Saturday, October 22, 2011

Hangatnya Cinta-8

Sebaik sahaja selesaikan menyediakan sarapan pagi Nur Nilam segera menapak ke biliknya di tingkat atas untuk bersiap-siap kerana hari ini dia perlu membawa ibunya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dialysis penyakit buah pinggang yang di hidapi ibunya itu. Pintu bilik di tolak perlahan. Kemas. Semua cadar dan selimut telah dikemaskan. Bantal pun sudah tersusun kemas. Siapa pula yang rajin mengemas ni?Tadi sewaktu dia bangun Iskandar masih lena di buai mimpi indah di atas sofa itu. Agaknya Iskandarlah kot yang tolong dia kemaskan. Rajinlah pula Iskandar tolong kemaskan tempat tidur dia. Dia kemudian tendengar pancutan air yang berbunyi dari dalam bilik air.
Nur Nilam segera menyalin pakaiannya. Nanti keluar si Iskandar tu dari bilik air lagi bertambah masalah dia. Dia segera menyarung baju kemeja bewarna biru gelap dan di pandankan dengan seluar jeans. Rambutnya yang diikat satu itu di sanggul seperti biasa. Kemas.
            Nur Nilam kemudianya memusing-pusingkan tubuhnya di hadapan cermin. Kemudian bibirnya mengukir senyuman. Memang sudah menjadi tabiatnya bangun pagi sebelum keluar mesti nak tengok cermin kemudian terrsenyum sorang-sorang.
Bukan apa, senyuman tu bagaikan satu semangat untuk memulakan harinya. Baju kemeja yang tersarung itu sekali lagi di perbetulkan. Sebelum berlalu menuju ke bawah sempat lagi dia tersenyum dihadapan cermin. Namun senyumannya itu beransur dengan serta merta. Kini wajahnya terasa merah padam pula.Pandangan matanya kini jatuh ke wajah Iskandar yang sedang merenungnya.
“Kenapa?”soalnya pula. Nak cover malulah.
Iskandar tidak menjawab tetapi terus sahaja mendapatkan Nur Nilam yang berdiri tegak di hadapan cermin itu. Nur Nilam resah. Apatah lagi Iskandar hanya bertuala sehelai sepinggang. Hish!
“Macam ni baru cantik. Tadi macam mak nenek. Bukan ke aku dah cakap aku tak suka kau sanggul rambut kau tu?”ucap Iskandar pula seraya tangannya merungkaikan sanggul yang sudah terletak kemas itu. Rambut kerinting Nur Nilam benar-benar menyerlahkan pesona yang luar bias. Cantik!Hingga membuatkan jiwa lelakinya berkocak sejuta rasa.
“Suka hati sayalah. Awak ni melampaulah!”suara Nur Nilam sedikit keras.Tidak sabar dengan sikap Iskandar. Penat-penat dia bersanggul alih-alih dibuaraikan pula. Iskandar yang mendengar hanya tersengeh sebelum kembali menyambung kata-katanya.
“Suka hati aku jugalah nak buat apa. Aku nak melampau pun aku punya pasallah. Itu baru sikit aku punya melampau.”jawab Iskandar sambil memuncungkan bibirnya ke arah Nur Nilam. Seolah-olah mengejek.
Sakit hati benar Nur Nilam dengan kelakuan Iskandar. Suka sangat menyakatnya. Atau lebih tepat lagi membulinya. Ada saja yang dia nak tegur.
“Menyampah!”tutur Nur Nilam sepatah sebelum  berlalu keluar dari bilik itu. Makin lama dia berhadapan dengan Iskandar makin sakit hatinya.
Wait!”
“Apa lagi awak ni?!”
“Jap!jap!Ada yang kurang.!”jerit Iskandar seolah-olah Nur Nilam berada jauh darinya.
“Is!!”kali ini jeritan Nur Nilam pula yang kedengaran. Panas betul hatinya dengan usikan-usikan dari Iskandar. Ingatkan benda apalah yang penting sangat. Rupa-rupanya ‘flying kiss’.
Iskandar ketawa kuat melihat muka Nilam yang merah padam itu. Seronok benar dia dapat menyakat Nur Nilam. Rasanya sudah lama dia tidak segembira ini. Tidak bergelak ketawa begini. Terasa kebahagiaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya hati sahaja yang mengetahui betapa rasa gembiranya dia. Terlalu sulit untuk di fahami. Apakah dia sudah mula menyukai Nur Nilam dan jatuh cinta lagi untuk sekian kali. Argghhh!!

