Friday, July 26, 2013

Saya Akan Edit Semula ~ Bila Cinta Hadir

Assalamualaikum dan selamat berpuasa ya..

Hari ni entah kenapa tetiba saja teringat kepada story Bila Cinta Hadir Tu..Ingat lagi x Syameen Fiqran dan Lia Juwita.Dah lamakan story tu...Saya ingat nak simpan je tapi ada mintak saya edit balik. Aisey...sebab sekarang saya tengah fokus buat cerita Akulah Mentarimu.  Jadi setelah di tolak tambah darab dan bahagi.(merepek bulan2 posa ni ) saya akan edit balik cerita tu...Edit balik!Hehehe...

Sekian, Terima Kasih.

Thursday, July 25, 2013

Elusan Kasih - Bab 13


ANNIS  sampai di Kelab Rekreasi dan Berkuda Denai Alam tepat jam 5.00 petang.  Semalam dia dah janji dengan Remy nak datang awal ke sini. Malas mahu memikirkan soal perkahwinan yang semakin dekat. Lagipun hari ini dia tak sibuk. Riyadh? Ermm...bakal suami yang tak ada banyak masa untuk dia. Kalau tak kena paksa memang jangan harap.Sekarang pun mereka dah jarang jumpa. Satu lagi yang menyebabkan dia boleh datang ke sini pasal Riyadh sendiri pergi Perak tanpa beritahu apa-apa kepada dia. Urgent? Apa masalah Riyadh sebenarnya?
Hye Miss Annis? How are you? Dah sedia nak menunggang kuda ke ni?” Remy yang baru sampai menegur Annis yang sedang duduk di atas kerusi kayu itu.
Annis tersenyum. Melihat gerak langkah lelaki itu mendekatinya. “Of couse I ready to riding. Dari tadi lagi I tunggu you tau.” Sudah lama dia tak menunggang kuda. Seingatnya enam bulan yang lalu dia ada datang sini.
Remy pandang Annis yang sudah bersedia dengan kasut but setinggi paras lutut dan mengenakan sarung tangan bewarna warni. Cuma topi sahaja yang belum tersarung di kepala gadis berkenaan.Wajah Annis yang ala-ala Fauziah Gous nampak ceria. Apatah lagi bila rambut ikal mayangnya diikat ke belakang. Kemas dan benar-benar menarik pesona sesiapa sahaja yang melihat. Jadi, tak hairanlah kenapa Riyadh memilih wanita ini. Dia sendiri pun suka si Annis ni. Pendek kata dari atas sampai bawah perfect. Memang lelaki suka.
 “Ingat lagi tak asas-asas nak menunggang kuda ni Cik Annis. Maklumlah, dah lama sangat awak tak datang menunggang.” soal Remy lagi sambil menyarung kasut butnya. Annis angguk.
“Jangan nak ber cik-cik pulak. Benda yang I minat tak kan pulak I nak lupa.”
Remy sengeh. Kemudian bangun dan mengambil helmet menunggang dari jenama Corich lalu dihulurkan kepadanya. “Untuk awak.” ujarnya perlahan.
“Thanks”. Balas Annis. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah stable yang menempatkan kuda bernama Zidane. Sekali sekala bahu mereka bersentuh di antara satu sama lain. Kedua-duanya berlagak seperti biasa.
See ?who’s coming.” tutur Remy sambil mengurut lembut badan Zidane yang bewarna coklat itu. Kuda kesukaan Annis. Annis memang ada soul dengan  Zidane. Annis boleh melantun dan ikut rentak Zidane. Sebab itu dia selesa bila ajar Annis.
“You pasangkan dulu Zidane.” Remy memberi arahan.
“Hai Zidane,”  tutur Annis pula sambil mengusap-usap badan dan kepala Zidane dengan tangannya. Annis juga mengambil pendekatan yang sama. Seperti mana yang pernah di ajar oleh Remy dahulu sebelum menunggang kita kena berbicara seminit dua dengan kuda tu. Barulah kuda tersebut akan memberi tindak balas untuk ditunggangi.
Kuda ni juga seolah-olah boleh membaca isi hati penunggang lantas bertindak selaras dengannya. Andai kata penunggang sedang bersedih, kuda akan bergerak longlai. Kiranya penunggang berfikiran agresif, kuda akan bergerak aktif. Seumpama ada hubungan antara dua hati. Sebab itulah dia suka. Yang paling penting dapat bina bentuk tubuh yang lebih menarik. Sebagai model dia harus jaga bentuk tubuhnya agar kelihatan menarik.
Dia mengambil pelana dan tali kekang yang dihulurkan Remy. Kemudian dia terus memasang Zidane dengan diperhatikan oleh Remy. Tali kekang diperiksa sekali lagi. Selesai sahaja, kuda yang diberikan nama Zidane itu dikeluarkan dari stable.
Remy pula mengeluarkan kuda kegemarannya yang diberi nama Gray.
“You tak ajak Riyadh sekali?” soalnya sewaktu mereka sama-sama menuju ke Paddock.
“You tahulah Riyadh tu. Busy memanjang. Kalau I busy dia nampak sangat. Sekarang pun, persiapan kahwin I yang banyak uruskan. Dulu beria-ia sangat ajak I kahwin. Seminggu dua ni, ke hulu ke hilir I sorang-sorang.” Annis meluahkan rasa hatinya. Bila dia bersetuju nak kahwin Riyadh pula sibuk. Dulu waktu dia tak setuju bukan main terhegeh-hegeh Riyadh.
Really? You dah nak kahwin dengan Riyadh? Bila korang nak kahwin?” soal Remy sedikit terkejut. Dia baru berangan nak try tackle si Annis ni.
Annis ketawa halus. “Memang tak ramai yang tahu I dah nak berkahwin dengan Riyadh. Kami buat majlis akad nikah kecil dan tertutup. Lagipun I tak nak kecoh-kecoh. Takut tak jadi. Kalau diikutkan perancangan lagi dua bulan dari sekarang. Tapi tak mengapalah, sebab I faham dia sibuk nak uruskan perniagaan dia lagi.You maklum sajalah,  bukan bidang I nak buat semua tu. I setakat nak design baju pengantin tu bolehlah. Jadi, soal nak buka butik tu I mintak tolong dia uruskan. Dia lebih berpengalaman dari I.” Cerita Annis lagi bersungguh-sungguh.
“I  terlambatlah ni. I baru ingat nak tackle you.” balas Remy sambil buat muka hampa. Berterus terang dia menyatakan keinginan hatinya terhadap Annis.
Annis ketawa.
“You nak isteri you lempang I?”
“Itu sama sekali tak akan berlaku.” Balas Remy yakin. Perwatakan Annis yang manja membuatkan Remy tidak melepaskan matanya walau seminitpun dari memandang Annis. Alahai Annis, kalau isteri orang pun boleh jatuh cinta dengan aku inikan pula engkau. Bisik hatinya lagi nakal. Padahal isteri sendiri terabai.
Sampai sahaja di Paddock, Riyadh membantu Annis untuk naik ke atas Zidane.  Waktu itu jugalah Remy tersentuh paha Annis. Kononnya untuk perbetulkan kedudukan kaki Annis.
Annis perhatikan Remy yang tersenyum. Sentuhan Remy bagaikan aura. Dia resah dan debar bila Remy pandangnya tajam. Mungkin sebab anak mata Remy tu yang dalam. Dengan Riyadh pun dia tak resah bagai. Biasalah bila dah lama-lama ni mesti kadang-kadang tu rasa bosan. Tapi Riyadh pandang dia macam kayu tak ada perasaan pun. Dia cuba juga goda-goda Riyadh tapi iman lelaki tu boleh tahan kuat. Hmm!
Take care ya cik Annis…”ujar Remy lagi. Semakin ditatap wajah Annis semakin bersemangat pula hatinya untuk menggoda wanita itu. Selagi ada kesempatan apa salahnya dia cuba. Annis pun macam beri respond yang positif saja pada dia.
Hampir tiga puluh minit mereka menunggang di dalam Paddock. Selepas selesai kuda-kuda itu harus dibersihkan dan dimandikan sendiri. Semuanya memang dia kena buat sendiri. Dalam bab-bab ini Remy memang tegas. Tapi dengan dia Remy boleh tawarkan diri nak tolong buat. Dia tak perlu nak buat apa-apa. Beruntungnya dia.
“Kesian you Annis. You nampak letih je. Ambil ni,” Remy menyuakan botol air mineral kepadanya.  Annis sambut. Sekali lagi jari jemari mereka bersentuhan. Tapi kedua-duanya hanya tersenyum sahaja.
Meh! I tolong bukakan untuk you.” suara Remy benar-benar kedengaran sangat romantis. Cara Remy berbeza dengan Riyadh. Remy romantis. Riyadh tak pandai sangat nak tunjukkan sifat romantis dia. Kenapa ia rasa berdebar sangat bila dengan Remy.
“You nak ke mana lepas ni?” soal Remy lagi lalu kembali menghulurkan mineral water kepada Annis.
Thanks.I pun tak tahu nak buat apa. Ingatkan bila hari cuti begini boleh prepare apa yang patut pasal perkahwinan tu. Tapi, you faham sendirilah Riyadh tu. Jadual kerja kami tak sama. Bila I free dia pula busy. Sekarang makin dekat nak kahwin makin busy dia.” Annis mengeluh lagi. Kenapa dia tidak rasa teruja dengan perkahwinan ini.
“Kalau macam tu you mintak lah dia tangguh dulu. Kalau I pun tak nak buat majlis kalut-kalut begitu. Nanti tak memuaskan hati pula. Kenapa tak bertunang dulu?”  Remy cuba cucuk jarum.
“Dah banyak kali I tolak Remy. Sampai dah tak ada alasan untuk I lagi. Kadang-kadang tu I bosan dengan hubungan kami ni. Hambar. Apa yang I minat dia tak minat. Tapi, dia tak ada pula nak halang apa yang I minat. I pun risau bila dah kahwin dia sibuk-sibuk nak I mengandung cepat-cepat. Padahal I tak bersedia langsung nak ada anak. Kalau ikutkan memang nak bertunang, tapi sebab Riyadh dah tak sabar. Nak cepat-cepat kahwin.”
“Patutlah you sayangkan dia. You jangan fikirkan sangat pasal hal tu. Nanti you yang pening kepala. Tak cantik nanti cepat tua nanti.” Anak rambut Annis yang terjuntai di hadapan ditarik perlahan ke belakang. Annis tak mampu nak kata-kata kerana terlalu terkejut dengan perbuatan Remy yang spontan itu. Caring!
 “Malam ni you free? Kita ke Club.” Remy separuh berbisik ke telinganya
 Annis tersenyum sambil mengerling sekilas ke wajah lelaki itu. Tidak lagi berfikir panjang dia menggangguk setuju. Itulah kesukaannya. Berpeleseran di kelab-kelab. Riyadh tegur tapi tak pernah paksa untuk dia berhenti dari mengunjungi tempat-tempat berkenaan.
Kali ini senyuman lebar pula yang terukir di bibir Remy. Permulaan yang sangat positif. Riyadh? Apa kata kita main game. Jerit hatinya girang.


