Pertemuan di
antara Lia Juwita dan Syameen Fikran di dalam satu majlis telah membuka
kembali kenangan sewaktu kecil di antara
mereka berdua. Bagi Lia Juwita, kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mengubat
jiwanya yang baru sahaja putus kasih dan sayang dengan Azlan. Setiap baris kata Syameen Fikran
berlagu irama cinta. Hanya dalam masa sebulan ikatan cinta terjalin Syameen
Fikran mengambil kata putus untuk memperisterikan Lia Juwita. Bagi Syameen, teman tadikayang bernama Lia
Juwita adalah isteri pilihannya.
Perkahwinan yang
di bina di atas dasar cinta tidak selamanya menjanjikan kebahagian. Apatah lagi
perkenalan di antara mereka terlalu singkat waktunya. Tatkala inai masih merah
di jari, Lia Juwita terpaksa melangkah pergi. Lari dari Syameen yang ternyata
tegar mengkhianati. Malahan Syameen tegar menuduh kehadirannya hanya
semata-mata kerana harta bukan cinta. Remuk redam jiwanya menerima kata-kata
nista dari insan yang suatu masa begitu beria-ia mahu memperisterikan dirinya.
Kehilangannya secara tiba-tiba pada malam pernikahan mereka telah membuatkan
keluarga Syameen malu besar. Lia Juwita pergi tanpa pengetahuan sesiapa
termasuk keluarganya sendiri. Lia Juwita pasrah. Lebih pasrah apabila suami
sendiri meragui keikhlasan dirinya. Bagi Syameen, perkahwinannya itu hanya satu
kesilapan.
Selepas dua
tahun Lia Juwita kembali. Kembali tanpa ingin bersua dengan Syameen lagi. Tapi
ternyata takdir tetap menemukan mereka untuk kedua kali. Satu persatu rahsia
yang Syameen bentangkan terhadapnya. Baginya itu semua fitnah. Fitnah akibat
cinta yang tidak kesampaian. Dalam diri manusia yang bernama Syameen Fikran
bagaikan luput sebuah kepercayaan terhadap insan yang bergelar perempuan.
Apakah kuasa fitnah itu lebih mengatasi rasa
cinta dan kasih sesama manusia? Haknya di nafikan?Gerak gerinya di pertikaikan.
Syameen hanya ingin penjarakan dirinya dalam sebuah sangkar derita sedangkan di
dalam masa yang sama dia bakal di tunangkan dengan pilihan keluarganya. Farah,
wanita itu terlalu baik budi pekertinya untuk di tolak. Lia Juwita akur dalam
meraih kembali kepercayaan Syameen Fikran. Pasrah andai dirinya harus di
pinggirkan atas kesalahan yang dia sendiri tidak pernah sangkakan.
Kehadiran Haq
telah menggugat keegoan Syameen Fikran. Bagi Syameen, lelaki itu penyebab
jiwanya hilang rasa percaya. Azlan pula kembali datang menambah derita. Menjadi
perencah yang merosakkan rasa sebuah bahagia.
Saat cinta di
antara mereka telah di atur dengan sempurna, Syameen terjerat sekali lagi di
antara dua pilihan. Memilih Lia Juwita sudah pasti melukakan hati keluarganya.
Bagi Lia Juwita,
kisahnya bukan sinetron. Tapi kenyataan yang benar-benar menggerikan. Cinta
yang kian hadir tetap tak mampu di lenyapkan walaupun seribu pilihan yang
datang. Beribu cacian dan tomahan yang di terima ditelan walaupun pahit demi
harga sebuah bahagia. Tatkala cinta itu hadir, persahabatan yang terbina
terputus angkara nafsu, Saat cinta itu telah hadir, perkahwinan hampir musnah
angkara fitnah. Dan bila cinta itu hadir... dia masih bertahan walau di hujani
berjuta ujian.
Macam pernah baca kat ilham. Tapi macam ada sedikit perubahan.
ReplyDeletemanuskrip ni sudah di edit semula.memang ada sedikit perubahan.. :)
Deletekaq Faz.. Sye suke cerita ni.. tolong sambung plisssss
ReplyDelete