Kereta Honda Civic Mugen yang di pandu oleh Iskandar terus meluncur dengan laju untuk menuju ke destinasinya. Nur Nilam yang duduk di tempat duduk penumpang kelihatan resah. Ibu mertuanya yang duduk di belakang juga diam tanpa sebarang suara. Dia tahu pasti Nur Nilam sedang di buru perasaan simpati kepada ibunya. Rawatan dialysis itu sudahlah lama,bahkan menyakitkan juga. Simpatinya menebal, Bukan senang untuk mendapat penderma yang sesuai sekarang. Berlambak-lambak lagi yang sedang menunggu buah pinggang yang sudi di dermakan.
Setengah jam kemudian mereka sampai di hadapan hospital. Iskandar segera keluar dari kereta dan membuka pintu untuk ibu mertuanya itu.Gerak gerinya itu membuatkan Nur Nilam tersentuh.Tersentuh dengan cara dan layanan yang Iskandar tunjukkan. Kenapa Iskandar perlu buat semua ini.?Dia tidak minta di berikan layanan sebaik ini.
Sebaik sahaja ibunya masuk ke dalam bilik rawatan ,Nur Nilam segera mengorak langkah kakinya menuju ke arah Iskandar yang sedang duduk di bangku berhadapan kaunter pertanyaan itu.
“Kalau awak ada hal,awak boleh pergi dulu..."tutur Nur Nilam sambil duduk bersebelahan dengan Iskandar.
“Kalau aku ada hal buat apa aku nak temankan kau dengan mak kau ke  sini,”bicara Iskandar pula. Tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan oleh Nur Nilam kepadanya.
“Manalah saya tahu...”tutur Nur Nilam perlahan sambil menundukkan wajahnya memandang lantai. Entahlah, kenapa dia tiba-tiba sahaja begitu berkecil hati dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Padahal ini bukan kali pertama Iskandar berbicara sebegitu.
“Kenapa awak layan ibu saya dengan baik, Is?”sekali lagi terpacul satu soalan dari Nur Nilam.
“Kau jangan lupa,kau sendiri yang minta bantuan dari aku. Sekarang ni kau nak tanya soalan bodoh macam ni pula?Apahal kau!”
“Saya hanya minta awak tanggung perbelanjaan untuk rawatan ibu saya sahaja. Saya tak minta awak layan ibu saya dengan baik.”
“Habis tu, kau nak aku jadi manusia yang kurang ajar?Tak reti nak hormat orang tua?Macam tu?Tu ke yang kau nak!”Iskandar mendengus kasar.
Nur Nilam diam. Memang betul kata-kata Iskandar. Tapi dia cuma takut ibu meletakkan sepenuh harapan pada perkahwinan dia dan Iskandar. Dia bimbang ibu kecewa nanti bila mengetahui hal yang sebenar. Dia tidak sanggup melukakan hati ibu biarpun dia sendiri terluka.
“Ikut aku!”ucap Iskandar pula. Dia segera bangun dan menarik tangan Nur Nilam supaya menuruti langkah kakinya.
“Lepaslah!”balas Nur Nilam pula. Rimas dengan kelakuan Iskandar yang suka hati itu.
“Kedekut!”balas Iskandar pula.
“Nak ke mana?”soal Nur Nilam lagi apabila melihat langkah kaki Iskandar yang sedang menuju ke arah tempat letak kereta. Kalau nak sarapan,di rumah tadi pun mereka dah sarapan.
“Jangan banyak soal boleh tak?Kau tanya lagi macam-macam aku cium mulut kau!Faham!”tutur Iskandar sambil membuka pintu kereta untuk Nur Nilam. Sebelum masuk ke dalam kereta Nur Nilam sempat menjegilkan biji matanya ke arah Iskandar. Geram dengan keceluparan Iskandar.
Panahan mata Nur Nilam ibarat petir yang menyambar-nyambar denyut nadinya.Setiap kali Nur Nilam buat begitu kepadanya, setiap kali itu jugalah dadanya berkocak kuat. Kuasa apa yang Nur Nilam ada. Kuasa apa yang Nur Nilam guna. Sampaikan dia lemah dengan panahan mata itu. Ah!!Dengan Kamalia pun dia tidak selemah ini.
Lebih kurang 15 minit perjalanan mereka berdua sampai di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Pintu rumah tertutup rapat. Suasananya pula agak sunyi. Mungkin juga rumah ini terletak agak jauh dari rumah-rumah yang lain.
“Rumah siapa ni,?”soal Nur Nilam kembali setelah lama dia berdiam.Namun soalannya itu hanya di biarkan bagai angin berlalu. Iskandar segera turun dari keretanya dan membuka pintu kereta di sebelah penumpang. Seolah-olah kewajipan pula baginya.
            “Terima kasih.”luah Nur Nilam pula.
Iskandar segera menekan loceng rumah itu. Sekali tekan masih tidak ada respon apa-apa. Iskandar mencuba sekali lagi. Masih juga tiada respon.
            “Is, beritahulah saya?Ini rumah siapa?Kawan awak ke?”soal Nur Nilam sekali. Masih mengharapkan jawapan dari mulut Iskandar, Dia tidak suka berteka-teka sebegini.
            Iskandar segera membuang pandang ke  arah Nur Nilam. Dia kemudiannya menghampiri Nur Nilam dengan wajah yang mencuka.
            Cupppppp..!
Nur Nilam terkedu. Mukanya dah berubah warna. Rasanya lebih merah dari warna sirap. Iskandar menciumnya. Ya Allah..
            “Aku dah pesan tadi. Kau soal sekali lagi aku akan cium kau. Kau degil ye?Agaknya kau suka aku cium kau. Sebab tu mulut kau tu tak reti-reti nak diam. Asyik nak menyoal je.!”
            “Is!"
           “Hah?Apa?Tak puas hati. Nak aku cium kau lagi?”
            “Assalamualaikum...”kedengaran suara seoarang wanita memberi salam dari belakang. Mereka menoleh serentak.
            “Waalaikumussalam..eh, kak Reen?ke mana?Patutlah Is tekan loceng tadi tak ada respon langsung. Kak Reen ke mana?”soal Iskandar bertalu-talu. Rindu benar dia pada kakaknya, Izreen. Sewaktu majlis perkahwinannya tempoh hari pun kakaknya langsung tidak menunjukkan wajah.
“Kalau ye pun, masuklah dalam dulu. Banyak sangat agaknya story yang kak Reen tak tahu ya?Jemputlah masuk dulu.”
Iskandar tersenyum mendengar kata-kata kakaknya itu. Nur Nilam hanya diam tanpa sebarang suara. Selepas kena cium tadi mulutnya seolah-olah dah kena kunci dengan pedal ayam. Tak pun boleh di ibaratkan dah kena ‘welding’. Iskandar ni benar-benar telah membuatkannya di buru rasa malu yang amat.
“Is, tak nak kenalkan kak Reen ke dengan isteri kamu tu?Pandai ya kamu pilih.”
“Nur Nilam Qaseh..”ucap Iskandar pula serius. Nur Nilam terenyum kelat sambil menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan kakak Iskandar. Inilah kali pertama mereka bertentang empat mata.
“Jemput duduk Is, Nilam..Kak Reen nak buatkan air dahulu."
“Eh..tak payahlah susah-susah akak..kita orang berdua sekejap je ni.”tutur Iskandar pula.
“Dari mana?”
“Dari hospital. Hari ni ibu Nilam ada rawatan dialysis. Itu pasal yang saya bawa  Nilam datang sini. Nak kenalkan pada kak Reenlah.”
“Oh, ibu Nilam sakit apa?”
“Buah pinggang kak..”jawab Nur Nilam perlahan. Begitu berat untuknya mengeluarkan suara.
“Kalau begitu kau orang berdua duduklah dululah. Kak Reen buat air sekejap je. Tunggu ya.”ujar Kak Reen segera berlalu menuju ke dapur. Iskandar juga turut serta menuruti langkah kaki kakaknya menuju ke dapur. Sebelum itu, sempat lagi dia mencubit perlahan pipi Nur Nilam yang putih gebu itu. Membuatkan Nur Nilam mengaduh perlahan. Iskandar tertawa melihat muka tidak puas hati Nur Nilam itu.
            Kurang asam punya Iskandar. Suka hati dia je nak buat aku macam-macam. Jaga kau Is!Balik nanti kau tunggulah apa aku nak buat. Aku picit-picit hidung kau tu sampai penyek!Bebel hati Nur Nilam pula.Tingkah laku Iskandar memang tak boleh di duga.
