Wednesday, February 8, 2012

Prolog - Bila Cinta Hadir


“SEBENARNYA, hati aku masih tidak yakin dengan apa yang kita lakukan. Aku rasa kita salah!Kita silap!Perkahwinan ni sepatutnya tak wujud. Kau, menerima aku atas dasar kecewa. Dan aku pula terasa simpati. Apatah lagi aku terhimpit dengan desakan orang tua.Tiba-tiba aku rasa susah nak ubah semuanya. Dari seorang kawan lama menjadi isteri.!Aku tak sangka aku sanggup ambil tindakan bodoh ni!Aku memang tak boleh nak layan kau sebagai isteri aku. Aku tak boleh!”
Aku terkelu. Tekak rasa pahit. Inikah hadiah untuk malam pertama. Ya Allah, ujian apakah ini?Apa yang boleh aku katakan. Hanya mampu terdiam di hujung katil itu. Aku tak sangka Mohd Syameen Fikran tergamak ambil keputusan begini. Kawan?Aku dan dia terpisah hampir 15 tahun. Aku pun tak sangka semuanya akan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Apakah aku yang terburu-buru?Tapi salah akukah? Akukah yang melamar?Akukah yang memulakan semuanya?Salah akukah kiranya aku meluahkan rasa kecewa tentang cinta lalu padanya. Dia yang datang dengan tiba-tiba.Bukan aku yang meminta.
“Abang..kalau abang tak suka Lia, kenapa abang lamar Lia? Kenapa abang titipkan bicara asmara tentang cinta. Sedangkan Lia tak minta itu semua!Lia tak minta bang!”
“Hey, Lia. Tolong jangan panggil aku abang. Sakit hati dengar kau tahu tak!Sekarang memang akulah yang bodoh!Aku tak sepatutnya kahwin dengan kau!Tak!!”
Wajah Syameen yang bengis aku pandang. Sebulan yang lalu aku bertemunya di dalam satu majlis secara tidak sengaja. Wajahnya kacak berbaju kemeja biru. Hingga aku hampir-hampir tidak mengenalinya. Ya, dia sangat berbeza dengan apa yang aku kenali dulu. Dia bukan lagi budak hingusan tetapi lelaki yang menjadi pujaan hati-hati di luar sana. Itu yang aku pasti.
Aku rasa malu dengan tiba-tiba. Apa yang aku dah buat. Aku juga rasa menyesal dengan tiba-tiba. Inikah balasan untuk aku yang melukai. Aku menerimanya kerana menyangka dia yang terbaik. Tapi..
“Kalau awak tak suka kenapa awak teruskan perkahwinan ini? Kenapa Syameen? Kenapa?!”
“Pang!!”Pipi aku terasa perit. Penampar yang aku terima sudah cukup buat air mata mulai mahu menitis.Akukah yang tertewas. Perempuan yang tertewas.
“Kau dengar sini baik-baik Lia. Kalau kau tak mahu penampar aku hinggap lagi pada muka kau tolong jangan tanya aku lagi. Kau tahu setiap soalan kau tu bagaikan mencakar-cakar hati aku!Sakit!”marah Syameen lagi.
“Habis hati ni pula bagaimana?lebih sakit dengan apa yang awak buat Syameen!”
“Diam!!”jerkah Syameen lagi.
“Bukan saya yang mahukan perkahwinan ni Syameen!Bukan saya!Tapi awak yang menghulurkan lamaran tu! Semuanya bermula dari awak!Macam mana saya nak diam Syameen!”
“Sebab aku sunyi!Aku simpati pada kau!Tapi sekarang aku sedar yang aku tak cinta kau kau langsung!”
“Jadi, awak dengan saya tak ada bezanya Syameen!Awak menerima saya sebab awak kesunyian setelah kekasih hati awak pergi. Tapi, bezanya pada saya. Saya tinggalkan dia untuk membina kehidupan yang bahagia dengan awak. Tapi!sekarang saya yang lebih bodoh!”
Air mata aku seka perlahan. Tubuh yang tersarung baju pengantin itu aku pandang. Tenyata air mata ini masih mahu mengalir sedangkan aku tidak pernah ingin menangis. Kenapa aku harus menangis jika dia menolak aku sekalipun. Aku masih tak rugi apa-apa. Aku cuba kuatkan semangat. Cuba kuatkan hati untuk depani apa yang langsung aku tak jangka. Aku menerimanya untuk melakar cerita bahagia. Bukan memahat diari duka.
“Kita selesaikan malam ini juga. Lepaskan saja saya!Saya sendiri tak rela untuk hidup dengan lelaki penipu macam awak!Penipu!Hipokrit!!
Aku sudah hampir terjerit walaupun seketika tadi aku cuba mengawal suaraku ini. Tapi aku gagal. Aku tak mampu bersabar dengan sikap Syameen yang tiba-tiba saja berubah. Aku sudah tidak kisah kalau seribu kali penampar hinggap di pipiku. Aku sudah tidak kisah kalau keluarga Syameen menuduh aku kurang ajar sekalipun. Bahkan aku sudah tidak kisah sekalipun aku akan menjadi janda.!
Syameen terus gelak kuat. Aku terpinga-pinga. Apakah Syameen Fikran sedang berlakon?Atau gelak tawa itu mengejek permintaanku tadi.
“Kau ingat aku bodoh?Kau ingat aku tak ada otak?Kau ingat aku kejam?Aku tak akan lepaskan kau macam tu je Lia Juwita!”
Syameen Fikran mengorak langkah menghampiri aku. Aku sudah mula bangun. Kalau aku perlu jerit aku akan jerit. Aku tak akan biarkan dia buat sesuka hati pada aku. Tidak.!
Langkahnya terhenti. Matanya mencerun tajam memandang aku. Bebola mata itu sudah tidak sama sewaktu kali pertama kami bertemu. Bebola mata itu sudah tidak lagi redup memandangku. Mudahnya aku tertipu.
 “Aku pun tak teringin langsung untuk menjamah kau perempuan.!!”Selesai sahaja berkata-kata,aku melihat Syameen terus berlalu keluar dari bilik. Aku sudah terduduk lemah. Lemah!Mimpikah aku hari ini?Mimpikah aku?Hatiku mula menyoal-nyoal lagi. Tak terdaya di buatnya.  Tidak tertanggung rasanya.



7 comments:

  1. erk...sian kat lia..mesti digantung xbertali nnt ...huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah .. jaat nya ... x sangka syameen jahat .. ada apa2 ke ni ? mane la tau ada sebab musabab dia jadi kejam mcm tu? hihihi

    ReplyDelete
  3. tengoklah nnt syameen yg merayu menagih cinta Lia kembali.....

    ReplyDelete
  4. erk!! tergamam sekejap tgk peel si syameen.
    best la cite ni. baru mula baca :)

    -arelin

    ReplyDelete
  5. Eeee kejamnye Syameen kaq Faz.. Kesian Lia.. Dia sggup berkorban.. Best best kaq Faz..

    ReplyDelete

NOVEL PATERI

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Perghh...bersawang blog. 2016 kosong terus... Alhamdulillah...2017 Penghujung yang indah. T...