Friday, December 27, 2013

SINOPSIS BILA CINTA HADIR




Pertemuan di antara Lia Juwita dan Syameen Fikran di dalam satu majlis telah membuka kembali  kenangan sewaktu kecil di antara mereka berdua. Bagi Lia Juwita, kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mengubat jiwanya yang baru sahaja putus kasih dan sayang dengan Azlan. Setiap baris kata Syameen Fikran berlagu irama cinta. Hanya dalam masa sebulan ikatan cinta terjalin Syameen Fikran mengambil kata putus untuk memperisterikan Lia Juwita.  Bagi Syameen, teman tadikayang bernama Lia Juwita adalah isteri pilihannya.

Perkahwinan yang di bina di atas dasar cinta tidak selamanya menjanjikan kebahagian. Apatah lagi perkenalan di antara mereka terlalu singkat waktunya. Tatkala inai masih merah di jari, Lia Juwita terpaksa melangkah pergi. Lari dari Syameen yang ternyata tegar mengkhianati. Malahan Syameen tegar menuduh kehadirannya hanya semata-mata kerana harta bukan cinta. Remuk redam jiwanya menerima kata-kata nista dari insan yang suatu masa begitu beria-ia mahu memperisterikan dirinya. Kehilangannya secara tiba-tiba pada malam pernikahan mereka telah membuatkan keluarga Syameen malu besar. Lia Juwita pergi tanpa pengetahuan sesiapa termasuk keluarganya sendiri. Lia Juwita pasrah. Lebih pasrah apabila suami sendiri meragui keikhlasan dirinya. Bagi Syameen, perkahwinannya itu hanya satu kesilapan.

Selepas dua tahun Lia Juwita kembali. Kembali tanpa ingin bersua dengan Syameen lagi. Tapi ternyata takdir tetap menemukan mereka untuk kedua kali. Satu persatu rahsia yang Syameen bentangkan terhadapnya. Baginya itu semua fitnah. Fitnah akibat cinta yang tidak kesampaian. Dalam diri manusia yang bernama Syameen Fikran bagaikan luput sebuah kepercayaan terhadap insan yang bergelar perempuan.

 Apakah kuasa fitnah itu lebih mengatasi rasa cinta dan kasih sesama manusia? Haknya di nafikan?Gerak gerinya di pertikaikan. Syameen hanya ingin penjarakan dirinya dalam sebuah sangkar derita sedangkan di dalam masa yang sama dia bakal di tunangkan dengan pilihan keluarganya. Farah, wanita itu terlalu baik budi pekertinya untuk di tolak. Lia Juwita akur dalam meraih kembali kepercayaan Syameen Fikran. Pasrah andai dirinya harus di pinggirkan atas kesalahan yang dia sendiri tidak pernah sangkakan.

Kehadiran Haq telah menggugat keegoan Syameen Fikran. Bagi Syameen, lelaki itu penyebab jiwanya hilang rasa percaya. Azlan pula kembali datang menambah derita. Menjadi perencah yang merosakkan rasa sebuah bahagia.

Saat cinta di antara mereka telah di atur dengan sempurna, Syameen terjerat sekali lagi di antara dua pilihan. Memilih Lia Juwita sudah pasti melukakan hati keluarganya.

Bagi Lia Juwita, kisahnya bukan sinetron. Tapi kenyataan yang benar-benar menggerikan. Cinta yang kian hadir tetap tak mampu di lenyapkan walaupun seribu pilihan yang datang. Beribu cacian dan tomahan yang di terima ditelan walaupun pahit demi harga sebuah bahagia. Tatkala cinta itu hadir, persahabatan yang terbina terputus angkara nafsu, Saat cinta itu telah hadir, perkahwinan hampir musnah angkara fitnah. Dan bila cinta itu hadir... dia masih bertahan walau di hujani berjuta ujian.


NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...