“Kak Reen nampak kurus.”tutur Iskandar perlahan sambil bersandar di diding. Izreen hanya tersenyum kelat. Iskandar sudah faham kenapa dia menjadi kurus begini. Sejak tiga tahun yang lalu selera makannya bagaikan sudah tertutup.
“Sampai bila Kak Reen nak macam ni?Semua yang terjadi bukan salah Kak Reen. Kak Reen bukan perampas.”sambung Iskandar lagi.
“Siapa yang akan percaya Kak Reen bukan perampas?Siapa Is?”bidas Izreen pula.
 Iskandar mengeluh kecewa. Tiga tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Selama Tiga tahun ini Kak Reen menanggung sengsara di atas perkahwinan yang di atur oleh mama. Tiga tahun kak Reen di gantung tidak bertali. Tiga tahun hanya beberapa kali sahaja Kak Reen pulang ke rumah itupun sebab mahu menjenguk papa. Kerana perkahwinan itu jugalah Kak Reen hilang sahabat baiknya. Hanya kerana pilihan mama itu adalah kekasih teman baik Kak Reen sendiri. Tapi sampai bila Kak Reen harus menanggung sengsara ini seorang diri sedangkan abang iparnya itu entah ke mana.
            “Tapi sampai bila Kak Reen mahu menanggung sengsara ini seorang diri. Sampai bila?Papa dan mama percaya yang Kak Reen sedang diulit kebahagiaan bersama abang Ikram. Tapi hakikatnya?
“Biarlah Is..hati Kak Reen masih di buru rasa bersalah sebab berkahwin dengan abang Ikram. Dia kekasih teman baik Kak Reen sendiri. Salah Kak Reen sebab tidak menolak. Semuanya salah Kak Reen. Memang patut Kak Reen terima hukuman ini.”tutur Izreen pilu. Sehingga ke saat ini Zhafirah, sahabat baiknya itu masih berdendam dengannya.Masih menuduh dia perampas. Sedangkan dia tidak mintak semuanya jadi begini. Dia tdak minta untuk di satukan dengan Ikram. Tahu-tahu sahaja dia telah di tunangkan.
“Tapi semuanya di atur oleh family Kak Reen. Kak Reen tak salah.Kak Reen boleh tuntut cerai..”
“Is,tak semudah yang kau sangka Is..Biarlah kak Reen begini. Kak Reen masih belum bersedia untuk segala-galanya.”Isknadar yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat penderitaan  yang di tanggung oleh kakaknya itu.
“Kau pula macam mana?Bukan ke mama nak jodohkan kau dengan Jueliana tu?Alih-alih dah bertukar orang?Kakak tak tahu pun kau dah ada pengganti Kamalia. Kak Reen ingatkan kau dah tak nak kahwin,”Kali ini giliran Izreen pula bertanya kepada adiknya itu
“Terpaksa Kak..perkahwinan ini sebenarnya..hmm..sebenarnya di rancang!”luah Iskandar takut-takut.
What??!Apa kau buat ni Is?”
“Sekurang-kurangnya saya terlepas dari jodoh pilihan ibu..”
“Tapi cara kau tu salah Is..!”marah Izreen pula. Air yang siap di bancuh di letakkan di dalam dulang. Iskandar telan liur. Memang dia terlepas dari jodoh pilihan ibu. Tapi kini dia terperangkap di dalam perkahwinan yang di rancang.
“Entahlah kak Reen. Is pun dah pening fikir pasal hal ni. Sekarang ni Is malas nak layan benda-benda serabut ni.”balas Iskandar lagi selamba sahaja.
“Macam mana Nur Nilam boleh terima cadangan bodoh kamu ni?”
“Sebab dia terdesak!Dia perlukan wang untuk perbelanjaan perubatan ibunya.”
“Astagafirullahalazim...kenapa kamu buat semua ni Is?Kamu sendiri dah lihat penderitaan Kak Reen tetapi kamu masih lagi nak ulangi kesilapan.”Izreen benar-benar tidak menyangka bahawa adiknya itu sanggup buat semua ni.       
Iskandar hanya menjungkitkan bahunya. Dia sendiri dah tempah maut.Kalau mama tahu teruklah dia.
“Cinta akan datang bagi mereka yang berani mencuba Is..”luah Izreen lagi sebelum mengangkat air untuk di hidangkan kepada tetamu. Iskandar faham maksud yang cuba di sampaikan oleh kakaknya itu. Tetapi saat ini hatinya belum bersedia untuk cinta yang baru. Sakit akibat cinta yang dulu masih sukar untuk di sembuhkan. Walaupun akhir-akhir ini jiwa selalu bergetar aneh tetapi dia cuba untuk menafikan perasaan aneh itu.
Mereka berdua kemudiannya kembali menuju ke ruang depan. Nur Nilam kelihatan sangat resah di kala itu. Mungkin terlalu lama menunggu.“Maaflah Nilam..lama tunggu. Kak Reen dengan Is dah lama sangat tak jumpa. Tu yang banyak perkara di bualkan tadi.Jemput minum...”
“Err..hmm tak apa,”jawab Nur Nilam perlahan.Entahlah kenapa hatinya sangat gusar saat ini. Memandang wajah Iskandar hanya makin membutkan dia resah dan tidak senang duduk.Dia mahu segera kembali ke hospital. Sepatah yang di tanya sepatah jugalah yang di jawab olehnya.
Lima belas minit kemudian dia dan Iskandar meminta diri untuk segera kembali ke hospital. Walaupun masih ada banyak masa yang sebenarnya. Di dalam perjalanan ke hospital Nur Nilam masih diam tanpa sebarang suara.
“Kenapa?kau dah jadi bisu ke?”soal Iskandar sambil mengerling sejenak ke arah Nur Nilam.
“Awakkan tak bagi saya cakap banyak-banyak. So, baik saya diam!”bidas Nur Nilam pula tanpa menoleh sedikit pun kepada Iskandar.
Iskandar yang mendengar terus tergelak kuat. Gelak jahat.!Patutlah Nur Nilam diam takut kena cium dengan dia lagi agaknya.
“Kau ni jual mahal betullah. Kat luar sana tu ramai lagi perempuan-perempuan yang nak cakap dengan aku tau. Kau tu dah dapat peluang pun tak nak guna.!”bidas Iskandar lagi.
“Hmm..ye lah tu. Patutlah sampai nak kahwin pun ibu yang perlu cari. Agaknya sebab ramai sangatkan perempuan kat luar sana tu. Sampai awak tak ada pilihan kan?”ucap Nur Nilam pula geram. Agak makan dalam jugalah ayat tu.
“Kau apahal?”
“Hal apa?”
“Jaga kau balik nanti. Teruk aku kerjakan.!”gertak Iskandar lagi.
“Kenapa awak nak tampar saya lagi?Macam yang awak buat tempoh hari?Lepas tu awak minta maaf?Buat lagi..maaf..buat lagi..macam tu?Patutlah tak ada siapa yang nak kahwin dengan awak!Tak ada satu perempuan pun yang sanggup nak melayan perangai gila awak ni.!”Laju sahaja setiap patah bicara yang keluar dari mulut Nur Nilam. Bagaikan melepaskan sakit yang terpendam. Serentak dengan itu juga Iskandar menekan brek keretanya secara mengejut dan berhenti di tepi. Nur Nilam benar-benar mencabar keegoaannya kini.
“Hey!Kau jangan nak biadap dengan aku!Kau ingat aku kebulur sangat nak kahwin dengan kau?Aku pun tak inginlah!!Bodoh!”jerkah Iskandar kuat sambil tangannya menolak kepala Nur Nilam kuat.Kepala Nur Nilam terhentak di atas dashboard Hoda Civic Mugen itu. Sakit.Sangat sakit.
“Ya!memang saya bodoh. Bodoh sebab kahwin dengan awak. Bodoh sebab memperjudikan masa depan saya dengan lelaki seperti awak. Bodoh sebab tolong orang macam awak.!”kali ini setiap butir bicara yang keluar dari mulut Nur Nilam di sertai dengan linangan air mata. Sungguh menyedihkan.
“Kau jangan nak kurang ajar. Aku bukannya tak bayar kau!Aku bayar!”balas Iskandar lagi.  Suaranya di kendurkan. Pedal minyak segera ditekan kembali. Nur Nilam masih dalam esak tangisannya. Iskandar kembali di buru perasaan serba salah. Dia lemah dengan tangisan itu. Ya Allah..apa yang aku buat ni?Kenapa aku jadi begini...









