apa ni?You tak faham ke I cakap tolong jangan ganggu hidup I lagi.!”

“Is, tolonglah dengar apa yang I nak katakan.I cuma nak tumpang kasih sayang you. I masih cintakan you!Tolonglah berikan I peluang untuk I tebus segala dosa-dosa I pada you..”

“Cukup Kam! Cukup!You cakap apa ni?You sedar tak apa yang you cakapkan?You tak malu ke?I rasa lebih baik you cari dulu apa itu maknanya cinta. Cinta apa yang you ada?Kalau you cintakan I, you tak akan tinggalkan I dengan penderitaan yang menyiksakan!”

I mengaku kesilapan I, tapi bagilah peluang untuk I tebus semuanya. Tolonglah I, Is..I cuma ada you..”kata-kata Kamalia di hujung sana di iringi esak tangis yang menyiksa jiwa. Iskandar tahu dia mesti kuat. Dia tidak akan lemah dengan tangisan ini.Tidak!

“Tak!Aku dah cakap!Peluang tu dah tak wujud lagi untuk perempuan macam kau!Tolong jangan ganggu aku lagi.!Kau sepatutnya sedar diri!”Tut..tut..tut..talian di putuskan.

Kamalia tersentak. Dia belum habis cakap Iskandar dah letak telefon. Nak tunjuk keras kepala dan ego dia tu. Tak apa..aku tak akan putus asa. Bisik hatinya pula sambil matanya mengesat air mata yang mengalir tadi.

Iskandar mendegus kasar. Telefon bimbit yang berada di tangannya itu di campakkan ke atas meja yang berada di hadapannya. Dia baru sahaja nak memulakan kerja yang tertangguh siang tadi. Tapi ada pula gangguan-gangguan yang menyesakkan jiwa. Dia meraup muka beberapa kali. Ya Allah..bantulah hambaMu ini.

Kertas-kertas tender itu hanya di pandang sepi. Moodnya sudah hilang. Kalau macam inilah gayanya harapan untuk mendapat projek di Putrajaya ini semakin tipis. Kenapa dengan Kamalia tak habis-habis lagikah mahu menyiksa jiwa dan raganya. Kenapa tak terima sahaja yang di antara mereka berdua sememangnya tiada jodoh untuk bersama.

Memang dia akui Kamalia cinta pertama yang sukar untuk di lupakan. Tapi itu dulu, semuanya sudah hilang sejak kehadiran Nur Nilam. Rasanya dia tidak pernah merasakan perasaan bahagia itu lagi semenjak putus kasih dengan Kamalia. Tapi, Nur Nilam telah buat dia merasakan perasaan bahagia dan ianya lebih berbunga-bunga. Jadi mana mungkin dia akan kembali semula kepada Kamalia.

Dia kemudian merasakan bahunya di usap lembut oleh seseorang. Dia terasa damai apabila jari jemari itu mengusap-usap lembut bahunya. Terasa hilang segala masalah yang menghuni jiwannya sebentar tadi. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Mahu menghayati susanana tenang ciptaan Nur Nilam.

“Sayang, terima kasih..”ucapnya perlahan.

Nur Nilam yang mendengar hanya tesenyum. Dia tahu Iskandar tertekan. Dia sudah mendengar semuanya. Kemarahan Iskandar sebentar tadi benar-benar menarik perhatiannya yang baru sahaja tiba di muka pintu. Walaupun dia tidak tahu butir bicara secara lengkap tapi hatinya sudah dapat mengagak siapakah empunya gerangan yang menghubungi Iskandar sebentar tadi. Orang itu sudah tentulah Kamalia. Nampaknya Iskandar marah benar dengan Kamalia.

“Banyak lagi ke kerja abang?Nak Nilam tolong?”soalnya pula.

Iskandar tersenyum mendengar pertanyaan dari Nur Nilam itu. Dia kemudiannya menarik menarik kerusi untuk Nur Nilam agar duduk di sebelahnya. Dia kemudian pandang seraut wajah ayu itu.Rambut kerinting milik Nur Nilam benar-benar mengasyikkan. Dia tersenyum lagi. Tangannya menyentuh hujung hidung Nur Nilam seperti yang selalu dia buat itu.

“Banyaklah jugak!Boleh kalau sayang nak tolong. Tapi abang pula malas nak buat. Esok je lah..”

“Laah abang ni?Kenapa pulak?”

“Sebab malaslah sayang..”

“Ye ke?Bukan sebab Kamalia?”

“Sayang!Tolong jangan sebut-sebut lagi nama dia. Abang tak nak dengar,”

“Okey..okey..Nilam minta maaf. Sebenarnya Nilam nak beritahu pada abang sesuatu..”

“Ye ke?Nak beritahu apa?Nilam mengandung ke?”

“Abang ni..merepeklah.!” balas Nur Nilam agak kuat juga. Iskandar sengih meluas. Sengaja mahu mengusik Nur Nilam. Kalau betul pun apa salahnya. Ye tak?

“Okey, tekaan abang salahlah kalau macam tu?Apa yang Nilam nak beritahu?Abang nak berita baik-baik je tau..”balas Isakandar pula sambil bangun dari kerusi yang di dudukinya itu. Dia menarik tangan Nur Nilam agar turut mengikutinya. Dia kemudian duduk di birai katil dan menepuk-nepuk perlahan tilam itu tanda meminta Nur Nilam duduk di sebelahnya.Nur Nilam cuma menurut.