RIYADH sampai di rumah sewaktu jam sudah menunjukkan ke angka 12 malam. Dia benar-benar keletihan. Tadi dia pergi begitu sahaja tinggalkan Fazzura dalam keadaan marah. Geram dengan Fazzura yang tiba-tiba sahaja naik angin dengannya. Sudahnya dia pun naik angin sama. Kalau betul pun dia silap cakap susah sangat ke Fazzura nak maafkan dia.

Annis? You di mana? Temankan I kejap!

SMS dihantar. Menanti dengan penuh sabar. Rasanya memang dia tak boleh nak lelapkan mata. Hampir lima minit berlalu tiada balasan yang diterima. Dia mencapai Samsung S3 miliknya. Mendail nombor telefon Annis.Telefon bersambut. Bunyi bising mengiringi permulaan bicara. Tak perlu ditanya dia sudah dapat mengagak Annis di mana. Terus dia letak telefon! Geram. Yang sorang ni pantang kena tinggal kejap asyik nak ke clubbing kerjanya. Apa tak sakit kepala ke si Annis ni dengan bunyi muzik yang kuat-kuat begitu.

Annis! Keluar dari situ dan tunggu I di  tempat biasa.Jangan lewat!
Send!
Dia terus capai kunci kereta yang diletakkan di hujung katil.  Nafasnya rasa tak teratur. Laju langkahnya menapak keluar dari biliknya yang berada di tingkat atas rumah banglo dua tingkat itu.
Sewaktu kaki mengorak langkah di tangga dia bertembung dengan ummi yang sedang memegang segelas air. Ummi urut dada terkejut dengannya kehadirannya. Sewaktu dia masuk ke bilik tadi anak tunggal lelakinya ini belum lagi pulang ke rumah.
“Keluar kejap ummi.” jelasnya sambil teruskan langkah.
“Anak bertuah…bila yang kau balik ni Yadh? Nak ke mana pulak waktu-waktu begini.” Puan Noriah menyoal sambil geleng kepala memerhatikan anak bujangnya itu.
“Keluar kejap ummi…ambil angin luar kejap.” balasnya pula memberi jawapan selamat. Persoalan ummi dibiarkan tidak berjawab. Dia terus hilang di balik pintu. Laju menuju ke kereta Alfa Romea Giulietta miliknya. Pintu dibuka sebelum dia masuk ke dalam kereta bewarna putih itu. Enjin dihidupkan lalu pedal minyak ditekan keluar dari rumah banglo dua tingkat itu.
Tiga puluh minit perjalanan dia sampai di HR Steak House Kampung Baru. Masih ramai pengunjung yang berada di Restoran itu. Jadi dia memilih untuk menunggu Annis dari dalam kereta sahaja. Muzik di buka. Lagu Akulah Mentarimu nyanyian Laksamana berkumandang. Lagu kena kat batang hidung dia. Hmm!

Redup matamu bagai petanda lepas gerimis…
Yang tersimpul bagai terkunci mengikat diri..
Kalaulah aku mempunyai kuasa sakti..
Akan ku ubah duka hidupmu jadi bahagia..

Ya! Kalaulah dia ada kuasa sakti tentu dia sendiri akan tolong ubahkan nasib Fazzura. Dia tahu Fazzura makan hati dengan kata-katanya. Dia tak sengaja. Dia sendiri tidak ingin menambahkan beban untuk wanita itu. Untuk ibu muda  yang bergelar ibu tunggal itu. Apatah lagi melihat mata itu bertukar jadi bola golf sebab banyak sangat mengalirkan air mata. Pelik!tak ada kaitan apa pun dengan dia. Tapi kenapa dia resah? Kenapa dia risau setiap kali memikirkan soal Fazzura anak beranak. Jangan cakap dia memang dah suka wanita tu. Dia tak sampai hati nak curang dengan Annis pun. Tapi kenapa dia resah. Kenapa dia rasa sesuatu yang hilang bila Fazzura dan anak-anaknya tidak kelihatan. Telefon bimbitnya yang diletakkan di box segera diambil. Jari jemarinya ligat menaip sesuatu.

Zurra, maafkan saya pasal hal ptg tadi. Saya tak berniat nak patahkan semangat awak. Saya cuma nak Zurra kuat. Abaikan yg negatif ambil yg positif. Sampaikan ciuman  syg saya utk anak-anak awak yg comel tu.

Pesanan dihantar. Hatinya rasa sedikit lapang. Seboleh-bolehnya dia tak mahu semua itu berlaku. Dia yang bersalah. Terlanjur cakap mana nak boleh u-turn dah. Tapi Fazzura pun tak boleh nak lepaskan amarah dia pada anak-anak. Itu yang dia pun naik angin tadi. Itu pantang. Matanya kembali merenung skrin telefon bimbitnya itu sebaik sahaja bunyi pesanan ringkas yang masuk.

Riyadh, saya pun nak mintak maaf. Sebab emosi sangat.Terima kasih atas jasa baik awak selama ni.
.
Tak habis-habis nak berterima kasih kepadanya. Apalah sangat jasa dia. Dia hanya tolong setakat yang termampu sahaja.

Kalau banyak sangat jasa saya ni, kalungkanlah pingat!