           












DSRC-Bab 13

MATANYA seakan-akan terbeliak melihat gambar-gembar tersebut. Hampir luruh jantungnya saat itu. Benarkah apa yang sedang matanya lihat ini atau ianya hanya sekadar mimpi semata-mata. Satu persatu gambar mesra Khyrill bersama seorang wanita seksi dalam cahaya lampu yang suram-suram itu ditatap. Dengan gelas-gelas arak yang memenuhi meja. Ya Allah..kenapa sampai begini sekali.


Siapa pengirim e-mail ini? Apa motif dia hantar gambar-gambar ini?Inikah lelaki yang di cintainya itu. Dia merasa sangat tertipu kini. Hatinya sakit, pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air mata pantas mengambil tempat di pipinya. Dia tidak percaya, tapi gambar-gambar ini apa maknanya. Bukankah ini bukti yang benar-benar nyata. Tak mungkin di buat-buat.


            “Arisya!memang Rill akui. Rill ke disko. Tapi Risya, Rill tak buat semua benda-benda yang Risya cakapkan tu. Semua tu fitnah Risya. Rill tak minum arak. Tak!”Tutur Khyrill kuat. Agak tersentap juga dirinya dengan berita yang di terimanya. Dia tidak tahu siapa yang buat ini semua. Siapa yang lakukan ini semua. Gambar-gambar itu benar-benar telah melukakan perasaan Arisya.


“Ini bukan fitnah Rill, gambar-gambar ini menjadi buktinya.”