“Sebenarnya, ibu dah tahu pasal kita berdua. Nilam dah ceritakan semuanya pasal kita berdua pada ibu.”

“What??Nilam jangan main-main macam ni. Abang tak suka.”

“Betul, Nilam dah ceritakan semuanya pada ibu..”

“Habis tu ibu cakap apa?Malulah abang pada ibu macam ni. Nilam pun satulah, kenapa tak bincang dengan abang dulu. Suka buat keputusan sendiri ni kenapa?”

“Kenapa pula abang nak malu?”

“Ye lah! Orang yang kacak macam abang ini pun terpaksa cari isteri sebab nak mengelak dari berkahwin dengan calon pilihan mama. Tentulah abang malu!”jawab Iskandar selamba sahaja.

Ya Allah, kenapa dengan suami aku ni!Perasaaan lebihlah pulak!

“Hmm..ye ke?Kacak ke? Itulah..ibu cakap entah-entah abang ni gay tak?sebab tu tak ada orang yang nak kat abang!”Kali ini giliran Nur Nilam pula tersengeh meluas. Seronok dapat mengenakan Iskandar kembali. Bila tengok muka tak puas hati suami dia itu, lagilah bertambah-tambah lebar senyumannya itu.

“Betul ke ibu cakap macam tu?”

“Abang janganlah emosi sangat. Nilam bergurau je. Abang selalu perasaan lebih-lebih kenapa?Entah-entah betul tak abang gay!”

“Amboi sayang! Mulut tak ada insurans betul. Abang dah buktikan pun yang abang bukan gay! Tak puas hati lagi ke?Tak apa tunggu sekejap lagi abang buktikan lagi. Jaga sayang!”ucap Iskandar lagi sambil mencuit hidung Nur Nilam macam yang selalu dia buat. Macam dah jadi tabiat dia pula.Kali ini kelat di wajah Nur Nilam pula yang kelihatan. Kan dah kena!Hehehe.

“Sebenarnya, Nilam pun takut juga untuk beritahu pada ibu. Tapi, Nilam tak boleh untuk terus berbohong dengan ibu. Ibu harus tahu yang sebenar-benarnya. Seperti mana mak Piah yang dah tahu semuanya begitu juga ibu. Ibu berhak tahu. Nilam minta maaf sebab tak bincang apa-apa dengan abang. Lagipun sejak seminggu yang lalu kitakan terpisah. Abang pun tahukan Nilam nyaris-nyaris untuk cakap pada ibu waktu tu. Tapi, sebab ada mak ndak Nilam tak jadi nak cakap.”

Iskandar memandang Nur Nilam. Tapi, lekas-lekas Nur Nilam melarikan anak matanya ke arah lain. Tidak berani menatap panahan anak mata itu.

 “Habis tu ibu macam mana? Dia terima abang tak?”

“Ibu tak marah pun. Ibu terima semuanya dengan seadanya. Lagipun perkara dah berlaku. Kita pun dah saling jatuh cinta. Lainlah kalau abang tu tak..

“Hah?Tak apa? Nak cakap abang tak sayanglah tu!”

“Nilam tak cakap tapi abang yang cakap!”

“Oh!dah pandai yek nak kenakan abang sekarang.” Serentak dengan itu Iskandar mencubit pipi Nur Nilam membuatkan rona wajah Nur Nilam bertukar warna. Namun dia terasa bahagia. Bahagia yang sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata. Hatinya semakin berdebar apabila Iskandar masih lagi merenungnya seolah-olah ini kali pertama Iskandar melihatnya. Ah! sudah. Senyuman Iskandar sahaja sudah cukup membuatkan jiwanya berkocak hebat. Semuanya benar-benar kelihatan sempurna di matanya. Sangat-sangat sempurna!

“Abang rasa bahagia sangat sekarang. Abang seperti baru bangun dari tidur yang panjang. Meskipun hubungan antara kita masih baru tetapi pesona, ketulusan,dan sikap keperihatinan Nilam membuatkan abang merasakan perasaan itu indah,”

Kata-kata Iskandar lembut sahaja di pendengaran Nur Nilam membuatkan Nur Nilam merasa tersentuh dengan ungkapa-ungkapan yang keluar dari bibir suaminya itu.

“Sayang,awak tahu macam mana perasaan abang sekarang?”Iskandar menyoal lagi sambil tangannya memegang lembut kedua-dua belah pipi Nur Nilam. Nur Nilam getar.

“Abang sayangkan Nilam...”ucapnya lagi.

 Kali ini giliran Nur Nilam pula merenung Iskandar semanja yang mungkin sambil tangannya memegang jari jemari gagah Iskandar. Kedinginan hatinya sebelum ini benar-benar hilang dek kehangatan cinta Iskandar. Sesungguhnya dua jiwa sedang merasa gelora yang sama. Setelah seminggu mengharungi badai amarah dan rindu yang menggila. Dalam mencari bahagia kadangkala tersangkut di lembah duka. Namun degup jantung di antara mereka tetap senada dalam sebuah irama cinta.

Mood:x taw nk cakap mcm mna..huhu..^-^ 




8 comments:

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...