Di sengeh panjang. Konon-konon banyak sangat jasa dia. Dia sandarkan kepalanya di kusyen kereta itu. Jari jemarinya mengetuk perlahan stereng kereta itu. Matanya dipejamkan. Buat seketika dadanya rasa lapang. Aduhai lega. Mengingati wajah si comel Aqilah dan Fazmizie jiwanya rasa tenang. Bagai ada kuasa yang mengalir dalam diri. Dia pejam mata sambil bibir mengukir senyuman manis.
Bunyi hon yang di belakang keretanya kembali mengejutkan dia yang baru sahaja ingin melelapkan mata. Dari cermin sisi dia memandang Annis yang melambaikan tangan kepada seseorang. Dia tidak pasti siapa pemilik kereta Rexton bewarna hitam itu kerana cerminnya yang agak gelap. Rexton hitam itu terus berlalu dari situ. Dia mengeluh perlahan sebelum membuka pintu keretanya dan keluar. Tangan kanannya diletakkan di atas bumbung Alfa Romeo Giulietta manakala tangan kiri diletakkan di atas pintu kereta itu. Wajah wanita yang berdiri di belakang kereta itu direnung tajam. Wajah itu bukan hadir dengan senyuman tapi masam kelat!
“Masuk!” Riyadh memberikan arahan. Dengan pakaian Annis yang menjolok biji mata itu tak kuasa dia nak pergi makan. Seleranya terus hilang.
Annis menurut.  Dia masuk ke dalam sebelum pintu kereta itu dihempaskan kuat-kuat. Marah kerana aktivitinya diganggu.
“Siapa yang hantar you tadi?”
“Kawan I!” jawab Annis acuh tak  acuh.
“Lelaki?”dia soal lagi sambil pusingkan badan mengadap Annis. Seksi sangat dengan baju gaun pendek sendat bewarna hitam itu. Rambutnya yang berelung di biarkan mengurai. Bibirnya yang munggil itu dioles lipstick warna terang. Nasib dia ingat nak buat isteri. Kalau tidak sudah lama dia ngap! Tapi, sabar…imannya masih kuat.
“I tanya you ni, sayang? Lelaki ke?”
Annis angguk lambat-lambat.
Riyadh mengeluh kasar. “I tak pernah tahu pula you ada kawan lelaki pakai Rexton?”
“Kawan I…kebetulan I pergi dengan Sarah tadi. Baru je I masuk club you dah call. I tumpanglah dia.”
“Siapa dia?”Annis mengeluh. Riyadh dah macam pegawai penyiasat pula. Semua dia nak ambil tahu sekarang. Naik rimas dibuatnya.
“Daim…budak model yang sama agensi dengan I” jawab Annis. Terpaksa menipu. Kalau cakap Remy? Panjang pula bebelan Riyadh nanti. Awal-awal lagi Riyadh dah warning tak mahu dia rapat dengan Remy.
 “Apa nak jadi dengan you ni. Dah berbuih tau mulut I pesan. Pakai sopan-sopan sikit tak boleh ke? You tengok pakaian  you tu. I sendiri rasa malu. Sudah-sudahlah nak pakai seksi segala bagai.” bebelnya kembali. Dari pemilik Rexton beralih bebelannya kepada pakaian pula. Penghawa dingin diperlahankan. Nanti tak pasal-pasal pula Annis jadi tugu. Maklumlah terlampau sejuk.
“You ingat I pergi masjid ke yang nak berbungkus segala bagai?” soal Annis semula. Tubuh dipeluk. Bukan sejuk sangat pun.
“Oh! I lupa you pergi clubbing kan? Habis tu kalau pergi kelab tu mesti pakai seksi-seksi begini. I ni kira bagus tau. I cuma tegur you. I tak pernah nak larang. Tapi, you janganlah nak over sangat. You tu dah cantik. I ni dah tertarik. Cukup!” bidas Riyadh pula. Tertarik dengan tergoda dua perkara yang berbeza. Kalau tergoda? Jahanam!sekali-kali dengan dia.
Muncung Annis dah sedepa mendengar kata-katanya itu. “Hah!elok sangatlah tu. Tegur sikit tarik muka.” Pedal minyak terus ditekan keluar dari parking.
“You nak ke mana pula ni?” soal Annis apabila Riyadh mula bergerak dari situ.
“Balik! I dah kenyang tengok you pakai macam ni!” Sebaris kata itu membuatkan mulut Annis terkunci. Kerana sebaris kata itu muncungnya kian sedepa. Riyadh! Semakin lama asyik nak sakitkan hati dia. Cara Riyadh layan dia sekarang jauh beza dengan cara layanan Remy terhadapnya tadi.
Entah kenapa wajah Remy asyik terbayang di depan matanya sahaja.