“Tolonglah Risya, tolong percayakan Rill. Rill tak buat semua perkara-perkara bodoh tu. Rill hanya ikut kawan Rill. Itu saja.”


“Saya berkorban untuk awak Rill. Tapi apa yang awak buat pada saya?Macam ni yang awak balas pengorbanan saya. Setelah awak tinggi di atas sana, awak lupa segala-galanya. Awak lupa daratan Rill.!Saya benci awak.!”


“Tolonglah Risya!percayakan saya. Saya tak lupa daratan bahkan saya juga tak lupakan pengorbanan awak pada saya. Itu cuma salah faham. Saya tak minum Risya. Perempuan tu yang suakan gelas tu pada saya.”


“Perempuan tu?Siapa perempuan tu?Kekasih baru awak?Macam tu?Selama ini saya tak pernah kisah apa awak nak buat. Saya tak pernah menghalang perjalanan awak. Langkah kaki awak yang mahu ke mana sahaja. Tapi apa salahnya awak bersikap jujur dengan saya. Kenapa awak tak beritahu pada saya?awak kejam..”


Kedengaran tangis Arisya kuat di hujung talian. Khyrill mendengus kasar.


“Risya..jangan macam ni. Okey Rill minta maaf. Memang salah Rill. Rill tak patut pergi ke tempat-tempat macam tu.Maafkan Rill sayang.”


“Say benci awak Rill.!Benci.!”..tut..tut..tut..talian diputuskan.


Arisya menangis. Hatinya benar-benar tercalar dengan tingkah laku Khyrill. Dia tidak mahu percaya tapi segalanya sudah terbentang di depan mata. Kenapa Khyrill pergi ke tempat-tempat yang sebegitu. Dia merasa sangat kesal kerana Khyrill sanggup menipunya semata-mata mahu ke tempat itu. Apa salahnya Khyrill bersikap jujur sebelum dia tahu segalanya. Bukankah mereka sudah berjanji bahawa mereka akan bersikap jujur di antara satu sama lain. Sampai hati khyrill buat dia macam ni.


Sudahlah fikirannya tengah kusut dengan kerja baru yang bertimbun-tinbun Fauzie pula tak habis-habis mahu mengenakkannya. Dia benar-benar keletihan. Kini Khyrill pula buatnya begini.


Ya Allah..kau kautkanlah hati hambaMU ini menempuh dugaan yang sekecil ini. Doanya di dalam hati. Air mata dikesat perlahan-lahan. Dia mahu melupakan segala peristiwa yang berlaku hari ini. Dia mahukan ketenangan untuk menghadapi hari esok yang belum pasti bagaimana.


Khyrill terkesima mendengar kata-kata Arisya sebenatar tadi. Benci! Arisya benci padanya. Sampai hati Arisya. Bukankah dia sudah mengakui kesalahannya pergi ke disko itu. Kenapa Arisya tak percaya yang dia tak buat semua benda-benda tu. Dia tak lupa daratan. Dia masih mampu membezakan halal dan haram. Siapa yang buat semua ini. Bila masa gambar-gambar itu diambil dan dihantar pula kepada Arisya. Ah!pengirimnya memang berniat jahat.


 Tapi, dia tidak sepatutnya pergi. Tambahan pula bila mengenangkan perbuatan Hafizzah malam tu. Dia tidak kisah untuk berkawan dengan wanita itu, asalkan tidak melampaui batas.  Tapi perangai dan tingkah laku Fizzah malam itu, sangat memalukan. 


Ya Allah, dugaan apakah pula yang perlu aku depani selepas ini?hati Khyrill bertanya sendiri.


Bunyi ketukkan yang sedang bertalu-talu membuatkan dia segera bingkas bangun.  Siapa pula yang mencarinya, mungkin Izmail fikirnya lagi.  Pintu segera dikuak dan dia agak tersentak kerana yang ada di hadapannya kini bukan Izmail tetapi perempuan yang baru di fikirkannya sebentar tadi.  Hafizzah, ya Hafizzah.!  Untuk apa dia kemari ke sini. 


            “Khyrill, boleh saya masuk.” Tutur Hafizzah memulakan bicara.


            “Eh!awak dah lupa ke adap-adap orang melayu. Lelaki dan Perempuan yang bukan muhrim mana boleh duduk berdua-duaan.!” Balas Khyrill dengan nada suara yang agak keras kedengaran.  Perempuan di hadapannya ini memang tak tahu malu ke? bisik hatinya lagi. 


“Ini luar negara, Rill.  Tak ada yang kisah soal boy and girl duduk berdua-duaan.”Jawab Hafizzah pula.


            “Ya, tapi saya kisah.!!Jerkah Khyrill kuat.Gadis di hadapannya ini benar-benar mencabar kesabarannya.


            “Okey, kalau begitu boleh kita berbicara sekejap di luar.” Sambung Hafizzah lagi. Dia memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu ada lagi pertengkaran yang akan merenggangkan hubungannya dengan Khyrill. 


Tujuan dia datang bertemu dengan Khyrill juga semata-mata untuk memohon maaf di atas kesalahan yng dilakukannya sewaktu di dalam kelab tersebut.  Memang salahnya dan memang patut Khyrill bertindak sebegitu.  Dia terlalu mabuk pada malam itu.  Langkah pertama yang hampir memusnahkan impiannya.


            “Awak nak cakap tentang apa lagi? Kalau awak nak ajak saya clubbing lagi, maaflah. Saya tak berminat.!” Tutur Khyrill memulakan bicara sebaik sahaja mereka duduk di tembok yang terdapat berhampiran dengan rumah sewa yang di diami Khyrill itu.


            “Saya nak mohon maaf atas apa yang terjadi pada malam tu, salah saya. Saya tak sedar. I’m sorry, Rill.” Balas Hafizah perlahan .


Khyrill diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan. Gadis di sebelahnya ini datang berjumpa dengannya semata-mata mahu memohon maaf atas apa yang terjadi pada malam itu.  Perlukah kemaafan itu di hulurkan.?Bisik hatinya pula.


            You tahu tak?Semua yang terjadi pada malam tu di rakam. Bahkan gambar-gambar tu kini telah sampai ke tangan kekasih hati I. Siapa yang buat I sampai macam ni?siapa yang ambil gambar-gambar I pada malam tu. Apa motif penghantar gambar tu. I tak sangka benda-benda macam ni akan jadi.You tahu ke siapa?ataupun...


You nak tuduh I, Rill..macam tu? bidas Hafizzah pantas.


I tak tuduh you.!I jugak tak tuduh Izmail. Tapi di sini I hanya kenal dengan you dan Izmail.”


I tak akan buat kerja bodoh tu, Rill. Lagipun, I tak kenal siapa kekasih you. Mungkin you ada musuh di sini. Siapa tahu.” Khyrill terdiam. Dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Tambahan pula di sini. Siapa pula yang tidak berpuas hati dengannya.


“Tapi you tak sepatutnya buat I macam tu. Kalau tak kerana aksi-aksi you pada malam tu semuanya mungkin tak akan jadi seteruk ini. I rasa was-was. Seolah-olah semuanya di rancang.”


“Rill, I tahu I jahat. I tak sepatutnya buat you macam tu. Tapi percayalah yang I tak buat semua kerja-kerja gila tu. I pasti Izmail juga tidak tahu menahu mengenai hal ini.” Balasnya pula dengan wajah yang sayu.


Pandai juga dia berlakon di hadapan lelaki ini. Memang dia yang menghantar gambar-gambar itu. Dia yakin waktu ini gambar-gambar yang di hantar kepada kekasih hati milik Khyrill itu sudah sampai. Pasti saat ini mereka sedang berperang besar kerana gambar-gambar itu. Kesian gadis itu. Pasti dia percaya bulat-bulat dengan apa yang di lihatnya. Dia yakin misi pertamanya ini telah berjaya mengkucar-kacirkan hubungan mereka. Hatinya tersenyum gembira.


“Saya mintak maaf, Rill. Saya tak sepatutnya buat awak begitu.”


Tutur Hafizzah lagi separuh merayu.


“Okey, saya maafkan awak.”


 Balas Khyrill semula. Entah di mana dia mendapat jawapan untuk berkata begitu.  Lagipun dia malas hendak memanjangkan cerita. Fikirannya begitu serabut di kala ini. Jika benar dia ada musuh di sini. Siapa?Hafizzah sendiri mengaku yang dia tidak sedar atas perbuatan yang dilakukannya pada malam itu.  Macam mana nak sedar, entah berapa botol arak yang yang ditunggangnya ada malam itu.  Astagafirullahalazim.   Khyrill beristifar di dalam hati.


            Thank you, Rill. Awak memang baik.”


 “Hmm..kalau baik saya tak sepatutnya pergi. Saya dah lukakan hati dia. Sekarang ni saya menyesal sangat. Macam mana kalau dia tinggalkan saya..” Tutur Khyrill perlahan. Pandangan matanya di halakan ke arah jalan raya yang sunyi itu.


“Buat apa awak nak takut. Ramai lagi perempuan kat dunia ni.”


 “Seribu perempuan yang akan datang pun tak akan sama seperti dia.”Ungkap Khyrill lagi.


Hafizzah mengetap bibir. Perasaan cemburu kini menguasai hatinya. “Awak tak boring ke duduk kat sini sorang-sorang, jauh dari family dan kawan-kawan.?” Soal Hafizzah pula cuba mengalihkan topik itu. Semakin banyak dia dengar hatinya semakin sakit.


 “Boring jugak.!” Balas Khyrill pendek.


 Boring, sunyi, dan bermacam-macam lagi perasaan yang menghuni jiwanya.  Namun, dia masih mampu untuk menghadapi dan melalui setiap episod baru di dalam hidupnya dengan sabar dan tenang.  Dan harapannya agar hari esok yang di lalui akan memberikan satu sinar baru buatnya. Semoga hati Arisya  lembut dan percaya yang dia tidak bersalah.


            “Jauh awak mengelamun, Rill.  Entah-entah sudah sampai Malaysia tak.?”


Tegur Hafizah setelah melihat Khyrill sibuk melayani perasaannya. 


“Belum sempat sampai. Awak dah tegur.”


 Ucap Khyrill dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia boleh duduk berborak engan Hafizzah. Mungkin juga dia belum mengenali Hafizzah yang sebenar pada awalnya.  Sama juga tanggapannya terhadap Izmail di waktu pertemuan pertama. 


 Namun dalam sisi kehidupan yang lain, Izmail seorang yang sangat mengambil berat terhadap dirinya walaupun mereka tidak terlalu akrab.  Namun setelah lama mengenali Izmail barulah dia tahu, masih ada sifat kebaikan di sebalik kejahatan yang selalu di tunjukkan.


Mungkin inilah kelemahannya, selalu menilai orang pada pandangan pertama.  Namun, tidak untuk kedua kali. Tetapi apabila di fikir-fikirkan kembali tidak salah jika mahu mencermin seseorang itu dari luaran kerana luaranlah yang mencerminkan dalaman.


Suasana yang dingin, semakin dirasai. Mereka segera berlalu apabila hari beransur gelap.  Beginilah kehidupan di sini.


Manis sekali senyuman yang kau ukirkan itu Khyrill.  Layakkah aku untuk mendampingimu. Hati Hafizah pula berbisik.  Banyak yang mereka bualkan pada lewat pertemuan itu,  baik Hafizzah mahupun Khyrill masih banyak cerita tentang mereka yang tidak di kongsikan.  Dia tetap tidak akan berputus asa untuk menakhluki hati lelaki itu.






















































DSRC-Bab 12

JAM sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Dia hanya ada masa lagi setengah jam untuk pulang ke rumah. Hari ini hari kedua dia bekerja. Semuanya berjalan lancar seperti mana yang Fauzie harapkan. Fail-fail yang berselerak di atas meja itu di kemas dengan teratur.