Sunday, July 21, 2013

Elusan Kasih - Bab 12


RIYADH berjalan menuju ke arah wad kanak-kanak itu sambil memegang tangan Aqilah. Tadi, pagi-pagi lagi dia sudah kejutkan Aqilah. Niatnya cuma satu nak cepat-cepat sampai ke Hospital. Walaupun waktu melawat belum dibuka kepada orang ramai dia tetap nak datang awal. Di tangan kirinya memegang sebungkus plastik. Ada nasik lemak tiga bungkus, air mineral, dan kuih-muih. Dia senyum sendiri. Sempat lagi dia singgah beli di gerai tepi jalan tadi. Beraneka kuih muih. Kalau di fikir-fikir macam ramai sangat yang nak makan.
 “Zurra, saya ada di luar wad ni. Awak keluar kejap.” pintanya sebaik panggilannya di sambut. Telefon kembali diletakkan di dalam poket seluar jeansnya itu. Sementara menanti Fazzura keluar dia meninjau kawasan sekitar. Matanya terpandang pondok yang bersebelahan wad itu. Dia senyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.
“Okey, sayang, uncle dah jumpa port cantik untuk kita sarapan.” ujarnya selamba kepada Aqilah. Aqilah yang sedang memegang susu botol itu hanya angguk.
“Awalnya awak datang Riyadh?” tegur Fazzura dari belakang. Riyadh menoleh laju. Satu senyuman dilemparkan kepada wanita itu. Fazzura masih dengan pakaian yang dipakainya semalam. Rambutnya yang sedikit kusut disanggul. Matanya sebam sebab semalaman tak dapat lelapkan mata-mata.
Dia memandang Riyadh yang nampak segak dengan baju t’hirt dari jenama polo bewarna biru gelap dengan jeans biru dari warna yang agak lusuh.
“Anak ibu nakal tak duduk dengan uncle?” soalnya kemudian.
“Mestilah tak kan Aqilah..” Riyadh pula yang tolong menjawab bagi pihak Aqilah.
“Iye ke tak ni?Kalau duduk dengan ibu bukan main nakal lagi kan?” Dia usap pipi anaknya lembut.
“Ye ke, ciannya ibu…” celah Riyadh lagi sambil tersenyum.
“Ermm…” Dia tak faham apa maksud senyuman Riyadh tu. Sedangkan tak ada apa yang lucu dan menggeletekkan hatinya langsung di kala ini.
“Ibu, adik mana ibu?” soal Aqilah sambil menarik-tarik tangannya. Sebelah tangan lagi masih memegang susu botol itu. Pandai Riyadh bancuhkan dan buat semua ini. Ringan tulangnya dia.
“Adik tak bangun tidur lagi Aqilah. Adik tidur lagi. Nanti kita pergi tengok adik ya sayang.”
“Kalau macam tu kita sarapan dulu. Kita duduk dekat situ.” Riyadh  angkat plastik makanan yang berada di tangan kirinya. Mulutnya dijuihkan ke arah pondok itu.
 “Awak ni tak habis-habis nak menyusahkan diri. Bukannya selesa sangat duduk kat situ. Kenapa awak tak makan di kedai tu siap-siap.”
“Selesa tu kan dari hati bukan dari tempat. Awak ingat saya ni belagak sangat ke? Saya bukan macam tu okey. Tak selesa tak semestinya tak bersihkan. Lagi selesa duduk  kat tempat macam ni. Orang tak ramai macam kat restoran tu. Lagi selesa kalau dapat makan dengan awak anak beranak.” Selamba dia menuturkan kata-kata. Fazzura angkat bahu.
“Terpulanglah, saya takut awak tak selesa.” Fazzura naik rimas dengan layanan baik dari pemuda ini. Apa yang istimewanya anak-anak dia. Macam budak-budak lain jugak. Kasih sayang Riyadh untuk anak-anaknya terlalu mendalam. Sampaikan sanggup datang dari jauh untuk tengok semua ini. Riyadh, tak ada kepentingan pun kau nak buat semua ini.
“Duduklah atas surat khabar tu. Selesa sikitkan.” ujarnya sambil memperlawa Fazzura duduk.
 “Aqilah, mari duduk dekat uncle...” Riyadh tarik Aqilah agar duduk bersebelahan dengannya.
“Dah tak nak duduk dekat ibu ye dia.” Fazzura jeling.
“Alah… dengan ibu hari-hari dah duduk kan sayang. Duduk dekat uncle ni jarang-jarang sangat. Entah bila la pulak lepas ni nak jumpa...”
“Aqilah duduk sebelah uncle. Nanti adik duduk sebelah ibu.” tutur Aqilah petah.
“Ermm…pandai pun sayang uncle ni.” Riyadh usap perlahan pipi Aqilah yang comel itu. Geram sebab comel sangat. Kulit putih mesti ikut Zurra.
 “Owh!Aqilah dah tak nak kawan dengan ibu ya. Tak pe ibu kawan dengan adik je lah..."
Riyadh ketawa. “Ibu marajuk sayang. Cakap kat ibu…jangan merajuk, nanti cepat tua. Muka ibu tak cantik kalau merajuk.” ajarnya pula.
“Ibu jangan merajuk…nanti cepat tua. Ibu tak cantik uncle kata kalau merajuk.” ikut Aqilah dengan lancar sekali.
“Eh!pandai pula anak awak ni tambah apa yang saya cakap. Hahaha...” Fazzura geleng kepala. Anaknya macam tu lah.
 “Awak dah baca ke belum surat khabar ni, Riyadh?” soal Fazzura pula apabila terpandangkan tarikh pada surat khabar yang dihamparkan oleh Riyadh tadi.
 “Belum baca lagi. Tak  penting. Kalau saya nak baca saya beli yang lain.”
Fazzura mengeluh.“Lagi sekali awak buat saya rasa serba salah. Awak tak perlulah nak buat semua ni…”
“Zurra, tak payahlah cakap macam tu. Awak ni…dah la tu. Makan dulu nanti  adik jaga cari ibu tak de pulak!”
Dia tak nak Fazzura terlalu fikir macam tu. Apalah sangat surat khabar 1.50 sen ni. Dia boleh beli lainlah. Muka Fazzura berkerut memandangnya. Dia suka tengok wajah Fazzzura. Tanpa make up. Asli semulajadi.  Macam ni pun bekas suami dia boleh cari perempuan lain lagi. Kalau dialah tak adanya dia nak sia-sia macam ni. Macam teringin pula nak test market. Dah tujuh tahun jadi manusia yang setia pada cinta. Boleh ke?Huh!jangan buat pasal Riyadh! Kau kan dah nak kahwin! Tak sedar diri betul.
“Banyaknya awak beli? Macam nak makan satu kampung ni?”
“A’ah…satu hospital ni pun boleh.” jawab Riyadh cuba bergurau.
“Aqilah, nak makan apa? Kuih? Nasi lemak?Nak yang mana satu uncle suapkan.”
“Tak nak nasi pedas. Aqilah nak yang tu…”Aqilah tunjuk kuih yang di inginkannya.
“Kuih lapis sayang.” Riyadh ambil dan berikan kepada Aqilah apabila si comel itu mahu menyuapnya sendiri ke dalam mulut. “Jangan comot-comot.”
Di awal pertemuan dulu, Fazzura beranggapan Riyadh adalah seorang lelaki yang serius. Sekarang dia tengok dah semakin kelakar pulak. Memang betullah pepatah mengatakan.Tak kenal maka tak cinta. Tapi dalam kesnya tak boleh guna istilah cinta-cinta tu. Tak boleh…tak boleh… Tidak aka nada sebarang harapan lagi untuk mana-mana lelaki kerana hatinya masih lagi belum terbuka. Kenangan silam mestipun mampu untuk dia padamkan tapi belum cukup untuk menghapus trauma yang yang masih ada. Apatah lagi lelaki seperti Riyadh bukanlah calon yang layak untuknya. Riyadh sempurna jadi memang tak layak untuk dia. Lagipun Riyadh bakal berkahwin jadi tak wajar dia berbicara mengenai lelaki yang baik hati ini.
“Awak makan Zurra. Jangan tak makan. Semalam awak beli nasik kat saya tu awak dah makan ke belum?Jangan-jangan Zurra belikan untuk saya tapi Zurra tak makan?”
“Saya kenyang. Tak ada selera nak makan.”
“Itulah awak, patutlah saya tengok makin kurus. Sekarang Zurra makan. Makan bagi gemuk balik macam mula-mula saya kenal dulu!” keras suaranya. Bungkusan nasik lemak itu dibuka lalu diletakkan di hadapan Fazzura.
“Saya boleh buat sendiri.” Fazzura rasa malu. Riyadh ni layan dia lebih sangat. Cukup anak-anak dia sudahlah. Perlu ke nak take care segala bagai? Tak perlu kan.
 “Berapa hari awak kat sini?” soal Fazzura. Bau nasik lemak memang benar-benar membuka seleranya.
“Berapa hari yang awak nak?”Riyadh soal balik.
Fazzura geleng. Orang tengah serius dia nak buat lawak pulak. Kalau aku tahu buat apa aku nak tanya!Sengallah!
Sorry…” ujar Riyadh perlahan. Wajah itu kelihatan kelat dengan usikannya.
“Saya ingat nak stay dua tiga hari lagi kut. Ingat kalau Fazmizie keluar wad nak bawa dia orang pergi jalan-jalan dulu.”
“Jalan-jalan?”
Riyadh angguk. “Kenapa?Zurra tak izinkan?”
“Tak lah bukan macam tu…”
“Kalau Zurra tak izin, saya culik anak-anak Zurra dengan Zurra sekali nanti. Buatlah tengok.” jawabnya selamba sungguh. Berani nak culik dia. Langkahlah mayat abah dulu.
“Awak ni agak-agaklah…”dia balas perlahan. Tak lagi menghiraukan senyuman dari Riyadh. Malaslah nak layan. Tak ada kepentingan pun.
Mereka terus makan di atas pondok itu di iringi dengan suasana yang tenang dan nyaman. Riyadh lega kerana semuanya selamat. Lega kerana dapat melepaskan rindu yang sarat kepada Aqilah dan Fazmizie. Tapi, keadaan akan jadi sebaliknya bila dia pulang ke Kuala Lumpur nanti.
Bagi Fazzura pula dia kusut. Kusut bila mana Riyadh ingin membawa Aqilah dan Fazmizie jalan-jalan. Di sini langkah kakinya terbatas. Hidup di kampung tidak seperti di kota metropolitan. Apa alasan jika abah bertanya? Apa alasan jika emak menyoal perkara yang sama. Apa pula tanggapan Kak Shahira bila dapat tahu dia sedang duduk bersama seorang lelaki padahal dia baru sahaja bercerai. Apa pula tanggapan Maria nanti. Itu belum lagi dikira soal bakal isteri Riyadh. Riyadh tak seharusnya makin dekat. Riyadh seharusnya makin jauh. Agar nanti anak-anaknya tidak ulang bertanya ke mana ‘uncle’ pergi. Dia sendiri tidak mahu ada fitnah yang timbul di kemudian hari.