Cuma ada satu projek sahaja lagi belum siap. Bukan mudah untuknya menyiapkan satu dekorasi yang dapat memenuhi hati pelanggan. Bekerja sebagai interior design memerlukannya lebih kreatif dan inovatif. Dia juga perlu sentiasa update kepada kehendak dan kemahuan pelanggan masa kini.


Selain itu, dia juga memerlukan keyakinan yang tinggi untuk bertemu dengan pelanggan.  Pelanggan pula bukan hanya terdiri daripada orang perseorangan tetapi juga syarikat-syarikat koporat yang mahu menggunakan perkhidmatan syarikat mereka.


Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk perlahan sebelum terjengul wajah setiausaha di syarikat itu.


“Kenapa Hidayah?Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”soal Arisya.


“Maaflah ganggu awak. Awak dah nak balik ke?”jawab Hidayah pula sambil menghampiri Arisya.


“Rasa-rasa begitulah. Kenapa?”Arisya kembali menyoal dengan perasaan aneh.


“Bos nak jumpa awak sekarang.”


“Sekarang?”soalnya lagi meminta kepastian. Hidayah hanya mengangguk laju.


“Hmm..okeylah.”jawabnya sepatah. Hidayah kemudiannya keluar. Apalagilah yang dia nak suruh aku buat. Orang dah nak balik baru sibuk-sibuk nak panggil.Bebel hati Arisya lagi.


Dengan perasaan sebal dia segera mengorak langkah menuju ke bilik Fauzie. Pintu bilik di ketuk sebelum dia terdengar suara Fauzie menyuruhnya masuk.


“Ada apa bos?”Arisya menyoal pantas.


“Tak reti-reti nak duduk.”Balas Fauzie sambil mengerling ke arahnya sekilas cuma. Arisya mendengus perlahan. Kena lagi..bisik hatinya pula.


Arisya kemudiannya menarik kerusi tersebut dan duduk berhadapan dengan Fauzie yang kelihatan begitu kalut dengan kerjanya.


“Saya nak awak gantikan tempat saya jumpa clien petang ni. Dalam pukul 5.30. Saya tak sempat. Farezz pun ada hal. Jadi orang yang paling layak adalah awak.”


“Di mana?”soal Arisya.


“Damansara.” Arisya agak terperanjat mendengarkannya.  Sempat ke dia sampai ke sana dalam pukul 5.30 tu. Walaupun Bangsar ke Damansara tu tak jauh tapi dalam keadaan petang-petang begini trafik mesti sesak. Kenapalah Fauzie tak beritahu malam nanti je. Lagi senang.!Monolog Arisya sendiri. Geram dengan tindakan Fauzie.


“Kenapa?ada masalah?”


“Sekarangkan dah pukul 5.00.”soal Arisya kembali.


“Kerja lebih masa pun tak boleh?macamlah saya tak bayar.!Lagipun esokkan off day.”Fauzie merenungnya dengan tajam. Arisya gelisah. Mahu atau tidak dia harus pergi.


“Okey”jawabnya sepatah sebelum berlalu. Malas mahu bertekak dengan bosnya itu.


            Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik Fauzie itu terpacul wajah perempuan seksi yang berdampingan dengan Fauzie tempoh hari. Bau minyak wangi yang dipakai perempuan itu menerobos ke ruang udara. Hari ini pakaiannya tidaklah seksi sangat.


Perempuan itu menyuakan tangan untuk bersalaman dengannya. Walaupun pada awalnya dia agak tekejut namun salam itu disambut jua.“Nazirah.”Tutur perempuan itu sebelum berlalu menuju ke arah Fauzie.


Arisya tergamam. Dia belum lagi perkenalkan diri. Ah! Biarlah. Mungkin perempuan itu dah tahu namanya dari Fauzie.


Empat Puluh Lima minit kemudian Arisya sampai di restauran yang di janjikan. Dia terlewat lima belas minit. Waktu petang-petang begini sudah tentu jalan raya sesak. Ini kira baguslah kerana dia hanya terlewat sedikit. Lagipun ini kali pertama dia datang ke restauran ini. Meliar jugalah matanya mencari restauran ini.


Dia kemudiannya masuk ke dalam restauran itu sebelum meninggalkan kad pesanan di kaunter untuk memudahkannya berurusan. Lagipun dia tidak mengenali pelanggan yang mahu bertemunya itu. Sebelum berlalu untuk duduk dia sempat memesan minuman jus orange kerana tekaknya begitu dahaga.


Dia berjalan dan duduk di kerusi yang tidak jauh dari pintu hadapan restauran. Matanya liar memerhatikan orang yang lalu lalang di hadapan restauran itu. Seketika kemudian pelayan restauran datang membawa segelas jus orange kepadanya.


Setengah jam sudah berlalu. Bayang tubuh pelanggan yang mahu berjumpa dengannya masih tidak kelihatan. Dia merasa resah dan di dalam masa yang sama rimas duduk sorang-sorang begini. Seolah-olah dirinya sedang diperhatikan. Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya dan segera mendail nombor telefon pelanggan yang di berikan kepadanya oleh Fauzie sebelum dia keluar tadi.


Nombor ini tiada di dalam perkhidmatan. Arisya cuba lagi. Mungkin dia tersalah dengar. Masuk kali kedua pun sama. Dia mula merasa tidak sedap hati. Jus orenge yang di pesannya tadi dihirup sampai habis. Namun masih belum mampu untuk menenangkan hatinya. Akhir sekali dia mengambil keputusan untuk menelefon Fauzie.