FAZZURA meletakkan barang-barang Fazmizie di dalam kereta Proton Saga bewarna biru itu. Sudah dua hari abah membenarkan dia menggunakan keretanya. Dia lega kerana abah semakin lembut hatinya. Fazmizie pula sudah dibenarkan keluar pada hari ini. Jadi, dia tidak perlu berlama-lama di sini lagi. Riyadh yang sedang mendukung Fazmizie dikerling sekilas. Pagi tadi wajah pemuda itu riang sekarang dah bertukar masam. Semuanya gara-gara dia tak benarkan pemuda itu ikut dia pulang ke rumah. Mana boleh!
“Zurra, family awak tu makan orang ke?” soal Riyadh sekali lagi. Tak puas hati betul dia. Tapi  apa nak buat dia bukan siapa-siapa. Lagipun dia kasihankan Fazzura dan tak nak membebankan wanita itu. Cuma dia frust sebab tak puas lagi duduk dengan Aqilah dan Fazmizie.
“Saya bukan apa Riyadh. Saya nak awak faham. Saya tak nak orang salah tafsir. Nanti apa pulak emak akan anggap dekat saya kalau awak ikut saya pulang ke rumah. Siapa awak? Orang pasti akan bercakap.” terang Fazzura lagi.
“Tapi…saya dah janji dengan Aqilah nak bawa dia jalan-jalan.”
Fazzura senyum. “Nanti ada masa kita jumpa lagi.”
“Bila?” soalnya kuat. Fazzura geleng kepala. Tidak mahu berjanji. Biarkan keadaan yang menentukan bila.
“Saya mintak maaf Riyadh. Saya perlu jaga tingkah saya. Saya janda. Awak pun tahu. Saya tak nak emak dan abah rasa malu bila orang kampung mula mengata nanti. Kampung saya tu bukan macam di Kuala Lumpur.”
“Apa masalah dengan janda. Bukannya saya nak buat apa-apa pun. Tak logiklah alasan awak tu.”
“Habis tu awak nak saya bagi alasan apa Encik Riyadh?” Dia ulang menyoal. Nadanya sedikit tegas. Tak faham kenapa Riyadh terlalu kasihkan anak-anaknya sampai sanggup datang ke sini. Sanggup redah perjalanan panjang dari Kuala Lumpur. Yang paling mengharukan sanggup tolong jagakan Aqilah semalam. Riyadh, aku tak nak terlalu makan budi! Kau tak faham ke!
Riyadh tarik nafas. “Saya tak boleh nak paksa.” jawabnya lemah. Satu ciuman hinggap di pipi Fazmizie sebelum dia menyerahkan anak kecil itu kepada Fazzura.
“Sepatutnya dalam keadaan adik begini awak perlu ribakan dia. Kesian dia...”
Fazzura menyambut Famizie. “Dah nasib saya macam ni Riyadh.”
“Kita boleh ubah nasib kita Zurra. Nak dengan tak nak je?”
“Habis tu awak ingat saya tak nak ubah. Saya nak macam ni jer!”
Riyadh terus diam bila nada suara Fazzura dah mula meninggi. Tak mahu Aqilah dan Fazmizie melihat mereka bertikam lidah. “Saya minta maaf…” ucapnya perlahan.
“Aqilah salam dengan uncle cepat!” pinta Fazzura pula tanpa menghiraukan maaf dari Riyadh. Aqilah yang duduk di hadapan kereta segera mendapatkan Riyadh.
Uncle…kenapa tak ikut Aqilah?”soal anak kecil itu pula. Riyadh duduk mencangkung sambil memegang bahu anak kecil itu. Beratnya hati untuk berpisah dengan mereka. Semalam dia menidurkan Aqilah. Membancuhkan susu untuk anak comel itu. Telatah Aqilah menghiburkan dia sehingga penat seharian bekerja dan memandu datang ke sini tidak terasa.
Uncle bukan tak nak ikut...tapi…”
“Aqilah uncle sibuk. Nanti ada masa lapang uncle bawa Aqilah jalan-jalan.” potong Fazzura laju. Riyadh mengeluh perlahan. Kenapa Fazzura tak cakap je yang Fazzura tak suka dia rapat dengan anak-anaknya. Takut menyusahkan dia. Ermm…
“Cepat salam Aqilah, nanti lambat pula kita sampai rumah!” paksa Fazzura lagi. Benar, dia mahu cepat-cepat tinggalkan kawasan Hospital ini. Bukan niat ingin melarikan diri daripada Riyadh tapi dia tidak mahu pemuda itu selalu menolongnya.  Cukuplah, dia menginzinkan Aqilah tidur dalam jagaan lelaki ini semalam. Lagipun hatinya begitu terasa dengan kata-kata dari Riyadh tadi. Riyadh tak tahu betapa siksanya dia. Siapa cakap dia tak nak ubah takdir hidup dia. Orang luar hanya tahu membuat penilaian tentang hatinya.
Uncle ikut Aqilah kan…” Anaknya itu masih tidak putus menyoal.
 “Sudahlah tu…jangan tanya banyak sangat Aqilah. Salam dengan uncle cepat! ”keras nada Fazzura berbicara. Riyadh geleng kepala. Dia tak suka cara Fazzura cakap dengan anak-anak macam tu.
“Salam Aqilah ibu dah marah tu. Jangan nakal-nakal sayang. Jangan susahkan ibu ya.” pinta Riyadh tenang. Aqilah menurut. Riyadh  cium pipi comel itu. Berat dan berat!Argh! Hatinya menjerit tidak keruan. Menyakitkan bila kita menyayangi seseorang melebihi diri kita sendiri. Aqilah di bawa masuk ke dalam kereta. Fazmizie pula dibaringkan di tempat duduk belakang.Kemudiaan Fazzura  kembali semula kepadanya sambil menghulurkan duit kertas lima puluh ringgit tiga keping kepadanya.“Bil hospital yang awak bayar tadi.”
Riyadh geleng. Matanya tajam memandang Fazzura. “Kenapa dengan awak ni? Makan harimau ke apa yang nak angin-angin macam ni. Kalau sebab saya cakap macam tu awak nak marah macam ni saya mintak maaf. Senyumlah…awak lebih cantik kalau senyum bukan bila buat muncung itik macam ni.”
 Fazzura tetap buat muka serius. Rasanya di dalam hidupnya cukuplah dengan Aqil sahaja dia berlembut. Cukuplah Aqil sahaja yang mampu membuat dia mendengar kata. Kesudahannya dia sendiri yang kecewa dengan Aqil. Dia sangup korbankan apa sahaja demi Aqil dan yang nyata kesudahannya hanya sia-sia. Namun, ini bukanlah kudis untuk dibiarkan merebak begitu sahaja.
 Bukannya dia tak percaya Riyadh. Tapi dengan apa yang berlaku dalam hidupnya, kepercayaan terhadap lelaki itu semakin kurang. Kalau dia tidak percaya langsung sudah tentu dia tak benarkan Aqilah bersama dengan Riyadh. Dia masih kenang jasa-jasa Riyadh. Dan kini, dia ingat apa yang Riyadh katakan padanya sebentar tadi. Hatinya rasa kecewa dengan sebaris kata yang keluar dari mulut lelaki itu. 
“Ambillah…saya tak nak terlalu makan budi.”
“Awak simpanlah buat belanja dia orang.Lagi satu kalau nak marah apa-apa, marah terus pada saya. Tak perlu nak lepaskan angin kus-kus awak kat anak-anak. Assalammualaikum.” ujarnya terus berlalu dari situ. Fazzura tercengang. Tidak berkelip matanya memerhatikan langkah lelaki yang berbaju warna biru gelap itu berlalu menuju ke kereta. Marah mungkin!Ah…suka hatilah!Grr…



Wednesday, July 17, 2013

Elusan Kasih - Bab 11

RIYADH sampai di perkarangan Hospital Parit Buntar tepat jam Sembilan empat puluh lima minit malam. Nombor telefon Fazzura didail berulang kali namun hampa tidak berjawab. Dia keluar dari kereta Alfa Romeo Giulietta miliknya itu. Keaadan di sekeliling hanya di terangi oleh lampu-lampu tiang. Kawasan hospital ini semakin sunyi menjelang malam. Maklum sahajalah waktu melawat hanya dibenarkan sampai pukul tujuh malam sahaja. Dia bersandar di sisi pintu kereta  itu. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Kenapa dengan dia ni? Risau semacam!
Dia pandang tubuhnya yang masih tersarung baju kemeja bewarna hitam dan seluar bewarna kelabu itu. Dari pejabat tadi dia terus bergerak menuju ke sini. Dia hanya berhenti menunaikan solat Maghrib di Perhentian Tapah. Siaplah dia duit untuk bayar saman AES selepas ini. Bayar ajelah. Itulah yang tak seronoknya Malaysia ni sikit-sikit nak saman. Tak tahu kita ni urgent macam mana.
“Riyadh?” Namanya dipanggil. Dia menoleh laju. Jantung seakan berdenyut kencang sebaik sahaja melihat wajah itu. Wajah wanita di hadapannya ditatap kemas. Dengan baju t’shirt putih dan jeans biru gelap. Simple. Rambutnya yang panjang sehingga melepasi paras bahu dibiarkan lepas bebas. Buat seketika matanya tidak berkerdip memandang seraut wajah itu. Ayu, tenang dan mendamaikan walaupun mata wanita itu kelihatan sangat sebam. Ternyata pertemuan ini tidak seperti pertemuan-pertemuan yang lalu. Dia rasa kekok setelah dua bulan tidak bertemu. Di mana yang tidak menariknya wanita ini kerana apa yang matanya pandang sekarang sudah cukup buat dia tertarik.
 Fazzura berdehem perlahan. Tidak selesa dengan cara pemuda itu memandangnya.
“Eh! Zurra...” Riyadh gelabah sendiri.
“Awak dah lama sampai?”
Riyadh angguk.“Macam mana keadaan Fazmizie?”
Anehnya kenapa dia jadi macam ni. Seolah-olah dia tidak pernah bertemu dengan Fazzura. Jelas perbezaan yang amat ketara pada pertemuan kali ini. Dengan Annis tak ada pula nak rasa begini. Tapi dia cuba mengawal. Lelaki beb! Jangan tunjuk sangat kegusaran tu.
Alahai! Lupa nak beritahu Annis yang dia berada di sini. Lupa lagi!
Persoalan dari Riyadh di biarkan tidak berjawab. Tidak mahu pemuda itu terlalu memikirkan anaknya. “Kesian awak datang jauh-jauh semata-mata nak tengok Fazmizie. Dia okey. Keadaan dia okey je. Sorry, tadi saya solat di surau dan tak dengar pun awak call.”
Riyadh angguk sambil tangannya mula menaip mesej untuk memberitahu Annis yang dia ada di sini. Tak nak nanti Annis cakap dia tak sayang pulak. Annis dah setuju terima lamaran dan dia cukup gembira. Jadi seboleh-bolehnya dia mahu menjaga hati bakal isterinya itu sebaik mungkin.
“Awak menyusahkan diri datang ke sini. Esok-esokkan boleh.” Bukan niat Fazzura untuk menghalang kedatangan pemuda ini. Tapi, dia rasa tak perlu pun. Nanti kalau cakap takut lelaki ni berkecil hati pula. Jadi dia pilih untuk cakap dengan susun atur perkataan yang paling sopan.
“Awak tak perlu buat macam ni. Saya beritahu pada awak. Bukan mintak awak datang ke sini.” ulangnya sekali lagi bila Riyadh macam dengar dengan tak apa yang dia katakan.
Riyadh senyum sekilas memandangnya sambil tangan terus menaip mesej kepada Annis. Telinga pulak mendengar bebelan Fazzura terhadapnya. Fazzura beritahu pun sebab dia tanya. Sebab tergerak hati nak call. Kalau tak, mati hidup semula pun dia tak akan tahu punya. Yalah, sebab dia bukan siapa-siapa pun.
“Apa yang susah? Bukannya perlu ambil tiket bas ke apa. Kuala Lumpur dengan Perak ni berapa jam aje pun.”
Yalah, Riyadh bolehlah cakap macam tu. Dia ada semuanya. Bukan nak perlu bersusah-susah macam dia pun. Ermm…apa bezanya sewaktu dia bersama dengan Aqil dulu. Dia balik kampung pun naik kereta. Tak susah pun. Entahlah, buat apa nak kenang lagi semua yang bukan miliknya.
“Awak terus datang dari tempat kerja?” Fazzura tanya sekadar untuk berbasa basi. Kalau tengok dari pakaian yang tersarung ditubuh Riyadh ni memang dia dah dapat jawapan pun.
“A’ah,terus datang sini. Risaulah. Mana boleh nak buat kerja.” Pelik! Macam anak dia pula yang sakit.
“Boleh ke ni nak tengok Fazmizie kejap.”
“Dah lewat kut…”
“Alah…mintak je lah kat jururawat tu kalau Zurra takut nak cakap biar saya yang cakap.”Cadangnya pula. Macam mana pun dia nak tengok keadaan Fazmizie dulu baru dia akan pergi. Kalau tak jangan harap. Tidur kat sini pun tak pe lah!
 “Awak nak cakap apa pulak kat jururawat tu. Dia orang marah awak je nanti.”
“Hah! Lantaklah…peduli apa saya. Dalam sejarah di Malaysia ni belum ada lagi Jururawat makan orang.” bebelnya tak puas hati bila Fazzura cakap macam tu.
“Ataupun Zurra yang tak izinkan saya ni?” dia kerling Fazzura. Kemudian ketawa. Kerisauannya yang tadi bersarang rasa hilang tiba-tiba walaupun belum dengar khabar yang sebetul-betulnya tentang Fazmizie dari Fazzura. Dia cakap memang okey. Selagi tak tengok depan mata dia jangan harap dia nak percaya seratus peratus. Baru lima puluh peratus. Fazzura ni pulak bukan jenis yang nak cerita sangat. Suka pendam sampai dua tiga hari baru nak cerita. Itupun kena paksa.
“Awak tak perlu nak buat macam tu. Tak kanlah saya ni sanggup tak bagi pulak!” Sampai ke situ pulak yang Riyadh fikir.
“Saya nak balik rumah kejap. Nak ambil barang-barang Fazmizie. Saya ingatkan dia tak kena tahan tadi. Tapi, doktor mintak duduk wad dulu.  Sebab tadi banyak sangat darah dia keluar.”  
“Darah banyak  keluar?”
Fazzura angguk. “Jangan risau sekarang dah okey pun.” Bila lepas habis solat Isyak tadi dia terus datang ke kereta untuk balik ke rumah sebentar. Terpaksa tinggalkan Fazmizie buat seketika. Sebenarnya dia tak menjangkakan yang pemuda ini betul-betul akan datang ke sini.
“Eh!teruk ke dia?” soal Riyadh lagi.
“Tak teruk sangat.  Luka tu dalam sebab tu banyak darah keluar. Tapi keadaan dia dah stabil. Minum susu tadi tidur terus. Esok boleh keluarlah tu.”
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Nak tahu lagi.
“Budak-budak biasalah…Mizie pulak awak faham-fahamlah. Baru boleh berjalan. Kena kepung selalu. Alpa seminit je ermm…” Dia rasa sedikit menyesal. Sepatutnya dia tak biarkan Fazmizie main di situ. Teruk sangat ke dia ni. Sampai anak kecil macam tu pun boleh alpa sangat.
“Sebab tu lah kena awasi dua puluh empat jam. Dia tu kecil lagi. Jangan tinggalkan dia main sorang-sorang.”
“Hmm…” Fazzura sedar memang salahnya.
“Boleh ke tunjukkan saya di mana katil dia. Biar saya tolong jagakan dia.”
 Fazzura angguk dan mula berpaling untuk menuju ke wad kanak-kanak yang menempatkan anaknya itu. Tidak jauh dari kawasan tempat letak kereta itu. Dia tahu walau macam mana pun dia bagi alasan lelaki ini tetap berdegil.
 “Saya harap tak menyusahkan awak, Riyadh. Awak dah banyak tolong kami. Sampai sekarang pun awak masih ambil berat terhadap kami. Kami ni bukan siapa-siapa pun. Orang luar yang tiba-tiba hadir dan menyusahkan hidup awak. Tak ada kaitan pun kan?”
“Tak pernah ada istilah susah untuk anak-anak awak, Zurra. Jangan cakap macam tu. Jangan buat ayat simpati macam tu. Saya ni yang orang luar bukan awak. Apalah sangat ha...kecik punya hal lah.” balas Riyadh tenang.
Buat apa nak cakap lagi. Kalau menyusahkan tak adalah dia berada kat sini sekarang. Dia tak pernah rasa susah pun. Sikit pun tak! Fazzura asyik pandang susah dia, cubalah pandang keikhlasan dia ni.
 Mereka terus beriringan berjalan menuju ke wad. Tetapi seketika kemudian langkah kaki Riyadh terhenti. Dia pandang Fazzura dengan dahi berkerut. “Kenapa pula dengan awak ni?” soal Fazzura aneh. Pelik sangat cara Riyadh pandang. Dia tak suka.
“Zurra, boleh tak kalau nak mintak tolong Zurra?” Riyadh cakap sambil peluk tubuh. Nak kata ada angin sebab sejuk tak pula. Style kut!
Dia menentang mata lelaki yang berdiri dihadapannya ini. “Awak nak saya tolong apa?” Selama dia mengenali pemuda ini tidak pernah sekalipun Riyadh meminta pertolongan darinya. Apa yang dia terima adalah sebaliknya. Riyadh selalu ada saat-saat ujian datang menimpa dirinya.
“Boleh awak bawa Aqilah sekali?” luah Riyadh dengan muka ala-ala mintak simpati. Fazzura rasa serba salah. Bimbang Abah tak izinkan dia bawa sekali Aqilah. Lagipun di sini, bukannya selesa sangat pun. Tak kan nak tidur atas lantai wad tu. Agak-agaklah!
“Macam ni, awak bawa dia  ke sini. Nanti malam saya sewa hotel berdekatan. Awak boleh tidur dengan dia. Saya jaga Fazmizie boleh?” Fazzura terus geleng kepala. Tak setuju dengan cadangan Riyadh. Kalau Aqil mungkin dia setuju. Ada juga pertalian darah di situ.
“Saya tak nak menyusahkan awak, Riyadh. Awak kena faham tu…”
“Zurra, please... okey kalau Zurra tak nak saya jaga Fazmizie, Zurra bawa Aqilah sekali nanti. Saya jaga dia. Zurra bawa pakaian dia sekali. Kita tukar plan!” pujuk Riyadh sekali lagi.