Sebaik sahaja panggilannya dijawab dia terus mendengar tawa Fauzie berdekah-dekah di hujung talian sebelum sempat dia berkata apa-apa.


“Kenapa?”Arisya menyoal kehairanan.


“Seronok tak duduk sorang-sorang di restauran tu?”soal Fauzie sebaik sahaja tawanya redha.


“Bos ni kenapa?”Arisya semakin bengang.


“Mesti muka awak lagi cantik dalam keadaan tengah bengangkan?”


“Apa yang bos cakapkan ni?Bos nak kenakan saya ke?Macam tu?”Arisya masih tidak berpuas hati.Apa motif Fauzie mahu buat begini kepadanya.


“Baguslah Arisya kalau awak tahu. Memang saya mengaku yang saya nak kenakan awak.!Macam mana?seronok tak main-main macam ni?”soal Fauzie lagi di hujung talian sambil ketawa kuat.


“Seronok sangat bos!terima kasih banyak-banyak.!!”Arisya terus memutuskan talian. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa salahnya?apa dosanya?sanggup Fauzie buat begini kepadanya. Fauzie benar-benar membuatkan dia terasa mahu menangis saat ini. Adakah ini dugaan semata-mata untuk dia pelajari agar berhati-hati di masa akan datang. Fauzie memang kejam.!


***


FAUZIE tersenyum sendiri di dalam biliknya yang besar itu. Wangian lavender yang terpasang begitu menenangkan sesiapa sahaja. Bahkan hatinya kini tidak sabar untuk memulakan hari esok. Dia rasa seronok dapat mengenakan Arisya begitu pada hari kedua dia bekerja.


Tentu Arisya marah benar padanya. Ah!Apa dia peduli. Dia tidak pernah buat kerja gila macam ni. Tapi dengan Arisya ada sahaja yang mahu dikenakannya. Dia suka bila melihat muka tidak puas hati Arisya tu. Walaupun bengang tapi tetap menurut perintah tanpa ada bantahan langsung.


Nur Iris Arisya....memang sesuai namanya dengan sepasang mata cantik itu. Lebih cantik dari Nazirah. Penuh kesopanan cuma suka berangan. Ah! apa-apa aje lah. Dalaman belum tentu mencerminkan luaran. Fikirnya pula. Susah untuk mencari perempuan yang betul-betul  perempuan zaman ini.


 Memang dia akui dirinya sukar untuk mempercayai wanita. Selalunya mereka yang ada pengalaman  putus cinta or ditinggalkan kekasih sahaja yang fobia. Mungkin juga selama ini perempuan datang dan pergi dalam hidupnya. Tiada yang kekal dan tidak ada satu pun yang bisa mencairkan hatinya. Yang bisa membuatkan nafsu lelakinya bergelora sejuta rasa banyaklah. Berlambak-lambak kat Kuala Lumpur ni. Orang memberi kita merasalah. Rezeki jangan ditolak. Fauzie sudah tersenyum mengingatinya.


Ketukan di pintu biliknya mematikan lamunannya terhadap Arisya. Dia bangun dengan malasnya membuka pintu biliknya yang di kunci itu. Bukan apa, dia tidak suka sesiapapun masuk ke biliknya sesuka hati. Terjengul wajah pembantu rumahnya sebaik sahaja pintu billik dikuak.


“Maaf ya Fauzie..Datuk dan Datin panggil makan. Mereka sedang menunggu Fauzie untuk makan bersama.” Pembantu rumahnya yang di panggil Mak Tipah itu bersuara. Dia hanya mengangguk beserta senyuman. Mood tengah baik lah katakan. Kalau tak jangan haraplah.


“Bagaimana dengan pekerja baru?boleh dia buat kerja?”soal Datuk Tengku Amri kepada Fauzie ketika dia menghampiri meja makan itu.


“Sudah papa. Rasanya okey. Tak ada banyak masalah sangat.”


“Pekerja baru kamu tu lelaki ke perempuan. Gie?” Sampuk Datin Fadila pula.


“Perempuanlah mama..”


“Hmm..patutlah cepat benar pandainya.” Ujar mamanya lagi sambil tergelak kecil.


“Mama kau tu tak habis-habis dengan calon menantu dia tu. Agak-agak kali ni boleh kot mamanya.”Datuk Tengku Amri pula bersuara. Menyambung usikan nakal isterinya terhadap anak lelaki tunggal mereka ini.


“Eh, papa dan mama ni..Fauzie bukan cari calon isteri. Fauzie belum bersedialah nak kahwin.”


“Kamu tu bukannya muda lagi, Fauzie. Orang lain yang sebaya kamu sudah beranak pinak mama tengok.”


“Ya lah mama.” Balik-balik soal ini juga yang dibangkitkan oleh mamanya. Memang umurnya sudah hampir menginjak ke usia 30 tahun. Tapi itu tidak harus di jadikan isu. Masalahnya sekarang dia belum bersedia untuk semua itu. Dia belum bersedia untuk ada komitmen dengan sesiapa. Untuk mencari calon isteri bukannya senang. Perempuan sekarang susah hendak di percayai. 


Tapi bagaimana pula dengan Arisya..hatinya berdebar setiap kali mengingati gadis itu. Arghh..perasaan ini aneh sekali. Hari ini sahaja dia asyik teringatkan gadis itu. Mengapa dan kenapa...?


Sebaik sahaja selesai menjamu selera dia meminta izin kepada ibunya untuk keluar. Malam minggu sahaja pasti tak pernah ada di rumah. Malam minggunya lebih banyak di habiskan di kelab-kelab malam. Kebiasaannya bersama Nazirah atau sesiapa sahaja yang mampu memenuhi tastenya.


Datin Fadila hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak terunanya yang seorang itu. Sudah berbuih mulut tapi seperti biasalah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.