 “Saya janji saya jaga dia.” sambungnya pula bila melihat Fazzura diam sahaja seperti sedang memikirkan cadangannya yang pada pendapatnya tak perlu nak fikir-fikir lagi. Setuju sajalah. Bukan kena jatuh hukuman apa pun kalau dia setuju.
Fazzura geleng kepala. Tidak bersetuju  dengan cadangan itu. Bukankah semua itu hanya akan menyusahkan pemuda ini.
“Zurra, boleh lah Zurra. Awak ni macam tak percayakan sayakan?” rayunya lagi.
“Tak boleh Riyadh. Saya tak nak menyu..”
“Boleh tak  Zurra jangan cakap saya menyusahkan Zurra!”nada suaranya keras sambil pandang Fazzura. Anak mata bewarna hitam itu ditenung dalam namun Fazzura cepat sahaja melarikan pandangan matanya. Fazzura memang degil. Apa benda mesti nak kena cakap berulang kali baru dia setuju. Tapi yang dia tahu orang degil ni luar aje. Dalam hati baik.
“Saya tak tahu kenapa awak perlu buat semua ni Riyadh?”
“Awak jangan soal saya benda yang saya tak ada jawapan. Apa yang pasti saya ikhlas. Ikhlas dengan apa yang saya lakukan.”
Fazzura geleng kepala. Dia terus mengorak langkah. Tidak peduli dengan permintaan Riyadh. Dia tetap tak nak menyusahkan pemuda itu. Sudahlah Riyadh.
“Zurra, please…”
Fazzura menoleh. Lagi sekali Riyadh buat muka kesian. Allah! Dia tak sampai hati. Tolonglah Riyadh. Jangan merayu macam tu depan aku.
Please… ” pinta Riyadh sekali lagi. Dia tidak berganjak sedikitpun dari situ walaupun Fazzura dah sedikit kehadapan meninggalkannya.
“Zurra!”
“No Riyadh! saya tak nak menyusahkan awak. Saya tak nak menyusahkan awak. You can go and come tomorrow.”
“Semua tu akan hilang bila dia orang berdua ada di sisi saya!” jawab Riyadh tegas. Degil sungguh Fazzura ni. “I will not go!” balasnya geram. Bertimbang rasalah sikit dekat dia. Dia ni datang jauh-jauh tak kan tak boleh nak jumpa Aqilah langsung.
“Manalah saya tahu?” Fazzura cebik mulut.
“Eee.. .dia ni kan! Aku cium jugak nanti kut. Please la Zurra! Awak tak kesiankan saya ke?”dia buat lagi muka simpati. Aduh! Tadi cakap ikhlas sekarang dah macam mintak balasan pulak. Kenapa dengan dia ni!
“Teruknya awak!” ujar Fazzura perlahan. Rasa nak ketawa pula bila tengok muka Riyadh masam macam tu. Peliknya lelaki ini. Pelik sangat!
“Lantaklah…saya ni dah sayang sangat kat anak-anak Zurra tu. Dah rasa macam anak sendiri. Zurra tu degil. Bagilah saya jaga Aqilah kejap malam ni aje. Esok Zurra cakap adik dah boleh keluar, habis  tu bila masa yang saya nak jumpa Aqilah. Nak bagi saya penasaran pun agak-agaklah!” Hah! Ambik kau.
“Ermm…Okey! Okey! Tapi saya tak berani janji. Bimbang kalau abah tak izinkan. Lagipun awak faham-faham sajalah hubungan saya dengan keluarga belum pulih lagi. Tapi saya cuba sebab awak dah banyak tolong saya.” Kata Fazzura tenang. Rasanya tak sampai hati pula untuk dia menghampakan permintaan Riyadh. Walaupun di awal tadi dia begitu berdegil akhirnya dia berlembut juga bila pandang wajah Riyadh. Jatuh kasihan.
Riyadh tarik nafas lega mendengar jawapan dari mulut Fazzura.
“Tak apalah, sekurang-kurangnya awak cuba. Apa-apa pun kena cuba.” dia tarik senyum lebar. Puas hati. Macam yakin sangat yang abah Fazzura nak benarkan Fazzura bawa Aqilah.
“Zurra, awak tahu tak…saya rindu sangat dengan dia orang. Rindu sangat tau. Awaklah ni, saya ajak stay aje kat sana. Awak tak nak. Saja nak siksa batin saya ni.” luah Riyadh perlahan tapi cukup buat Fazzura terharu mendengarkan kata-kata pemuda itu. Aqil sendiri tak pernah nak ambil tahu pasal anak-anaknya. Inikan pula si Riyadh yang nak rindu bagai. Ermm…sayang sungguh dia dengan anak-anak aku. Sampai cakap aku siksa batin dia. Dia tak tahu ke Kuala Lumpur  tu lagi buat batin aku tersiksa.
“ Dia orang pun rindukan awak jugak. Maklumlah awak tu selalu sangat layan kerenah diorang berdua. Selalu belanja ice-cream.  Bawak jalan-jalan. Balik kampung tak dapatlah nak merasa semua tu selalu.”
“Sedihnya…”.
“Apa?”
“Tak ada apa-apalah.” Kalau duduk dengan aku makanlah sampai habis sejuta pun tak apa. Aku rela!gumam hati Riyadh perlahan. Langkahnya kembali seiring bersama Fazzura. Tinggi lampai jugak Fazzura ni. Wajah dia ala-ala bulat sikit tapi cantik. Hidung tak mancung sangat tapi boleh buat sesiapa pun tertarik. Dia? Rasa mecam dah tertarik.
Fazzura meminta keizinan kepada jururawat yang bertugas untuk masuk sebentar ke dalam wad bersama dengan Riyadh. Jururawat tu  senyum  pandang  Riyadh yang berada di sisinya. Lagi bertambah senyum bila Riyadh cakap dia nak tengok anak dia.Ouh! Tak perlu pun. Orang tu tak tanya buat apa nak terhegeh-hegeh nak beritahu. Pulak tu menipu. Buat dosa aje.
Sampai sahaja di hadapan katil yang menempatkan Fazmizie, Riyadh terus menghampiri tubuh kecil yang sedang lena di atas katil itu. Wayar berselirat di atas tapak tangan Fazmizie. Wajah Fazmizie pucat. Mungkin kerana terlalu banyak darah yang mengalir. Tangannya menyentuh lembut tubuh itu. Diusapnya perlahan bak melepaskan rindu yang terpendam. Lama direnung sebelum bibirnya menuturkan kata.
 “I miss you so much dear...” Wajahnya kemudian didekatkan lalu satu ciuman jatuh di wajah Fazmizie. 
Uncle datang sayang…” tangannya terus-terusan mengusap lembut tubuh kecil itu. Matanya jatuh ke kaki  Fazmizie yang sudah dibalut dengan kain anduh itu. Hatinya kian sayu. Kenapa terlalu banyak kesakitan yang perlu di lalui si kecil ini. Kalaulah boleh ditukar ganti, dia rela.
“Sabar ya sayang…” ucapnya sekali lalu ciuman jatuh bertubi-tubi di dahi, pipi dan terakhir kalinya di hidung si comel itu. Fazzura yang berdiri di hujung katil hanya memandang tingkah Riyadh. Teringatkan Aqil…ermm. Dia mengetap bibir cuba menahan perasaan.
“Riyadh, saya gerak dulu.” ujarnya menghampiri lelaki itu. Riyadh angguk tanpa menoleh ke arahnya. Mustahil lelaki itu menangis kerana anaknya.
“Ibu tinggalkan adik kejap nanti ibu datang ya sayang…” bisik Fazzura lembut lalu mencium dahi anaknya itu. Hatinya berat untuk meninggalkan Fazmizie walau seminit tetapi di dalam keadaan sekarang dia terpaksa kerana satu barang apa pun dia tak bawa tadi.
“Zurra, hati-hati bawa kereta tu. Kunci pintu kereta. Kalau jadi apa-apa awak call saya terus ya. Handphone tu jangan letak dalam beg. Letak dekat tempat yang senang nak dicapai. Jangan bawak laju-laju sangat.”
Fazzura angguk. Kakinya terus melangkah keluar dari wad kanak-kanak itu. Kesian Riyadh, tak pasal-pasal kena jaga anaknya pula. Seolah-olah dia hidup sebatang kara. Yang pasti dia tak nak menyusahkan keluarganya.
Riyadh terus  menarik kerusi lalu duduk ditepi katil itu dengan pandangan masih lagi terarah ke wajah comel Fazmizie. Pipi tembam itu dioles lembut.
“Adik tahu tak sebab adik jugalah uncle boleh kenal kakak. Sebab adik jugalah uncle boleh kenal ibu.”tuturnya perlahan sambil meraih jari jemari kecil itu. Membuka sejarah lalu.
“Adik tahu tak sebab adik dengan kakak, uncle mula terbuka hati untuk bekeluarga. Untuk memiliki anak seperti adik dan kakak.” Diusapnya lembut tapak tangan itu.  Kemudian didekatkan ke bibirnya. Teringat saat-saat Fazmizie menarik rambutnya. Bergetaran hatinya seoalah membayangkan si kecil ini anaknya. Dan saat itu perasaannya makin membuak-buak mahu hidup seperti sebuah keluarga.
“Bila kita terpisah uncle macam hilang arah jugak. Tapi uncle simpan semua perasaan rindu ni. Tahu uncle ni bukan siapa-siapa pun. Hari ni takdir mempertemukan kita lagi. Dengan cara yang sama.” Dia teringat pertemuan pertama mereka di hospital dulu. Dia yang mendukung Fazmizie sehingga masuk ke dalam bilik rawatan. Mana boleh lupa kenangan indah itu.
Selama hampir dua bulan dia  rasa hatinya sarat menanggung rindu. Hari ini dia rasa tenang. Memandang wajah kecil ini hilang tekanannya. Apatah lagi sejak dua menjak ini dia terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan. Sampaikan pening kepala di buatnya. Annis letak syarat macam-macam. Nak kahwin terus tak nak bertunang. Dia tak kisah asalkan Annis mahu kahwin.
 Mana dengan butik Annis yang dia janjikan nak tolong. Projek Denai Alam pun masih ada yang belum selesai lagi. Tapi semua masalah tu hilang bila terpandangkan wajah kecil ini. Itu belum lagi dia jumpa dengan Aqilah yang petah bercakap tu. Kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti dan memahami kenapa dia terlalu kasihkan mereka. Kenapa? Setiap nafas yang dia hela terasa mereka ada bersamanya. Kenapa juga takdir seringkali membawanya kepada mereka. Kenapa?
Hampir satu jam dia berada di sisi Fazmizie.  Sedikitpun dia tidak berganjak. Seolah-olah yang sedang tidur di atas katil itu anaknya sendiri. Selama mereka hilang dari pandangan matanya dia cuba juga untuk melupakan. Tetapi ingatannya semakin hari semakin kuat. Akhirnya dia membiarkan sahaja mereka menjadi raja di dalam hatinya.
Bunyi mesej dari telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya itu segera di ambil.

Riyadh, saya tunggu di luar ni. Awak keluar kejap. Saya tak nak Aqilah tengok  Fazmizie. Nanti bising pula. Lagipun dah lewat sangat ni.

Riyadh terus bangun. Bibirnya mencium lembut ubun-ubun anak kecil itu. Kemudian dia terus melangkah perlahan menuju ke luar. Tidak mahu mengganggu pesakit-pesakit lain yang ada. Sebaik sahaja pintu wad ditarik terus Aqilah jerit memanggil namanya.
“Sayang…comelnya dia pakai baju kelawar ni?” terus didukungnya Aqilah sambil menonyoh perlahan wajahnya ke wajah si kecil itu.
Uncle…uncle…ibu cakap Aqilah tidur dengan uncle malam ni.” soal Aqilah petah.
 “Ya sayang, malam ni Aqilah tidur dengan uncle. Ibu nak jaga adik. Rindu uncle tak ni?” Riyadh mencium lagi dan lagi. Rasa lepas bebas.
Aqilah angguk. “Aqilah rindu uncle. Kenapa uncle tak datang bawa Aqilah jalan-jalan. Dekat umah nenek ada pantai.”
 “Aqilah, janganlah soal uncle macam tu. Ibu kan dah cakap uncle sibuk.” baru menginjak usia empat tahun. Tapi, petahnya dia sampai kadang-kadang tak terlayan Fazzura. Siap bercerita tentang pantai yang ada di kampung mereka.
“Eh! Mana ada sibuk. Sekarang uncle tak sibuk. Tapi dah malam sangat tak boleh nak bawa Aqilah jalan-jalan. Esok uncle bawa tengok pantai okey.” jawab Riyadh sambil menurunkan Aqilah dari dukungannya. Aqilah lompat gembira sambil memeluknya.
“Kita pergi jalan-jalan bawa adik dengan ibu sekali okey?”
“Yee! bila kita nak pergi uncle. Aqilah dah lama tak jalan-jalan.” Dipeluknya Riyadh dengan gembira.
 “Kalau boleh sekarang pun uncle nak pergi sayang. Tunggu adik sembuh dulu. Uncle janji, uncle bawak pergi jalan-jalan. Kita bawa ibu sekali ek!”
Fazzura geleng kepala. Jalan-jalan nak bawa dia sekali. Dah gila ke apa Riyadh ni. Nanti tak pasal-pasal pula dia dicop macam-macam. Dengan statusnya yang baru sahaja memegang gelaran janda. Orang luar akan cop apa sahaja kepada dia. Seoalah-oleh janda gatal. Lagipun dia lebih selesa jika hanya anak-anaknya sahaja yang rapat dengan Riyadh. Dia tiada keinginan untuk semua itu.
“Riyadh, jangan nak susah-susah macam tu.” Lagipun dia bimbang jika anak-anaknya asyik menuntut janji. Asyik bertanya itu dan ini. Susah dia nak jawab. Mulut budak-budak ni bukan boleh control. Kalau cakap depan emak dan abah nanti lagi payah.
“Apa pulak yang susahnya. Zurra ni kan… macam tak suka sangat saya rapat dengan anak-anak Zurra.” Riyadh tak puas hati.Tak habis-habis nak cakap susah..susah…naik bosan dia dengar.
“Bukan macam tu maksud saya.”
“Habis tu?” soalnya ingin tahu. Fazzura asyik cakap tak nak susahkan dia. Padahal dia buat semua ini ikhlas. Kalau tak ikhlas tak kan dia nak ada di sini. Buang masa dia je. Baik dia pergi keluar dengan Annis bincang pasal majlis perkahwinan mereka. Lagi bagus!
“Kenapalah ibu ni tak faham-faham yang uncle ikhlas.” tuturnya lagi sambil pandang Aqilah.  Macamlah budak tu mengerti apa itu ‘ikhlas’!
Fazzura ketap bibir. “Nah...” Dia menghulurkan sebungkus plastik kepada Riyadh.
“Saya belikan nasik tadi. Tentu awak laparkan. Awak makanlah bila balik bilik nanti.”  Dia yakin pemuda itu belum makan. Belum mandi dan belum lagi mencari mana-mana bilik hotel untuk disewa. Alang-alang dia keluar tadi terus dia carikan bilik dan juga membeli makanan untuk Riyadh.
“Terima kasih Zurra. Awak tahu tak mana-mana hotel yang dekat dengan area ni?” soal Riyadh kembali tenang walaupun tadi dia dah start nak makan hati. Tapi, pandai pula Fazzura tawan dengan berikan nasi ni. Aduhai….kau jangan buat aku tergoda pula Zurra. Nanti kang Annis ke mana kahwin ke mana. Bisik hatinya pula.
Fazzura senyum. “Saya dah carikan untuk awak. Ini kunci bilik awak. Tapi di sini tak ada hotel lima bintang. Yang ada Hotel Damai ni je.” usik Fazzura. Riyadh terkejut.
“Zurra, awak ni kan…kenapalah nak susah-susah tolong carikan untuk saya pula. Ish…saya tak mintak pun.” dia geleng kepala.
“Saya datang sini bukan nak menyusahkan awak pun, Zurra.” Kali ini gilirannya pula yang guna perkataan susah tu.
“Bila lagi saya nak balas budi awak kan?”
“Macamlah saya mintak Zurra balas.”
“Ambillah, harap awak selesa.”
 “Terima kasih.”
“Manalah tahu takut awak tak selesa.” balasnya lagi.
“Kalau nak berbulan madu hotel macam ni mungkinlah tak selesa!” balas Riyadh selamba. Dia senyum pandang raut wajah Fazzura yang nampak terkejut. Cakap lagi kan dah kena.
Fazzura buat tak peduli. Bukan urusan dia pun. Suka hati Riyadh lah. Sempat Fazzura memandang wajah Riyadh yang ada tahi lalat di bawah mata. Nampak menarik tetapi itu tak bermakna dia tertarik. Dahulu wajah Riyadh lebih terurus tidak seperti sekarang. Janggut dan misai mula mengambil tempat di wajah pemuda itu. Tapi Riyadh tetap ada auranya tersendiri. Sebagai lelaki yang bekerjaya namun bersederhana dalam banyak perkara. Itulah yang mampu dia rumuskan tentang Riyadh. Lagipun dia lebih sedar siapa dirinya jika hendak di bandingkan dengan Riyadh. Pasti bakal isteri pemuda ini jauh lebih bagus darinya. Eh! Tak perlu dia nak bandingkan pun sebenarnya.
“Selesa itu yang sebenarnya lebih datang dari hati bukan pada tempat.” kata Riyadh lagi sambil memegang tangan Aqilah. Dia bergurau pun Fazzura tetap buat muka serius.
“Okey, sayang…cium tangan ibu…kita balik tidur dulu. Esok kita datang lagi.”
Anaknya itu hanya menurut.
 “Letih sangat dah ni dia. Kesian dia.” Riyadh ambil beg yang mengandungi pakaian dan barang-barang Aqilah dari Fazzura.
“Terima kasih Riyadh.” ucap Fazzura.
Riyadh angguk. “Kalau ada apa-apa jangan lupa call saya.”
Fazzura angguk lagi.
“Dah, Zurra pergi masuk dalam. Jangan risau pasal Aqilah. Saya jaga dia baik-baik. Saya tak akan sia-siakan susah payah awak bawa dia ke sini. Terima kasih sanggup bagi peluang untuk saya. Terima kasih sebab percayakan saya. Saya sangat menghargai.” ucap Riyadh dengan wajah yang tenang.
Mata Fazzura mengekor langkah kaki Riyadh dengan anak matanya. Di perhatikan juga Aqilah yang sangat selesa di samping Riyadh. Tidak menduga sekali lagi takdir menemukan mereka di dalam keadaan yang sama. Riyadh, kenapa kau baik sangat? Bisik hatinya pula lalu terus menapak perlahan masuk ke dalam wad itu.



NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...